SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Pengenalan
Definisi
Perbincangan tentang pembahagian hukum dalam islam merupakan perbincangan yang
melibatkan perkara dasar, dimana fakta tentang sejarah dan tarikh serta nama berbagai-bagai
tokoh akan terlibat secara langsung, ini amat memerlukan pemerhatian yang serius supaya
rentetan sejarah tersebut dapat difahami dengan senang oleh pembaca sekalian. Untuk
memudahkan pembaca, disini pengkaji akan membahagikan kajian ini kepada empat bab
mengikut topik perbincangan secara turutan, sebagaimana dalam arahan.
Bahasa : Hukum didefinisikan secara mudah sebagai suatu penegahan atau larangan.
Istilah : Hukum didefinisikan sebagai khitab / perintah Allah s.w.t yang berkait dengan
perbuatan mukallafsama ada dalam bentuk iqtidai (‫)يئادتقا‬ (perintah atau arahan), takhyir
(‫)رييخت‬ (pilihan) atau wad'i (‫)يعضو‬ (ketentuan).
Khitab Allah s.w.t dalam bentuk iqtidai dan takhyir akan membentuk jenis hukum yang dikenali
sebagai hukum-hukum taklifi manakala khitabNya yang berbentuk wad'i pula akan
menghasilkan hukum-hukum wad'i.
Tahukah anda bahawa istilah hukum telah didefinisikan secara berbeza oleh dua golongan ulama
Islam iaitu para ulama fiqh dan para ulama usul fiqh? Yang akan menjadi fokus perbincangan
modul ini adalah merujuk kepada definisi para ulama usul fiqh.
Perbezaan tafsiran yang diberikan oleh kedua-dua golongan ini adalah merujuk kepada
perbezaan perspektif yang dilihat oleh mereka. Ini kerana kedua-dua golongan ini menafsirkan
istilah hukum dari dua perspektif yang berlainan mengikut disiplin ilmu masing-masing.
Menurut ulama usul fiqh, hukum ditafsirkan sebagai khitab Allah s.w.t itu sendiri atau dengan
lain perkataan, ia merupakan nas atau dalil-dalil syarak. Sebaliknya, ulama fiqh pula
mentakrifkan hukum sebagai kesan hukum yang boleh dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak
tadi mengenai sesuatu perkara seperti hukum wajib, sunat, haram dan sebagainya.
Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: .. dan janganlah kamu menghampiri zina (Surah Al Israk
Ayat 32). sudah dianggap sebagai hukum oleh ulama usul fiqh sedangkan ia dianggap sebagai
dalil oleh ulama fiqh. Ini kerana ulama fiqh menganggap kesan atau natijah hukum yang boleh
dikeluarkan daripada firman Allah s.w.t di atas tadi iaitu pengharaman zina adalah hukum yang
sebenar. Sementara firman Allah berkaitan hal tersebut hanya bersifat sebagai dalil dan sumber
bukannya hukum.
2.0 KONSEP HUKUM
Tahukah anda bahawa istilah hukum telah didefinisikan secara berbeza oleh dua golongan ulama
Islam iaitu para ulama fiqh dan para ulama usul fiqh? Yang akan menjadi fokus perbincangan
modul ini adalah merujuk kepada definisi para ulama usul fiqh.
Perbezaan tafsiran yang diberikan oleh kedua-dua golongan ini adalah merujuk kepada
perbezaan perspektif yang dilihat oleh mereka. Ini kerana kedua-dua golongan ini menafsirkan
istilah hukum dari dua perspektif yang berlainan mengikut disiplin ilmu masing-masing.
2.1 Hukum Menurut Ulama Usul Fiqh Dan Ahli Fiqh
Menurut ulama usul fiqh, hukum ditafsirkan sebagai khitab Allah s.w.t itu sendiri atau dengan
lain perkataan, ia merupakan nas atau dalil-dalil syarak. Sebaliknya, ulama fiqh pula
mentakrifkan hukum sebagai kesan hukum yang boleh dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak
tadi mengenai sesuatu perkara seperti hukum wajib, sunat, haram dan sebagainya.
Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: .. dan janganlah kamu menghampiri zina (Surah Al Israk
Ayat 32). sudah dianggap sebagai hukum oleh ulama usul fiqh sedangkan ia dianggap sebagai
dalil oleh ulama fiqh. Ini kerana ulama fiqh menganggap kesan atau natijah hukum yang boleh
dikeluarkan daripada firman Allah s.w.t di atas tadi iaitu pengharaman zina adalah hukum yang
sebenar. Sementara firman Allah berkaitan hal tersebut hanya bersifat sebagai dalil dan sumber
bukannya hukum.
2.2.1 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Fiqh
Usul Fiqh Fiqh
Membincangkan tentang dalil dan kaedah
yang bersifat ijmali.
Membincangkan tentang dalil tafsili.
Istilah hukum di sisi para ulama usul ialah
teks al-Quran atau al-Sunnah itu sendiri.
Istilah hukum di sisi para ulama fiqh ialah kesan
hukum yang dihasilkan dari setiap teks al-
Quran atau al-Sunnah.
Keterangan (a): Ilmu Usul al-Fiqh membincangkan tentang dalil dan kaedah yang bersifat
ijmali/umum. Ia akan menerangkan metodologi yang mesti diikuti oleh setiap ulama dalam
menentukan dan mengenal pasti sesuatu hukum syarak. Sebaliknya perbincangan dalam ilmu
Fiqh pula lebih tertumpu kepada penentuan hukum terhadap sesuatu masalah berdasarkan dalil
tafsili/terperinci.
Sebagai contoh, ulama Usul al-Fiqh lebih banyak membincangkan mengenai sesuatu kaedah
hukum yang umum atau dalil syarak dalam skop yang lebih luas seperti perbincangan mengenai
kaedah „Semua bentuk arahan memberi maksud wajib selagimana ia tidak dinafikan oleh dalil
syarak yang lain‰, perbincangan mengenai pengertian al-Quran, Sunnah, jenis dan statusnya,
pengertian Ijmak, konsep al-Qiyas dan aplikasinya dan lain-lain yang seumpamanya.
Sebaliknya, skop perbincangan para ulama Fiqh pula adalah lebih sempit kerana mereka hanya
cuba menganalisa dan memutuskan hukum terhadap sesuatu masalah berdasarkan sepotong nas
atau ayat daripada dalil syarak yang bersifat tafsili.
Sebagai contoh, mereka cuba menganalisa hukum solat fardu dengan berdasarkan sepotong ayat
al-Quran: Dan dirikanlah solat.... Hasil daripada kefahaman dan analisa yang dibuat, mereka
