Dokumen ini membahas tentang algoritma, pseudokod, dan carta alir. Algoritma adalah serangkaian instruksi untuk menyelesaikan masalah. Pseudokod menggunakan bahasa sehari-hari untuk menjelaskan langkah-langkah algoritma. Carta alir menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan aliran algoritma secara visual.
1. ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
MENGENAL ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA
ALIR
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Aturan ini
bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Dalam sains
komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam
proses melaksanakan kod
komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod
program komputer.
2. Situasi 1:
Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan.
Nyatakan proses yang perlu
anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.
Contoh algoritma bagi situasi 1:
1. Masuk ke dalam perpustakaan
2. Cari buku yang dikehendaki
3. Jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam
4. Keluar dari perpustakaan
3. Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam
bahasa pertuturan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini
menunjukkan langkah demi langkah
untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga
tamat. Pseudokod juga merupakan
penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod asas
dalam menunjukkan langkah-langkah dan tugas
4. Situasi 2:
Katakan anda hendak menghantar bahan bercetak, nilai
bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan berat bahan
yang hendak dihantar itu. Jika bahan yang dihantar itu
beratnya 50 gram, berapakah nilai yang perlu dibayar?
Contoh pseudokod bagi situasi 2:
1. Mula
2. Timbang berat bahan bercetak ( input )
3. Set nilai bayaran dikenakan (proses)
4. Papar nilai bayaran (output)
5. Tamat
5. Carta Alir ialah kaedah grafik yang menunjukkan
langkah-langkah bagi penyelesaian
masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir
mengandungi simbol
geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah.
Setiap simbol mewakili aktiviti
bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program.
Aktiviti ini akan dilaksanakan
mengikut turutan dari atas ke bawah.
Contoh:
8. MEMBUAT PERKAITAN ALGORITMA, PSEUDOKOD
DAN CARTA ALIR DALAM AKTIVITI HARIAN
Situasi: Membancuh kopi
Contoh Algoritma
1. Masak air
2. Masukkan kopi ke dalam cawan
3. Masukkan gula
4. Masukkan air panas ke dalam cawan
Contoh Pseudokod
1. Mula
2. Masak air
3. Masukkan kopi ke dalam cawan
4. Masukkan gula
5. Masukkan air panas ke dalam cawan
6. Tamat