SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
23
MEMPERKAYAKAN
KEBUDAYAAN,
KESENIAN DAN
WARISAN
MUKA
SURAT
491
BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010
I. PENDAHULUAN
23.01 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), pembangunan
budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di samping
mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Pelbagai aspek
kebudayaan dan kesenian dibangunkan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan
yang luas untuk menyokong pertumbuhan industri pelancongan. Sehubungan
ini, usaha gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat
kebudayaan dan pembangunan budaya dan seni telah diambil.
23.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), penekanan
yang lebih akan diberi kepada pembangunan budaya, seni dan warisan. Penekanan
ini adalah selaras dengan Misi Negara untuk membangun modal insan yang
bukan sahaja berpengetahuan dan berdaya saing dari segi ekonomi, tetapi juga
berketerampilan progresif dan bernilai murni termasuk nilai budaya positif. Industri
berkaitan kebudayaan, kesenian dan warisan terutamanya kraf juga akan
digalakkan sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi. Penghayatan terhadap
budaya, seni dan warisan akan dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada
agenda pembangunan negara yang lebih besar dalam membina kesedaran
terhadap sejarah dan warisan serta masa depan untuk dikongsi bersama oleh
semua rakyat Malaysia. Kerajaan juga akan membangunkan persekitaran budaya
dan seni tempatan yang sihat bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. Penyertaan
aktif sektor swasta, badan bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat dalam program
dan aktiviti berkaitan budaya, seni dan warisan akan digalakkan, sementara
usaha naik taraf sumber dan infrastruktur budaya akan dipergiat.
II. KEMAJUAN, 2001-2005
23.03 Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan
warisan dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan
492
MUKA
SURAT
budaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar dan program
bagi menggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta menggubal strategi
baru bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni.
Seni dan Budaya
Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni dan Budaya
23.04 Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan
budaya, pelbagai program dilaksana untuk meningkatkan penghayatan terhadap
seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia di semua peringkat. Sehubungan
ini, aktiviti berkaitan seni dan budaya dilaksanakan di peringkat kebangsaan,
negeri, daerah dan kampung. Dalam tempoh Rancangan, empat taman budaya
yang baru telah ditubuhkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh
taman di seluruh negara. Taman budaya ini menjadi tempat untuk memperkenalkan
aktiviti kesenian dan kebudayaan serta menganjurkan program latihan dan bina
upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan.
23.05 Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di
kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti
kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Dalam tempoh
Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan 10,200 pelajar
telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian Sekolah dengan
2,860 pelajar di sekolah menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat
nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam
aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di
peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan
penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia.
Bina Upaya dan Latihan
23.06 Akademi Seni Kebangsaan (ASK) terus menyediakan kursus di peringkat
sijil dan diploma dalam bidang teater, penulisan kreatif, tarian dan muzik serta
cinematography bagi menggalakkan lagi pembangunan seni kreatif dan
persembahan serta menyediakan tempat untuk mengasah bakat kreatif. Dalam
tempoh Rancangan, seramai 485 pelajar telah mengikuti latihan di akademi,
sementara 157 pelajar telah tamat kursus dalam pelbagai bidang. Di samping
itu, kursus dan program sedia ada dalam bidang seni persembahan dan seni
halus yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi diperluas kepada bidang
baru seperti pemodelan grafik berkomputer, seni video digital serta pemasaran
dan pengurusan. Kursus dan program ini menyediakan peluang yang lebih
kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka.
MUKA
SURAT
493
BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010
Seni Persembahan
23.07 Bagi menyokong industri pelancongan dan memberi peluang kepada
rakyat Malaysia meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya, usaha
terus diambil oleh Kerajaan dan sektor swasta untuk membangunkan infrastruktur
hiburan bertaraf dunia bagi pementasan pertunjukkan bertaraf antarabangsa.
Istana Budaya yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini terus menjadi
tempat penting untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai pertunjukan
kebudayaan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 96 persembahan dipentaskan
di Istana Budaya meliputi muzikal, konsert dan tarian yang berjaya menarik
lebih daripada 403,400 penonton. Sektor swasta juga turut menyumbang kepada
kepelbagaian seni persembahan dengan penubuhan Pusat Seni Persembahan
Kuala Lumpur pada tahun 2005.
Seni Tampak
23.08 Dalam tempoh Rancangan, pelbagai pameran, seminar, bengkel,
pertandingan dan aktiviti seni dianjurkan untuk memupuk minat dalam seni
tampak. Sejumlah 142 pameran telah dianjurkan yang dikunjungi lebih daripada
866,500 pengunjung. Setiap pameran mempunyai pendekatan dan tema yang
berbeza dan mempamerkan bakat dan pemikiran kreatif artis tempatan dan
antarabangsa. Balai Seni Lukis Negara (BSLN) terus mengumpul, memelihara
dan mempamerkan hasil kerja seni serta memupuk kesedaran dan penghayatan
di kalangan semua lapisan masyarakat. Di samping itu, BSLN juga telah
memperkenalkan Laman Seni Kuala Lumpur, sebuah pasar seni yang diadakan
pada setiap bulan dan mendapat sambutan purata 2,000 pelawat sebulan.
Perpaduan Negara
23.09 Menyedari bahawa penghayatan dan menghormati budaya pelbagai
etnik di Malaysia adalah penting dalam memupuk identiti Malaysia yang unik,
perayaan kebudayaan dan keagamaan kumpulan etnik utama di Malaysia terus
disambut di peringkat kebangsaan. Sehubungan ini, Kerajaan menganjur Rumah
Terbuka Malaysia bagi menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Tadau Kaamatan. Sambutan perayaan
ini menunjukkan semangat perpaduan negara dan harmoni yang wujud dalam
masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya.
Warisan
23.10 Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan kepada budaya dan
warisan di kalangan rakyat Malaysia, usaha telah diambil untuk memelihara dan
memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan, monumen dan artifak,
494
MUKA
SURAT
terutamanya yang mempunyai kepentingan sejarah. Sehubungan ini, 63 monumen
dan 25 tempat bersejarah dipelihara, dipulihara dan dinaik taraf untuk manfaat
negara serta sebagai tarikan pelancong. Produk ini termasuk Rumah Merdeka
di Alor Star, Kedah iaitu rumah asal Perdana Menteri pertama yang telah dibaik
pulih menjadi sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman.
23.11 Di samping menyenggara muzium sedia ada, muzium dan arkib baru
juga diwujudkan bagi menunjukkan pencapaian Malaysia serta menjadi pusat
untuk memelihara dan mendokumen sejarah negara. Bagi mempamerkan
pencapaian Malaysia dalam industri automatif, Muzium Automobil Nasional telah
dibina di Kompleks Litar Antarabangsa Sepang. Muzium tersebut dibuka kepada
orang ramai pada tahun 2004 dan menarik lebih daripada 34,500 pengunjung.
Penubuhan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis pada tahun 2003 dan Arkib
Negara cawangan Sabah pada tahun 2005 telah memudahkan koleksi, pemerolehan
dan pemeliharaan rekod negara bagi tujuan penyelidikan. Di samping itu, Muzium
Kesenian Islam menyumbang ke arah mempromosi seni dan artifak Islam tempatan
dan asing. Langkah juga diambil mewujudkan kesedaran mengenai kekayaan
warisan budaya negara dengan penyebaran maklumat dan pelaksanaan pelbagai
program dan aktiviti seperti seminar dan bengkel.
III. PROSPEK, 2006-2010
23.12 Dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih akan diberi untuk
mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia
serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini adalah
kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian
juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat
perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Sehubungan ini, usaha lebih gigih akan diambil bersama sektor swasta bagi
mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan
warisan budaya negara. Dengan demikian, teras strategik untuk tempoh
RMKe-9 adalah seperti berikut:
❑ memupuk nilai budaya positif di kalangan rakyat Malaysia;
❑ memperkukuh penghayatan budaya, seni dan warisan di kalangan
rakyat Malaysia;
❑ memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara;
❑ memajukan industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran
dunia;
❑ membangunkan industri kebudayaan yang kreatif, dan
❑ mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan
budaya, seni dan warisan yang mampan dan berterusan.
MUKA
SURAT
495
BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010
Pemupukan Nilai Budaya yang Positif
23.13 Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan
mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan
negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya
dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa
kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap
akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi
tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur,
hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan
negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan.
Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni dan Warisan
23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan
warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan
kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti
akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang
bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan
seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini
merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan
muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di
kawasan bandar dan luar bandar.
23.15 Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan
nilai budaya, seni dan warisan di kalangan belia akan diberi penekanan yang
lebih dalam tempoh RMKe-9. Bagi mencapai tujuan ini, langkah gigih akan
diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang dilatih dalam
pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka ini akan dihantar kepada
beberapa sekolah di bawah program Tunas Budaya bagi melatih pelajar dalam
bidang kesenian. Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sektor
pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia
pendidikan seni. Di samping itu, program yang sama akan diperluas meliputi
kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan akses mereka terhadap
seni. Perkongsian strategik antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan,
organisasi berasaskan seni dan masyarakat berserta sektor swasta akan diwujudkan
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini.
23.16 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di
peringkat akar umbi, pelbagai program jangkauan seperti Laman Seni Kuala
Lumpur akan dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri. Bagi meningkatkan
kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan
persembahan, beberapa program interaktif melibatkan penyertaan belia, masyarakat
496
MUKA
SURAT
dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar yang diluluskan,
langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan aktiviti
kesenian akan diambil dalam tempoh RMKe-9.
23.17 Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan
penyebaran budaya di samping sebagai sumber hiburan dan penghayatan
kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya sebagai
pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti tinggi
akan diperkukuhkan. Usaha yang berterusan akan diambil untuk menarik lebih
banyak pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat
persembahan yang akan menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai
hab budaya serantau. Bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni serta kesedaran
mengenai kemudahan yang canggih di Istana Budaya, aktiviti promosi yang
agresif dengan tumpuan kepada penerbitan tempatan dan asing akan dilakukan.
Usaha ini adalah selaras dengan langkah untuk mewujudkan kawasan budaya
di dalam dan persekitaran Istana Budaya.
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Produk Warisan
23.18 Akta Warisan Negara 2005 yang dikuatkuasa pada bulan Mac 2006
akan membolehkan satu pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan produk
warisan negara yang ketara dan tidak ketara secara lebih selaras dan bersepadu.
Akta ini meliputi langkah penguatkuasaan bagi memastikan amalan pemeliharaan
dan arkeologi mematuhi piawaian dunia. Pelaksanaan Akta ini akan memudahkan
proses mengenalpasti dan menentukan bangunan, monumen dan tapak yang
mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah.
23.19 Arkib Negara akan terus memelihara dan mengurus koleksi arkib sebagai
warisan negara. Dalam tempoh Rancangan, Arkib Negara akan memberi tumpuan
untuk menjadi pusat sumber dan penyelidikan yang menyediakan perkhidmatan
perundingan kurator. Bagi tujuan ini, Arkib Negara akan mempelbagai dan
meningkatkan kualiti koleksi dan perkhidmatannya serta memperluaskan
kepakarannya dalam pelbagai bidang berkaitan. Berikutan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi, penyimpanan rekod elektronik dan pemeliharaan
dokumen kerajaan yang mempunyai nilai sejarah secara digital pada fasa kedua
akan dilaksanakan. Di samping itu, Pusat Dokumentasi Pandang Dengar akan
ditubuhkan sebagai pusat penyimpanan rekod.
23.20 Sebagai satu usaha untuk memupuk kesedaran dan penghayatan yang
tinggi terhadap kekayaan warisan budaya negara, Muzium Tekstil akan ditubuh
pada tahun 2006. Muzium ini akan membantu menyebar pengetahuan dan
maklumat serta menggalakkan penyelidikan mengenai tenunan, songket dan
batik dan akan mempamerkan tekstil dari seluruh negara. Muzium ini juga
menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar, penyelidik, ahli akademik dan
pengusaha kraf.
MUKA
SURAT
497
BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010
Pengukuhan Industri Kraf dan Promosi Kraf Untuk Pasaran Dunia
23.21 Dalam tempoh RMKe-9, usaha yang berterusan akan diambil untuk
membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan
dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran
pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Usaha
mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru akan dilaksanakan secara
meluas dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif dan
kreatif serta penjenamaan kraf negara akan diusahakan.
Pembangunan Industri Kebudayaan Yang Kreatif
23.22 Malaysia mempunyai sumber budaya yang kreatif dan luas dalam bidang
seni persembahan, seni halus dan seni tampak, kaligrafi Islam dan penulisan
Jawi, filem, pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimaju dan
diterokai. Dalam tempoh Rancangan, potensi ekonomi industri budaya kreatif
akan terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.
Bagi memudahkan pembangunan industri ini, Kerajaan akan terus menyediakan
persekitaran yang kondusif. Pihak industri akan digalakkan untuk mengguna
pelbagai kemudahan di peringkat negeri seperti pusat kebudayaan negeri dan
galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping itu, Kerajaan juga akan
menyediakan premis perniagaan kepada usahawan untuk mempromosi kraf dan
barangan keluaran mereka.
23.23 Promosi dan pemasaran keluaran seni, budaya dan produk warisan di
peringkat tempatan dan antarabangsa akan dipergiatkan melalui pelbagai kempen
pemasaran dan penganjuran acara antarabangsa yang berprestij. Acara ini
seperti Pesta KL, Pesta Filem Malaysia dan Hari Kraf Kebangsaan akan diadakan
untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kebudayaan.
Pengukuhan Program Bina Upaya
23.24 Selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan di kalangan
profesional dalam bidang seni persembahan dan warisan, ASK akan dinaiktaraf
kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan. Kursus yang ditawarkan di akademi
ini akan diperluaskan meliputi kursus di peringkat ijazah dalam bidang pengajian
warisan merangkumi museumology, arkeologi dan sains arkib. Di samping itu,
Akademi juga akan mempergiatkan latihan kemahiran untuk melahirkan tenaga
professional yang berkualiti tinggi dalam bidang seperti pementasan dan
pengurusan teater, pencahayaan dan bunyi, peralatan dan set penggambaran
serta pemasaran yang berkesan. Untuk terus menggalak dan membangunkan
industri filem tempatan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
akan memberi penekanan kepada aktiviti bina upaya untuk membangunkan
modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan filem.
498
MUKA
SURAT
23.25 Program bina upaya akan terus dilaksana di Institut Kraf Kebangsaan
serta melalui pelbagai program pembangunan usahawan bagi menyumbang
kepada pembangunan artisan berkemahiran teknologi bagi menghadapi cabaran
masa depan. Satu program khas, iaitu Skim Perantisan Warisan Kraf akan
dilaksanakan dalam tempoh Rancangan untuk memberi kemahiran di samping
memelihara seni dan kraf tradisional.
IV. INSTITUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN
23.26 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan terus menjadi
agensi utama dalam melaksana program dan projek yang berkaitan dengan
budaya, seni dan pemeliharaan warisan negara. Usaha ini akan dilaksanakan
bersama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
Pelancongan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan
Kementerian Penerangan serta kerajaan negeri.
23.27 Dalam tempoh Rancangan, peruntukan sebanyak RM442.4 juta akan
disediakan untuk program budaya, seni dan warisan, seperti ditunjukkan dalam
Jadual 23-1. Daripada jumlah ini, 63 peratus akan digunakan untuk pemeliharaan
dan pemuliharaan warisan budaya dan 37 peratus adalah untuk melaksana
pelbagai program seni dan budaya di peringkat negeri dan daerah.
JADUAL 23-1
PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI PROGRAM
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN, 2001-2010
(RM juta)
Program
RMKe-8 RMKe-9
Perbelanjaan Peruntukan
Kebudayaan dan Kesenian
Taman Budaya 69.9 55.9
Balai Seni Lukis Negara 1.0 22.0
Akademi Seni Kebangsaan 39.7 20.0
FINAS 7.1 3.0
Kraf 67.0 63.5
Warisan
Muzium 79.0 65.0
Arkib 105.1 113.0
Pemuliharaan Warisan Bersejarah 85.2 100.0
Jumlah 454.0 442.4
Sumber : Unit Perancang Ekonomi
MUKA
SURAT
499
BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010
V. PENUTUP
23.27 Dalam tempoh RMKe-8, pelaksanaan program kebudayaan, kesenian
dan warisan menyumbang kepada pengukuhan perpaduan negara serta
menggalakkan industri pelancongan dalam negara. Dalam tempoh RMKe-9,
menyedari bahawa budaya dan warisan adalah saling berkait dalam mengukuhkan
tamadun negara, dan merupakan aspek penting dalam membangun rakyat
Malaysia yang seimbang, bernilai murni dan berketerampilan progresif, fokus
akan diberi untuk mempertingkat peranan budaya, seni dan warisan dalam
kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Bagi mempermudahkannya, kerjasama
strategik antara sektor awam dan sektor swasta serta masyarakat akan diperkukuh.
Usaha untuk mempromosi kraf dan industri budaya kreatif akan juga dipergiatkan
memandangkan industri berkaitan budaya, seni dan warisan berpotensi untuk
dijadikan sumber pertumbuhan ekonomi.

