SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
BEBERAPA
                                      PERSOALAN
                                                               SOLAT
                                                     MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN




                                                                                    12
                                                        TATACARA PERLAKSANAAN
                                                                          SUJUD SAHWI

Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalih al-
„Utsaimin rahimahullah:
       Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang

       bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat yang

       disebabkan kerana lupa.[1]


Kebiasaannya di Malaysia sujud sahwi ini dilaksanakan seperti berikut:
           1. Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam.
2. Bacaan dalam sujud                                          (Mahasuci Tuhan yang

               tidak tidur dan tidak lupa).
        Sebagaimana dalam bab-bab yang lalu, kita sentiasa menyarankan untuk berpegang
teguh dengan perintah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam untuk mencontohi baginda dalam
ibadah solat sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat
aku bersolat”[2] maka sepatutnya dalam pengamalan sujud sahwi ini ianya juga harus sejajar
dengan tatacara yang dilaksanakan oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam.
        Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:
       “Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum salam atau

       sesudahnya oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua cara ini memang

       diajarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.”[3]
        Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, kita dapati sujud
sahwi ini dilakukan samada sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi
kekurangan atau penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin
rahimahullah menyatakan:
       Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara global ada

       tiga hal iaitu:

           1. Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah
               jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.

           2. Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan
               rukun atau hal yang wajib dalam solat.

           3. Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat
               solat samada tiga atau empat.[4]
Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu
ditegaskan bahawa penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh
membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyari’atkan ke atas kekurangan atau penambahan yang
berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:




        Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua
                                              kali.[5]
Tatacara Sujud Sahwi Ketika Penambahan Dalam Solat


       Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samada ketika masih bersolat atau
sesudah selesai mengerjakannya, ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud,
duduk antara dua sujud dan lain-lain, maka sujud sahwi hanya dilakukan sesudah salam.
Sebagai contohnya sekira seseorang itu ketika bersolat Maghrib dia telah mengerjakan
empat rakaat dan hanya sedar ketika tasyahhud akhir, maka dia sempurnakan
tasyahhudnya lalu memberi salam. Setelah itu dia perlu lakukan sujud sahwi lalu memberi
salam lagi. Sekiranya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan
sujud sahwi serta merta lalu memberi salam. Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru
dia tersedar bahawa solat Maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk
ketika itu juga untuk mengerjakan tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam.
Sesudah itu dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Dalilnya adalah dari
hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh:




        Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur lima
                                          rakaat,
             lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah?”
                         Baginda bertanya: “Mengapa demikian?”
       Para sahabat menjawab: “Anda telah melakukan solat lima rakaat.” Maka
                 bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu.[6]


       Ini berbeza sekali dengan amalan sesetengah umat Islam di Malaysia yang
menganggap solat yang terlebih atau terkurang rakaat secara tidak sengaja itu telah terbatal
lalu perlu diulangi keseluruhan solat tersebut. Sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
yang sebenarnya adalah tidak diulangi solat tersebut (menunjukkan solat itu sah) tetapi
dikerjakan sujud sahwi setelah memberi salam.
       Termasuk juga dalam al-Ziyadah atau penambahan gerakan adalah memberi salam
sebelum solatnya sempurna. Contohnya seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat
kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam menunjukkan berakhirnya
solatnya itu. Ini dianggap penambahan kerana dia menambahkan salam di rakaat kedua
tersebut. Di dalam situasi sebegini sekiranya dia tersedar akan kesilapannya setelah berlalu
waktu yang lama, maka dia harus mengulangi solatnya. Namun begitu sekiranya dia
tersedar dalam waktu yang singkat seperti dua atau tiga minit setelah mengakhiri solatnya,
maka dia harus menyempurnakan baki solatnya yang dua rakaat lagi itu lalu memberi salam.
Setelah itu hendaklah dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Ini adalah
sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh:


      Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah satu
      solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda hanya solat
      dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah
      kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang
      marah. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil
      menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya
      bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid
      sambil mengatakan: “Solat telah diqasarkan (dipendekkan)”. Di antara
      orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk
      bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang
      lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:
“Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?”
       Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.”
          Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah benar yang
            dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.”
              Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan
       menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam
                                  itu baginda bertakbir,
                sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit,
         lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu
        sujud seperti biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya
                                         kembali.”[7]



Tatacara Sujud Sahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam Solat


       Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam
perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud sahwinya dilakukan sebelum salam.
Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk
meneruskan rakaat yang ke tiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk
mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan
melakukan sujud sahwi selepas tasyahhud akhir dan kemudiannya barulah memberi salam.
Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit
untuk berdiri ke rakaat ke tiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk
mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dalil tentang hal ini adalah sebagaimana hadis dari
Abdullah bin Buhainah radhiallahu’anh:
Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat Zuhur bersama
                                  mereka.
 Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak
   melakukan tasyahhud awal), para makmumpun ikut berdiri bersama
                                  baginda;
 hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya,
 baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam,
                         kemudian baru salam.”[8]



Mughirah bin Syu’bah radhiallahu’anh pula telah berkata:




             Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
      “Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua
 (dalam keadaan lupa untuk tasyahhud awal – pen) dan belum sempurna
                                 berdirinya
 maka hendaklah dia duduk kembali (untuk mengerjakan tasyahhud awal
tersebut – pen), dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia
 duduk (teruskan solatnya – pen) dan hendak dia sujud sahwi dua kali.”[9]
Tatacara Sujud Sahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam Solat


    Menurut Muhammad bin Sallih al-‘Utsaimin rahimahullah: “Syak (ragu-ragu) adalah

kebimbangan di antara dua hal tentang yang mana sebenarnya telah dilakukan.”[10]
Contohnya seseorang yang sedang bersolat Isyak dan dia terlupa samada dia sedang
berada dalam rakaat ketiga atau keempat, maka terdapat dua kemungkinan dalam keraguan
tersebut iaitu:


a) Dia memiliki keyakinan kepada salah satu antara dua hal tersebut. Contohnya dia
    mempunyai keyakinan yang lebih bahawa dia sebenarnya berada dalam rakaat ke
    empat. Dalam keadaan sebegini maka dia mengikut keyakinannya dan meneruskan
    solatnya. Sujud Sahwi dilakukan sesudah salam dan kemudian dia memberi salam lagi.
    Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anh:




                  Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya,
                  maka hendaklah dia memilih yang (dianggap – pen) benar,
         lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud
                                         dua kali.[11]



b) Dia tidak memiliki keyakinan di antara dua hal tersebut. Contohnya dia tidak memiliki
    kepastian samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat. Dalam keadaan
    yang sebegini dia sepatutnya memilih rakaat yang paling sedikit iaitu rakaat yang ke tiga
    lalu menyempurnakan solatnya dan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Dalilnya
    adalah sebuah hadis daripada Abdurrahman bin ‘Auf radhiallahu’anh, daripada
    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya,
         sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat,
        maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu
       apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan
              jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah
       ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di
        waktu masih duduk (tasyahhud akhir - pen) sebelum memberi salam, iaitu
                               sujud sahwi sebanyak dua kali.[12]



       Demikianlah penjelasan tentang keadaan yang memerlukan sujud sahwi dilakukan
sebelum atau sesudah salam seperti yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah shalallahu
'alaihi wasallam.


Bacaan Ketika Sujud Sahwi
       Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan
sujud sahwi, ternyata baginda shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan
khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini
bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat
yang biasa:
Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.




       Tentang bacaan                                     Subhaana man laayanaamu

walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf
al-Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat.
       Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:
      Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi

      daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya

      (shalallahu 'alaihi wasallam dalam sujud sahwi - pen) adalah sama seperti

      doa yang dibaca ketika sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan

      bahawa bacaan saat sujud sahwi adalah                             adalah tidak

      benar kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi shalallahu 'alaihi

      wasallam mahupun para sahabatnya. Tidak ada dalil yang berasal dari sunnah
      yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diperolehi

      dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan

      doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang

      sahih.[13]


       Begitulah amaran tegas dari Muhammad Abdussalam al-Syaqiry rahimahullah
tentang doa tersebut. Ini kerana doa tersebut merupakan perkara baru yang diada-adakan
(bid’ah) dan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri telah memerintah kita dengan tegas
untuk menolak segala amalan yang tidak ada contohnya dari al-Qur’an dan al-Sunnah:
Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an)
            dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah),
                    serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan
                    dan setiap yang diada-adakan (bid’ah) adalah sesat.[14]



       Oleh itu sewajarnya untuk kita meninggalkan amalan tersebut dan tetap berada di
atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.




