Menabung mempunyai banyak faedah seperti membantu membiayai pembelian aset, menyediakan dana pendidikan anak, menampung keperluan perubatan di masa depan, menangani kecemasan dan sebagai modal perniagaan. Oleh itu, menabung perlu dilakukan walaupun dengan jumlah kecil kerana ia akan memberikan pulangan besar pada masa depan.
3. Jawab 4 soalan
Bahagian A : 40 minit
A (i) – Ringkasan (20 markah)
A (ii) – Pemahaman (10 markah)
Bahagian B : 25 minit (20 markah)
Karangan berdasarkan bahan rangsangan
Bahagian C : 45 minit (40 markah)
Karangan respon terbuka
5 soalan jawab satu soalan
Bahagian D : 10 minit (10 markah)
KOMSAS (Novel) Ting. 1/ Ting.2 / Ting.3
4. Panduan Umum
• Soalan ini merupakan soalan A(i) – wajib
dijawab
• Petikan diambil daripada akhbar-akhbar
tempatan / majalah yang telah diubah suai.
• Tajuk yang dipilih berhubung isu semasa.
• Panjang petikan 200 patah perkataan.
• Calon dikehendaki meringkaskannya tidak
lebih 80 patah perkataan.
• Masa yang diperuntukkan ialah 25 minit.
• Markahnya 20.
Tujuan Meringkaskan Karangan
• Menguji sejauh mana seseorang calon itu
memahami petikan itu.
• Mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan
• Meringkaskan ½ daripada petikan asal.
• Menyusun dan mengolah semula isi-isi
penting dengan menggunakan bahasa yang
betul & menjadi sebuah karangan yang
sempurna.
5. Bahagian B : 25 minit
(20 markah)
Karangan berdasarkan bahan
rangsangan
6.
7. Bahagian C : 45 minit (40 markah)
Karangan respon terbuka
5 soalan jawab satu soalan
Isu:
• Alam sekitar
• Kesihatan
• Kemasyaraktan
• Akhlak dan disiplin remaja
• Sains dan teknologi
• Kebudayaan & pelancongan
• Pendidikan
8. Pemarkahan
• Takrif karangan – perlu tepat
- menjawab soalan
- format betul
- memahami kehendak soalan
• Fikiran/idea
- matang dalam mengemukakan
idea
- hujah bernas, menyakinkan &
releven
- contoh dan bukti sesuai dengan
tajuk
10. Pemarkahan
Peringkat/Markah
A
(26 – 30)
A1 – (28 – 30)
A2 – (26 – 27)
Kriteria
• Penguasaan bahasa
baik & lancar
• Kosa kata luas & tepat
• Pengolahan menarik &
berkesan
• Pemerengganan &
penggunan tanda baca
betul
• Isi dikembangkan
• Karangan melebihi 180
patah perkataan
11. Cara-cara Meringkaskan Karangan
Baca petikan itu sekali supaya dapat
gambaran kasar tentang isinya.
Baca sekali lagi dengan teliti sambil
menggariskan isi-isi yang penting
berdasarkan kehendak soalan
Gunakan kata hubung supaya ada
perhubungan antara satu isi dengan isi
yang lain
Kira perkataan yang telah anda tulis
12. Contoh Soalan
• Baca petikan di bawah dengan
teliti dan tulis sebuah ringkasan
tentang faedah menabung.
Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
13. Kita sering diuar-uarkan bahawa menabung ialah
amalan mulia. Namun, masih ramai yang tidak
menyedari
Pentingnya menabung dalam kehidupan.
Hakikatnya, menabung mempunyai seribu satu faedah
yang menakjubkan. Pelbagai kaedah menabung boleh
dilakukan mengikut keperluan., kemampuan dan
keselesaan individu itu.
Pepatah ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’
membuktikan betapa tabungan yang sedikit jika
ditambah setiap hari akan memberikan pulangan
yang besar. Tabungan dapat membantu seseorang
individu membeli aset seperti kereta dan rumah untuk
keselesaan peribadi dan keluarga. Keluarga yang
bahagia, antara lain perlulah kukuh dari segi
kewangannya.Amat merugikan jika keluarga menjadi
porak-peranda kerana masalah kewangan. Oleh itu,
salah satu cara untuk menuju ke arah kekukuhan
ekonomi keluarga adalah dengan menabung.
Untuk jangka masa yang lebih panjang, tabungan amat
diperlukan untuk menyediakan sumber kewangan
kepada anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Sekurang-kurangnya,
dengan menabung tiadalah lagi anak-anak yang tidak
dapat melanjutkan pelajaran kerana ketiadaan wang
untuk membiayai yuran pengajiannya. Kesedaran ibu
bapa pada hari ini akan meringankan beban mereka
pada masa hadapan.
14. Menabung juga bukan semata-mata untuk hari ini.
Menabung sebenarnya ibarat payung yang disediakan
sebelum hujan. Justeru, tabungan hari ini dapat
membantu urusan dan kehidupan yang jauh lebih
mencabar apabila usia semakin lanjut. Misalnya,
menghidap penyakit kronik dalam usia 50-an. Penyakit
ini memerlukan belanja perubatan yang besar, yang
mungkin tidak tertanggung oleh anak-anak. Oleh itu,
dengan adanya tabungan peribadi, sekurang-kurangnya
kita tidak membebankan orang lain.
Selain itu, tabungan juga membantu kita sekiranya
berlaku kecemasan sama ada dalam kehidupan
seharian atau pada masa hadapan. Kecemasan seperti
kematian atau kemalangan hakikatnya memerlukan
wang untuk menguruskannya. Jika tiada tabungan
kematian atau kemalangan itu akan lebih tragis
daripada yang sepatutnya. Bagi yang berminat untuk
berniaga, tabungan dapat dijadikan modal untuk
memulakan sesuatu perniagaan.
Kesimpulannya, tabiat menabung boleh direalisasikan
dengan mudah seandainya wujud kemahuan dalam diri
seseorang individu. Wujudnya pelbagai jenis tabungan
dapat membantu pengguna memilih bentuk tabungan
yang sesuai dengan diri mereka.