SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Aktiviti Ilusi optik
Tahukah anda?
Apakah yang dimaksudkan dengan ilusi optik?
Ilusi optik (optical illusion) atau lebih sesuai dikenali sebagai ilusi visual (visual
illusion), melibatkanpengeliruan visual. Pelbagai kesan visual yang mengelirukan boleh dilihat apabila
kita memanipulasikan susunan imej, warna, kesan sumber cahaya dan lain-lain pemboleh ubah yang
berkaitan.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk melihat imej yang tersembunyi di dalam sesuatu gambar
atau fotograf, anda tidak perlu risau. Ini adalah kerana semua orang mengalami ilusi visual dengan
cara yang berbeza. Malah, bagi sesetengah ilusi visual, ada juga yang tidak dapat melihat kesannya
langsung!
Ilusi optik bukan sahaja sesuatu yang seronok dan menarik tetapi ia juga mendedahkan banyak
perkara tentang cara-cara otak berfungsi. Ada pelbagai ilusi optik dan setiapnya ada penjelasan
tentang bagaimana dan mengapa ilusi visual ini berlaku.
Perhatikan kelima-lima roda yang bercorak di atas. Jangan risau jika anda melihatnya berputar!
Jika anda tidak percaya bahawa roda-roda itu sebenarnya tidak berputar, fokus kepada "lidah
bercabang" berwarna merah di empat roda-roda tersebut. Adakah "lidah-lidah" itu bertukar posisi dari
kedudukan asal?
Aktiviti 1: Ilusi Tangan Berlubang
Bahan-bahan
Sehelai kertas A4
Pita selofan
(Alternatif : bekas tiub kertas tisu dapur)
Prosedur
1. Gulungkan lembaran kertas itu untuk membuat tiub kertas dan kemaskannya dengan
menggunakan pita selofan.
2. Pegang tiub kertas itu dengan tangan kanan.
3. Gunakannya untuk melihat melalui mata kanan anda.
4. Pastikan kedua-dua mata terbuka.
5. Sekarang, buka tapak tangan kiri anda dan tempatkannya berhadapan ke arah muka anda.
6. Rapatkan tapak tangan kiri anda ke tiub kertas tadi.
7. Sandarkan tapak tangan kiri anda kepada tiub kertas. Letakkan jaraknya lebih kurang dua per tiga
panjang tiub dari mata anda.
8. Pastikan kedua-dua mata anda terbuka. Apakah yang anda dapat lihat? Adakah anda dapat lihat
sebuah lubang terbentuk di tapak tangan kiri anda? Agak menakutkan, bukan?
Apakah yang berlaku?
Apabila anda melihat melalui tiub kertas dan dalam masa yang sama memerhatikan tapak tangan,
satu ilusi optik telah terhasil. Mata sebelah kiri melihat lubang manakala mata sebelah kanan pula
melihat tapak tangan.
Apa yang berlaku ialah mata dan otak anda mengolah kedua-dua imej dalam masa yang sama.
Tindakan ini menghasilkan imej tapak tangan yang berlubang tanpa mencederakan anda sedikit pun!
Tahukah anda?
Aktiviti 2: Ilusi Bintang Bertukar
Cubalah kad ajaib di bawah untuk melihat sendiri bahawa kadang-kadang apa yang kita lihat tidak
sama dengan apa yang benar-benar berlaku. Ilusi visual ini boleh sahaja dilakukan dengan bantuan
sains!
Bahan-bahan?
Kad “Ilusi Bintang Merah” seperti di dalam gambar di bawah:
Prosedur:
1. Pegang kad “Ilusi Bintang Merah” dengan jarak lebih kurang 30 cm dari penglihatan anda.
2. Renung bulatan hitam di dalam bintang merah di sebelah kiri kad selama 20 saat.
3. Sekarang, alihkan pandangan anda kepada bulatan hitam di dalam petak putih di sebelah kanan.
4. Adakah anda melihat bintang berrwarna hijau muda?
Apakah yang berlaku?
Apabila anda merenung sesuatu warna untuk sesuatu tempoh masa dan kemudian mengalihkan
padangan anda ke arah sesuatu permukaan putih, satu imej tinggal (afterimage) kepada warna
pelengkap (complementary) akan muncul.
Di dalam kes ini apabila kita merenung warna merah, warna yang akan kelihatan ialah warna hijau
muda yang merupakan warna pelengkap kepada merah. Apabila kita merenung warna merah untuk
beberapa lama, fotoreseptor (sel saraf khusus yang mengesan dan bergerak balas terhadap
rangsangan cahaya) cahaya merah pada retina telah menjadi lesu. Ini mengurangkan keupayaannya
untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila kita melihat warna putih sejurus selepas itu, bahagian
merah kepada sinar tuju tidak disampaikan dengan sepenuhnya seperti warna lain. Imej terbaru ini
dipengaruhi oleh susutnya warna merah. Ini mengakibatkan ilusi warna pelengkap kepada merah iaitu
warna hijau muda akan kelihatan.
Tahukah anda?
Di dalam teori warna, apabila dua warna bercampur dengan kadar yang sepatutnya, ia akan
