SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
PAPARAN SEJARAH ISLAM: ABAD KE-11-15

Senin, 30 Mei 2011
Selama ini kita amat jarang memperoleh sumber-sumber yang asli untuk menguraikan
suasana abad 11 hingga ke 14 Hijrah dalam dunia ilmiah. Kalau diperoleh pun
kebanyakannya dari aliran islah. Kitab-kitab yang memperlihatkan fakta bagi sejarah bagi
jarak tersebut amat jarang dicetak seperti kitab al-Imdad karya Salim bin Abdullah al-Bashri
dll. Tetapi sepanjang penelitian saya, berjaya menemui seorang tokoh moden yang
melakukan kajian Ph.Dnya berdasarkan maklumat sama ada yang makhtutat atau yang
tercetak atau yang telah lama tercetak. Tokoh tersebut ialah Rektor IAIN, Dr. Azyumardi
Azra. Sempena hari raya Idul Fitri akan ducuba menampilkan pengsucian kekeliruan faktafakta yang wajar diketahui agar tidak bersalah sangka terhadap mana-mana aliran.... Tujuan
pemaparan hal ini juga untuk mengelakkan kita daripada menipu kerana menipu fakta itu
adalah dosa dan bagi yang telah mengetahui perteguhkan kembali. Selama ini, kita dok kritik
orientalis tetapi kalau kita bercakap bukan di atas fakta sebenarnya apakah bezanya kita
dengan orientalisme itulah sebab saya kemukakan petikan yang panjang di bawah
Saya berpegang di atas dunia ini mesti ada secara kesinambungan akan kebenaran
berdasarkan hadis mutawatir, "Akan sentiasa ada segolongan umatku yang zahir berada di
atas kebenaran hingga hari akhirat . . . "
Dr.

Azyumardi

Azra

berkata

dalam Jaringan Ulama, sebagai berikut:
"Periodisasi

dalam

sejarah

sering

menyesatkan,

sebab

ia

menyiratkan

ketidaksinambungan (discontinuity). Sejarah sosio-intelektual, khususnya tidak berhenti atau
dimulai dengan kekosongan dalam masa tertentu. Hal ini harus ditekankan lebih dulu
sebelum kita mempelajari jaringan ulama pada abad ke-18M. Alasannya sederhana;
sebahagian para ulama terkemuka yang dibicarakan sebelumnya masih hidup hingga awal
abad ke-18 M. Dengan pijakan yang sama, beberapa ulama yang kita masukkan dalam
jaringan abad ke-18 M. sudah mulai merintis karier mereka dan mencapai kemasyhuran
sebelum penutupan abad ke-17M. Kebanyakan para ulama ini, sampai taraf tertentu, telah
dibahas sebelumnya. Tetapi, sebahagian mereka mulai membina diri dan memainkan peranan
mereka dalam jaringan pada abad ke-18M.
Lebih jauh lagi, dalam pengertian kandungan intelektual, dalam periode abad ke-18M
kita juga melihat banyak tanda-tanda kesinambungan dengan apa yang telah muncul dalam
periode sebelumnya. Tetapi ada juga perubahan-perubahan; beberapa kecenderungan baru yang juga dapat dianggap sebagai memuncak dari kecenderungan periode sebelumnya berkembang dengan cara yang agak berbeda. Dalam bahagian ini, saya akan menelaah
jaringan ulama dari abad ke-18M dan hubungan-hubungan utama mereka di Afrika dan Asia.
Saya juga akan membahas kesinambungan dan perubahan kandungan religio-intelektual
jaringan ulama tersebut.
Jaringan di Pusat dan Hubungan Asia
Sebagaimana telah dikemukakan, Ibrahim al-Kurani, salah seorang tokoh paling
berpengaruh di dalam jaringan ulama, telah berpulang menjelang akhir abad ke-17M. Tetapi
yang

