SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
Download to read offline
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
0
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
BML3063 BAHASA MELAYU
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
TUGASAN KUMPULAN
TAJUK
ANALISIS SINTAKSIS
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
REDZUAN BIN AWANG D20121061624
JAMES BIN G.JUAR D20121061599
LEE FUI KIONG D20121061726
NAMA PENSYARAH : DR SANAT BIN MD NASIR
TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
1
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Penghargaan 2
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Tujuan 3
3.0 Bidang 3
4.0 Bahan 3
5.0 Kaedah 3
6.0 Analisis Ayat 4 - 23
7.0 Rumusan Analisis 23
8.0 Kesimpulan 24
9.0 Bibliografi 25
10.0 Lampiran 26 - 31
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-
Nya,tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya
mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam
membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr.Norliza
Jamaluddin kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang
sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari
segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.Sekian,
terima kasih.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
3
1.0 Pendahuluan
Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk ayat, struktur ayat dan
binaan ayat dan ia juga dikenali sebagai pengkajian tentang hukum dan rumus. Di dalam ayat
terdapat kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap yang mempunyai makna dan
mengandungi sekurang – kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ia dilakukan
hasil daripada penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam
sesuatu bahasa.
2.0 Tujuan
Tujuan analisis ini ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat dan memahami fungsi serta
jenis-jenis pola tersebut. Tujuannya agar mampu meneguhkan ilmu linguistik yang
merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada akhirnya akan menentukan identiti
bahasa itu sendiri.
3.0 Bidang
Analisis ini akan memfokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berdasarkan analisis
jenis-jenis ayat dan subjenis yang terdapat di dalamnya.
4.0 Bahan
Teks diperolehi daripada Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung tersiar di
ruangan Utusan Online 05 Oktober 2014.
5.0 Kaedah
Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar jenis-jenis yang digunakan dan
mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat tersebut yang
dijumpai di dalam teks analisis. Ayat akan dicerakin dan direkodkan di dalam perincian
subjenis serta peratusan masing-masing. Analisis ini adalah bersifat kuantitatif di mana bahan
telah diambil daripada Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung tersiar di
ruangan Utusan Online. Ayat akan dianalisis sepenuhnya dalam Perincian jenis-jenis ayat dan
subjenis serta peratusan masing-masing juga dilaksanakan
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
4
Cerpen Maraton Kampung
Kami bersahabat sudah lama. Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama. Tentunya
dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak, pernah bermasam
muka. Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum Maghrib di
padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu. Namun,
apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan
tertawa bersama. Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian
dan janji untuk mengulang pertarungan.
6.0 Analisis Ayat
Ayat 1 : Kami bersahabat sudah lama.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Subjek ayat terdiri daripada kami manakala predikat bersahabat sudah lama.
 Penggunaan kata bantu aspek iaitu sudah.
Ayat 2: Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami
 Subjek ayat terdiri daripada kami manakala predikat belajar bertatih bersama-
sama.
 Ayat yang mengandungi unsur keterangan waktu misalnya ketika kecil kami belajar
bertatih bersama-sama.
Ayat 3 : Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat
tidak, pernah bermasam muka.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
5
 Penerangan nama anggota badan bermasam muka
 Mengandungi kata bantu aspek pernah
Ayat 4 : Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum
Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati
ketika itu.
Analisis
 Penggunaan kata seru dalam ayat seperti nah, kami masih anak-anak, apalah yang
kami tahu?.Kata seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan
ayat seruan dengan tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan.9
 Penggunaan ayat tanya dengan kata tanya iaitu Nah, kami masih anak-anak,
apalah yang kami tahu?
 Keterangan bagai iaitu permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu
bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu.
Ayat 5 : Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan
bersalam, berpelukan dan tertawa bersama.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan
 Penggunaan kata kerja bersalam, berpelukan dan tertawa bersama
Ayat 6 : Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan
janji untuk mengulang pertarungan.
Analisis:
 Penggunaan perkataan akan dalam ayat di atas ialah keterangan terhadap.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
6
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami
Cerpen Maraton Kampung
Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup
berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Kami belajar bahawa
untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke
dahan paling rapuh. Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan
kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk
nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka
putuskan secara diplomasi.
Ayat 7 : Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup
berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa.
Analisis
 Keterangan tujuan dan harapan iaitu apabila kami memilih untuk hidup
berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
Ayat 8 : Kami belajar bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua
yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh.
Analisis
 Keterangan tujuan dan harapan iaitu Kami belajar bahawa untuk memetik
rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke
dahan paling rapuh.
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
 Keterangan cara iaitu untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua
yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh
Ayat 9 : Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan
dan kebolehan kami masing-masing.
Analisis
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
7
 Penggunaan ayat susunan songsang pendepanan seluruh predikat iaitu Sebaliknya
harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan dan
kebolehan kami masing-masing.
 Penggunaan kata hubung gabungan dan
Ayat 10 : Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak
juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka putuskan secara
diplomasi.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka
 Keterangan syarat iaitu Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek
moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah
mereka putuskan secara diplomasi.
Cerpen Maraton Kampung
Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu berdikit-
dikit belajar berlari. Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum
berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran
masing-masing sebelum genta pertama bergema. Kami bermula dengan jarak yang termampu
dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu
memenuhi selera dan nutrisi. Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih
bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau
menadah ilmu.
Ayat 11 : Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa
senggang lalu berdikit-dikit belajar berlari.
Analisis
 Penggunaan kata adverba yang ditakrifkan sebagai perkataan yang menerangkan kata
kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan
tempat.Sebagai contohnya, berdikit-dikit.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
8
Ayat 12 : Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum berkokok
agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran
masing-masing sebelum genta pertama bergema.
Analisis
 Keterangan waktu iaitu Subuh
 Penggunaan kata hubung keterangan waktu iaitu tatkala
Ayat 13 : Kami bermula dengan jarak yang termampu dengan kudrat muda kami;
remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan
nutrisi.
Analisis
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
 Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
Ayat 14 : Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih bertapak getah
yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau
menadah ilmu.
Analisis
 Kata adjektif iaitu putih
 Keterangan alat iaitu berkasut
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
Cerpen Maraton Kampung
Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke hujung
kampung lalu berpatah balik. Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk
kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang
sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing untuk
meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
9
semakin dewasa. Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri
bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan
insan.
Ayat 15 : Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari
jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik.
Analisis
 Penggunaan kata hubung keterangan waktu iaitu tatkala
 Penggunaan kata penguat hadapan iaitu paling
 Penggunaan kata sendi ke yang bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama
dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.Sebagai contohnya, tatkala kami dapat
berlari jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik.
Ayat 16 : Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk kampung
yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang
sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing
untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik
kami.
Analisis
 Keterangan bagai iaitu seperti orang tua sendiri
 Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan
Ayat 17 : Kami semakin dewasa.
Analisis
 Dalam ayat ini subjek adalah merujuk kepada kami manakala predikat pula adalah
merujuk kepada semakin dewasa
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
10
Ayat 18 : Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri
bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat,
warganegara dan insan.
Analisis
 Ayat di atas mengandungi ayat komplemen frasa nama objek tepat sebagai contohnya,
Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami
harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara
dan insan.
 Penggunaan ayat majmuk gabungan seperti tanpa ibu bapa mengingatkan, kami
memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai
anak, warga masyarakat, warganegara dan insan.
Cerpen Maraton Kampung
Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami,
meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang tua
kami. Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau. Namun
kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di
mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir. Matlamat kami ialah menghabiskan
jarak yang telah kami tetapkan - bersama-sama. Bukan tidak ada antara kami yang letai di