 [1]   Muhammad      bin   Shalih   al-„Utsaimin,   Risalah   Sujud   Sahwi,   Majalah   As-Sunnah,   edisi
 12/VII/1424H/2004M, ms. 41.
 [2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.
 [3] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 98
 [4] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu’ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 382
 [5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 572.
 [6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1226.
 [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 482.
 [8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 829.
 [9] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah,
 hadis no. 1208.
 [10] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Prostration For Forgetfulness In The Prayer, (edisi Bahasa
 Inggeris diterjemah oleh Abu Talhah Dawood), ms. 11.
 [11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 401.
 [12] Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 1656 (Jld. 1, ms. 190) dan dalam
 sanadnya terdapat Muhammad bin Ishaq, seorang perawi yang terkenal melakukan tadlis. Akan tetapi yang
 seumpama dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya – hadis no: 2663 daripada Abu Sa‟id al-Khudri
 dan berkata Syu‟aib al-Arna‟uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban bi Tartil Ibn Balban: “Para
 perawinya thiqah.” Justeru dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad, Syu‟aib al-Arna‟uth
 mengklasifikasikan hadis di atas sebagai hasan lighairihi.
[13] Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Bid’ah-Bid’ah Yang Dianggap Sunnah (edisi terjemahan
oleh Achmad Munir Awood Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), ms. 76-77.
[14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 867.


                                               Ke atas

More Related Content

What's hot

Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatAncaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatNila Fauziah
 
Makalah aik solat
Makalah aik solatMakalah aik solat
Makalah aik solatve attamimi
 
3. Pengertian adzan dan iqamah
3. Pengertian adzan dan iqamah3. Pengertian adzan dan iqamah
3. Pengertian adzan dan iqamahasni furoida
 
Sholat - Pendidikan Agama Islam
Sholat - Pendidikan Agama IslamSholat - Pendidikan Agama Islam
Sholat - Pendidikan Agama Islam@aditnjr
 
Makalah tentang solat
Makalah tentang solatMakalah tentang solat
Makalah tentang solatJuly Uly
 
Adzan & iqomah (4 Madzhab)
Adzan & iqomah (4 Madzhab)Adzan & iqomah (4 Madzhab)
Adzan & iqomah (4 Madzhab)Muhammad Jamhuri
 
Fiqh sholat Dalam Berbagai Madzhab
Fiqh sholat Dalam Berbagai MadzhabFiqh sholat Dalam Berbagai Madzhab
Fiqh sholat Dalam Berbagai MadzhabHermanBudianto4
 
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaJae Aya
 
Materi sholat
Materi sholatMateri sholat
Materi sholatardy33
 
Ppt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamahPpt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamahasni furoida
 
Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8Anennena
 
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubatSholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubatDoddy Elzha Al Jambary
 

What's hot (20)

Solat
SolatSolat
Solat
 
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatAncaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
 
Makalah aik solat
Makalah aik solatMakalah aik solat
Makalah aik solat
 
Sholat sunnah 6 Istisqo - Tasbih
Sholat sunnah 6   Istisqo - TasbihSholat sunnah 6   Istisqo - Tasbih
Sholat sunnah 6 Istisqo - Tasbih
 
3. Pengertian adzan dan iqamah
3. Pengertian adzan dan iqamah3. Pengertian adzan dan iqamah
3. Pengertian adzan dan iqamah
 
makalah Shalat
makalah Shalatmakalah Shalat
makalah Shalat
 
Sholat - Pendidikan Agama Islam
Sholat - Pendidikan Agama IslamSholat - Pendidikan Agama Islam
Sholat - Pendidikan Agama Islam
 
