SlideShare a Scribd company logo
1
LESTARI BUKIT MENGHIJAU
(Syed Mahadzir)
Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung.
Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut
dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar
sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia
akan menegur sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan
penduduk kampung tidak mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka
memencilkan diri dan tidak mesra.
Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki
misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah
diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam
menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari
beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah
lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran
yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.
Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk
kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha
gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua,
Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak
Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.
Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah
hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri
Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya
menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak
Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV.
Pokok bintangor spesies calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam
Sinopsis
2
menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan
Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.
Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan
tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia
sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang
cuba menebang pokok. Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya
terbakar.
1. Persoalan cinta akan alam sekitar.
Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas
empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok
bintangor.
2. Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan
kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk.
3. Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah.
Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan
projek sekolah lestari.
4. Persoalan mempercayai kepercayaan karut.
Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya,
Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah.
5. Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden.
Pak Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak
pokok bintangor spesies calophyllum lanigerum.
6. Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia.
Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul. kudis dan
radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah,
mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan.
Tema
Persoalan
3
Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir.
Permulaan
Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan
pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit
seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya
sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor.
Perkembangan
Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat
menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam
Sekitar dan Kementerian Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap
burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga. Secara tidak langsung, hal ini
membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka
mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung.
Puncak
Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut. Penyakit
demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes aegypti. Pak Tua menyarankan
Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rentetan daripada peristiwa itu,
gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung dijalankan.
Peleraian
Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita penyakit untut akibat gigitan
nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan penubuhan Tabung Pak Hamid untuk tujuan
rawatan. Manakala, Zahiran berjaya mencungkil latar belakang kehidupan Pak Tua.
Sebelum meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk
tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Plot
4
Teknik Plot
1. Dialog
Contoh: “Kenapa dengan jip pak cik?” Zahiran mengulangi.
“Tayarnya pancit!” ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang.
2. Imbas kembali
Contoh: Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit
Bintangor.
PakTua telah menceritakan kisah kehidupannya kepada Zahiran.
3. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap
tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor.
4. Kejutan
Contoh: Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia terkejut
apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang pernah
bertugas di Chicago, Amerika.
5. Pemerian
Contoh: Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung.
Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit
suka terpalit duka perjuangan seorang tua.
Watak Utama
Zahiran
 Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun).
 Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai.
 Seorang yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit).
 Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.
 Seorang yang mencintai alam sekitar – dia sedar manusia mempunyai hubungan yang
rapat dengan alam sekitar.
 Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua).
 Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua.
 Berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.
 Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari
burung.
Watak dan Perwatakan
5
 Rajin berusaha. Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari nama-
nama saintifik pokok daripada Pak Tua.
 Bijak. Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka
di Londang.
 Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.
Watak Sampingan
Pak Tua
 Berusia dalam lingkungan 60-an.
 Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra.
 Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu.
 Seorang saintis (Profesor Osman Yunus).
 Pernah bertugas di Chichago, Amerika Syarikat.
 Berharta (mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor).
 Amat cinta akan alam sekitar.
 Seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara – mengetahui tentang
punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok untuk
tujuan perubatan.
 Menguasai nama saintifik pokok-pokok.
 Banyak idea bernas - beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi
membantu mengubati penyakitnya).
 Seorang yang pemurah - mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan
penyelidikan.
Cikgu Idham
 Pengetua baharu di SMK Alor Rambai.
 Mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian.
 Berusia dalam lingkungan 45 tahun.
 Kreatif dan banyak idea.
 Memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.
 Mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah
lestari.
 Berfikiran terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong
membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
6
Latar Masa
 Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya
pertandingan Sekolah Lestari).
 Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam
Contoh peristiwa :
