SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
1) KONSEP PERKHEMAHAN
       1.        Pemantapan Intergrasi
       1.1      Pengagihan peserta kepada 4 platun
       1.2      Intergrasi melalui aktiviti
       1.3      Memasak berkumpulan


       2.        Pertandingan
       2.1       Kawad Individu mewakili kumpulan /platun
       2.2       Seni Perkhemahan
       -         Pintu Gerbang
       -         Gajet
       -         Kraf Perkhemahan
       2.3       Pertandingan Persembahan
       -         Kategori Putera
       -         Kategori Puteri
       3         Khidmas
       3.1       Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.




       4         Kerohanian dan moral
       4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
       4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam



       Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian
seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar
bilik darjah.        Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.         Kepentingan   aktiviti ini juga setara dengan kepentingan
aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap
kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak         ± 13 jenis pasukan pakaian
seragam, ± 100 jenis kelab/persatuan serta ± 30 jenis kelab sukan dan permainan.
Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap
jenis/komponen aktiviti tersebut.
       Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian
Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang
diceburi oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah
berbeza.    Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya
berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.
       Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil Bahagian pengajian
Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dinilai secara
standard agar aspek ini dapat diambil kira dlam proses pemgambilan pelajar ke
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.




   2) TUJUAN PERKHEMAHAN
       Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
       penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini.Para
       belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak
       sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius.Pergerakan pengakap dan pandu
       puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat
       menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama,
       bangsa dan negaranya.Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti
       yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut.


              Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri
       sesuatu perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau
       ketika di rumah.Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang
       sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan
       mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri
       sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:
i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.
- Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang
disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap
dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan,
peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.Kerap kali mereka
terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai.Keadaan ini dapat melatih
peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan
rintangan.Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal,
jasmani dan mental.
- Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang
akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana,
setiap   peserta    dipertanggungjwabkan     menguruskan      kesemua     kegiatan
hariannya   tanpa   bantuan    daripada   sesiapa pun     contohnya, memasak,
membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya.
- Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka
yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam
semulajadi dan kawasan desa.
Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia.Terutamanya mereka
yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam
semulajadi dan kawasan desa.Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali
pokok getah atau padi dan sebagainya.Belia dari bandar dapat mengadakan
perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai.Mereka
dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan
sebagainya.Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak
terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.


ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.
- Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita
tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang
terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa
keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita
didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan
menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-
bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen
yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah
S.W.T yang
- Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua
masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan
dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara
satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat
bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi
membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.
- Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan.
Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan
tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan
mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.


iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.
- Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka
dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih
luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah
proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk
mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi
tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang
damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.
v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.
- Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati
oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan
sayang serta kesediaan untuk melindungialam sekitar semula jadi yang penuh
dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran
sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama
tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya.
- Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan
nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu
juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka
bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi.Seolah-olah ada satu keanehan
dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya
ini bertambah-tambah.Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan
mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun
kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.
- Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan
yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk
berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang
sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan
daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa
melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.


vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.
- Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia
II.   Bermula   dari   beberapa   keluarga   bercambah   menjadi   berjuta-   juta
keluarga.Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan
tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan-
kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti
sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan
perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi
maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan
kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali
terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.
- Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila
kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti
memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama-
sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga
berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai
lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan
dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang.


vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.
- Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan
pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk
mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin,
berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan
mereka.
- Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai
topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan
juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan
diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan
seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya.
menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting
ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah
merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.


.iii.Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.
- Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta
akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan
aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali
peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam,
kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi
mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan
  keturunan.




3) JENIS KHEMAH
  Jenis-jenis khemah
  Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz
  dan kegunaan iaitu:
  - Rigde tent
  - Frame tent
  - Dome tent
  - Bell tent


  Ridge tent
  • Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
  • Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya
  mudah dibawa dan dilipat


  Dome tent
  • Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
  • Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di
  sekolah dan sebagainya.


  Frame tent
  • Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
  • Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.


  Bell tent
  • Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
  • Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
  “DOME”.
4) PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL


  PERANCANGAN
  Penyediaan Kertas Kerja – Kertaskerja mestilah mengandungi
  beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas
  diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah
  seperti berikut:-
  – Tajuk
  – Tarikh
  – Matlamat
  – Objektif
  – Plan tindakan
  – Pengisian Program
  – Sumber tenaga
  – Sumber kewangan
  – Kawalan
  – Penilaian


  PERSIAPAN AWAL
  Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang
  perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan,
  sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang
  difikirkan perlu.
  Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan
  program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan
  dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak
  pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi.
  Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan
  dari ahli atau tajaan mana-mana pihak.
  Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan
perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya.
    Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik
    pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu
    tempat.
    Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat
    tempahan supaya tidak berlaku kesulitan.


5) PEMILIHAN TEMPAT


•   Tanah yang rata dan selesa berbaring
•   Ada perlindungan dari bukit atau pokok menghalang ancaman angin.
•   Dekat dengan punca air.
•   Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya.
•   Mendapat cahaya matahari.
•   Mempunyai jalan perhubungan yang baik.


6) ASPEK KESELAMATAN


    Sistem kawalan – sediakan jadual giliran kawalan
    malam.
    Kod Laluan – Gunakan kod yang diketahui dan telah
    disahkan oleh semua ahli.
    Peralatan – lampu suluh, tongkat, wisel, buku
    catatan.
    Peti ubat yang lengkap dan terkawal. Ada petugas
    yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula.
    Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau
    Cedera.
    Keselamatan Api
    Jangan membiarkan api tanpa pengawasan.
Jangan merokok dan menyala api di dalam khemah. Hanya lampu suluh sahaja
dibenarkan. Padamkan api dengan segera jika angin kuat bertiup ke arah
khemah.
Jangan membuang pontong rokok dan bara api merata tempat.
Jangan memasang api tanpa tujuan.
Keselamatan air
Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu licin, lereng
curam,kayu-kayu merbahaya dan arus laju.
Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu berenang.
Apa bila mandi di sungai sentiasa mengadap ke arah hulu sungai.
Jangan turun ke dalam sungai, jika arus laju.
Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau pelampung.
Keselamatan di Kawasan Perkhemahan
         Berkhemah di tempat yang selamat
         Buang objek tajam yang berada kawasan perkhemahan.
         Perlu diwujudkan pasukan kawalan (sentri).
         Wujudkan sistem kecemasan seperti password, tandaan boundry.
         Tabur sulfur (belerang) di keliling kawasan atau khemah.


     7) KEMUDAHAN ASAS


         KRAF PERKHEMAHAN
     •   Gadget @ Alat-alat kecil


i.       Tempat Menggantung barang
                 Diperbuat   dari   pohon   kecil   yang   banyak   cabang.Ia   bertujuan
         menggantung kole messtin sudu dan lain-lain


i.       Para letak barang
                 Diperbuat daripada beberapa batang kayuuntuk meletak barang-barang
         seperti pek,kasut dan makanan, ia boleh dibuat berbagai bentuk 3 segi atau 4
         segi.


i.       Alas tanah
                 Beberapa batang kayu disusun dan dialas dengan kayu lain supaya tidak
         mencecah tanah. Ia sesuai meletak pek, kasut dan barang-barang lain.


         iv Tempat jemur kasut
         Tempat jemur kasut Cabang kayu yang dipacak           di atas tanah
         v. Penyapu Sampah
         Ranting-ranting kayu yang kecil dan teguh diikat dengan sebatang kayu yang
         panjang
vi. Tempat Lilin
Tin kosong yang ditebuk di atas dan disebahagian badan tin, ia juga boleh dibuat
dengan buluh
Vii. Penggantung Baju
Kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1/3 meter digantung dengan tali
ditengah kayu
vii. Sudip
Kayu dipotong kira kira 1 kaki dan salah satu bahagian hujungnya ditarah dan
dibentukkan hingga leper.
viii. Pelindung Dapur
Tin biskut atau tun minyak tahah di potong bahagian sisi di sebelah atas atau
pacakan anak pohon kayu agar menlindungi arah angin
ix. Tempat sudu.garpu/berus gigi
Lubang kecil berbentuk panjang ditebuk pada tin kosong atau botol plastik
supaya sudu dan garpu boleh diselit pada lubang tersebut diletakan berus gigi
lubang itubhendaklah dibesarkan sedikit sehingga muat
Ampaian kain
Selain tali rafia, dahan kayu atau palang kayu boleh digunakan untuk menjemur
kain
xi. Tempat pinggan
Kayu disusun dengan sebegitu rupa supaya pinggan diselit dicelahnya.
xii. Bangku Panjang
Kayu panjang diletakkan di atas pancang atau di atas palang tiang
Jenis-jenis Kraf Perkhemahan

• Fire craft

• Ropes craft

• Woodcraft

• Tool craft

• Khemah

• Shelter (tempat berteduh)
Fire craft

• Api penting digunakan dalam kehidupan seharian.

• Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan,

keselesaan, memasak dan sebagainya.

• Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi

hitam, merosakkan dahan dan akar pokok

Membuat Unggun Api

• Kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A.

• Menggunakan 3 elemen iaitu:Haba, angina dan bahan bakar

• Bentukkan huruf„A‟ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf „A‟ menghala
arah angin

• Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf „A‟ dan nyalakan api.

• Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan.

Ropes craft

• Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali.

• Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

• Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti
perkhemahan.

Jenis-jenis lkatan(Stopper knots)

• Overhand

• This is the simplest knot. Therefore probably the most used. The knot is very useful to
support knots in yarns.The loose ends become a bit thicker. When this support makes
the totalbend too bulky you have to look for another bend. The overhand knot is not
strong, so it is not used in situations where you might expect great force. It also reduces
the strength of the rope or yarn by about 50%. But as an "anti-slip-knot" it does not have
to withstand a lot.

Wood craft

• Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf

kayu atau disebut sebagai “gajet”

• Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu:

• Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan.

• Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.

Tool craft

• Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan.

• Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu

untuk melakukan aktiviti ketika berada di hutan.

Khemah

• Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar

• Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah:

• Mendapatkan kebenaran dan maklumat

• Kemudahan asas seperti bekalan air

• Kawasan lapang

• Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan
8) PEMERIKSAAN

Jangan berkhemah dekat dengan sungai atau anak sungai di kawasan hulu atau
kawasan berbukit

Elak dari kawasan semak atau belukar.

Jangan berkhemah di atas tanah yang lembab

Elak dari tanah tebing yang curam.

Elakkan pohon mati atau pohon besar atau kawasan yang terdedah dengan matahari
panas sepanjang hari.

Elak dari denai binatang.

Elak dari kaki bukit yang curam.

Elak dari kawasan lidah air (cantuman 2 sungai)
9) REFLEKSI

Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia
serta kekuatan yang diberikan, saya berpeluang mempelajari banyak input serta
pengalaman baru daripada unit beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia bagi
semester ini.

Sepanjang mempelajari sukatan wajib bagi persatuan ini, saya telah memperolehi
banyak ilmu yang bermanfaat.Contohnya berkenaan ilmu-ilmu perkhemahan yang
boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian.Selain itu, pembelajaran ini juga
membantu saya dalam mendisiplinkan diri, khususnya melalui aktiviti kawad kaki
yang dipelajari.

Saya juga telah mempelajari berkenaan tatacara perjumpaan yang membantu
memberi pengalaman yang sangat berguna.Melalui topik ini, saya dapat mengetahui
protokol serta adab-adab yang perlu dijaga sewaktu berada dalam suatu
perjumpaan formal.Tatacara perjumpaan dalam PPIM sangat mementingkan aspek
keagamaan.Hal ini kerana setiap perjumpaan akan dimulakan dengan bacaan doa
serta nyanyian asma‟ al husna. Hal ini memberikan ketenangan kepada saya dan
rakan-rakan yang lain setiap kali perjumpaan diadakan.

mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang
terdapat pada diri saya dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya
miliki ialah minat yang mendalam untuk mempelajari, mengkaji seterusnya
memahami dengan lebih mendalam berkenaan perlembagaan di Malaysia, tanah air
yang dicintai.Saya juga berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan meklumat
berkenaan topik ini.Selain itu, kekuatan yang dimiliki ialah memiliki rakan
sekumpulan saya yang bersemangat dan mampu memberi kerjasama yang sebaik
mungkin sepanjang menjayakan kerja kursus pendek ini.Perkongsian ilmu dan
pendapat telah banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus yang lebih
berkualiti.