pertengahan. Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan. Namun tidak pernah
terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri.
Ayat 19 : Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di
kampung kami, meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan
sebahagian daripada orang tua kami.
Analisis
 Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan
 Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang.
 Keterangan waktu iaitu Ketika itu
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
11
Ayat 20 : Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau.
Analisis
 Penggunaan kata penguat belakang iaitu benar. Akan tetapi berdasarkan ayat diatas
penggunaan kata penguat adalah tidak sesuai kerana kata penguat belakang hendaklah
diguna di belakang adjektif.
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Penggunaan ayat majmuk gabungan. Sebagai contohnya, benar, kami tidak sewarna
kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau
Ayat 21 : Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan
Ayat 22 : Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami
juga jelas akan destinasi akhir.
Analisis
 Keterangan waktu iaitu pagi itu
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Penggunaan perkataan akan merujuk kepada keterangan sebab atau akibat
Ayat 23 : Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan
bersama-sama.
Analisis
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
12
 Penggunaan ayat majmuk perancangan keterangan tujuan.Sebagai contohnyaa,
matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan bersama-
sama.
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
Ayat 24 :Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan.
Analisis
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Keterangan perbandingan iaitu Bukan tidak ada antara kami yang letai di
pertengahan
Ayat 25 : Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan.
Analisis
 Penggunaan ayat majmuk gabungan. Misalnya ada juga yang kekejangan dan
terlentang di jalanan.
 Keterangan akibat dan musabab iaitu Ada juga yang kekejangan dan terlentang di
jalanan
Ayat 26 : Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan
menamatkan larian sendiri-sendiri.
Analisis
 Penggunaan kata bantu aspek iaitu pernah
 Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan
Cerpen Maraton Kampung
Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di dalam
rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Kami terus kebingungan
apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai lambang negara kami
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
13
dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang
pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya. Paling menyayat hati kami, apabila
mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami.
Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan
pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam
bara amarah. Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami
yang cendekia? Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka
lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan?
Ayat 27: Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar,
dikurung kejap di dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas
ini.
Analisis
 Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan.
 Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami.
 Penggunaan ayat majmuk pancangan komplemen iaitu perkataan yang
Ayat 28: Kami terus kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang
berkibar megah sebagai lambang negara kami dikencingi, orang-orang tua kami
berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga
remaja kami ini mendengarnya.
Analisis
 Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan.
 Selain itu, penggunaan kata adjejktif deria iaitu telinga
 Seterusnya pernggunaan penguat iaitu perkataan sekali
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
14
Ayat 29: . Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan
sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami.
Analisis
 Penggunaan kata penguat iaitu paling
 Penggunaan ayat pencangan keterangan akibat iaitu sehingga
 Penggunaan kata ganti nama pertama iaitu kami
Ayat 30: Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami
diam dengan pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang
masih mengemam bara amarah.
Analisis
 Penggunaan kata tatkala merujuk kepada ayat keterangan waktu
 Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
Ayat 31: Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang
kami yang cendekia?
 Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami
 Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
 Penggunaan perkataan Bukankah merujuk kepada ayat tanya.
Ayat 32: Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka
lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan?
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
 Penggunaan perkataan akan dalam ayat di atas merujuk kepada ayat keterangan
akibat.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
15
Cerpen Maraton Kampung
Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa
kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya
sendiri-sendiri. Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan jalan
sedia ada. Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru. Dalam senyap
kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang menyusup menyusur jalan pintas.
Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Takdir adalah ketetapan Tuhan. Ternyata dalam
keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia biasa, kami
semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Sementelah pandai berlari, kami mahu
berlumba pula.
Ayat 33: Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu,
tanpa kebenaran, tetapi juga tanpa larangan.
Analisis
 Dalam ayat di atas terdapat kata keterangan waktu iaitu pagi
 Selain itu terdapat keterangan bandingan iaitu tetapi
Ayat 34: Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya sendiri-sendiri.
Analisis
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata keterangan perbandingan.
 Penggunaan perkataaan kami merujuk kepada subjek dan kata ganti nama pertama.
 Seterusnya penggunaan perkataan untuk merujuk kepada kata pancangan relatif.
Ayat 35: Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan
jalan sedia ada.
 Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
 Selain itu penggunaan kata adjektif jarak iaitu jauh
 Seterusnya penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
Ayat 36: . Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
16
Analisis
 Penggunaan kata kami merujuk kepada subjek dan predikat ialah memilih jalan
baru.
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
 Seterusnya penggunaan perkataan manakala merujuk kepada kata keterangan
perbandingan.
Ayat 37: Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang
menyusup menyusur jalan pintas.
Analisis
 Penggunaan perkataan agar merujuk kepada keterangan harapan.
 Selain itu, penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang
Ayat 38: Namun, takdir bukan ditulis oleh kami.
Analisis:
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada pancangan perbandingan.
 Penggunaan perkataan kami merujuk kepada objek dan kata ganti dalam diri
pertama.
Ayat 39: Takdir adalah ketetapan Tuhan.
Analisis
 Penggunaan perkataan Tuhan merujuk kepada subjek dan takdir adalah ketetapan
merujuk kepada predikat
Ayat 40: Ternyata dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa
sebagai manusia biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama.
Analisis
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
17
 Dalam ayat di atas manusia merujuk kepada subjek.
 Selain itu, penggunaan perkataan bahawa merujuk kepada kata majmuk komplemen
 Seterusnya penggunaan pancangan relatif yang terdapat di dalam ayat di atas iaitu
perkataan yang
Ayat 41: Setelah pandai berlari, kami mahu berlumba pula.
Analisis
 Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan ayat mahu berlumba pula
merujuk kepada predikat.
 Perkataan pandai merujuk kepada kata adjektif sifat.
Cerpen Maraton Kampung
Maka kami bersepakat bersiap-sedia. Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi,
kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit.
Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya. Kami belajar
membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan maksimum jantung
hati kami. Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji
ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu. Kami mengatur jadual latihan
dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk
merehatkan sekali gus memperkuatkan otot-otot serta stamina kami. Kami menyeimbangkan
rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat. Kami juga
sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan
kepantasan langkah kami. Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh,
sebaliknya mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan
perjalanan darah kami. Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih.
Apabila lutut atau saraf kami lenguh dan perit, kami dirawat oleh pakar orto dan neuro.
Ayat 42: Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi, kami mengenal
keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit.
Analisis
 Penggunaan perkataan pagi merujuk kepada keterangan waktu.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
18
 Selain itu, penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
 Seterusnya penggunaan perkataan kami merujuk kepada kata ganti nama diri pertama
dan merujuk kepada subjek.
Ayat 43: Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya
Analisis
 Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan predikat ialah belajar
mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya.
 Seterusnya penggunaan perkataan semasa merujuk kepada keterangan waktu.
Ayat 44: Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan
kemampuan maksimum jantung hati kami.
Analisis
 Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
 Penggunaan perkataan Kami merujuk kepada subjek dan predikat merupakan ayat
belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan
maksimum jantung hati kami.
Ayat 45: Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji
ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu.
Analisis
 Penggunaan perkataan sekali merupakan kata penguat.
 Penggunaan perkataan jauh dalam ayat merupakan kata adjektif jarak.
 Penggunaan perkataan demi merujuk kepada keterangan tujuan.
 Seterusnya penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
19
Ayat 46: Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan
aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus
memperkuatkan otot-otot serta stamina kami.
Analisis
 Penggunaan perkataan dengan merujuk kepada pancangan keterangan cara.
 Penggunaan perkataan untuk merujuk kepada pancangan komplemen.
 Penggunaan perkataan sekali merupakan kata penguat.
Ayat 47: Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang
cukup dan pemakanan berkhasiat
 Dalam ayat di atas Kami merujuk kepada subjek dan menyeimbangkan rutin baru
penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat merujuk
kepada predikat.
 Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
 Penggunaan perkataan yang merujuk kepada pancangan relatif.