akhirnya memutuskan bahawa hukum mendirikan solat fardu adalah wajib memandangkan
kandungan ayat tersebut telah dinyatakan dalam bentuk arahan. Dengan lain perkataan, ulama
Fiqh juga perlu memahami ilmu Usul al-Fiqh sebagai kaedah yang dijadikan panduan
bagi mereka untuk mengenal pasti sesuatu hukum bagi kes-kes yang berkaitan.
Keterangan (b): Hukum pada ulama usul fiqh adalah merujuk kepada ayat al-Quran itu sendiri,
sebagai contoh ayat 110 dari Surah al-Baqarah. Ia biasa dinamakan dalam pengajian usul fiqh
sebagai Khitab Allah. Tetapi hukum pada ulama fiqh ialah hukum wajib mengerjakan solat hasil
dari firman Allah dalam ayat 110 surah al-Baqarah.
2.2 Bahagian-bahagian Hukum
Ulama usul fiqh telah membahagikan hukum kepada dua bahagian utama, iaitu:
1. Hukum taklifi; dan
2. Hukum wad'i.
3.0 PERBEZAAN HUKUM TAQLIFI DAN WAD”IE
a) Hukum taklifi merupakan hukum tugasan di mana ia menetapkan arahan supaya melakukan
sesuatu perkara atau arahan meninggalkannya atau memilih di antara melakukannya atau tidak.
(a) Sebaliknya, hukum wad'i merupakan hukum ketentuan di mana ia menentukan sejauh mana
sah atau batalnya sesuatu hukum berdasarkan perkaitan suatu perkara dengan sesuatu sebab,
syarat atau halangan yang boleh menentukan hukumnya.
Oleh yang demikian, jika sekiranya sebab atau syarat kepada suatu hukum dan kewajipan tidak
wujud maka perkara tersebut boleh dianggap tidak wujud atau tidak sah. Tidak akan wujud
kewajipan solat zuhur jika tidak tergelincirnya matahari. Tidak akan sahnya solat jika dilakukan
tanpa wuduk kerana ia menjadi syarat kesahan solat yang dikerjakan.
Keadaan yang sama juga berlaku dalam kes mani' atau halangan di mana kewujudannya dalam
sesuatu perkara akan menyebabkan hukumnya terhalang dan terbatal.
(b) Al-mukalaf fih atau perkara yang berkait dengan perbincangan hukum taklifi yang terdiri
daripada wajib, sunat, haram, makruh, sunat dan harus mampu dikawal oleh seseorang mukalaf.
Di mana dia mampu melakukan atau meninggalkan perbuatan yang disuruh, dilarang atau
diberikan pilihan mengikut keinginannya sendiri.
Sebagai contoh, dia mampu melakukan kewajipan solat. Dia juga mampu untuk
meninggalkan zina. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan perkara yang berada di
bawah kawalan manusia. Perkara ini berlaku kerana matlamat di sebalik hukum taklifi
ialah supaya mukalaf mampu melakukan perbuatan-perbuatan tersebut sepertimana yang
diarahkan. Jika tidak, nescaya pentaklifan yang ditetapkan oleh syarak akan dianggap sebagai
suatu yang sia-sia kerana ia tidak mampu dilakukan oleh para mukalaf.
(b) Sebaliknya, perkara yang dibincangkan dalam hukum wad'i tidak semestinya boleh dikawal
oleh mukalaf kerana terdapat sebahagian daripadanya berada di luar kemampuan beliau.
Sebagai contoh, antara perkara yang boleh dikawal oleh mukalaf ialah perbuatan mencuri dan
zina sebagai sebab kepada perlaksanaan hukuman hudud, kehadiran saksi sebagai
syarat kesahihan perkahwinan dan perbuatan membunuh sebagai mani'
(halangan) kepada hak seorang pembunuh menerima pusaka waris yang dibunuhnya.
Manakala contoh bagi hukum wad'i yang berada di luar kawalan mukalaf pula ialah seperti
gelincir matahari sebagai sebab kepada kewajipan menunaikan solat zuhur, baligh sebagai syarat
menghentikan hak wali untuk menguruskan hal ehwal kanak-kanak yang berada di
bawah jagaannya dan kewujudan penyakit gila sebagai maniÊ kepada kesahihan akad yang
dimeterai olehnya.
(c) Hukum taklifi hanya membincangkan hal-hal berkaitan dengan mukalaf sahaja.
(c) Sebaliknya, hukum wad'i turut membincangkan bersama hal-hal yang berkaitan dengan
individu yang bukan mukalaf. Contohnya, kanak-kanak dan orang gila. Sebagai contoh, hukum
wad'i membincangkan sama ada tindakan yang diambil oleh dua golongan tersebut terutamanya
dalam perlaksanaan kontrak jual beli dianggap sah atau sebaliknya.
4.0 HUKUM TAQLIFI DARI PANDANGAN HANIFIYYAH
Kenapa ia dinamakan taklifi?
Jenis hukum ini dinamakan sebagai taklifi kerana ia mengandungi elemen pentaklifan atau
tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia sama ada tanggungjawab tersebut
dinyatakan menerusi arahan agar ia dilakukan (tolab Al fi'l), atau ditinggalkan (tolab Al Kaff)
atau sebagai suatu pilihan antara melakukannya atau meninggalkannya (takhyir).
Tidakkah anda merasa aneh kenapa pentaklifan dalam bentuk takhyir juga dianggap sebagai
hukum taklifi? Jika taklifi itu bermaksud satu bebanan, maka pentaklifan dalam bentuk takhyir
tidak sesuai diletakkan di bawah bahagian hukum taklifi memandangkan ia hanya bersifat pilihan
dan bukannya suatu bentuk bebanan tanggungjawab yang mesti ditunaikan tanpa ada
pilihan sebagaimana berlaku pada arahan melakukan (sebagai contoh wajib melakukan solat lima
waktu) atau meninggalkan sesuatu (sebagai contoh wajib menjauhkan diri dari perbuatan zina).
Namun demikian, para ulama usul fiqh tetap memasukkannya ke dalam bahagian hukum taklifi
memandangkan ia masih mempunyai kaitan dengan mukallaf dan merupakan salah satu bentuk
hukum yang wujud dalam kehidupan beragama bagi seseorang Muslim.
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang pandangan ulama mengenai bentuk
pembahagian hukum taklifi. Dalam hal ini, para ulama telah berselisih pandangan kepada dua
pandangan utama iaitu:
1. Majoriti ulama; dan
2. Ulama Hanafiyyah.
Kedua-dua golongan tersebut berselisih pandangan pada menentukan bilangan hukum taklifi.
Menurut majoriti ulama, hukum taklifi terbahagi kepada lima bahagian, iaitu wajib, sunat,
haram, makruh dan harus.
Sebaliknya ulama Hanafiyyah telah memperincikan pembahagiannya dengan menambah hukum
