SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN BILANGAN 10 TAHUN 2011
________________________________________________________
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA DI
HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA
DI HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
1. TUJUAN
Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk:
1.1 Memaklumkan justifikasi serta pelaksanaan penubuhan Pasukan
Penjagaan Luka di hospital untuk meningkatkan kualiti penjagaan luka di
Kementerian Kesihatan.
1.2 Menggariskan keperluan pelaksanaan penubuhan Jawatankuasa
Penjagaan Luka dan Pasukan Penjagaan Luka di hospital serta tugas dan
tanggungjawab setiap individu yang terlibat.
2. LATAR BELAKANG
Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menggalakkan inovasi dalam
penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat bertujuan untuk
meningkatkan kualiti dan pencapaian serta mengutamakan pelanggan,
“customer-centered services”.
Penjagaan luka yang baik amat penting untuk memastikan kadar
penyembuhan yang cepat. Perawatan luka yang tidak sempurna dan lama akan
mendedahkan pesakit kepada komplikasi jangkitan “Health Care-associated
Infection” seperti MRSA dan Pseudomonas.
Secara umumnya tidak ramai anggota kesihatan yang berminat ataupun
terlatih dalam pengurusan penjagaan luka yang betul, dimana satu kajian
menunjukkan hanya 40% jururawat mempunyai pengetahuan sederhana
berkaitan penjagaan luka. Oleh itu, jawatankuasa dan pasukan yang khusus
adalah perlu untuk pengurusan penjagaan luka bagi menyeragamkan prosedur
yang bertujuan mengoptimakan penjagaan luka dari segi keberhasilan dan kos.
3. OBJEKTIF
Secara umumnya penubuhan pasukan penjagaan luka bertujuan meningkatkan
kualiti penjagaan luka dengan pencapaian keberhasilan rawatan yang lebih
berkesan yang berlandaskan garispanduan dan protokol saintifik. Objektif
khusus pula adalah seperti berikut;
I. Menubuhkan pasukan penjagaan luka yang terlatih di semua hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia.
II. Memberikan perkhidmatan penjagaan luka yang sistematik, seragam,
berkualiti dengan pendekatan holistik.
III. Memberi latihan kepada anggota kesihatan yang terlibat di dalam
pengurusan dan penjagaan luka.
IV. Mengoptimakan sumber kewangan dan tenaga kerja.
V. Menyumbang kepada kepuasan pelanggan dengan peningkatan
“functional outcome” serta pengurangan mortaliti dan morbiditi.
VI. Meningkatkan kepuasan bekerja dikalangan anggota kesihatan dengan
adanya proses kerja yang sistematik dan kerjasama daripada pelbagai
disiplin.
4. KONSEP PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA HOSPITAL
4.1 Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan
Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan adalah penggerak utama
kepada program ini. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian
Perkembangan Perubatan bertindak sebagai sekreteriat bagi Pasukan
Penjagaan Luka kebangsaan.
4.2 Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital
Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital dipengerusikan oleh Pengarah Hospital,
Timbalan Pengarah atau Ketua Pasukan Penjagaan Luka yang dilantik oleh
Pengarah Hospital. Bagi memenuhi konsep perkhidmatan berintegrasi antara
pelbagai disiplin, maka ahli Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital hendaklah
diwakili setiap perkhidmatan klinikal hospital seperti pembedahan, ortopedik,
perubatan, pediatrik, obstetrik, ginekologi, farmasi, pemakanan, makmal dan
unit kawalan infeksi. Lampiran I menunjukkan Carta Organisasi Jawatankuasa
Penjagaan Luka Hospital.
4.3 Pasukan Penjagaan Luka Hospital
Pasukan Penjagaan Luka di ketuai Pakar Perubatan yang dilantik oleh Pengarah
Hospital. Ahli pasukan penjagaan luka yang lain terdiri daripada seorang
pegawai perubatan yang bertindak sebagai Penyelaras Pasukan (team
coordinator), 3 jururawat dan 2 pembantu perubatan. Pasukan ini
bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti- aktiviti berkaitan
seperti latihan anggota, pendidikan pesakit, perawatan luka secara individu
dan terancang serta kajian dan peningkatan kualiti. Carta organisasi Pasukan
Penjagaan Luka adalah seperti di Lampiran II.
4.4 Tugas dan Tanggungjawab
Terma rujukan Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital dan Pasukan Penjagaan
Luka Hospital disenaraikan di dalam Lampian III, manakala tugas dan
tanggungjawab terperinci ahli jawatankuasa dan pasukan penjagaan luka
adalah seperti di Lampiran IV.
5. KAEDAH PELAKSANAAN
Bagi fasa 1, semua hospital negeri dan hospital berpakar seperti senarai di
Lampiran V perlu melaksanakan penubuhan Jawatankuasa Penjagaan Luka dan
Pasukan Penjagaan Luka di hospital masing-masing selewat-lewatnya pada 1
Julai 2012. Manakala bagi fasa 2, hospital-hospital yang tersenarai di
LAMPIRAN VI dikehendaki melaksanakan pekeliling ini selewat-lewatnya pada
1 Januari 2013.
6. KESIMPULAN
Penubuhan Pasukan Penjagaan Luka di semua hospital Kementerian Kesihatan
Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti penjagaan luka dan seterusnya akan
memberikan outcome rawatan pesakit yang lebih baik.
Pelaksanaan perkhidmatan ini perlu mendapat sokongan dan komitmen
daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, Pengarah
Hospital, Ketua Jabatan, Pakar, Pegawai Perubatan dan kumpulan sokongan
yang lain.
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran I CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENJAGAAN LUKA
HOSPITAL
Lampiran II CARTA ORGANISASI PASUKAN PENJAGAAN LUKA HOSPITAL
Lampiran III TERMA RUJUKAN
Lampiran IV TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Lampiran V SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN
PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 1)
Lampiran VI SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN
PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 2)
Lampiran I
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENJAGAAN LUKA HOSPITAL
Pengerusi
(Pengarah atau Timb.Pengarah)
Pegawai
Farmasi
Unit
Kawalan
Infeksi
Pegawai
Dietetik
Pegawai
Mikrobiologi
Pasukan
Penjagaan Luka
Ahli Teknikal
dari Pelbagai
Jabatan Klinikal
Pegawai
Fisioterapi
Pegawai
Terapi
Carakerja
Lampiran II
CARTA ORGANISASI PASUKAN PENJAGAAN LUKA HOSPITAL
KETUA
(Dilantik oleh Pengarah Hospital)
KOORDINATOR
PASUKAN
PEGAWAI
PERUBATAN
PENOLONG
PEGAWAI
PERUBATAN
JURURAWAT
TERLATIH
KETUA
JURURAWAT
Lampiran III
TERMA RUJUKAN
Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital
1. Mengenalpasti keperluan kemudahan fasiliti, sumber manusia dan
kewangan supaya aktiviti penjagaan luka dapat diselaraskan di semua
jabatan di hospital secara teratur.
2. Merancang aktiviti pembangunan modal insan yang bersesuaian dalam
pengurusan penjagaan luka.
3. Mengenalpasti dan mengemaskini senarai prosedur dan peralatan
perawatan yang bersesuaian mengikut kategori dan jenis luka
berpandukan nasihat Pasukan Penjagaan Luka Hospital.
4. Memantau pencapaian prestasi perkhidmatan Pasukan Penjagaan Luka
Hospital melalui mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
5. Memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan dan program penjagaan
luka yang dijalankan.
Pasukan Penjagaan Luka Hospital
1. Setiap ahli Pasukan Penjagaan Luka hendaklah terdiri daripada anggota
kesihatan yang telah terlatih di dalam penjagaan luka samada di dalam
atau luar negeri.
2. Memberi rawatan dan konsultasi berkaitan pengurusan dan penjagaan
luka yang optima di pelbagai disiplin di hospital, walaubagaimanapun
pesakit akan tetap menerima rawatan di disiplin yang terlibat dengan
punca kemasukan pesakit sehinggalah keadaan stabil.
3. Memberi rawatan dan konsultasi kepada pesakit-pesakit yang dirujuk
daripada wad atau bahagian pesakit luar bila diperlukan.
4. Memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan peralatan dan kaedah
penjagaan luka yang bersesuaian kepada anggota kesihatan yang lain.
5. Memberi pendidikan kesihatan berkaitan penjagaan luka kepada
anggota kesihatan, pesakit atau orang awam.
6. Menjadi penasihat di dalam penubuhan Pusat Penjagaan Luka yang baru
di peringkat primer.
7. Menyelaras gabungan pasukan bagi pengurusan luka yang kompleks dan
berkomplikasi dengan penglibatan pelbagai disiplin (combine team
approach).
8. Memantau dan menilai prestasi dan keberhasilan penjagaan luka di
hospital disamping menyediakan laporan yang berkaitan dengan
pengurusan penjagaan luka.
9. Anggota kesihatan daripada pelbagai disiplin yang telah dilatih dan
diberi pendedahan kepada pengurusan penjagaan luka perlu
menguruskan kes-kes luka di disiplin masing-masing, namun mereka
boleh merujuk kes-kes tersebut kepada Pasukan Penjagaan Luka jika
perlu.
10. Ketua Pasukan Penjagaan Luka bertindak sebagai perantara di antara
Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan dan pihak hospital.
11. Pasukan Penjagaan Luka Hospital bertindak sebagai sekretariat dan
penasihat kepada Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital
Lampiran IV
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
AHLI TEKNIKAL PELBAGAI JABATAN KLINIKAL
1. Mewakili setiap bidang kepakaran klinikal yang berkaitan.
2. Memantau dan mengurus penglibatan multi disiplin di dalam
pengurusan luka.
3. Memberi pandangan dan menyediakan input serta sokongan teknikal
untuk memperbaiki prosidur penjagaan luka.
4. Memastikan semua syor dan cadangan daripada Jawatankuasa Kerja
Penjagaan Luka Kebangsaan dilaksanakan.
5. Memberi sokongan, input teknikal dan latihan kepada anggota yang
terlibat dengan penjagaan luka.
6. Memastikan prosidur kerja pengurusan penjagaan luka dikekalkan dan
dipatuhi.
PENYELARAS PASUKAN
1. Menyelaras latihan di peringkat hospital.
2. Memantau perkhidmatan penjagaan luka yang dijalankan oleh
paramedik.
3. Bertanggungjawab keatas pesakit yang mempunyai luka kronik dan
kompleks yang dirujuk dari Bahagian Pesakit Luar.
4. Menyelaras “combined wards round” dan klinik.
5. Menjadi perantara di antara ahli pasukan dan jawatankuasa penjagaan
luka .
6. Bertanggungjawab untuk mengumpul, menganalisa dan menyediakan
laporan ke atas data-data berkaitan penjagaan luka.
7. Menyediakan jadual bertugas anggota pasukan penjagaan luka di Klinik
Penjagaan Luka Pesakit Luar.
PEGAWAI PERUBATAN
1. Mewakili setiap jabatan atau dilantik sebagai ahli dan ditempatkan di
dalam Pasukan Penjagaan Luka Hospital.
2. Mengurus “combined ward rounds” dan klinik dibawah penyeliaan
pakar daripada pelbagai disiplin.
3. Mengambil bahagian di dalam perawatan pesakit di Klinik Penjagaan
Luka.
PARAMEDIK
1. Paramedik yang bertugas di Klinik Penjagaan Luka Pesakit Luar
bertanggungjawab terhadap pesakit luar yang mempunyai luka kronik
dan kompleks.
2. Paramedik yang bertugas di Klinik Penjagaan Luka Pesakit Dalam
bertanggungjawab terhadap pesakit di jabatan masing-masing.
3. Membantu pegawai penyelaras dalam pengumpulan data dan
penyediaan statistik penjagaan luka di peringkat hospital.
Lampiran V
SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA
(FASA 1)
1 Hospital Tuanku Fauziah, Kangar 21 Hospital Serdang
2 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar 22 Hospital Selayang
3 Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani 23 Hospital Banting
4 Hospital Kulim 24 Hospital Tuanku Ja’afar
5 Hospital Langkawi 25 Hospital Port Dickson
6 Hospital Pulau Pinang 26 Hospital Kuala Pilah
7 Hospital Kepala Batas 27 Hospital Melaka
8 Hospital Bukit Mertajam 28 Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru
9 Hospital Seberang Jaya 29 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
10 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 30 Hospital Batu Pahat
11 Hospital Taiping 31 Hospital Muar
12 Hospital Teluk Intan 32 Hospital Kluang
13 Hospital Seri Manjung 33 Hospital Kuala Lipis
14 Hospital Slim River 34 Hospital Segamat
15 Hospital Kuala Lumpur 35 Hospital Sultan Ismail
16 Hospital Tengku Ampuan Rahimah 36 Hospital Kemaman
17 Hospital Putrajaya 37 Hospital Tengku Ampuan Afzan
18 Hospital Kajang 38 Hospital Temerloh
19 Hospital Sungai Buloh 39 Hospital Sultanah Nur Zahirah, K.
Terengganu
20 Hospital Ampang 40 Hospital Raja Perempuan Zainab II, K.B
41 Hospital Kuala Krai 49 Hospital Bintulu
42 Hospital Tanah Merah 50 Hospital Queen Elizabeth
43 Hospital Umum Sarawak 51 Hospital Lahad Datu
44 Hospital Sibu 52 Hospital Tawau
45 Hospital Miri 53 Hospital Keningau
46 Hospital Kapit 54 Hospital Duchess of Kent
47 Hospital Sarikei 55 Hospital Likas
48 Hospital Sri Aman
LAMPIRAN VI
SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 2)
1 Hospital Baling 29 Hospital Tangkak
2 Hospital Sik 30 Hospital Mersing
3 Hospital Jitra 31 Hospital Bentong
4 Hospital Yan 32 Hospital Raub
5 Hospital Kuala Nerang 33 Hospital Jengka
6 Hospital Balik Pulau 34 Hospital Hulu Terengganu
7 Hospital Sungai Bakap 35 Hospital Dungun
8 Hospital Kuala Kangsar 36 Hospital Setiu
9 Hospital Parit Buntar 37 Hospital Besut
10 Hospital Sungai Siput 38 Hospital Tumpat
11 Hospital Tapah 39 Hospital Pasir Mas
12 Hospital Selama 40 Hospital Gua Musang