 Seterusnya penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
Ayat 48: Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong
kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami.
Analisis
 Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan
 Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
 Penggunaan perkataaan Kami merujuk kepada kata ganti nama diri dan merupakan
subjek dalam ayat di atas ialah memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong
kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
20
Ayat 49: Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya
mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan
perjalanan darah kami.
Analisis
 Penggunaan perkataan sebaliknya merujuk kepada keterangan perbandingan.
 Penggunaan perktaan yang merujuk kepada pancangan relatif.
 Seterusnya, penggunaan perkataan pendek merupakan kata adjektif ukuran
Ayat 50: Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih.
Analisis
 Penggunaan perkataan akan merujuk kepada keterangan sebab atau akibat.
 Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan merupakan kata ganti nama
diri pertama
Cerpen Maraton Kampung
Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau. Kami menguji kebolehan
dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah
menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini. Namun,
semangat kami masih meluap-luap. Kami tidak boleh berpuas hati sebagai jaguh kampung
semata-mata. Kami ingin berlumba di peringkat antarabangsa pula. Tiada siapa yang
mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit berwarna nun dari tenggara
benua di bawah angin. Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami
yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan para gergasi. Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!.
Ayat 51: Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau
Analisis
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
21
 Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan Perlumbaan-perlumbaan
awal di peringkat serantau merujuk kepada predikat
 Seterusnya penggunaan perkataan awal merujuk kepada kata adjektif waktu.
Ayat 52: . Kami menguji kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu.
Analisis
 Subjek dalam ayat di atas ialah Kami dan predikat ialah menguji kebolehan
dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu.
 Seterusnya penggunaan perkataan dengan merujuk kepada keterangan cara
Ayat 53: Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara
kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini.
Analisis
 Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
 Penggunaan perkataan yang merujuk kepada pancangan relatif.
 Seterusnya penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan kata ganti nama
diri pertama
Ayat 54: . Namun, semangat kami masih meluap-luap.
Analisis
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan.
 Penggunaan perkataan Kami merujuk kepada subjek dan Masih merluap-luap
merujuk kepada predikat.
Ayat 55: Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil,
berkulit berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin.
Analisis
 Penggunaan kata tanya dalam ayat di atas iaitu siapa.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
22
 Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang.
 Seterusnya penggunaan kata adjektif ukuran iaitu kecil.
Ayat 56: Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami yang
setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan para gergasi.
Analisis
 Penggunaam kata hubung gabungan iaitu perkataan dan
 Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami
Ayat 57 : Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!
 Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami
 Penggunaan kata seru iaitu nah
Cerpen Maraton Kampung
Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak. Kami
bangun, sekali, dua kali, setiap kali. Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan
kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad-
abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh,
tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang
wajar. Perlahan-lahan, laluan perlumbaan yang bersalju pada musim soltis, panas terbakar
pada musim ekuinoks dan rencam iklimnya lewat musim semi kami tawan satu persatu.
Ayat 58: Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah
retak.
Analisis
 Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami
 Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan.
 Penggunaan ayat penyata iaitu Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan
semangat yang tidak mudah retak.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
23
Ayat 59 : Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan kesombongan gergasi-gergasi
yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad-abad lamanya tidak
berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh, tetapi harus
dipasakkan pada buah fikir.
Analisis
 Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami
 Penerangan waktu iaitu berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu
Ayat 60: Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar.
Analisis
 Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami
 Penggunaan kata pancangan relatif yang
 Predikat mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar.
7.0 Rumusan Analisis
Secara keseluruhannya boleh dibuat rumusan daripada 60 jenis ayat seperti jadual di bawah.
Bil Analisis Jenis Ayat Bilangan Peratusan
01 Kata ganti nama diri 27 kali 18 %
02 Ayat subjek dan predikat 16 kali 10 %
03 Kata bantu 3 kali 2 %
04 Kata seru 3 kali 2 %
05 Kata / Ayat keterangan 32 kali 21 %
06 Ayat songsangan 1 kali 1 %
07 Kata hubung 12 kali 8 %
08 Kata adverba 1 kali 1 %
09 Kata adjektif 9 kali 6 %
10 Pancangan relatif 22 kali 14 %
11 Kata penguat 7 kali 5 %
12 Kata sendi 1 kali 1 %
13 Ayat majmuk 6 kali 4 %
14 Kata perbandingan 9 kali 6 %
15 Kata / ayat penyata 3 kali 2 %
16 Ayat penyata 1 kali 1 %
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
24
8.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dari kajian sintaksis ini apa yang telah kami fahami ialah
bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat teratur. Bukan itu sahaja, bahasa ini
memerlukan tatabahasa dan cara yang betul untuk menggunakannya.Pemupukan bahasa
Melayu telah dilaksanakan melalui perancangan yang teratur dan terarah oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Oleh yan demikian, kita hanya perlu menggunakan pendekatan
tatabahasa untuk memahami unsur-unsur bahasa Melayu terutamanya dalam bidang sintaksis
yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.Pemahaman yang mendalam terhadap
tatabahasa Melayu akan menyemarakan lagi semangat patriotik dalam diri kita agar lebih
mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Pengetahuan tentang tatabahasa
juga penting dalam mengolah sesuatu karangan bahasa agar tidak kelihatan seperti ‘bahasa
rojak’ iaitu bahasa yang bercampur aduk dan tidak tersusun.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
25
9.0 Bibliografi
Ahmad Khair Mohd Nor. (2202). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors.
Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103 Pembelajaran
Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Open Universiti Malaya.
Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini, Kuala Lumpur : PTS Professional.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah karim,Farid M.Onn,Hashim Hj.Musa,Abdul Hamid Mahmood(2003)Tatabahasa
Dewan.
Norliza Jamaluddin. (2011). Kata SifatBahasa Melayu berdasarkan data korpus berkomputer.
Tesis PhD Universiti Malaya.
Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal l – lll edisi Baharu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
26
10.0 Lampiran
sastera
ARKIB : 05/10/2014
MaratonKampung
Kami bersahabat sudah lama. Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama.
Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak,
pernah bermasam muka. Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu?
Permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan
hidup dan mati ketika itu. Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit
kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan tertawa bersama. Kami akan beriringan
pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan janji untuk mengulang
pertarungan.
Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup
berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Kami belajar
bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat
sehingga ke dahan paling rapuh. Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya,
berdasarkan kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Tidak kami langgar
aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal
baik-baik yang telah mereka putuskan secara diplomasi.
Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu
berdikit-dikit belajar berlari. Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam
belum berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di
sekolah aliran masing-masing sebelum genta pertama bergema. Kami bermula dengan
jarak yang termampu dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu
apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan nutrisi. Kami tidak berkasut khusus,
sekadar menyarung kasut putih bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi
ketika seharian berseragam putih-hijau menadah ilmu.
Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke
hujung kampung lalu berpatah balik. Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai
milik penduduk kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki
duit belanja sekolah yang sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang
ke rumah masing-masing untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap
ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami semakin dewasa. Tanpa ibu bapa
mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula
memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan.
Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami,
meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang
tua kami. Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah
lampau. Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Seperti larian kami saban
pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
27
Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan - bersama-sama.
Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan. Ada juga yang kekejangan dan
terlentang di jalanan. Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk
berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri.
Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di
dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Kami terus
kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai
lambang negara kami dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu
sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya.
Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga
merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami. Tatkala kepala kampung kami
mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan pertanyaan yang tidak berani
kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam bara amarah. Bukankah
kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami yang cendekia?
Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka lafazkan,
sebagai ganti sebuah kebebasan?
Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa
kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Namun kali ini, kami memilih untuk
melakukannya sendiri-sendiri. Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga
yang selesa dengan jalan sedia ada. Manakala yang berani dalam kalangan kami
memilih jalan baru. Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami
yang menyusup menyusur jalan pintas.
Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Takdir adalah ketetapan Tuhan. Ternyata
dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia
biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Sementelah pandai
berlari, kami mahu berlumba pula.
Maka kami bersepakat bersiap-sedia. Daripada larian pada rentak sederhana pada awal
pagi, kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian
berbukit. Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya.
Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan
maksimum jantung hati kami. Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak
perlahan demi menguji ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu.
Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti
fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus memperkuatkan otot-
otot serta stamina kami.
Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan
pemakanan berkhasiat. Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-
ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami. Kami tidak lagi
berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya mengenakan persalinan
khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan perjalanan darah kami. Selepas
setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih. Apabila lutut atau saraf
kami lenguh dan perit, kami dirawat oleh pakar orto dan neuro.
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
28
Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau. Kami menguji
kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Tenyata, kesungguhan dan
ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di
rantau ini. Namun, semangat kami masih meluap-luap. Kami tidak boleh berpuas hati
sebagai jaguh kampung semata-mata. Kami ingin berlumba di peringkat antarabangsa
pula.
Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit
berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin. Kami sedar, aspek fizikal dan
sejarah tidak memihak kepada kami yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah
lagi duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan para gergasi. Nah, kami jatuh,
terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!
Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak.
Kami bangun, sekali, dua kali, setiap kali. Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan
kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami
berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan
tidak di tubuh, tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Kami mencatur langkah
dengan pertimbangan yang wajar. Perlahan-lahan, laluan perlumbaan yang bersalju
pada musim soltis, panas terbakar pada musim ekuinoks dan rencam iklimnya lewat
musim semi kami tawan satu persatu.
Mungkin kami terleka. Mungkin juga kami menjadi terlalu selesa. Tragedi yang
terlalu menguji hampir tiga dasawarsa sebelumnya itu seakan-akan terlalu jauh
daripada ingatan kami. Justeru, kami tidak dapat menebak dugaan yang satu ini.
Serangan anasir luar terhadap kampung kami pada suatu Subuh metah lewat dekad
terakhir sebelum milenia menyentak tidur kami yang sudah jarang-jarang turun berlari
ketika hari masih dini.
Ketika kami masih terpinga-pinga kebingungan, kepala kampung bingkas, mengatup
semua pintu, memperkemas segala benteng, serta mengetatkan kawalan di sempadan.
Namun kemusnahan serangan licik itu tidak mudah dipulihkan. Tambah pula, ketika
itu jugalah berlakunya kegawatan dalaman yang menggugat kestabilan pentadbiran
kampung kami. Keripuhan itu melarat, menjalar ke jalan dan ruang awam kampung
kami.
Jika dahulu kami cuba digugah dengan perbezaan fizik, kali ini kami diduga dengan
perselisihan ideologi. Angin nyaman yang selama ini berpuput lembut di kampung
kami jarang-jarang lagi bertandang. Sebaliknya, terik matahari menggigit kulit kami,
tanah-tanih kami sehingga empangan-empangan kami yang dahulunya penuh sehingga
ke tebing, kini mencecah takah darurat.
Pili-pili kami yang kering seperti pisau, menetak-belah hubungan kami yang sedia
runcing. Kami tuding-menuding, menyalahkan pihak itu dan pihak ini, tetapi tidak
pernah merenung kekhilafan sendiri. Nah, bagaimanalah hujan pun tidak
meminggirkan kami?
Justeru, pada tahun terakhir sebelum abad milenia, tatkala kampung kami menginjak
satu lagi takah usia ulang tahunnya, kami memutuskan untuk memaknainya dengan
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
29
pengisian berbeza. Setelah sekian lama berlari pada jarak sederhana, kali ini kami
merasakan sudah tibalah masanya kami mengorak langkah sejauh angka keramat - 42
kilometer. Kami tahu, semenjak larian sejauh 42 kilometer diperkenalkan pada Sukan
Olimpik zaman moden pertama pada tahun 1894 untuk memperingati larian legenda
Phillipides, utusan kerajaan Greek sejauh jarak yang sama dari Maraton ke Athens
untuk menyampaikan berita kemenangan tentera negaranya ke atas tentera Parsi pada
tahun 490 sebelum Masehi, ia telah menjadi simbol ketekalan, kecekalan dan
keampuhan jiwa dan jasmani seseorang individu. Maka, pada ulang tahun ke-42 kami
bebas mengatur masa depan dan kehidupan sendiri, jarak itu ialah manifestasi
keteguhan komitmen kami mempertahankan kesejahteraan yang telah kami kecapi.
Pada hari bersejarah, kami bertemu seawal jam tiga pagi. Sengaja kami memilih pusat
pentadbiran kampung kami yang baru siap dibina sebagai lokasi pertemuan. Kami
melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan langkah selepas
memanjatkan doa agar misi kami hari ini direstui dan dipermudahkan. Kami bermula
dengan rentak larian sederhana. Kami maklum bahawa jarak ini bukan dekat. Untuk
menguasainya, ia perlu diberi penghormatan selayaknya. Kegagalan kami mengatur
strategi tidak mustahil akan menyebabkan kami tersungkur di pertengahan jalan.
Kami berhenti menunaikan solat Subuh di masjid terapung di pinggir tasik buatan
tatkala fajar terbit di kaki langit. Kami juga mengambil kesempatan itu untuk
membasahkan tekak. Ketika itu kami telah berlari sekitar dua jam, dengan jarak 15
kilometer. Ada antara kami yang mula memakan bekal gel tenaga untuk mengganti
kalori yang telah digunakan.
Kami meneruskan perjuangan setelah memenuhkan semula botol-botol air yang kami
selitkan antara tali pinggang khusus. Tidak ada sebarang hentian minuman atau tandas
mudah alih yang menanti kami di setiap sela dua, tiga, atau empat kilometer sekali.
Tiada juga marsyal atau ambulan pasukan pertolongan cemas mengekori kami. Kami
harus bersedia dengan sebarang kemungkinan, dan membantu sendiri-sendiri.
Separuh perjalanan berjaya kami lalui tanpa sebarang masalah besar, melainkan
lepuh-lepuh kecil pada jari dan tapak kaki serta lenguh-lenguh otot. Maka, sebaik-baik
melepasi jarak 21 kilometer, ada dalam kalangan kami yang mencadangkan agar
kelajuan dipertingkatkan. Sebahagian daripada kami tidak bersetuju, kerana ketika itu
matahari mula mempamerkan kegarangannya. Langit juga cerah tanpa awan.
Bukannya kami tidak tahu, daripada ramalan cuaca yang kami pantau semenjak
seminggu lalu bahawa suhu pada hari itu akan mencecah lebih 30 darjah Celsius.
Tambah pula, prestasi separuh perjalanan bukanlah kayu ukur kepada keseluruhan
perjuangan kami. Kami tidak tegar untuk dehidrasi, kejang atau juga hit the wall
kerana kekontangan glikogen.
Atas peringatan itu, kami kekal sebagai satu kumpulan. Beberapa orang antara kami
mula menunjukkan tanda-tanda keletihan. Mujur kami memilih formasi yang diolah
daripada disiplin kejar-mengejar acara trek berbasikal; untuk setiap dua kilometer,
seorang daripada kami membimbing larian dengan rentaknya sendiri. Setiap daripada
kami di belakangnya harus berusaha untuk mengikut rentak berkenaan. Jika ketua
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
30
perlahan, kami tidak boleh memotongnya. Manakala jika ketua lebih laju, kami tidak
boleh mengalah atau ditinggalkan.
Jarak sesudah 30 kilometer mula mendera mental kami. Melainkan desah nafas lelah,
serta derap tapak kaki kami yang tidak gelincah lagi, kami hanya disapa desir angin
panas sekali-sekali. Kami merasakan perjalanan yang telah melebihi jarak larian lazim
kami itu amat sunyi, sedangkan penghujungnya masih terlalu jauh daripada jangkauan
kami. Justeru, kami tidak bersedia dengan kejutan yang menunggu sebaik-baik kami
membelok untuk meneruskan larian pada kilometer ke-35.
Di bahu kiri jalan, beberapa orang berdiri melaungkan sokongan dan kata-kata
semangat. Mereka menghulurkan minuman isotonik sejuk di dalam gelas kecil kepada
kami. Apabila kami berjeda sebentar, mereka menghulurkan lebihan ketulan ais untuk
kami letakkan di atas kepala dan sekitar tengkuk. Mereka juga menyediakan buah
pisang, hirisan tembikai dan gula-gula berkafein selain turut menyembur cecair
mampat yang melegakan lenguh serta perit pada otot keting kami. Kami tidak kenal
mereka, dan kami pasti mereka juga tidak mengenali kami. Namun, kehadiran mereka
membuktikan bahawa mereka mempunyai kepercayaan terhadap perlakuan gila kami
ini. Mereka adalah sebahagian daripada kami.
Langkah kami yang letai seperti ditiupkan keyakinan baru. Kami melepasi jarak 40
kilometer dengan bertenaga. Tenaga yang menyulur dalam tubuh kami disambut
dengan sorakan di kiri dan kanan jalan oleh khalayak yang berlaksa-laksa ramainya.
Saudara-mara dan sahabat-handai kami itu berdiri di kiri dan kanan bahu jalan di
bawah bayang-bayang bangunan agam yang menempatkan perbendaharaan kampung
kami menjalar sehingga istana utuh tempat yang arif dalam kalangan kami
menegakkan undang-undang. Ada yang mengangkat sepanduk buatan sendiri,
manakala yang lainnya bertepuk dan menjeritkan perangsang demi perangsang yang
merindingkan roma kami.
Sewaktu kami merancang dan memulakan perjalanan ini, kami tahu bahawa matlamat
kami jelas. Kami yakin bahawa kami bermula di titik yang benar, dan kami akan
berakhir di titik yang telah ditentukan. Kami insaf dan reda bahawa perjalanan ini
akan disulami pelbagai kesukaran, namun kami telah menanamkan azam untuk
menghadapi kesemuanya dengan kesabaran.
Oleh itu, tatkala kami mencecah garis penamat tahun itu, kami bertekad untuk kami
mengulanginya lagi, pada pagi ulang tahun kebebasan kampung kami tahun hadapan
dan tahun-tahun seterusnya. Namun, kami juga tidak boleh berpuas hati dengan jarak
statik 42 kilometer. Perjuangan kami meski jelas, tetapi masih jauh. Justeru kami akan
menambah jarak: satu kilometer untuk setiap ulang tahun.
Tahun ini, sebahagian besar daripada kami yang merintis ritual bermakna ini tidak lagi
mempunyai kudrat fizikal untuk menyamai rentak larian anak-anak muda kami. Lalu,
dengan rela hati kami melepaskan sepenuhnya legasi ini untuk diteruskan oleh para
pewaris yang menyanggupi tugas meneruskan kelangsungan tradisi. Seperti khalayak
yang menyambut kejayaan kami tidak berapa lama dulu itu, kami akan menunggu
mereka di jarak 55 kilometer, kerana kami tahu, dua kilometer akhir itu ialah jarak
BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014
31
paling menduga. Tahun hadapan, jika kami masih dipinjamkan hayat, kami akan
menunggu lagi, dengan pertambahan jarak satu kilometer, tentunya.
Kongsi Konten di :

