SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
CERITA HUTAN
MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang
kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah
kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia
menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah
pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak
meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api
menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere
Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di
sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga
serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-
tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak
menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya
dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam
khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan
tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu
serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut
kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu
Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka
sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang
kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak
lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor
rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang
lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil
pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika
harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan
menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai
haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil
budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.Dengan marah
dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu
akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga
serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak
serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota
Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan
purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah nasib anak-
anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau
sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan,
tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh
berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun
membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan
sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala
Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala
menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota
Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan
rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun
serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli
dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu
besar."Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia
tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak
dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-
undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan
ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia
diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang
bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak seekor pun anggota
Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-
matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota
Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor
beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang
Hutan.Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di
belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota
Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau
Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak
bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh
ditebus dengan seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang
baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli
supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera
bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan
yang ditawarkan oleh Bagheera itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai
mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli
saja di Batu Sidang itu.Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah
kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu
amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat
memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli
sekawan terletak pada enam sekawannya "

More Related Content

What's hot

Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuProgram intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuEja Jaafar
 
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxRANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxnurnablh
 
Borang kwapm-b-akuan-terima-wang
Borang kwapm-b-akuan-terima-wangBorang kwapm-b-akuan-terima-wang
Borang kwapm-b-akuan-terima-wangAzhar Abu
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniWan Nor Faezah
 
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Azzam Yusof
 
Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)abdulhalimismail
 
47591355 motivasi-keibubapaan
47591355 motivasi-keibubapaan47591355 motivasi-keibubapaan
47591355 motivasi-keibubapaanNorhafizu Mohamad
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docNorhasnizaAbdulHamid
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Garis panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolahGaris panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolahAsif Yahya
 
Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)awangyie
 
Sijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPMSijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPMMiz Malinz
 
Rph pj t4 olahraga.teknik asas larian 4 d
Rph pj t4 olahraga.teknik asas larian    4 dRph pj t4 olahraga.teknik asas larian    4 d
Rph pj t4 olahraga.teknik asas larian 4 dNurfaten Ismail
 

What's hot (20)

Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuProgram intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
 
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxRANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
 
Borang kwapm-b-akuan-terima-wang
Borang kwapm-b-akuan-terima-wangBorang kwapm-b-akuan-terima-wang
Borang kwapm-b-akuan-terima-wang
 
Peraturan di dalam kelas
Peraturan di dalam kelasPeraturan di dalam kelas
Peraturan di dalam kelas
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
 
01 pelan tindakan program sekolah selamat
01 pelan tindakan program sekolah selamat01 pelan tindakan program sekolah selamat
01 pelan tindakan program sekolah selamat
 
Overview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan InstruksionalOverview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan Instruksional
 
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
 
Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)Rancangan pengajaran harian (amali solat)
Rancangan pengajaran harian (amali solat)
 
47591355 motivasi-keibubapaan
47591355 motivasi-keibubapaan47591355 motivasi-keibubapaan
47591355 motivasi-keibubapaan
 
02dato (2).pdf
02dato (2).pdf02dato (2).pdf
02dato (2).pdf
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
 
Contoh taklimat perkhemahan koko
Contoh taklimat perkhemahan kokoContoh taklimat perkhemahan koko
Contoh taklimat perkhemahan koko
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Garis panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolahGaris panduan kantin sekolah
Garis panduan kantin sekolah
 
Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)Kertas kerja program internship (1)
Kertas kerja program internship (1)
 
Bola keranjang
Bola keranjangBola keranjang
Bola keranjang
 
Sijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPMSijil Graduasi SPM
Sijil Graduasi SPM
 
Minit mesyuarat ppim
Minit mesyuarat ppimMinit mesyuarat ppim
Minit mesyuarat ppim
 
Rph pj t4 olahraga.teknik asas larian 4 d
Rph pj t4 olahraga.teknik asas larian    4 dRph pj t4 olahraga.teknik asas larian    4 d
Rph pj t4 olahraga.teknik asas larian 4 d
 

Viewers also liked

Cerita hutan
Cerita hutanCerita hutan
Cerita hutanJane Rabi
 
Multimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature Fusion
Multimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature FusionMultimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature Fusion
Multimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature FusionCSCJournals
 
Seneca psych 100 - class one - introduction to psychology and research methods
Seneca   psych 100 - class one - introduction to psychology and research methodsSeneca   psych 100 - class one - introduction to psychology and research methods
Seneca psych 100 - class one - introduction to psychology and research methodscgoldfried
 
History and clinical psychiatry
History and clinical psychiatryHistory and clinical psychiatry
History and clinical psychiatryMohammad Ihmeidan
 
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4FREE FILE DOWNLOAD
 

Viewers also liked (7)

Cerita hutan
Cerita hutanCerita hutan
Cerita hutan
 
FieldReadyBrochureRevision-3
FieldReadyBrochureRevision-3FieldReadyBrochureRevision-3
FieldReadyBrochureRevision-3
 
Multimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature Fusion
Multimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature FusionMultimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature Fusion
Multimodal Approach for Face Recognition using 3D-2D Face Feature Fusion
 
Seneca psych 100 - class one - introduction to psychology and research methods
Seneca   psych 100 - class one - introduction to psychology and research methodsSeneca   psych 100 - class one - introduction to psychology and research methods
Seneca psych 100 - class one - introduction to psychology and research methods
 
Christmas in Europe
Christmas in EuropeChristmas in Europe
Christmas in Europe
 
History and clinical psychiatry
History and clinical psychiatryHistory and clinical psychiatry
History and clinical psychiatry
 
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
 

Similar to DITERIMA

Cerita Monyet Dan Serigala
Cerita Monyet Dan SerigalaCerita Monyet Dan Serigala
Cerita Monyet Dan Serigalarifkatulkhaerah
 
Serigala dan kambing kecil
Serigala dan kambing kecilSerigala dan kambing kecil
Serigala dan kambing kecilnadif89
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasanDAINURI Net
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusWarnet Raha
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalaspejajusoh
 
Ayam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniAyam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniRozita Yusoff
 
PP.BERCERITA
PP.BERCERITAPP.BERCERITA
PP.BERCERITAwafiyyah
 

Similar to DITERIMA (11)

Cerita hutan
Cerita hutanCerita hutan
Cerita hutan
 
Intan
IntanIntan
Intan
 
Intan
IntanIntan
Intan
 
Cerita Monyet Dan Serigala
Cerita Monyet Dan SerigalaCerita Monyet Dan Serigala
Cerita Monyet Dan Serigala
 
Serigala dan monyet
Serigala dan monyetSerigala dan monyet
Serigala dan monyet
 
Serigala dan kambing kecil
Serigala dan kambing kecilSerigala dan kambing kecil
Serigala dan kambing kecil
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasan
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikus
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalas
 
Ayam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniAyam jantan yang berani
Ayam jantan yang berani
 
PP.BERCERITA
PP.BERCERITAPP.BERCERITA
PP.BERCERITA
 

Recently uploaded

ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 

Recently uploaded (20)

ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 

DITERIMA

  • 1. CERITA HUTAN MOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba- tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
  • 2. DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah nasib anak- anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar."Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang- undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati- matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli
  • 3. supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak. " Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "