SlideShare a Scribd company logo
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
TAJUK
1
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang
bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian
ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman
Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab,
zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.
(ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,
Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.
1.0 KANDUNGAN ISI
Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah
ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum
masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu
linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan
penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil
kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam
kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada
zaman linguistik yang bermula di Eropah.
1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam
bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani
merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan
tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan
1
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum
masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka
kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang
berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu
pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada
bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat
ketika itu.
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada
zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347)
merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa
sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog,
iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad
lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa
bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang
kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah
menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan
realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga
menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan
kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada
predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322
sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa,
iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran
tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana
yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa
Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa
sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa
bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan
yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja
yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
2
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era
Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian
mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.
Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan
linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah.
Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah
jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan
linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih
kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan
membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan.
Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan
satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang
mempunyai makna.
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik
zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun
Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani
dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada
zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani
kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu
baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat
penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji
bahasa selepas zaman itu.
1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik
zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era
ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para
pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk
3
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu
baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan
tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.
Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika
dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan
zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga
dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa
Inggeris.
Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman
Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah
pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap.
Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa
mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu
kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin
pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk
dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman
India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan
kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi
bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada
Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini
ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula
mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa
berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian,
hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud
perkataan juga hampir sama.
4
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada
linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang
dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan
kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan
hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati
bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi
wujud daripada satu rumpun yang sama.
Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada
semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-
bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan
bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L
dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat
sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian
ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau
linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada
sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu
bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
TUGASAN:
Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah
perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden.
Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.
5
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan
ilmu linguistik sehingga kini.
TAJUK
2
PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK
SINOPSIS
Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu
pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de
Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan
kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku
zaman
(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu
bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden
(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh
linguistik
2.0 KANDUNGAN ISI
Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai
“Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan
teori behaviourisme
2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik
• Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural
6
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau
mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek
psikologi.
• Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam
sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa
merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.
• Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu
bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku
beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana
menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari
segi fungsinya dalam masyarakat.
• Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,
bahasa akan sentiasa berubah.
2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik
• Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang
mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan
fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau
beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan
yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain,
ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila
adanya rangsangan.
• Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca
7
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun
dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap
rangsangan itu.
• Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku
manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya,
iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan
kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara
empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).
2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik
• Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang
mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai
‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-
penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa
secara moden.
• Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang
pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya
kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara
sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada
suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi
sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang
dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.
• De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan
konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek
dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau
diucapkan oleh individu dalam masyarakat.
8
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
• Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan
buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915.
Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-
pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-
bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.
TUGASAN
Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de
Saussure dengan Bloomfield.
Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan
dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa.
TAJUK
3
BIDANG LINGUISTIK
SINOPSIS
Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik
Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta
Linguistik Kontekstual.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik
9
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik
perbandingan dan linguistik kontekstual
(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya
dengan pengajaran bahasa.
KERANGKA TAJUK
3.0 KANDUNGAN ISI
Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada
bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa,
perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara
bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu
linguistik.
3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
• Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang
yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.
• Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.
• Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung
dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
10
Bidang
Linguistik
Linguistik
Umum
Linguistik
Gunaan
Linguistik
Sejarah
Linguistik
Kontekstual
Linguistik
Perbandingan
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
• Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang
memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik
dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.
• Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat
dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada
penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
• Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa
dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.
• Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah
terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan
bahasa asli pelajarnya.
• Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik
gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini
kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam
mengajarkan bahasa sahaja.
• Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan
konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.
• Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara
universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam
penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
• Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa
disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran
bahasa.
• Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara
saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.
• Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa,
seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan
peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
11
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
• Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah
satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-
bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara
bahasa-bahasa itu.
• “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,
dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula
bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang
telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
• Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan”
yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi,
sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.
• Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait
harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan
perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-
sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.
• Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan
tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu
berguna.
• Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang
mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh
ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan
perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200)
yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
• Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula
matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu
berpisah.
• Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan
pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik
perbandingan:
12
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
• Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat
mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
• Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik
tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza,
khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.
• Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui
melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu.
• Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal
usul (etimologi) sesuatu bahasa.
• Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.
• Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci
dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.
• Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat
perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
• Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang
berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi
sejarah yang dilaluinya melalui masa.
• Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl
usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk
mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau
hingga kini.
• Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang
membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya
adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara
13
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada
bahasa induk.
• Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja
atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini
memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal
ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-
aspek yang dibandingkan itu
3.3 Linguistik Kontekstual
• Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi
dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik
teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,
bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa
berinteraksi dengan dunia.
• Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik
merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi
linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.
• Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah
berinteraksi dengan linguistik.
• Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains
perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi
disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik
pengiraan, serta sains kognitif.
•
TUGASAN:
Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik
perbandingan.
Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.
14
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
TAJUK
4
LINGUISTIK KONTEKSTUAL
SINOPSIS
Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan
disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji
bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin
mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.
(ii) Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan
bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan
masyarakat.
15
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
4.0 KANDUNGAN ISI
4.1 Linguistik Kontekstual
• Menurut J. Lyons, 1968 ;
Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara
saintifik
• Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Linguistik ialah
1. Kajian saintifik tentang bahasa.
2. Berkaitan dengan bahasa.
• Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah
pengajian ilmu bahasa.
• Menurut John Lyons (1968);
Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang
dilakukan secara saintifik.
Definisi kontekstual:
• Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur 2005);
Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks:
penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan
perkembangan sastera.
Kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan
langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan
(meaningful).
Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik
berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan
linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,
16
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa
berinteraksi dengan dunia.
KONTEKSTUAL
Sosiolinguistik
Antropologi Linguistik
Linguistik
Antropologikal
4.2 Sosiolinguistik
• Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara
bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.
• Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam
masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial
dalam masyarakat.
• Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi
bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan
bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata
sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di
antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa,
pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara
sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.
17
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
• Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang
melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada
dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya
dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.
• Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan
pertalian antara bahasa dengan masyarakat.
• Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti
perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular
yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang
dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti
sesebuah negara.
• Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-
budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti
perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan
kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan
bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-
pemakainya.
4.3 Pengertian Antropologi
Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani
“Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos”
bererti ilmu yang mempelajari.
4.4 Antropologi Linguistik
 Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya
terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan
sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
 Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan
memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara
bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan
kumpulan-kumpulan etnik.
18
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
 Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat
pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara
terperinci adalah participant observation.
 Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar
kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik
berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada
perkahwinan dan jangka masa yang lama.
4.5 Linguistik Antropologikal
Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek
kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana
suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur
mempengaruhi cara mereka berbahasa.
TUGASAN
Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.
TAJUK
5
STILISTIK
SINOPSIS
Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu
bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung
kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya
dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak
formal.
HASIL PEMBELAJARAN
19
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
(i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.
(ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.
5.0 KANDUNGAN ISI
5.1 Stilistik
Menurut Abdullah Hassan (1990)
 Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang
dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa
 Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
 Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam
bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana
pengucapan.
 Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu
gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.
5.2 Stilistik dari sudut Sastera
 Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada
penggunaan bahasa.
 Cabang linguistik gunaan atau terapan.
 Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya
bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.
 Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti
penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan
berusaha menemukan fungsi estetik.
5.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa
20
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
 Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu
bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung
kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.
 Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang
paling formal kepada bentuk yang agak formal.
5.4 Prinsip Stilistik
 Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca
kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan
berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.
 Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan
kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.
 Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa
tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
 Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti
yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan
struktural.
 Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada
aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina
keseluruhan karya.
 Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami,
mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna
simbolik.
 Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan
gaya keperibadian seseorang penulis.
 Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian
sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu
penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan
keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
 Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan
keperibadian penulis
21
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
 Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan
diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.
 Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat
pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.
 Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek
kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu
dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.
 Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna
perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan
oleh pengarang.
 Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan
dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan
satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.
 Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang
penghasilan sesebuah karya.
 Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai
keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.
 Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan
stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-
unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.
 Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis
proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk
menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau
khalayak terhadap sesebuah karya.
 Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu
bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau
memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada
penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.
TUGASAN
22
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu
mempengaruhi kehidupan masyarakat.
TAJUK
6
SIFAT BAHASA
SINOPSIS
Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky
Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai
sifat-sifat yang tersendiri.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.
23
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
(ii) Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.
6.0 KANDUNGAN ISI
6.1 Bahasa sebagai satu sistem
• Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam
bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau
bentuk sintaksis.
• Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu
susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata).
• Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan
mengikut cara-cara tertentu.
• Sistem yang dimaksudkan ialah aturan.
• Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa.
• Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.
Contoh :
BAHASA MELAYU
1. buku itu
2. sebuah buku merah
3. pensel ini
BAHASA INGGERIS
1. that car (kereta itu)
2. three red books (tiga buah buku yang merah)
3. the beautiful book (buku yang cantik itu)
24
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
6.2 Bahasa bersifat dinamis
• Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya
bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.
• Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan
manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan
perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.
• Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.
6.3 Bahasa itu bersifat arbitrari
• Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam
bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan
ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.
• Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan
dengan benda-benda yang dimaksudkan.
• Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap
bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda
sama.
Sebagai contoh:
dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu”
dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door”
“puerta” dalam Bahasa Sepanyol.
6.4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi
• Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di
sampaikan oleh penutur kepada pendengar.
• Faktor yang mengubah bahasanya.
– pendengar : orang yang dilawan bercakap.
– tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil
tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.
25
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
– butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan
pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.
6.5 Bahasa mempunyai makna
• Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.
• Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.
6.6 Bahasa itu linear
• Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan
alat-alat artikulasi satu demi satu.
• Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang
dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’.
• Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu
demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.
TUGASAN:
Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat
bahasa dengan jelas.
TAJUK
7
VARIASI BAHASA
SINOPSIS
Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan
bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan
masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas
daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.
HASIL PEMBELAJARAN
26
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
(i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.
(ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan
masyarakat.
7.0 KANDUNGAN ISI
7.1 Variasi Bahasa
 Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang
digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu
 Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa
yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan
kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang
sama dalam keadaan yang berbeza.
 Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :
Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan
Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan
dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
 Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa
yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.
 Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan,
kosa kata dan tatabahasa.
 Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin
besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa
itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya.
 Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks
Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat
berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,
Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
 Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin
besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa
itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya.
27
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
 Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka
Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat
berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu,
Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.
 Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud
oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,
jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang
berbeza-beza penggunaannya.
 Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-
ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa
tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka
mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang
walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri
daripada satu keseluruhan.
 Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih
sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi
ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.
 Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu
bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau
bahasa baku.
 Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-
orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan
berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.
 Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing
dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m
Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek
bahasa Melayu Johor Riau.
 Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku,
ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa
sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan,
mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.
 Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.
7.2 Variasi Bahasa (Dialek)
28
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
 Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos'
iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya
dengan bahasa Yunani pada waktu itu.
 Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih
difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa
walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali
sebagai dialek.
 Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan
oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
 Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan
tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari
segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu,
tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai
satu bahasa yang lain.
 Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan
pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun
bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara
mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti
Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
7.3 Bahasa Isyarat
 Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi
manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk
berkomunikasi.
 Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan
bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,
orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi
wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.
 Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara.
29
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
 Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.
Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki
bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang
berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal
yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki
bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol),
tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.
 Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang
mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.
 Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu
sama lain.
 Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat
jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak
memahami bahasa berkenaan.
 Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat
Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui
sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih
100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.
TUGASAN
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi
bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.
TAMAT
30