More Related Content

What's hot

Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)riduan92
 
Makalah Hubungan Kalimat Tunggal dan Majemuk
Makalah Hubungan Kalimat Tunggal dan MajemukMakalah Hubungan Kalimat Tunggal dan Majemuk
Makalah Hubungan Kalimat Tunggal dan Majemukdwikar92
 
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABARANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABARDedi Irawan
 
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia   kalimat efektifMakalah bahasa indonesia   kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia kalimat efektifwahyu islami
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...darminladiro
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan bKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan bSK Seri Tawai
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
Teks tanggapan deskriptif
Teks tanggapan deskriptifTeks tanggapan deskriptif
Teks tanggapan deskriptifNeyo Jr.
 
Bab v wacana
Bab v wacanaBab v wacana
Bab v wacanauniihusni
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan aKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan aSK Seri Tawai
 
Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..
Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..
Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..friget_rudzi
 
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kataPeranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kataIsmail Bisri
 
Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1
Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1
Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1chlorophylls
 
Kalimat efektif
Kalimat efektifKalimat efektif
Kalimat efektifHanifah14
 

What's hot (20)

Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)
 
Makalah Hubungan Kalimat Tunggal dan Majemuk
Makalah Hubungan Kalimat Tunggal dan MajemukMakalah Hubungan Kalimat Tunggal dan Majemuk
Makalah Hubungan Kalimat Tunggal dan Majemuk
 
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABARANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia   kalimat efektifMakalah bahasa indonesia   kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan bKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Teks tanggapan deskriptif
Teks tanggapan deskriptifTeks tanggapan deskriptif
Teks tanggapan deskriptif
 
Bab v wacana
Bab v wacanaBab v wacana
Bab v wacana
 
Akronim
Akronim Akronim
Akronim
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan aKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
 
Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..
Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..
Ejaan, pilihan kata, kalimat dan paragraf..
 
Makalah semantik
Makalah semantikMakalah semantik
Makalah semantik
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Nota wacana
Nota wacanaNota wacana
Nota wacana
 
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kataPeranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
Peranan preposisi sebagai unsur pembentuk kata
 
Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1
Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1
Materi Bahasa Indonesia (Kelas X Semester 1) Part 1
 
Makalah kalimat
Makalah   kalimatMakalah   kalimat
Makalah kalimat
 
Kalimat efektif
Kalimat efektifKalimat efektif
Kalimat efektif
 

Similar to Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

Pengertian kalimat
Pengertian kalimatPengertian kalimat
Pengertian kalimatImron Hamami
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganPAKLONG CIKGU
 
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluriklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluratalyataqwa
 
Desain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasar
Desain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasarDesain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasar
Desain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasarKhairun Nisa
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Rozaiman Makmun
 
Kls vii b._indonesia
Kls vii b._indonesiaKls vii b._indonesia
Kls vii b._indonesiaMiumi Atia
 
Makalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 Autumns
Makalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 AutumnsMakalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 Autumns
Makalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 AutumnsYogan Daru Prabowo
 
Slide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptx
Slide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptxSlide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptx
Slide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptxScarletMarllow
 
C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8
C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8
C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8yanto08huldy
 
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukunHum_May10
 
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukunHum_May10
 
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1][1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]pentcr
 
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1][1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]pentcr
 

Similar to Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu (20)

Ayat
AyatAyat
Ayat
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Pengertian kalimat
Pengertian kalimatPengertian kalimat
Pengertian kalimat
 
Modulpenulisanth2 6 yasbiha2012
Modulpenulisanth2 6 yasbiha2012Modulpenulisanth2 6 yasbiha2012
Modulpenulisanth2 6 yasbiha2012
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Bahagian B
Bahagian BBahagian B
Bahagian B
 
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan aluriklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
iklan,resensi,pidato,pusi dan tahapan alur
 
Desain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasar
Desain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasarDesain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasar
Desain bahan pembelajaran menulis karangan di kelas 4 sekolah dasar
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
 
Kls vii b._indonesia
Kls vii b._indonesiaKls vii b._indonesia
Kls vii b._indonesia
 
Diksi
DiksiDiksi
Diksi
 
Makalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 Autumns
Makalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 AutumnsMakalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 Autumns
Makalah Bahasa Indonesia - Novel 9 Summers 10 Autumns
 
Kebahasaan Teks Deskripsi.pptx
Kebahasaan Teks Deskripsi.pptxKebahasaan Teks Deskripsi.pptx
Kebahasaan Teks Deskripsi.pptx
 
Slide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptx
Slide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptxSlide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptx
Slide-CPS101-Bahasa-Indonesia-4-Kalimat-Efektif.pptx
 
Mari belajar ips untuk kelas 1 - puji tyasari
Mari belajar ips untuk kelas 1  - puji tyasariMari belajar ips untuk kelas 1  - puji tyasari
Mari belajar ips untuk kelas 1 - puji tyasari
 
C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8
C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8
C E R P E N.pptx bahasa indonesia kelas8
 
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukun
 
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun[1] rpp sd kelas 2 semester 1   hidup rukun
[1] rpp sd kelas 2 semester 1 hidup rukun
 
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1][1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
 
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1][1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
[1] rpp sd_kelas_2_semester_1_-_hidup_rukun[1]
 

