SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

                  Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah
    tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga
    tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam
    sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk
    mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah
    yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

                  Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu
    corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan
    mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan
    pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah
    satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
    sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran
    sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk
    mencapai matlamat.

                  Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan
    Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui
    cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi
    dan         penyampai     warisan       budaya      dapat    memberi        faedah-faedah     ekonomi      dan     membolehkan
    individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

                  Mengikut     Knezevich           (1974)   dalam     bukunya     yang   bertajuk     Administration        of    Public
    Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal
    pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-
    kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif
    yang ditetapkan.

                  Sementara        itu    Campbell,Bridges       dan     Nystrand      (1977)    dalam     buku      yang        bertajuk
    Introduction        to     Educational           Administration       berpendapat      bahawa        pentadbiran        pendidikan
    ialah        satu    proses          untuk      menyelaras       usaha    dikalangan        berbagai-bagai       anggota        bagi
    memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

            Definisi lain ialah:

            -    Pentadbiran         pendidikan         ialah       bidang      amalan      seperti       institusi-institusi       lain.
            -    Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama
            Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain.

-   Pentadbiran         sekolah          sebagai      bidang     gunaan      seperti     kejuruteraan       dan      perubatan.        Ia
    dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan
    dengan pentadbiran pendidikan.
Jadi secara ringkasnyamatlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk
meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan
pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang
lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan
ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.

          Dalam organisasi.konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar
ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu
institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih
memberantkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju
pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan
ialah :

-Pengendalian
-Matlamat
-Kualiti/mutu
- Keberkesanan

- Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia




Tugas Pentadbiran Sekolah
Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi
hanya tiga yang di ambil iaitu :
1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )
2. Clark (1977)
3. Kimbraugh & Nunnery (1976)
1.
L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )

Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan
huruf-huruf     pertama   perkataan   -perkataan   :   planning   {P},organizing   {O},staffing   {S},directing
{D},coordinating {CO}, reporting {R},dan budgeting {B}.Penerangan lanjut adalah seperti berikut :

1.Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara
melaksanakannya.
2.Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang
pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.

3.Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik pengawai baru atau melatih pegawai
    yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan.

    4.Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan
    tunjuk ajar kepada kakitangan.
    5.Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan
    atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
    6.Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau
    bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian.
    7.Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan
    dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.
    2. Clark (1977)

    Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat
    keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :

    1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi

2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan
    cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.

    3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan
    dalam matlamat dan polisi .
    4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan
    juga di luar organisasi.
    5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.
    6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel
    kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.
    3




    7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan
    perbelanjaan wang.
    8. Menilai prestasi.

9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan ,
    komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas
    pentadbiran ( lihat rajah di bawah).

    Rajah 3.1 Proses Pentadbiran Sekolah

    Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan
    yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai
    kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.
3.
Kimbrough dan Nunery (1976)
4
Merancang
Membuat keputusan
Komunikasi
Mengawal
Menilai


Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah.
2. Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat
bimbingan.
3. Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan –cadangan
alternatif.
4. Merancang dan melaksanakan perancangan.
5. Menilai kemakmuran.

Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan
tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan ,
mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh
mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian
antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.

Tugas Pengurusan Sekolah
5

Secara      umumnya           pengurusan       pendidikan         di      sekolah          disokong         oleh      struktur       pentadbiran
yang     lengkap     dan      mempunyai        fungsi-fungsi       yang         tertentu     di    mana       setiap     fungsi       itu    saling
melengkapi         kepada       fungsi      yang      lain      (complimentary).              Sesebuah             pengurusan         pendidikan
yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Pengurusan         pendidikan        merupakan        bidang           yang       amat        istimewa         kerana         ia      merupakan
aspek     yang       sangat      penting     dalam      proses         pembinaan           generasi.        Bidang      ini        tidak    sahaja
dikaitkan       dengan         proses       pendidikan       dan          pengurusan,             tetapi      juga       dikaitkan          secara
langsung      dengan        ilmu     pengetahuan.        Oleh          kerana      sifat     ilmu      itu        berkembang,         kemahiran
pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.

