SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1
PENGENALAN
Pada awal tahun 1950-an iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2, Jepun sedang
berusaha keras untuk bangkit kembali menjadi kuasa besar dunia. Menyedari bahawa
mereka tidak akan memenangi peperangan dengan menggunakan senjata, pemimpin Jepun
menjemput beberapa pakar pengurusan Amerika Syarikat ke negara tersebut untuk
memberi latihan kepada ahli-ahli industri Jepun. Antaranya ialah W. Edwards Deming,
Joseph Juran dan Armand Feigenbaum. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah
berjaya membantu Jepun bangkit semula melalui satu paradigma baru yang dinamakan
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) atau kadang-kadang dirujuk sebagai Peningkatan
Kualiti Berterusan (Mawson, 1993).
Pada tahun 1980-an, Amerika mula menggunakan idea ini dalam membangunkan
negara mereka. Mereka menyedari bahawa kualiti hendaklah bersifat intrinsik dan bersedia
bersaing di dalam pasaran idea, bakat, produk dan perkhidmatan global yang semakin
mencabar. Beberapa tahun kemudian, seorang pakar pengurusan telah mengambil idea
TQMinidan mengaplikasikannya falsafah kualiti ini di dalam penambahbaikansistem di
sekolah. Beliau ialah John Jay Bonstingl (Bonstingl Development Leadership, 2012).
Pasaran global sekarang menunjukkan tanda bahawa masa depan bergantung pada
tenaga kerja yang berdedikasi terhadap falsafah kualiti di dalam kehidupan sama ada secara
peribadi ataupun secara profesional. Masa depan tidak akan memberi ruang kepada sesiapa
yang tidak memberikan produk, perkhidmatan atau maklumat berkualiti. Walau
bagaimanapun, peliknya, kebanyakan negara di dunia memberi penekanan berlebihan
kepada ujian penentuan standard kepada pelajar pada pelbagai tahap persekolahan masing-
masing. Ujian ini dipanggil dan dianggap sebagai ujian menentukan tahap pencapaian
pelajar di sepanjang persekolahan mereka (Bonstingl, 1992).
Bonstingl (1992) menambah bahawa penekanan berlebihan terhadap ujian standard
ini bertentangan dengan idea dan amalan yang diperlukan dalam menghadapi cabaran masa
depan. Masyarakat dunia percaya bahawa hasil terbaik ialah yang dihasilkan oleh mereka
yang kreatif dan berkolaboratif. Amalan sekarang yang menekankan arahan (command),
pematuhan (compliance) dan kawalan (control) tidak menghasilkan keputusan yang
diharapkan.
2
W. Edward Deming melalui kajiannya mendapati 95% daripada kegagalan manusia
ialah secara langsung disebabkan oleh kegagalan sistem untuk menyediakan keperluan
manusia tersebut untuk terus bermandiri dan berjaya (Wikipedia, 2012). Oleh itu, jika
seseorang pelajar itu gagal maka ia disebabkan oleh sistem pengajaran, pembelajaran dan
penilaian yang tidak memenuhi keperluan mereka. Setiap pelajar adalah unik dan
mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan persekitaran dan kaedah pembelajaran
yang betul serta guru yang berdedikasi. Demi memastikan kejayaan dicapai, kita hendaklah
berhijrah daripada kaedah lama yang telah ketinggalan zaman kepada paradigma
pembelajaran yang baru yang menekankan pembelajaran berterusan dan penambahbaikan
yang konsisten.
EMPAT TONGGAK PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH BONSTINGL
Empat tonggak ini adalah gabungan 14 prinsip TQM Deming, Trilogi Juran dan Revolusi
Pemikiran Kaoru Ishikawa (Bonstingl, 1992). Tonggak pertama ialah keutamaan fokus
sekolah ialah pembekal dan pelanggannya. Dalam TQM, setiap orang ialah pembekal dan
pelanggan. Setiap orang juga mesti mengambil bahagian dalam kerja berpasukan dan kerja
kolaborasi. Guru dan pelajar ialah seperti pekerja kilang bahagian hadapan. Produk yang
dihasilkan ialah perkembangan kebolehan, minat dan watak pelajar. Pelajar ialah pelanggan
guru yang akan menerima perkhidmatan pendidikan untuk perkembangan dan peningkatan
pelajar tersebut. Dalam perspektif ini, guru dan sekolah ialah pembekal yang menyediakan
alat pembelajaran, persekitaran dan sistem yang berkesan kepada pelajar yang merupakan
pelanggan primer.
Sekolah pula bertanggungjawab menyediakan kebajikan pendidikan jangkapanjang
dengan mengajarkan mereka cara belajar dan berkomunikasi menggunakan kaedah yang
berkualiti tinggi. Pelajar juga diajar cara menilai kualiti dalam kerja mereka dan orang lain.
Sekolah seterusnya akan mengajar pelajar supaya beriltizam untuk terus belajar sepanjang
hayat mereka dengan memaksimumkan peluang berkembang dalam setiap aspek
kehidupannya.
Pelanggan sekunder pula terdiri daripada ibu bapa, masyarakat sekitar dan bakal-
bakal majikan yang mempunyai hak untuk mendapat pelajar yang berkembang kompetensi,
watak dan kebolehannya supaya menjadi warga yang bertanggungjawab. Ciri-ciri pelajar ini
3
bukan sahaja untuk generasi semasa tetapi juga untuk generasi akan datang. Ini kerana
TQM adalah bersifat generatif.
Dari perspektif pentadbiran pula, sekolah berkualiti menyeluruh bekerja secara
kolaboratif dengan pelanggan mereka iaitu guru. Kerja secara kolaboratif menghapuskan
sistem tradisional yang mengaplikasikan kaedah perintah, kawal dan kegerunan. TQM akan
menggalakkan perkembangan berterusan dari segi kebolehan guru dan pada masa yang
sama sekolah akan menerima kebaikan daripada peningkatan ini. Jadi, TQM ini mendukung
falsafah situasi menang-menang antara semua pihak berkepentingan di sekolah.
Tonggak kedua ialah setiap ahli dalam organisasi mesti menumpukan sepenuh
dedikasi terhadap peningkatan peribadi dan kolektif secara berterusan. Etos ini dipelopori
oleh orang Jepun yang dipanggil ‘kaizen’ iaitu sifat bantu-membantu dalam masyarakat
dalam proses menjadi lebih baik setiap hari. Falsafah ini menggalakkan setiap warga sekolah
berbincang dengan kerap dalam kumpulan yang dipanggil ‘bulatan kualiti’ untuk
membincangkan cara kerja yang lebih baik dengan cara mengubahsuai kaedah yang sedang
digunakan. Sekolah yang mengamalkan pendekatan ini disebut ‘organisasi belajar’.
Sekolah ‘organisasi belajar’ hendaklah menggunakan segala sumber yang boleh
diperoleh terutama sekali masa dan wang untuk latihan, sesi bulatan kualiti, penyelidikan
dan komunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan. Sekolah juga perlu memikirkan semula
amalan yang hanya berfokus kepada memperbaiki kekangan untuk diubah kepada fokus
terhadap menyerlahkan potensi dan kekuatan pelajar.