13 Hospital Kampar 41 Hospital Pasir Puteh
14 Hospital Batu Gajah 42 Hospital Jeli
15 Hospital Gerik 43 Hospital Machang
16 Hospital Changkat Melintang 44 Hospital Bau
17 Hospital Cameron Highlands 45 Hospital Bentong
18 Hospital Kuala Kubu Baru 46 Hospital Raub
19 Hospital Tanjung Karang 47 Hospital Pekan
20 Hospital Sabak Bernam 48 Hospital Serian
21 Hospital Jempol 49 Hospital Daro
22 Hospital Tampin 50 Hospital Betong
23 Hospital Jelebu 51 Hospital Mukah
24 Hospital Alor Gajah 52 Hospital Simunjan
25 Hospital Jasin 53 Hospital Marudi
26 Hospital Kota Tinggi 54 Hospital Lundu
27 Hospital Pontian 55 Hospital Lawas
28 Hospital Kulai 56 Hospital Kudat
57 Hospital Kota Belud 68 Hospital Kinabatangan
58 Hospital Sipitang 69 Hospital Kota Marudu
59 Hospital Tenom 70 Hospital Beluran
60 Hospital Ranau 71 Hospital Semporna
61 Hospital Limbang 72 Hospital Tambunan
62 Hospital Tuaran 73 Hospital Beaufort
63 Hospital Saratok 74 Hospital Pitas
64 Hospital Kanawit 75 Hospital Permai
65 Hospital Papar 76 Hospital Bahagia
66 Hospital Kunak 77 Hospital Sentosa
67 Hospital Kuala Penyu 78 Hospital Mesra Bukit Padang
79 Institut Perubatan Respiratori
SENARAI EDARAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI
1. Pengarah Kesihatan Negeri Perlis 9. Pengarah Kesihatan Negeri Johor
2. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah 10. Pengarah Kesihatan Negeri Pahang
3. Pengarah Kesihatan Negeri Pulau
Pinang
11. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu
4. Pengarah Kesihatan Negeri Perak 12. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan
5. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor 13. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
6. Pengarah Kesihatan Wilayah
Persekutuan (K.Lumpur dan Putrajaya)
14. Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
7. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan 15. Pengarah Kesihatan Wilayah
Persekutuan Labuan
8. Pengarah Kesihatan Negeri Melaka
HOSPITAL NEGERI DAN HOSPITAL BERPAKAR
1. Pengarah Hospital Tuanku Fauziah,
Kangar
10. Pengarah Hospital Kuala Lumpur
2. Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah,
Alor Setar
11. Pengarah Hospital Tengku Ampuan
Rahimah
3. Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim,
Sg Petani
12. Pengarah Hospital Putrajaya
4. Pengarah Hospital Kulim 13. Pengarah Hospital Kajang
5. Pengarah Hospital Langkawi 14. Pengarah Hospital Sungai Buloh
6. Pengarah Hospital Pulau Pinang 15. Pengarah Hospital Ampang
7. Pengarah Hospital Kepala Batas 16. Pengarah Hospital Serdang
8. Pengarah Hospital Bukit Mertajam 17. Pengarah Hospital Selayang
9. Pengarah Hospital Seberang Jaya 18. Pengarah Hospital Banting
19. Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar 37. Pengarah Hospital Raja Perempuan
Zainab II, Kota Bharu
20. Pengarah Hospital Port Dickson 38. Pengarah Hospital Kuala Krai
21. Pengarah Hospital Kuala Pilah 39. Pengarah Hospital Tanah Merah
22. Pengarah Hospital Melaka 40. Pengarah Hospital Tengku Ampuan
Afzan
23. Pengarah Hospital Sultanah Aminah,
Johor Baru
41. Pengarah Hospital Temerloh
24. Pengarah Hospital Pakar Sultanah
Fatimah, Muar
42. Pengarah Hospital Umum Sarawak
25. Pengarah Hospital Batu Pahat 43. Pengarah Hospital Sibu
26. Pengarah Hospital Kluang 44. Pengarah Hospital Miri
27. Pengarah Hospital Kuala Lipis 45. Pengarah Hospital Kapit
28. Pengarah Hospital Segamat 46. Pengarah Hospital Sarikei
29. Pengarah Hospital Sultan Ismail 47. Pengarah Hospital Sri Aman
30. Pengarah Hospital Raja Permaisuri
Bainun, Ipoh
48. Pengarah Hospital Bintulu
31. Pengarah Hospital Taiping 49. Pengarah Hospital Queen Elizabeth
32. Pengarah Hospital Teluk Intan 50. Pengarah Hospital Lahad Datu
33. Pengarah Hospital Seri Manjung 51. Pengarah Hospital Tawau
34. Pengarah Hospital Slim River 52. Pengarah Hospital Keningau
35. Pengarah Hospital Sultanah Nur
Zahirah, Kuala . Terengganu
53. Pengarah Hospital Duchess of Kent
36. Pengarah Hospital Kemaman 54. Pengarah Hospital Likas
HOSPITAL TANPA PAKAR
1. Pengarah Hospital Baling 24. Pengarah Hospital Alor Gajah
2. Pengarah Hospital Sik 25. Pengarah Hospital Jasin
3. Pengarah Hospital Jitra 26. Pengarah Hospital Kota Tinggi
4. Pengarah Hospital Yan 27. Pengarah Hospital Pontian
5. Pengarah Hospital Kuala Nerang 28. Pengarah Hospital Kulai
6. Pengarah Hospital Balik Pulau 29. Pengarah Hospital Tangkak
7. Pengarah Hospital Sungai Bakap 30. Pengarah Hospital Mersing
8. Pengarah Hospital Kuala Kangsar 31. Pengarah Hospital Bentong
9. Pengarah Hospital Parit Buntar 32. Pengarah Hospital Raub
10. Pengarah Hospital Sungai Siput 33. Pengarah Hospital Muazam shah
11. Pengarah Hospital Tapah 34. Pengarah Hospital Jengka
12. Pengarah Hospital Selama 35. Pengarah Hospital Jerantut
13. Pengarah Hospital Kampar 36. Pengarah Hospital Hulu Terengganu
14. Pengarah Hospital Batu Gajah 37. Pengarah Hospital Dungun
15. Pengarah Hospital Gerik 38. Pengarah Hospital Setiu
16. Pengarah Hospital C. Melintang 39. Pengarah Hospital Besut
17. Pengarah Hospital Cameron
Highland
40. Pengarah Hospital Tumpat
18. Pengarah Hospital Kuala Kubu Baru 41. Pengarah Hospital Pasir Mas
19. Pengarah Hospital Tanjung Karang 42. Pengarah Hospital Gua Musang
20. Pengarah Hospital Sabak Bernam 43. Pengarah Hospital Pasir Puteh
21. Pengarah Hospital Jempol 44. Pengarah Hospital Jeli
22. Pengarah Hospital Tampin 45. Pengarah Hospital Machang
23. Pengarah Hospital Jelebu 46. Pengarah Hospital Pekan
47. Pengarah Hospital Bau 61. Pengarah Hospital Limbang
48. Pengarah Hospital Serian 62. Pengarah Hospital Tuaran
49. Pengarah Hospital Daro 63. Pengarah Hospital Saratok
50. Pengarah Hospital Betong 64. Pengarah Hospital Kanawit
51. Pengarah Hospital Mukah 65. Pengarah Hospital Papar
52. Pengarah Hospital Simunjan 66. Pengarah Hospital Kunak
53. Pengarah Hospital Marudi 67. Pengarah Hospital Kuala Penyu
54. Pengarah Hospital Lundu 68. Pengarah Hospital Kinabatangan
55. Pengarah Hospital Lawas 69. Pengarah Hospital Kota Marudu
56. Pengarah Hospital Kudat 70. Pengarah Hospital Beluran
57. Pengarah Hospital Kota Belud 71. Pengarah Hospital Semporna
58. Pengarah Hospital Sipitang 72. Pengarah Hospital Tambunan
59. Pengarah Hospital Tenom 73. Pengarah Hospital Beaufort
60. Pengarah Hospital Ranau 74. Pengarah Hospital Pitas
75. Pengarah Hospital Labuan
INSTITUSI PERUBATAN
1. Pengarah Hospital Permai
2. Pengarah Hospital Bahagia
3. Pengarah Hospital Sentosa
4. Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang
5. Pengarah Institut Perubatan Respiratori
PENGURUSAN LUKA