berpusat

di

al-Haramain

tidak

kehilangan

momentumnya

(yakni

daya

perkembangannya). Peranan kepemimpinan kini berada di tangan para murid utamadari alKurani dan rakan-rakan seangkatan dengannya yang terkemuka; mereka jelas dominan dalam
inti jaringan tersebut di al-Haramain pada dasawarsa-dasawarsa awal abad ke-18M. Yang
paling penting di antara mereka ialah Hasan al-'Ujaimi, Ahmad al-Nakhli, Abu Thahir alKurani, Abdullah al-Bashri dan Abdul Hadi al-Sindi (Abu l-Hasan al-Sindi al-Kabir). Seperti
akan segera kita lihat, beberapa murid para ulama ini merupakan inti generasi berikutnya
dalam jaringan ulama ke-18 M. Kerana itu, orang-orang berilmu ini menjadi mata rantai
penting antara generasi al-Syinnawi, al-Qusyasyi dan al-Kurani, dengan para ulama yang
berkembang pada separuh kedua abad ke-18M.
Seorang tokoh yang sangat penting dalam jaringan ulama generasi selanjutnya dalam
abad ke-18 ialah Muhammad Hayyat bin Ibrahim al-Sindi al-Hanafi (w. di Madinah pada
1163H/1749M).{1} Seperti terlihat dari namanya, beliau dilahirkan di Sind, di mana beliau
mendapatkan pendidikan awalnya. Di kemudian hari, setelah melakukan ibadah haji ke
Makkah, beliau memutuskan menetap di Madinah, di mana beliau belajar bersama, antara
Abu al-Hasan al-Sindi (al-Kabir), Hasan al-'Ujaimi, 'Abdullah al-Bashri dan Abu Thahir alKurani. Tidak jelas apakah di samping mempelajari berbagai-bagai disiplin Islam,
Muhammad Hayat menerima tarekat-tarekat dari mereka. Besar kemungkinan, beliau
diinisiasi semua ulama tersebut ke dalam tarekat-tarekat dari mereka. Tetapi al-Jabarti
menyatakan, beliau diinisiasi ke dalam tarekat Naqsyabandiyyah oleh Sayyid Abdurrahman
al-Saqqaf Ba'alawi (w.1140H/1727M di Madinah).{2} Beliau terutama sangat dekat dengan
Abdul Hadi al-Sindi; beliau menggantikannya untuk mengajar di halaqahnya di Masjid Nabi
setelah Abdul Hadi meninggal dunia.
Teristimewa dikenal sebagai seorang muhaddits dengan reputasi lumayan di
Haramain, erti penting Muhammad Hayyat kerana beliau merupakan salah seorang dari
sedikit tokoh yang menghubungkan jaringan ulama secara langsung dengan Muhammad bin
Abdul Wahhab yang termasyhur (1115-1201H/1703-87M). Menerusi hubungan inilah yang
memungkinkan kita mengesan asal-usul ajaran-ajaran Wahhabiyyah. Seperti dikatakan Ibnu
Bisyr, Ibnu Abdul Wahhab diperkenalkan gurunya, Abdullah bin Ibrahim bin Sayf al-Najdi
al-Madani kepada Muhammad Hayyat, yang dikenal baik oleh keluarganya. Ibnu Abdul
Wahhab kemudian belajar bersama dan menemani Muhammad Hayyat.{3} Namun sumbersumber yang ada tidak memberi petunjuk bila dan berapa lama Ibnu Abdul Wahhab belajar
kepada Muhammad Hayyat.
Lebih jauh lagi, menurut Ismail Muhammad al-Anshari{4}, Ibnu Abdul Wahhab di dalam
salah satu isnad hadisnya meriwayatkan bahawa beliau juga belajar di Madinah kepada Ali
"Affandi" b. Shadiq b. Ibrahim al-Daghistani (1115-99H/1703-85M). Ali al-Daghistani,
menurut al-Muradi, meninggalkan tanah airnya untuk menuntut ilmu. Di Madinah, beliau,
antara lain, belajar kepada Muhammad Hayyat. Dalam hubungan dengan Ibnu Abdul
Wahhab, jelas bahawa Ali al-Daghistani juga mengajar murid-murid, sementara beliau
menambah ilmunya sendiri. Di kemudian hari, beliau bertempat tinggal di Damsyik.{5}
Seorang tokoh penting lain yang menghubungkan Ibnu Abdul Wahhab dengan
jaringan ulama ialah Abdullah al-Bashri, yang juga merupakan salah seorang guru utama
Muhammad Hayyat.{6} al-Kattani dalam penjelasannya tentang Muhammad 'Abid b. Ali alSindi al-Madani (w.1258H/1842M di Madinah), mengatakan, Muhammad 'Abid memiliki
sebuah isnad hadis; di situ terlihat beliau menerima hadis-hadis dari Ibnu Abdul Wahhab,
yang mendapatkannya daripada ayahnya, seorang mufti Najd, yang memperolehnya secara
langsung daripada Abdullah al-Bashri.{7}
Tetapi al-Kattani cenderung menolak perkiraan bahawa Ibnu Abdul Wahhab sendiri
belajar langsung kepada Abdullah al-Bashri, sebab yang terakhir itu meninggal pada
1134H/1722M, iaitu ketika Ibnu Abdul Wahhab berusia sembilan belas tahun dan kerananya
al-Kattani percaya, tidak mungkin telah belajar kepadanya; paling pantas beliau hanya belajar
kepada murid-muridnya terdekat. Ini jelas bukan merupakan argumen yang meyakinkan,
terutama jika kita pertimbangkan kenyataan bahawa Ibnu Abdul Wahhab pada usia dua belas
tahun telah pergi ke Haramain dan menerjunkan dirinya ke dalam wacana ilmiah di sana.
Lebih-lebih lagi, kerana ayahnya telah menerima hadis secara langsung daripada al-Bashri,
sangat mungkin Ibnu Abdul Wahhab diperkenalkan ayahnya kepada dan selanjutnya belajar
kepada al-Bashri.
Muhammad Hayyat jelas termasuk di antara ulama yang memberi pengaruh kuat pada
Ibnu Abdul Wahhab. Al-Anshari mengesankan bahawa Muhammad Hayyat memberikan
pengaruh paling besar atas pandangan-pandangan keagamaan Ibnu Abdul Wahhab, terutama
menyangkut pentingnya doktrin tauhid, penentangan terhadap taqlid dan perlunya kembali