Sekolah juga hendaklah menghapuskan pemberian gred kepada pelajar di segenap
peringkat. Penggredan menyebabkan pelajar dan juga guru hanya menumpukan tenaga dan
masa kepada usaha mencapai gred yang lebih baik dan bukannya untuk belajar. Sistem
peperiksaan juga menyebabkan wujudnya ‘keluk loceng’ yang telah menetapkan lebih awal
siapa yang berada di kedua-dua hujung dan siapa berada di tengah-tengah keluk. Ini akan
menyebabkan kemusnahan kepada persekitaran pembelajaran dan menggalakkan
persekitaran persaingan dan meletakkan pelajar dalam situasi menang-kalah yang selalunya
tidak memberi kelebihan kepada pelajar lemah akademik. Sekolah berperanan untuk
memberi pertimbangan sewajarnya terhadap penilaian yang diberikan kepada pelajar
supaya memberi ianya lebih berkesan terhadap perkembangan kualiti mereka dalam
pelajaran.
4
Tonggak ketiga menganjurkan supaya sekolah dilihat sebagai satu sistem dan kerja
yang dilakukan oleh ahli dalam sistem hendaklah dilihat sebagai proses yang berterusan.
Para pengkaji mendapati bahawa kegagalan dalam sesuatu organisasi adalah
kebanyakannya disebabkan oleh sistem yang diamalkan. Ekspektasi, aktiviti, persepsi,
alokasi sumber, struktur kuasa, nilai dan budaya yang menjadi elemen dalam sesuatu sistem
hendaklah diberikan perhatian paling tinggi dalam menentukan kualiti sesebuah sekolah
(Bonstingl, 1992).
Sekolah yang mengamalkan TQM sentiasa menggunakan sepenuh sumbernya untuk
berusaha memperbaiki dan mencari kaedah dan cara baru mencapai potensi maksimum
setiap individu. Sebagai satu sistem, penambahbaikan dalam proses yang terlibat dalam
sesuatu sistem merupakan penentu utama kualiti produk yang dihasilkan oleh sesuatu
organisasi. Penambahbaikan ini merupakan proses pembelajaran berterusan yang
menggantikan kaedah ‘ajar dan uji’. Oleh itu kita perlu beranjak daripada fokus terhadap
hasil kepada fokus terhadap proses.
Tonggak keempatialah kejayaan TQM ialah tanggungjawab pihak pengurusan
tertinggi dalam sesebuah organisasi.Pemimpin sekolah hendaklah mewujudkan persekitaran
yang sesuai untuk penambahbaikan produk dan perkhidmatan. Mereka juga perlu
meletakkan fokus terhadap mewujudkan konteks yang pelajar mencapai potensi terbaik
mereka melalui penambahbaikan berterusan guru serta pelajar. Pemimpin sekolah yang
berjaya mewujudkan persekitaran TQM sedar bahawa meningkatkan skor ujian semata-
mata adalah kurang penting berbanding perkembangan yang dilalui semasa proses
pembelajaran oleh semua pihak berkepentingan di dalam sekolah (Bonstingl, 1992).
KEBAIKAN AMALAN PENGURUSAN KUALITI DI SEKOLAH
Bonstingl(2001) juga mencadangkan bahawa amalan pengurusan yang menerapkan falsafah
kualiti dalam sistem pendidikan akan memberikan kebaikan-kebaikan berikut.
1. Pelajar akan dapat mengembangkan sikap positif tentang diri mereka sebagai
pelajar. Mereka akan belajar lebih banyak, dapat memperbaiki skor ujian serta
mengurangkan masalah disiplin dan keciciran kerana mereka melihat sekolah
sebagai tempat yang positif bagi hidup mereka.
2. Bilik darjah menjadi lebih interaktif dengan pengurangan masa syarahan dan
penumpuan yang lebih terhadap kerja berkumpulan pelajar. Para guru akan belajar
5
caramemperbaiki kekuatan pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar pula akan
belajar memperbaiki tugasan yang diberikan menggunakan alat dan strategi kualiti.
3. Pelajar digalakkan belajar dan berkembang melalui pembelajaran rakan sebaya,
penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Pelajar digalakkan untuk memahami
standard akademik sekolah dan kelas dan membina standard sendiri berdasarkan
kerja yang dihasilkan sebagai penandaaras pencapaian mereka. Dengan ini mereka
akan lebih bertanggungjawab terhadap pendidikan mereka sendiri.
4. Pihak pentadbir pula akan menjadi lebih berkesan. Guru, pelajar, ibu bapa dan
pentadbir seterusnya akan dapat membina budaya kolaborasi organisasi yang positif.
5. Kakitangan akan dapat meningkatkan moral mereka kerana proses membuat
keputusan dikongsi bersama. Perancangan yang lebih baik dan keputusan yang lebih
jelas menjadi panduan untuk proses penambahbaikan berterusan, sokongan
masyarakat yang lebih utuh dan pencapaian pelajar yang lebih tinggi.
ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENDIDIKAN
Bonstingl (2001) menghuraikan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh sekolah
dalam merealisasikan anjakan paradigma yang berteraskan falsafah kualiti. Menurutnya,
paradigma lama sekolah ialah tempat guru mengajar dan tempat pelajar mengambil ujian.
Beliau mencadangkan bahawa sekolah sepatutnya menjadi tempat pembelajaran dan
penambahbaikan berterusan bagi setiap pelajar dan guru. Berasaskan empat tonggak yang
dicadangkan olehnya, anjakan paradigma dalam pendidikan mesti dilakukan segera iaitu
daripada menjadikan sekolah tempat mengajar dan menguji kepada sekolah sebagai pusat
pembelajaran dan penambahbaikan berterusan. Berikut akan dihuraikan situasi yang berlaku
di sekolah terpilih berdasarkan empat tonggak tersebut dan anjakan yang mesti dilakukan
untuk menjadikan sekolah tersebut sekolah kualiti menyeluruh.
a) Situasi sekolah semasa (paradigma lama sekolah sebagai tempat guru
mengajar dan tempat pelajar mengambil ujian)
Sekolah yang menjadi rujukan mengamalkan prinsip persaingan dalam proses
pembelajaran pelajarnya. Pelajar digalakkan meningkatkan prestasi pelajaran melalui
6
peningkatan gred dalam ujian-ujian dan akhirnya dalam peperiksaan awam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang mendapat gred yang lebih tinggi akan menjadi
penanda aras bagi semua pelajar yang akan menjadi penentu kepada kejayaan seseorang
pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, ‘kejayaan’ yang didefinisikan di sekolah ini
sebenarnya adalah terhad kepada segelintir pelajar sahaja iaitu kepada pelajar yang
mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar lain dianggap akan mencapai
prestasi yang sederhana ataupun akan gagal dalam UPSR. Semuanya hanya ditentukan
melalui keputusan pelajar dalam peperiksaan.
Pembelajaran di sekolah ini adalah bersifat linear yang mengandungi segmen-
segmen yang telah ditetapkan melalui komunikasi satu hala antara guru dan murid. Sekolah
ini juga berorientasikan produk iaitu fokus semata-mata hanya kepada keputusan
peperiksaan tanpa mengambil kira keadaan semasa. Gred dan kedudukan dalam ujian
adalah sangat penting dalam sistem yang digunakan ini.
Hidup di alam persekolahan hanya bermakna bagi pelajar yang mencapai matlamat
iaitu yang mencapai gred yang baik dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar yang lain tidak akan
mempunyai kenangan yang menggembirakan seperti pelajar yang berjaya. Ini disebabkan
oleh pembelajaran yang tidak mementingkan proses yang hanya diberikan merit yang
sedikit. Proses hanya digunakan sebagai cara mendapatkan gred yang paling tinggi dengan
cara paling cepat. Oleh itu pelajar yang gagal tidak mengalami persekolahan yang
bermakna.