Pengurusan         pendidikan        juga       dikaitkan         dengan          kualiti         pendidikan.          Kualiti        pendidikan
diukur      dengan     kualiti      generasi     baru     yang          dihasilkan.        Indikator        kualiti     itu      berkait      rapat
dengan      keupayaan         Kementerian       Pendidikan,            Jabatan      Pendidikan,            sekolah      dan        bilik     darjah
yang     akan      melahirkan        generasi      pelajar    yang         bukan       sahaja        berkemampuan             untuk         terlibat
dalam      pasaran     kerja       (job    market),      tetapi        dalam      masa       yang          sama      generasi       pelajar      itu
memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara,
peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang
6
dan     harmonis           yang      bukan        sahaja      memiliki         keupayaan      intelek      yang       baik     dan      ketangkasan
jasmani      yang          teruji,     tetapi       dalam       masa       yang      sama         memiliki        kekuatan       dalaman       yang
berdaya tahan.

Peranan Guru Besar
Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi
pendidikan ialah:


memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara
yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.





membimbing,                  menyedar               dan              menyelia            guru-guru           di          bawahnya             ketika
melaksanakan               tugas      mereka          untuk           memastikan         segala      program           dan      kegiatan       yang
dijalankan           itu          sesuai,         selaras        dan           secocok        dengan          falsafah         dan         matlamat
pendidikan tersebut.






memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat
memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara
tersurat atau tersirat.



mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-
cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.





membimbing                 dan        mendorong               serta           meransang           guru        untuk           bekerja        dengan
semangat         dedikasi             dan          komitmen            yang        tinggi         dengan          menggunakan            kemahiran
berkomunikasi.






menjadikan           sekolahnya              sebagai          lambang           kepada        segala         nilai,       kepercayaan,         cita-
cita      dan        hasrat          yang          diperjuangkan           oleh       sekolahnya           serta         berkeupayaan         untuk
menjelaskan                tujuan           dan           rasional        di        sebalik          pelaksanaan              kurikulum         dan
kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Peranan Guru

Guru      mempunyai              peranan      yang         sangat      besar     dalam      mendidik        murid-murid          sejajar     dengan
Falsafah     Pendidikan              Negara.        Kemahiran           dan     pengalaman         mengajar           bukan     sahaja      didapati
di     bilik-bilik         kuliah,      tetapi       dari      penglibatan         yang       menyeluruh           dan       bersepadu       melalui
pelbagai        aktiviti           gerak          kerja       luar.      Profesion          perguruan         berkehendakkan               guru-guru
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:


Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam
proses pembelajaran.


Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang
bersikap positif, kreatif dan inovatif.


Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan
serta bersistematik.
7
Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan
pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.


Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori,
pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.


Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap
pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.


Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang
peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.





Kemahiran          berkomunikasi               secara      lisan      dan        tulisan      ke         arah      melahirkan            masyarakat
penyayang,             mempunyai                    nilai-nilai            murni,           bersefahaman                  serta            semangat
bekerjasama dalam satu pasukan.






Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai
kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.






Kemahiran          menangani               masalah          dan          cabaran       ke         arah          membentuk           jiwa          yang
rasional           berkeupayaan                    mengawal               emosi             dan            bertanggungjawab                   dalam
menjalankan tugas.






Kemahiran          berusaha              ke       arah       perkembangan             kendiri        ke          arah        memupuk              imej
kendiri       (self-image),              kesedaran          diri         (self-awareness)           sebagai          salah         satu       aspek
motivasi diri.

Kemahiran-kemahiran               di      atas    bukan      sahaja       dapat     diperolehi       di     bilik-bilik         kuliah     atau     di
pusat-pusat       sumber,        tetapi        melalui     penglibatan       yang     aktif       dalam     kelab        atau     persatuan       dan
juga aktiviti-aktiviti sosial.

