SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN,
ARAHAN, AMARAN, DAN PERINGATAN KEPADA CALON
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENGGAL 3 TAHUN 2015
STPM/J1
Penggal 3 STPM 2015
 Waktu peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut kertas. Calon dikehendaki
menyemak waktu peperiksaan sebenar bagi setiap kertas mengikut penggal.
 Masa yang dibenarkan bagi sesuatu kertas adalah sebagaimana yang
dinyatakan dalam petak bersetentangan dengan nama kertas berkenaan.
MASA TAMBAHAN TIDAK DIBENARKAN. Masa untuk membaca soalan
adalah termasuk dalam masa yang dinyatakan bagi kertas berkenaan.
 Calon dikehendaki membaca ARAHAN, AMARAN, dan PERINGATAN yang
diberikan dalam Jadual Waktu peperiksaan ini.
 Calon tidak dibenarkan membawa Jadual Waktu Peperiksaan, Arahan,
Amaran, dan Peringatan Kepada Calon ini ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
 Calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai, dan sentiasa mengikut
tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.
 Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan
bermula dan dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan tamat.
ARAHAN AM
2
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
PENGGAL 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2015
TARIKH SIDANG WAKTU PEPERIKSAAN MASA KOD KERTAS
2
November
2015
(Isnin)
SIDANG 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 913/3 Bahasa Arab 3
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 960/3 Physics 3
SIDANG 2
11:00 pagi – 12:00 tengah hari 1 jam 948/3 Perakaunan 3
11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 966/3 Sains Sukan 3
SIDANG 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 911/3 Bahasa Cina 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 912/3 Bahasa Tamil 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 930/3 Syariah 3
3
November
2015
(Selasa)
SIDANG 1 8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 900/3 Pengajian Am 3
SIDANG 2
11:00 pagi – 12:00 tengah hari 1 jam 942/3 Geografi 3
11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 960/5 Physics 5
SIDANG 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 922/3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 3
2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 950/3 Mathematics (M) 3
2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 954/3 Mathematics (T) 3
4
November
2015
(Rabu)
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 920/3 Literature in English 3
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 931/3 Usuluddin 3
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 958/3 Information and Communications
Technology 3
SIDANG 2
11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 910/3 Bahasa Melayu 3
11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 964/3 Biology 3
SIDANG 3 2:30 ptg – 4:15 ptg 1¾ jam 946/3 Pengajian Perniagaan 3
5
November
2015
(Khamis)
SIDANG 1 8:00 pagi – 9:00 pagi 1 jam 944/3 Ekonomi 3
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 940/3 Sejarah 3
11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 962/3 Chemistry 3
SIDANG 3 2:30 petang – 3:45 petang 1 ¼ jam 948/5 Perakaunan 5
16
November
2015
(Isnin)
SIDANG 1
8:00 pagi – 9:15 pagi 1 ¼ jam 942/5 Geografi 5
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 962/5 Chemistry 5
SIDANG 2 11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 966/5 Sains Sukan 5
SIDANG 3
2:00 petang – 3:30 petang 1½ jam 964/5 Biology 5
2:00 petang – 5:00 petang 3 jam 970/4 Seni Visual 4
Catatan:
1.
Garis tegak di sebelah nama kertas menunjukkan calon tidak boleh mengambil lebih daripada satu kertas dalam kumpulan
kertas yang berkenaan.
2.
Bagi mata pelajaran Mathematics (M), Mathematics (T), Information and Communications Technology, Physics, Chemistry, dan
Biology, kertas soalan adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Calon dibenarkan menulis jawapan
dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
3
ARAHAN
1. Anda hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan lima belas minit sebelum
peperiksaan bermula bagi tiap-tiap kertas.
2. Anda dikehendaki:
(a) Meletakkan kad pengenalan anda di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Anda mungkin
tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya anda tidak membawa dokumen ini (bagi calon sekolah)
(b) Meletakkan kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) anda di atas meja
sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Anda mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan
sekiranya anda tidak membawa kedua-dua dokumen ini. Calon hendaklah mencetak LPKC masing-masing
mengikut penggal peperiksaan tahun semasa daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia
www.mpm.edu.my (bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu sahaja).