Sistem dan proses tidak terlalu diberatkan di sekolah ini dalam setiap aspek. Apa
yang ditekankan oleh sekolah ialah keputusan peperiksaan UPSR. Kerja pelajar merupakan
tugasan yang telah ditetapkan prosedurnya oleh guru. Hasil tugasan juga telah ditetapkan.
Pelajar yang tidak menepati sasaran dikira tidak menyiapkan tugasan dengan baik. Tugasan
yang diberikan juga tidak menarik. Kebanyakannya berbentuk kerja latih tubi menjawab
soalan. Kerja pelajar ini langsung tidak memberi kegembiraan dan kebanggaan kepada si
pembuat kerja.
Fungsi sekolah ini hanyalah sebagai tempat untuk pengajaran dilakukan terhadap
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar sebagai elemen pasif dan guru
sebagai elemen yang aktif. Guru juga terasing antara satu sama lain. Masing-masing
mengurus kerja dan urusan masing-masing. Jarang berlaku perbincangan yang signifikan
antara guru tentang bagaimana meningkatkan kualiti pengajaran. Kalau ada pun hanya
perbincangan tentang disiplin pelajar ataupun cara meningkatkan gred pelajar.
7
Pihak pentadbiran pula dilihat sebagai pihak yang membawa suasana tidak
menyenangkan kepada guru. Malah ada guru yang menganggap pihak pentadbiran adalah
musuh mereka. Kerapkali berlaku ketegangan di antara pihak pentadbiran dan guru kerana
sentiasa berhadapan dengan ketidaksefahaman. Guru pula dianggap sebagai musuh oleh
pelajar. Guru menjalankan tugasnya mengajar mengikut apa yang dikehendaki tanpa
mengambil kira keadaan pelajar dan kebanyakan pelajar tidak memperoleh makna dengan
apa yang diajar oleh guru. Akhirnya berlaku ketidaksefahaman sehingga mengakibatkan
konflik yang berterusan sehingga menjejaskan pembelajaran.
Kurikulum yang digunakan oleh sekolah menjadikan sekolah sebagai pusat
pengajaran disiplin tunggal iaitu pelajaran diajar mengikut subjek-subjek tertentu yang telah
ditetapkan secara tradisi. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris.
Matematik, Sains dan sebagainya. Setiap mata pelajaran ini juga mempunyai kurikulum
yang bukan diambil daripada analisis mendalam tentang apa yang diperlukan oleh pelajar
tetapi diambil daripada disiplin masing-masing yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar
terdahulu. Ini menjadikan kurikulum sekolah sentiasa menunjukkan pembelajaran dalam
interpretasi yang sempit.
Sekolah ditadbir menggunakan peraturan yang diarahkan secara berpusat. Ini
mengikut Model Pengilangan Tayloresque yang mengamalkan pentadbiran secara
autoritarian dan mengikut hierarki. Kawalan berpusat dijalankan ke atas sumber, kurikulum,
kaedah pengajaran, tempoh masa mengajar, markah lulus dan sebagainya. Kesahan
tentang apa yang betul ditetapkan oleh guru, sumber rujukan dan peperiksaan. Sesi
pembelajaran, perbincangan dalam kelas dan peperiksaan telah menetapkan hanya satu
sahaja jawapan yang betul terhadap sebarang soalan.
Sistem peperiksaan pula digunakan sebagai kaedah penilaian yang paling utama.
Penguasaan pelajar terhadap pelajaran diukur dengan nilai markah yang diperoleh semasa
peperiksaan. Soalan-soalan peperiksaan pula telah dibuat untuk mendapatkan jawapan yang
telah ditetapkan terlebih dahulu dan mesti betul seperti yang termaktub dalam skema
jawapan.
Guru merupakan individu yang paling tinggi pengetahuannya dalam mata pelajaran
yang diajar. Guru dianggap sebagai tahu kesemuanya. Guru memberi data dan maklumat
kepada pelajar. Pelajar kemudiannya dipaksa mengingat maklumat tersebut kerana akan
digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan.
8
Ibu bapa pula mempunyai peranan minimum dalam pembelajaran anak mereka. Ibu
bapa dianggap orang luar dan jarang dijemput oleh guru untuk terlibat dalam pembelajaran
anak-anak. Percubaan segelintir ibu bapa untuk lebih melibatkan diri dianggap sebagai
tindakan mengganggu dan mengancam kerja guru. Akhirnya penglibatan ibu bapa hanya
terhad semasa mesyuarat PIBG, semasa pengambilan kad laporan dan hari anugerah
cemerlang. Apa yang berlaku di dalam bilik darjah sepenuhnya dikuasai oleh guru.
Sekolah merupakan satu tempat bagi golongan ahli perniagaan meningkatkan aktiviti
perniagaan mereka. Banyak projek yang ditawarkan kepada ahli perniagaan untuk
dilaksanakan di sekolah seperti pembinaan bangunan, membekal peralatan, kontraktor
asrama dan pembersihan dan lain-lain. Walau bagaimanapun peranan mereka dalam
membantu pembelajaran pelajar amatlah sedikit. Biasanya secara tidak langsung melalui
derma-derma yang berbentuk wang atau barangan. Kadang-kadang golongan peniaga ini
dijemput juga untuk terlibat dalam aktiviti sekolah tetapi urusan hanya berlaku di peringkat
atasan sahaja. Amat jarang golongan ini berurusan terus dengan pelajar.
Akhir sekali sekolah hanya mempunyai satu sahaja matlamat utama iaitu
menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Produk utama sekolah ialah
pelajar.
b) Sekolah berkualiti (paradigma baru sekolah sebagai pusat pembelajaran dan
penambahbaikan berterusan)
Sekolah tersebut jika menerapkan TQM dalam budaya kerja akan mengubah
wajahnya menjadi sekolah yang lebih berkualiti dari segenap aspek. Sekolah itu akan
menghapuskan budaya persaingan dan mengamalkan budaya kerjasama antara setiap pihak
yang berkepentingan. Matlamat sekolah juga akan berubah kepada peningkatan dan
penambahbaikan berterusan dalam setiap aspek sekolah.
Pembelajaran akan dilihat sebagai gelung spiral dengan tenaga diarahkan
sepenuhnya kepada penambahbaikan. Budaya penambahbaikan ini akan membawa sekolah
menjadi pusat pembelajaran yang berorientasikan proses. Tujuan sekolah adalah penting
tetap proses mencapainya adalah lebih ditekankan. Penilaian yang dilakukan juga bukan
semata-mata menentukan gred pelajar tetapi juga untuk tujuan diagnostik dan preskriptif.
9
Alam persekolahan juga akan menjadisebahagian daripada perjalanan hidup yang
bermakna bagi pelajar. Ia memberi merit intrinsik terhadap pelajar kerana pengalaman di
sekolah dilalui dengan penuh semangat, kasih sayang dan kegembiraan terutama sekali
semasa sesi pembelajaran.