fardu sebagai pecahan dari wajib dan hukum makruh tanzihi dan makruh tahrimi sebagai
perincian kepada hukum makruh. Rajah 2.5 menyenaraikan hukum taklifi di sisi ulama
Hanafiyyah.
Takrif Fardu : Ulama Hanafiyyah berpandangan wujud perbezaan di antara hukum wajib dan
fardu. Menurut mereka, fardu ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah diputuskan
berdasarkan dalil yang qat'i (iaitu dalil yang tidak mempunyai sebarang keraguan) seperti Al
Quran dan Hadis Mutawatir atau Masyhur.
Antara contoh perkara yang dianggap fardu seperti beriman dengan rukun Islam yang lima. Ia
dinyatakan menerusi Al Quran. Begitu juga kefarduan membaca ayat-ayat Al Quran ketika
berdiri dalam solat kerana berdasarkan Hadis Mutawatir dan Masyhur.
Takrif Wajib : Sebaliknya, hukum wajib ditakrifkan oleh Hanafiyyah sebagai perkara yang
diputuskan menerusi dalil hukum yang bersifat zanni di mana ia dianggap mempunyai
kemungkinan untuk berlaku keraguan. Oleh yang demikian, mereka menegaskan bahawa
hukum menunaikan zakat fitrah, solat witir dan solat dua hari raya dianggap sebagai wajib
memandangkan kesemua hukum bagi kes-kes telah diputuskan menerusi Hadis Ahad iaitu hadis
yang diriwayatkan oleh para perawi yang bilangannya kurang daripada tiga orang pada mana-
mana tiga generasi utama (iaitu sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in) selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w.
Sehubungan dengan ini, para ulama Hanafiyyah menegaskan bahawa sesiapa yang dengan
sengaja mengingkari amalan yang telah diputuskan sebagai fardu dia dianggap terkeluar
daripada Islam. Sebaliknya, jika dia mengingkari amalan yang wajib, dia hanya dianggap fasiq
dan masih kekal sebagai seorang muslim.
Takrif Makruh Tahrimi : Berkenaan hukum makruh pula, ulama Hanafiyyah
turut membahagikannya kepada dua; makruh tahrimi dan makruh tanzihi. Menurut mereka,
kedua-dua bentuk makruh ini mempunyai perbezaan.
Makruh tahrimi : ditakrifkan sebagai perkara yang diperintahkan oleh syarak agar ditinggalkan
secara tegas berdasarkan dalil zanni seperti Hadis Ahad. Antara contoh amalan yang
dihukumkan sebagai makruh tahrimi ialah membeli barangan yang telah ditempah orang lain,
meminang tunang orang lain dan sebagainya. Hukum ini berdasarkan Hadis Ahad yang
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: Janganlah seseorang individu menjual ke atas jualan
saudaranya dan janganlah (juga) dia meminang atas pinangan orang lain.
Makruh tahrimi : boleh berubah menjadi haram sekiranya larangan daripada melakukan
sesuatu amalan dinyatakan menerusi dalil yang qat'i seperti ayat Al Quran, Hadis Mutawatir
mahupun Hadis Masyhur. Sebagai contoh, pengharaman mencuri, berzina dan sebagainya.
Sesiapa yang mengingkari hukum haram yang diputuskan menerusi dalil yang qat'i maka dia
dianggap terkeluar daripada Islam. Namun demikian, jika dia hanya mengingkari hukum makruh
tahrimi dia dianggap seorang yang fasiq dan masih bergelar Muslim.
Takrif Makruh Tanzihi : Manakala makruh tanzihi, ia ditakrifkan oleh ulama
Hanafiyyah sebagai perkara yang diperintahkan oleh syarak agar ia ditinggalkan dengan secara
yang tidak tegas. Dengan lain perkataan, makruh tanzihi di sisi ulama Hanafiyyah sebenarnya
adalah merupakan hukum makruh yang difahami oleh jumhur ulama. Antara contoh kes yang
dihukumkan dengan makruh tanzihi di sisi mereka ialah memakan daging kuda kerana ia
diperlukan dalam peperangan, mengambil wuduk daripada baki air yang diminum oleh kucing
dan burung pemangsa dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan, bentuk pembahagian hukum taklifi yang digariskan oleh jumhur ulama
adalah berbeza berbanding apa yang diterima oleh ulama Hanafiyyah. Ini kerana jumhur
membahagikan hukum taklifi kepada lima, iaitu wajib atau fardu, sunat, haram, makruh dan
harus. Sebaliknya, ulama Hanafiyyah pula membahagikannya kepada tujuh, iaitu fardu, wajib,
sunat, haram, makruh tahrimi, makruh tanzihi dan harus.
5.0 KESIMPULAN
Kenapa ulama majoriti dan ulama Hanafiyyah berbeza pandangan dalam menjumlahkan hukum
taklifi? Perbezaan pandangan yang timbul di antara dua golongan ulama di atas sebenarnya
adalah berpunca daripada perbezaan perspektif yang dilihat untuk menilai sesuatu dalil dan
konsep hukum yang diputuskan daripada dalil tersebut.
Ulama Hanafiyyah contohnya, menilai sesuatu hukum dari perspektif kekuatan dalil dalam
menerangkan arahan atau larangan yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, mereka membezakan
di antara fardu dan wajib memandangkan perbezaan kekuatan dalil di antara yang qat'i dan yang
zanni. Oleh itu, mereka menganggap hukum yang diputuskan menerusi dalil qat'i adalah lebih
kukuh maka ia dinamakan sebagai fardu ataupun haram.
Manakala bagi hukum yang diputuskan menerusi dalil zanni, ia dianggap sama ada sebagai wajib
atau makruh tahrimi sahaja memandangkan keautoritian dalil tersebut tidak cukup kuat untuk
menegaskan sesuatu hukum.
Sebaliknya, jumhur ulama pula lebih memberikan penekanan kepada kandungan yang ingin
disampaikan menerusi dalil hukum. Lantaran itu, mereka kurang membincangkan persoalan
kekuatan dalil dari sudut qat'i atau zanni. Ini kerana mereka menganggap sesuatu dalil hukum
sudah boleh diterima sekiranya ia telah disahkan sebagai sahih sekalipun statusnya hanyalah
zanni seperti Hadis Ahad. Oleh yang demikian, faktor ini telah mendorong jumhur ulama untuk
tidak membezakan antara fardu dan wajib atau haram dan makruh tahrimi sekalipun setiap
satunya dilihat mempunyai sedikit perbezaan sepertimana yang telah ditegaskan oleh ulama
Hanafiyyah.
Rujukan