More Related Content

What's hot

Wound assessment and modern dressing
Wound assessment and modern dressingWound assessment and modern dressing
Wound assessment and modern dressingJasmine Chan
 
Polisi perkhidmatan rawatan harian
Polisi perkhidmatan rawatan harianPolisi perkhidmatan rawatan harian
Polisi perkhidmatan rawatan harianLee Oi Wah
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanLee Oi Wah
 
Pemindahan pesakit lecture 6
Pemindahan pesakit  lecture 6Pemindahan pesakit  lecture 6
Pemindahan pesakit lecture 6Lee Oi Wah
 
Tips untuk survei akreditasi by dr lee oi wah
Tips  untuk survei akreditasi by dr lee oi wahTips  untuk survei akreditasi by dr lee oi wah
Tips untuk survei akreditasi by dr lee oi wahLee Oi Wah
 
Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintang
Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintangPolisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintang
Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintangLee Oi Wah
 
Polisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintangPolisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintangLee Oi Wah
 
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxPembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxAzreen Aj
 
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-rayatuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-rayaZamree Zakaria
 
Aplikasi konsep 10 S
Aplikasi konsep  10 SAplikasi konsep  10 S
Aplikasi konsep 10 Shkdt
 
Skim bayaran pampasan ex gratia
Skim bayaran pampasan ex gratiaSkim bayaran pampasan ex gratia
Skim bayaran pampasan ex gratiaHamidi Saidin
 
Pengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkPengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkLee Oi Wah
 
Wound Care Home Care
Wound Care Home CareWound Care Home Care
Wound Care Home Carewan zuraini
 
Senarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkSenarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkhkdt
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...Muhammad Nasrullah
 
kursus e-Notifikasi 2.pptx
kursus e-Notifikasi 2.pptxkursus e-Notifikasi 2.pptx
kursus e-Notifikasi 2.pptxssuser38c49c
 

What's hot (20)

Wound assessment and modern dressing
Wound assessment and modern dressingWound assessment and modern dressing
Wound assessment and modern dressing
 
Polisi perkhidmatan rawatan harian
Polisi perkhidmatan rawatan harianPolisi perkhidmatan rawatan harian
Polisi perkhidmatan rawatan harian
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
 
Pemindahan pesakit lecture 6
Pemindahan pesakit  lecture 6Pemindahan pesakit  lecture 6
Pemindahan pesakit lecture 6
 
Tips untuk survei akreditasi by dr lee oi wah
Tips  untuk survei akreditasi by dr lee oi wahTips  untuk survei akreditasi by dr lee oi wah
Tips untuk survei akreditasi by dr lee oi wah
 
Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintang
Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintangPolisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintang
Polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan hospital changkat melintang
 
Antibiotik Perlu Ke?
Antibiotik Perlu Ke?Antibiotik Perlu Ke?
Antibiotik Perlu Ke?
 
Polisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintangPolisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintang
 
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptxPembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
Pembentangan Akreditasi MSQH bil 1 (2021).pptx
 
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-rayatuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
 
Aplikasi konsep 10 S
Aplikasi konsep  10 SAplikasi konsep  10 S
Aplikasi konsep 10 S
 
Kawalan infeksi
Kawalan infeksiKawalan infeksi
Kawalan infeksi
 
Skim bayaran pampasan ex gratia
Skim bayaran pampasan ex gratiaSkim bayaran pampasan ex gratia
Skim bayaran pampasan ex gratia
 
Pengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkPengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kk
 
Wound Care Home Care
Wound Care Home CareWound Care Home Care
Wound Care Home Care
 
Pengurusan sisa klinikal
Pengurusan sisa klinikalPengurusan sisa klinikal
Pengurusan sisa klinikal
 
Senarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppkSenarai dan tanggungjawab ppk
Senarai dan tanggungjawab ppk
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN PENYAKIT HIV AIDS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5...
 
kursus e-Notifikasi 2.pptx
kursus e-Notifikasi 2.pptxkursus e-Notifikasi 2.pptx
kursus e-Notifikasi 2.pptx
 
Pertolongan cemas
Pertolongan cemasPertolongan cemas
Pertolongan cemas
 

Similar to PENGURUSAN LUKA

232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008
232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008
232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008yudha anggara sakti
 
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdfMANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdfwakzar
 
Panduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgi
Panduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgiPanduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgi
Panduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgidentalid
 
Program kerja-tahunan-rumah-sakit
Program kerja-tahunan-rumah-sakitProgram kerja-tahunan-rumah-sakit
Program kerja-tahunan-rumah-sakitYain Panggalo
 
PEDOMAN PENGORGANISASI2.docx
PEDOMAN PENGORGANISASI2.docxPEDOMAN PENGORGANISASI2.docx
PEDOMAN PENGORGANISASI2.docxDedekSuryadinata
 
pedoman pengorganisasian ppi
pedoman pengorganisasian ppipedoman pengorganisasian ppi
pedoman pengorganisasian ppiEka Siam
 
PANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docx
PANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docxPANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docx
PANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docxnovyantihidayat
 
PERMENKES 46/2015
PERMENKES 46/2015PERMENKES 46/2015
PERMENKES 46/2015IndiSusanti
 
PerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah Sakit
PerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah SakitPerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah Sakit
PerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah SakitTyo SBS
 
Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)
Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)
Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)khusnuleza
 
Pmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakit
Pmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakitPmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakit
Pmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakitAgus Isnadi
 
Patient safety
Patient safetyPatient safety
Patient safetymateri-x2
 
ppi_snars_2018_pptx.pptx
ppi_snars_2018_pptx.pptxppi_snars_2018_pptx.pptx
ppi_snars_2018_pptx.pptxZeeZee Zerlina
 