More Related Content

What's hot

Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaMages Panjaman
 
Waj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWaj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWyna Thomas
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropahamiraaa96
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Jeya Kumar
 
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negaraJun Yan Lim
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaKamarzaman Md Sharif
 

What's hot (20)

Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Waj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budayaWaj3106 ciri-ciri budaya
Waj3106 ciri-ciri budaya
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di EropahCiri-ciri zaman pertengahan di Eropah
Ciri-ciri zaman pertengahan di Eropah
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negara
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
 
KERTAS KERJA PROGRAM SAINS SUKAN
KERTAS KERJA PROGRAM SAINS SUKANKERTAS KERJA PROGRAM SAINS SUKAN
KERTAS KERJA PROGRAM SAINS SUKAN
 

Viewers also liked

Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahSohib AlQuran
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 
Penerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporatPenerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporatLee Oi Wah
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 

Viewers also liked (7)

Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
Penerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporatPenerapan budaya koporat
Penerapan budaya koporat
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 

Similar to Seni dan budaya dlm komuniti

Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Karnival Jom gerak
Karnival Jom gerakKarnival Jom gerak
Karnival Jom gerakNazri Sahat
 
Kertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukmKertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukmamyloi_9
 
Mempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negara
Mempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negaraMempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negara
Mempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negaraCt Aida
 