3. Anda hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta jika
(a) anda diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak anda ambil, atau
(b) anda diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagi waktu peperiksaan berkenaan.
4. Anda hendaklah menulis nombor kad pengenalan, angka giliran, kod dan nama kertas, penggal/ulangan dan tahun
peperiksaan dengan jelas dalam ruang yang disediakan pada helaian pertama dan pada helaian-helaian yang
berikutnya dalam kertas jawapan anda.
5. Tulis jawapan anda dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru pada kedua-dua belah
halaman kertas jawapan melainkan jika terdapat arahan pada kertas soalan yang melarang anda berbuat
demikian. Pensel berwarna atau pena mata bola berwarna lain hanya boleh digunakan untuk melukis gambar
rajah dan peta sahaja.
6. Anda hanya boleh menggunakan pensel 2B sahaja untuk menjawab soalan jenis aneka pilihan.
7. Anda hendaklah membawa alat matematik dan alat lukisan sendiri bagi mata pelajaran yang memerlukannya.
8. Apabila anda diarahkan berhenti menulis, susun dan ikat semua kertas jawapan anda dengan kemas mengikut
tertib KEUTAMAAN. Anda hendaklah duduk di tempat anda sehingga dibenarkan keluar oleh Ketua Pengawas.
9. Sila ambil perhatian bahawa:
(a) Anda mesti menjawab jawapan bertulis anda menggunakan kertas tulis (MPM/P1.2) yang dibekalkan oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia. Anda tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk
mengelakkan anda daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika anda menerima kertas tulis yang
mempunyai kesan lipatan, serahkan kertas itu semula kepada Pengawas.
(b) Anda tidak dibenarkan membawa kertas tulis keluar dari dewan/bilik peperiksaan, sama ada kertas yang
telah atau yang belum digunakan.
(c) Anda tidak dibenarkan merokok sama sekali di dalam dewan/bilik peperiksaan.
10. Maklumat tentang Sifir Matematik Permulaan Cambridge; Tatatanda, Takrif, dan Rumus Matematik (Mathematical
Notation, Definitions, and Formulae), dan Buku Data (Data Booklet), telah dimasukkan dalam kertas soalan yang
berkaitan.
11. Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan
STPM kecuali soalan tertentu tidak membenarkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, Pengawas pusat
peperiksaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitan
dengan kalkulator tersebut, seperti katalog kalkulator atau manual penggunaan kalkulator, tidak dibenarkan
dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
4
12. Alat seperti telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan
bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua
Pengawas (untuk calon istimewa yang memerlukan keperluan khas).
13. Jika anda terlibat dengan pertembungan jadual waktu bagi mana-mana kertas pada sesuatu masa, sila dapatkan
keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas. Anda akan diberitahu waktu peperiksaan bagi kertas yang
bertembung itu.
AMARAN
Anda diberi amaran supaya:
(a) Jangan membawa atau menerima apa-apa buku, nota, kertas dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain
daripada sesiapa sahaja kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan;
(b) Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa peperiksaan
berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas;
(c) Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Majlis Peperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas
atau Pengawas;
(d) Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik
peperiksaan;
(e) Jangan bersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu;
(f) Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri anda;
(g) Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu,
atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini.
PERHATIAN: Jika anda melanggar mana-mana Amaran di atas sama ada dengan cara disedari atau tidak
disedari, maka anda diingatkan bahawa anda akan didakwa di bawah Kaedah 3 dan 4, Akta 225 Majlis
Peperiksaan Malaysia 1980, Kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara dalam Kes Salah Laku, 1986).
PERINGATAN
1. Angka giliran dan pusat peperiksaan bertulis anda adalah seperti yang tercatat dalam LPKC.
2. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya dan diberi LPKC yang baharu mestilah mengambil
peperiksaan tersebut di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran seperti yang
tercatat dalam LPKC yang baharu.
3. Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di
portal Majlis Peperiksaan Malaysia hendaklah menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pendidikan Negeri atau Bahagian Pengendalian STPM dan MUET di talian 03-61261600 Majlis Peperiksaan
Malaysia tidak lewat dari 2 Oktober 2015.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan

More Related Content

What's hot

What's hot (13)

P12015
P12015P12015
P12015
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015
 
Jadual Waktu SPM 2015
Jadual Waktu SPM 2015 Jadual Waktu SPM 2015
Jadual Waktu SPM 2015
 
Tatib dan pakta
Tatib dan paktaTatib dan pakta
Tatib dan pakta
 
Tata Tertib Pengawas UN Tahun 2013
Tata Tertib Pengawas UN Tahun 2013Tata Tertib Pengawas UN Tahun 2013
Tata Tertib Pengawas UN Tahun 2013
 
Tata tertib peserta us dan pengawas
Tata tertib peserta us dan pengawasTata tertib peserta us dan pengawas
Tata tertib peserta us dan pengawas
 
Tata tertib pengawas ruang un
Tata tertib pengawas ruang unTata tertib pengawas ruang un
Tata tertib pengawas ruang un
 
Tata tertib pengawas ruang ujian nasional
Tata tertib pengawas ruang ujian nasionalTata tertib pengawas ruang ujian nasional
Tata tertib pengawas ruang ujian nasional
 
Tata tertib ujian nasional 2014
Tata tertib ujian nasional 2014Tata tertib ujian nasional 2014
Tata tertib ujian nasional 2014
 
Tata tertib pengawas ruang
Tata tertib pengawas ruangTata tertib pengawas ruang
Tata tertib pengawas ruang
 
140614 stpm d1_2015
140614 stpm d1_2015140614 stpm d1_2015
140614 stpm d1_2015
 
Tata tertib tes
Tata tertib tesTata tertib tes
Tata tertib tes
 
Tata tertib ujian
Tata tertib ujianTata tertib ujian
Tata tertib ujian
 

Similar to Jadual Peperiksaan Penggal 3 STPM 2015

STPM Penggal 1 2015
STPM Penggal 1 2015STPM Penggal 1 2015
STPM Penggal 1 2015kisas klang
 
Jadual waktu pt3 2015
Jadual waktu pt3 2015Jadual waktu pt3 2015
Jadual waktu pt3 2015Maizla Izma
 
Jadual Waktu PT3 2015
Jadual Waktu PT3 2015 Jadual Waktu PT3 2015
Jadual Waktu PT3 2015 ciklaili. com
 
Calon biasa 12 jun 2015
Calon biasa 12 jun 2015Calon biasa 12 jun 2015
Calon biasa 12 jun 2015vinekha
 
Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016ciklaili. com
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaMohd Fadli
 
Jadual Waktu UPSR 2015
Jadual Waktu UPSR 2015 Jadual Waktu UPSR 2015
Jadual Waktu UPSR 2015 ciklaili. com
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaUmmi Ainul
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Chon Seong Hoo
 
Jadual Peperiksaan STAM 2015
Jadual Peperiksaan STAM 2015Jadual Peperiksaan STAM 2015
Jadual Peperiksaan STAM 2015kisas klang
 
Jadual waktu spm 2015 calon biasa
Jadual waktu spm 2015 calon biasaJadual waktu spm 2015 calon biasa
Jadual waktu spm 2015 calon biasaEzzie Huhu II
 
Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015analufias
 
Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011 Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011 M D
 
Jadual waktu spm 2011 final
Jadual waktu spm 2011 finalJadual waktu spm 2011 final
Jadual waktu spm 2011 finalRizwan Razman
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Ermie Dharlya
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Ermie Dharlya
 
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasaJadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasakisas klang
 

Similar to Jadual Peperiksaan Penggal 3 STPM 2015 (20)

Jadual Peperiksaan U1 STPM 2015
 Jadual Peperiksaan U1 STPM 2015 Jadual Peperiksaan U1 STPM 2015
Jadual Peperiksaan U1 STPM 2015
 
STPM Penggal 1 2015
STPM Penggal 1 2015STPM Penggal 1 2015
STPM Penggal 1 2015
 
Jadual waktu pt3 2015 calon biasa
Jadual waktu pt3 2015 calon biasaJadual waktu pt3 2015 calon biasa
Jadual waktu pt3 2015 calon biasa
 
Jadual waktu pt3 2015
Jadual waktu pt3 2015Jadual waktu pt3 2015
Jadual waktu pt3 2015
 
Jadual Waktu PT3 2015
Jadual Waktu PT3 2015 Jadual Waktu PT3 2015
Jadual Waktu PT3 2015
 
Calon biasa 12 jun 2015
Calon biasa 12 jun 2015Calon biasa 12 jun 2015
Calon biasa 12 jun 2015
 
Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
 
Jadual Waktu UPSR 2015
Jadual Waktu UPSR 2015 Jadual Waktu UPSR 2015
Jadual Waktu UPSR 2015
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
 