Instrumen LAFKI (1).pdf
Instrumen LAFKI (1).pdfInstrumen LAFKI (1).pdf
Instrumen LAFKI (1).pdfwindyarlin
 

Similar to PENGURUSAN LUKA (20)

DEWI,DWI,LUCY.pptx
DEWI,DWI,LUCY.pptxDEWI,DWI,LUCY.pptx
DEWI,DWI,LUCY.pptx
 
RESIDENSI. PPT.pptx
RESIDENSI. PPT.pptxRESIDENSI. PPT.pptx
RESIDENSI. PPT.pptx
 
Farmasi
FarmasiFarmasi
Farmasi
 
232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008
232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008
232255012 panduan-nasional-keselamatan-pasien-rs-persi-2008
 
Pedoman pelayan pasien
Pedoman pelayan pasienPedoman pelayan pasien
Pedoman pelayan pasien
 
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdfMANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
MANUAL_CPR_UNTUK_KOMUNITI_KKM.pdf
 
Panduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgi
Panduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgiPanduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgi
Panduan praktik klinik bagi dokter gigi dari pb pdgi
 
Program kerja-tahunan-rumah-sakit
Program kerja-tahunan-rumah-sakitProgram kerja-tahunan-rumah-sakit
Program kerja-tahunan-rumah-sakit
 
PMKP.pptx
PMKP.pptxPMKP.pptx
PMKP.pptx
 
PEDOMAN PENGORGANISASI2.docx
PEDOMAN PENGORGANISASI2.docxPEDOMAN PENGORGANISASI2.docx
PEDOMAN PENGORGANISASI2.docx
 
pedoman pengorganisasian ppi
pedoman pengorganisasian ppipedoman pengorganisasian ppi
pedoman pengorganisasian ppi
 
PANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docx
PANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docxPANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docx
PANDUAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN (BELLA) (1).docx
 
Mi 6 akreditasi
Mi 6 akreditasiMi 6 akreditasi
Mi 6 akreditasi
 
PERMENKES 46/2015
PERMENKES 46/2015PERMENKES 46/2015
PERMENKES 46/2015
 
PerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah Sakit
PerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah SakitPerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah Sakit
PerMenKes No. 1691 tentang Keselamatan Pasien Rumah Sakit
 
Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)
Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)
Pmk no.-1691-ttg-keselamatan-pasien-rumah-sakit1 (1)
 
Pmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakit
Pmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakitPmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakit
Pmk no. 1691 ttg keselamatan pasien rumah sakit
 
Patient safety
Patient safetyPatient safety
Patient safety
 
ppi_snars_2018_pptx.pptx
ppi_snars_2018_pptx.pptxppi_snars_2018_pptx.pptx
ppi_snars_2018_pptx.pptx
 
Instrumen LAFKI (1).pdf
Instrumen LAFKI (1).pdfInstrumen LAFKI (1).pdf
Instrumen LAFKI (1).pdf
 

More from Nor Farah Bakhtiar

Causes of Antibiotic Resistance
Causes of Antibiotic ResistanceCauses of Antibiotic Resistance
Causes of Antibiotic ResistanceNor Farah Bakhtiar
 
Antibiotic Resistance-what-you-can-do
Antibiotic Resistance-what-you-can-doAntibiotic Resistance-what-you-can-do
Antibiotic Resistance-what-you-can-doNor Farah Bakhtiar
 
Antibiotic Resistance-Healthcare-Workers
Antibiotic Resistance-Healthcare-WorkersAntibiotic Resistance-Healthcare-Workers
Antibiotic Resistance-Healthcare-WorkersNor Farah Bakhtiar
 
Antibiotic Resistance-Agriculture
Antibiotic Resistance-AgricultureAntibiotic Resistance-Agriculture
Antibiotic Resistance-AgricultureNor Farah Bakhtiar
 
Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...
Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...
Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...Nor Farah Bakhtiar
 
Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae
Carbapenem Resistant EnterobacteriaceaeCarbapenem Resistant Enterobacteriaceae
Carbapenem Resistant EnterobacteriaceaeNor Farah Bakhtiar
 

More from Nor Farah Bakhtiar (6)

Causes of Antibiotic Resistance
Causes of Antibiotic ResistanceCauses of Antibiotic Resistance
Causes of Antibiotic Resistance
 
Antibiotic Resistance-what-you-can-do
Antibiotic Resistance-what-you-can-doAntibiotic Resistance-what-you-can-do
Antibiotic Resistance-what-you-can-do
 
Antibiotic Resistance-Healthcare-Workers
Antibiotic Resistance-Healthcare-WorkersAntibiotic Resistance-Healthcare-Workers
Antibiotic Resistance-Healthcare-Workers
 
Antibiotic Resistance-Agriculture
Antibiotic Resistance-AgricultureAntibiotic Resistance-Agriculture
Antibiotic Resistance-Agriculture
 
Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...
Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...
Infection Prevention & Control (IPC) and Antimicrobial Resistance (AMR) Activ...
 
Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae
Carbapenem Resistant EnterobacteriaceaeCarbapenem Resistant Enterobacteriaceae
Carbapenem Resistant Enterobacteriaceae
 

Recently uploaded

081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Codajongshopp
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024Zakiah dr
 
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxmarodotodo
 
PENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptx
PENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptxPENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptx
PENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptxandibtv
 
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxMODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxsiampurnomo90
 
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.pptTrifenaFebriantisitu
 
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxKONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxmade406432
 
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdfDETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdfBekti5
 
METODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptx
METODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptxMETODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptx
METODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptxika291990
 
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptxPersiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptxunityfarmasis
 
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptINFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptab368
 
PPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptx
PPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptxPPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptx
PPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptxputripermatasarilubi
 

Recently uploaded (12)

081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
 
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
 
PENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptx
PENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptxPENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptx
PENGAMBILAN SAMPEL DARAH ARTERI DAN ANALISA GAS DARAH.pptx
 
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxMODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
 
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
1. ok MODEL DAN NILAI PROMOSI KESEHATAN.ppt
 
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxKONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
 
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdfDETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
DETEKSI DINI KANKER PAYUDARA SANGAT PENTING.pdf
 
METODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptx
METODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptxMETODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptx
METODE FOOD RECORD (pENGUKURAN FOOD.pptx
 
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptxPersiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
Persiapan Substansi RPP UU Kesehatan.pptx
 
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptINFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
 
PPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptx
PPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptxPPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptx
PPT sidang MAJU PROPOSAL 3 OKTOBER 2022.pptx
 