Chapter 1 creative industries
Chapter 1  creative industriesChapter 1  creative industries
Chapter 1 creative industriesHaslina Hassan
 
Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian
Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan KeharmonianBab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian
Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan KeharmonianNadia Rashid
 
Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...
Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...
Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...khaifa363
 
Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5 Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5 MUHAMMADBADRULAMINBI
 
Budaya bangsa yaya
Budaya bangsa yayaBudaya bangsa yaya
Budaya bangsa yayaNoor Hayati
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaNorhayati Ismail
 

Similar to Seni dan budaya dlm komuniti (20)

Visi dan misi
Visi dan misiVisi dan misi
Visi dan misi
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
T5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdf
T5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdfT5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdf
T5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdf
 
Projek SIVIK
Projek SIVIKProjek SIVIK
Projek SIVIK
 
Karnival Jom gerak
Karnival Jom gerakKarnival Jom gerak
Karnival Jom gerak
 
Kertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukmKertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukm
 
Psk t5 n ota t 4 u6
Psk  t5 n ota t 4 u6Psk  t5 n ota t 4 u6
Psk t5 n ota t 4 u6
 
Kae 2
Kae 2Kae 2
Kae 2
 
Dasar kebudayaan kebangsaan dan integrasi
Dasar kebudayaan kebangsaan dan integrasiDasar kebudayaan kebangsaan dan integrasi
Dasar kebudayaan kebangsaan dan integrasi
 
Mempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negara
Mempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negaraMempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negara
Mempromosikan warisan budaya malaysia di dalam dan di luar negara
 
Chapter 1 creative industries
Chapter 1  creative industriesChapter 1  creative industries
Chapter 1 creative industries
 
Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian
Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan KeharmonianBab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian
Bab 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...
Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...
Perbentangan hubungan etnik (pengalaman harian menjalin kesepaduan & mela...
 
Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5 Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5
 
Budaya bangsa yaya
Budaya bangsa yayaBudaya bangsa yaya
Budaya bangsa yaya
 
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
DSKP BAHASA ARAB (SK) SEMAKAN 2017
 
Dskp ba t1
Dskp ba t1Dskp ba t1
Dskp ba t1
 
Dskp ba t1
Dskp ba t1Dskp ba t1
Dskp ba t1
 
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysiaKuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
Kuliah 10 penaungan seni visual di malaysia
 