Jadual Peperiksaan STAM 2015
Jadual Peperiksaan STAM 2015Jadual Peperiksaan STAM 2015
Jadual Peperiksaan STAM 2015
 
Jadual waktu spm 2015 calon biasa
Jadual waktu spm 2015 calon biasaJadual waktu spm 2015 calon biasa
Jadual waktu spm 2015 calon biasa
 
Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015
 
Jadual Waktu SPM 2011
Jadual Waktu SPM 2011Jadual Waktu SPM 2011
Jadual Waktu SPM 2011
 
Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011 Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011
 
Jadual waktu spm 2011 final
Jadual waktu spm 2011 finalJadual waktu spm 2011 final
Jadual waktu spm 2011 final
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011
 
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasaJadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

Jadual Peperiksaan Penggal 3 STPM 2015

  • 1. 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN, ARAHAN, AMARAN, DAN PERINGATAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENGGAL 3 TAHUN 2015 STPM/J1 Penggal 3 STPM 2015  Waktu peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut kertas. Calon dikehendaki menyemak waktu peperiksaan sebenar bagi setiap kertas mengikut penggal.  Masa yang dibenarkan bagi sesuatu kertas adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam petak bersetentangan dengan nama kertas berkenaan. MASA TAMBAHAN TIDAK DIBENARKAN. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masa yang dinyatakan bagi kertas berkenaan.  Calon dikehendaki membaca ARAHAN, AMARAN, dan PERINGATAN yang diberikan dalam Jadual Waktu peperiksaan ini.  Calon tidak dibenarkan membawa Jadual Waktu Peperiksaan, Arahan, Amaran, dan Peringatan Kepada Calon ini ke dalam dewan/bilik peperiksaan.  Calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai, dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.  Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula dan dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan tamat. ARAHAN AM
  • 2. 2 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PENGGAL 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2015 TARIKH SIDANG WAKTU PEPERIKSAAN MASA KOD KERTAS 2 November 2015 (Isnin) SIDANG 1 8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 913/3 Bahasa Arab 3 8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 960/3 Physics 3 SIDANG 2 11:00 pagi – 12:00 tengah hari 1 jam 948/3 Perakaunan 3 11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 966/3 Sains Sukan 3 SIDANG 3 2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 911/3 Bahasa Cina 3 2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 912/3 Bahasa Tamil 3 2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 930/3 Syariah 3 3 November 2015 (Selasa) SIDANG 1 8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 900/3 Pengajian Am 3 SIDANG 2 11:00 pagi – 12:00 tengah hari 1 jam 942/3 Geografi 3 11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 960/5 Physics 5 SIDANG 3 2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 922/3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 3 2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 950/3 Mathematics (M) 3 2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 954/3 Mathematics (T) 3 4 November 2015 (Rabu) SIDANG 1 8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 920/3 Literature in English 3 8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 931/3 Usuluddin 3 8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 958/3 Information and Communications Technology 3 SIDANG 2 11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 910/3 Bahasa Melayu 3 11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 964/3 Biology 3 SIDANG 3 2:30 ptg – 4:15 ptg 1¾ jam 946/3 Pengajian Perniagaan 3 5 November 2015 (Khamis) SIDANG 1 8:00 pagi – 9:00 pagi 1 jam 944/3 Ekonomi 3 SIDANG 2 11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 940/3 Sejarah 3 11:00 pagi – 12:30 tengah hari 1½ jam 962/3 Chemistry 3 SIDANG 3 2:30 petang – 3:45 petang 1 ¼ jam 948/5 Perakaunan 5 16 November 2015 (Isnin) SIDANG 1 8:00 pagi – 9:15 pagi 1 ¼ jam 942/5 Geografi 5 8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 962/5 Chemistry 5 SIDANG 2 11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 966/5 Sains Sukan 5 SIDANG 3 2:00 petang – 3:30 petang 1½ jam 964/5 Biology 5 2:00 petang – 5:00 petang 3 jam 970/4 Seni Visual 4 Catatan: 1. Garis tegak di sebelah nama kertas menunjukkan calon tidak boleh mengambil lebih daripada satu kertas dalam kumpulan kertas yang berkenaan. 2. Bagi mata pelajaran Mathematics (M), Mathematics (T), Information and Communications Technology, Physics, Chemistry, dan Biology, kertas soalan adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Calon dibenarkan menulis jawapan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