PENGURUSAN LUKA

  • 1. PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN BILANGAN 10 TAHUN 2011 ________________________________________________________ GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA DI HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN
  • 2. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA DI HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 1. TUJUAN Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk: 1.1 Memaklumkan justifikasi serta pelaksanaan penubuhan Pasukan Penjagaan Luka di hospital untuk meningkatkan kualiti penjagaan luka di Kementerian Kesihatan. 1.2 Menggariskan keperluan pelaksanaan penubuhan Jawatankuasa Penjagaan Luka dan Pasukan Penjagaan Luka di hospital serta tugas dan tanggungjawab setiap individu yang terlibat. 2. LATAR BELAKANG Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menggalakkan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian serta mengutamakan pelanggan, “customer-centered services”. Penjagaan luka yang baik amat penting untuk memastikan kadar penyembuhan yang cepat. Perawatan luka yang tidak sempurna dan lama akan mendedahkan pesakit kepada komplikasi jangkitan “Health Care-associated Infection” seperti MRSA dan Pseudomonas. Secara umumnya tidak ramai anggota kesihatan yang berminat ataupun terlatih dalam pengurusan penjagaan luka yang betul, dimana satu kajian menunjukkan hanya 40% jururawat mempunyai pengetahuan sederhana berkaitan penjagaan luka. Oleh itu, jawatankuasa dan pasukan yang khusus
  • 3. adalah perlu untuk pengurusan penjagaan luka bagi menyeragamkan prosedur yang bertujuan mengoptimakan penjagaan luka dari segi keberhasilan dan kos. 3. OBJEKTIF Secara umumnya penubuhan pasukan penjagaan luka bertujuan meningkatkan kualiti penjagaan luka dengan pencapaian keberhasilan rawatan yang lebih berkesan yang berlandaskan garispanduan dan protokol saintifik. Objektif khusus pula adalah seperti berikut; I. Menubuhkan pasukan penjagaan luka yang terlatih di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. II. Memberikan perkhidmatan penjagaan luka yang sistematik, seragam, berkualiti dengan pendekatan holistik. III. Memberi latihan kepada anggota kesihatan yang terlibat di dalam pengurusan dan penjagaan luka. IV. Mengoptimakan sumber kewangan dan tenaga kerja. V. Menyumbang kepada kepuasan pelanggan dengan peningkatan “functional outcome” serta pengurangan mortaliti dan morbiditi. VI. Meningkatkan kepuasan bekerja dikalangan anggota kesihatan dengan adanya proses kerja yang sistematik dan kerjasama daripada pelbagai disiplin. 4. KONSEP PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA HOSPITAL 4.1 Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan adalah penggerak utama kepada program ini. Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan bertindak sebagai sekreteriat bagi Pasukan Penjagaan Luka kebangsaan.
  • 4. 4.2 Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital dipengerusikan oleh Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah atau Ketua Pasukan Penjagaan Luka yang dilantik oleh Pengarah Hospital. Bagi memenuhi konsep perkhidmatan berintegrasi antara pelbagai disiplin, maka ahli Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital hendaklah diwakili setiap perkhidmatan klinikal hospital seperti pembedahan, ortopedik, perubatan, pediatrik, obstetrik, ginekologi, farmasi, pemakanan, makmal dan unit kawalan infeksi. Lampiran I menunjukkan Carta Organisasi Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital. 4.3 Pasukan Penjagaan Luka Hospital Pasukan Penjagaan Luka di ketuai Pakar Perubatan yang dilantik oleh Pengarah Hospital. Ahli pasukan penjagaan luka yang lain terdiri daripada seorang pegawai perubatan yang bertindak sebagai Penyelaras Pasukan (team coordinator), 3 jururawat dan 2 pembantu perubatan. Pasukan ini bertanggungjawab menyelaras dan menjalankan aktiviti- aktiviti berkaitan seperti latihan anggota, pendidikan pesakit, perawatan luka secara individu dan terancang serta kajian dan peningkatan kualiti. Carta organisasi Pasukan Penjagaan Luka adalah seperti di Lampiran II. 4.4 Tugas dan Tanggungjawab Terma rujukan Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital dan Pasukan Penjagaan Luka Hospital disenaraikan di dalam Lampian III, manakala tugas dan tanggungjawab terperinci ahli jawatankuasa dan pasukan penjagaan luka adalah seperti di Lampiran IV.
  • 5. 5. KAEDAH PELAKSANAAN Bagi fasa 1, semua hospital negeri dan hospital berpakar seperti senarai di Lampiran V perlu melaksanakan penubuhan Jawatankuasa Penjagaan Luka dan Pasukan Penjagaan Luka di hospital masing-masing selewat-lewatnya pada 1 Julai 2012. Manakala bagi fasa 2, hospital-hospital yang tersenarai di LAMPIRAN VI dikehendaki melaksanakan pekeliling ini selewat-lewatnya pada 1 Januari 2013. 6. KESIMPULAN Penubuhan Pasukan Penjagaan Luka di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti penjagaan luka dan seterusnya akan memberikan outcome rawatan pesakit yang lebih baik. Pelaksanaan perkhidmatan ini perlu mendapat sokongan dan komitmen daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital, Ketua Jabatan, Pakar, Pegawai Perubatan dan kumpulan sokongan yang lain.
  • 6. SENARAI LAMPIRAN Lampiran I CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENJAGAAN LUKA HOSPITAL Lampiran II CARTA ORGANISASI PASUKAN PENJAGAAN LUKA HOSPITAL Lampiran III TERMA RUJUKAN Lampiran IV TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Lampiran V SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 1) Lampiran VI SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 2)
  • 7. Lampiran I CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENJAGAAN LUKA HOSPITAL Pengerusi (Pengarah atau Timb.Pengarah) Pegawai Farmasi Unit Kawalan Infeksi Pegawai Dietetik Pegawai Mikrobiologi Pasukan Penjagaan Luka Ahli Teknikal dari Pelbagai Jabatan Klinikal Pegawai Fisioterapi Pegawai Terapi Carakerja
  • 8. Lampiran II CARTA ORGANISASI PASUKAN PENJAGAAN LUKA HOSPITAL KETUA (Dilantik oleh Pengarah Hospital) KOORDINATOR PASUKAN PEGAWAI PERUBATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN JURURAWAT TERLATIH KETUA JURURAWAT