More Related Content

What's hot

Makalah metode ijtihad dan macam macam ijtihad
Makalah  metode ijtihad dan macam macam ijtihadMakalah  metode ijtihad dan macam macam ijtihad
Makalah metode ijtihad dan macam macam ijtihad
Internet Explorer
 
2001822007
20018220072001822007
2001822007
jeabye
 
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Marhamah Saleh
 
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1
Ramadhan, Dicky
 

What's hot (20)

Makalah metode ijtihad dan macam macam ijtihad
Makalah  metode ijtihad dan macam macam ijtihadMakalah  metode ijtihad dan macam macam ijtihad
Makalah metode ijtihad dan macam macam ijtihad
 
Makalah ushul fiqih_kel.1
Makalah ushul fiqih_kel.1Makalah ushul fiqih_kel.1
Makalah ushul fiqih_kel.1
 
2001822007
20018220072001822007
2001822007
 
Bahan ajar ushul fiqh
Bahan ajar ushul fiqhBahan ajar ushul fiqh
Bahan ajar ushul fiqh
 
IJTIHAD
IJTIHADIJTIHAD
IJTIHAD
 
Ra'yu dengan ijtihad (Tugas Agama)
Ra'yu dengan ijtihad (Tugas Agama)Ra'yu dengan ijtihad (Tugas Agama)
Ra'yu dengan ijtihad (Tugas Agama)
 
Ushul fiqh ppt
Ushul fiqh pptUshul fiqh ppt
Ushul fiqh ppt
 
Istihsan, urf, istishab, marsalah mursalah
Istihsan, urf, istishab, marsalah mursalahIstihsan, urf, istishab, marsalah mursalah
Istihsan, urf, istishab, marsalah mursalah
 
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIjtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
 
Diskusi Kelas: Hakim, Mukallaf, Taklif, dan aliran-aliran dalam Islam (Ushul ...
Diskusi Kelas: Hakim, Mukallaf, Taklif, dan aliran-aliran dalam Islam (Ushul ...Diskusi Kelas: Hakim, Mukallaf, Taklif, dan aliran-aliran dalam Islam (Ushul ...
Diskusi Kelas: Hakim, Mukallaf, Taklif, dan aliran-aliran dalam Islam (Ushul ...
 
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
Presentasi Ushul Fiqh 4 (Hakim Mahkum)
 
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 1
 
02 def.usul dan fiqh
02 def.usul dan fiqh02 def.usul dan fiqh
02 def.usul dan fiqh
 
Ushul Fiqh
Ushul FiqhUshul Fiqh
Ushul Fiqh
 
Ushul fiqh
Ushul fiqhUshul fiqh
Ushul fiqh
 
Fiqh ushul fiqh
Fiqh ushul fiqhFiqh ushul fiqh
Fiqh ushul fiqh
 
Ijtihad
IjtihadIjtihad
Ijtihad
 
Objek pembahasan Ushul Fiqih
Objek pembahasan Ushul FiqihObjek pembahasan Ushul Fiqih
Objek pembahasan Ushul Fiqih
 
Ijtihad
IjtihadIjtihad
Ijtihad
 
Ijtihad
IjtihadIjtihad
Ijtihad
 

Similar to Fiqh ana

Hukum wadh'i bentuk pdf
Hukum wadh'i bentuk pdfHukum wadh'i bentuk pdf
Hukum wadh'i bentuk pdf
Mahyul Ikmal
 
Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh
Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh
Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh
Jingga Matahari
 
Konsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islamKonsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islam
Inchy Yaa Rfy
 
Ijma’ dan qiyas
Ijma’ dan qiyasIjma’ dan qiyas
Ijma’ dan qiyas
Rikza Adhia
 

Similar to Fiqh ana (20)