i) Pagi – Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua
dengan lebih rapat.
ii) Petang – Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia
melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya.
iii) Malam – Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang
cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati
penyakit Pak Hamid.
Latar Tempat
 Kampung Alor Rambai
Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai.
 Bukit Bintangor
Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak.
 Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai
Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.
 Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor
Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.
 Kedai Runcit Pak Long Hamad
Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli
barang-barang keperluan dapur.
 Rumah Hamzah
Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang
demam.
 Hadapan rumah Zahiran
Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di
hadapan rumahnya.
 Sungai Jeneri
Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.
Latar
7
Latar Masyarakat
 Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah.
Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat
dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar
seluruh negara.
 Masyarakat pendidik yang berwawasan.
Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian
pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.
 Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.
Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan
bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada
mereka.
 Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit.
Contoh: Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani
membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.
Diksi
 Penggunaan kata yang mudah difahami.
 Penggunaan istilah-istilah saintifik.
Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus.
 Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah.
 Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh: mosquito.
 Penggunaan dialek.
Contoh: benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur
(keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak
tangan).
Penggunaan Ayat
 Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus.
 Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan
pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung,
sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah dan kedak.
Gaya Bahasa
8
Bahasa Perbandingan
 Simile.
Contoh: seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal macam Datuk
Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak ye! Macam Senario dalam
TV3 (m.s: 41)
Penggunaan imej alam
Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan
nyamuk.
Sinkope
Contoh: tak, ni, nak, dah dan tu.
Personifikasi
Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang
menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak
datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu
menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi bersembunyi.
Ungkapan Menarik
Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m.s : 10)
Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ada udang di
sebalik batu. (m.s: 24)
Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan cahaya matahari.
Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang
menderu segar.
1. Nilai kasih sayang antara sesama insan.
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia
sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
2. Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit.
3. Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan.
Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
4. Nilai baik hati.
Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang
keperluan dapur.
Nilai
9
5. Nilai bertanggunjawab.
Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang
diamanahkan kepada mereka.
6. Nilai bekerjasama.
Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak
Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari
penawar HIV.
1. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.
Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia
sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV.
2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari
penawar HIV.
3. Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan.
Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk
Kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagi
mengubati penyakitnya.
4. Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup.
Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
5. Kita perlu bersikap baik hati terhadap orang lain.
Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang
keperluan dapur.
6. Kita hendaklah bertanggunjawab terhadap amanah yang diberikan.
Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan
yang diamanahkan kepada mereka.
7. Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran pada setiap masa.
Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak
Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Pengajaran
10
1. Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir, huraikan
perwatakan watak utama.
2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau
karya Syed Mahadzir.
Jawapan:
Soalan 1:
Watak utama novel Lestari Bukit Menghijau ialah Zahiran. Zahiran berusia 15 tahun
dan merupakan seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor
Rambai. Dia juga anak yatim setelah kematian bapanya semasa dia berumur 10 tahun. Dia
tinggal bersama-sama ibunya.
Zahiran merupakan seorang anak muda yang mencintai alam sekitarnya.
Perkenalannya dengan Pak Tua telah memberikan kesedaran kepadanya tentang penting
alam sekitar kepada kehidupan manusia. Dia juga sedar bahawa manusia mempunyai
hubungan yang rapat dengan alam tumbuhan. Dia berazam untuk menjaga kelestrian alam.
Seterusnya Zahiran juga seorang pelajar yang bertanggungjawab. Dia dan kawan-
kawanya iaitu Kadir dan Osman telah ditugaskan untuk menangkap burung untuk
membantu sekolahnya dalam pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. Mereka
membuat perancangan untuk menangkap burung di Bukit Bintangor.
Zahiran juga digambarkan sebagai seorang pelajar yang bijak. Dia mudah
menguasai nama-nama saintifik pelbagai jenis pokok. Pengetahuan tersebut diperolehnya
daripada Pak Tua.
Soalan 2:
Pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau ialah kita hendaklah
bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, penduduk kampung Alor
Rambai bekerjasama dan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran kampung
dan rumah Pak Hamid daripada pembiakan nyamuk.
Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Hal ini
terbukti daripada peristiwa Pak Tua yang mencadangkan kepada penduduk kampung untuk
membantu Pak Hamid yang menderita akibat penyakit untut. Mereka bersetuju untuk
Latihan
11
mengutip derma dan seterusnya menubuhkan tabung yang dinamakan “Tabung Pak Hamid”
bagi membantu merawat penyakit Pak Hamid. Akhirnya, penyakit untut Pak Hamid Berjaya
disembuhkan setelah menerima rawatan pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.
Seterusnya, kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam
hidup. Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya.
Beliau juga cekal dalam usahanya menanam pokok bintangor yang mempunyai banyak
khasiat dalam bidang perubatan.