  • 9. Lampiran III TERMA RUJUKAN Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital 1. Mengenalpasti keperluan kemudahan fasiliti, sumber manusia dan kewangan supaya aktiviti penjagaan luka dapat diselaraskan di semua jabatan di hospital secara teratur. 2. Merancang aktiviti pembangunan modal insan yang bersesuaian dalam pengurusan penjagaan luka. 3. Mengenalpasti dan mengemaskini senarai prosedur dan peralatan perawatan yang bersesuaian mengikut kategori dan jenis luka berpandukan nasihat Pasukan Penjagaan Luka Hospital. 4. Memantau pencapaian prestasi perkhidmatan Pasukan Penjagaan Luka Hospital melalui mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. 5. Memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan dan program penjagaan luka yang dijalankan. Pasukan Penjagaan Luka Hospital 1. Setiap ahli Pasukan Penjagaan Luka hendaklah terdiri daripada anggota kesihatan yang telah terlatih di dalam penjagaan luka samada di dalam atau luar negeri. 2. Memberi rawatan dan konsultasi berkaitan pengurusan dan penjagaan luka yang optima di pelbagai disiplin di hospital, walaubagaimanapun pesakit akan tetap menerima rawatan di disiplin yang terlibat dengan punca kemasukan pesakit sehinggalah keadaan stabil.
  • 10. 3. Memberi rawatan dan konsultasi kepada pesakit-pesakit yang dirujuk daripada wad atau bahagian pesakit luar bila diperlukan. 4. Memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan peralatan dan kaedah penjagaan luka yang bersesuaian kepada anggota kesihatan yang lain. 5. Memberi pendidikan kesihatan berkaitan penjagaan luka kepada anggota kesihatan, pesakit atau orang awam. 6. Menjadi penasihat di dalam penubuhan Pusat Penjagaan Luka yang baru di peringkat primer. 7. Menyelaras gabungan pasukan bagi pengurusan luka yang kompleks dan berkomplikasi dengan penglibatan pelbagai disiplin (combine team approach). 8. Memantau dan menilai prestasi dan keberhasilan penjagaan luka di hospital disamping menyediakan laporan yang berkaitan dengan pengurusan penjagaan luka. 9. Anggota kesihatan daripada pelbagai disiplin yang telah dilatih dan diberi pendedahan kepada pengurusan penjagaan luka perlu menguruskan kes-kes luka di disiplin masing-masing, namun mereka boleh merujuk kes-kes tersebut kepada Pasukan Penjagaan Luka jika perlu. 10. Ketua Pasukan Penjagaan Luka bertindak sebagai perantara di antara Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan dan pihak hospital. 11. Pasukan Penjagaan Luka Hospital bertindak sebagai sekretariat dan penasihat kepada Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital
  • 11. Lampiran IV TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI TEKNIKAL PELBAGAI JABATAN KLINIKAL 1. Mewakili setiap bidang kepakaran klinikal yang berkaitan. 2. Memantau dan mengurus penglibatan multi disiplin di dalam pengurusan luka. 3. Memberi pandangan dan menyediakan input serta sokongan teknikal untuk memperbaiki prosidur penjagaan luka. 4. Memastikan semua syor dan cadangan daripada Jawatankuasa Kerja Penjagaan Luka Kebangsaan dilaksanakan. 5. Memberi sokongan, input teknikal dan latihan kepada anggota yang terlibat dengan penjagaan luka. 6. Memastikan prosidur kerja pengurusan penjagaan luka dikekalkan dan dipatuhi. PENYELARAS PASUKAN 1. Menyelaras latihan di peringkat hospital. 2. Memantau perkhidmatan penjagaan luka yang dijalankan oleh paramedik. 3. Bertanggungjawab keatas pesakit yang mempunyai luka kronik dan kompleks yang dirujuk dari Bahagian Pesakit Luar. 4. Menyelaras “combined wards round” dan klinik. 5. Menjadi perantara di antara ahli pasukan dan jawatankuasa penjagaan luka . 6. Bertanggungjawab untuk mengumpul, menganalisa dan menyediakan laporan ke atas data-data berkaitan penjagaan luka.
  • 12. 7. Menyediakan jadual bertugas anggota pasukan penjagaan luka di Klinik Penjagaan Luka Pesakit Luar. PEGAWAI PERUBATAN 1. Mewakili setiap jabatan atau dilantik sebagai ahli dan ditempatkan di dalam Pasukan Penjagaan Luka Hospital. 2. Mengurus “combined ward rounds” dan klinik dibawah penyeliaan pakar daripada pelbagai disiplin. 3. Mengambil bahagian di dalam perawatan pesakit di Klinik Penjagaan Luka. PARAMEDIK 1. Paramedik yang bertugas di Klinik Penjagaan Luka Pesakit Luar bertanggungjawab terhadap pesakit luar yang mempunyai luka kronik dan kompleks. 2. Paramedik yang bertugas di Klinik Penjagaan Luka Pesakit Dalam bertanggungjawab terhadap pesakit di jabatan masing-masing. 3. Membantu pegawai penyelaras dalam pengumpulan data dan penyediaan statistik penjagaan luka di peringkat hospital.
  • 13. Lampiran V SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 1) 1 Hospital Tuanku Fauziah, Kangar 21 Hospital Serdang 2 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar 22 Hospital Selayang 3 Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani 23 Hospital Banting 4 Hospital Kulim 24 Hospital Tuanku Ja’afar 5 Hospital Langkawi 25 Hospital Port Dickson 6 Hospital Pulau Pinang 26 Hospital Kuala Pilah 7 Hospital Kepala Batas 27 Hospital Melaka 8 Hospital Bukit Mertajam 28 Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru 9 Hospital Seberang Jaya 29 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar 10 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 30 Hospital Batu Pahat 11 Hospital Taiping 31 Hospital Muar 12 Hospital Teluk Intan 32 Hospital Kluang 13 Hospital Seri Manjung 33 Hospital Kuala Lipis 14 Hospital Slim River 34 Hospital Segamat 15 Hospital Kuala Lumpur 35 Hospital Sultan Ismail 16 Hospital Tengku Ampuan Rahimah 36 Hospital Kemaman 17 Hospital Putrajaya 37 Hospital Tengku Ampuan Afzan 18 Hospital Kajang 38 Hospital Temerloh 19 Hospital Sungai Buloh 39 Hospital Sultanah Nur Zahirah, K. Terengganu
  • 14. 20 Hospital Ampang 40 Hospital Raja Perempuan Zainab II, K.B 41 Hospital Kuala Krai 49 Hospital Bintulu 42 Hospital Tanah Merah 50 Hospital Queen Elizabeth 43 Hospital Umum Sarawak 51 Hospital Lahad Datu 44 Hospital Sibu 52 Hospital Tawau 45 Hospital Miri 53 Hospital Keningau 46 Hospital Kapit 54 Hospital Duchess of Kent 47 Hospital Sarikei 55 Hospital Likas 48 Hospital Sri Aman
  • 15. LAMPIRAN VI SENARAI HOSPITAL UNTUK PELAKSANAAN PENUBUHAN PASUKAN PENJAGAAN LUKA (FASA 2) 1 Hospital Baling 29 Hospital Tangkak 2 Hospital Sik 30 Hospital Mersing 3 Hospital Jitra 31 Hospital Bentong 4 Hospital Yan 32 Hospital Raub 5 Hospital Kuala Nerang 33 Hospital Jengka 6 Hospital Balik Pulau 34 Hospital Hulu Terengganu 7 Hospital Sungai Bakap 35 Hospital Dungun 8 Hospital Kuala Kangsar 36 Hospital Setiu 9 Hospital Parit Buntar 37 Hospital Besut 10 Hospital Sungai Siput 38 Hospital Tumpat 11 Hospital Tapah 39 Hospital Pasir Mas 12 Hospital Selama 40 Hospital Gua Musang 13 Hospital Kampar 41 Hospital Pasir Puteh 14 Hospital Batu Gajah 42 Hospital Jeli 15 Hospital Gerik 43 Hospital Machang 16 Hospital Changkat Melintang 44 Hospital Bau 17 Hospital Cameron Highlands 45 Hospital Bentong 18 Hospital Kuala Kubu Baru 46 Hospital Raub 19 Hospital Tanjung Karang 47 Hospital Pekan 20 Hospital Sabak Bernam 48 Hospital Serian 21 Hospital Jempol 49 Hospital Daro 22 Hospital Tampin 50 Hospital Betong 23 Hospital Jelebu 51 Hospital Mukah 24 Hospital Alor Gajah 52 Hospital Simunjan 25 Hospital Jasin 53 Hospital Marudi 26 Hospital Kota Tinggi 54 Hospital Lundu 27 Hospital Pontian 55 Hospital Lawas