menghasilkan warna neutral (kelabu, putih atau hitam).
Contoh Peristiwa Bercanggah
1. Telur terapung dan tenggelam dalam air
(i) Bahan-bahan:
o Bikar
o Air paip
o Telur
o Garam
(ii) Prosedur:
o Sediakan 2 bikar yang berisi air paip. Air dalam bikar kedua telah
dilarutkan dengan garam.
o Sebelum memasukkan telur ke dalam kedua-dua bikar secara
serentak, murid diminta meramalkan samaada telur tersebut
tenggelam atau terapung.
o Murid diminta memikirkan sebab telur pada bikar pertama tenggelam
manakala telur pada bikar kedua terapung.
2. Telur dalam kelalang kon
(i) Bahan-bahan:
o Telur
o Kelalang kon
o Mancis kayu
(ii) Prosedur:
o Kupas telur kemudian letakkan di atas mulut kelalang kon.
o Murid ditanya bolehkah mereka memasukkan telur tersebut di dalam
kelalang kon tanpa memecahkan telur tersebut. Murid diminta
mengemukakan idea masing-masing.
o Nyalakan mancis kayu. Apabila api terpadam, masukkan batang
mancis serta merta ke dalam kelalang kon dan letakkan telur yang
telah dikupas ke mulut kelalang kon.
o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang
baru mereka saksikan.
3. Belon kebal
(i) Bahan-bahan:
o Belon
o Batang lidi/satay
(ii) Prosedur:
o Tiup belon sehingga mencapai saiz sederhana besar.
o Minta murid meneka apa yang akan terjadi jika pencucuk lidi/satay
ditusuk ke dalam belon.
o Tusuk pencucuk lidi/satay secara perlahan-lahan sehingga menembusi
kedua-dua permukaan dinding belon.
o Minta murid memikirkan sebab belon tersebut tidak meletup.
4. Belon kalis api
(i) Bahan-bahan:
o Belon
o Lilin
o Air
(ii) Prosedur:
o Isikan sedikit air ke dalam belon yang belum ditiup.
o Tiup belon sehingga mencapai saiz sederhana besar.
o Nyalakan lilin
o Nyalakan mancis kayu. Apabila api terpadam, masukkan batang
mancis serta merta ke dalam kelalang kon dan letakkan telur yang
telah dikupas ke mulut kelalang kon.
o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang
baru mereka saksikan.
5. Syiling Ajaib
(i) Bahan-bahan:
o Duit syiling
o Penitis
o Air
(ii) Prosedur:
o Letakkan duit syiling ke atas meja.
o Titiskan satu titis air ke atas permukaan duit syiling dengan
menggunakan penitis.
o Murid diminta meneka berapa titis air yang boleh ditampung oleh duit
syiling tersebut.
o Murid diminta mengira titisan air yang dititiskan ke atas syiling
bersama-sama.
o Kiraan tamat apabila air mencurah ke atas meja.
o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang
baru mereka saksikan.
Cadangan pertandingan
Pertandingan membuat Hoverkraf Botol Plastik
Mari bina sebuah mini hoverkraf yang boleh menggelongsor di atas meja dan lihat bagaimana kita
boleh kalahkan daya geseran dengan mudah.
Bahan-bahan:
Botol plastik
Gunting
Belon
Prosedur:
1. Potong bahagian atas botol plastik, seperti yang ditunjukkan. Cuba dapatkan potongan yang
bersih dan tidak berlekuk.
2. Buat lubang kecil pada penutup botol.
3. Tiup belon hingga besar.
4. Apabila selesai, kepitkan leher belon di antara jari telunjuk dan ibu jari supaya udara tidak terlepas.
5. Sementara itu, muatkan leher belon di atas tutup botol. Anda mungkin perlu seseorang untuk
membantu anda.
6. Dirikan “hoverkraf” anda pada permukaan yang rata, seperti meja, dan lepaskan udara dari belon.
Tolak sedikit hoverkraf itu jika perlu. Anda akan lihat udara bergegas keluar, membuatkan botol itu
terapung dari permukaan meja dan seterusnya meluncur seperti sebuah hoverkraf!
Apakah yang berlaku?
Geseran adalah suatu daya yang cuba untuk melambatkan objek atau memberhentikan objek yang
bergerak. Geseran dihasilkan apabila dua objek bersentuhan. Apabila anda menggosok kedua-dua
tapak tangan anda, geseran membuat kedua-dua permukaan terasa lebih panas.
Geseran boleh menjadi sesuatu yang memberi kebaikan. Tanpa geseran, kaki kita akan sentiasa
meluncur di sana sini. Geseran juga boleh menjadi sesuatu yang kurang diingini. Contohnya apabila
kita mengayuh basikal bertentangan dengan angin yang kuat!
Sebuah hoverkraf dapat bergerak lebih cepat daripada kapal di laut kerana ia seolah-olah ‘terapung’
di atas kusyen udara. Geseran di antara hoverkraf dan udara adalah kurang dari geseran di antara
kapal dan air. Model mini hoverkraf yang kita bina itu juga bergerak dengan mudahnya di atas
“kusyen” udara.