More Related Content

What's hot

Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
Vince Here
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
fitri norlida
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
Muhammad Anuar
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
FaFai S.
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Nur Leana Burn
 
Ameliorasi
AmeliorasiAmeliorasi
Ameliorasi
ANIZAH SAIDIN
 
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Aiman34
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman firo HAR
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 
Aktiviti membaca
Aktiviti membacaAktiviti membaca
Aktiviti membacaOh Jenny
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
Hazean Erdawaty
 
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)
AmiraImran
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
zaidatol zulkiflly
 

What's hot (20)

Anith teori pembuktian
Anith teori pembuktianAnith teori pembuktian
Anith teori pembuktian
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Ameliorasi
AmeliorasiAmeliorasi
Ameliorasi
 
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
Pendidikan Keselamatan (PKES3023)
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Aktiviti membaca
Aktiviti membacaAktiviti membaca
Aktiviti membaca
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)
BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PANTUN)
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
Karya Agung Melayu (Misa Melayu)
 

Viewers also liked

Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRroszelan majid
 
Sinopsis kembara amira
Sinopsis kembara amiraSinopsis kembara amira
Sinopsis kembara amiraSHiRa_96
 
Analisis Novel Istana Menanti
Analisis Novel Istana MenantiAnalisis Novel Istana Menanti
Analisis Novel Istana Menanti
Kak Chom
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
sarina abdul lateh
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah
Ku Azirah
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaumEvans Eyan
 
Bab 6 Kemerosotan Melaka
Bab 6 Kemerosotan MelakaBab 6 Kemerosotan Melaka
Bab 6 Kemerosotan Melakanieda79iman
 
Bab4 sejarah tingkatan 1
Bab4 sejarah tingkatan 1Bab4 sejarah tingkatan 1
Bab4 sejarah tingkatan 1Nana Maina
 
Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu MelakaBab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melakanieda79iman
 
Sibu 24 sept format kv semester 1 peserta
Sibu 24 sept format kv semester 1 pesertaSibu 24 sept format kv semester 1 peserta
Sibu 24 sept format kv semester 1 pesertahazivoc
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 6 KEMEROSOTAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 6  KEMEROSOTAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 6  KEMEROSOTAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 6 KEMEROSOTAN MELAKA
hamdan che hassan
 
Topik 1 sejarah
Topik 1 sejarahTopik 1 sejarah
Topik 1 sejarah
Suet Yet
 
Drama berkhidmat untuk negara
Drama berkhidmat untuk negaraDrama berkhidmat untuk negara
Drama berkhidmat untuk negara
Hana Roxstar
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
Kerja cuti untuk folio sej
Kerja cuti untuk folio sejKerja cuti untuk folio sej
Kerja cuti untuk folio sejFaizzuddeen Ab
 
Elemen komsas
Elemen komsasElemen komsas
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
Hana Roxstar
 
Pengenalan Komsas Ting 4
Pengenalan Komsas Ting 4Pengenalan Komsas Ting 4
Pengenalan Komsas Ting 4
Kementerian Pelajaran Malaysia
 

Viewers also liked (20)

Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
 
Sinopsis kembara amira
Sinopsis kembara amiraSinopsis kembara amira
Sinopsis kembara amira
 
Analisis Novel Istana Menanti
Analisis Novel Istana MenantiAnalisis Novel Istana Menanti
Analisis Novel Istana Menanti
 
Nota sejarah
Nota sejarahNota sejarah
Nota sejarah
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Presentation sejarah
Presentation sejarah Presentation sejarah
Presentation sejarah
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
 
Bab 6 Kemerosotan Melaka
Bab 6 Kemerosotan MelakaBab 6 Kemerosotan Melaka
Bab 6 Kemerosotan Melaka
 