kepada al-Quran dan hadis.{8} Muhammad Hayyat, seperti juga kebanyakan tokoh di dalam
jaringan ulama, menentang pertikaian yang tak perlu di antara mazhab-mazhab dan
sebaliknya, mengajarkan toleransi dan rekonsiliasi. Lebih jauh lagi, beliau menghimbau
ulama melakukan ijtihad berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Beliau juga menentang inovasi
yang tak berdasar (bid'ah dhalalah) yang dapat membawa kepada syirik, menyekutukan
Tuhan dengan ciptaan-Nya.{9}
Kegigihan Muhammad Hayyat menyangkut masalah-masalah ini juga dicatat oleh
Salih al-Fullani, yang karier dan peranannya dalam jaringan ulama akan segera dibahas.
Dengan mendasarkan dirinya pada penjelasan-penjelasan beberapa gurunya yang menjadi
murid Muhammad Hayyat, al-Fullani mengutipnya dan berkata:
"Adalah wajib bagi setiap muslim berusaha sekuatnya (yajtahid) untuk mengetahui
makna al-Quran dan untuk mengikuti dan memahami erti hadis dan turunan aturan-aturan
hukum daripada kedua-duanya. Jika dia tidak mampu melakukan hal itu, dia harus mengikuti
(yuqallid) para ulama tetapi tidak usah mematuhi satu mazhab tertentu sebab melakukan hal
itu bererti menganggap mazhab (iaitu pembawanya) tersebut sebagai seorang nabi.
Sesungguhnya dia harus mewaspadai setiap mazhab . . . Sedangkan mengenai inovasi yang
diperkenalkan rakan-rakan sezaman kita untuk berpegang pada suatu mazhab tertentu dan
menganggap tidak layak beralih dari satu mazhab ke mazhab yang lain, ini sama dengan
kebodohan, bid'ah dan kesewenang-wenangan. Kita lihat mereka mengabaikan hadis sahih
yang tidak dapat dibatalkan dan berpegang pada mazhab mereka tanpa ada rangkaian perawi
(sanad)."{10}
Penentangan terhadap bid'ah dan praktik-praktik syirik adalah dua di antara doktrin-doktrin
penting daripada Ibnu Abdul Wahhab. Hampir bisa dipastikan, beliau mendapatkannya
daripada Muhammad Hayyat. Ibnu Bisyr menyampaikan sebuah cerita bahawa Ibnu Abdul
Wahhab dalam suatu kesempatan memandang beberapa orang muslim yang sedang berdoa di
pusara nabi dengan harapan melalui perantaraan beliau mereka akan diselamatkan.
Muhammad Hayyat mendekati Ibnu Abdul Wahhab dan - sementara menunjuk dengan
jarinya ke arah orang-orang muslim itu - berkata bahawa apa yang sedang mereka lakukan itu
sangat salah tetapi sayang mereka tidak menyedarinya.{11} Perlu juga dikemukakan,
Muhammad Hayyat menulis sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan tembakau
[Persia] (tubak) tidak boleh (tahrim). Dengan segera hal ini mengundang diskusi hangat di
kalangan para ulama di Haramain.{12} Telah umum diketahui, Ibnu Abdul Wahhab dan
kaum Wahhabi dengan keras melarang merokok tembakau dan kerananya tidak diragukan
lagi Ibnu Abdil Wahhab mengambil ajaran ini daripada Muhammad Hayyat.{13}
Meskipun terdapat perkaitan doktrin yang jelas di antara mereka, tidak ada bukti
bahawa Muhammad Hayyat secara langsung bertanggungjawab menghasut Ibnu Abdul
Wahhab menyebarkan gerakan radikalnya.{14} Dan juga tidak ada indikasi bahawa Abdullah
b. Ibrahim b. Sayf, guru utama lain Ibnu Abdul Wahhab, menyuruhnya melakukan hal itu.
Sebagai seorang ulama terkemuka yang menguasai fiqh Hanbali dan hadis di Madinah, Ibnu
Sayf mengagumi Ibnu Taymiyyah, yang menyerukan kepada kaum muslim untuk kembali
kepada al-Quran dan al-Hadis serta meninggalkan praktik-praktik bid'ah mereka. Dan besar
kemungkinan beliau menyuruh Ibnu Abdul Wahhab membaca karya-karya Ibnu Taymiyyah.
Ibnu Sayf, mengikuti Ibnu Taymiyyah, percaya bahawa pembaharuan harus dilaksanakan
untuk menyebarkan pemhaman serta praktik-praktik Islam yang benar; tetapi beliau
menyarankan agar pembaharuan itu dijalankan dengan cara-cara damai seperti melalui
pengajaran. {15} Juga dilaporkan bahawa Ibnu Sayf mengatakan pada Ibnu Abdul Wahhab
bahawa senjata baik lainnya untuk memerangi keyakinan dan praktik-praktik agama yang
tidak benar adalah buku-buku. {16}
Telah banyak dilakukan pembahasan di kalangan sarjana tentang asal-usul
radikalisme Ibnu Abdul Wahhab. Latar belakang peribadinya tampaknya sangat
mempengaruhi sikap radikalnya. Tetapi, sumber dari ajaran-ajarannya adalah para guru
utamanya di atas; ajaran-ajaran Ibnu Abdul Wahhab tidak datang daripada orang lain atau
tempat lain. Meskipun para gurunya tidak pernah menyuruhnya untuk melahirkan perubahan
keagamaan dengan cara radikal seperti yang dilakukannya, beliau jelas terdorong oleh
kecenderungan pembaharuan intelektual di dalam jaringan ulama. Namun Ibnu Abdul
Wahhab mendorong bandul pembaharuan jauh lebih keras dibanding semua tokoh lain di
dalam jaringan ulama.
Ibnu Abdul Wahhab bukanlah satu-satunya murid Muhammad Hayyat. Selain
sejumlah murid dari India yang kurang begitu terkenal {17}, beliau mempunyai seorang
murid lain yang menonjol. Namanya Muhammad b. Abdul Karim al-Madani al-Syafiei, yang
lebih terkenal sebagai al-Sammani. Dilahirkan di Madinah dari keluarga Quraysy, alSammani

(1130-89H/1718-75M)

menikmati

kemasyhuran

sebagai

pendiri

tarekat

Sammaniyyah.{18} Beliau melewatkan hidupnya kebanyakan di Madinah, tinggal di dalam
rumah bersejarah milik Abu Bakar al-Shiddiq. Al-Sammani mengajar di Madrasah
Sanjariyyah, yang didatangi ramai murid dari negeri-negeri jauh. Beliau diriwayatkan pernah
bepergian ke Yaman dan Mesir pada tahun 1174H/1760M untuk mendirikan cabang-cabang
Sammaniyyah dan mengajar murid-muridnya tentang zikir Sammaniyyah. {19}
Selain Muhammad Hayyat, guru-guru al-Sammani lainnya yang terkenal ialah
Muhammad Sulaiman al-Kurdi (1125-1194H/1713-80M) {20}, yang pernah menjadi murid
Ahmad al-Nakhli, Abu Thahir al-Kurani, Abdullah al-Bashri dan Mushthafa b. Kamaluddin
al-Bakri (1099-1163H/1688-1749M). Perlu dikemukakan, Sulaiman al-Kurdi adalah juga
guru bagi sekelompok murid Melayu-Indonesia pada abad ke-18M. (yang akan dibahas
nanti). Beliau juga seorang penulis yang produktif. Sulaiman al-Kurdi, sebagaimana Ibrahim
al-Kurani dan Ibnu Ya'qub, juga menulis sebuah karya yang jelas ditujukan untuk kaum
muslim Melayu-Indonesia, berjudul al-Durrat al-Bahiyyah fi Jawab al-As`ilah alJawwiyyah.{21} Sangat sayang, saya tidak mendapatkan informasi tentang isinya maupun
pertanyaan yang ingin dijawabnya.

More Related Content

What's hot

Musnad imam hambali
Musnad imam hambaliMusnad imam hambali
Musnad imam hambaliuyab artsa
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahQhaiyum Shah
 
Tahap perkembangan pemikiran islam
Tahap perkembangan pemikiran islamTahap perkembangan pemikiran islam
Tahap perkembangan pemikiran islamKamarudin Jaafar
 
Biografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambali
Biografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambaliBiografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambali
Biografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambaliAbdul Fauzan
 
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IKEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IBiyah Djauhar
 
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)Syamsul Noor
 
Konsep dakwah wahabi dan muhammadiyah
Konsep dakwah wahabi dan muhammadiyahKonsep dakwah wahabi dan muhammadiyah
Konsep dakwah wahabi dan muhammadiyahAlfis Khisoli
 
Imam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliImam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliNATASHYA AYUNIE
 
Biografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniBiografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniDiana Fuad
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Bahagie Putra
 
Imam shafie
Imam shafieImam shafie
Imam shafieZaim Nur
 
Kontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman AhmadiyahKontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman AhmadiyahAhmadi Muslim
 
Rekonstruksi akar pemikiran salafi wahabi
Rekonstruksi akar pemikiran salafi wahabiRekonstruksi akar pemikiran salafi wahabi
Rekonstruksi akar pemikiran salafi wahabiaswajanu
 
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniBelajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniHamuza Hamuza
 
Aliran wahabi
Aliran wahabiAliran wahabi
Aliran wahabiaswajanu
 

What's hot (20)

Makalah pmdi
Makalah pmdiMakalah pmdi
Makalah pmdi
 
Musnad imam hambali
Musnad imam hambaliMusnad imam hambali
Musnad imam hambali
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
 
Tahap perkembangan pemikiran islam
Tahap perkembangan pemikiran islamTahap perkembangan pemikiran islam
Tahap perkembangan pemikiran islam
 
Biografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambali
Biografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambaliBiografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambali
Biografi dan pemikiran imam syafi'i dan imam hambali
 
Riwayat Hidup Kyai yang Berjasa di Palembang
Riwayat Hidup Kyai yang Berjasa di PalembangRiwayat Hidup Kyai yang Berjasa di Palembang
Riwayat Hidup Kyai yang Berjasa di Palembang
 
Dakwah wahabi
Dakwah wahabiDakwah wahabi
Dakwah wahabi
 
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IKEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
 
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
Syeikh abdus samad al palembani (1704-1789 m)
 
Biografi imam syafi`i
Biografi imam syafi`iBiografi imam syafi`i
Biografi imam syafi`i
 
Konsep dakwah wahabi dan muhammadiyah
Konsep dakwah wahabi dan muhammadiyahKonsep dakwah wahabi dan muhammadiyah
Konsep dakwah wahabi dan muhammadiyah
 
Imam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam HanbaliImam Syafie dan Imam Hanbali
Imam Syafie dan Imam Hanbali
 
Biografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembaniBiografi syeikh abdus samad al palembani
Biografi syeikh abdus samad al palembani
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
 
Imam shafie
Imam shafieImam shafie
Imam shafie
 
Kontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman AhmadiyahKontroversi Pemahaman Ahmadiyah
Kontroversi Pemahaman Ahmadiyah
 
Metode kritik hadits
Metode kritik haditsMetode kritik hadits
Metode kritik hadits
 
Rekonstruksi akar pemikiran salafi wahabi
Rekonstruksi akar pemikiran salafi wahabiRekonstruksi akar pemikiran salafi wahabi
Rekonstruksi akar pemikiran salafi wahabi
 
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembaniBelajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
Belajar sejarah : syeikh abdush shamad alpalembani
 
Aliran wahabi
Aliran wahabiAliran wahabi
Aliran wahabi
 

Viewers also liked

Viewers also liked (9)

Rpp seni budayavii-1
Rpp seni budayavii-1Rpp seni budayavii-1
Rpp seni budayavii-1
 
Vers une transition énergétique citoyenne : la réappropriation des questions ...
Vers une transition énergétique citoyenne : la réappropriation des questions ...Vers une transition énergétique citoyenne : la réappropriation des questions ...
Vers une transition énergétique citoyenne : la réappropriation des questions ...
 
Hukum bayi tabung
Hukum bayi tabungHukum bayi tabung
Hukum bayi tabung
 
Christmas in the UK
Christmas in the UKChristmas in the UK
Christmas in the UK
 
Makalah teori belajar
Makalah teori belajarMakalah teori belajar
Makalah teori belajar
 
Makalah pegadaian
Makalah pegadaianMakalah pegadaian
Makalah pegadaian
 
Alimentacion comunidad
Alimentacion comunidadAlimentacion comunidad
Alimentacion comunidad
 
Mangas que recomiendo
Mangas que recomiendo Mangas que recomiendo
Mangas que recomiendo
 
Kuartil, desil dan persentil
Kuartil, desil dan persentilKuartil, desil dan persentil
Kuartil, desil dan persentil
 

Similar to Paparan sejarah islam

Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islamhusni240995
 
Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...
Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...
Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...Nurul Safiqa
 
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum IslamImam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islamkarina_auliaa
 
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfMAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfNovyNovitaSari
 
02 M abdul wahab.pptx
02 M abdul wahab.pptx02 M abdul wahab.pptx
02 M abdul wahab.pptxazizbahtiar4
 
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldunKonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldunLtfltf
 
KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH
 KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH
KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAHannisa arsya wardani
 
Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manarDodyk Fallen
 
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn KhaldunPendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn KhaldunAli Murfi
 
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...Zukét Printing
 
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...Zukét Printing
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdfZukét Printing
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxZukét Printing
 
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode ModernPerkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode ModernNindia Ayu P
 
Biografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiBiografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiSidqi Maulana
 
Al ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifat
Al ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifatAl ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifat
Al ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifatarnisusi
 
Buku fiqih 5 mazhab
Buku fiqih 5 mazhabBuku fiqih 5 mazhab
Buku fiqih 5 mazhabhusayn12
 
ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahWan Syafawati
 

Similar to Paparan sejarah islam (20)

WAHABI.docx
WAHABI.docxWAHABI.docx
WAHABI.docx
 
Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islam
 
Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...
Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...
Biografi dan Pandangan Pendidikan Islam Imam Syafi'i serta Implikasinya Terha...
 
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum IslamImam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
Imam Syafi'i dalam Menetapkan Hukum Islam
 
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdfMAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
MAKALAH KLM 4 SEJARAH ISLAM MODERN (1).pdf
 
02 M abdul wahab.pptx
02 M abdul wahab.pptx02 M abdul wahab.pptx
02 M abdul wahab.pptx
 
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldunKonsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
Konsep klasifikasi ilmu menurut ibnu khaldun
 
KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH
 KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH
KONSEP PEMIKIRAN PENDIDIKAN IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH
 
Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manar
 
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn KhaldunPendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
Pendidikan Islam dalam Pandangan Ibn Khaldun
 
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
 
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh  (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
Pemikiran Modern dalam Islam 2 Muhammad 'Abduh (Anti Jumud, Rasional dan Pem...
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
 
PPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptxPPT AIK 3 (1).pptx
PPT AIK 3 (1).pptx
 
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode ModernPerkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
Perkembangan Ilmu dan 3 Tokoh Pelopor Pembaharuan Pada Periode Modern
 
Biografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiBiografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawi
 
Al ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifat
Al ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifatAl ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifat
Al ghaza li dan pandangannya tentang ma'rifat
 
Buku fiqih 5 mazhab
Buku fiqih 5 mazhabBuku fiqih 5 mazhab
Buku fiqih 5 mazhab
 
ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ah
 

More from Operator Warnet Vast Raha

Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiPermohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiOperator Warnet Vast Raha
 

More from Operator Warnet Vast Raha (20)

Stiker kk bondan
Stiker kk bondanStiker kk bondan
Stiker kk bondan
 
Proposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bolaProposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bola
 
Surat pernyataan nusantara sehat
Surat pernyataan nusantara sehatSurat pernyataan nusantara sehat
Surat pernyataan nusantara sehat
 
Surat pernyataan nusantara sehat fajar
Surat pernyataan nusantara sehat fajarSurat pernyataan nusantara sehat fajar
Surat pernyataan nusantara sehat fajar
 
Halaman sampul target
Halaman sampul targetHalaman sampul target
Halaman sampul target
 
Makalah seni kriya korea
Makalah seni kriya koreaMakalah seni kriya korea
Makalah seni kriya korea
 
Makalah makromolekul
Makalah makromolekulMakalah makromolekul
Makalah makromolekul
 
126895843 makalah-makromolekul
126895843 makalah-makromolekul126895843 makalah-makromolekul
126895843 makalah-makromolekul
 
Kafer akbid paramata
Kafer akbid paramataKafer akbid paramata
Kafer akbid paramata
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Mata pelajaran seni budaya
Mata pelajaran seni budayaMata pelajaran seni budaya
Mata pelajaran seni budaya
 
Lingkungan hidup
Lingkungan hidupLingkungan hidup
Lingkungan hidup
 
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiPermohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
 
Odher scout community
Odher scout communityOdher scout community
Odher scout community
 
Surat izin keramaian
Surat izin keramaianSurat izin keramaian
Surat izin keramaian
 
Makalah keganasan
Makalah keganasanMakalah keganasan
Makalah keganasan
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Makalah penyakit genetika
Makalah penyakit genetikaMakalah penyakit genetika
Makalah penyakit genetika
 
Undangan kecamatan lasalepa
Undangan kecamatan lasalepaUndangan kecamatan lasalepa
Undangan kecamatan lasalepa
 
Bukti registrasi pajak
Bukti registrasi pajakBukti registrasi pajak
Bukti registrasi pajak
 

Paparan sejarah islam

  • 1. PAPARAN SEJARAH ISLAM: ABAD KE-11-15 Senin, 30 Mei 2011 Selama ini kita amat jarang memperoleh sumber-sumber yang asli untuk menguraikan suasana abad 11 hingga ke 14 Hijrah dalam dunia ilmiah. Kalau diperoleh pun kebanyakannya dari aliran islah. Kitab-kitab yang memperlihatkan fakta bagi sejarah bagi jarak tersebut amat jarang dicetak seperti kitab al-Imdad karya Salim bin Abdullah al-Bashri dll. Tetapi sepanjang penelitian saya, berjaya menemui seorang tokoh moden yang melakukan kajian Ph.Dnya berdasarkan maklumat sama ada yang makhtutat atau yang tercetak atau yang telah lama tercetak. Tokoh tersebut ialah Rektor IAIN, Dr. Azyumardi Azra. Sempena hari raya Idul Fitri akan ducuba menampilkan pengsucian kekeliruan faktafakta yang wajar diketahui agar tidak bersalah sangka terhadap mana-mana aliran.... Tujuan pemaparan hal ini juga untuk mengelakkan kita daripada menipu kerana menipu fakta itu adalah dosa dan bagi yang telah mengetahui perteguhkan kembali. Selama ini, kita dok kritik orientalis tetapi kalau kita bercakap bukan di atas fakta sebenarnya apakah bezanya kita dengan orientalisme itulah sebab saya kemukakan petikan yang panjang di bawah Saya berpegang di atas dunia ini mesti ada secara kesinambungan akan kebenaran berdasarkan hadis mutawatir, "Akan sentiasa ada segolongan umatku yang zahir berada di atas kebenaran hingga hari akhirat . . . " Dr. Azyumardi Azra berkata dalam Jaringan Ulama, sebagai berikut: "Periodisasi dalam sejarah sering menyesatkan, sebab ia menyiratkan ketidaksinambungan (discontinuity). Sejarah sosio-intelektual, khususnya tidak berhenti atau dimulai dengan kekosongan dalam masa tertentu. Hal ini harus ditekankan lebih dulu sebelum kita mempelajari jaringan ulama pada abad ke-18M. Alasannya sederhana; sebahagian para ulama terkemuka yang dibicarakan sebelumnya masih hidup hingga awal abad ke-18 M. Dengan pijakan yang sama, beberapa ulama yang kita masukkan dalam jaringan abad ke-18 M. sudah mulai merintis karier mereka dan mencapai kemasyhuran sebelum penutupan abad ke-17M. Kebanyakan para ulama ini, sampai taraf tertentu, telah dibahas sebelumnya. Tetapi, sebahagian mereka mulai membina diri dan memainkan peranan mereka dalam jaringan pada abad ke-18M. Lebih jauh lagi, dalam pengertian kandungan intelektual, dalam periode abad ke-18M kita juga melihat banyak tanda-tanda kesinambungan dengan apa yang telah muncul dalam
  • 2. periode sebelumnya. Tetapi ada juga perubahan-perubahan; beberapa kecenderungan baru yang juga dapat dianggap sebagai memuncak dari kecenderungan periode sebelumnya berkembang dengan cara yang agak berbeda. Dalam bahagian ini, saya akan menelaah jaringan ulama dari abad ke-18M dan hubungan-hubungan utama mereka di Afrika dan Asia. Saya juga akan membahas kesinambungan dan perubahan kandungan religio-intelektual jaringan ulama tersebut. Jaringan di Pusat dan Hubungan Asia Sebagaimana telah dikemukakan, Ibrahim al-Kurani, salah seorang tokoh paling berpengaruh di dalam jaringan ulama, telah berpulang menjelang akhir abad ke-17M. Tetapi yang berpusat di al-Haramain tidak kehilangan momentumnya (yakni daya perkembangannya). Peranan kepemimpinan kini berada di tangan para murid utamadari alKurani dan rakan-rakan seangkatan dengannya yang terkemuka; mereka jelas dominan dalam inti jaringan tersebut di al-Haramain pada dasawarsa-dasawarsa awal abad ke-18M. Yang paling penting di antara mereka ialah Hasan al-'Ujaimi, Ahmad al-Nakhli, Abu Thahir alKurani, Abdullah al-Bashri dan Abdul Hadi al-Sindi (Abu l-Hasan al-Sindi al-Kabir). Seperti akan segera kita lihat, beberapa murid para ulama ini merupakan inti generasi berikutnya dalam jaringan ulama ke-18 M. Kerana itu, orang-orang berilmu ini menjadi mata rantai penting antara generasi al-Syinnawi, al-Qusyasyi dan al-Kurani, dengan para ulama yang berkembang pada separuh kedua abad ke-18M. Seorang tokoh yang sangat penting dalam jaringan ulama generasi selanjutnya dalam abad ke-18 ialah Muhammad Hayyat bin Ibrahim al-Sindi al-Hanafi (w. di Madinah pada 1163H/1749M).{1} Seperti terlihat dari namanya, beliau dilahirkan di Sind, di mana beliau mendapatkan pendidikan awalnya. Di kemudian hari, setelah melakukan ibadah haji ke Makkah, beliau memutuskan menetap di Madinah, di mana beliau belajar bersama, antara Abu al-Hasan al-Sindi (al-Kabir), Hasan al-'Ujaimi, 'Abdullah al-Bashri dan Abu Thahir alKurani. Tidak jelas apakah di samping mempelajari berbagai-bagai disiplin Islam, Muhammad Hayat menerima tarekat-tarekat dari mereka. Besar kemungkinan, beliau diinisiasi semua ulama tersebut ke dalam tarekat-tarekat dari mereka. Tetapi al-Jabarti menyatakan, beliau diinisiasi ke dalam tarekat Naqsyabandiyyah oleh Sayyid Abdurrahman al-Saqqaf Ba'alawi (w.1140H/1727M di Madinah).{2} Beliau terutama sangat dekat dengan Abdul Hadi al-Sindi; beliau menggantikannya untuk mengajar di halaqahnya di Masjid Nabi setelah Abdul Hadi meninggal dunia. Teristimewa dikenal sebagai seorang muhaddits dengan reputasi lumayan di Haramain, erti penting Muhammad Hayyat kerana beliau merupakan salah seorang dari
  • 3. sedikit tokoh yang menghubungkan jaringan ulama secara langsung dengan Muhammad bin Abdul Wahhab yang termasyhur (1115-1201H/1703-87M). Menerusi hubungan inilah yang memungkinkan kita mengesan asal-usul ajaran-ajaran Wahhabiyyah. Seperti dikatakan Ibnu Bisyr, Ibnu Abdul Wahhab diperkenalkan gurunya, Abdullah bin Ibrahim bin Sayf al-Najdi al-Madani kepada Muhammad Hayyat, yang dikenal baik oleh keluarganya. Ibnu Abdul Wahhab kemudian belajar bersama dan menemani Muhammad Hayyat.{3} Namun sumbersumber yang ada tidak memberi petunjuk bila dan berapa lama Ibnu Abdul Wahhab belajar kepada Muhammad Hayyat. Lebih jauh lagi, menurut Ismail Muhammad al-Anshari{4}, Ibnu Abdul Wahhab di dalam salah satu isnad hadisnya meriwayatkan bahawa beliau juga belajar di Madinah kepada Ali "Affandi" b. Shadiq b. Ibrahim al-Daghistani (1115-99H/1703-85M). Ali al-Daghistani, menurut al-Muradi, meninggalkan tanah airnya untuk menuntut ilmu. Di Madinah, beliau, antara lain, belajar kepada Muhammad Hayyat. Dalam hubungan dengan Ibnu Abdul Wahhab, jelas bahawa Ali al-Daghistani juga mengajar murid-murid, sementara beliau menambah ilmunya sendiri. Di kemudian hari, beliau bertempat tinggal di Damsyik.{5} Seorang tokoh penting lain yang menghubungkan Ibnu Abdul Wahhab dengan jaringan ulama ialah Abdullah al-Bashri, yang juga merupakan salah seorang guru utama Muhammad Hayyat.{6} al-Kattani dalam penjelasannya tentang Muhammad 'Abid b. Ali alSindi al-Madani (w.1258H/1842M di Madinah), mengatakan, Muhammad 'Abid memiliki sebuah isnad hadis; di situ terlihat beliau menerima hadis-hadis dari Ibnu Abdul Wahhab, yang mendapatkannya daripada ayahnya, seorang mufti Najd, yang memperolehnya secara langsung daripada Abdullah al-Bashri.{7} Tetapi al-Kattani cenderung menolak perkiraan bahawa Ibnu Abdul Wahhab sendiri belajar langsung kepada Abdullah al-Bashri, sebab yang terakhir itu meninggal pada 1134H/1722M, iaitu ketika Ibnu Abdul Wahhab berusia sembilan belas tahun dan kerananya al-Kattani percaya, tidak mungkin telah belajar kepadanya; paling pantas beliau hanya belajar kepada murid-muridnya terdekat. Ini jelas bukan merupakan argumen yang meyakinkan, terutama jika kita pertimbangkan kenyataan bahawa Ibnu Abdul Wahhab pada usia dua belas tahun telah pergi ke Haramain dan menerjunkan dirinya ke dalam wacana ilmiah di sana. Lebih-lebih lagi, kerana ayahnya telah menerima hadis secara langsung daripada al-Bashri, sangat mungkin Ibnu Abdul Wahhab diperkenalkan ayahnya kepada dan selanjutnya belajar kepada al-Bashri. Muhammad Hayyat jelas termasuk di antara ulama yang memberi pengaruh kuat pada Ibnu Abdul Wahhab. Al-Anshari mengesankan bahawa Muhammad Hayyat memberikan
  • 4. pengaruh paling besar atas pandangan-pandangan keagamaan Ibnu Abdul Wahhab, terutama menyangkut pentingnya doktrin tauhid, penentangan terhadap taqlid dan perlunya kembali kepada al-Quran dan hadis.{8} Muhammad Hayyat, seperti juga kebanyakan tokoh di dalam jaringan ulama, menentang pertikaian yang tak perlu di antara mazhab-mazhab dan sebaliknya, mengajarkan toleransi dan rekonsiliasi. Lebih jauh lagi, beliau menghimbau ulama melakukan ijtihad berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Beliau juga menentang inovasi yang tak berdasar (bid'ah dhalalah) yang dapat membawa kepada syirik, menyekutukan Tuhan dengan ciptaan-Nya.{9} Kegigihan Muhammad Hayyat menyangkut masalah-masalah ini juga dicatat oleh Salih al-Fullani, yang karier dan peranannya dalam jaringan ulama akan segera dibahas. Dengan mendasarkan dirinya pada penjelasan-penjelasan beberapa gurunya yang menjadi murid Muhammad Hayyat, al-Fullani mengutipnya dan berkata: "Adalah wajib bagi setiap muslim berusaha sekuatnya (yajtahid) untuk mengetahui makna al-Quran dan untuk mengikuti dan memahami erti hadis dan turunan aturan-aturan hukum daripada kedua-duanya. Jika dia tidak mampu melakukan hal itu, dia harus mengikuti (yuqallid) para ulama tetapi tidak usah mematuhi satu mazhab tertentu sebab melakukan hal itu bererti menganggap mazhab (iaitu pembawanya) tersebut sebagai seorang nabi. Sesungguhnya dia harus mewaspadai setiap mazhab . . . Sedangkan mengenai inovasi yang diperkenalkan rakan-rakan sezaman kita untuk berpegang pada suatu mazhab tertentu dan menganggap tidak layak beralih dari satu mazhab ke mazhab yang lain, ini sama dengan kebodohan, bid'ah dan kesewenang-wenangan. Kita lihat mereka mengabaikan hadis sahih yang tidak dapat dibatalkan dan berpegang pada mazhab mereka tanpa ada rangkaian perawi (sanad)."{10} Penentangan terhadap bid'ah dan praktik-praktik syirik adalah dua di antara doktrin-doktrin penting daripada Ibnu Abdul Wahhab. Hampir bisa dipastikan, beliau mendapatkannya daripada Muhammad Hayyat. Ibnu Bisyr menyampaikan sebuah cerita bahawa Ibnu Abdul Wahhab dalam suatu kesempatan memandang beberapa orang muslim yang sedang berdoa di pusara nabi dengan harapan melalui perantaraan beliau mereka akan diselamatkan. Muhammad Hayyat mendekati Ibnu Abdul Wahhab dan - sementara menunjuk dengan jarinya ke arah orang-orang muslim itu - berkata bahawa apa yang sedang mereka lakukan itu sangat salah tetapi sayang mereka tidak menyedarinya.{11} Perlu juga dikemukakan, Muhammad Hayyat menulis sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan tembakau [Persia] (tubak) tidak boleh (tahrim). Dengan segera hal ini mengundang diskusi hangat di kalangan para ulama di Haramain.{12} Telah umum diketahui, Ibnu Abdul Wahhab dan
  • 5. kaum Wahhabi dengan keras melarang merokok tembakau dan kerananya tidak diragukan lagi Ibnu Abdil Wahhab mengambil ajaran ini daripada Muhammad Hayyat.{13} Meskipun terdapat perkaitan doktrin yang jelas di antara mereka, tidak ada bukti bahawa Muhammad Hayyat secara langsung bertanggungjawab menghasut Ibnu Abdul Wahhab menyebarkan gerakan radikalnya.{14} Dan juga tidak ada indikasi bahawa Abdullah b. Ibrahim b. Sayf, guru utama lain Ibnu Abdul Wahhab, menyuruhnya melakukan hal itu. Sebagai seorang ulama terkemuka yang menguasai fiqh Hanbali dan hadis di Madinah, Ibnu Sayf mengagumi Ibnu Taymiyyah, yang menyerukan kepada kaum muslim untuk kembali kepada al-Quran dan al-Hadis serta meninggalkan praktik-praktik bid'ah mereka. Dan besar kemungkinan beliau menyuruh Ibnu Abdul Wahhab membaca karya-karya Ibnu Taymiyyah. Ibnu Sayf, mengikuti Ibnu Taymiyyah, percaya bahawa pembaharuan harus dilaksanakan untuk menyebarkan pemhaman serta praktik-praktik Islam yang benar; tetapi beliau menyarankan agar pembaharuan itu dijalankan dengan cara-cara damai seperti melalui pengajaran. {15} Juga dilaporkan bahawa Ibnu Sayf mengatakan pada Ibnu Abdul Wahhab bahawa senjata baik lainnya untuk memerangi keyakinan dan praktik-praktik agama yang tidak benar adalah buku-buku. {16} Telah banyak dilakukan pembahasan di kalangan sarjana tentang asal-usul radikalisme Ibnu Abdul Wahhab. Latar belakang peribadinya tampaknya sangat mempengaruhi sikap radikalnya. Tetapi, sumber dari ajaran-ajarannya adalah para guru utamanya di atas; ajaran-ajaran Ibnu Abdul Wahhab tidak datang daripada orang lain atau tempat lain. Meskipun para gurunya tidak pernah menyuruhnya untuk melahirkan perubahan keagamaan dengan cara radikal seperti yang dilakukannya, beliau jelas terdorong oleh kecenderungan pembaharuan intelektual di dalam jaringan ulama. Namun Ibnu Abdul Wahhab mendorong bandul pembaharuan jauh lebih keras dibanding semua tokoh lain di dalam jaringan ulama. Ibnu Abdul Wahhab bukanlah satu-satunya murid Muhammad Hayyat. Selain sejumlah murid dari India yang kurang begitu terkenal {17}, beliau mempunyai seorang murid lain yang menonjol. Namanya Muhammad b. Abdul Karim al-Madani al-Syafiei, yang lebih terkenal sebagai al-Sammani. Dilahirkan di Madinah dari keluarga Quraysy, alSammani (1130-89H/1718-75M) menikmati kemasyhuran sebagai pendiri tarekat Sammaniyyah.{18} Beliau melewatkan hidupnya kebanyakan di Madinah, tinggal di dalam rumah bersejarah milik Abu Bakar al-Shiddiq. Al-Sammani mengajar di Madrasah Sanjariyyah, yang didatangi ramai murid dari negeri-negeri jauh. Beliau diriwayatkan pernah
  • 6. bepergian ke Yaman dan Mesir pada tahun 1174H/1760M untuk mendirikan cabang-cabang Sammaniyyah dan mengajar murid-muridnya tentang zikir Sammaniyyah. {19} Selain Muhammad Hayyat, guru-guru al-Sammani lainnya yang terkenal ialah Muhammad Sulaiman al-Kurdi (1125-1194H/1713-80M) {20}, yang pernah menjadi murid Ahmad al-Nakhli, Abu Thahir al-Kurani, Abdullah al-Bashri dan Mushthafa b. Kamaluddin al-Bakri (1099-1163H/1688-1749M). Perlu dikemukakan, Sulaiman al-Kurdi adalah juga guru bagi sekelompok murid Melayu-Indonesia pada abad ke-18M. (yang akan dibahas nanti). Beliau juga seorang penulis yang produktif. Sulaiman al-Kurdi, sebagaimana Ibrahim al-Kurani dan Ibnu Ya'qub, juga menulis sebuah karya yang jelas ditujukan untuk kaum muslim Melayu-Indonesia, berjudul al-Durrat al-Bahiyyah fi Jawab al-As`ilah alJawwiyyah.{21} Sangat sayang, saya tidak mendapatkan informasi tentang isinya maupun pertanyaan yang ingin dijawabnya.