Makalah tentang solat
Makalah tentang solatMakalah tentang solat
Makalah tentang solat
 
Puasa+arafah
Puasa+arafahPuasa+arafah
Puasa+arafah
 
Adzan & iqomah (4 Madzhab)
Adzan & iqomah (4 Madzhab)Adzan & iqomah (4 Madzhab)
Adzan & iqomah (4 Madzhab)
 
Sholat
SholatSholat
Sholat
 
Fiqh sholat Dalam Berbagai Madzhab
Fiqh sholat Dalam Berbagai MadzhabFiqh sholat Dalam Berbagai Madzhab
Fiqh sholat Dalam Berbagai Madzhab
 
Makalah sholat
Makalah sholatMakalah sholat
Makalah sholat
 
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
 
Makalah shalat
Makalah shalatMakalah shalat
Makalah shalat
 
Materi sholat
Materi sholatMateri sholat
Materi sholat
 
Ppt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamahPpt fiqih adzan iqamah
Ppt fiqih adzan iqamah
 
Makalah shalat
Makalah shalatMakalah shalat
Makalah shalat
 
Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8
 
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubatSholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
 

Viewers also liked

презентация - новые книги 2012
презентация - новые книги 2012презентация - новые книги 2012
презентация - новые книги 2012bib_nadin
 
La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012
La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012
La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012unioncameresicilia
 
Childrens hospital-seattle
Childrens hospital-seattleChildrens hospital-seattle
Childrens hospital-seattleKemi Olojede
 
презентация 75 лет Новосибирской области
презентация 75 лет Новосибирской областипрезентация 75 лет Новосибирской области
презентация 75 лет Новосибирской областиbib_nadin
 
презентация 75 лет
презентация 75 летпрезентация 75 лет
презентация 75 летbib_nadin
 
Self organizing teams for managers
Self organizing teams   for managersSelf organizing teams   for managers
Self organizing teams for managersKarimulla Shaikh
 
презентация для вики сибириада
презентация  для вики сибириадапрезентация  для вики сибириада
презентация для вики сибириадаbib_nadin
 
L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013
L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013
L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013unioncameresicilia
 
Las frutas
Las frutasLas frutas
Las frutasMartashm
 
Cruscotto di indicatori statistici II trim. 2012 - Sicilia
Cruscotto di indicatori statistici  II trim. 2012 - SiciliaCruscotto di indicatori statistici  II trim. 2012 - Sicilia
Cruscotto di indicatori statistici II trim. 2012 - Siciliaunioncameresicilia
 
פתיחה אנגלית ומנתקי זרם
פתיחה אנגלית ומנתקי זרםפתיחה אנגלית ומנתקי זרם
פתיחה אנגלית ומנתקי זרםAlon Sela
 
презентация 75 лет
презентация 75 летпрезентация 75 лет
презентация 75 летbib_nadin
 

Viewers also liked (18)

презентация - новые книги 2012
презентация - новые книги 2012презентация - новые книги 2012
презентация - новые книги 2012
 
La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012
La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012
La struttura del sistema delle imprese siciliane nel 2012
 
Aerodromo
AerodromoAerodromo
Aerodromo
 
Childrens hospital-seattle
Childrens hospital-seattleChildrens hospital-seattle
Childrens hospital-seattle
 
презентация 75 лет Новосибирской области
презентация 75 лет Новосибирской областипрезентация 75 лет Новосибирской области
презентация 75 лет Новосибирской области
 
презентация 75 лет
презентация 75 летпрезентация 75 лет
презентация 75 лет
 
Self organizing teams for managers
Self organizing teams   for managersSelf organizing teams   for managers
Self organizing teams for managers
 
презентация для вики сибириада
презентация  для вики сибириадапрезентация  для вики сибириада
презентация для вики сибириада
 
L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013
L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013
L'andamento del tessuto imprenditoriale siciliano nel i trimestre 2013
 
Prezzi - Indis
Prezzi  - IndisPrezzi  - Indis
Prezzi - Indis
 
Rapporto sicilia 2012
Rapporto sicilia 2012Rapporto sicilia 2012
Rapporto sicilia 2012
 