More Related Content

Similar to ILUSIOPTIMASINGKAT

Ipa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewan
Ipa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewanIpa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewan
Ipa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewanSMPK Stella Maris
 
Pertemuan 1 Penyelidikan IPA
Pertemuan 1   Penyelidikan IPAPertemuan 1   Penyelidikan IPA
Pertemuan 1 Penyelidikan IPAIntegrasiscience
 
Laporan Praktikum Biologi
Laporan Praktikum BiologiLaporan Praktikum Biologi
Laporan Praktikum BiologiMonika Sihaloho
 
Materi praktikum kelas ix jadi 1
Materi praktikum kelas ix  jadi  1Materi praktikum kelas ix  jadi  1
Materi praktikum kelas ix jadi 1Bagas Ar-Rosyd
 
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfBuku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfSMPK Stella Maris
 
Objek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.id
Objek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.idObjek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.id
Objek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.idAgus Xtia
 
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfBuku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfArdiansyahArdiansyah78
 
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfBuku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfFitriaEtikaPuri
 
Bab 1 Pengenalan Sel.pdf
Bab 1 Pengenalan Sel.pdfBab 1 Pengenalan Sel.pdf
Bab 1 Pengenalan Sel.pdfagus mulanto
 
Bab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdf
Bab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdfBab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdf
Bab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdfagus mulanto
 
Materi praktikum kelas ix jadi 3
Materi praktikum kelas ix   jadi   3Materi praktikum kelas ix   jadi   3
Materi praktikum kelas ix jadi 3Bagas Ar-Rosyd
 
Pembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius jPembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius jAlpius J
 

Similar to ILUSIOPTIMASINGKAT (20)

Ilusi optik
Ilusi optikIlusi optik
Ilusi optik
 
Tornado tube
Tornado tubeTornado tube
Tornado tube
 
Ipa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewan
Ipa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewanIpa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewan
Ipa8 kd12-indra penglihatan manusia dan hewan
 
