Dokumen tersebut berisi contoh soalan untuk ujian sains tahun 5 yang mencakupi berbagai aras kognitif termasuk aras aplikasi, analisis, penilaian, dan kreativitas. Soalan-soalan tersebut terkait dengan konsep cahaya, elektrik, dan kimia serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Beberapa soalan meminta peserta menganalisis fenomena alam, memberikan penilaian, serta menciptakan permainan at
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
Item kbat
1. 1
CONTOH-CONTOH ITEM KBAT SAINS TAHUN 5
ARAS APLIKASI
1. Ramalkan bahan lain yang akan memberi kesan yang sama ke atas perubahan kertas
litmus seperti limau nipis.
2. Apakah faktor yang mempengaruhi kecerahan mentol selain daripada perubahan
bilangan mentol?
3. Cuba kaitkan aktiviti tersebut dengan kehidupan seharian?
4. Apakah fenomena yang berlaku dengan menggunakan prinsip cahaya bergerak lurus?
5. Nyatakan kegunaan cahaya bergerak lurus dalam kehidupan seharian?
6. Ibu telah kehabisan asamjawa dan buah limau. Bahan apakah yang boleh digantikan
untuk dicampurkan dalam masakan itu.
7. Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada pembentukan bayang-bayang sekiranya
buah epal digantikan dengan bikar kaca?
8. Selain menggunakan bateri dalam litar lengkap sebagai sumber tenaga, apakah cara
lain yang boleh digunakan untuk menyalakan mentol dalam litar itu?
9. Pada pendapat anda, apakah yang boleh menggantikan kad segi empat sama agar
bayang-bayang tidak terbentuk ? Terangkan.
10. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan dan kekuatan sebuah kapal
angkasa?
ARAS ANALISIS
1. Apakah perbezaan saiz bayang-bayang yang terbentuk apabila epal diletakkan dekat
dengan sumber cahaya dan dekat dengan skrin.
2. Apa akan terjadi jika cuka dicampurkan dengan soda bikarbonat?
3. Apakah motif anda mencipta kereta masa depan?
4. Apakah yang akan berlaku jika minyak masak digunakan untuk menggerakkan kereta
masa depan?
5. Apakah bukti cahaya bergerak lurus?
6. Jelaskan mengapa kereta yang anda cipta tidak berfungsi?
2. 2
7. Jika anda menggunakan akumulator, ramalkan kecerahan mentol.
8. Terangkan bagaimana bayang-bayang terbentuk.?
9. Apakah yang akan berlaku jika bumi tiada bayang-bayang?
10. Apakah kaitkan di antara eksperimen ini dengan kehidupan
seharian ?
11. Mengapakah keadaan sungai X pada 5 tahun yang dahulu lebih bersih berbanding
sekarang ?
12. Nyatakan apakah ciri-ciri bangunan yang anda bina?
13. Pada 15 haribulan taqwim qamari, mengapakah Arman tidak dapat melihat bulan
sewaktu berada di halaman rumahnya?
14. Pada satu petang, ribut telah melanda dan menyebabkan banyak tiang elekterik
tumbang dan wayar elektrik terputus. Salah satu wayarelektrik yang terputus telah
termasuk ke dalam kolam ikan talapia Pak Abu. Ramalkan apakah yang akan berlaku
pada ikan talapia Pak Abu? Berikan pendapat anda.
15. Mengapakah kapal angkasa berbentuk aerodinamik?
16. Apakah masalah yang mungkin timbul jika semua bangunan yang dibina adalah
rendah?
ARAS MENILAI
1. Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang bertambah dan berkurang?
2. Sifat makanan manakah yang anda pilih untuk dimakan dan kenapa?
3. Terangkan mengapa perubahan keadaan air berlaku lebih cepat semasa proses
pendidihan berbanding proses penyejatan?
4. Apakah yang mengubah saiz bayang- bayang?
5. Adakah anda fikir kereta yang dicipta baik atau tidak?
6. Apakah pendapat anda tentang sifat cecair?
7. Sifat makanan manakah yang anda pilih untuk dimakan dan kenapa?
3. 3
8. Apakah pendapat anda jika racun serangga digantikan dengan kaedah lain yang
lebih selamat dan mesra alamseperti menggunakan kaedah biologi dalam
memelihara sumber air bersih?
9. Apa akan terjadi apabila kandungan asid sesuatu bahan terlalu tinggi?
10. Nyatakan inferens mengapa sesetengah bahan berasid tidak menukar warna kertas
litmus biru kepada merah? Terangkan.
11. Bagaimanakah keadaan hidupan di bumi sekiranya tiada air?
12. Berikan pendapat kamu bagaimana untuk menghasilkan bentuk-bayang-bayang
yang bereza-beza?
13. Apakah keistimewaan yang ada pada bangunan masa kini berbanding bangunan
pada masa dahulu?
14. Mengapakah ikan suka bermain-main pada permukaan laut semasa 15 haribulan
berbanding pada awal bulan takwim qamari?
15. Adakah jisimadunan doh diawal dan diakhir eksperimen adalah sama? Mengapa?
16. Bandingkan perubahan yang berlaku antara doh A dan doh B.
ARAS MENCIPTA
1. Satu permainan yang boleh menggunakan prinsip pembentukan bayang-bayang.
2. Bagaimanakah cara anda untuk menarik orang ramai menggunakan kereta masa
depan yang telahandaciptakanini?
3. Bagaimanakah bentuk bangunan yang anda ingin cipta yang tahan dari bencana alam?
4. Semakin bertambah tahun, semakin bertambah pencemaran sungai. Berikan satu cara
untuk mengatasi masalah ini?
5. Kamu telah tersesat di dalam sebuah hutan. Bekalan air kamu telah habis digunakan.
Kamu mempunyai sebuah botol kosong. Bagaimanakah caranya kamu dapat
memperolehi air bersih dengan menggunakan botol kosong dengan bahan-bahan
yang ada pada kamu dan sekeliling menggunakan pengetahuan menuras air.
4. 4
6. Hasilkan sebuah alat penuras air menggunakan bahan dan objek yang dibekalkan;
2 buah botol
Pasir
Batu kerikil
Kain
Air kolam, air sungai, air paya
7. Anda diminta untuk mencipta resepi baharu untuk hidangan yang sedap dengan
menggunakan yis.Terangkan mengapa yis digunakan dalam masakan itu.
8. Hasilkan satu menu minuman yang boleh di minum menggunakan bahan ujikaji yang
dijalankan ini.
9. Reka satu cerita wayang kulit yang bertajuk ‘ Bagaimana diri Ku dilindungi’?
10.Sekiranya rakan anda terkena renjatan elektrik, apakah tindakan anda untuk
menyelamatkan rakan anda itu?
11. Bagaimanakah anda boleh melihat objek di belakang anda tanpa perlu menoleh ke
belakang?