More Related Content

What's hot

Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Watak Bulat
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeeWatak Bulat
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Ryabbi Imp
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
ly infinitryx
 
(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23sadn1013
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
kee jumat
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 

What's hot (12)

Bahan ass linguistik
Bahan ass linguistikBahan ass linguistik
Bahan ass linguistik
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Pemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jeePemikiran dalam linguistik jee
Pemikiran dalam linguistik jee
 
Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3Kerja kursus bmm3107 3
Kerja kursus bmm3107 3
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
 
(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23
 
Bidang makna
Bidang maknaBidang makna
Bidang makna
 
Perancangan Bahasa
Perancangan Bahasa Perancangan Bahasa
Perancangan Bahasa
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 

Similar to 09 isi-pelajaran-4

08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Oh Jenny
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)Laila Mohd Sarjan
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
Fei Yee
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausureXeri Ee
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)Khairul Amin Ishak
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilahMuhd Rais
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Laila Mohd Sarjan
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
Oh Jenny
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
nealosen
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
eikarshdn
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) Izzah Zahh
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 

Similar to 09 isi-pelajaran-4 (20)

08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
08bisi pelajaran interaksi-2 (1)
 
08bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-208bisi pelajaran interaksi-2
08bisi pelajaran interaksi-2
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 

More from Oh Jenny

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
Oh Jenny
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
Oh Jenny
 
08cisi pelajaran -interaksi-3
08cisi pelajaran -interaksi-308cisi pelajaran -interaksi-3
08cisi pelajaran -interaksi-3
Oh Jenny
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
Oh Jenny
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1
Oh Jenny
 
01 kulit-modul1
01 kulit-modul101 kulit-modul1
01 kulit-modul1
Oh Jenny
 
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuModul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Oh Jenny
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
Oh Jenny
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Oh Jenny
 
RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4
Oh Jenny
 
Contoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSRContoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSR
Oh Jenny
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Oh Jenny
 
Menulis kata majmuk
Menulis kata majmukMenulis kata majmuk
Menulis kata majmukOh Jenny
 
Aktiviti membaca
Aktiviti membacaAktiviti membaca
Aktiviti membacaOh Jenny
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5Oh Jenny
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5Oh Jenny
 
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5Oh Jenny
 

More from Oh Jenny (17)

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08cisi pelajaran -interaksi-3
08cisi pelajaran -interaksi-308cisi pelajaran -interaksi-3
08cisi pelajaran -interaksi-3
 
08eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-508eisi pelajaran -interaksi-5
08eisi pelajaran -interaksi-5
 
08aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-108aisi pelajaran -interaksi-1
08aisi pelajaran -interaksi-1
 
01 kulit-modul1
01 kulit-modul101 kulit-modul1
01 kulit-modul1
 
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayuModul bmm 3142 kebudayaan melayu
Modul bmm 3142 kebudayaan melayu
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4RPH BM Tahun 4
RPH BM Tahun 4
 
Contoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSRContoh RPH PJ KSSR
Contoh RPH PJ KSSR
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny
 
Menulis kata majmuk
Menulis kata majmukMenulis kata majmuk
Menulis kata majmuk
 
Aktiviti membaca
Aktiviti membacaAktiviti membaca
Aktiviti membaca
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5
 
Rph tahun 5
Rph tahun 5Rph tahun 5
Rph tahun 5
 
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
Huraian sukatan bahasa melayu tahun 5
 

Recently uploaded

Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 

Recently uploaded (6)

Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 

09 isi-pelajaran-4

  • 1. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU TAJUK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK SINOPSIS Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. (ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20. 1.0 KANDUNGAN ISI Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan 1
  • 2. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. 2
  • 3. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk 3
  • 4. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 4
  • 5. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa- bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. TUGASAN: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. 5
  • 6. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. TAJUK 2 PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK SINOPSIS Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik 2.0 KANDUNGAN ISI Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme 2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural 6
  • 7. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. • Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah. 2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. • Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca 7
  • 8. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). 2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan- penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. • Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. 8
  • 9. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar- pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan- bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. TUGASAN Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. TAJUK 3 BIDANG LINGUISTIK SINOPSIS Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik 9
  • 10. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. KERANGKA TAJUK 3.0 KANDUNGAN ISI Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. 3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. • Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. • Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. 10 Bidang Linguistik Linguistik Umum Linguistik Gunaan Linguistik Sejarah Linguistik Kontekstual Linguistik Perbandingan
  • 11. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. • Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. • Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. • Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. • Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. • Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. • Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. • Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. • Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. • Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. 3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan 11
  • 12. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa- bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. • Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. • Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem- sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. • Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. • Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. • Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. • Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: 12
  • 13. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. • Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. • Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. • Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. • Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. • Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. • Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara 13
  • 14. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. • Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek- aspek yang dibandingkan itu 3.3 Linguistik Kontekstual • Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. • Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. • Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. • Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. • TUGASAN: Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. 14
  • 15. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU TAJUK 4 LINGUISTIK KONTEKSTUAL SINOPSIS Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. (ii) Mengenal pasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat. 15
  • 16. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 4.0 KANDUNGAN ISI 4.1 Linguistik Kontekstual • Menurut J. Lyons, 1968 ; Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik • Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Linguistik ialah 1. Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Berkaitan dengan bahasa. • Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. • Menurut John Lyons (1968); Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. Definisi kontekstual: • Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, 16
  • 17. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. KONTEKSTUAL Sosiolinguistik Antropologi Linguistik Linguistik Antropologikal 4.2 Sosiolinguistik • Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. • Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. • Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi. 17
  • 18. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. • Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. • Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. • Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio- budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai- pemakainya. 4.3 Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. 4.4 Antropologi Linguistik  Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.  Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. 18
  • 19. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.  Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. 4.5 Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. TUGASAN Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual. TAJUK 5 STILISTIK SINOPSIS Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. HASIL PEMBELAJARAN 19
  • 20. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU (i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik. (ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. 5.0 KANDUNGAN ISI 5.1 Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990)  Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.  Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. 5.2 Stilistik dari sudut Sastera  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.  Cabang linguistik gunaan atau terapan.  Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) - stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. 5.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa 20
  • 21. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. 5.4 Prinsip Stilistik  Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.  Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.  Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.  Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.  Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.  Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.  Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.  Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.  Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis 21
  • 22. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.  Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.  Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.  Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.  Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.  Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.  Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.  Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur- unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.  Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.  Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang. TUGASAN 22
  • 23. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. TAJUK 6 SIFAT BAHASA SINOPSIS Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. HASIL PEMBELAJARAN (i) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. 23
  • 24. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU (ii) Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu. 6.0 KANDUNGAN ISI 6.1 Bahasa sebagai satu sistem • Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis. • Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata). • Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu. • Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. • Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. • Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. Contoh : BAHASA MELAYU 1. buku itu 2. sebuah buku merah 3. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. that car (kereta itu) 2. three red books (tiga buah buku yang merah) 3. the beautiful book (buku yang cantik itu) 24
  • 25. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 6.2 Bahasa bersifat dinamis • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. • Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. • Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah. 6.3 Bahasa itu bersifat arbitrari • Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. • Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. • Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. 6.4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. • Faktor yang mengubah bahasanya. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. 25
  • 26. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. 6.5 Bahasa mempunyai makna • Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. • Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. 6.6 Bahasa itu linear • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’, ’ a’, ’l’, ’a’, dan ‘m’. • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. TUGASAN: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. TAJUK 7 VARIASI BAHASA SINOPSIS Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. HASIL PEMBELAJARAN 26
  • 27. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU (i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. (ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. 7.0 KANDUNGAN ISI 7.1 Variasi Bahasa  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.  Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.  Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa.  Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.  Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. 27
  • 28. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.  Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli- ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan.  Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.  Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.  Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang- orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami.  Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m Melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.  Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.  Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik. 7.2 Variasi Bahasa (Dialek) 28
  • 29. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.  Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.  Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. 7.3 Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka.  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. 29
  • 30. BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. Contohnya, Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. TUGASAN Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut. TAMAT 30