2. • 1.1 Sains adalah Sebahagian daripada
Kehidupan Seharian
Sains ialah disiplin ilmu yang melibatkan
pemerhatian dan eksperimen yang sistematik
terhadap fenomena alam semula jadi.
Fenomena semulajadi ialah kejadian yang berlaku
dalam alam sekeliling dan dapat dijelaskan secara
saintifik.
Contoh:
1. Pembentukan pelangi
2. Ais mencair
3. Tumbesaran Bayi
3. KEPENTINGAN SAINS DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN
• PERUBATAN
• PENGANGKUTAN
• TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
• PERTANIAN
• PERINDUSTRIAN
4. KERJAYA DALAM SAINS
BIDANG SAINS KAJIAN KERJAYA YANG BERKAITAN
BIOLOGI KAJIAN TENTANG BENDA
HIDUP
ZOOLOGI,MIKROBIOLOGI,
BIOLOGI,BOTANI,DOKTOR,
GURU,OSEANOGRAFI
KIMIA KAJIAN TENTANG JIRIM DAN
TINDAK BALAS YANG
BERLAKU
FARMAKOLOGI,FORENSIK,
FARMASI,OSEANOGRAFI,KIMIA
FIZIK KAJIAN TENTANG TENAGA
DAN KESANNYA TERHADAP
JIRIM
KEJURUTERAAN,TENAGA
ELEKTRIK,ASTRONOMI,FIZIK,
GURU,METEOROLOGI
GEOLOGI KAJIAN TENTANG BATUAN,
TANIH DAN MINERAL
GEOLOGI,GURU
ASTRONOMI KAJIAN TENTANG
PLANET,BINTANG DAN
OBJEK LAIN DALAM ALAM
SEMESTA
ASTROFIZIK
METEOROLOGI KAJIAN TENTANG
PERUBAHAN CUACA DAN
IKLIM
HIDROMETEOROLOGI
5. • 1.2 Makmal Sains Anda
Makmal sains ialah satu bilik yang dikhaskan untuk
menjalankan kajian atau eksperimen saintifik.
Pelbagai bahan dan radas contohnya:-
1. Silinder penyukat
2. Kaki retort
3. Pipet
6.
7.
8. Peraturan dan Langkah-Langkah Keselamatan di dalam
Makmal
Peraturan di dalam makmal
i. Jangan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran
ii. Jangan mulakan eksperimen sebelum diarahkan oleh guru
iii. Baca arahan dan fahami arahan eksperimen terlebih dahulu
iv. Gunakan semua bahan kimia dan peralatan dengan betul dan
cermat
v. Dilarang minum,makan dan bermain-main di dalam makmal
vi. Dilarang mengeluarkan peralatan dan bahan kimia dar
makmal
vii. Kembalikan peralatan dan bahan kimia dari makmal
viii. Pastikan tempat menjalankan eksperimen sentiasa kemas dan
bersih
ix. Cuci semua peralatan dan buang bahan buangan mengikut
kaedah yang betul
x. Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum meninggalkan
makmal
9. Langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan
bahan kimia dan radas
i. Jangan halakan hujung tabung uji ke arah diri
sendiri atau orang lain
ii. Gunakan cermin pelindung mata ketika
mencampurkan atau memanaskan bahan kimia
iii. Jauhkan bahan kimia yang mudah terbakar
daripada sebarang sumber api
iv. Jangan merasa atau menghidu bau kecuali
dibenarkan oleh guru
10. • 1.3 Kuantiti Fizik dan Unitnya
Kuantiti Fizik Unit SI Simbol unit
SI
Panjang Meter m
Jisim Kilogram kg
Masa Saat s
Suhu Kelvin K
Arus elektrik Ampere A
11. Imbuhan
awalan
simbol Nilai Nilai dalam
bentuk
piawai
giga G 1000000000 X 109
mega M 1000000 X 106
kilo k 1000 X 103
desi d 0.1 / 10-1
senti c 0.01 / 10-2
mili m 0.001 / 10-3
mikro µ 0.000001 / 10-6
nano n 0.000000001 / 10-9
12. • 1.4 Penggunaan alat pengukur, Kejituan,
Kepersisan, Kepekaan dan Ralat
Penggunaan Alat Pengukur yang betul
A)Mengukur panjang
Panjang ialah jarak di antara dua titik. Unit S.I. panjang ialah
meter(m). Panjang juga boleh diukur dalam milimeter (mm),
sentimeter (cm) atau kilometer (km)
Contoh:-
Pembaris
Pita Pengukur
13. B) Menyukat jisim
Jisim sesuatu objek ialah kuantiti jirim yang terkandung di
dalamnya. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg)
Contoh:-
Neraca tuas
Neraca tiga alur
C) Mengukur masa
Unit S.I. bagi masa ialah saat (s). Unit lain masa termasuklah
minit (min), (j), hari, bulan, tahun, dekad dan sebagainya.
Contoh:-
Jam randik (kejituannya 0.1 atau 0.2
14. D)Menyukat Suhu
Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu
objek. Unit S.I. bagi suhu ialah Kelvin (K). Walau
bagaimanapun, darjah Celsius (°C) biasanya
digunakan sebagai unit ukuran suhu dalam
kehidupan.
Contoh:-
Termometer makmal (kejituan 1°C)
Termometer klinik (kejituan 0.1°C)
15. E) Menyukat arus elektrik
Ammeter digunakan untuk menyukat arus elektrik
dalam sesuatu litar
Contoh:-
Ammeter
F) Menyukat Isi padu Air
Silinder penyukat digunakan untuk menyukat isi
padu air. (ralat berlaku apabila mata pembaca tidak
berserenjang dengan skala bacaan).