Kurikulum Sekolah

Kurikulum          boleh         ditakrifkan         sebagai        pengalaman          yang        diberikan           kepada         murid-murid
secara     terancang        di     bawah         bimbingan         dan     panduan      sekolah.         Dari     segi     prinsip        utamanya,
kurikulum         sekolah        rendah          memberi       pendidikan           yang      bercorak          pendidikan         asas      dengan
penegasan         kepada         pendidikan          di     bidang         3M       iaitu     membaca,            menulis         dan      mengira.
Kurikulum         juga       menegaskan             perkembangan             individu       secara         menyeluruh            dan       seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

Dari       segi          pelaksanaannya,                 kurikulum          sekolah         rendah              menegaskan             pemerolehan
pengetahuan         dan          kemahiran           melalui        pengalaman          secara           langsung,        yakni          penglibatan
setiap     murid     secara            aktif     melalui     aktiviti-aktiviti       yang      menarik          dalam      proses        pengajaran
dan pembelajaran.
8

Kurikulum            merangkumi                 perkara-perkara           seperti           kursus          pengajian,             sukatan             pelajaran,
penjadualan          waktu          pembelajaran,            pengajaran         dan      pembelajaran               di         dalam      kelas,         aktiviti-
aktiviti    di      luar     bilik      darjah       (kokurikulum)           yang      dilaksanakan           secara           terancang         dan      bahan-
bahan       sokongan           yang          dicadangkan,        dihasil        dan      dibekalkan           untuk            pelaksanaan         kurikulum
di peringkat sekolah.

Terdapat         dua       jenis       kurikulum           sekolah      iaitu        kurikulum          tersurat          dan      kurikulum             tersirat.
Kurikulum           tersurat        ditujukan          kepada         aspek-aspek           kurikulum          yang            telah      ditetapkan         dan
dinyatakan          secara           jelas       dan         terang       kepada         pelaksana-pelaksana                     kurikulum.             Perkara-
perkara      yang          tersurat      seperti       mata      pelajaran,       sukatan        pelajaran,              peruntukan            masa,      bahan-
bahan        pengajaran,               kaedah-kaedah               pengajaran,          pengurusan                pengajaran.              Segala           yang
tersurat      ini       mudah           dinilai        dan      dikawal         berpandukan             peraturan-peraturan,                    arahan-arahan
dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.

Kurikulum           tersirat         pula       adalah        unsur-unsur            yang       tidak         dirancang            tetapi         mempunyai
pengaruh         dan       memainkan            peranan        yang       berkesan          terhadap        proses         kurikulum            yang       sudah
tersurat      tadi.         Contohnya              iklim      sekolah,        budaya          kerja,         budaya             sosial         sekolah       dan
persekitaran         juga       mendatangkan               kesan       dalam         membentuk              sikap,        minat,         akhlak,         aspirasi
dan kepercayaan seseorang murid.

Panitia Mata Pelajaran

Di      antara        tujuan        panitia         mata       pelajaran        (PMP)         ialah         merancang             dan          menyelaraskan
pengurusan           mata          pelajaran          masing-masing,            memperbaiki                 dan          meningkatan             mutu        dan
kekesanan           pengajaran               dan       pembelajaran             di       samping              berusaha             memperbaiki               dan
mendapatkan                 strategi-strategi              mengajar             yang           inovatif              mengikut                  perkembangan
pendidikan           semasa            yang         boleh       mendorong             mewujudkan                  perkembangan                 intelek       dan
rohani      murid-murid               sejajar       dengan       Falsafah        Pendidikan            Negara.            Selain         itu     PMP         juga
mempunyai            objektif          memperbaiki             prestasi       murid-murid              di         dalam          peperiksaan             sekolah
ataupun       peperiksaan              awam          dalam       mata        pelajaran         berkenaan.                Ini      dibuat         berpandukan
kepada       prestasi        atau       sasaran        yang     ditunjukkan           dalam      rancangan               akademik          sekolah.         PMP
juga       boleh       mewujudkan               semangat        bekerjasama            di      antara         panitia           mata       pelajaran         dan
persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.