Sekolah ini juga akan menjadikan integriti sistem, proses yang terlibat dan individu di
dalamnya dikekalkan dan sentiasa ditambahbaik. Kerja yang dilakukan setiap individu juga
akan menjadi lebih mencabar dan bermakna. Guru dan pelajar yang melakukan kerja-kerja
tersebut akan merasa bangga dan gembira dengan hasil yang diperoleh dan proses yang
dilalui (Tang &Abd. Ghani, 2006).
Sekolah akan menjadi satu komuniti yang sentiasa belajar. Pihak pentadbiran, guru
dan pelajar belajar bersama-sama dalam kapasiti masing-masing untuk memperbaiki diri
supaya semua ahli akan berjaya dengan optimum. Guru kemudiannya akan bekerja
bersama-sama mengikut masa sekolah dengan kumpulan kohort yang sesuai bilangannya
demi menjamin kualiti pembelajaran yang dijalankan.
Pentadbir juga akan dilihat sebagai rakan sepasukan oleh guru dan bertindak
sebagai pembantu dalam menghapuskan halangan-halangan yang merencatkan proses
penambahbaikan pembelajaran oleh guru dan pelajar. Dalam masa yang sama, guru juga
dilihat sebagai rakan sepasukan oleh pelajar dan pembantu menghapuskan halangan pelajar
untuk berjaya.
Pembelajaran yang diamalkan di sekolah ini akan berubah menjadi pengajaran multi-
disiplin iaitu pembelajaran yang tidak terikat kepada satu-satu mata pelajaran sahaja. Mata
pelajaran dan kurikulum akan diubahsuai supaya akan merentas antara satu sama lain yang
seterusnya memberi lebih kefahaman dan makna kepada pelajar.Pembelajaran di sekolah
juga akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hidup yang lebih mendalam, lebih
meluas dan bersifat tiga dimensi (Quong& Walker, 1996).
Model baru pengurusan akan digunapakai iaitu model yang berasaskan kepimpinan
melalui sikap bantu-membantu dan menyediakan sokongan dan visi untuk membolehkan
guru dan pelajar bangga bekerja bersama-sama dan gembira dengan proses dan hasil
daripada penambahbaikan berterusan. Inilah seperti yang dihuraikan pada awal kerja
kursus, dipanggil ‘Kaizen’.
Pengurusan yang diamalkan juga bersifat ‘in-situ’. Pengurusan ini melibatkan
segenap aspek di sekolah seperti sumber, kurikulum, kaedah pengajaran, jadual waktu
10
belajar dan lain-lain. Pengesahan tentang sesuatu kebenaran diteroka dan ditemui bersama-
sama melalui pembinaan soalan oleh guru dan juga pelajar. Peperiksaan hanya dijalankan
jika perlu dan bertujuan mengubah suai proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah
penilaian yang digunakan ialah seperti proses membuat portfolio, pameran, lawatan, kerja
projek dan lain-lain.
Pengajaran pula disusun untuk menjana soalan yang lebih baik dan bukan hanya
untuk mendapat jawapan semata-mata. Ini diikuti dengan proses inkuiri yang dijalankan
oleh pelajar untuk meneroka bidang-bidang yang terkandung dalam persoalan yang dijana.
Prestasi pelajar dalam proses ini menunjukkan kefahaman yang semakin meningkat tentang
sifat-sifat persoalan. Seterusnya peringkat mencari penyelesaian mungkin boleh dilakukan
jika boleh. Jika tidak pelajar akan meneruskan penerokaan dengan kaedah yang mungkin
diubahsuai supaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Guru yang pakar dalam bidangnya masih sangat penting bagi sekolah walaupun
telah menggunakan TQM. Walau bagaimanapun yang lebih penting ialah guru-guru
hendaklah menjadi warga sekolah yang paling bersungguh-sungguh dan berdedikasi bukan
sahaja sebagai guru tetapi juga sebagai pelajar.Pelajar bukan hanya belajar daripada guru
tetapi juga daripada rakan pelajar yang lain, komuniti sekitar dan sumber-sumber lain.
Pelajar kemudiannya menggunakan kemahiran dan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan
seharian untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar.
Golongan peniaga yang mendapat keuntungan kewangan daripada sekolah boleh
dijemput menjadi rakan kongsi supaya kadar penglibatan yang lebih boleh diberikan
terhadap perkembangan berterusan pelajar. Golongan peniaga tidak lagi terhad hanya
menyumbang kepada sekolah untuk membeli barangan atau mendermakan hamper untuk
sambutan Hari Guru tetapi boleh menaja projek-projek pelajar ataupun menerima pelajar
sebagai perantis di tempat kerja untuk memberi pengalaman sebenar kepada pelajar
tentang alam pekerjaan.
Akhirnya sekolah tidak lagi menjadi seperti kilang yang produknya ialah pelajar.
Matlamat utama sekolah ialah pelajar itu sendiri menjadi produknya sendiri. Pelajar akan
menjadi individu yang dikembangkan melalui potensinya sendiri dan tidak ditetapkan oleh
sekolah. Pelajar juga tidak akan berhenti belajar setelah menamatkan persekolahan dan
akan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri di samping membantu pihak lain
menjadi lebih baik.
11
KESIMPULAN
Pengurusan kualiti yang dikemukakan oleh Bonstingl ini menganjurkan perubahan
menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara. Implikasi daripada falsafah TQM ini akan
mengurangkan kebergantungan sistem pendidikan terhadap peperiksaan awam dan
memindahkan fokus kepada membangunkan potensi setiap warga sekolah secara
berterusan. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula mengorak
langkah ke arah mengurangkan kebergantungan terhadap peperiksaan dengan
memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah sebagai satu kaedah penilaian pencapaian
pelajar yang dilihat lebih memberi kebaikan kepada pelajar (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012). Walau bagaimanapun kejayaan program ini, menurut teori oleh Bonstingl
ini hanya akan dicapai jika setiap warga yang berkepentingan di sekolah mengambil
bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan yang menyeluruh ini akan
memastikan sekolah akan menjadi lebih berkualiti dan menghasilkan produk dan proses
yang lebih berkualiti bukan sahaja untuk kebaikan generasi sekarang tetapi juga untuk
generasi masa hadapan.
12
RUJUKAN
Bonstingl Development Leadership. 2012. Biography. Diambil pada 21 November 2012
daripada www.bonstingl.com/biography
Bonstingl, J. J. 1992. The quality revolution in education. Educational Leadership. Vol. 50,
no. 3. 4 – 9.
Bonstingl, J. J. 2001. Are the stakes too high? Principal leadership. Diambil daripada
www.nassp.org pada 5 November 2012.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan
2013 – 2025. Diambil daripada www.moe.gov.my pada 12 November 2012.
Mawson, L. M. 1993. Total Quality Management: Perspective for Sport Managers. Journal of
Sport Management. 7. 101 – 106.
Quong, T. & Walker, A. 1996. TQM and School Restructuring: A case study. School
Organization.Vol 16. No. 2. 219 – 231.