Las frutas
Las frutasLas frutas
Las frutas
 
Cruscotto di indicatori statistici II trim. 2012 - Sicilia
Cruscotto di indicatori statistici  II trim. 2012 - SiciliaCruscotto di indicatori statistici  II trim. 2012 - Sicilia
Cruscotto di indicatori statistici II trim. 2012 - Sicilia
 
פתיחה אנגלית ומנתקי זרם
פתיחה אנגלית ומנתקי זרםפתיחה אנגלית ומנתקי זרם
פתיחה אנגלית ומנתקי זרם
 
Il turismo in sicilia
Il turismo in siciliaIl turismo in sicilia
Il turismo in sicilia
 
презентация 75 лет
презентация 75 летпрезентация 75 лет
презентация 75 лет
 
Wie is fleetkennis
Wie is fleetkennisWie is fleetkennis
Wie is fleetkennis
 
Tourism in sicily
Tourism in sicilyTourism in sicily
Tourism in sicily
 

Similar to TATACARA SUJUD SAHWI

Sujud sahwi, tilawah dan syukur
Sujud sahwi, tilawah dan syukurSujud sahwi, tilawah dan syukur
Sujud sahwi, tilawah dan syukurFaqih Faza
 
Tata Cara Sujud Sahwi
Tata Cara Sujud SahwiTata Cara Sujud Sahwi
Tata Cara Sujud SahwiMawar'99
 
solat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptxsolat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptxHuzaifahMahmud
 
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]badruzaman82
 
Makalah salat
Makalah salatMakalah salat
Makalah salatIben Zani
 
Shalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbihShalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbihHelmon Chan
 
Hukum solat tasbih
Hukum solat tasbihHukum solat tasbih
Hukum solat tasbihAnisK9
 
Sholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptx
Sholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptxSholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptx
Sholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptxssuser7ecb39
 
Shalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatibShalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatibmochdahlan
 
Materi Fiqh
Materi FiqhMateri Fiqh
Materi Fiqhnajikha
 
PPT FIQIH 4.pptx
PPT FIQIH 4.pptxPPT FIQIH 4.pptx
PPT FIQIH 4.pptxDeviAnisa4
 
Tata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki Perempuan
Tata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki PerempuanTata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki Perempuan
Tata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki Perempuanyayak
 
13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi
13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi
13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadisomecake
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxWINNA24
 

Similar to TATACARA SUJUD SAHWI (20)

Sujud sahwi, tilawah dan syukur
Sujud sahwi, tilawah dan syukurSujud sahwi, tilawah dan syukur
Sujud sahwi, tilawah dan syukur
 
Tata Cara Sujud Sahwi
Tata Cara Sujud SahwiTata Cara Sujud Sahwi
Tata Cara Sujud Sahwi
 
Tumakninah
TumakninahTumakninah
Tumakninah
 
solat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptxsolat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptx
 
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
 
Makalah salat
Makalah salatMakalah salat
Makalah salat
 
Makalah shalat
Makalah shalatMakalah shalat
Makalah shalat
 
Tugas 1 1[1]
Tugas 1 1[1]Tugas 1 1[1]
Tugas 1 1[1]
 
Shalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbihShalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbih
 
Hukum solat tasbih
Hukum solat tasbihHukum solat tasbih
Hukum solat tasbih
 
Materi fiqih-3
Materi fiqih-3Materi fiqih-3
Materi fiqih-3
 
Kursus fiqh wanita
Kursus fiqh wanita  Kursus fiqh wanita
Kursus fiqh wanita
 
Sholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptx
Sholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptxSholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptx
Sholluu kamaa roaitumuunii ushollii.pptx
 
Shalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatibShalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatib
 
Materi Fiqh
Materi FiqhMateri Fiqh
Materi Fiqh
 
PPT FIQIH 4.pptx
PPT FIQIH 4.pptxPPT FIQIH 4.pptx
PPT FIQIH 4.pptx
 
Tata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki Perempuan
Tata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki PerempuanTata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki Perempuan
Tata Cara Shalat Rasul Utk Lelaki Perempuan
 