Fungsi dan peranan PMP sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:


memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang
diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.





memilih          dan        mencadangkan               kepada         guru       besar        buku           teks         untuk          digunakan           oleh
murid            berdasarkan                kepada           kesesuaian              buku         itu             dengan               kehendak-kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.



memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan
9
pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di
pusat sumber sekolah.


menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang
penggunaannya kepada pelajar.


menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi
tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.





mengkaji         dan          menganalisis         keputusan          peperiksaan         murid-murid               bagi           tiap-tiap
peperiksaan           (khususnya          peperiksaan            penggal/semester)         dan           mengambil                langkah-
langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.



merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam
hal-hal berkaitan profesional perguruan.


membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.


membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan
peruntukan yang diberi.


merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid
dari masa ke semasa.
Gerakerja Kokurikulum

Kepentingan        gerakerja       kokurikulum          adalah     berasakan      bahawa         semua         murid         harus      ada
perseimbangan          antara       perkembangan          mental       dan       perkembangan            sosial,          jasmani       dan
rohani.    Dengan       itu     murid-murid      boleh     dididik    dan     boleh      pula    mendidik          diri     sendiri     dan
juga      rakan-rakan         mereka      ke     arah     memperkembangkan            bakat       semulajadi.             Sekolah      juga
bertanggungjawab             menyediakan         murid-murid         untuk       keperluan        masyarakat               yang       mana
masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu.

Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:


menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan
murid-murid.


memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid.


mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam
sekolah dan di antara sekolah-sekolah.


membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.


membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan
menggembirakan.


membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
10
Kewangan Sekolah

Tanggungjawab          tentang       penggunaan         kewangan       sekolah      diletakkan       di        bahu        guru       besar.
Perbelanjaan       kewangan         ini    mestilah       mengikut       peraturan-peraturan            yang       telah      ditetapkan
oleh      Peraturan      Kewangan          Sekolah       Kementerian         Pendidikan         Malaysia.        Semua            peraturan
ini     termasuk      juga      tentang    pemungutan        wang,      pengawalan        perbelanjaan,         penyimpanan             dan
penyelenggaraan         cek,      resit    dan     sebagainya.       Segala      kerja     hendaklah        dilaksanakan              secara
betul      dan     bersistem        supaya       dapat      memastikan         kelancaran         dan       kelicinan         perjalanan
sekolah.
Kemantapan           kewangan            sesebuah           sekolah          bergantung            kepada        kebijaksanaan               guru           besar
untuk       merancang           lebih       awal         sebelum           sesuatu          perbelanjaan             dilakukan            supaya            dapat
menentukan          bahawa          wang        peruntukan            yang       diberi      kepada           sekolah          dan        lain-lain         wang
sekolah     dapat       dibelanjakan            dengan         berfaedah          kepada          murid-murid           khususnya            dan       kepada
sekolah amnya.

Fizikal Sekolah

Sumber-sumber           fizikal      atau       infrastruktur          yang       lain      seperti     pejabat,         pusat         sumber         sekolah
(PSS),      bilik      darjah,        kerusi          dan      meja,         makmal,          kantin,         padang           permainan,             kawasan
rekreasi     memainkan              peranan        dalam         membentuk                sekolah       itu      sebagai         sebuah             organisasi
pendidikan.

Pejabat     sekolah        adalah     pusat      di     mana          semua      urusan       luar     dan      dalaman          dilakukan.           Di      sini
letaknya        pengurusan           yang        menjadi          asas         organisasi          pendidikan           itu.         Di      sini          tenaga
perkeranian         memainkan            peranan         utama.          Hubungan            sekolah          dengan           pihak         atasan         yang
berkaitan         dengan          pendidikan                seperti        Kementerian               Pendidikan,               Jabatan          Pendidikan
Negeri,     Pejabat         Pendidikan          Daerah        dan        juga      hubungan          dengan          institusi-institusi            lain      dan
masyarakat          sekitar       banyak        berlaku          di      sini.      Kepakaran           guru          besar,         penolong-penolong
kanan       dan       juga      pembantu            tadbir       menyelesaikan               masalah-masalah              yang            dihadapi           oleh
guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.