Di samping kekuatan yang dimiliki, terdapat juga beberapa kelemahan yang
terdapat dalam diri saya yang telah dikenal pasti.Antara kelemahan yang saya miliki
ialah saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan maklumat yang
bersesuian dengan topik.Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk
memahami berkenaan perlembagaan di Malaysia.Hal ini kerana tajuk perlembagaan
merupakan satu topik yang besar dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya bagi
mengelakkan berlaku salah faham.Rentetan masalah ini, saya mengambil inisiatif
untuk   mengadakan        perbincangan   dengan     rakan   sekumpulan     saya    bagi
mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai topik ini.Setelah mengadakan
perbincangan, saya dapat memahami tentang perkhemahan dengan lebih
jelas.Selain itu, pensyarah pembimbing Doktor Norjahan turut membantu dalam
memberi       kefahaman   yang   lebih   jelas.Beliau   mengendalikan     perbincangan
berkenaan konsep perkhemahan dan pelaksanaannya di kem.Perbincangan
sebegini banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran di samping
memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Walaupun berhadapan dengan beberapa kelemahan diri, namun saya bersyukur
kerana terdapat beberapa peluang yang diperolehi.Pensyarah subjek, Puan Haliza
Haji Ibrahim banyak mendorong saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan
ini.Puan Haliza sangat menggalakkan percambahan idea melalui lontaran
pendapat.Beliau sangat terbuka dalam menerima pendapat dan tidak lokek
berkongsi ilmu serta bersedia untuk memperbetul kesilapan saya dan rakan-rakan
dalam       melontarkan   pendapat.Kesannya,    saya    menjadi   lebih   berani   dan
berkeyakinan dalam memberi idea dan berkongsi maklumat terbaru yang saya
perolehi dengan rakan-rakan.Sememangnya keberanian begini yang harus dimiliki
oleh saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, peluang lain yang diperolehi ialah
terdapat banyak maklumat berkaitan perkhemahan yang boleh didapati melalui
internet.

Saya juga tidak dapat lari daripada ancaman luaran sepanjang menyiapkan tugasan
ini. Ancaman yang diperolehi ialah saya dan rakan-rakan yang lain memiliki masa
yang agak terhad kerana perlu menyerahkan dua tugasan bagi subjek lain dalam
minggu yang sama. Jadi, kami perlu menyusun jadual masa sebaik mungkin bagi
memastikan semua tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan serta
menghasilkan tugasan yang berkualiti.

Melalui tugasan ini juga, saya telah memperolehi ilmu yang sangat berguna
mengenai aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkhemahan.Selain itu,
saya juga sedar bahawa guru sangat berperanan dalam menyebarkan ilmu-ilmu dan
menyuntik semangat ingin sihat dan cergas dalam diri anak didik. Saya sangat
sedar akan kepentingan kemahiran asas perkhemahan, jadi saya berusaha sedaya
upaya untuk mempraktikkannya. Saya juga sedar akan pentingnya penerapan nilai-
nilai yang digariskan dalam perkhemahan. Saya sangat yakin bahawa seorang
pendidik   perlu   memiliki   pengetahuan   yang   luas   dalam   pelbagai   bidang
memandangkan tugas pendidik pada hari ini semakin mencabar.

Melalui pengalaman mengikuti perkhemahan ini, saya lebih berkeyakinan untuk
menghadapi masalah pada masa depan. Saya juga mendapati perbincangan dan
perkongsian ilmu sangat penting dalam proses pembelajaran. Saya akan
mengaplikasikan Ilmu yang diperolehi dengan sebaik mungkin. Insya Allah.




Disediakan oleh:

HARYATI BINTI ISMAIL.

900109-03-5164

More Related Content

Viewers also liked

Masakan rimba solar
Masakan rimba solarMasakan rimba solar
Masakan rimba solarimtiaz78
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp02
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp0262208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp02
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp02Aminorashid Salamon
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrsNor Ainee
 
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumsoulmoon
 
KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA
KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA
KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA Thilagavathy Krishnasamy
 
Kurikulum PPIM
Kurikulum PPIMKurikulum PPIM
Kurikulum PPIMAzizan Jae
 

Viewers also liked (8)

Masakan rimba solar
Masakan rimba solarMasakan rimba solar
Masakan rimba solar
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp02
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp0262208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp02
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs-140214184831-phpapp02
 
Gajet
GajetGajet
Gajet
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
 
KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA
KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA
KH TING 1 BAB PAKAIAN LABEL JAGAAN TEKSTIL ANTARABANGSA
 
perancangan strategik
perancangan  strategikperancangan  strategik
perancangan strategik
 
Kurikulum PPIM
Kurikulum PPIMKurikulum PPIM
Kurikulum PPIM
 

Similar to Asemen ppim yati

Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7 Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7 endahnurfebriyanti
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktacikgushamsuddin
 
2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt
2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt
2-3-4-kepramukaan-scouting-is.pptMuhammadAzka22
 
2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf
2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf
2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdfsdn9barurejo
 
Presentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptx
Presentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptxPresentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptx
Presentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptxCasmadiCasmadi1
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613
LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613
LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613ShidatulEzwaNajib1
 
PLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdf
PLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdfPLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdf
PLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdfbobypranata1
 
1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx
1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx
1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptxsissmart2
 

Similar to Asemen ppim yati (20)

Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7 Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
Laporan Pengabdian Gerakan Sumut Mengajar Kelompok 21 Batch 7
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis fakta
 