Seni dan budaya dlm komuniti

  • 1. 23 MEMPERKAYAKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MUKA SURAT 491 BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010 I. PENDAHULUAN 23.01 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di samping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Pelbagai aspek kebudayaan dan kesenian dibangunkan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang luas untuk menyokong pertumbuhan industri pelancongan. Sehubungan ini, usaha gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat kebudayaan dan pembangunan budaya dan seni telah diambil. 23.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), penekanan yang lebih akan diberi kepada pembangunan budaya, seni dan warisan. Penekanan ini adalah selaras dengan Misi Negara untuk membangun modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berdaya saing dari segi ekonomi, tetapi juga berketerampilan progresif dan bernilai murni termasuk nilai budaya positif. Industri berkaitan kebudayaan, kesenian dan warisan terutamanya kraf juga akan digalakkan sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi. Penghayatan terhadap budaya, seni dan warisan akan dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan negara yang lebih besar dalam membina kesedaran terhadap sejarah dan warisan serta masa depan untuk dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia. Kerajaan juga akan membangunkan persekitaran budaya dan seni tempatan yang sihat bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. Penyertaan aktif sektor swasta, badan bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat dalam program dan aktiviti berkaitan budaya, seni dan warisan akan digalakkan, sementara usaha naik taraf sumber dan infrastruktur budaya akan dipergiat. II. KEMAJUAN, 2001-2005 23.03 Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan warisan dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni dan
  • 2. 492 MUKA SURAT budaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar dan program bagi menggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta menggubal strategi baru bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni. Seni dan Budaya Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni dan Budaya 23.04 Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan budaya, pelbagai program dilaksana untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia di semua peringkat. Sehubungan ini, aktiviti berkaitan seni dan budaya dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung. Dalam tempoh Rancangan, empat taman budaya yang baru telah ditubuhkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh taman di seluruh negara. Taman budaya ini menjadi tempat untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta menganjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan. 23.05 Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan 10,200 pelajar telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian Sekolah dengan 2,860 pelajar di sekolah menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia. Bina Upaya dan Latihan 23.06 Akademi Seni Kebangsaan (ASK) terus menyediakan kursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang teater, penulisan kreatif, tarian dan muzik serta cinematography bagi menggalakkan lagi pembangunan seni kreatif dan persembahan serta menyediakan tempat untuk mengasah bakat kreatif. Dalam tempoh Rancangan, seramai 485 pelajar telah mengikuti latihan di akademi, sementara 157 pelajar telah tamat kursus dalam pelbagai bidang. Di samping itu, kursus dan program sedia ada dalam bidang seni persembahan dan seni halus yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi diperluas kepada bidang baru seperti pemodelan grafik berkomputer, seni video digital serta pemasaran dan pengurusan. Kursus dan program ini menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka.
  • 3. MUKA SURAT 493 BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010 Seni Persembahan 23.07 Bagi menyokong industri pelancongan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya, usaha terus diambil oleh Kerajaan dan sektor swasta untuk membangunkan infrastruktur hiburan bertaraf dunia bagi pementasan pertunjukkan bertaraf antarabangsa. Istana Budaya yang dilengkapi dengan peralatan moden dan terkini terus menjadi tempat penting untuk pementasan seni persembahan dan pelbagai pertunjukan kebudayaan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 96 persembahan dipentaskan di Istana Budaya meliputi muzikal, konsert dan tarian yang berjaya menarik lebih daripada 403,400 penonton. Sektor swasta juga turut menyumbang kepada kepelbagaian seni persembahan dengan penubuhan Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur pada tahun 2005. Seni Tampak 23.08 Dalam tempoh Rancangan, pelbagai pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dianjurkan untuk memupuk minat dalam seni tampak. Sejumlah 142 pameran telah dianjurkan yang dikunjungi lebih daripada 866,500 pengunjung. Setiap pameran mempunyai pendekatan dan tema yang berbeza dan mempamerkan bakat dan pemikiran kreatif artis tempatan dan antarabangsa. Balai Seni Lukis Negara (BSLN) terus mengumpul, memelihara dan mempamerkan hasil kerja seni serta memupuk kesedaran dan penghayatan di kalangan semua lapisan masyarakat. Di samping itu, BSLN juga telah memperkenalkan Laman Seni Kuala Lumpur, sebuah pasar seni yang diadakan pada setiap bulan dan mendapat sambutan purata 2,000 pelawat sebulan. Perpaduan Negara 23.09 Menyedari bahawa penghayatan dan menghormati budaya pelbagai etnik di Malaysia adalah penting dalam memupuk identiti Malaysia yang unik, perayaan kebudayaan dan keagamaan kumpulan etnik utama di Malaysia terus disambut di peringkat kebangsaan. Sehubungan ini, Kerajaan menganjur Rumah Terbuka Malaysia bagi menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan Tadau Kaamatan. Sambutan perayaan ini menunjukkan semangat perpaduan negara dan harmoni yang wujud dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya. Warisan 23.10 Bagi memperkukuh dan memupuk penghayatan kepada budaya dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, usaha telah diambil untuk memelihara dan memulihara produk kebudayaan seperti tapak warisan, monumen dan artifak,