Pertemuan 1 Penyelidikan IPA
Pertemuan 1   Penyelidikan IPAPertemuan 1   Penyelidikan IPA
Pertemuan 1 Penyelidikan IPA
 
Laporan Praktikum Biologi
Laporan Praktikum BiologiLaporan Praktikum Biologi
Laporan Praktikum Biologi
 
07 fakta ilmiah
07 fakta ilmiah07 fakta ilmiah
07 fakta ilmiah
 
3B_K1-Konsep Dasar Sains AUD.pptx
3B_K1-Konsep Dasar Sains AUD.pptx3B_K1-Konsep Dasar Sains AUD.pptx
3B_K1-Konsep Dasar Sains AUD.pptx
 
Materi praktikum kelas ix jadi 1
Materi praktikum kelas ix  jadi  1Materi praktikum kelas ix  jadi  1
Materi praktikum kelas ix jadi 1
 
Ipa7 bab1-a
Ipa7 bab1-aIpa7 bab1-a
Ipa7 bab1-a
 
Ipa7 kd1-pdf
Ipa7 kd1-pdfIpa7 kd1-pdf
Ipa7 kd1-pdf
 
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfBuku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
 
Objek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.id
Objek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.idObjek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.id
Objek ipa dan pengamatannya Materi Lengkap di www.jalurppg.id
 
Ipa7 bab1
Ipa7 bab1Ipa7 bab1
Ipa7 bab1
 
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfBuku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
 
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdfBuku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
Buku Murid IPA - Ilmu Pengetahuan Alam Bab 1 - Fase D.pdf
 
Bab 1 Pengenalan Sel.pdf
Bab 1 Pengenalan Sel.pdfBab 1 Pengenalan Sel.pdf
Bab 1 Pengenalan Sel.pdf
 
Bab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdf
Bab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdfBab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdf
Bab 1 Hakikat Ilmu Sains dan Metode Ilmiah.pdf
 
Materi praktikum kelas ix jadi 3
Materi praktikum kelas ix   jadi   3Materi praktikum kelas ix   jadi   3
Materi praktikum kelas ix jadi 3
 
Acara xii
Acara xiiAcara xii
Acara xii
 
Pembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius jPembelajaran tematik alpius j
Pembelajaran tematik alpius j
 

Recently uploaded

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

ILUSIOPTIMASINGKAT

  • 1. Aktiviti Ilusi optik Tahukah anda? Apakah yang dimaksudkan dengan ilusi optik? Ilusi optik (optical illusion) atau lebih sesuai dikenali sebagai ilusi visual (visual illusion), melibatkanpengeliruan visual. Pelbagai kesan visual yang mengelirukan boleh dilihat apabila kita memanipulasikan susunan imej, warna, kesan sumber cahaya dan lain-lain pemboleh ubah yang berkaitan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk melihat imej yang tersembunyi di dalam sesuatu gambar atau fotograf, anda tidak perlu risau. Ini adalah kerana semua orang mengalami ilusi visual dengan cara yang berbeza. Malah, bagi sesetengah ilusi visual, ada juga yang tidak dapat melihat kesannya langsung! Ilusi optik bukan sahaja sesuatu yang seronok dan menarik tetapi ia juga mendedahkan banyak perkara tentang cara-cara otak berfungsi. Ada pelbagai ilusi optik dan setiapnya ada penjelasan tentang bagaimana dan mengapa ilusi visual ini berlaku. Perhatikan kelima-lima roda yang bercorak di atas. Jangan risau jika anda melihatnya berputar! Jika anda tidak percaya bahawa roda-roda itu sebenarnya tidak berputar, fokus kepada "lidah bercabang" berwarna merah di empat roda-roda tersebut. Adakah "lidah-lidah" itu bertukar posisi dari kedudukan asal? Aktiviti 1: Ilusi Tangan Berlubang Bahan-bahan Sehelai kertas A4 Pita selofan (Alternatif : bekas tiub kertas tisu dapur) Prosedur 1. Gulungkan lembaran kertas itu untuk membuat tiub kertas dan kemaskannya dengan menggunakan pita selofan. 2. Pegang tiub kertas itu dengan tangan kanan.
  • 2. 3. Gunakannya untuk melihat melalui mata kanan anda. 4. Pastikan kedua-dua mata terbuka. 5. Sekarang, buka tapak tangan kiri anda dan tempatkannya berhadapan ke arah muka anda. 6. Rapatkan tapak tangan kiri anda ke tiub kertas tadi. 7. Sandarkan tapak tangan kiri anda kepada tiub kertas. Letakkan jaraknya lebih kurang dua per tiga panjang tiub dari mata anda. 8. Pastikan kedua-dua mata anda terbuka. Apakah yang anda dapat lihat? Adakah anda dapat lihat sebuah lubang terbentuk di tapak tangan kiri anda? Agak menakutkan, bukan? Apakah yang berlaku? Apabila anda melihat melalui tiub kertas dan dalam masa yang sama memerhatikan tapak tangan, satu ilusi optik telah terhasil. Mata sebelah kiri melihat lubang manakala mata sebelah kanan pula melihat tapak tangan. Apa yang berlaku ialah mata dan otak anda mengolah kedua-dua imej dalam masa yang sama. Tindakan ini menghasilkan imej tapak tangan yang berlubang tanpa mencederakan anda sedikit pun! Tahukah anda? Aktiviti 2: Ilusi Bintang Bertukar Cubalah kad ajaib di bawah untuk melihat sendiri bahawa kadang-kadang apa yang kita lihat tidak sama dengan apa yang benar-benar berlaku. Ilusi visual ini boleh sahaja dilakukan dengan bantuan sains! Bahan-bahan? Kad “Ilusi Bintang Merah” seperti di dalam gambar di bawah: Prosedur: 1. Pegang kad “Ilusi Bintang Merah” dengan jarak lebih kurang 30 cm dari penglihatan anda. 2. Renung bulatan hitam di dalam bintang merah di sebelah kiri kad selama 20 saat. 3. Sekarang, alihkan pandangan anda kepada bulatan hitam di dalam petak putih di sebelah kanan. 4. Adakah anda melihat bintang berrwarna hijau muda?
  • 3. Apakah yang berlaku? Apabila anda merenung sesuatu warna untuk sesuatu tempoh masa dan kemudian mengalihkan padangan anda ke arah sesuatu permukaan putih, satu imej tinggal (afterimage) kepada warna pelengkap (complementary) akan muncul. Di dalam kes ini apabila kita merenung warna merah, warna yang akan kelihatan ialah warna hijau muda yang merupakan warna pelengkap kepada merah. Apabila kita merenung warna merah untuk beberapa lama, fotoreseptor (sel saraf khusus yang mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan cahaya) cahaya merah pada retina telah menjadi lesu. Ini mengurangkan keupayaannya untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila kita melihat warna putih sejurus selepas itu, bahagian merah kepada sinar tuju tidak disampaikan dengan sepenuhnya seperti warna lain. Imej terbaru ini dipengaruhi oleh susutnya warna merah. Ini mengakibatkan ilusi warna pelengkap kepada merah iaitu warna hijau muda akan kelihatan. Tahukah anda? Di dalam teori warna, apabila dua warna bercampur dengan kadar yang sepatutnya, ia akan menghasilkan warna neutral (kelabu, putih atau hitam).