Ushul Fiqh.pptx
Ushul Fiqh.pptxUshul Fiqh.pptx
Ushul Fiqh.pptx
 
Hukum wadh'i bentuk pdf
Hukum wadh'i bentuk pdfHukum wadh'i bentuk pdf
Hukum wadh'i bentuk pdf
 
Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh
Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh
Syari’at, fiqh, dan ushul fiqh
 
Studi Hukum Islam
Studi Hukum IslamStudi Hukum Islam
Studi Hukum Islam
 
Ijtihad
IjtihadIjtihad
Ijtihad
 
Terminologi hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Terminologi  hakim, mahkum fih, mahkum 'alaihTerminologi  hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Terminologi hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
 
Konsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islamKonsep hukum agama islam
Konsep hukum agama islam
 
Kata pengantar.studi hukum islamdocx
Kata pengantar.studi hukum islamdocxKata pengantar.studi hukum islamdocx
Kata pengantar.studi hukum islamdocx
 
Studi hukum islam
Studi hukum islamStudi hukum islam
Studi hukum islam
 
Studi hukum islam
Studi hukum islamStudi hukum islam
Studi hukum islam
 
KELOMPOK 1-USHUL FIQH.pptx
KELOMPOK 1-USHUL FIQH.pptxKELOMPOK 1-USHUL FIQH.pptx
KELOMPOK 1-USHUL FIQH.pptx
 
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan RukhshahTerminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
 
ushul fiqih.pdf
ushul fiqih.pdfushul fiqih.pdf
ushul fiqih.pdf
 
Ijmak
IjmakIjmak
Ijmak
 
Thaharah (bersuci)
Thaharah (bersuci)Thaharah (bersuci)
Thaharah (bersuci)
 
Ijma’ dan qiyas
Ijma’ dan qiyasIjma’ dan qiyas
Ijma’ dan qiyas
 
01 02 pendahuluan
01 02 pendahuluan01 02 pendahuluan
01 02 pendahuluan
 
Ijtihad-Ushul Fiqh (Miftah'll Everafter)
Ijtihad-Ushul Fiqh (Miftah'll Everafter)Ijtihad-Ushul Fiqh (Miftah'll Everafter)
Ijtihad-Ushul Fiqh (Miftah'll Everafter)
 
Bab 6 ushul fikih
Bab 6 ushul fikihBab 6 ushul fikih
Bab 6 ushul fikih
 
4. Ijma_.pptx
4. Ijma_.pptx4. Ijma_.pptx
4. Ijma_.pptx
 

More from raja khairuddin raja majid (10)

THING AL QURAN - Ustaz Raja.pptx
THING AL QURAN - Ustaz Raja.pptxTHING AL QURAN - Ustaz Raja.pptx
THING AL QURAN - Ustaz Raja.pptx
 
Sumbangan surau
Sumbangan surauSumbangan surau
Sumbangan surau
 
Laporan km1m 2017
Laporan km1m 2017Laporan km1m 2017
Laporan km1m 2017
 
Logo pengakap
Logo pengakapLogo pengakap
Logo pengakap
 
Aturcara masuk madinah dulu
Aturcara  masuk madinah duluAturcara  masuk madinah dulu
Aturcara masuk madinah dulu
 
Muka depan isi kandungan
Muka depan isi kandunganMuka depan isi kandungan
Muka depan isi kandungan
 
Assalamualaikum salam sejahtera nihaow ma
Assalamualaikum salam sejahtera nihaow maAssalamualaikum salam sejahtera nihaow ma
Assalamualaikum salam sejahtera nihaow ma
 
Rosli
RosliRosli
Rosli
 
Kelab silat
Kelab silatKelab silat
Kelab silat
 
Acara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meterAcara lari pecut 100 meter
Acara lari pecut 100 meter
 

Recently uploaded

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Adam Hiola
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
puji239858
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Ustadz Habib
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
Robert Siby
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
MeidarLamskingBoangm
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
Robert Siby
 

