SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
SAYA sudah membaca tulisan Lim Swee Tin (Mingguan Malaysia 12 Februari 2013) dan
Md Ishak Ab Rahman (Mingguan Malaysia 24 Mac 2013) yang cukup menyentuh perasaan.
Saya cukup faham akan nasib subjek Kesusasteraan Melayu yang sampai bila-bila pun akan
terus dipandang dengan sebelah mata kerana ada yang menganggap subjek ini hanya untuk
orang suka berimajinasi dan membuang waktu semata-mata.
Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana tidak diberitahu sebenarnya subjek
kesusasteraan merupakan cara yang ampuh untuk meningkatkan kecerdasan pelajar. Mereka
tidak tahu bahawa karya sastera yang pada dasarnya membicarakan pelbagai nilai hidup dan
kehidupan yang berkaitan langsung dengan pembentukkan karakter manusia, turut
berperanan mengembangkan bahasa, mengembangkan kognitif, psikomotorik, di samping
turut mengembangkan sama keperibadian dan peribadi sosial pelajar.
Memanglah ada usaha pihak tertentu yang cuba berjuang untuk menjadikan Kesusasteraan
Melayu sebagai subjek teras di sekolah supaya semua orang termasuk pelajar dan ibu bapa
dapat melihat kebenaran matlamat ini. Cuma kita sedih perjuangan yang memakan masa
puluhan tahun itu hanya tinggal perjuangan semata-mata. Tiada pihak berkepentingan,
termasuk Kementerian Pelajaran yang sudi membantunya, kerana sehingga tahun 2012 hanya
ada 617 buah sekolah sahaja yang menawarkan subjek itu kepada pelajar tingkatan 4 dan 5,
berbanding 2,340 bilangan sekolah menengah yang ada di seluruh negara tahun ini.
Alangkah baiknya dalam keadaan manusia Melayu khasnya, yang masih mempunyai hati,
yang merasa perlunya menanamkan sifat kemanusiaan kepada anak-anak, bertindak sebelum
terlambat, supaya generasi akan datang tidak menjadi 'manusia robot' yang hanya lahir
dengan ada otak tapi tidak ada perasaan, turut sama berjuang menghidupkan subjek sastera
ini di sekolah.
Dan tentunya akan menjadi lebih lagi kalau subjek ini sudah boleh bermula daripada
peringkat sekolah rendah lagi. Kalau hal ini berlaku bermakna kita sudah boleh melibatkan
sekurang-kurangnya 5,906 Sekolah Kebangsaan di seluruh negara dengan bilangan murid
Melayunya melebihi dua juta orang. Bayangkanlah, jika dua juta murid Melayu sudah
didedahkan dengan kehebatan sastera sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi.
Kita percaya akan berjaya membantu memberikan pendidikan jiwa dan pembangun moral
yang betul kepada mereka untuk berhadapan dengan hari dewasa mereka nanti. Alangkah
ruginya kita kalau membiarkan anak-anak kita terus menjadi manusia yang buta hatinya
kerana bencinya kita kepada subjek kesusasteraan kita sendiri ini.
Kita tidak boleh pastikan kenapa benci sangat masyarakat kepada subjek ini? Mungkin
kerana tidak komersial atau tiada nilai dan tidak memberi pulangan apa-apa kepada pelajar.
Atau salah orang sastera sendiri yang sering terlupa, bahawa isi kandungan sastera di sekolah
sudah lama tidak diperkemaskan kembali, terutama daripada sudut isi kandungan
pembelajarannya, sehingga menjadi subjek yang hambar dan tidak menarik. Pada hal sastera
itu sentiasa segar dan hidup. Tetapi kalau subjek sastera itu tidak dapat berorientasikan
kepada pengalaman bersastera pelajar dan sebaliknya terlalu menekan kepada pengembangan
teori-teori sastera yang mengelirukan semata-mata, rasanya sampai bila-bila pun subjek
sastera di sekolah akan menjadi hambar dan tidak menarik.
Kita takut, sementelahan di dalam pagar sekolah ini yang masih belum banyak buku sastera
yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar, sehingga menjadikan minat mereka untuk menggauli
kesusasteraan masih pada tahap yang cukup minimum, tiba-tiba keinginan mereka terhadap
Kesusasteraan Melayu menjadi bertambah tenggelam pula dengan beberapa gangguan yang
dibina sendiri oleh para sasterawan.
Selama ini pun kita bukan sahaja terpaksa bersaing dengan kehadiran Internet, permainan
dalam talian, face book, blog dan sebagainya ke dalam kehidupan pelajar, yang sudah pun
menjadi penyebab sastera diketepikan di sekolah, tetapi kita juga turut bersaingan dengan
sikap kita sendiri dalam meyakinkan pelajar terhadap nilai sebenar yang ada di dalam
Kesusasteraan Melayu itu. Orang sastera tidak berbuat apa-apa apabila melihat selonggok
genre ditimbun-timbunkan dalam beberapa buku untuk dipaksa pelajar membacanya. Kalau
tidak percaya tengoklah senarai teks baru subjek Kesusasteraan Melayu (elektif) tingkatan 4
dan 5 yang digunakan mulai tahun 2010 yang sehingga ke saat ini masih menjadi rungutan
para guru sastera yang berhempas pulas untuk mentelaahnya.
Ketahuilah, pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu ini bukannya pelajar
pilihan, kerana hampir kesemua sekolah yang menawarkan subjek ini cuma memilih pelajar-
pelajar kelas hujungan sahaja yang memang tercorot prestasi akademiknya. Jangan hairan
kalau setiap tahun pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu bukan sahaja
bilangannya merosot, tetapi keputusannya juga tidak memberangsangkan.
Misalnya, bilangan calon SPM yang mengambil subjek ini pada tahun 2011 hanya 27,171
orang, turun sebanyak 11.23 peratus berbanding 30,222 orang pada 2010. Sebenarnya angka
penurunan ini sudah pun disedari sejak sepuluh tahun dulu lagi, tetapi tiada tindakan diambil
untuk meningkatkan bilangan yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu ini di sekolah.
Malah tidak pernah pun ada rasa terkejut yang teramat walaupun kita sedar, pada tahun 2000
dan 2003 telah menjadi tahun paling drastik dalam memperlihatkan penurunan yang paling
besar, iaitu sebanyak 17.5 peratus dan 15.3 peratus.
Jika keadaan yang sama berlaku dalam masa lima hingga 10 tahun yang akan datang,
bermakna kita mungkin hanya akan melihat cuma 10 peratus sahaja bilangan pelajar yang
akan mempelajari subjek Kesusasteraan Melayu. Hal ini tentu sahaja akan merugikan semua
orang yang berhajat mahu melihat keseluruhan rakyat Malaysia hidup berdasarkan prinsip
kesopanan dan kesusilaan melalui pancaran nilai yang dibawa oleh subjek ini.
Kita mungkin sahaja tidak boleh membuat apa-apa tuduhan melulu terhadap senario ini,
tetapi berkemungkinan juga disebabkan rasa takut melihat bilangan genre sastera yang terlalu
banyak untuk dibaca, maka bilangan pelajar yang mahu mengambil subjek ini juga mungkin
akan turut berkurangan saban tahun. Yang peliknya, subjek Kesusasteraan Tamil dan
Kesusasteraan Cina yang ditawarkan kepada pelajar-pelajarnya tidak pula sebanyak itu
bilangan genre yang harus mereka kaji dalam tempoh pengajian yang sama, selama dua
tahun.
Barangkali, inilah kesilapan besar kita, yang terlalu ghairah dan berebut memperagakan hasil
sastera kita, sehingga kita terlepas pandang, bahawa kitalah yang telah menjadi penyebab
Kesusasteraan Melayu semakin marginal eksistensinya dalam kalangan pelajar. Kita terlupa,
isi kandungan pengkajian sastera yang terlalu banyak dilonggokkan di dalam kelas, kadang
kala dilihat tidak relevan untuk dipelajari dalam tempoh waktu 105 minit dalam seminggu.
Hal ini tentunya bukan sahaja menekan pelajar tetapi turut sama menekan guru-guru yang
mengajar subjek ini untuk menghabiskan silibus Kesusasteraan Melayu itu dengan cara yang
terburu-buru. Hasilnya, kedua-dua kelompok ini terus sahaja menjadi mangsa keadaan yang
disengajakan.
Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130512/sa_02/Perkemaskan-subjek-sastera-
Melayu#ixzz5aHiDHCB8
© Utusan Melayu (M) Bhd