13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi
13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi
13 kesalahan dalam sholat yang sering terjadi
 
Qadha shalat
Qadha shalatQadha shalat
Qadha shalat
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
 

TATACARA SUJUD SAHWI

  • 1. BEBERAPA PERSOALAN SOLAT MAKLUMAT BUKU : KANDUNGAN 12 TATACARA PERLAKSANAAN SUJUD SAHWI Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalih al- „Utsaimin rahimahullah: Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat yang disebabkan kerana lupa.[1] Kebiasaannya di Malaysia sujud sahwi ini dilaksanakan seperti berikut: 1. Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam.
  • 2. 2. Bacaan dalam sujud (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa). Sebagaimana dalam bab-bab yang lalu, kita sentiasa menyarankan untuk berpegang teguh dengan perintah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam untuk mencontohi baginda dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat”[2] maka sepatutnya dalam pengamalan sujud sahwi ini ianya juga harus sejajar dengan tatacara yang dilaksanakan oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: “Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum salam atau sesudahnya oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua cara ini memang diajarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.”[3] Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, kita dapati sujud sahwi ini dilakukan samada sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi kekurangan atau penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menyatakan: Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara global ada tiga hal iaitu: 1. Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya. 2. Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat. 3. Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.[4] Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu ditegaskan bahawa penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyari’atkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali.[5]
  • 3. Tatacara Sujud Sahwi Ketika Penambahan Dalam Solat Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samada ketika masih bersolat atau sesudah selesai mengerjakannya, ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud dan lain-lain, maka sujud sahwi hanya dilakukan sesudah salam. Sebagai contohnya sekira seseorang itu ketika bersolat Maghrib dia telah mengerjakan empat rakaat dan hanya sedar ketika tasyahhud akhir, maka dia sempurnakan tasyahhudnya lalu memberi salam. Setelah itu dia perlu lakukan sujud sahwi lalu memberi salam lagi. Sekiranya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan sujud sahwi serta merta lalu memberi salam. Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa solat Maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk ketika itu juga untuk mengerjakan tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam. Sesudah itu dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Dalilnya adalah dari hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh: Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah?” Baginda bertanya: “Mengapa demikian?” Para sahabat menjawab: “Anda telah melakukan solat lima rakaat.” Maka bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu.[6] Ini berbeza sekali dengan amalan sesetengah umat Islam di Malaysia yang menganggap solat yang terlebih atau terkurang rakaat secara tidak sengaja itu telah terbatal lalu perlu diulangi keseluruhan solat tersebut. Sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam
  • 4. yang sebenarnya adalah tidak diulangi solat tersebut (menunjukkan solat itu sah) tetapi dikerjakan sujud sahwi setelah memberi salam. Termasuk juga dalam al-Ziyadah atau penambahan gerakan adalah memberi salam sebelum solatnya sempurna. Contohnya seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam menunjukkan berakhirnya solatnya itu. Ini dianggap penambahan kerana dia menambahkan salam di rakaat kedua tersebut. Di dalam situasi sebegini sekiranya dia tersedar akan kesilapannya setelah berlalu waktu yang lama, maka dia harus mengulangi solatnya. Namun begitu sekiranya dia tersedar dalam waktu yang singkat seperti dua atau tiga minit setelah mengakhiri solatnya, maka dia harus menyempurnakan baki solatnya yang dua rakaat lagi itu lalu memberi salam. Setelah itu hendaklah dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh: Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah satu solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: “Solat telah diqasarkan (dipendekkan)”. Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:
  • 5. “Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?” Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.” Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah benar yang dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.” Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud seperti biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali.”[7] Tatacara Sujud Sahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam Solat Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud sahwinya dilakukan sebelum salam. Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk meneruskan rakaat yang ke tiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan melakukan sujud sahwi selepas tasyahhud akhir dan kemudiannya barulah memberi salam. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ke tiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dalil tentang hal ini adalah sebagaimana hadis dari Abdullah bin Buhainah radhiallahu’anh:
  • 6. Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat Zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmumpun ikut berdiri bersama baginda; hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam.”[8] Mughirah bin Syu’bah radhiallahu’anh pula telah berkata: Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua (dalam keadaan lupa untuk tasyahhud awal – pen) dan belum sempurna berdirinya maka hendaklah dia duduk kembali (untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut – pen), dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia duduk (teruskan solatnya – pen) dan hendak dia sujud sahwi dua kali.”[9]
  • 7. Tatacara Sujud Sahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam Solat Menurut Muhammad bin Sallih al-‘Utsaimin rahimahullah: “Syak (ragu-ragu) adalah kebimbangan di antara dua hal tentang yang mana sebenarnya telah dilakukan.”[10] Contohnya seseorang yang sedang bersolat Isyak dan dia terlupa samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat, maka terdapat dua kemungkinan dalam keraguan tersebut iaitu: a) Dia memiliki keyakinan kepada salah satu antara dua hal tersebut. Contohnya dia mempunyai keyakinan yang lebih bahawa dia sebenarnya berada dalam rakaat ke empat. Dalam keadaan sebegini maka dia mengikut keyakinannya dan meneruskan solatnya. Sujud Sahwi dilakukan sesudah salam dan kemudian dia memberi salam lagi. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anh: Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, maka hendaklah dia memilih yang (dianggap – pen) benar, lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali.[11] b) Dia tidak memiliki keyakinan di antara dua hal tersebut. Contohnya dia tidak memiliki kepastian samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat. Dalam keadaan yang sebegini dia sepatutnya memilih rakaat yang paling sedikit iaitu rakaat yang ke tiga lalu menyempurnakan solatnya dan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Dalilnya adalah sebuah hadis daripada Abdurrahman bin ‘Auf radhiallahu’anh, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
  • 8. Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya, sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di waktu masih duduk (tasyahhud akhir - pen) sebelum memberi salam, iaitu sujud sahwi sebanyak dua kali.[12] Demikianlah penjelasan tentang keadaan yang memerlukan sujud sahwi dilakukan sebelum atau sesudah salam seperti yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Bacaan Ketika Sujud Sahwi Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:
  • 9. Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya. Tentang bacaan Subhaana man laayanaamu walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf al-Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat. Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata: Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi wasallam dalam sujud sahwi - pen) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud sahwi adalah adalah tidak benar kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabatnya. Tidak ada dalil yang berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang sahih.[13] Begitulah amaran tegas dari Muhammad Abdussalam al-Syaqiry rahimahullah tentang doa tersebut. Ini kerana doa tersebut merupakan perkara baru yang diada-adakan (bid’ah) dan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri telah memerintah kita dengan tegas untuk menolak segala amalan yang tidak ada contohnya dari al-Qur’an dan al-Sunnah:
  • 10. Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (bid’ah) adalah sesat.[14] Oleh itu sewajarnya untuk kita meninggalkan amalan tersebut dan tetap berada di atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. [1] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Risalah Sujud Sahwi, Majalah As-Sunnah, edisi 12/VII/1424H/2004M, ms. 41. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631. [3] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 98 [4] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Majmu’ Fatawa: Bab Ibadah, ms. 382 [5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 572. [6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1226. [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 482. [8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 829. [9] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no. 1208. [10] Muhammad bin Shalih al-„Utsaimin, Prostration For Forgetfulness In The Prayer, (edisi Bahasa Inggeris diterjemah oleh Abu Talhah Dawood), ms. 11. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 401. [12] Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 1656 (Jld. 1, ms. 190) dan dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Ishaq, seorang perawi yang terkenal melakukan tadlis. Akan tetapi yang seumpama dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya – hadis no: 2663 daripada Abu Sa‟id al-Khudri dan berkata Syu‟aib al-Arna‟uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban bi Tartil Ibn Balban: “Para perawinya thiqah.” Justeru dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad, Syu‟aib al-Arna‟uth mengklasifikasikan hadis di atas sebagai hasan lighairihi.
  • 11. [13] Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Bid’ah-Bid’ah Yang Dianggap Sunnah (edisi terjemahan oleh Achmad Munir Awood Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), ms. 76-77. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 867. Ke atas