Tang K. N. &Abd. Ghani K. A. 2006. Budaya organisasi dan komitmen guru dalam
melaksanakan pengurusan kualiti menyeluruh di sekolah menengah di Bukit
Mertajam. Jurnal Teknologi. 45(E). 17 – 28
Wikipedia. 2012. W. Edward Deming. Diambil pada 21 November 2012 daripada
www.en.wikipedia.org

More Related Content

What's hot

Kajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolahKajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolahrohaniarbaa
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiKrishna Veeni
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
Tajuk 6
Tajuk 6Tajuk 6
Tajuk 6pohtee
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulumPeringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulumIzzat Najmi
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Gurukrys73
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruRain_Ain
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 

What's hot (16)

Kajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolahKajian keberkesanan sekolah
Kajian keberkesanan sekolah
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
Tajuk 6
Tajuk 6Tajuk 6
Tajuk 6
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043
 
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulumPeringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
Peringkat peringkat proses pembentukan kurikulum
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
Ulangkaji+2+edu3108
Ulangkaji+2+edu3108Ulangkaji+2+edu3108
Ulangkaji+2+edu3108
 

Similar to Assingment bostingl

Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diriniiiaaa
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Mohd Ridzuan
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budayazuraidanasri
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanzikril65
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanmazida tan ahmad
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanTeacherSofea
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanjamilah abdul halim
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikannormazua
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanJack Ong
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikansaifatul
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanSK Seri Tualang
 

Similar to Assingment bostingl (20)

Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diri
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]Modul%203%203 e[1]
Modul%203%203 e[1]
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 
K14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikanK14 strategi perubahan pendidikan
K14 strategi perubahan pendidikan
 

Assingment bostingl

  • 1. 1 PENGENALAN Pada awal tahun 1950-an iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2, Jepun sedang berusaha keras untuk bangkit kembali menjadi kuasa besar dunia. Menyedari bahawa mereka tidak akan memenangi peperangan dengan menggunakan senjata, pemimpin Jepun menjemput beberapa pakar pengurusan Amerika Syarikat ke negara tersebut untuk memberi latihan kepada ahli-ahli industri Jepun. Antaranya ialah W. Edwards Deming, Joseph Juran dan Armand Feigenbaum. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya membantu Jepun bangkit semula melalui satu paradigma baru yang dinamakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) atau kadang-kadang dirujuk sebagai Peningkatan Kualiti Berterusan (Mawson, 1993). Pada tahun 1980-an, Amerika mula menggunakan idea ini dalam membangunkan negara mereka. Mereka menyedari bahawa kualiti hendaklah bersifat intrinsik dan bersedia bersaing di dalam pasaran idea, bakat, produk dan perkhidmatan global yang semakin mencabar. Beberapa tahun kemudian, seorang pakar pengurusan telah mengambil idea TQMinidan mengaplikasikannya falsafah kualiti ini di dalam penambahbaikansistem di sekolah. Beliau ialah John Jay Bonstingl (Bonstingl Development Leadership, 2012). Pasaran global sekarang menunjukkan tanda bahawa masa depan bergantung pada tenaga kerja yang berdedikasi terhadap falsafah kualiti di dalam kehidupan sama ada secara peribadi ataupun secara profesional. Masa depan tidak akan memberi ruang kepada sesiapa yang tidak memberikan produk, perkhidmatan atau maklumat berkualiti. Walau bagaimanapun, peliknya, kebanyakan negara di dunia memberi penekanan berlebihan kepada ujian penentuan standard kepada pelajar pada pelbagai tahap persekolahan masing- masing. Ujian ini dipanggil dan dianggap sebagai ujian menentukan tahap pencapaian pelajar di sepanjang persekolahan mereka (Bonstingl, 1992). Bonstingl (1992) menambah bahawa penekanan berlebihan terhadap ujian standard ini bertentangan dengan idea dan amalan yang diperlukan dalam menghadapi cabaran masa depan. Masyarakat dunia percaya bahawa hasil terbaik ialah yang dihasilkan oleh mereka yang kreatif dan berkolaboratif. Amalan sekarang yang menekankan arahan (command), pematuhan (compliance) dan kawalan (control) tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan.
  • 2. 2 W. Edward Deming melalui kajiannya mendapati 95% daripada kegagalan manusia ialah secara langsung disebabkan oleh kegagalan sistem untuk menyediakan keperluan manusia tersebut untuk terus bermandiri dan berjaya (Wikipedia, 2012). Oleh itu, jika seseorang pelajar itu gagal maka ia disebabkan oleh sistem pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang tidak memenuhi keperluan mereka. Setiap pelajar adalah unik dan mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan persekitaran dan kaedah pembelajaran yang betul serta guru yang berdedikasi. Demi memastikan kejayaan dicapai, kita hendaklah berhijrah daripada kaedah lama yang telah ketinggalan zaman kepada paradigma pembelajaran yang baru yang menekankan pembelajaran berterusan dan penambahbaikan yang konsisten. EMPAT TONGGAK PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH BONSTINGL Empat tonggak ini adalah gabungan 14 prinsip TQM Deming, Trilogi Juran dan Revolusi Pemikiran Kaoru Ishikawa (Bonstingl, 1992). Tonggak pertama ialah keutamaan fokus sekolah ialah pembekal dan pelanggannya. Dalam TQM, setiap orang ialah pembekal dan pelanggan. Setiap orang juga mesti mengambil bahagian dalam kerja berpasukan dan kerja kolaborasi. Guru dan pelajar ialah seperti pekerja kilang bahagian hadapan. Produk yang dihasilkan ialah perkembangan kebolehan, minat dan watak pelajar. Pelajar ialah pelanggan guru yang akan menerima perkhidmatan pendidikan untuk perkembangan dan peningkatan pelajar tersebut. Dalam perspektif ini, guru dan sekolah ialah pembekal yang menyediakan alat pembelajaran, persekitaran dan sistem yang berkesan kepada pelajar yang merupakan pelanggan primer. Sekolah pula bertanggungjawab menyediakan kebajikan pendidikan jangkapanjang dengan mengajarkan mereka cara belajar dan berkomunikasi menggunakan kaedah yang berkualiti tinggi. Pelajar juga diajar cara menilai kualiti dalam kerja mereka dan orang lain. Sekolah seterusnya akan mengajar pelajar supaya beriltizam untuk terus belajar sepanjang hayat mereka dengan memaksimumkan peluang berkembang dalam setiap aspek kehidupannya. Pelanggan sekunder pula terdiri daripada ibu bapa, masyarakat sekitar dan bakal- bakal majikan yang mempunyai hak untuk mendapat pelajar yang berkembang kompetensi, watak dan kebolehannya supaya menjadi warga yang bertanggungjawab. Ciri-ciri pelajar ini
  • 3. 3 bukan sahaja untuk generasi semasa tetapi juga untuk generasi akan datang. Ini kerana TQM adalah bersifat generatif. Dari perspektif pentadbiran pula, sekolah berkualiti menyeluruh bekerja secara kolaboratif dengan pelanggan mereka iaitu guru. Kerja secara kolaboratif menghapuskan sistem tradisional yang mengaplikasikan kaedah perintah, kawal dan kegerunan. TQM akan menggalakkan perkembangan berterusan dari segi kebolehan guru dan pada masa yang sama sekolah akan menerima kebaikan daripada peningkatan ini. Jadi, TQM ini mendukung falsafah situasi menang-menang antara semua pihak berkepentingan di sekolah. Tonggak kedua ialah setiap ahli dalam organisasi mesti menumpukan sepenuh dedikasi terhadap peningkatan peribadi dan kolektif secara berterusan. Etos ini dipelopori oleh orang Jepun yang dipanggil ‘kaizen’ iaitu sifat bantu-membantu dalam masyarakat dalam proses menjadi lebih baik setiap hari. Falsafah ini menggalakkan setiap warga sekolah berbincang dengan kerap dalam kumpulan yang dipanggil ‘bulatan kualiti’ untuk membincangkan cara kerja yang lebih baik dengan cara mengubahsuai kaedah yang sedang digunakan. Sekolah yang mengamalkan pendekatan ini disebut ‘organisasi belajar’. Sekolah ‘organisasi belajar’ hendaklah menggunakan segala sumber yang boleh diperoleh terutama sekali masa dan wang untuk latihan, sesi bulatan kualiti, penyelidikan dan komunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan. Sekolah juga perlu memikirkan semula amalan yang hanya berfokus kepada memperbaiki kekangan untuk diubah kepada fokus terhadap menyerlahkan potensi dan kekuatan pelajar. Sekolah juga hendaklah menghapuskan pemberian gred kepada pelajar di segenap peringkat. Penggredan menyebabkan pelajar dan juga guru hanya menumpukan tenaga dan masa kepada usaha mencapai gred yang lebih baik dan bukannya untuk belajar. Sistem peperiksaan juga menyebabkan wujudnya ‘keluk loceng’ yang telah menetapkan lebih awal siapa yang berada di kedua-dua hujung dan siapa berada di tengah-tengah keluk. Ini akan menyebabkan kemusnahan kepada persekitaran pembelajaran dan menggalakkan persekitaran persaingan dan meletakkan pelajar dalam situasi menang-kalah yang selalunya tidak memberi kelebihan kepada pelajar lemah akademik. Sekolah berperanan untuk memberi pertimbangan sewajarnya terhadap penilaian yang diberikan kepada pelajar supaya memberi ianya lebih berkesan terhadap perkembangan kualiti mereka dalam pelajaran.