Recently uploaded (13)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 

Fiqh ana

  • 1. Pengenalan Definisi Perbincangan tentang pembahagian hukum dalam islam merupakan perbincangan yang melibatkan perkara dasar, dimana fakta tentang sejarah dan tarikh serta nama berbagai-bagai tokoh akan terlibat secara langsung, ini amat memerlukan pemerhatian yang serius supaya rentetan sejarah tersebut dapat difahami dengan senang oleh pembaca sekalian. Untuk memudahkan pembaca, disini pengkaji akan membahagikan kajian ini kepada empat bab mengikut topik perbincangan secara turutan, sebagaimana dalam arahan. Bahasa : Hukum didefinisikan secara mudah sebagai suatu penegahan atau larangan. Istilah : Hukum didefinisikan sebagai khitab / perintah Allah s.w.t yang berkait dengan perbuatan mukallafsama ada dalam bentuk iqtidai (‫)يئادتقا‬ (perintah atau arahan), takhyir (‫)رييخت‬ (pilihan) atau wad'i (‫)يعضو‬ (ketentuan). Khitab Allah s.w.t dalam bentuk iqtidai dan takhyir akan membentuk jenis hukum yang dikenali sebagai hukum-hukum taklifi manakala khitabNya yang berbentuk wad'i pula akan menghasilkan hukum-hukum wad'i. Tahukah anda bahawa istilah hukum telah didefinisikan secara berbeza oleh dua golongan ulama Islam iaitu para ulama fiqh dan para ulama usul fiqh? Yang akan menjadi fokus perbincangan modul ini adalah merujuk kepada definisi para ulama usul fiqh. Perbezaan tafsiran yang diberikan oleh kedua-dua golongan ini adalah merujuk kepada perbezaan perspektif yang dilihat oleh mereka. Ini kerana kedua-dua golongan ini menafsirkan istilah hukum dari dua perspektif yang berlainan mengikut disiplin ilmu masing-masing. Menurut ulama usul fiqh, hukum ditafsirkan sebagai khitab Allah s.w.t itu sendiri atau dengan lain perkataan, ia merupakan nas atau dalil-dalil syarak. Sebaliknya, ulama fiqh pula
  • 2. mentakrifkan hukum sebagai kesan hukum yang boleh dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak tadi mengenai sesuatu perkara seperti hukum wajib, sunat, haram dan sebagainya. Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: .. dan janganlah kamu menghampiri zina (Surah Al Israk Ayat 32). sudah dianggap sebagai hukum oleh ulama usul fiqh sedangkan ia dianggap sebagai dalil oleh ulama fiqh. Ini kerana ulama fiqh menganggap kesan atau natijah hukum yang boleh dikeluarkan daripada firman Allah s.w.t di atas tadi iaitu pengharaman zina adalah hukum yang sebenar. Sementara firman Allah berkaitan hal tersebut hanya bersifat sebagai dalil dan sumber bukannya hukum. 2.0 KONSEP HUKUM Tahukah anda bahawa istilah hukum telah didefinisikan secara berbeza oleh dua golongan ulama Islam iaitu para ulama fiqh dan para ulama usul fiqh? Yang akan menjadi fokus perbincangan modul ini adalah merujuk kepada definisi para ulama usul fiqh. Perbezaan tafsiran yang diberikan oleh kedua-dua golongan ini adalah merujuk kepada perbezaan perspektif yang dilihat oleh mereka. Ini kerana kedua-dua golongan ini menafsirkan istilah hukum dari dua perspektif yang berlainan mengikut disiplin ilmu masing-masing. 2.1 Hukum Menurut Ulama Usul Fiqh Dan Ahli Fiqh
  • 3. Menurut ulama usul fiqh, hukum ditafsirkan sebagai khitab Allah s.w.t itu sendiri atau dengan lain perkataan, ia merupakan nas atau dalil-dalil syarak. Sebaliknya, ulama fiqh pula mentakrifkan hukum sebagai kesan hukum yang boleh dikeluarkan daripada dalil-dalil syarak tadi mengenai sesuatu perkara seperti hukum wajib, sunat, haram dan sebagainya. Sebagai contoh, firman Allah s.w.t: .. dan janganlah kamu menghampiri zina (Surah Al Israk Ayat 32). sudah dianggap sebagai hukum oleh ulama usul fiqh sedangkan ia dianggap sebagai dalil oleh ulama fiqh. Ini kerana ulama fiqh menganggap kesan atau natijah hukum yang boleh dikeluarkan daripada firman Allah s.w.t di atas tadi iaitu pengharaman zina adalah hukum yang sebenar. Sementara firman Allah berkaitan hal tersebut hanya bersifat sebagai dalil dan sumber bukannya hukum. 2.2.1 Perbezaan antara Usul Fiqh dengan Fiqh Usul Fiqh Fiqh Membincangkan tentang dalil dan kaedah yang bersifat ijmali. Membincangkan tentang dalil tafsili. Istilah hukum di sisi para ulama usul ialah teks al-Quran atau al-Sunnah itu sendiri. Istilah hukum di sisi para ulama fiqh ialah kesan hukum yang dihasilkan dari setiap teks al- Quran atau al-Sunnah. Keterangan (a): Ilmu Usul al-Fiqh membincangkan tentang dalil dan kaedah yang bersifat ijmali/umum. Ia akan menerangkan metodologi yang mesti diikuti oleh setiap ulama dalam menentukan dan mengenal pasti sesuatu hukum syarak. Sebaliknya perbincangan dalam ilmu Fiqh pula lebih tertumpu kepada penentuan hukum terhadap sesuatu masalah berdasarkan dalil tafsili/terperinci.
  • 4. Sebagai contoh, ulama Usul al-Fiqh lebih banyak membincangkan mengenai sesuatu kaedah hukum yang umum atau dalil syarak dalam skop yang lebih luas seperti perbincangan mengenai kaedah „Semua bentuk arahan memberi maksud wajib selagimana ia tidak dinafikan oleh dalil syarak yang lain‰, perbincangan mengenai pengertian al-Quran, Sunnah, jenis dan statusnya, pengertian Ijmak, konsep al-Qiyas dan aplikasinya dan lain-lain yang seumpamanya. Sebaliknya, skop perbincangan para ulama Fiqh pula adalah lebih sempit kerana mereka hanya cuba menganalisa dan memutuskan hukum terhadap sesuatu masalah berdasarkan sepotong nas atau ayat daripada dalil syarak yang bersifat tafsili. Sebagai contoh, mereka cuba menganalisa hukum solat fardu dengan berdasarkan sepotong ayat al-Quran: Dan dirikanlah solat.... Hasil daripada kefahaman dan analisa yang dibuat, mereka akhirnya memutuskan bahawa hukum mendirikan solat fardu adalah wajib memandangkan kandungan ayat tersebut telah dinyatakan dalam bentuk arahan. Dengan lain perkataan, ulama Fiqh juga perlu memahami ilmu Usul al-Fiqh sebagai kaedah yang dijadikan panduan bagi mereka untuk mengenal pasti sesuatu hukum bagi kes-kes yang berkaitan. Keterangan (b): Hukum pada ulama usul fiqh adalah merujuk kepada ayat al-Quran itu sendiri, sebagai contoh ayat 110 dari Surah al-Baqarah. Ia biasa dinamakan dalam pengajian usul fiqh sebagai Khitab Allah. Tetapi hukum pada ulama fiqh ialah hukum wajib mengerjakan solat hasil dari firman Allah dalam ayat 110 surah al-Baqarah.