Bab4 sejarah tingkatan 1
Bab4 sejarah tingkatan 1Bab4 sejarah tingkatan 1
Bab4 sejarah tingkatan 1
 
Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu MelakaBab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
 
Sibu 24 sept format kv semester 1 peserta
Sibu 24 sept format kv semester 1 pesertaSibu 24 sept format kv semester 1 peserta
Sibu 24 sept format kv semester 1 peserta
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 6 KEMEROSOTAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 6  KEMEROSOTAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 6  KEMEROSOTAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 6 KEMEROSOTAN MELAKA
 
Topik 1 sejarah
Topik 1 sejarahTopik 1 sejarah
Topik 1 sejarah
 
Drama berkhidmat untuk negara
Drama berkhidmat untuk negaraDrama berkhidmat untuk negara
Drama berkhidmat untuk negara
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Kerja cuti untuk folio sej
Kerja cuti untuk folio sejKerja cuti untuk folio sej
Kerja cuti untuk folio sej
 
Elemen komsas
Elemen komsasElemen komsas
Elemen komsas
 
Syair bidasari
Syair bidasariSyair bidasari
Syair bidasari
 
Pengenalan Komsas Ting 4
Pengenalan Komsas Ting 4Pengenalan Komsas Ting 4
Pengenalan Komsas Ting 4
 

More from Aqilah Syahirah Jamaludin

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1
Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1
Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1
Aqilah Syahirah Jamaludin
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
Aqilah Syahirah Jamaludin
 
Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penang
Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penangAspek sastera-novel-wira-persona-avatari penang
Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penangAqilah Syahirah Jamaludin
 

More from Aqilah Syahirah Jamaludin (13)

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1
Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1
Nota Kemahiran Hidup Tingkatan 1
 
Tips menghadapi peperiksaan
Tips menghadapi peperiksaanTips menghadapi peperiksaan
Tips menghadapi peperiksaan
 
Nujum pak belalang
Nujum pak belalangNujum pak belalang
Nujum pak belalang
 
Science-Stars and Galaxy
Science-Stars and GalaxyScience-Stars and Galaxy
Science-Stars and Galaxy
 
Pendidikan Seni-Pergerakan dan Irama
Pendidikan Seni-Pergerakan dan IramaPendidikan Seni-Pergerakan dan Irama
Pendidikan Seni-Pergerakan dan Irama
 
Aspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbanan
Aspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbananAspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbanan
Aspek sastera-novel-erti-sebuah-pengorbanan
 
Aspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zai
Aspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zaiAspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zai
Aspek sastera-novel-di-sebalik-wajah zai
 
Aspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisisAspek sastera-drama-hemodialisis
Aspek sastera-drama-hemodialisis
 
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sbAnalisis struktural-prosa-trad-hact-sb
Analisis struktural-prosa-trad-hact-sb
 
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambunAnalisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
 
Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penang
Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penangAspek sastera-novel-wira-persona-avatari penang
Aspek sastera-novel-wira-persona-avatari penang
 
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambunAnalisis hikayat-upu-daeng-menambun
Analisis hikayat-upu-daeng-menambun
 