Karangan kejiranan
Karangan kejirananKarangan kejiranan
Karangan kejiranan
 
Pembelajaran berwawasan kemasyarakatan
Pembelajaran berwawasan kemasyarakatanPembelajaran berwawasan kemasyarakatan
Pembelajaran berwawasan kemasyarakatan
 
TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015
 
2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt
2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt
2-3-4-kepramukaan-scouting-is.ppt
 
2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf
2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf
2.10.f. P5 Modul Kearifan Lokal-VIII- SMPN 1 Tegalsari.pdf
 
Presentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptx
Presentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptxPresentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptx
Presentasi Ruang Kolaborasi – Modul 1 Kelompok A2.pptx
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Presentasi Tugas Kelompok (1).pptx
Presentasi Tugas Kelompok (1).pptxPresentasi Tugas Kelompok (1).pptx
Presentasi Tugas Kelompok (1).pptx
 
Gen sbh
Gen sbhGen sbh
Gen sbh
 
LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613
LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613
LMCP 1522 Tugasan Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial A168613
 
Pendidikan luar
Pendidikan luarPendidikan luar
Pendidikan luar
 
PLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdf
PLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdfPLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdf
PLK SEBAGAI KURIKULUM PENJAS [Compatibility Mode].pdf
 
1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx
1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx
1.1.a.5.2. Unggah Tugas Ruang Kolaborasi - Modul 1.1.pptx
 

More from Haryati Ismail

Present eduyatisal copy
Present eduyatisal copyPresent eduyatisal copy
Present eduyatisal copyHaryati Ismail
 
Phrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rgPhrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rgHaryati Ismail
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suHaryati Ismail
 
Asemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalanAsemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalanHaryati Ismail
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixitiMin mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixitiHaryati Ismail
 
Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1Haryati Ismail
 
Min mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasiMin mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasiHaryati Ismail
 

More from Haryati Ismail (20)

Worksheet darab yati
Worksheet darab yatiWorksheet darab yati
Worksheet darab yati
 
Worksheet yatie kiutt
Worksheet yatie kiuttWorksheet yatie kiutt
Worksheet yatie kiutt
 
Present eduyatisal copy
Present eduyatisal copyPresent eduyatisal copy
Present eduyatisal copy
 
Pn haliza punyas
Pn haliza punyasPn haliza punyas
Pn haliza punyas
 
Phrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rgPhrgaan pgakuan n b0rg
Phrgaan pgakuan n b0rg
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
Miskonsepsi
MiskonsepsiMiskonsepsi
Miskonsepsi
 
Miskonsepsi yati
Miskonsepsi yatiMiskonsepsi yati
Miskonsepsi yati
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
 
Individual reflection
Individual reflectionIndividual reflection
Individual reflection
 
Asemen mte3114
Asemen mte3114Asemen mte3114
Asemen mte3114
 
Asemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalanAsemen mte3114 pengenalan
Asemen mte3114 pengenalan
 
Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2Present proposal mektie 2
Present proposal mektie 2
 
Min mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixitiMin mesy jerjak pjalanan aktixiti
Min mesy jerjak pjalanan aktixiti
 
Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3Min mesy jerjak latest3
Min mesy jerjak latest3
 
Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2Min mesy jerjak latest2
Min mesy jerjak latest2
 
Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1Min mesy jerjak latest1
Min mesy jerjak latest1
 
Min mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasiMin mesy jerjak cdgn lokasi
Min mesy jerjak cdgn lokasi
 