  • 4. Contoh Peristiwa Bercanggah 1. Telur terapung dan tenggelam dalam air (i) Bahan-bahan: o Bikar o Air paip o Telur o Garam (ii) Prosedur: o Sediakan 2 bikar yang berisi air paip. Air dalam bikar kedua telah dilarutkan dengan garam. o Sebelum memasukkan telur ke dalam kedua-dua bikar secara serentak, murid diminta meramalkan samaada telur tersebut tenggelam atau terapung. o Murid diminta memikirkan sebab telur pada bikar pertama tenggelam manakala telur pada bikar kedua terapung. 2. Telur dalam kelalang kon (i) Bahan-bahan: o Telur o Kelalang kon o Mancis kayu (ii) Prosedur: o Kupas telur kemudian letakkan di atas mulut kelalang kon. o Murid ditanya bolehkah mereka memasukkan telur tersebut di dalam kelalang kon tanpa memecahkan telur tersebut. Murid diminta mengemukakan idea masing-masing. o Nyalakan mancis kayu. Apabila api terpadam, masukkan batang mancis serta merta ke dalam kelalang kon dan letakkan telur yang telah dikupas ke mulut kelalang kon. o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang baru mereka saksikan. 3. Belon kebal (i) Bahan-bahan: o Belon o Batang lidi/satay (ii) Prosedur: o Tiup belon sehingga mencapai saiz sederhana besar. o Minta murid meneka apa yang akan terjadi jika pencucuk lidi/satay ditusuk ke dalam belon.
  • 5. o Tusuk pencucuk lidi/satay secara perlahan-lahan sehingga menembusi kedua-dua permukaan dinding belon. o Minta murid memikirkan sebab belon tersebut tidak meletup. 4. Belon kalis api (i) Bahan-bahan: o Belon o Lilin o Air (ii) Prosedur: o Isikan sedikit air ke dalam belon yang belum ditiup. o Tiup belon sehingga mencapai saiz sederhana besar. o Nyalakan lilin o Nyalakan mancis kayu. Apabila api terpadam, masukkan batang mancis serta merta ke dalam kelalang kon dan letakkan telur yang telah dikupas ke mulut kelalang kon. o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang baru mereka saksikan. 5. Syiling Ajaib (i) Bahan-bahan: o Duit syiling o Penitis o Air (ii) Prosedur: o Letakkan duit syiling ke atas meja. o Titiskan satu titis air ke atas permukaan duit syiling dengan menggunakan penitis. o Murid diminta meneka berapa titis air yang boleh ditampung oleh duit syiling tersebut. o Murid diminta mengira titisan air yang dititiskan ke atas syiling bersama-sama. o Kiraan tamat apabila air mencurah ke atas meja. o Murid diminta memikirkan penjelasan mengenai kejadian sains yang baru mereka saksikan.
  • 6. Cadangan pertandingan Pertandingan membuat Hoverkraf Botol Plastik Mari bina sebuah mini hoverkraf yang boleh menggelongsor di atas meja dan lihat bagaimana kita boleh kalahkan daya geseran dengan mudah. Bahan-bahan: Botol plastik Gunting Belon Prosedur: 1. Potong bahagian atas botol plastik, seperti yang ditunjukkan. Cuba dapatkan potongan yang bersih dan tidak berlekuk. 2. Buat lubang kecil pada penutup botol. 3. Tiup belon hingga besar. 4. Apabila selesai, kepitkan leher belon di antara jari telunjuk dan ibu jari supaya udara tidak terlepas. 5. Sementara itu, muatkan leher belon di atas tutup botol. Anda mungkin perlu seseorang untuk membantu anda.
  • 7. 6. Dirikan “hoverkraf” anda pada permukaan yang rata, seperti meja, dan lepaskan udara dari belon. Tolak sedikit hoverkraf itu jika perlu. Anda akan lihat udara bergegas keluar, membuatkan botol itu terapung dari permukaan meja dan seterusnya meluncur seperti sebuah hoverkraf! Apakah yang berlaku? Geseran adalah suatu daya yang cuba untuk melambatkan objek atau memberhentikan objek yang bergerak. Geseran dihasilkan apabila dua objek bersentuhan. Apabila anda menggosok kedua-dua tapak tangan anda, geseran membuat kedua-dua permukaan terasa lebih panas. Geseran boleh menjadi sesuatu yang memberi kebaikan. Tanpa geseran, kaki kita akan sentiasa meluncur di sana sini. Geseran juga boleh menjadi sesuatu yang kurang diingini. Contohnya apabila kita mengayuh basikal bertentangan dengan angin yang kuat! Sebuah hoverkraf dapat bergerak lebih cepat daripada kapal di laut kerana ia seolah-olah ‘terapung’ di atas kusyen udara. Geseran di antara hoverkraf dan udara adalah kurang dari geseran di antara kapal dan air. Model mini hoverkraf yang kita bina itu juga bergerak dengan mudahnya di atas “kusyen” udara.