Pusat      sumber          sekolah       pula         memainkan            peranan          memaksimumkan                 pendedahan                maklumat
dan      bahan       kepada          pengguna.          Guru           tidak      lagi       dianggap          sebagai          satu-satunya               punca
pengetahuan         dalam       proses      P&P        di      bilik     darjah,         tetapi     lebih      berperanan            sebagai        fasilitator
pembelajaran.              Fasilitator          mempunyai                tanggungjawab                dengan             memberi               kesempatan
kepada      murid          menggunakan           keupayaannya                secara       optimum.            Peranan          murid         pula      diubah
dari     pada       pasif      kepada       penglibatan           dan          pelakuan       yang          aktif.      Di      antara         kemudahan-
kemudahan           yang      disediakan         di      pusat         sumber       sekolah          ialah      bilik        bacaan          yang          selesa,
bahan-bahan          cetak,     carta,      peta,       transparensi,            slaid,     pita      rakaman           audio         dan      video          dan
pelbagai koleksi buku bacaan.

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani
dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani
11

sememangnya             perlu        selaras          dengan            Falsafah           Pendidikan           Negara               iaitu      melahirkan
individu     yang      seimbang          dari     segi        intelek,     emosi,         rohani      dan      jasmani.         Di        antara      objektif
umum pendidikan jasmani ialah:



memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental,
sosial dan emosi.


menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari dan
lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.


menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas
gimnastik.


mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam
persekitaran.


mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.


merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di
dalam dan di luar sekolah.





menggunakan                masa          lapang            dengan            berfaedah             dan            menyedari            peranan             sukan
dalam        kegiatan            masyarakat               dan       bergembira              ketika          mengambil                bahagian             sebagai
perserta atau penonton.

Peraturan Sekolah

Di       antara      ciri-ciri      organisasi           yang       baik      ialah         mengadakan              peraturan.        Peraturan            dalam
organisasi         pendidikan          ditujukan         kepada       semua          ahli     yang         ada      dalam         sekolah         iaitu     guru
besar,      penolong-penolong               kanan,           guru-guru,            kakitangan          bukan          guru         dan       juga         kepada
murid-murid.                Kesanggupan                  mematuhi              peraturan-peraturan                    yang            ditetapkan              itu
menjadikan organisasi itu berdisiplin.

Disiplin           dimaksudkan             sebagai               kesanggupan              seseorang              individu          menghormati               dan
mematuhi          undang-undang            sama      ada         disiplin     itu     dikenakan            dari     luar      atau       dengan        kerelaan
sendiri.     Disiplin        juga       bermakna           kesanggupan             seseorang         itu     bekerja        atau      membuat             sesuatu
dengan       dengan          cukup        tertib,        kesanggupan           menghormati                 hak      individu         lain,       kesanggupan
mengamalkan            tingkahlaku           yang           baik      dan          tidak      mengganggu                  kepentingan         orang         lain,
kesanggupan          hormat         menghormati             di      antara         satu     dengan          lain     dan       mempunyai               semangat
tolong      menolong,            dan      kesanggupan              membaiki          keadaan          yang         sedia      ada        menerusi          usaha
yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat .

Disiplin     ke      atas     murid       akan      menjadikan           murid        itu    sebagai         manusia         yang        dapat     memimpin
diri     sendiri     dalam        hidupnya          di      masa      hadapan.            Disiplin     diri        bagi      setiap      individu         adalah
mustahak           dalam          usaha          mewujudkan                 satu          masyarakat             sekolah          yang           bertatasusila,
bersatupadu,         demokratik,           adil,     liberal        dan       progresif.          Disiplin         diri     juga      akan         melahirkan
individu-individu            yang        kreatif         serta     mempunyai               kesedaran         harga         diri      dalam        masyarakat
yang bergerak ke arah kemajuan.

12

Kepentingan           mewujudkan             suasana              persekolahan             yang       sihat        sememangnya               tidak          dapat
dinafikan          lagi.      Kecemerlang                 murid       dipengaruhi             oleh          kedua-dua              faktor        persekitaran
pembelajaran            dan         persekitaran            sekolah          yang           mana           kedua-dua              faktor         ini       saling
berinteraksi        antara       satu     sama       lain.        Alam       sekeliling           memberi          peluang        pelaksanaan             seluruh
potensi        murid.            Suasana           keceriaan          yang           dibina          itu          memungkinkan               perkembangan
maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek murid.