  • 16. 28 Hospital Kulai 56 Hospital Kudat 57 Hospital Kota Belud 68 Hospital Kinabatangan 58 Hospital Sipitang 69 Hospital Kota Marudu 59 Hospital Tenom 70 Hospital Beluran 60 Hospital Ranau 71 Hospital Semporna 61 Hospital Limbang 72 Hospital Tambunan 62 Hospital Tuaran 73 Hospital Beaufort 63 Hospital Saratok 74 Hospital Pitas 64 Hospital Kanawit 75 Hospital Permai 65 Hospital Papar 76 Hospital Bahagia 66 Hospital Kunak 77 Hospital Sentosa 67 Hospital Kuala Penyu 78 Hospital Mesra Bukit Padang 79 Institut Perubatan Respiratori
  • 17. SENARAI EDARAN JABATAN KESIHATAN NEGERI 1. Pengarah Kesihatan Negeri Perlis 9. Pengarah Kesihatan Negeri Johor 2. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah 10. Pengarah Kesihatan Negeri Pahang 3. Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang 11. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu 4. Pengarah Kesihatan Negeri Perak 12. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan 5. Pengarah Kesihatan Negeri Selangor 13. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah 6. Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan (K.Lumpur dan Putrajaya) 14. Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak 7. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan 15. Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan 8. Pengarah Kesihatan Negeri Melaka HOSPITAL NEGERI DAN HOSPITAL BERPAKAR 1. Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Kangar 10. Pengarah Hospital Kuala Lumpur 2. Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar 11. Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah 3. Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani 12. Pengarah Hospital Putrajaya 4. Pengarah Hospital Kulim 13. Pengarah Hospital Kajang 5. Pengarah Hospital Langkawi 14. Pengarah Hospital Sungai Buloh 6. Pengarah Hospital Pulau Pinang 15. Pengarah Hospital Ampang 7. Pengarah Hospital Kepala Batas 16. Pengarah Hospital Serdang 8. Pengarah Hospital Bukit Mertajam 17. Pengarah Hospital Selayang 9. Pengarah Hospital Seberang Jaya 18. Pengarah Hospital Banting
  • 18. 19. Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar 37. Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu 20. Pengarah Hospital Port Dickson 38. Pengarah Hospital Kuala Krai 21. Pengarah Hospital Kuala Pilah 39. Pengarah Hospital Tanah Merah 22. Pengarah Hospital Melaka 40. Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan 23. Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru 41. Pengarah Hospital Temerloh 24. Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar 42. Pengarah Hospital Umum Sarawak 25. Pengarah Hospital Batu Pahat 43. Pengarah Hospital Sibu 26. Pengarah Hospital Kluang 44. Pengarah Hospital Miri 27. Pengarah Hospital Kuala Lipis 45. Pengarah Hospital Kapit 28. Pengarah Hospital Segamat 46. Pengarah Hospital Sarikei 29. Pengarah Hospital Sultan Ismail 47. Pengarah Hospital Sri Aman 30. Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 48. Pengarah Hospital Bintulu 31. Pengarah Hospital Taiping 49. Pengarah Hospital Queen Elizabeth 32. Pengarah Hospital Teluk Intan 50. Pengarah Hospital Lahad Datu 33. Pengarah Hospital Seri Manjung 51. Pengarah Hospital Tawau 34. Pengarah Hospital Slim River 52. Pengarah Hospital Keningau 35. Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala . Terengganu 53. Pengarah Hospital Duchess of Kent 36. Pengarah Hospital Kemaman 54. Pengarah Hospital Likas
  • 19. HOSPITAL TANPA PAKAR 1. Pengarah Hospital Baling 24. Pengarah Hospital Alor Gajah 2. Pengarah Hospital Sik 25. Pengarah Hospital Jasin 3. Pengarah Hospital Jitra 26. Pengarah Hospital Kota Tinggi 4. Pengarah Hospital Yan 27. Pengarah Hospital Pontian 5. Pengarah Hospital Kuala Nerang 28. Pengarah Hospital Kulai 6. Pengarah Hospital Balik Pulau 29. Pengarah Hospital Tangkak 7. Pengarah Hospital Sungai Bakap 30. Pengarah Hospital Mersing 8. Pengarah Hospital Kuala Kangsar 31. Pengarah Hospital Bentong 9. Pengarah Hospital Parit Buntar 32. Pengarah Hospital Raub 10. Pengarah Hospital Sungai Siput 33. Pengarah Hospital Muazam shah 11. Pengarah Hospital Tapah 34. Pengarah Hospital Jengka 12. Pengarah Hospital Selama 35. Pengarah Hospital Jerantut 13. Pengarah Hospital Kampar 36. Pengarah Hospital Hulu Terengganu 14. Pengarah Hospital Batu Gajah 37. Pengarah Hospital Dungun 15. Pengarah Hospital Gerik 38. Pengarah Hospital Setiu 16. Pengarah Hospital C. Melintang 39. Pengarah Hospital Besut 17. Pengarah Hospital Cameron Highland 40. Pengarah Hospital Tumpat 18. Pengarah Hospital Kuala Kubu Baru 41. Pengarah Hospital Pasir Mas 19. Pengarah Hospital Tanjung Karang 42. Pengarah Hospital Gua Musang 20. Pengarah Hospital Sabak Bernam 43. Pengarah Hospital Pasir Puteh 21. Pengarah Hospital Jempol 44. Pengarah Hospital Jeli 22. Pengarah Hospital Tampin 45. Pengarah Hospital Machang 23. Pengarah Hospital Jelebu 46. Pengarah Hospital Pekan
  • 20. 47. Pengarah Hospital Bau 61. Pengarah Hospital Limbang 48. Pengarah Hospital Serian 62. Pengarah Hospital Tuaran 49. Pengarah Hospital Daro 63. Pengarah Hospital Saratok 50. Pengarah Hospital Betong 64. Pengarah Hospital Kanawit 51. Pengarah Hospital Mukah 65. Pengarah Hospital Papar 52. Pengarah Hospital Simunjan 66. Pengarah Hospital Kunak 53. Pengarah Hospital Marudi 67. Pengarah Hospital Kuala Penyu 54. Pengarah Hospital Lundu 68. Pengarah Hospital Kinabatangan 55. Pengarah Hospital Lawas 69. Pengarah Hospital Kota Marudu 56. Pengarah Hospital Kudat 70. Pengarah Hospital Beluran 57. Pengarah Hospital Kota Belud 71. Pengarah Hospital Semporna 58. Pengarah Hospital Sipitang 72. Pengarah Hospital Tambunan 59. Pengarah Hospital Tenom 73. Pengarah Hospital Beaufort 60. Pengarah Hospital Ranau 74. Pengarah Hospital Pitas 75. Pengarah Hospital Labuan INSTITUSI PERUBATAN 1. Pengarah Hospital Permai 2. Pengarah Hospital Bahagia 3. Pengarah Hospital Sentosa 4. Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang 5. Pengarah Institut Perubatan Respiratori