Tugasan kumpulan bml3063 sintaksis bahasa melayu

  • 1. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 0 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 BML3063 BAHASA MELAYU FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA TUGASAN KUMPULAN TAJUK ANALISIS SINTAKSIS DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK REDZUAN BIN AWANG D20121061624 JAMES BIN G.JUAR D20121061599 LEE FUI KIONG D20121061726 NAMA PENSYARAH : DR SANAT BIN MD NASIR TARIKH SERAH : 30 NOVEMBER 2014
  • 2. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 1 BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan 2 1.0 Pendahuluan 3 2.0 Tujuan 3 3.0 Bidang 3 4.0 Bahan 3 5.0 Kaedah 3 6.0 Analisis Ayat 4 - 23 7.0 Rumusan Analisis 23 8.0 Kesimpulan 24 9.0 Bibliografi 25 10.0 Lampiran 26 - 31
  • 3. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 2 PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin- Nya,tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr.Norliza Jamaluddin kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.
  • 4. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 3 1.0 Pendahuluan Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk ayat, struktur ayat dan binaan ayat dan ia juga dikenali sebagai pengkajian tentang hukum dan rumus. Di dalam ayat terdapat kelompok perkataan yang disusun dengan lengkap yang mempunyai makna dan mengandungi sekurang – kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Ia dilakukan hasil daripada penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 2.0 Tujuan Tujuan analisis ini ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat dan memahami fungsi serta jenis-jenis pola tersebut. Tujuannya agar mampu meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada akhirnya akan menentukan identiti bahasa itu sendiri. 3.0 Bidang Analisis ini akan memfokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berdasarkan analisis jenis-jenis ayat dan subjenis yang terdapat di dalamnya. 4.0 Bahan Teks diperolehi daripada Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung tersiar di ruangan Utusan Online 05 Oktober 2014. 5.0 Kaedah Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar jenis-jenis yang digunakan dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat tersebut yang dijumpai di dalam teks analisis. Ayat akan dicerakin dan direkodkan di dalam perincian subjenis serta peratusan masing-masing. Analisis ini adalah bersifat kuantitatif di mana bahan telah diambil daripada Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung tersiar di ruangan Utusan Online. Ayat akan dianalisis sepenuhnya dalam Perincian jenis-jenis ayat dan subjenis serta peratusan masing-masing juga dilaksanakan
  • 5. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 4 Cerpen Maraton Kampung Kami bersahabat sudah lama. Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama. Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak, pernah bermasam muka. Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu. Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan tertawa bersama. Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan janji untuk mengulang pertarungan. 6.0 Analisis Ayat Ayat 1 : Kami bersahabat sudah lama. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Subjek ayat terdiri daripada kami manakala predikat bersahabat sudah lama.  Penggunaan kata bantu aspek iaitu sudah. Ayat 2: Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami  Subjek ayat terdiri daripada kami manakala predikat belajar bertatih bersama- sama.  Ayat yang mengandungi unsur keterangan waktu misalnya ketika kecil kami belajar bertatih bersama-sama. Ayat 3 : Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak, pernah bermasam muka. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami
  • 6. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 5  Penerangan nama anggota badan bermasam muka  Mengandungi kata bantu aspek pernah Ayat 4 : Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu. Analisis  Penggunaan kata seru dalam ayat seperti nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu?.Kata seru merupakan kata tugas yang digunakan dalam pembentukan ayat seruan dengan tujuan melahirkan berbagai-bagai perasaan.9  Penggunaan ayat tanya dengan kata tanya iaitu Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu?  Keterangan bagai iaitu permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu. Ayat 5 : Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan tertawa bersama. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan  Penggunaan kata kerja bersalam, berpelukan dan tertawa bersama Ayat 6 : Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan janji untuk mengulang pertarungan. Analisis:  Penggunaan perkataan akan dalam ayat di atas ialah keterangan terhadap.
  • 7. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 6  Penggunaan kata ganti nama diri pertama kami Cerpen Maraton Kampung Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Kami belajar bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh. Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka putuskan secara diplomasi. Ayat 7 : Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Analisis  Keterangan tujuan dan harapan iaitu apabila kami memilih untuk hidup berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami Ayat 8 : Kami belajar bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh. Analisis  Keterangan tujuan dan harapan iaitu Kami belajar bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh.  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang  Keterangan cara iaitu untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh Ayat 9 : Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Analisis
  • 8. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 7  Penggunaan ayat susunan songsang pendepanan seluruh predikat iaitu Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan dan kebolehan kami masing-masing.  Penggunaan kata hubung gabungan dan Ayat 10 : Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka putuskan secara diplomasi. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka  Keterangan syarat iaitu Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka putuskan secara diplomasi. Cerpen Maraton Kampung Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu berdikit- dikit belajar berlari. Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran masing-masing sebelum genta pertama bergema. Kami bermula dengan jarak yang termampu dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan nutrisi. Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau menadah ilmu. Ayat 11 : Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu berdikit-dikit belajar berlari. Analisis  Penggunaan kata adverba yang ditakrifkan sebagai perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.Sebagai contohnya, berdikit-dikit.
  • 9. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 8 Ayat 12 : Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran masing-masing sebelum genta pertama bergema. Analisis  Keterangan waktu iaitu Subuh  Penggunaan kata hubung keterangan waktu iaitu tatkala Ayat 13 : Kami bermula dengan jarak yang termampu dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan nutrisi. Analisis  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang  Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami Ayat 14 : Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau menadah ilmu. Analisis  Kata adjektif iaitu putih  Keterangan alat iaitu berkasut  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang Cerpen Maraton Kampung Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik. Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami
  • 10. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 9 semakin dewasa. Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan. Ayat 15 : Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik. Analisis  Penggunaan kata hubung keterangan waktu iaitu tatkala  Penggunaan kata penguat hadapan iaitu paling  Penggunaan kata sendi ke yang bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.Sebagai contohnya, tatkala kami dapat berlari jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik. Ayat 16 : Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik kami. Analisis  Keterangan bagai iaitu seperti orang tua sendiri  Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan Ayat 17 : Kami semakin dewasa. Analisis  Dalam ayat ini subjek adalah merujuk kepada kami manakala predikat pula adalah merujuk kepada semakin dewasa  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • 11. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 10 Ayat 18 : Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan. Analisis  Ayat di atas mengandungi ayat komplemen frasa nama objek tepat sebagai contohnya, Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan.  Penggunaan ayat majmuk gabungan seperti tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan. Cerpen Maraton Kampung Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami, meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang tua kami. Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau. Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir. Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan - bersama-sama. Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan. Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan. Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri. Ayat 19 : Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami, meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang tua kami. Analisis  Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan  Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang.  Keterangan waktu iaitu Ketika itu
  • 12. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 11 Ayat 20 : Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau. Analisis  Penggunaan kata penguat belakang iaitu benar. Akan tetapi berdasarkan ayat diatas penggunaan kata penguat adalah tidak sesuai kerana kata penguat belakang hendaklah diguna di belakang adjektif.  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Penggunaan ayat majmuk gabungan. Sebagai contohnya, benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau Ayat 21 : Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan Ayat 22 : Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir. Analisis  Keterangan waktu iaitu pagi itu  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Penggunaan perkataan akan merujuk kepada keterangan sebab atau akibat Ayat 23 : Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan bersama-sama. Analisis
  • 13. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 12  Penggunaan ayat majmuk perancangan keterangan tujuan.Sebagai contohnyaa, matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan bersama- sama.  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami Ayat 24 :Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan. Analisis  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Keterangan perbandingan iaitu Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan Ayat 25 : Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan. Analisis  Penggunaan ayat majmuk gabungan. Misalnya ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan.  Keterangan akibat dan musabab iaitu Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan Ayat 26 : Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri. Analisis  Penggunaan kata bantu aspek iaitu pernah  Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan Cerpen Maraton Kampung Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Kami terus kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai lambang negara kami
  • 14. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 13 dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya. Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami. Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam bara amarah. Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami yang cendekia? Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan? Ayat 27: Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Analisis  Penggunaan kata hubung gabungan iaitu dan.  Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami.  Penggunaan ayat majmuk pancangan komplemen iaitu perkataan yang Ayat 28: Kami terus kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai lambang negara kami dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya. Analisis  Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan.  Selain itu, penggunaan kata adjejktif deria iaitu telinga  Seterusnya pernggunaan penguat iaitu perkataan sekali