  • 5. 2.2 Bahagian-bahagian Hukum Ulama usul fiqh telah membahagikan hukum kepada dua bahagian utama, iaitu: 1. Hukum taklifi; dan 2. Hukum wad'i. 3.0 PERBEZAAN HUKUM TAQLIFI DAN WAD”IE a) Hukum taklifi merupakan hukum tugasan di mana ia menetapkan arahan supaya melakukan sesuatu perkara atau arahan meninggalkannya atau memilih di antara melakukannya atau tidak. (a) Sebaliknya, hukum wad'i merupakan hukum ketentuan di mana ia menentukan sejauh mana sah atau batalnya sesuatu hukum berdasarkan perkaitan suatu perkara dengan sesuatu sebab, syarat atau halangan yang boleh menentukan hukumnya. Oleh yang demikian, jika sekiranya sebab atau syarat kepada suatu hukum dan kewajipan tidak wujud maka perkara tersebut boleh dianggap tidak wujud atau tidak sah. Tidak akan wujud kewajipan solat zuhur jika tidak tergelincirnya matahari. Tidak akan sahnya solat jika dilakukan tanpa wuduk kerana ia menjadi syarat kesahan solat yang dikerjakan. Keadaan yang sama juga berlaku dalam kes mani' atau halangan di mana kewujudannya dalam sesuatu perkara akan menyebabkan hukumnya terhalang dan terbatal. (b) Al-mukalaf fih atau perkara yang berkait dengan perbincangan hukum taklifi yang terdiri daripada wajib, sunat, haram, makruh, sunat dan harus mampu dikawal oleh seseorang mukalaf.
  • 6. Di mana dia mampu melakukan atau meninggalkan perbuatan yang disuruh, dilarang atau diberikan pilihan mengikut keinginannya sendiri. Sebagai contoh, dia mampu melakukan kewajipan solat. Dia juga mampu untuk meninggalkan zina. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan perkara yang berada di bawah kawalan manusia. Perkara ini berlaku kerana matlamat di sebalik hukum taklifi ialah supaya mukalaf mampu melakukan perbuatan-perbuatan tersebut sepertimana yang diarahkan. Jika tidak, nescaya pentaklifan yang ditetapkan oleh syarak akan dianggap sebagai suatu yang sia-sia kerana ia tidak mampu dilakukan oleh para mukalaf. (b) Sebaliknya, perkara yang dibincangkan dalam hukum wad'i tidak semestinya boleh dikawal oleh mukalaf kerana terdapat sebahagian daripadanya berada di luar kemampuan beliau. Sebagai contoh, antara perkara yang boleh dikawal oleh mukalaf ialah perbuatan mencuri dan zina sebagai sebab kepada perlaksanaan hukuman hudud, kehadiran saksi sebagai syarat kesahihan perkahwinan dan perbuatan membunuh sebagai mani' (halangan) kepada hak seorang pembunuh menerima pusaka waris yang dibunuhnya. Manakala contoh bagi hukum wad'i yang berada di luar kawalan mukalaf pula ialah seperti gelincir matahari sebagai sebab kepada kewajipan menunaikan solat zuhur, baligh sebagai syarat menghentikan hak wali untuk menguruskan hal ehwal kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya dan kewujudan penyakit gila sebagai maniÊ kepada kesahihan akad yang dimeterai olehnya. (c) Hukum taklifi hanya membincangkan hal-hal berkaitan dengan mukalaf sahaja.
  • 7. (c) Sebaliknya, hukum wad'i turut membincangkan bersama hal-hal yang berkaitan dengan individu yang bukan mukalaf. Contohnya, kanak-kanak dan orang gila. Sebagai contoh, hukum wad'i membincangkan sama ada tindakan yang diambil oleh dua golongan tersebut terutamanya dalam perlaksanaan kontrak jual beli dianggap sah atau sebaliknya. 4.0 HUKUM TAQLIFI DARI PANDANGAN HANIFIYYAH Kenapa ia dinamakan taklifi? Jenis hukum ini dinamakan sebagai taklifi kerana ia mengandungi elemen pentaklifan atau tanggungjawab agama yang dibebankan ke atas manusia sama ada tanggungjawab tersebut dinyatakan menerusi arahan agar ia dilakukan (tolab Al fi'l), atau ditinggalkan (tolab Al Kaff) atau sebagai suatu pilihan antara melakukannya atau meninggalkannya (takhyir). Tidakkah anda merasa aneh kenapa pentaklifan dalam bentuk takhyir juga dianggap sebagai hukum taklifi? Jika taklifi itu bermaksud satu bebanan, maka pentaklifan dalam bentuk takhyir tidak sesuai diletakkan di bawah bahagian hukum taklifi memandangkan ia hanya bersifat pilihan dan bukannya suatu bentuk bebanan tanggungjawab yang mesti ditunaikan tanpa ada pilihan sebagaimana berlaku pada arahan melakukan (sebagai contoh wajib melakukan solat lima waktu) atau meninggalkan sesuatu (sebagai contoh wajib menjauhkan diri dari perbuatan zina). Namun demikian, para ulama usul fiqh tetap memasukkannya ke dalam bahagian hukum taklifi memandangkan ia masih mempunyai kaitan dengan mukallaf dan merupakan salah satu bentuk hukum yang wujud dalam kehidupan beragama bagi seseorang Muslim. Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang pandangan ulama mengenai bentuk pembahagian hukum taklifi. Dalam hal ini, para ulama telah berselisih pandangan kepada dua pandangan utama iaitu: 1. Majoriti ulama; dan 2. Ulama Hanafiyyah. Kedua-dua golongan tersebut berselisih pandangan pada menentukan bilangan hukum taklifi. Menurut majoriti ulama, hukum taklifi terbahagi kepada lima bahagian, iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