  • 4. 4 Tonggak ketiga menganjurkan supaya sekolah dilihat sebagai satu sistem dan kerja yang dilakukan oleh ahli dalam sistem hendaklah dilihat sebagai proses yang berterusan. Para pengkaji mendapati bahawa kegagalan dalam sesuatu organisasi adalah kebanyakannya disebabkan oleh sistem yang diamalkan. Ekspektasi, aktiviti, persepsi, alokasi sumber, struktur kuasa, nilai dan budaya yang menjadi elemen dalam sesuatu sistem hendaklah diberikan perhatian paling tinggi dalam menentukan kualiti sesebuah sekolah (Bonstingl, 1992). Sekolah yang mengamalkan TQM sentiasa menggunakan sepenuh sumbernya untuk berusaha memperbaiki dan mencari kaedah dan cara baru mencapai potensi maksimum setiap individu. Sebagai satu sistem, penambahbaikan dalam proses yang terlibat dalam sesuatu sistem merupakan penentu utama kualiti produk yang dihasilkan oleh sesuatu organisasi. Penambahbaikan ini merupakan proses pembelajaran berterusan yang menggantikan kaedah ‘ajar dan uji’. Oleh itu kita perlu beranjak daripada fokus terhadap hasil kepada fokus terhadap proses. Tonggak keempatialah kejayaan TQM ialah tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi.Pemimpin sekolah hendaklah mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penambahbaikan produk dan perkhidmatan. Mereka juga perlu meletakkan fokus terhadap mewujudkan konteks yang pelajar mencapai potensi terbaik mereka melalui penambahbaikan berterusan guru serta pelajar. Pemimpin sekolah yang berjaya mewujudkan persekitaran TQM sedar bahawa meningkatkan skor ujian semata- mata adalah kurang penting berbanding perkembangan yang dilalui semasa proses pembelajaran oleh semua pihak berkepentingan di dalam sekolah (Bonstingl, 1992). KEBAIKAN AMALAN PENGURUSAN KUALITI DI SEKOLAH Bonstingl(2001) juga mencadangkan bahawa amalan pengurusan yang menerapkan falsafah kualiti dalam sistem pendidikan akan memberikan kebaikan-kebaikan berikut. 1. Pelajar akan dapat mengembangkan sikap positif tentang diri mereka sebagai pelajar. Mereka akan belajar lebih banyak, dapat memperbaiki skor ujian serta mengurangkan masalah disiplin dan keciciran kerana mereka melihat sekolah sebagai tempat yang positif bagi hidup mereka. 2. Bilik darjah menjadi lebih interaktif dengan pengurangan masa syarahan dan penumpuan yang lebih terhadap kerja berkumpulan pelajar. Para guru akan belajar
  • 5. 5 caramemperbaiki kekuatan pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar pula akan belajar memperbaiki tugasan yang diberikan menggunakan alat dan strategi kualiti. 3. Pelajar digalakkan belajar dan berkembang melalui pembelajaran rakan sebaya, penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Pelajar digalakkan untuk memahami standard akademik sekolah dan kelas dan membina standard sendiri berdasarkan kerja yang dihasilkan sebagai penandaaras pencapaian mereka. Dengan ini mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap pendidikan mereka sendiri. 4. Pihak pentadbir pula akan menjadi lebih berkesan. Guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir seterusnya akan dapat membina budaya kolaborasi organisasi yang positif. 5. Kakitangan akan dapat meningkatkan moral mereka kerana proses membuat keputusan dikongsi bersama. Perancangan yang lebih baik dan keputusan yang lebih jelas menjadi panduan untuk proses penambahbaikan berterusan, sokongan masyarakat yang lebih utuh dan pencapaian pelajar yang lebih tinggi. ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENDIDIKAN Bonstingl (2001) menghuraikan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh sekolah dalam merealisasikan anjakan paradigma yang berteraskan falsafah kualiti. Menurutnya, paradigma lama sekolah ialah tempat guru mengajar dan tempat pelajar mengambil ujian. Beliau mencadangkan bahawa sekolah sepatutnya menjadi tempat pembelajaran dan penambahbaikan berterusan bagi setiap pelajar dan guru. Berasaskan empat tonggak yang dicadangkan olehnya, anjakan paradigma dalam pendidikan mesti dilakukan segera iaitu daripada menjadikan sekolah tempat mengajar dan menguji kepada sekolah sebagai pusat pembelajaran dan penambahbaikan berterusan. Berikut akan dihuraikan situasi yang berlaku di sekolah terpilih berdasarkan empat tonggak tersebut dan anjakan yang mesti dilakukan untuk menjadikan sekolah tersebut sekolah kualiti menyeluruh. a) Situasi sekolah semasa (paradigma lama sekolah sebagai tempat guru mengajar dan tempat pelajar mengambil ujian) Sekolah yang menjadi rujukan mengamalkan prinsip persaingan dalam proses pembelajaran pelajarnya. Pelajar digalakkan meningkatkan prestasi pelajaran melalui
  • 6. 6 peningkatan gred dalam ujian-ujian dan akhirnya dalam peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang mendapat gred yang lebih tinggi akan menjadi penanda aras bagi semua pelajar yang akan menjadi penentu kepada kejayaan seseorang pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, ‘kejayaan’ yang didefinisikan di sekolah ini sebenarnya adalah terhad kepada segelintir pelajar sahaja iaitu kepada pelajar yang mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar lain dianggap akan mencapai prestasi yang sederhana ataupun akan gagal dalam UPSR. Semuanya hanya ditentukan melalui keputusan pelajar dalam peperiksaan. Pembelajaran di sekolah ini adalah bersifat linear yang mengandungi segmen- segmen yang telah ditetapkan melalui komunikasi satu hala antara guru dan murid. Sekolah ini juga berorientasikan produk iaitu fokus semata-mata hanya kepada keputusan peperiksaan tanpa mengambil kira keadaan semasa. Gred dan kedudukan dalam ujian adalah sangat penting dalam sistem yang digunakan ini. Hidup di alam persekolahan hanya bermakna bagi pelajar yang mencapai matlamat iaitu yang mencapai gred yang baik dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar yang lain tidak akan mempunyai kenangan yang menggembirakan seperti pelajar yang berjaya. Ini disebabkan oleh pembelajaran yang tidak mementingkan proses yang hanya diberikan merit yang sedikit. Proses hanya digunakan sebagai cara mendapatkan gred yang paling tinggi dengan cara paling cepat. Oleh itu pelajar yang gagal tidak mengalami persekolahan yang bermakna. Sistem dan proses tidak terlalu diberatkan di sekolah ini dalam setiap aspek. Apa yang ditekankan oleh sekolah ialah keputusan peperiksaan UPSR. Kerja pelajar merupakan tugasan yang telah ditetapkan prosedurnya oleh guru. Hasil tugasan juga telah ditetapkan. Pelajar yang tidak menepati sasaran dikira tidak menyiapkan tugasan dengan baik. Tugasan yang diberikan juga tidak menarik. Kebanyakannya berbentuk kerja latih tubi menjawab soalan. Kerja pelajar ini langsung tidak memberi kegembiraan dan kebanggaan kepada si pembuat kerja. Fungsi sekolah ini hanyalah sebagai tempat untuk pengajaran dilakukan terhadap pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar sebagai elemen pasif dan guru sebagai elemen yang aktif. Guru juga terasing antara satu sama lain. Masing-masing mengurus kerja dan urusan masing-masing. Jarang berlaku perbincangan yang signifikan antara guru tentang bagaimana meningkatkan kualiti pengajaran. Kalau ada pun hanya perbincangan tentang disiplin pelajar ataupun cara meningkatkan gred pelajar.