More Related Content

Similar to Sastera dipinggir

Similar to Sastera dipinggir (20)

Pendidikan IPS yang Terpuruk
Pendidikan IPS  yang TerpurukPendidikan IPS  yang Terpuruk
Pendidikan IPS yang Terpuruk
 
Resepsi sastra film
Resepsi sastra filmResepsi sastra film
Resepsi sastra film
 
Teknik Pgjrn Cerpen
 Teknik Pgjrn Cerpen Teknik Pgjrn Cerpen
Teknik Pgjrn Cerpen
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
12
1212
12
 
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
 
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014Incunabula zine edisi 2-mei-2014
Incunabula zine edisi 2-mei-2014
 
Meretas literasi menyemai_karakter_pdf
Meretas literasi menyemai_karakter_pdfMeretas literasi menyemai_karakter_pdf
Meretas literasi menyemai_karakter_pdf
 
Bicara seni 01
Bicara seni 01Bicara seni 01
Bicara seni 01
 
Budaya literasi
Budaya literasiBudaya literasi
Budaya literasi
 
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
Jendela berdebu
Jendela berdebuJendela berdebu
Jendela berdebu
 
Cegah budaya kekerasan.
Cegah budaya kekerasan.Cegah budaya kekerasan.
Cegah budaya kekerasan.
 