Min ke 3
Min ke 3Min ke 3
Min ke 3
 
Dokumen bukti
Dokumen buktiDokumen bukti
Dokumen bukti
 

Asemen ppim yati

  • 1. 1) KONSEP PERKHEMAHAN 1. Pemantapan Intergrasi 1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun 1.2 Intergrasi melalui aktiviti 1.3 Memasak berkumpulan 2. Pertandingan 2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun 2.2 Seni Perkhemahan - Pintu Gerbang - Gajet - Kraf Perkhemahan 2.3 Pertandingan Persembahan - Kategori Putera - Kategori Puteri 3 Khidmas 3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan. 4 Kerohanian dan moral 4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam 4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta kelab sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
  • 2. Pada masa ini sekolah menawarkan sebanyak ± 13 jenis pasukan pakaian seragam, ± 100 jenis kelab/persatuan serta ± 30 jenis kelab sukan dan permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis/komponen aktiviti tersebut. Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh pelajar-pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat semata-mata hanya berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil 9, 1997, wakil Bahagian pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dapat dinilai secara standard agar aspek ini dapat diambil kira dlam proses pemgambilan pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. 2) TUJUAN PERKHEMAHAN Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini.Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius.Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya.Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut. Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah.Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:
  • 3. i. Berkhemah sebagai cara pendidikan. - Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau dan sungai.Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan.Latihan- latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental. - Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya. - Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia.Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa.Sesetengah- sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya.Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai.Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya.Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu. ii. Berkhemah sebagai cara ibadat. - Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa
  • 4. keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai- bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang - Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin. - Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan. iv. Berkhemah Untuk Rekreasi. - Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir. v. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari Ketenangan.
  • 5. - Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungialam sekitar semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya. - Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai provokasi.Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-tambah.Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya. - Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi. vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan. - Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga.Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipur dan kawasan- kawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan
  • 6. kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan. - Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama- sama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama tegang. vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan. - Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka. - Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya. menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T. .iii.Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial. - Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi
  • 7. mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. 3) JENIS KHEMAH Jenis-jenis khemah Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: - Rigde tent - Frame tent - Dome tent - Bell tent Ridge tent • Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. • Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat Dome tent • Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. • Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya. Frame tent • Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. • Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian. Bell tent • Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. • Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
  • 8. 4) PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL PERANCANGAN Penyediaan Kertas Kerja – Kertaskerja mestilah mengandungi beberapa perkara penting supaya perancangan program jelas diketahui oleh pihak pentadbiran. Antara perkara penting adalah seperti berikut:- – Tajuk – Tarikh – Matlamat – Objektif – Plan tindakan – Pengisian Program – Sumber tenaga – Sumber kewangan – Kawalan – Penilaian PERSIAPAN AWAL Tinjauan - perlu dilakukan sebelum program dijalankan. Banyak faktor yang perlu diberi perhatian seperti kesesuaian tempat, keselamatan kawasan, sumber air dan makanan, sistem perhubungan dan lain-lain faktor yang difikirkan perlu. Surat menyurat – surat-surat untuk dalaman seperti permohonan kelulusan program kepada pengetua, perlantik jawatan kuasa, permohonan peralatan dan sebagainya. Surat-surat kepada kepada berbagai pihak luar seperti pihak pengurusan kawasan perkhemahan, polis, hospital dan lain-laian lagi. Sumber kewangan – perlu jelas sumber kewangan. Sebagai contoh kutipan dari ahli atau tajaan mana-mana pihak. Perancangan perbelanjaan – perlu sedia satu senarai perancangan