  • 7. 7 Pihak pentadbiran pula dilihat sebagai pihak yang membawa suasana tidak menyenangkan kepada guru. Malah ada guru yang menganggap pihak pentadbiran adalah musuh mereka. Kerapkali berlaku ketegangan di antara pihak pentadbiran dan guru kerana sentiasa berhadapan dengan ketidaksefahaman. Guru pula dianggap sebagai musuh oleh pelajar. Guru menjalankan tugasnya mengajar mengikut apa yang dikehendaki tanpa mengambil kira keadaan pelajar dan kebanyakan pelajar tidak memperoleh makna dengan apa yang diajar oleh guru. Akhirnya berlaku ketidaksefahaman sehingga mengakibatkan konflik yang berterusan sehingga menjejaskan pembelajaran. Kurikulum yang digunakan oleh sekolah menjadikan sekolah sebagai pusat pengajaran disiplin tunggal iaitu pelajaran diajar mengikut subjek-subjek tertentu yang telah ditetapkan secara tradisi. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris. Matematik, Sains dan sebagainya. Setiap mata pelajaran ini juga mempunyai kurikulum yang bukan diambil daripada analisis mendalam tentang apa yang diperlukan oleh pelajar tetapi diambil daripada disiplin masing-masing yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar terdahulu. Ini menjadikan kurikulum sekolah sentiasa menunjukkan pembelajaran dalam interpretasi yang sempit. Sekolah ditadbir menggunakan peraturan yang diarahkan secara berpusat. Ini mengikut Model Pengilangan Tayloresque yang mengamalkan pentadbiran secara autoritarian dan mengikut hierarki. Kawalan berpusat dijalankan ke atas sumber, kurikulum, kaedah pengajaran, tempoh masa mengajar, markah lulus dan sebagainya. Kesahan tentang apa yang betul ditetapkan oleh guru, sumber rujukan dan peperiksaan. Sesi pembelajaran, perbincangan dalam kelas dan peperiksaan telah menetapkan hanya satu sahaja jawapan yang betul terhadap sebarang soalan. Sistem peperiksaan pula digunakan sebagai kaedah penilaian yang paling utama. Penguasaan pelajar terhadap pelajaran diukur dengan nilai markah yang diperoleh semasa peperiksaan. Soalan-soalan peperiksaan pula telah dibuat untuk mendapatkan jawapan yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan mesti betul seperti yang termaktub dalam skema jawapan. Guru merupakan individu yang paling tinggi pengetahuannya dalam mata pelajaran yang diajar. Guru dianggap sebagai tahu kesemuanya. Guru memberi data dan maklumat kepada pelajar. Pelajar kemudiannya dipaksa mengingat maklumat tersebut kerana akan digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan.
  • 8. 8 Ibu bapa pula mempunyai peranan minimum dalam pembelajaran anak mereka. Ibu bapa dianggap orang luar dan jarang dijemput oleh guru untuk terlibat dalam pembelajaran anak-anak. Percubaan segelintir ibu bapa untuk lebih melibatkan diri dianggap sebagai tindakan mengganggu dan mengancam kerja guru. Akhirnya penglibatan ibu bapa hanya terhad semasa mesyuarat PIBG, semasa pengambilan kad laporan dan hari anugerah cemerlang. Apa yang berlaku di dalam bilik darjah sepenuhnya dikuasai oleh guru. Sekolah merupakan satu tempat bagi golongan ahli perniagaan meningkatkan aktiviti perniagaan mereka. Banyak projek yang ditawarkan kepada ahli perniagaan untuk dilaksanakan di sekolah seperti pembinaan bangunan, membekal peralatan, kontraktor asrama dan pembersihan dan lain-lain. Walau bagaimanapun peranan mereka dalam membantu pembelajaran pelajar amatlah sedikit. Biasanya secara tidak langsung melalui derma-derma yang berbentuk wang atau barangan. Kadang-kadang golongan peniaga ini dijemput juga untuk terlibat dalam aktiviti sekolah tetapi urusan hanya berlaku di peringkat atasan sahaja. Amat jarang golongan ini berurusan terus dengan pelajar. Akhir sekali sekolah hanya mempunyai satu sahaja matlamat utama iaitu menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan. Produk utama sekolah ialah pelajar. b) Sekolah berkualiti (paradigma baru sekolah sebagai pusat pembelajaran dan penambahbaikan berterusan) Sekolah tersebut jika menerapkan TQM dalam budaya kerja akan mengubah wajahnya menjadi sekolah yang lebih berkualiti dari segenap aspek. Sekolah itu akan menghapuskan budaya persaingan dan mengamalkan budaya kerjasama antara setiap pihak yang berkepentingan. Matlamat sekolah juga akan berubah kepada peningkatan dan penambahbaikan berterusan dalam setiap aspek sekolah. Pembelajaran akan dilihat sebagai gelung spiral dengan tenaga diarahkan sepenuhnya kepada penambahbaikan. Budaya penambahbaikan ini akan membawa sekolah menjadi pusat pembelajaran yang berorientasikan proses. Tujuan sekolah adalah penting tetap proses mencapainya adalah lebih ditekankan. Penilaian yang dilakukan juga bukan semata-mata menentukan gred pelajar tetapi juga untuk tujuan diagnostik dan preskriptif.