Keadaan           persekitaran           sekolah           juga       termasuk              dalam          pendidikan.             Murid-murid              yang
didedahkan           dengan             persekitaran             sekolah       yang           ceria,          bersih          dan          nyaman           akan
membangkitkan               suasana       pembelajaran              yang       kondusif.           Matlamat           utama          keceriaan            sekolah
ialah:


Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat,
bersih dan indah.


Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan
pembelajaran.


Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya
mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.





Menggalakkan                hubungan            baik           dan         kerjasama               antara            pihak            sekolah          dan
masyarakat          setempat            serta          agensi-agensi              lain        dalam              usaha-usaha                keselamatan,
kebersihan dan keindahan.



Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-
sekolah,

Proses     keceriaan          sekolah     boleh          berlaku        dengan        sendirinya            apabila       semua            pihak     sedar
tanggungjawab           masing-masing.              Pengurusan             sekolah          boleh           memberi           kebebasan             kepada
guru      dan       kakitangan           untuk         mengekspresikan               ilham          serta        kebolehan             masing-masing.
Semua      guru,       murid,       kakitangan         serta      kawasan         yang        ada         merupakan           aset     yang         penting
dalam      program          keceriaan        sesebuah          sekolah.      Keceriaan             sekolah       juga         menjadi         pemangkin
kepada       peningkatan            akademik           sekolah.         Guru-guru            dan          kakitangan           yang          mempunyai
kemahiran       seni        landskap,     kreatif        dan     inovatif,       dapat       mengindahkan              kawasan             lapang     serta
sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.

Binaan-binaan          seperti         biorama          mempunyai              ciri-ciri      pembelajaran               alam          sekitar        yang
cukup      kuat     yang        menggabungkan             alam         hutan      dan       alam          akuatik.       Sudut        biorama         yang
dihiasi    dengan           pemandangan          yang          menceritakan         perlunya            alam        sekitar      dipelihara          dalam
keadaan      asalnya         dan     tidak      dimusnahkan.            Program            stesen        alam       sekitar,         yang     dilekatkan
dengan     soalan-soalan           bermotifkan         pengajaran         alam       sekitar.       Selain       itu     boleh         dibina       Taman
Matematik,         dengan          kepelbagaian           bentuk          susunan          bata,         disesuaikan           dengan         kurikulum
matematik.         Semasa          merancang           pembinaan          taman-taman              di       sekeliling         sekolah,         nilai-nilai
kecantikan          berimejkan            sekolah              serta       mempunyai                    motif         pembelajaran                 haruslah
diutamakan.

Dalam      usaha       menceriakan           kawasan       sekolah,         kerjasama         daripada           Persatuan           Ibu     Bapa      dan
Guru      (PIBG)        dan        pihak-pihak          lain      termasuk         Pejabat          Pendidikan           Daerah            (PPD)      juga
diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru,

14
para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk
membantu murid-murid yang tidak berkemampuan.

Sekolah-sekolah             yang     terletak       di         pedalaman          misalnya,             mempunyai             dusun         buah-buahan
seperti    durian,          manggis,     cempedak,             langsat,      rambutan           dan        petai.      Paya-paya            dan      anak-
anak      sungai       di     kawasan         dusun       dikekalkan            kecantikan          dan         keasliannya           dengan         pokok
rumbia,      bemban           dan       pokok-pokok             hutan       paya         yang           lain.    Di      samping             itu     boleh
dipelbagaikan          kegiatannya,          seperti       taman          perubatan,          dataran           minda,         rumah         tradisional,
mini     muzium        serta     laluan       refleksi.      Koleksi        bahan-bahan            antik       yang         boleh        dikumpulkan
daripada penduduk setempat, dipamerkan dan dijadikan mini muzium.

Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

            Pendekatan          pengurusan          saintifik        menumpukan                 kepada            pekerja         atau         peringkat
bawah.Pendekatan          yang        dikenali      juga     sebagai        analisis       tugas       ini     diasaskan           oleh       Frederick
Taylor(1856-1915)                    dalam               bukunya                 The              Principal                  of               Scientific
Management(1911).Penyumbang-penyumbang                             lain          ilaha      Henry             L        Gantt            dan       Frank
Gilberth.

