Kura-kura dan monyet bersahabat, tetapi ketika kura-kura meminta tolong memetik buah pisangnya, monyet hanya mementingkan diri sendiri. Kura-kura menanam duri untuk mengajar monyet, lalu monyet terluka ketika melompat turun. Monyet membalas dengan mencampakkan kura-kura ke sungai, tetapi kura-kura hanya berpura-pura mati dan berterima kasih kerana dibawa ke tempat yang disukainya.
1. KURA-KURA DENGAN MONYET
Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura suka
bercucuk tanam sedang kawannya pula asyik merayau dari pokok ke pokok kerana mencari
makanan.
Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura masak dan berusahalah kura-kura
untuk memetiknya tetapi gagal.
Lalu ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, kesukaan sangatlah monyet mendapat
makanan kegemarannya sehingga tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menungggu di
bawah pokok bersama kulit-kulit pisang yang dibuang oleh monyet.
Hilang sabar menyebabkan kura-kura menanam-menanam duri-duri di bawah pokok pisang
untuk mengajar kawannya yang mementingkan diri itu.
Sebaik melompat turun dengan kekenyangan, kaki monyet tertusuk duri tajam dan mengaduh
kesakitanlah ia. Dihempaskan kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.
Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun
memikul kura-kura ke tepi sungai lalu dicampakkan kura-kura ke dalam air.
Hatinya begitu puas melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-
kura timbul semula di hadapannya lalu mengucapkan terima kasih kerana dihantar ke tempat
kegemarannya, iaitu air.