Terdampar di rusia
Terdampar di rusiaTerdampar di rusia
Terdampar di rusia
 
Guru
GuruGuru
Guru
 
Proposal gerakan literasi sekolah jatim
Proposal gerakan literasi sekolah jatimProposal gerakan literasi sekolah jatim
Proposal gerakan literasi sekolah jatim
 
Novel
NovelNovel
Novel
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
makalah Nurruba Rahayu.pdf
makalah Nurruba Rahayu.pdfmakalah Nurruba Rahayu.pdf
makalah Nurruba Rahayu.pdf
 

Recently uploaded

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 

Recently uploaded (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 

Sastera dipinggir

  • 1. SAYA sudah membaca tulisan Lim Swee Tin (Mingguan Malaysia 12 Februari 2013) dan Md Ishak Ab Rahman (Mingguan Malaysia 24 Mac 2013) yang cukup menyentuh perasaan. Saya cukup faham akan nasib subjek Kesusasteraan Melayu yang sampai bila-bila pun akan terus dipandang dengan sebelah mata kerana ada yang menganggap subjek ini hanya untuk orang suka berimajinasi dan membuang waktu semata-mata. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana tidak diberitahu sebenarnya subjek kesusasteraan merupakan cara yang ampuh untuk meningkatkan kecerdasan pelajar. Mereka tidak tahu bahawa karya sastera yang pada dasarnya membicarakan pelbagai nilai hidup dan kehidupan yang berkaitan langsung dengan pembentukkan karakter manusia, turut berperanan mengembangkan bahasa, mengembangkan kognitif, psikomotorik, di samping turut mengembangkan sama keperibadian dan peribadi sosial pelajar. Memanglah ada usaha pihak tertentu yang cuba berjuang untuk menjadikan Kesusasteraan Melayu sebagai subjek teras di sekolah supaya semua orang termasuk pelajar dan ibu bapa dapat melihat kebenaran matlamat ini. Cuma kita sedih perjuangan yang memakan masa puluhan tahun itu hanya tinggal perjuangan semata-mata. Tiada pihak berkepentingan, termasuk Kementerian Pelajaran yang sudi membantunya, kerana sehingga tahun 2012 hanya ada 617 buah sekolah sahaja yang menawarkan subjek itu kepada pelajar tingkatan 4 dan 5, berbanding 2,340 bilangan sekolah menengah yang ada di seluruh negara tahun ini. Alangkah baiknya dalam keadaan manusia Melayu khasnya, yang masih mempunyai hati, yang merasa perlunya menanamkan sifat kemanusiaan kepada anak-anak, bertindak sebelum terlambat, supaya generasi akan datang tidak menjadi 'manusia robot' yang hanya lahir dengan ada otak tapi tidak ada perasaan, turut sama berjuang menghidupkan subjek sastera ini di sekolah. Dan tentunya akan menjadi lebih lagi kalau subjek ini sudah boleh bermula daripada peringkat sekolah rendah lagi. Kalau hal ini berlaku bermakna kita sudah boleh melibatkan sekurang-kurangnya 5,906 Sekolah Kebangsaan di seluruh negara dengan bilangan murid Melayunya melebihi dua juta orang. Bayangkanlah, jika dua juta murid Melayu sudah didedahkan dengan kehebatan sastera sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi. Kita percaya akan berjaya membantu memberikan pendidikan jiwa dan pembangun moral yang betul kepada mereka untuk berhadapan dengan hari dewasa mereka nanti. Alangkah ruginya kita kalau membiarkan anak-anak kita terus menjadi manusia yang buta hatinya kerana bencinya kita kepada subjek kesusasteraan kita sendiri ini. Kita tidak boleh pastikan kenapa benci sangat masyarakat kepada subjek ini? Mungkin kerana tidak komersial atau tiada nilai dan tidak memberi pulangan apa-apa kepada pelajar. Atau salah orang sastera sendiri yang sering terlupa, bahawa isi kandungan sastera di sekolah sudah lama tidak diperkemaskan kembali, terutama daripada sudut isi kandungan pembelajarannya, sehingga menjadi subjek yang hambar dan tidak menarik. Pada hal sastera itu sentiasa segar dan hidup. Tetapi kalau subjek sastera itu tidak dapat berorientasikan kepada pengalaman bersastera pelajar dan sebaliknya terlalu menekan kepada pengembangan teori-teori sastera yang mengelirukan semata-mata, rasanya sampai bila-bila pun subjek sastera di sekolah akan menjadi hambar dan tidak menarik. Kita takut, sementelahan di dalam pagar sekolah ini yang masih belum banyak buku sastera yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar, sehingga menjadikan minat mereka untuk menggauli kesusasteraan masih pada tahap yang cukup minimum, tiba-tiba keinginan mereka terhadap Kesusasteraan Melayu menjadi bertambah tenggelam pula dengan beberapa gangguan yang dibina sendiri oleh para sasterawan.
