Bandar Kamikatsu di Jepun mengamalkan kitar semula sampah sejak 13 tahun lalu dan berharap menjadi komuniti pertama tanpa sampah pada 2020. Penduduknya memisahkan sampah ke dalam tong berbeza mengikut jenis seperti kertas, plastik dan logam. Barangan terpakai dijual semula atau digunakan untuk membuat pakaian dan mainan.