2. TEKNIK KFC UNTUK KENAL PASTI KATA
KUNCI/TUGASAN/ FOKUS SOALAN
Kebaikan/Manfaat
/
Faedah
Kesan/Impak/Natij
ahImpikasi
Faktor/Seba
b/Pemangki
n/
Pencetus
Cara/Usaha/
Langkah/Prakars
aManhaj/Uslub
3. Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan bersukan.
Huraikan pendapat anda tentang amalan bersukan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bersama berentap pantang mengalah,
Di tanah kota lagaknya mara;
Bakat digilap potensi terserlah,
Atlet tercipta harapan negara.
Lincah berdepan si pesilat muda,
Memecah keringat kekuda bersilang;
Sihatkan badan cerdaskan minda,
Marakkan semangat sama berjuang
Semua pihak haruslah menjalinkan kerjasama yang padu
untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan
masyarakat. Ibu bapa seharusnya mempengaruhi minda
generasi muda untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai rutin
harian. Pihak sekolah pula perlu memastikan dasar 1Murid
1Sukan berjalan dengan lancar dan setiap murid memperoleh
manfaatnya. Pelbagai prasarana sukan yang tersedia kini
diharapkan dapat membakar semangat remaja agar lebih
meminati aktiviti sukan.
Sumber: Internet
4. Ayat 1- (Tema) Amalan bersukan sangat
relevan dijadikan aktiviti dalam kehidupan
masyarakat.
Ayat 2 - (Tugasan) Hal ini dikatakan
demikian kerana bersukan mendatangkan
banyak faedah.
PENDAHULUAN MUDAH
DAN TEPAT
5. Ayat 1- (Isi) Antara kemaslahatan/kebaikan amalan bersukan ialah
kita dapat menyihatkan badan.
Ayat 2- (Mengapa) Dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat
memacu produktiviti dalam kehidupan.
Ayat 3- (Bagaimana) Justeru, kita perlu meluangkan masa untuk
bersenam sekurang-kurangnya satu hari seminggu.
Ayat 4- (Contoh) Pelbagai aktiviti boleh dilakukan misalnya mendaki
bukit, berenang atau berjoging.
Ayat 5 - (Kesan) Kesannya, tubuh kita bukan sahaja sihat, malahan
memiliki berat badan yang ideal.
6. Ayat 1- (Isi) Selain itu, pelbagai usaha turut dilakukan untuk
memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.
Ayat 2 - (Mengapa) Remaja kini lebih suka melayari media sosial
berbanding dengan melakukan aktiviti yang sihat.
Ayat 3 - (Bagaimana) Dalam konteks ini, keluarga perlu menjadi
suri teladan kepada anak-anak.
Ayat 4 - (Contoh) Contohnya, mereka meluangkan masa dengan
mengajak anak-anak bersenam pada setiap pagi.
Ayat 5 - (Kesan) Impaknya, amalan ini akan menjadi budaya dalam
kehidupan sekali gus merealisasikan ungkapan ‘badan sihat otak
cerdas’.
7. Ayat 1 - Akhir sekali, sumbangan kerajaan dalam bidang sukan amat
diperlukan.
Ayat 2 - (Mengapa) Hal ini dikatakan demikian kerana sukan dapat
memupuk perpaduan.
Ayat 3 - (Bagaimana) Oleh itu, kerajaan menyediakan sejumlah
peruntukan yang besar untuk meningkatkan kualiti sukan.
Ayat 4 - (Contoh) Tamsilnya, sebanyak RM668 juta telah
diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk program sukan.
Ayat 5 - (Kesan) Implikasinya, bidang sukan dapat berdaya saing
dan perpaduan direalisasikan.
8. Ayat 1 - (Kesimpulan) Intihanya, amalan bersukan amat
penting kepada masyarakat seantero negara.
Ayat 2 - (Penegas) Oleh itu, masyarakat perlu
meluangkan masa untuk bersukan.
Ayat 3 - (Harapan) Dengan ini, aktiviti bersukan sangat
signifikan untuk dijadikan amalan kerana kesihatan
adalah kekayaan.
PENUTUP