  • 2. Selama ini pun kita bukan sahaja terpaksa bersaing dengan kehadiran Internet, permainan dalam talian, face book, blog dan sebagainya ke dalam kehidupan pelajar, yang sudah pun menjadi penyebab sastera diketepikan di sekolah, tetapi kita juga turut bersaingan dengan sikap kita sendiri dalam meyakinkan pelajar terhadap nilai sebenar yang ada di dalam Kesusasteraan Melayu itu. Orang sastera tidak berbuat apa-apa apabila melihat selonggok genre ditimbun-timbunkan dalam beberapa buku untuk dipaksa pelajar membacanya. Kalau tidak percaya tengoklah senarai teks baru subjek Kesusasteraan Melayu (elektif) tingkatan 4 dan 5 yang digunakan mulai tahun 2010 yang sehingga ke saat ini masih menjadi rungutan para guru sastera yang berhempas pulas untuk mentelaahnya. Ketahuilah, pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu ini bukannya pelajar pilihan, kerana hampir kesemua sekolah yang menawarkan subjek ini cuma memilih pelajar- pelajar kelas hujungan sahaja yang memang tercorot prestasi akademiknya. Jangan hairan kalau setiap tahun pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu bukan sahaja bilangannya merosot, tetapi keputusannya juga tidak memberangsangkan. Misalnya, bilangan calon SPM yang mengambil subjek ini pada tahun 2011 hanya 27,171 orang, turun sebanyak 11.23 peratus berbanding 30,222 orang pada 2010. Sebenarnya angka penurunan ini sudah pun disedari sejak sepuluh tahun dulu lagi, tetapi tiada tindakan diambil untuk meningkatkan bilangan yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu ini di sekolah. Malah tidak pernah pun ada rasa terkejut yang teramat walaupun kita sedar, pada tahun 2000 dan 2003 telah menjadi tahun paling drastik dalam memperlihatkan penurunan yang paling besar, iaitu sebanyak 17.5 peratus dan 15.3 peratus. Jika keadaan yang sama berlaku dalam masa lima hingga 10 tahun yang akan datang, bermakna kita mungkin hanya akan melihat cuma 10 peratus sahaja bilangan pelajar yang akan mempelajari subjek Kesusasteraan Melayu. Hal ini tentu sahaja akan merugikan semua orang yang berhajat mahu melihat keseluruhan rakyat Malaysia hidup berdasarkan prinsip kesopanan dan kesusilaan melalui pancaran nilai yang dibawa oleh subjek ini. Kita mungkin sahaja tidak boleh membuat apa-apa tuduhan melulu terhadap senario ini, tetapi berkemungkinan juga disebabkan rasa takut melihat bilangan genre sastera yang terlalu banyak untuk dibaca, maka bilangan pelajar yang mahu mengambil subjek ini juga mungkin akan turut berkurangan saban tahun. Yang peliknya, subjek Kesusasteraan Tamil dan Kesusasteraan Cina yang ditawarkan kepada pelajar-pelajarnya tidak pula sebanyak itu bilangan genre yang harus mereka kaji dalam tempoh pengajian yang sama, selama dua tahun. Barangkali, inilah kesilapan besar kita, yang terlalu ghairah dan berebut memperagakan hasil sastera kita, sehingga kita terlepas pandang, bahawa kitalah yang telah menjadi penyebab Kesusasteraan Melayu semakin marginal eksistensinya dalam kalangan pelajar. Kita terlupa, isi kandungan pengkajian sastera yang terlalu banyak dilonggokkan di dalam kelas, kadang kala dilihat tidak relevan untuk dipelajari dalam tempoh waktu 105 minit dalam seminggu. Hal ini tentunya bukan sahaja menekan pelajar tetapi turut sama menekan guru-guru yang mengajar subjek ini untuk menghabiskan silibus Kesusasteraan Melayu itu dengan cara yang terburu-buru. Hasilnya, kedua-dua kelompok ini terus sahaja menjadi mangsa keadaan yang disengajakan. Kongsi Konten di : Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130512/sa_02/Perkemaskan-subjek-sastera- Melayu#ixzz5aHiDHCB8 © Utusan Melayu (M) Bhd