Analisis novel-lestari-bukit-menghijau -zai

  • 1. 1 LESTARI BUKIT MENGHIJAU (Syed Mahadzir) Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra. Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000. Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India. Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam Sinopsis
  • 2. 2 menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor. Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan. Kepentingan menjaga alam sekitar. Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara. Dia melarang sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Dia juga menangis apabila pokok bintangor kesayangannya terbakar. 1. Persoalan cinta akan alam sekitar. Pak Tua amat mencintai alam sekitar hingga sanggup membeli sebuah bukit seluas empat hektar yang dipenuhi belantara. Kawasan bukit ini ditanami dengan pokok bintangor. 2. Persoalan menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Penduduk Kampung Alor Rambai telah membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan nyamuk. 3. Persoalan peranan pelajar menjayakan sesuatu projek sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya berusaha mencari burung dan ikan untuk menjayakan projek sekolah lestari. 4. Persoalan mempercayai kepercayaan karut. Pak Hamid mempercayai khidmat dukun Lebai Deraman yang mengubati anaknya, Hamzah. Hamzah dikatakan demam biasa akibat ditegur hantu tanah. 5. Persoalan para saintis membuat kajian menghasilkan perubatan moden. Pak Tua dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan penawar HIV daripada ekstrak pokok bintangor spesies calophyllum lanigerum. 6. Persoalan sumber alam yang boleh memberikan manfaat kepada manusia. Sumber alam seperti pokok bunga cempaka putih boleh mengubati bisul. kudis dan radang tengkuk; daun pokok kacang kelor berkhasiat membantu membersihkan darah, mengurangkan kandungan gula dan mengawal tekanan darah di dalam badan. Tema Persoalan
  • 3. 3 Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir. Permulaan Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor. Perkembangan Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung. Puncak Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut. Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes aegypti. Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rentetan daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung dijalankan. Peleraian Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita penyakit untut akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan penubuhan Tabung Pak Hamid untuk tujuan rawatan. Manakala, Zahiran berjaya mencungkil latar belakang kehidupan Pak Tua. Sebelum meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan. Plot
  • 4. 4 Teknik Plot 1. Dialog Contoh: “Kenapa dengan jip pak cik?” Zahiran mengulangi. “Tayarnya pancit!” ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang. 2. Imbas kembali Contoh: Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit Bintangor. PakTua telah menceritakan kisah kehidupannya kepada Zahiran. 3. Suspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor. 4. Kejutan Contoh: Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang pernah bertugas di Chicago, Amerika. 5. Pemerian Contoh: Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung. Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit suka terpalit duka perjuangan seorang tua. Watak Utama Zahiran  Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun).  Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai.  Seorang yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit).  Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari.  Seorang yang mencintai alam sekitar – dia sedar manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar.  Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua).  Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua.  Berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua.  Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung. Watak dan Perwatakan
  • 5. 5  Rajin berusaha. Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari nama- nama saintifik pokok daripada Pak Tua.  Bijak. Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang.  Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua. Watak Sampingan Pak Tua  Berusia dalam lingkungan 60-an.  Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra.  Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu.  Seorang saintis (Profesor Osman Yunus).  Pernah bertugas di Chichago, Amerika Syarikat.  Berharta (mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor).  Amat cinta akan alam sekitar.  Seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara – mengetahui tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.  Menguasai nama saintifik pokok-pokok.  Banyak idea bernas - beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi membantu mengubati penyakitnya).  Seorang yang pemurah - mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan. Cikgu Idham  Pengetua baharu di SMK Alor Rambai.  Mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian.  Berusia dalam lingkungan 45 tahun.  Kreatif dan banyak idea.  Memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula.  Mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.  Berfikiran terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.
  • 6. 6 Latar Masa  Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya pertandingan Sekolah Lestari).  Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam Contoh peristiwa : i) Pagi – Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua dengan lebih rapat. ii) Petang – Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam perjalanan dia melihat banyak tumbuhan hijau yang telah dikenalinya. iii) Malam – Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid. Latar Tempat  Kampung Alor Rambai Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai.  Bukit Bintangor Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak.  Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.  Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu.  Kedai Runcit Pak Long Hamad Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.  Rumah Hamzah Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang demam.  Hadapan rumah Zahiran Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan rumahnya.  Sungai Jeneri Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya. Latar
