Colosseum merupakan stadium Rom kuno yang mampu memuatkan 50,000 penonton. Ia mempunyai struktur berbentuk ovul setinggi 50 meter yang menampilkan persembahan dan pertandingan. Reka bentuknya memberi inspirasi kepada stadium masa kini. Colosseum dan stadium moden sama-sama berfungsi sebagai tempat hiburan untuk penonton.
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH.docx musseum.docx
1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH
KAJIAN KES SEJARAH
TAJUK : REKA BENTUK SENI BINA COLOSSEUM TAMADUN ROM MENJADI ASAS
KEPADA IDEA PEMBINAAN STADIUM PADA MASA KINI.
DISEDIAKAN OLEH : NUR AKMA AQIILAH BINTI NAZRI
KELAS : 1 AL-FARABI
TAHUN : 2019
2. PENDAHULUAN
Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Orang Rom bukan sahaja
membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika, tetapi setiap binaan mempunyai
kegunaan yang khusus. Sebagai contoh seni bina Colosseum yang dapat menempatkan ramai orang
dengan lebih teratur sehingga semua penonton dapat melihat persembahan dan pertandingan yang
diadakan dengan jelas. Colosseum merupakan bangunan berbentuk ovul, bangunan bertingkat
yang boleh menempatkan ramai penonton. Dibawah bangunan terdapatnya bilik-bilik khas yang
menempatkan pelbagai keperluan persembahan atau pertandingan seperti stadium pada masa kini.
OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengetahui tentang reka bentuk seni bina Tamadun Rom dengan lebih lanjut.
Untuk mengetahui tentang persamaan dan perbezaan Colosseum dan Stadium pada masa
kini.
KAEDAH KAJIAN : Kaedah yang digunakan ialah kaedah penulisan
HASIL DAPATAN
1. Ciri-ciri reka bentuk Colosseum
Struktur binaan Colosseum mempunyai ketinggian mencapai 50 meter panjang, lebar
156 meter dan luas keseluruhan bangunan kira-kira 2.5 hektar dengan kawasan arena
seluas 85 meter x 54 meter yang mampu memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa.
1
3. 2. Peranan Colosseum
Peranannya adalah sebagai tempat penyelenggaraan sebuah pertunjukan yang
spektakuler, iaitu sebuah pertarungan antara binatang, pertarungan antara tahanan dan
binatang, pertarungan air dengan cara membanjiri arena, dan pertarungan antara
gladiator. Colosseum juga berfungsi sebagai tempat pertarungan pahlawan atau
gladiator bangsa roma hingga titik darah yang penghabisan.
3. Perbandingan peranan Colosseum dan Stadium pada hari kini
Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri
daripada bangunan terbuka separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat
dan digunakan sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno. Tempat ini
dikatakan sebagai stadium yang hebat disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan
Colosseum itu sendiri.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
- Kesimpulannya, seni bina lama banyak memberi inspirasi dan tauladan yang baik kepada
generasi masa kini dalam pembinaan pelbagai jenis bangunan-bangunan moden. Justeru
itu, kita hendaklah menghargainya dengan cara memelihara bangunan lama supaya
generasi akan datang dapat menghayati dan melihat keiindahan dan keistimewaan
bangunan tersebut.
2
4. LAMPIRAN
Rajah diatas menunjukkan gambaran Colosseum dari pandangan atas
Rajah diatas menunjukkan gambaran Colosseum dari pandangan hadapan
5. LAMPIRAN
Rajah diatas menunjukkan gambaran Stadium pada masa kini dari pandangan atas
Rajah diatas menunjukkan gambaran Stadium pada masa kini dari pandangan hadapan