1. SINGA YANG SAKIT
Suatu masa dahulu,ada seekor singa yang sudah tua sehingga dia
tidak lagi mampu berlari dan memburu makanan.
Tetapi walaupun kakinya tegang, akalnya masih pintar. Dia
memikirkan satu rancangan yang bijak.
Dia mahu semua haiwan lain berasa kasihan kepadanya,maka dia
berpura-pura sakit.
“Aku berasa sakit,lapar dan lemah,” singa itu merintih di dalam
guanya. “Tidak lama lagi aku akan mati!”
Seperti yang diharapkan oleh singa, seekor tupai mendengar
rintihannya dan memberitahu beberapa ekor arnab.
Arnab memberitahu burung. Tidak lama kemudian, semua haiwan
tahu tentang singa sakit yang hampir mati.
Haiwan-haiwan itu mengumpul pelbagai jenis makanan. Satu demi
satu mereka membawanya masuk ke dalam gua singa.
Tupai membawa sedikit kekacang, arnab membawa dedaun lembut
dan burung-burung membawa cacing.
Tetapi di dalam gua,singa menerkam haiwan-haiwan itu dan
memakan mereka! Tidak lama kemudian,dia menjadi gemuk.
Akhirnya rubah datang mengunjungi singa.”Apa khabar,Tuan
Singa?” tanyanya.
“Wahai sahabatku,” kata singa.”Mataku semakin rabun. Datanglah
dekat supaya aku daopat melihat siapa kamu.”
2. Rubah bijak itu melihat banyak bekas tapak kaki kecil yang masuk
ke dalam gua,tetapi tiada yang keluar!
Rubah yang sopan itu berkata, “Daripada tapak kaki ini, nampaknya
kamu ada tetamu.”
“Baiklah, aku datang lain kali apabila kamu ada masa lapang!”Rubah
pun pergi meninggalkan singa.
Kawan-kawan, pengajaran dari cerita ini ialah orang yang
bijaksana akan belajar daripada kesilapan orang lain.