            Pendekatan         ini     timbul       disebabkan            oleh      masalah         dalam          revolusi         industri       pada
tahun       1900.Tujuan          utama         kajiannya         ialah       menilai         prestasi          pekerja            dan         meningkat
profesionalisme          dalam         pengurusan.Dengan                kejayaan          pendekatan              tersebut        beliau         digelar
sbagai       bapa        pengurusan           SAINTIFIK.Beliau                   yang      berasala            dari         Amerika             Syarikat
mempunyai         banyak        pengalaman          bekerja        di      kilang        besi      waja        iaitu        di     Midvale         Steel
Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:
1.
Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan
2.
Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak.
3.
Gaji seimbang dengan kerja
4.
Perlu memotivasikan pekerja.
5.
Masa yang standard bagi semua pekerja.
6.
Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.
7.
Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja.
8.
Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.
9.
Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerj.

Prinsip-prinsip     am         untuk      menguruskan             sekolah         secara        berkesan           adalah         dengan         amalan
demokrasi         yang         merupakan           pertimbangan             penting             bagi         pentadbir            sekolah         untuk
mengurus       guru        secara        individu          dan     kolektif.Masalah              manusia            yang          dianggap         kecil
selalunya       memerlukan               perhatian          dan           pertimbangan             yang             luas.Pentadbir              sekolah
bertanggungjawab               untuk         memudahkana                 interaksi         antara             kakitangan                dan        perlu
mengamalkan         kepipmpinan              ciri-ciri     kepimpinan             demokratik.Semua                 individu         yang         terlibat
dalam       sebarang       keputusan            hendaklah         diberikan             kesempatan           untuk          menentukan            corak
tindakan yang perlu dilaksanakan.

15
RUJUKAN
a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd
b. Mohd Salleh Lebar (2000),Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di
Malaysia,Penerbit        Addison           Wesley          Longman              Malaysia          Sdn.Bhd.

c.    Jaafar   Muhamad      (1992),     Asas      Pengurusan,    Penerbit        Fajar   Bakti     Sdn     Bhd.

d.   Ahmad     Kilani    Mohamed(2003),        Pengurusan   Pendidikan      di     Sekolah,      UTM     Skudai.

e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

More Related Content

What's hot

Bab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionBab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionNorazlina Lyn
 
Kajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolahKajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolahrohaniarbaa
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)NurSyaqina
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiKrishna Veeni
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumAton Minaton
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahwanharith4
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanshockgadof
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisMulyanto Tejokusumo
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
EDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAEDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAFatin Nabilah Norzaidi
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruVince Here
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKANPENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKANpatrica jelika
 

What's hot (19)

Bab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionBab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesion
 
Kajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolahKajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolah
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengahKepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
Kepentingan kokurikulum dalam_pendidikan_di_sekolah_menengah
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulan
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di MalaysiaReka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
kssm sekolah rendah
kssm sekolah rendahkssm sekolah rendah
kssm sekolah rendah
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
EDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAEDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP3013 - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKANPENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN
PENTADBIRAN ORGANISASI SUKAN
 

Similar to D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)

Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)rabbaniridhwan
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumikin290590
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfymtuea0357
 
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptxBAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptxamal319877
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumJimmy Siow
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahdfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahnathanheman
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostinglmdsaufee
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganUniversiti Sains Malaysia
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalbeeeeth
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Qian Tan
 

Similar to D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc) (20)

Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Dr ja 3
Dr ja 3Dr ja 3
Dr ja 3
 
5 perancangan kurikulm khsr
5  perancangan kurikulm khsr5  perancangan kurikulm khsr
5 perancangan kurikulm khsr
 
Artikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdfArtikel kepimpinan edup.pdf
Artikel kepimpinan edup.pdf
 
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptxBAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahdfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
 
Analisis fpk
Analisis fpkAnalisis fpk
Analisis fpk
 
Assingment bostingl
Assingment bostinglAssingment bostingl
Assingment bostingl
 
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 

D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)