  • 15. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 14 Ayat 29: . Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami. Analisis  Penggunaan kata penguat iaitu paling  Penggunaan ayat pencangan keterangan akibat iaitu sehingga  Penggunaan kata ganti nama pertama iaitu kami Ayat 30: Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam bara amarah. Analisis  Penggunaan kata tatkala merujuk kepada ayat keterangan waktu  Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan Ayat 31: Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami yang cendekia?  Penggunaan kata ganti nama diri pertama iaitu kami  Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang  Penggunaan perkataan Bukankah merujuk kepada ayat tanya. Ayat 32: Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan?  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang  Penggunaan perkataan akan dalam ayat di atas merujuk kepada ayat keterangan akibat.
  • 16. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 15 Cerpen Maraton Kampung Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya sendiri-sendiri. Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan jalan sedia ada. Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru. Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang menyusup menyusur jalan pintas. Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Takdir adalah ketetapan Tuhan. Ternyata dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Sementelah pandai berlari, kami mahu berlumba pula. Ayat 33: Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Analisis  Dalam ayat di atas terdapat kata keterangan waktu iaitu pagi  Selain itu terdapat keterangan bandingan iaitu tetapi Ayat 34: Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya sendiri-sendiri. Analisis  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata keterangan perbandingan.  Penggunaan perkataaan kami merujuk kepada subjek dan kata ganti nama pertama.  Seterusnya penggunaan perkataan untuk merujuk kepada kata pancangan relatif. Ayat 35: Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan jalan sedia ada.  Dalam ayat di atas terdapat penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang  Selain itu penggunaan kata adjektif jarak iaitu jauh  Seterusnya penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan Ayat 36: . Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru.
  • 17. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 16 Analisis  Penggunaan kata kami merujuk kepada subjek dan predikat ialah memilih jalan baru.  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang  Seterusnya penggunaan perkataan manakala merujuk kepada kata keterangan perbandingan. Ayat 37: Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang menyusup menyusur jalan pintas. Analisis  Penggunaan perkataan agar merujuk kepada keterangan harapan.  Selain itu, penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang Ayat 38: Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Analisis:  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada pancangan perbandingan.  Penggunaan perkataan kami merujuk kepada objek dan kata ganti dalam diri pertama. Ayat 39: Takdir adalah ketetapan Tuhan. Analisis  Penggunaan perkataan Tuhan merujuk kepada subjek dan takdir adalah ketetapan merujuk kepada predikat Ayat 40: Ternyata dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Analisis
  • 18. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 17  Dalam ayat di atas manusia merujuk kepada subjek.  Selain itu, penggunaan perkataan bahawa merujuk kepada kata majmuk komplemen  Seterusnya penggunaan pancangan relatif yang terdapat di dalam ayat di atas iaitu perkataan yang Ayat 41: Setelah pandai berlari, kami mahu berlumba pula. Analisis  Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan ayat mahu berlumba pula merujuk kepada predikat.  Perkataan pandai merujuk kepada kata adjektif sifat. Cerpen Maraton Kampung Maka kami bersepakat bersiap-sedia. Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi, kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit. Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya. Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan maksimum jantung hati kami. Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu. Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus memperkuatkan otot-otot serta stamina kami. Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat. Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami. Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan perjalanan darah kami. Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih. Apabila lutut atau saraf kami lenguh dan perit, kami dirawat oleh pakar orto dan neuro. Ayat 42: Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi, kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit. Analisis  Penggunaan perkataan pagi merujuk kepada keterangan waktu.
  • 19. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 18  Selain itu, penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.  Seterusnya penggunaan perkataan kami merujuk kepada kata ganti nama diri pertama dan merujuk kepada subjek. Ayat 43: Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya Analisis  Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan predikat ialah belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya.  Seterusnya penggunaan perkataan semasa merujuk kepada keterangan waktu. Ayat 44: Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan maksimum jantung hati kami. Analisis  Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.  Penggunaan perkataan Kami merujuk kepada subjek dan predikat merupakan ayat belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan maksimum jantung hati kami. Ayat 45: Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu. Analisis  Penggunaan perkataan sekali merupakan kata penguat.  Penggunaan perkataan jauh dalam ayat merupakan kata adjektif jarak.  Penggunaan perkataan demi merujuk kepada keterangan tujuan.  Seterusnya penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.
  • 20. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 19 Ayat 46: Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus memperkuatkan otot-otot serta stamina kami. Analisis  Penggunaan perkataan dengan merujuk kepada pancangan keterangan cara.  Penggunaan perkataan untuk merujuk kepada pancangan komplemen.  Penggunaan perkataan sekali merupakan kata penguat. Ayat 47: Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat  Dalam ayat di atas Kami merujuk kepada subjek dan menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat merujuk kepada predikat.  Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.  Penggunaan perkataan yang merujuk kepada pancangan relatif.  Seterusnya penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan Ayat 48: Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami. Analisis  Penggunaan kata keterangan cara iaitu dengan  Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.  Penggunaan perkataaan Kami merujuk kepada kata ganti nama diri dan merupakan subjek dalam ayat di atas ialah memakai kasut khusus dengan ciri-ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami.
  • 21. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 20 Ayat 49: Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan perjalanan darah kami. Analisis  Penggunaan perkataan sebaliknya merujuk kepada keterangan perbandingan.  Penggunaan perktaan yang merujuk kepada pancangan relatif.  Seterusnya, penggunaan perkataan pendek merupakan kata adjektif ukuran Ayat 50: Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih. Analisis  Penggunaan perkataan akan merujuk kepada keterangan sebab atau akibat.  Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan merupakan kata ganti nama diri pertama Cerpen Maraton Kampung Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau. Kami menguji kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini. Namun, semangat kami masih meluap-luap. Kami tidak boleh berpuas hati sebagai jaguh kampung semata-mata. Kami ingin berlumba di peringkat antarabangsa pula. Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin. Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan para gergasi. Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!. Ayat 51: Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau Analisis
  • 22. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 21  Penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan Perlumbaan-perlumbaan awal di peringkat serantau merujuk kepada predikat  Seterusnya penggunaan perkataan awal merujuk kepada kata adjektif waktu. Ayat 52: . Kami menguji kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Analisis  Subjek dalam ayat di atas ialah Kami dan predikat ialah menguji kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu.  Seterusnya penggunaan perkataan dengan merujuk kepada keterangan cara Ayat 53: Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini. Analisis  Penggunaan perkataan dan merujuk kepada kata hubung gabungan.  Penggunaan perkataan yang merujuk kepada pancangan relatif.  Seterusnya penggunaan perkataan kami merujuk kepada subjek dan kata ganti nama diri pertama Ayat 54: . Namun, semangat kami masih meluap-luap. Analisis  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan.  Penggunaan perkataan Kami merujuk kepada subjek dan Masih merluap-luap merujuk kepada predikat. Ayat 55: Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin. Analisis  Penggunaan kata tanya dalam ayat di atas iaitu siapa.
  • 23. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 22  Penggunaan kata pancangan relatif iaitu yang.  Seterusnya penggunaan kata adjektif ukuran iaitu kecil. Ayat 56: Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan para gergasi. Analisis  Penggunaam kata hubung gabungan iaitu perkataan dan  Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami Ayat 57 : Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali!  Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami  Penggunaan kata seru iaitu nah Cerpen Maraton Kampung Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak. Kami bangun, sekali, dua kali, setiap kali. Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad- abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh, tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar. Perlahan-lahan, laluan perlumbaan yang bersalju pada musim soltis, panas terbakar pada musim ekuinoks dan rencam iklimnya lewat musim semi kami tawan satu persatu. Ayat 58: Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak. Analisis  Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami  Penggunaan perkataan Namun merujuk kepada kata perbandingan.  Penggunaan ayat penyata iaitu Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak.
  • 24. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 23 Ayat 59 : Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh, tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Analisis  Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami  Penerangan waktu iaitu berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu Ayat 60: Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar. Analisis  Penggunaan kata ganti diri pertama iaitu kami  Penggunaan kata pancangan relatif yang  Predikat mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar. 7.0 Rumusan Analisis Secara keseluruhannya boleh dibuat rumusan daripada 60 jenis ayat seperti jadual di bawah. Bil Analisis Jenis Ayat Bilangan Peratusan 01 Kata ganti nama diri 27 kali 18 % 02 Ayat subjek dan predikat 16 kali 10 % 03 Kata bantu 3 kali 2 % 04 Kata seru 3 kali 2 % 05 Kata / Ayat keterangan 32 kali 21 % 06 Ayat songsangan 1 kali 1 % 07 Kata hubung 12 kali 8 % 08 Kata adverba 1 kali 1 % 09 Kata adjektif 9 kali 6 % 10 Pancangan relatif 22 kali 14 % 11 Kata penguat 7 kali 5 % 12 Kata sendi 1 kali 1 % 13 Ayat majmuk 6 kali 4 % 14 Kata perbandingan 9 kali 6 % 15 Kata / ayat penyata 3 kali 2 % 16 Ayat penyata 1 kali 1 %