  • 7. 7 Latar Masyarakat  Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah. Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara.  Masyarakat pendidik yang berwawasan. Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari.  Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab. Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka.  Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit. Contoh: Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV. Diksi  Penggunaan kata yang mudah difahami.  Penggunaan istilah-istilah saintifik. Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus.  Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah.  Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh: mosquito.  Penggunaan dialek. Contoh: benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur (keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak tangan). Penggunaan Ayat  Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus.  Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah dan kedak. Gaya Bahasa
  • 8. 8 Bahasa Perbandingan  Simile. Contoh: seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal macam Datuk Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak ye! Macam Senario dalam TV3 (m.s: 41) Penggunaan imej alam Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan nyamuk. Sinkope Contoh: tak, ni, nak, dah dan tu. Personifikasi Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi bersembunyi. Ungkapan Menarik Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m.s : 10) Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ada udang di sebalik batu. (m.s: 24) Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan cahaya matahari. Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang menderu segar. 1. Nilai kasih sayang antara sesama insan. Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV. 2. Nilai tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. 3. Nilai kecekalan menghadapi halangan dan rintangan. Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya. 4. Nilai baik hati. Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur. Nilai
  • 9. 9 5. Nilai bertanggunjawab. Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka. 6. Nilai bekerjasama. Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV. 1. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain. Pak Tua menunjukkan kasih sayang sejati kepada isterinya, Kamariah sehingga dia sanggup membuat penyelidikan tentang penawar HIV. 2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Pak Tua dan rakan-rakan saintisnya bekerjasama menjalankan uji kaji untuk mencari penawar HIV. 3. Kita haruslah menolong orang yang berada dalam kesusahan. Zahiran telah menolong Pak Tua menukar tayar keretanya yang pancit. Penduduk Kampung juga telah membantu Pak Hamid dengan mengadakan kutipan derma bagi mengubati penyakitnya. 4. Kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup. Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya. 5. Kita perlu bersikap baik hati terhadap orang lain. Pak Tua baik hati terhadap keluarga Zahiran dengan membelikan barang-barang keperluan dapur. 6. Kita hendaklah bertanggunjawab terhadap amanah yang diberikan. Zahiran dan rakan-rakannya bertanggungjawab menangkap burung dan ikan yang diamanahkan kepada mereka. 7. Kita mestilah menjaga kebersihan kawasan persekitaran pada setiap masa. Penduduk Kampung Alor Rambai bekerjasama membersihkan kawasan rumah Pak Hamid dan kawasan kampung demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Pengajaran
  • 10. 10 1. Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir, huraikan perwatakan watak utama. 2. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir. Jawapan: Soalan 1: Watak utama novel Lestari Bukit Menghijau ialah Zahiran. Zahiran berusia 15 tahun dan merupakan seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai. Dia juga anak yatim setelah kematian bapanya semasa dia berumur 10 tahun. Dia tinggal bersama-sama ibunya. Zahiran merupakan seorang anak muda yang mencintai alam sekitarnya. Perkenalannya dengan Pak Tua telah memberikan kesedaran kepadanya tentang penting alam sekitar kepada kehidupan manusia. Dia juga sedar bahawa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam tumbuhan. Dia berazam untuk menjaga kelestrian alam. Seterusnya Zahiran juga seorang pelajar yang bertanggungjawab. Dia dan kawan- kawanya iaitu Kadir dan Osman telah ditugaskan untuk menangkap burung untuk membantu sekolahnya dalam pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar. Mereka membuat perancangan untuk menangkap burung di Bukit Bintangor. Zahiran juga digambarkan sebagai seorang pelajar yang bijak. Dia mudah menguasai nama-nama saintifik pelbagai jenis pokok. Pengetahuan tersebut diperolehnya daripada Pak Tua. Soalan 2: Pengajaran yang terdapat dalam novel Lestari Bukit Menghijau ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, penduduk kampung Alor Rambai bekerjasama dan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran kampung dan rumah Pak Hamid daripada pembiakan nyamuk. Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Hal ini terbukti daripada peristiwa Pak Tua yang mencadangkan kepada penduduk kampung untuk membantu Pak Hamid yang menderita akibat penyakit untut. Mereka bersetuju untuk Latihan
  • 11. 11 mengutip derma dan seterusnya menubuhkan tabung yang dinamakan “Tabung Pak Hamid” bagi membantu merawat penyakit Pak Hamid. Akhirnya, penyakit untut Pak Hamid Berjaya disembuhkan setelah menerima rawatan pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India. Seterusnya, kita mestilah cekal apabila menghadapi halangan dan rintangan dalam hidup. Pak Tua cekal menghadapi dugaan hidup selepas kematian anak dan isterinya. Beliau juga cekal dalam usahanya menanam pokok bintangor yang mempunyai banyak khasiat dalam bidang perubatan.