  • 9. perbelanjaan seperti pembelian bahan makanan, alatan dan sebagainya. Persediaan alatan – Alatan yang hendak digunakan perlu diperiksa, dan dibaik pulih jika perlu atau ditambah jika kurang, dikelaskan dan dikumpulkan di satu tempat. Pengangkutan - Perlu tahu apa jenis pengangkutan yang diperlukan. Buat tempahan supaya tidak berlaku kesulitan. 5) PEMILIHAN TEMPAT • Tanah yang rata dan selesa berbaring • Ada perlindungan dari bukit atau pokok menghalang ancaman angin. • Dekat dengan punca air. • Mempunyai pemandangan yang indah dan lapang melihatnya. • Mendapat cahaya matahari. • Mempunyai jalan perhubungan yang baik. 6) ASPEK KESELAMATAN Sistem kawalan – sediakan jadual giliran kawalan malam. Kod Laluan – Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli. Peralatan – lampu suluh, tongkat, wisel, buku catatan. Peti ubat yang lengkap dan terkawal. Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula. Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit atau Cedera. Keselamatan Api Jangan membiarkan api tanpa pengawasan.
  • 10. Jangan merokok dan menyala api di dalam khemah. Hanya lampu suluh sahaja dibenarkan. Padamkan api dengan segera jika angin kuat bertiup ke arah khemah. Jangan membuang pontong rokok dan bara api merata tempat. Jangan memasang api tanpa tujuan. Keselamatan air Jangan mengambil air, mandi, membasuh di tempat batu licin, lereng curam,kayu-kayu merbahaya dan arus laju. Jangan mandi bersendirian, jika tidak tahu berenang. Apa bila mandi di sungai sentiasa mengadap ke arah hulu sungai. Jangan turun ke dalam sungai, jika arus laju. Sediakan alat bantuan kecemasan sepeti tali atau pelampung.
  • 11. Keselamatan di Kawasan Perkhemahan Berkhemah di tempat yang selamat Buang objek tajam yang berada kawasan perkhemahan. Perlu diwujudkan pasukan kawalan (sentri). Wujudkan sistem kecemasan seperti password, tandaan boundry. Tabur sulfur (belerang) di keliling kawasan atau khemah. 7) KEMUDAHAN ASAS KRAF PERKHEMAHAN • Gadget @ Alat-alat kecil i. Tempat Menggantung barang Diperbuat dari pohon kecil yang banyak cabang.Ia bertujuan menggantung kole messtin sudu dan lain-lain i. Para letak barang Diperbuat daripada beberapa batang kayuuntuk meletak barang-barang seperti pek,kasut dan makanan, ia boleh dibuat berbagai bentuk 3 segi atau 4 segi. i. Alas tanah Beberapa batang kayu disusun dan dialas dengan kayu lain supaya tidak mencecah tanah. Ia sesuai meletak pek, kasut dan barang-barang lain. iv Tempat jemur kasut Tempat jemur kasut Cabang kayu yang dipacak di atas tanah v. Penyapu Sampah Ranting-ranting kayu yang kecil dan teguh diikat dengan sebatang kayu yang panjang
  • 12. vi. Tempat Lilin Tin kosong yang ditebuk di atas dan disebahagian badan tin, ia juga boleh dibuat dengan buluh Vii. Penggantung Baju Kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1/3 meter digantung dengan tali ditengah kayu vii. Sudip Kayu dipotong kira kira 1 kaki dan salah satu bahagian hujungnya ditarah dan dibentukkan hingga leper. viii. Pelindung Dapur Tin biskut atau tun minyak tahah di potong bahagian sisi di sebelah atas atau pacakan anak pohon kayu agar menlindungi arah angin ix. Tempat sudu.garpu/berus gigi Lubang kecil berbentuk panjang ditebuk pada tin kosong atau botol plastik supaya sudu dan garpu boleh diselit pada lubang tersebut diletakan berus gigi lubang itubhendaklah dibesarkan sedikit sehingga muat Ampaian kain Selain tali rafia, dahan kayu atau palang kayu boleh digunakan untuk menjemur kain xi. Tempat pinggan Kayu disusun dengan sebegitu rupa supaya pinggan diselit dicelahnya. xii. Bangku Panjang Kayu panjang diletakkan di atas pancang atau di atas palang tiang
  • 13. Jenis-jenis Kraf Perkhemahan • Fire craft • Ropes craft • Woodcraft • Tool craft • Khemah • Shelter (tempat berteduh)
  • 14. Fire craft • Api penting digunakan dalam kehidupan seharian. • Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, keselesaan, memasak dan sebagainya. • Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok Membuat Unggun Api • Kaedah “Fire Triangle” – bentuk huruf A. • Menggunakan 3 elemen iaitu:Haba, angina dan bahan bakar • Bentukkan huruf„A‟ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf „A‟ menghala arah angin • Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf „A‟ dan nyalakan api. • Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan. Ropes craft • Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali. • Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian. • Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan. Jenis-jenis lkatan(Stopper knots) • Overhand • This is the simplest knot. Therefore probably the most used. The knot is very useful to support knots in yarns.The loose ends become a bit thicker. When this support makes
  • 15. the totalbend too bulky you have to look for another bend. The overhand knot is not strong, so it is not used in situations where you might expect great force. It also reduces the strength of the rope or yarn by about 50%. But as an "anti-slip-knot" it does not have to withstand a lot. Wood craft • Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau disebut sebagai “gajet” • Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu: • Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan. • Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur. Tool craft • Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan. • Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu untuk melakukan aktiviti ketika berada di hutan. Khemah • Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar • Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah: • Mendapatkan kebenaran dan maklumat • Kemudahan asas seperti bekalan air • Kawasan lapang • Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan
  • 16. 8) PEMERIKSAAN Jangan berkhemah dekat dengan sungai atau anak sungai di kawasan hulu atau kawasan berbukit Elak dari kawasan semak atau belukar. Jangan berkhemah di atas tanah yang lembab Elak dari tanah tebing yang curam. Elakkan pohon mati atau pohon besar atau kawasan yang terdedah dengan matahari panas sepanjang hari. Elak dari denai binatang. Elak dari kaki bukit yang curam. Elak dari kawasan lidah air (cantuman 2 sungai)
  • 17. 9) REFLEKSI Alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta kekuatan yang diberikan, saya berpeluang mempelajari banyak input serta pengalaman baru daripada unit beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia bagi semester ini. Sepanjang mempelajari sukatan wajib bagi persatuan ini, saya telah memperolehi banyak ilmu yang bermanfaat.Contohnya berkenaan ilmu-ilmu perkhemahan yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian.Selain itu, pembelajaran ini juga membantu saya dalam mendisiplinkan diri, khususnya melalui aktiviti kawad kaki yang dipelajari. Saya juga telah mempelajari berkenaan tatacara perjumpaan yang membantu memberi pengalaman yang sangat berguna.Melalui topik ini, saya dapat mengetahui protokol serta adab-adab yang perlu dijaga sewaktu berada dalam suatu perjumpaan formal.Tatacara perjumpaan dalam PPIM sangat mementingkan aspek keagamaan.Hal ini kerana setiap perjumpaan akan dimulakan dengan bacaan doa serta nyanyian asma‟ al husna. Hal ini memberikan ketenangan kepada saya dan rakan-rakan yang lain setiap kali perjumpaan diadakan. mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman yang terdapat pada diri saya dalam menghasilkan tugasan ini. Antara kekuatan yang saya miliki ialah minat yang mendalam untuk mempelajari, mengkaji seterusnya memahami dengan lebih mendalam berkenaan perlembagaan di Malaysia, tanah air yang dicintai.Saya juga berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan meklumat berkenaan topik ini.Selain itu, kekuatan yang dimiliki ialah memiliki rakan sekumpulan saya yang bersemangat dan mampu memberi kerjasama yang sebaik mungkin sepanjang menjayakan kerja kursus pendek ini.Perkongsian ilmu dan pendapat telah banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti. Di samping kekuatan yang dimiliki, terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat dalam diri saya yang telah dikenal pasti.Antara kelemahan yang saya miliki
  • 18. ialah saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan maklumat yang bersesuian dengan topik.Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami berkenaan perlembagaan di Malaysia.Hal ini kerana tajuk perlembagaan merupakan satu topik yang besar dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku salah faham.Rentetan masalah ini, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sekumpulan saya bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai topik ini.Setelah mengadakan perbincangan, saya dapat memahami tentang perkhemahan dengan lebih jelas.Selain itu, pensyarah pembimbing Doktor Norjahan turut membantu dalam memberi kefahaman yang lebih jelas.Beliau mengendalikan perbincangan berkenaan konsep perkhemahan dan pelaksanaannya di kem.Perbincangan sebegini banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran di samping memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Walaupun berhadapan dengan beberapa kelemahan diri, namun saya bersyukur kerana terdapat beberapa peluang yang diperolehi.Pensyarah subjek, Puan Haliza Haji Ibrahim banyak mendorong saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini.Puan Haliza sangat menggalakkan percambahan idea melalui lontaran pendapat.Beliau sangat terbuka dalam menerima pendapat dan tidak lokek berkongsi ilmu serta bersedia untuk memperbetul kesilapan saya dan rakan-rakan dalam melontarkan pendapat.Kesannya, saya menjadi lebih berani dan berkeyakinan dalam memberi idea dan berkongsi maklumat terbaru yang saya perolehi dengan rakan-rakan.Sememangnya keberanian begini yang harus dimiliki oleh saya sebagai seorang bakal guru. Selain itu, peluang lain yang diperolehi ialah terdapat banyak maklumat berkaitan perkhemahan yang boleh didapati melalui internet. Saya juga tidak dapat lari daripada ancaman luaran sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ancaman yang diperolehi ialah saya dan rakan-rakan yang lain memiliki masa yang agak terhad kerana perlu menyerahkan dua tugasan bagi subjek lain dalam minggu yang sama. Jadi, kami perlu menyusun jadual masa sebaik mungkin bagi
  • 19. memastikan semua tugasan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan serta menghasilkan tugasan yang berkualiti. Melalui tugasan ini juga, saya telah memperolehi ilmu yang sangat berguna mengenai aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkhemahan.Selain itu, saya juga sedar bahawa guru sangat berperanan dalam menyebarkan ilmu-ilmu dan menyuntik semangat ingin sihat dan cergas dalam diri anak didik. Saya sangat sedar akan kepentingan kemahiran asas perkhemahan, jadi saya berusaha sedaya upaya untuk mempraktikkannya. Saya juga sedar akan pentingnya penerapan nilai- nilai yang digariskan dalam perkhemahan. Saya sangat yakin bahawa seorang pendidik perlu memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang memandangkan tugas pendidik pada hari ini semakin mencabar. Melalui pengalaman mengikuti perkhemahan ini, saya lebih berkeyakinan untuk menghadapi masalah pada masa depan. Saya juga mendapati perbincangan dan perkongsian ilmu sangat penting dalam proses pembelajaran. Saya akan mengaplikasikan Ilmu yang diperolehi dengan sebaik mungkin. Insya Allah. Disediakan oleh: HARYATI BINTI ISMAIL. 900109-03-5164