  • 9. 9 Alam persekolahan juga akan menjadisebahagian daripada perjalanan hidup yang bermakna bagi pelajar. Ia memberi merit intrinsik terhadap pelajar kerana pengalaman di sekolah dilalui dengan penuh semangat, kasih sayang dan kegembiraan terutama sekali semasa sesi pembelajaran. Sekolah ini juga akan menjadikan integriti sistem, proses yang terlibat dan individu di dalamnya dikekalkan dan sentiasa ditambahbaik. Kerja yang dilakukan setiap individu juga akan menjadi lebih mencabar dan bermakna. Guru dan pelajar yang melakukan kerja-kerja tersebut akan merasa bangga dan gembira dengan hasil yang diperoleh dan proses yang dilalui (Tang &Abd. Ghani, 2006). Sekolah akan menjadi satu komuniti yang sentiasa belajar. Pihak pentadbiran, guru dan pelajar belajar bersama-sama dalam kapasiti masing-masing untuk memperbaiki diri supaya semua ahli akan berjaya dengan optimum. Guru kemudiannya akan bekerja bersama-sama mengikut masa sekolah dengan kumpulan kohort yang sesuai bilangannya demi menjamin kualiti pembelajaran yang dijalankan. Pentadbir juga akan dilihat sebagai rakan sepasukan oleh guru dan bertindak sebagai pembantu dalam menghapuskan halangan-halangan yang merencatkan proses penambahbaikan pembelajaran oleh guru dan pelajar. Dalam masa yang sama, guru juga dilihat sebagai rakan sepasukan oleh pelajar dan pembantu menghapuskan halangan pelajar untuk berjaya. Pembelajaran yang diamalkan di sekolah ini akan berubah menjadi pengajaran multi- disiplin iaitu pembelajaran yang tidak terikat kepada satu-satu mata pelajaran sahaja. Mata pelajaran dan kurikulum akan diubahsuai supaya akan merentas antara satu sama lain yang seterusnya memberi lebih kefahaman dan makna kepada pelajar.Pembelajaran di sekolah juga akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hidup yang lebih mendalam, lebih meluas dan bersifat tiga dimensi (Quong& Walker, 1996). Model baru pengurusan akan digunapakai iaitu model yang berasaskan kepimpinan melalui sikap bantu-membantu dan menyediakan sokongan dan visi untuk membolehkan guru dan pelajar bangga bekerja bersama-sama dan gembira dengan proses dan hasil daripada penambahbaikan berterusan. Inilah seperti yang dihuraikan pada awal kerja kursus, dipanggil ‘Kaizen’. Pengurusan yang diamalkan juga bersifat ‘in-situ’. Pengurusan ini melibatkan segenap aspek di sekolah seperti sumber, kurikulum, kaedah pengajaran, jadual waktu
  • 10. 10 belajar dan lain-lain. Pengesahan tentang sesuatu kebenaran diteroka dan ditemui bersama- sama melalui pembinaan soalan oleh guru dan juga pelajar. Peperiksaan hanya dijalankan jika perlu dan bertujuan mengubah suai proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penilaian yang digunakan ialah seperti proses membuat portfolio, pameran, lawatan, kerja projek dan lain-lain. Pengajaran pula disusun untuk menjana soalan yang lebih baik dan bukan hanya untuk mendapat jawapan semata-mata. Ini diikuti dengan proses inkuiri yang dijalankan oleh pelajar untuk meneroka bidang-bidang yang terkandung dalam persoalan yang dijana. Prestasi pelajar dalam proses ini menunjukkan kefahaman yang semakin meningkat tentang sifat-sifat persoalan. Seterusnya peringkat mencari penyelesaian mungkin boleh dilakukan jika boleh. Jika tidak pelajar akan meneruskan penerokaan dengan kaedah yang mungkin diubahsuai supaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Guru yang pakar dalam bidangnya masih sangat penting bagi sekolah walaupun telah menggunakan TQM. Walau bagaimanapun yang lebih penting ialah guru-guru hendaklah menjadi warga sekolah yang paling bersungguh-sungguh dan berdedikasi bukan sahaja sebagai guru tetapi juga sebagai pelajar.Pelajar bukan hanya belajar daripada guru tetapi juga daripada rakan pelajar yang lain, komuniti sekitar dan sumber-sumber lain. Pelajar kemudiannya menggunakan kemahiran dan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar. Golongan peniaga yang mendapat keuntungan kewangan daripada sekolah boleh dijemput menjadi rakan kongsi supaya kadar penglibatan yang lebih boleh diberikan terhadap perkembangan berterusan pelajar. Golongan peniaga tidak lagi terhad hanya menyumbang kepada sekolah untuk membeli barangan atau mendermakan hamper untuk sambutan Hari Guru tetapi boleh menaja projek-projek pelajar ataupun menerima pelajar sebagai perantis di tempat kerja untuk memberi pengalaman sebenar kepada pelajar tentang alam pekerjaan. Akhirnya sekolah tidak lagi menjadi seperti kilang yang produknya ialah pelajar. Matlamat utama sekolah ialah pelajar itu sendiri menjadi produknya sendiri. Pelajar akan menjadi individu yang dikembangkan melalui potensinya sendiri dan tidak ditetapkan oleh sekolah. Pelajar juga tidak akan berhenti belajar setelah menamatkan persekolahan dan akan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri di samping membantu pihak lain menjadi lebih baik.
  • 11. 11 KESIMPULAN Pengurusan kualiti yang dikemukakan oleh Bonstingl ini menganjurkan perubahan menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara. Implikasi daripada falsafah TQM ini akan mengurangkan kebergantungan sistem pendidikan terhadap peperiksaan awam dan memindahkan fokus kepada membangunkan potensi setiap warga sekolah secara berterusan. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula mengorak langkah ke arah mengurangkan kebergantungan terhadap peperiksaan dengan memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah sebagai satu kaedah penilaian pencapaian pelajar yang dilihat lebih memberi kebaikan kepada pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Walau bagaimanapun kejayaan program ini, menurut teori oleh Bonstingl ini hanya akan dicapai jika setiap warga yang berkepentingan di sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan yang menyeluruh ini akan memastikan sekolah akan menjadi lebih berkualiti dan menghasilkan produk dan proses yang lebih berkualiti bukan sahaja untuk kebaikan generasi sekarang tetapi juga untuk generasi masa hadapan.
  • 12. 12 RUJUKAN Bonstingl Development Leadership. 2012. Biography. Diambil pada 21 November 2012 daripada www.bonstingl.com/biography Bonstingl, J. J. 1992. The quality revolution in education. Educational Leadership. Vol. 50, no. 3. 4 – 9. Bonstingl, J. J. 2001. Are the stakes too high? Principal leadership. Diambil daripada www.nassp.org pada 5 November 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Diambil daripada www.moe.gov.my pada 12 November 2012. Mawson, L. M. 1993. Total Quality Management: Perspective for Sport Managers. Journal of Sport Management. 7. 101 – 106. Quong, T. & Walker, A. 1996. TQM and School Restructuring: A case study. School Organization.Vol 16. No. 2. 219 – 231. Tang K. N. &Abd. Ghani K. A. 2006. Budaya organisasi dan komitmen guru dalam melaksanakan pengurusan kualiti menyeluruh di sekolah menengah di Bukit Mertajam. Jurnal Teknologi. 45(E). 17 – 28 Wikipedia. 2012. W. Edward Deming. Diambil pada 21 November 2012 daripada www.en.wikipedia.org