2. PENGENALAN
Pembangunan sosial ialah proses perubahan sosial untuk meningkatkan
taraf hidup masyarakat dan turut berlaku proses pembangunan ekonomi
untuk melengkapkan pembangunan sosial.
Sebagai manusia, kita haruslah menghormati sesama sendiri tanpa mengira
pangkat, warna atau agama kerana ia merupakan amalan yang paling
terbaik. Amalan terbaik ialah suatu amalan yang dapat diterapkan dalam
sesebuah negara agar memperoleh banyak kebaikan dari aspek sosial,
ekonomi, alam sekitar dan kebudayaan. Selain itu,kita perlulah membantu
orang fakir dan miskin agar dapat meningkatkan keseimbangan sosial.
KESEIMBANGAN
SOSIAL
3. BERIKUT MERUPAKAN AMALAN TERBAIK BAGI KESEJAHTERAAN SOSIAL
A
B
C
D
AMALAN TERBAIK
Mengimarahkan masjid dan membuat program keagamaan di
masjid untuk mengeratkan hubungan sosial
Menghormati sesama kaum bagi menjaga keamanan sosial
Bersedekah, membantu fakir miskin dan menghormati
anak yatim
Memupuk semangat kerjasama dalam kejiranan dengan
mengadakan program gotong royong demi menjaga alam
sekitar
E Menghormati acara perayaan kaum lain dan saling membantu apabila
berada dalam kesusahan
4. Orang Jepun mempunyai tabiat membelikan rakan dan keluarga buah tangan
atau cenderamata semasa melancong.
Perbuatan menuding jari kepada orang lain adalah perbuatan yang tidak
beradab. Kebanyakan orang Jepun tidak biasa dengan perbuatan merenung
mata dengan jangka masa yang lama ketika berbual.
Mereka amat menghargai dan menitikberatkan amalan menepati masa dalam
kehidupan seharian. Aktiviti pengangkutan seperti kereta api juga
datang tepat pada waktu masa.
Masyarakat Jepun menerima pendidikan tentang amalan menjaga kebersihan
sejak tadika lagi dan di peringkat sekolah juga ada diperuntukan masa
untuk membersihkan kelas.
JEPUN
AMALAN TERBAIK
NEGARA JEPUN
5. Masyarakat Korea Selatan sangat mementingkan nilai kekeluargaan.
Kebajikan keluarga adalah lagi penting dari kebajikan diri sendiri.
Sistem pengangkutan di Korea Selatan adalah antara sistem jaringan
yang paling luas seperti bas dan tren bawah tanah.
Negara ini juga dikenali kerana aktiviti kitar semula mereka.
Setiap daerah diberikan plastik yang berbeza untuk membezakan
tempat sampah itu. Pelaksana daerah memasang CCTV untuk mencari
orang yang membuang sampah merata-rata dan memberi denda kepada
mereka.
KOREA SELATAN
AMALAN TERBAIK DI
NEGARA KOREA SELATAN
6. Amalan bantu membantu sesama kaum sangat diterapkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia terutama apabila berlakunya banjir besar ataupun
pandemik
Amalan bersedekah di Malaysia sudah dijadikan trend lagi lagi apabila
memasuki Bulan Ramadan. Ramai rakyat Malaysia membuat majlis berbuka
puasa di Rumah Anak-Anak Yatim untuk meraikan mereka di samping
memberi duit raya.
Rakyat Malaysia mempunyai sikap timbang rasa yang tinggi apabila
menghadapi sesuatu masalah bersama.Contohnya, penggunaan masjid
sebagai tempat perlindungan apabila berlakunya tanah runtuh tidak kira
pelbagai kaum
MALAYSIA
AMALAN TERBAIK
NEGARA MALAYSIA
7. Pelajar Finland tidak digalakkan untuk terus-menerus belajar tanpa
henti, mereka mendapat waktu rehat 15 minit setiap 45 minit
belajar. Mereka percaya rehat yang cukup akan mampu menyerap
pelajaran lebih baik dan membantu anak lebih fokus.
Yuran pendidikannya yang percuma bahkan hingga ke makanan,
pengangkutan hingga bayaran untuk ujian kesihatan pun percuma.
Sekolah-sekolah di Finland tidak ada sistem ranking.
Finland juga tidak mengelaskan para pelajar mengikut tahap
kepintaran
FINLAND
AMALAN TERBAIK DI
NEGARA FINLAND
8. Kita mestilah menjaga kesejahteraan sosial
sesama kita untuk membangunkan negara. Negara
yang aman adalah negara yang mempunyai banyak
amalan terbaik yang boleh menjadi contoh kepada
negara luar. Agama islam juga menganjurkan
umatnya untuk bersedekah dan memberikan bantuan
kepada golongan fakir miskin mengikut kemampuan
masing-masing.
KESIMPULAN