  • 3. 3 ARAHAN 1. Anda hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan lima belas minit sebelum peperiksaan bermula bagi tiap-tiap kertas. 2. Anda dikehendaki: (a) Meletakkan kad pengenalan anda di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Anda mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya anda tidak membawa dokumen ini (bagi calon sekolah) (b) Meletakkan kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) anda di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Anda mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya anda tidak membawa kedua-dua dokumen ini. Calon hendaklah mencetak LPKC masing-masing mengikut penggal peperiksaan tahun semasa daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my (bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu sahaja). 3. Anda hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta jika (a) anda diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak anda ambil, atau (b) anda diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagi waktu peperiksaan berkenaan. 4. Anda hendaklah menulis nombor kad pengenalan, angka giliran, kod dan nama kertas, penggal/ulangan dan tahun peperiksaan dengan jelas dalam ruang yang disediakan pada helaian pertama dan pada helaian-helaian yang berikutnya dalam kertas jawapan anda. 5. Tulis jawapan anda dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru pada kedua-dua belah halaman kertas jawapan melainkan jika terdapat arahan pada kertas soalan yang melarang anda berbuat demikian. Pensel berwarna atau pena mata bola berwarna lain hanya boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta sahaja. 6. Anda hanya boleh menggunakan pensel 2B sahaja untuk menjawab soalan jenis aneka pilihan. 7. Anda hendaklah membawa alat matematik dan alat lukisan sendiri bagi mata pelajaran yang memerlukannya. 8. Apabila anda diarahkan berhenti menulis, susun dan ikat semua kertas jawapan anda dengan kemas mengikut tertib KEUTAMAAN. Anda hendaklah duduk di tempat anda sehingga dibenarkan keluar oleh Ketua Pengawas. 9. Sila ambil perhatian bahawa: (a) Anda mesti menjawab jawapan bertulis anda menggunakan kertas tulis (MPM/P1.2) yang dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Anda tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk mengelakkan anda daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika anda menerima kertas tulis yang mempunyai kesan lipatan, serahkan kertas itu semula kepada Pengawas. (b) Anda tidak dibenarkan membawa kertas tulis keluar dari dewan/bilik peperiksaan, sama ada kertas yang telah atau yang belum digunakan. (c) Anda tidak dibenarkan merokok sama sekali di dalam dewan/bilik peperiksaan. 10. Maklumat tentang Sifir Matematik Permulaan Cambridge; Tatatanda, Takrif, dan Rumus Matematik (Mathematical Notation, Definitions, and Formulae), dan Buku Data (Data Booklet), telah dimasukkan dalam kertas soalan yang berkaitan. 11. Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu tidak membenarkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, Pengawas pusat peperiksaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitan dengan kalkulator tersebut, seperti katalog kalkulator atau manual penggunaan kalkulator, tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
  • 4. 4 12. Alat seperti telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas (untuk calon istimewa yang memerlukan keperluan khas). 13. Jika anda terlibat dengan pertembungan jadual waktu bagi mana-mana kertas pada sesuatu masa, sila dapatkan keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas. Anda akan diberitahu waktu peperiksaan bagi kertas yang bertembung itu. AMARAN Anda diberi amaran supaya: (a) Jangan membawa atau menerima apa-apa buku, nota, kertas dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain daripada sesiapa sahaja kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan; (b) Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas; (c) Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Majlis Peperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas atau Pengawas; (d) Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik peperiksaan; (e) Jangan bersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu; (f) Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri anda; (g) Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini. PERHATIAN: Jika anda melanggar mana-mana Amaran di atas sama ada dengan cara disedari atau tidak disedari, maka anda diingatkan bahawa anda akan didakwa di bawah Kaedah 3 dan 4, Akta 225 Majlis Peperiksaan Malaysia 1980, Kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara dalam Kes Salah Laku, 1986). PERINGATAN 1. Angka giliran dan pusat peperiksaan bertulis anda adalah seperti yang tercatat dalam LPKC. 2. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya dan diberi LPKC yang baharu mestilah mengambil peperiksaan tersebut di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran seperti yang tercatat dalam LPKC yang baharu. 3. Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia hendaklah menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian Pengendalian STPM dan MUET di talian 03-61261600 Majlis Peperiksaan Malaysia tidak lewat dari 2 Oktober 2015. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA Persiaran 1, Bandar Baru Selayang 68100 BATU CAVES Selangor Darul Ehsan