  • 4. 494 MUKA SURAT terutamanya yang mempunyai kepentingan sejarah. Sehubungan ini, 63 monumen dan 25 tempat bersejarah dipelihara, dipulihara dan dinaik taraf untuk manfaat negara serta sebagai tarikan pelancong. Produk ini termasuk Rumah Merdeka di Alor Star, Kedah iaitu rumah asal Perdana Menteri pertama yang telah dibaik pulih menjadi sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman. 23.11 Di samping menyenggara muzium sedia ada, muzium dan arkib baru juga diwujudkan bagi menunjukkan pencapaian Malaysia serta menjadi pusat untuk memelihara dan mendokumen sejarah negara. Bagi mempamerkan pencapaian Malaysia dalam industri automatif, Muzium Automobil Nasional telah dibina di Kompleks Litar Antarabangsa Sepang. Muzium tersebut dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004 dan menarik lebih daripada 34,500 pengunjung. Penubuhan Arkib Negara cawangan Kedah/Perlis pada tahun 2003 dan Arkib Negara cawangan Sabah pada tahun 2005 telah memudahkan koleksi, pemerolehan dan pemeliharaan rekod negara bagi tujuan penyelidikan. Di samping itu, Muzium Kesenian Islam menyumbang ke arah mempromosi seni dan artifak Islam tempatan dan asing. Langkah juga diambil mewujudkan kesedaran mengenai kekayaan warisan budaya negara dengan penyebaran maklumat dan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti seperti seminar dan bengkel. III. PROSPEK, 2006-2010 23.12 Dalam tempoh RMKe-9, penumpuan yang lebih akan diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam kehidupan rakyat Malaysia serta menggalakkan industri berkaitan budaya dan seni. Penumpuan ini adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Sehubungan ini, usaha lebih gigih akan diambil bersama sektor swasta bagi mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya negara. Dengan demikian, teras strategik untuk tempoh RMKe-9 adalah seperti berikut: ❑ memupuk nilai budaya positif di kalangan rakyat Malaysia; ❑ memperkukuh penghayatan budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia; ❑ memelihara dan memulihara produk warisan ketara dan tidak ketara; ❑ memajukan industri kraf dan menggalakkan produk kraf untuk pasaran dunia; ❑ membangunkan industri kebudayaan yang kreatif, dan ❑ mengukuhkan program bina upaya bagi memastikan pembangunan budaya, seni dan warisan yang mampan dan berterusan.
  • 5. MUKA SURAT 495 BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010 Pemupukan Nilai Budaya yang Positif 23.13 Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu Bangsa Malaysia adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia. Sehubungan ini, beberapa kempen budi bahasa dan integriti ke arah memperkukuh nilai sosial dan sikap akan diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada perlunya rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara, keharmonian sosial dan kemuafakatan. Pengukuhan Penghayatan Budaya, Seni dan Warisan 23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. 23.15 Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya, seni dan warisan di kalangan belia akan diberi penekanan yang lebih dalam tempoh RMKe-9. Bagi mencapai tujuan ini, langkah gigih akan diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka ini akan dihantar kepada beberapa sekolah di bawah program Tunas Budaya bagi melatih pelajar dalam bidang kesenian. Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sektor pendidikan bagi menyokong pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia pendidikan seni. Di samping itu, program yang sama akan diperluas meliputi kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan akses mereka terhadap seni. Perkongsian strategik antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, organisasi berasaskan seni dan masyarakat berserta sektor swasta akan diwujudkan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini. 23.16 Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar umbi, pelbagai program jangkauan seperti Laman Seni Kuala Lumpur akan dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri. Bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan persembahan, beberapa program interaktif melibatkan penyertaan belia, masyarakat
  • 6. 496 MUKA SURAT dan sektor swasta akan dilaksanakan. Selaras dengan dasar yang diluluskan, langkah bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan aktiviti kesenian akan diambil dalam tempoh RMKe-9. 23.17 Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan penyebaran budaya di samping sebagai sumber hiburan dan penghayatan kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti tinggi akan diperkukuhkan. Usaha yang berterusan akan diambil untuk menarik lebih banyak pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat persembahan yang akan menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya serantau. Bagi meningkatkan akses rakyat kepada seni serta kesedaran mengenai kemudahan yang canggih di Istana Budaya, aktiviti promosi yang agresif dengan tumpuan kepada penerbitan tempatan dan asing akan dilakukan. Usaha ini adalah selaras dengan langkah untuk mewujudkan kawasan budaya di dalam dan persekitaran Istana Budaya. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Produk Warisan 23.18 Akta Warisan Negara 2005 yang dikuatkuasa pada bulan Mac 2006 akan membolehkan satu pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan produk warisan negara yang ketara dan tidak ketara secara lebih selaras dan bersepadu. Akta ini meliputi langkah penguatkuasaan bagi memastikan amalan pemeliharaan dan arkeologi mematuhi piawaian dunia. Pelaksanaan Akta ini akan memudahkan proses mengenalpasti dan menentukan bangunan, monumen dan tapak yang mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah. 23.19 Arkib Negara akan terus memelihara dan mengurus koleksi arkib sebagai warisan negara. Dalam tempoh Rancangan, Arkib Negara akan memberi tumpuan untuk menjadi pusat sumber dan penyelidikan yang menyediakan perkhidmatan perundingan kurator. Bagi tujuan ini, Arkib Negara akan mempelbagai dan meningkatkan kualiti koleksi dan perkhidmatannya serta memperluaskan kepakarannya dalam pelbagai bidang berkaitan. Berikutan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, penyimpanan rekod elektronik dan pemeliharaan dokumen kerajaan yang mempunyai nilai sejarah secara digital pada fasa kedua akan dilaksanakan. Di samping itu, Pusat Dokumentasi Pandang Dengar akan ditubuhkan sebagai pusat penyimpanan rekod. 