  • 1. Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa- kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Definisi lain ialah: - Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain. - Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain. - Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan.
  • 2. Jadi secara ringkasnyamatlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi.konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberantkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah : -Pengendalian -Matlamat -Kualiti/mutu - Keberkesanan - Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia Tugas Pentadbiran Sekolah Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi hanya tiga yang di ambil iaitu : 1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 ) 2. Clark (1977) 3. Kimbraugh & Nunnery (1976) 1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 ) Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan huruf-huruf pertama perkataan -perkataan : planning {P},organizing {O},staffing {S},directing {D},coordinating {CO}, reporting {R},dan budgeting {B}.Penerangan lanjut adalah seperti berikut : 1.Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya. 2.Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang
  • 3. pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang. 3.Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik pengawai baru atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan. 4.Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan. 5.Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 6.Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 7.Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan. 2. Clark (1977) Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada : 1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi 2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab. 3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan dalam matlamat dan polisi . 4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan juga di luar organisasi. 5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program. 6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain. 3 7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan wang. 8. Menilai prestasi. 9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan , komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah). Rajah 3.1 Proses Pentadbiran Sekolah Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.
  • 4. 3. Kimbrough dan Nunery (1976) 4 Merancang Membuat keputusan Komunikasi Mengawal Menilai Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah. 2. Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat bimbingan. 3. Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan –cadangan alternatif. 4. Merancang dan melaksanakan perancangan. 5. Menilai kemakmuran. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi. Tugas Pengurusan Sekolah 5 Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan. Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang 6
  • 5. dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan. Peranan Guru Besar Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah:  memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.  membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.  memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.  mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.  membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.  menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita- cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan. Peranan Guru Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:  Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.  Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.  Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan
  • 6. serta bersistematik. 7 Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.  Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.  Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.  Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.  Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.  Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.  Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.  Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial. Kurikulum Sekolah Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 7. 8 Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti- aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan- bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara- perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan- bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid. Panitia Mata Pelajaran Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah. Fungsi dan peranan PMP sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:  memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.  memilih dan mencadangkan kepada guru besar buku teks untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.  memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan 9
  • 8. pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.  menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya kepada pelajar.  menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.  mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah- langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.  merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal berkaitan profesional perguruan.  membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.  membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi.  merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari masa ke semasa. Gerakerja Kokurikulum Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:  menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid.  memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid.  mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah.  membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.  membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan.  membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. 10 Kewangan Sekolah Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah.
  • 9. Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada sekolah amnya. Fizikal Sekolah Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan. Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar. Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan- kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahan-bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan pelbagai koleksi buku bacaan. Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani 11 sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di antara objektif umum pendidikan jasmani ialah:  memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental, sosial dan emosi.  menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.  menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik.  mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam persekitaran.
  • 10.  mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.  merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di dalam dan di luar sekolah.  menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai perserta atau penonton. Peraturan Sekolah Di antara ciri-ciri organisasi yang baik ialah mengadakan peraturan. Peraturan dalam organisasi pendidikan ditujukan kepada semua ahli yang ada dalam sekolah iaitu guru besar, penolong-penolong kanan, guru-guru, kakitangan bukan guru dan juga kepada murid-murid. Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan itu menjadikan organisasi itu berdisiplin. Disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat . Disiplin ke atas murid akan menjadikan murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat sekolah yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. 12 Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kecemerlang murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor persekitaran pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini saling berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang pelaksanaan seluruh potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu memungkinkan perkembangan maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek murid. Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid yang didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan sekolah ialah: 
  • 11. Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan indah.  Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.  Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.  Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan, kebersihan dan keindahan.  Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah- sekolah, Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran. Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah diutamakan. Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru, 14 para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan. Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-buahan seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai. Paya-paya dan anak- anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan keasliannya dengan pokok rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang lain. Di samping itu boleh dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran minda, rumah tradisional,
  • 12. mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan antik yang boleh dikumpulkan daripada penduduk setempat, dipamerkan dan dijadikan mini muzium. Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific Management(1911).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan.Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sbagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera. Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerj. Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan. 15 RUJUKAN a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd b. Mohd Salleh Lebar (2000),Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di
  • 13. Malaysia,Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd. c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. d. Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai. e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd