1. Kemahiran Asas Sofbol
: Memukul
Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran
memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan.
‘Pitcher’ akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang
dibaling gagal untuk dipukul oleh pemukul.
Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh
pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke
dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai
oleh pemadang.
Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap
bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan.
Kelemahan yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi
latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada
latihan kemahiran memukul.
Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan
dibaling kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj.
Penglihatan yang baik serta kebolehan dan kepantasan bila, mana
dan cara bola dibaling adalah penting.
2. Persediaan Sebelum Memukul:
Memegang ‘Bet’
Bet hendaklah dipegang dengan
menggunakankedua-dua belah tangan di
mana jari memegang keliling pemegang
bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari.
Genggamanhendaklah
tidak terlalu ketat tetapi kukuh.
Gaya Dirian
Berdiri dengan kedua-dua kaki selari
menghadap plet rumah. Jarak bukaan
kaki adalah mengikut jarak bahu.
Berat badan hendaklah diletakkan
pada kedua-dua belah kaki.
3. Langkah-langkah Memukul
Berdiri dengan betul
dengan membawa
tangan ke sisi muka.
Pandangan
hendaklah ke arah
pembaling bola.
Kedudukan bola
hendaklah melebihi
paras bahu.
Pergerakan pinggang
hendaklah serentak
dengan hayunan bet
serta kaki depan
digerakkan ke arah
pembaling bola.
Bila kaki hadapan
memijak tanah,
pangkal peha
hendaklah
dipusingkan bagi
mengimbangi
hayunan serentak
dengan itu bet
dihayun ke arah
bola.
1 2
3