16. Penggunaan Alat Pengukur yang Lebih Jitu
A) Mengukur panjang. Contohnya:-
I. Angkup vernier. Ia digunakan untuk ketebalan atau
diameter luar, diameter dalam dan kedalaman suatu
objek. Bahagian terkecil bacaan angkup vernier ialah
0.01cm atau 0.1mm.
Cara pengiraan:-
17. II. Tolok Skru Mikrometer. Ia digunakan untuk mengukur
ketebalan dan diameter objek kecil seperti
kertas,rambut dan lain-lain. Bacaan terkecil tolok skru
mikrometer ialah 0.001cm atau 0.01mm. Lebih jitu dari
angkup vernier.
Cara pengiraan:-
18. III. Tetapi angkup vernier digital dan tolok skru
mikrometer digital dapat mengukur dengan
lebih jitu berbanding yang lain.
B) Menyukat Jisim
Penimbang digital. Ia dapat mengukur bacaan jisim
dengan lebih tepat dan jitu.
C) Menyukat Masa
Jam randik digital lebih tepat dari jam randik biasa
kerana dapat mengukur masa sehingga 0.01saat
manakala jam randik biasa dapat mengukur masa
sehingga 0.1saat.
19. D) Menyukat Suhu
Termometer digital dapat memberikan bacaan suhu
dengan lebih tepat dan jitu kerana dapat menyukat
suhu sehingga 0.1°C.Sering digunakan di klinik-klinik
kini.
E) Menyukat Arus Elektrik
Ammeter digital memberikan bacaan arus elektrik
dengan lebih tepat dan jitu kerana dapat menyukat
sehingga 0.01 A
20. Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh objek
Pengukuran Luas Permukaan
Unit:
1 m² = 100 cm × 100cm 1 cm² = 10 mm × 10 mm
= 10 000 cm² = 100 mm²
1. Mengukur luas bagi objek yang berbentuk sekata /
tetap
1. Menggunakan rumus matematik :
Luas segi empat sama = Panjang x Lebar
Luas segi empat tepat = Panjang x Lebar
Luas segi tiga = ½ x Tapak x Tinggi
Luas segi empat sama =
Panjang x lebar
= 5 cm x 5 cm
= 25 cm2
5cm
5cm
21. Pengukuran Luas Permukaan
2. Menganggarkan luas bentuk tidak sekata
1. Menggunakan kertas graf
2. Syarat untuk menandakan :
i. Keseluruhan kotak dipenuhi
ii. Separuh daripada kotak dipenuhi
iii. Lebih daripada separuh kotak dipenuhi
3. Hitung bilangan tanda.
Bentuk tidak sekata
Luas = Bilangan tanda x 1
cm2
= 9 x 1cm2
= 9 cm2
Bentuk sekata
Luas = 8 cm2
22. Objek bentuk tidak
sekata
Pengukuran Isipadu Pepejal
Objek bentuk
sekata
Objek terapung
Isipadu kubus
logam
= ( y – x ) cm3
Isipadu gabus
= ( y – x ) cm3
Isipadu air
tersesar = Isipadu
batu
23.
24.
25. Kaedah Saintifik. Ia merupakan kaedah sistematik uang digunakan
bagi menyelesaikan masalah dalam sains. Kaedah ini mempunyai
beberapa langkah penting bagi membolehkan sesuatu
permasalahan itu diselesaikan atau dijelaskan dengan kaedah yang
betul.
i. Mengenal pasti masalah – Mengenal pasti masalah yang boleh diuji
dengan penyiasatan saintifik.
ii. Membina hipotesis – Kita perlu membina satu hipotesis sebagai
penerangan awal pemerhatian atau fenomena yang sedang dikaji.
Hipotesis ini perlu diuji.
iii. Mengawal pemboleh ubah – Kenal pasti jenis pemboleh ubah yang
terbabit.( Pemboleh ubah ialah kuantiti fizik yang boleh
mempengaruhi )contohnya:- dimanipulasi,bergerak balas,
dimalarkan).
iv. Merancang eksperimen – Kita perlu merancang reka bentuk
eksperimen terlebih dahulu dengan betul. Kita juga perlu memilih
bahan-bahan dan radas yang sesuai untuk eksperimen
26. v. Menjalankan eksperimen - Semasa menjalankan eksperimen, langkah
berjaga –jaga mesti diamalkan pada setiap masa untuk mendapatkan
data yang lebih tepat.Langkah keselamatan diperlukan untuk
menghindari kemalangan.
vi. Mengumpul data – Pengumpulan data dilakukan secara berhati –hati
dengan menggunakan alat yang sesuai dengan mengambil kira sebarang
ralat rawak atau sistematik yang mungkin berlaku. Pastikan ukuran
diulang sekurang –kurangnya tiga kali untuk mendapatkan nilai yang
lebih tepat dan jitu. Gunakan untuk merekod data.
vii. Menganalisis dan mentafsirkan data – Analisis perlu disertakan dengan
bentuk komunikasi yang berkesan seperti penggunaan graf dan jadual.
viii. Membuat kesimpulan – Kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis
eksperimen; sama ada hipotesis diterima atau ditolak . Jika ditolak, kita
perlu membuat hipotesis yang baharu
ix. Menulis laporan – Ketika menulis laporan , semua data dan maklumat
yang penting perlu disertakan :-
Pernyataan masalah
Hipotesis
Tujuan
27. Pemboleh ubah
Bahan dan radas
Prosedur
Pemerhatian/Keputusan
Analisis dan tafsiran data
Kesimpulan