  • 8. Sebaliknya ulama Hanafiyyah telah memperincikan pembahagiannya dengan menambah hukum fardu sebagai pecahan dari wajib dan hukum makruh tanzihi dan makruh tahrimi sebagai perincian kepada hukum makruh. Rajah 2.5 menyenaraikan hukum taklifi di sisi ulama Hanafiyyah. Takrif Fardu : Ulama Hanafiyyah berpandangan wujud perbezaan di antara hukum wajib dan fardu. Menurut mereka, fardu ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah diputuskan berdasarkan dalil yang qat'i (iaitu dalil yang tidak mempunyai sebarang keraguan) seperti Al Quran dan Hadis Mutawatir atau Masyhur. Antara contoh perkara yang dianggap fardu seperti beriman dengan rukun Islam yang lima. Ia dinyatakan menerusi Al Quran. Begitu juga kefarduan membaca ayat-ayat Al Quran ketika berdiri dalam solat kerana berdasarkan Hadis Mutawatir dan Masyhur. Takrif Wajib : Sebaliknya, hukum wajib ditakrifkan oleh Hanafiyyah sebagai perkara yang diputuskan menerusi dalil hukum yang bersifat zanni di mana ia dianggap mempunyai kemungkinan untuk berlaku keraguan. Oleh yang demikian, mereka menegaskan bahawa hukum menunaikan zakat fitrah, solat witir dan solat dua hari raya dianggap sebagai wajib memandangkan kesemua hukum bagi kes-kes telah diputuskan menerusi Hadis Ahad iaitu hadis yang diriwayatkan oleh para perawi yang bilangannya kurang daripada tiga orang pada mana-
  • 9. mana tiga generasi utama (iaitu sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in) selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Sehubungan dengan ini, para ulama Hanafiyyah menegaskan bahawa sesiapa yang dengan sengaja mengingkari amalan yang telah diputuskan sebagai fardu dia dianggap terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, jika dia mengingkari amalan yang wajib, dia hanya dianggap fasiq dan masih kekal sebagai seorang muslim. Takrif Makruh Tahrimi : Berkenaan hukum makruh pula, ulama Hanafiyyah turut membahagikannya kepada dua; makruh tahrimi dan makruh tanzihi. Menurut mereka, kedua-dua bentuk makruh ini mempunyai perbezaan. Makruh tahrimi : ditakrifkan sebagai perkara yang diperintahkan oleh syarak agar ditinggalkan secara tegas berdasarkan dalil zanni seperti Hadis Ahad. Antara contoh amalan yang dihukumkan sebagai makruh tahrimi ialah membeli barangan yang telah ditempah orang lain, meminang tunang orang lain dan sebagainya. Hukum ini berdasarkan Hadis Ahad yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: Janganlah seseorang individu menjual ke atas jualan saudaranya dan janganlah (juga) dia meminang atas pinangan orang lain. Makruh tahrimi : boleh berubah menjadi haram sekiranya larangan daripada melakukan sesuatu amalan dinyatakan menerusi dalil yang qat'i seperti ayat Al Quran, Hadis Mutawatir mahupun Hadis Masyhur. Sebagai contoh, pengharaman mencuri, berzina dan sebagainya. Sesiapa yang mengingkari hukum haram yang diputuskan menerusi dalil yang qat'i maka dia dianggap terkeluar daripada Islam. Namun demikian, jika dia hanya mengingkari hukum makruh tahrimi dia dianggap seorang yang fasiq dan masih bergelar Muslim. Takrif Makruh Tanzihi : Manakala makruh tanzihi, ia ditakrifkan oleh ulama Hanafiyyah sebagai perkara yang diperintahkan oleh syarak agar ia ditinggalkan dengan secara
  • 10. yang tidak tegas. Dengan lain perkataan, makruh tanzihi di sisi ulama Hanafiyyah sebenarnya adalah merupakan hukum makruh yang difahami oleh jumhur ulama. Antara contoh kes yang dihukumkan dengan makruh tanzihi di sisi mereka ialah memakan daging kuda kerana ia diperlukan dalam peperangan, mengambil wuduk daripada baki air yang diminum oleh kucing dan burung pemangsa dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, bentuk pembahagian hukum taklifi yang digariskan oleh jumhur ulama adalah berbeza berbanding apa yang diterima oleh ulama Hanafiyyah. Ini kerana jumhur membahagikan hukum taklifi kepada lima, iaitu wajib atau fardu, sunat, haram, makruh dan harus. Sebaliknya, ulama Hanafiyyah pula membahagikannya kepada tujuh, iaitu fardu, wajib, sunat, haram, makruh tahrimi, makruh tanzihi dan harus. 5.0 KESIMPULAN Kenapa ulama majoriti dan ulama Hanafiyyah berbeza pandangan dalam menjumlahkan hukum taklifi? Perbezaan pandangan yang timbul di antara dua golongan ulama di atas sebenarnya adalah berpunca daripada perbezaan perspektif yang dilihat untuk menilai sesuatu dalil dan konsep hukum yang diputuskan daripada dalil tersebut. Ulama Hanafiyyah contohnya, menilai sesuatu hukum dari perspektif kekuatan dalil dalam menerangkan arahan atau larangan yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, mereka membezakan di antara fardu dan wajib memandangkan perbezaan kekuatan dalil di antara yang qat'i dan yang zanni. Oleh itu, mereka menganggap hukum yang diputuskan menerusi dalil qat'i adalah lebih kukuh maka ia dinamakan sebagai fardu ataupun haram.
  • 11. Manakala bagi hukum yang diputuskan menerusi dalil zanni, ia dianggap sama ada sebagai wajib atau makruh tahrimi sahaja memandangkan keautoritian dalil tersebut tidak cukup kuat untuk menegaskan sesuatu hukum. Sebaliknya, jumhur ulama pula lebih memberikan penekanan kepada kandungan yang ingin disampaikan menerusi dalil hukum. Lantaran itu, mereka kurang membincangkan persoalan kekuatan dalil dari sudut qat'i atau zanni. Ini kerana mereka menganggap sesuatu dalil hukum sudah boleh diterima sekiranya ia telah disahkan sebagai sahih sekalipun statusnya hanyalah zanni seperti Hadis Ahad. Oleh yang demikian, faktor ini telah mendorong jumhur ulama untuk tidak membezakan antara fardu dan wajib atau haram dan makruh tahrimi sekalipun setiap satunya dilihat mempunyai sedikit perbezaan sepertimana yang telah ditegaskan oleh ulama Hanafiyyah. Rujukan