23.20 Sebagai satu usaha untuk memupuk kesedaran dan penghayatan yang tinggi terhadap kekayaan warisan budaya negara, Muzium Tekstil akan ditubuh pada tahun 2006. Muzium ini akan membantu menyebar pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan mengenai tenunan, songket dan batik dan akan mempamerkan tekstil dari seluruh negara. Muzium ini juga menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar, penyelidik, ahli akademik dan pengusaha kraf.
  • 7. MUKA SURAT 497 BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010 Pengukuhan Industri Kraf dan Promosi Kraf Untuk Pasaran Dunia 23.21 Dalam tempoh RMKe-9, usaha yang berterusan akan diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Usaha mempromosi kraf Malaysia di pasaran tradisi dan baru akan dilaksanakan secara meluas dengan kerjasama sektor swasta. Kaedah pemasaran yang inovatif dan kreatif serta penjenamaan kraf negara akan diusahakan. Pembangunan Industri Kebudayaan Yang Kreatif 23.22 Malaysia mempunyai sumber budaya yang kreatif dan luas dalam bidang seni persembahan, seni halus dan seni tampak, kaligrafi Islam dan penulisan Jawi, filem, pendidikan seni, kesusasteraan dan kraf yang boleh dimaju dan diterokai. Dalam tempoh Rancangan, potensi ekonomi industri budaya kreatif akan terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Bagi memudahkan pembangunan industri ini, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif. Pihak industri akan digalakkan untuk mengguna pelbagai kemudahan di peringkat negeri seperti pusat kebudayaan negeri dan galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping itu, Kerajaan juga akan menyediakan premis perniagaan kepada usahawan untuk mempromosi kraf dan barangan keluaran mereka. 23.23 Promosi dan pemasaran keluaran seni, budaya dan produk warisan di peringkat tempatan dan antarabangsa akan dipergiatkan melalui pelbagai kempen pemasaran dan penganjuran acara antarabangsa yang berprestij. Acara ini seperti Pesta KL, Pesta Filem Malaysia dan Hari Kraf Kebangsaan akan diadakan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kebudayaan. Pengukuhan Program Bina Upaya 23.24 Selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan di kalangan profesional dalam bidang seni persembahan dan warisan, ASK akan dinaiktaraf kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan. Kursus yang ditawarkan di akademi ini akan diperluaskan meliputi kursus di peringkat ijazah dalam bidang pengajian warisan merangkumi museumology, arkeologi dan sains arkib. Di samping itu, Akademi juga akan mempergiatkan latihan kemahiran untuk melahirkan tenaga professional yang berkualiti tinggi dalam bidang seperti pementasan dan pengurusan teater, pencahayaan dan bunyi, peralatan dan set penggambaran serta pemasaran yang berkesan. Untuk terus menggalak dan membangunkan industri filem tempatan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memberi penekanan kepada aktiviti bina upaya untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan filem.
  • 8. 498 MUKA SURAT 23.25 Program bina upaya akan terus dilaksana di Institut Kraf Kebangsaan serta melalui pelbagai program pembangunan usahawan bagi menyumbang kepada pembangunan artisan berkemahiran teknologi bagi menghadapi cabaran masa depan. Satu program khas, iaitu Skim Perantisan Warisan Kraf akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan untuk memberi kemahiran di samping memelihara seni dan kraf tradisional. IV. INSTITUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN 23.26 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan terus menjadi agensi utama dalam melaksana program dan projek yang berkaitan dengan budaya, seni dan pemeliharaan warisan negara. Usaha ini akan dilaksanakan bersama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Penerangan serta kerajaan negeri. 23.27 Dalam tempoh Rancangan, peruntukan sebanyak RM442.4 juta akan disediakan untuk program budaya, seni dan warisan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 23-1. Daripada jumlah ini, 63 peratus akan digunakan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya dan 37 peratus adalah untuk melaksana pelbagai program seni dan budaya di peringkat negeri dan daerah. JADUAL 23-1 PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI PROGRAM KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN, 2001-2010 (RM juta) Program RMKe-8 RMKe-9 Perbelanjaan Peruntukan Kebudayaan dan Kesenian Taman Budaya 69.9 55.9 Balai Seni Lukis Negara 1.0 22.0 Akademi Seni Kebangsaan 39.7 20.0 FINAS 7.1 3.0 Kraf 67.0 63.5 Warisan Muzium 79.0 65.0 Arkib 105.1 113.0 Pemuliharaan Warisan Bersejarah 85.2 100.0 Jumlah 454.0 442.4 Sumber : Unit Perancang Ekonomi
  • 9. MUKA SURAT 499 BAB23RANCANGANMALAYSIAKESEMBILAN2006-2010 V. PENUTUP 23.27 Dalam tempoh RMKe-8, pelaksanaan program kebudayaan, kesenian dan warisan menyumbang kepada pengukuhan perpaduan negara serta menggalakkan industri pelancongan dalam negara. Dalam tempoh RMKe-9, menyedari bahawa budaya dan warisan adalah saling berkait dalam mengukuhkan tamadun negara, dan merupakan aspek penting dalam membangun rakyat Malaysia yang seimbang, bernilai murni dan berketerampilan progresif, fokus akan diberi untuk mempertingkat peranan budaya, seni dan warisan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Bagi mempermudahkannya, kerjasama strategik antara sektor awam dan sektor swasta serta masyarakat akan diperkukuh. Usaha untuk mempromosi kraf dan industri budaya kreatif akan juga dipergiatkan memandangkan industri berkaitan budaya, seni dan warisan berpotensi untuk dijadikan sumber pertumbuhan ekonomi.