  • 25. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 24 8.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, dari kajian sintaksis ini apa yang telah kami fahami ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat teratur. Bukan itu sahaja, bahasa ini memerlukan tatabahasa dan cara yang betul untuk menggunakannya.Pemupukan bahasa Melayu telah dilaksanakan melalui perancangan yang teratur dan terarah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh yan demikian, kita hanya perlu menggunakan pendekatan tatabahasa untuk memahami unsur-unsur bahasa Melayu terutamanya dalam bidang sintaksis yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.Pemahaman yang mendalam terhadap tatabahasa Melayu akan menyemarakan lagi semangat patriotik dalam diri kita agar lebih mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Pengetahuan tentang tatabahasa juga penting dalam mengolah sesuatu karangan bahasa agar tidak kelihatan seperti ‘bahasa rojak’ iaitu bahasa yang bercampur aduk dan tidak tersusun.
  • 26. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 25 9.0 Bibliografi Ahmad Khair Mohd Nor. (2202). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Open Universiti Malaya. Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini, Kuala Lumpur : PTS Professional. Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah karim,Farid M.Onn,Hashim Hj.Musa,Abdul Hamid Mahmood(2003)Tatabahasa Dewan. Norliza Jamaluddin. (2011). Kata SifatBahasa Melayu berdasarkan data korpus berkomputer. Tesis PhD Universiti Malaya. Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal l – lll edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpen Maraton Kampung. 05 Oktober 2014. [Sumber] : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20141005/sa_01/Maraton-Kampung
  • 27. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 26 10.0 Lampiran sastera ARKIB : 05/10/2014 MaratonKampung Kami bersahabat sudah lama. Ketika kecil, kami belajar bertatih bersama-sama. Tentunya dalam persahabatan yang masih pucuk ketika itu, kami tidak dapat tidak, pernah bermasam muka. Nah, kami masih anak-anak, apalah yang kami tahu? Permainan sebelum Maghrib di padang luas kampung kami itu bagaikan pertarungan hidup dan mati ketika itu. Namun, apabila matahari hampir terbenam dan langit kirmizi, kami akan bersalam, berpelukan dan tertawa bersama. Kami akan beriringan pulang ke rumah masing-masing, dengan lambaian dan janji untuk mengulang pertarungan. Sesungguhnya, hati-hati kami telah bertaut apabila kami memilih untuk hidup berbumbungkan langit yang sama, berpaksikan bumi yang serupa. Kami belajar bahawa untuk memetik rambutan di hujung Julai, bukan semua yang harus memanjat sehingga ke dahan paling rapuh. Sebaliknya harus berbagi-bagi dengan seadil-adilnya, berdasarkan kelayakan dan kebolehan kami masing-masing. Tidak kami langgar aturan yang dibuat datuk nenek moyang kami, tidak juga kami mempersoalkan hal baik-baik yang telah mereka putuskan secara diplomasi. Apabila usia meningkat remaja, kami meninggalkan permainan masa senggang lalu berdikit-dikit belajar berlari. Kami berlari sebelum Subuh, merentas desa tatkala ayam belum berkokok agar sempat pulang bersiap untuk menghadiri sesi pembelajaran di sekolah aliran masing-masing sebelum genta pertama bergema. Kami bermula dengan jarak yang termampu dengan kudrat muda kami; remaja kampung yang belum tahu apa itu gizi, tidak mampu memenuhi selera dan nutrisi. Kami tidak berkasut khusus, sekadar menyarung kasut putih bertapak getah yang kemudiannya kami kenakan lagi ketika seharian berseragam putih-hijau menadah ilmu. Kami paling menanti ketibaan hujung minggu, tatkala kami dapat berlari jauh ke hujung kampung lalu berpatah balik. Selepas sarapan nasi lemak dan kopi o di gerai milik penduduk kampung yang kami hormati seperti orang tua sendiri dengan baki duit belanja sekolah yang sengaja kami sisihkan setiap hari, kami akan bubar, pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kelangsungan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan adik-beradik kami. Kami semakin dewasa. Tanpa ibu bapa mengingatkan, kami memerhati, lalu mengerti sendiri bahawa kami harus mula memikul amanah sebagai anak, warga masyarakat, warganegara dan insan. Ketika itu jugalah, tohmahan dan suguhan perbezaan mula berdesir di kampung kami, meniupkan kecurigaan yang bukan sedikit dalam kalangan sebahagian daripada orang tua kami. Benar, kami tidak sewarna kulit, berbeza agama, budaya dan sejarah lampau. Namun kami disatukan dengan aspirasi yang sama. Seperti larian kami saban pagi itu, kami tahu di mana kami bermula, kami juga jelas akan destinasi akhir.
  • 28. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 27 Matlamat kami ialah menghabiskan jarak yang telah kami tetapkan - bersama-sama. Bukan tidak ada antara kami yang letai di pertengahan. Ada juga yang kekejangan dan terlentang di jalanan. Namun tidak pernah terbayangkan di benak kami untuk berpecah dan menamatkan larian sendiri-sendiri. Justeru, kami tidak mengerti, apabila suatu hari kami ditegah keluar, dikurung kejap di dalam rumah dan dilarang untuk berlari bersama-sama lagi selepas ini. Kami terus kebingungan apabila beberapa hari kemudian bendera yang berkibar megah sebagai lambang negara kami dikencingi, orang-orang tua kami berarak dan mencaci satu sama lain dengan perkataan yang pedih sekali telinga remaja kami ini mendengarnya. Paling menyayat hati kami, apabila mereka tetak-menetak, berbunuhan sehingga merah-hanyir jalan-jalan di kampung kami. Tatkala kepala kampung kami mengumumkan perintah berkurung, kami diam dengan pertanyaan yang tidak berani kami utarakan kepada orang tua kami yang masih mengemam bara amarah. Bukankah kami diajar dengan prinsip berlima, digariskan nenek moyang kami yang cendekia? Sudah lupakah orang tua kami akan sumpah setia yang pernah mereka lafazkan, sebagai ganti sebuah kebebasan? Sesudah suasana tenang semula, kami menyambung rutin larian pagi minggu, tanpa kebenaran, tetapi juga tanpa larangan. Namun kali ini, kami memilih untuk melakukannya sendiri-sendiri. Ada antara kami yang memilih jalan jauh, ada juga yang selesa dengan jalan sedia ada. Manakala yang berani dalam kalangan kami memilih jalan baru. Dalam senyap kami berharap, agar tidak ada sahabat-sahabat kami yang menyusup menyusur jalan pintas. Namun, takdir bukan ditulis oleh kami. Takdir adalah ketetapan Tuhan. Ternyata dalam keterasingan itu, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa sebagai manusia biasa, kami semua mempunyai impian kebahagiaan yang sama. Sementelah pandai berlari, kami mahu berlumba pula. Maka kami bersepakat bersiap-sedia. Daripada larian pada rentak sederhana pada awal pagi, kami mengenal keperluan mengamalkan larian tempo, larian interval dan larian berbukit. Kami belajar mengenal rentak larian semasa, sebelum mencabar hadnya. Kami belajar membilang detak nadi, mengira kapasiti optimumnya dan kemampuan maksimum jantung hati kami. Seminggu sekali kami akan berlari jauh pada rentak perlahan demi menguji ketahanan mental dan fizikal kami yang sedang dibentur itu. Kami mengatur jadual latihan dengan rapi, memperkemaskannya dengan aktiviti fizikal lain sebagai latihan silang untuk merehatkan sekali gus memperkuatkan otot- otot serta stamina kami. Kami menyeimbangkan rutin baru penuh intensiti ini dengan tidur yang cukup dan pemakanan berkhasiat. Kami juga sudah mampu memakai kasut khusus dengan ciri- ciri penyokong kestabilan, keanjalan dan kepantasan langkah kami. Kami tidak lagi berkemeja tee lusuh dan berseluar pendek goboh, sebaliknya mengenakan persalinan khas yang memampatkan kapilari lalu melancarkan perjalanan darah kami. Selepas setiap sesi latihan, kami akan diurut oleh fisioterapis terlatih. Apabila lutut atau saraf kami lenguh dan perit, kami dirawat oleh pakar orto dan neuro.
  • 29. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 28 Perlumbaan-perlumbaan awal kami ialah di peringkat serantau. Kami menguji kebolehan dengan jiran-jiran kami terlebih dahulu. Tenyata, kesungguhan dan ketekalan telah menobatkan kami sebagai antara kampung yang perlu diperhatikan di rantau ini. Namun, semangat kami masih meluap-luap. Kami tidak boleh berpuas hati sebagai jaguh kampung semata-mata. Kami ingin berlumba di peringkat antarabangsa pula. Tiada siapa yang mempedulikan kami, peserta-peserta bersusuk kecil, berkulit berwarna nun dari tenggara benua di bawah angin. Kami sedar, aspek fizikal dan sejarah tidak memihak kepada kami yang setahun jagung untuk beradu tenaga, apatah lagi duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan para gergasi. Nah, kami jatuh, terjatuh dan dijatuhkan berkali-kali! Namun, kekurangan kami ditimbal balik dengan semangat yang tidak mudah retak. Kami bangun, sekali, dua kali, setiap kali. Kami mengerti bahawa untuk meruntuhkan kesombongan gergasi-gergasi yang pernah menguasai kampung dan pemikiran kami berabad-abad lamanya tidak berapa dekad lalu itu, ikhtiar kami tidak boleh diletakkan tidak di tubuh, tetapi harus dipasakkan pada buah fikir. Kami mencatur langkah dengan pertimbangan yang wajar. Perlahan-lahan, laluan perlumbaan yang bersalju pada musim soltis, panas terbakar pada musim ekuinoks dan rencam iklimnya lewat musim semi kami tawan satu persatu. Mungkin kami terleka. Mungkin juga kami menjadi terlalu selesa. Tragedi yang terlalu menguji hampir tiga dasawarsa sebelumnya itu seakan-akan terlalu jauh daripada ingatan kami. Justeru, kami tidak dapat menebak dugaan yang satu ini. Serangan anasir luar terhadap kampung kami pada suatu Subuh metah lewat dekad terakhir sebelum milenia menyentak tidur kami yang sudah jarang-jarang turun berlari ketika hari masih dini. Ketika kami masih terpinga-pinga kebingungan, kepala kampung bingkas, mengatup semua pintu, memperkemas segala benteng, serta mengetatkan kawalan di sempadan. Namun kemusnahan serangan licik itu tidak mudah dipulihkan. Tambah pula, ketika itu jugalah berlakunya kegawatan dalaman yang menggugat kestabilan pentadbiran kampung kami. Keripuhan itu melarat, menjalar ke jalan dan ruang awam kampung kami. Jika dahulu kami cuba digugah dengan perbezaan fizik, kali ini kami diduga dengan perselisihan ideologi. Angin nyaman yang selama ini berpuput lembut di kampung kami jarang-jarang lagi bertandang. Sebaliknya, terik matahari menggigit kulit kami, tanah-tanih kami sehingga empangan-empangan kami yang dahulunya penuh sehingga ke tebing, kini mencecah takah darurat. Pili-pili kami yang kering seperti pisau, menetak-belah hubungan kami yang sedia runcing. Kami tuding-menuding, menyalahkan pihak itu dan pihak ini, tetapi tidak pernah merenung kekhilafan sendiri. Nah, bagaimanalah hujan pun tidak meminggirkan kami? Justeru, pada tahun terakhir sebelum abad milenia, tatkala kampung kami menginjak satu lagi takah usia ulang tahunnya, kami memutuskan untuk memaknainya dengan
  • 30. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 29 pengisian berbeza. Setelah sekian lama berlari pada jarak sederhana, kali ini kami merasakan sudah tibalah masanya kami mengorak langkah sejauh angka keramat - 42 kilometer. Kami tahu, semenjak larian sejauh 42 kilometer diperkenalkan pada Sukan Olimpik zaman moden pertama pada tahun 1894 untuk memperingati larian legenda Phillipides, utusan kerajaan Greek sejauh jarak yang sama dari Maraton ke Athens untuk menyampaikan berita kemenangan tentera negaranya ke atas tentera Parsi pada tahun 490 sebelum Masehi, ia telah menjadi simbol ketekalan, kecekalan dan keampuhan jiwa dan jasmani seseorang individu. Maka, pada ulang tahun ke-42 kami bebas mengatur masa depan dan kehidupan sendiri, jarak itu ialah manifestasi keteguhan komitmen kami mempertahankan kesejahteraan yang telah kami kecapi. Pada hari bersejarah, kami bertemu seawal jam tiga pagi. Sengaja kami memilih pusat pentadbiran kampung kami yang baru siap dibina sebagai lokasi pertemuan. Kami melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan langkah selepas memanjatkan doa agar misi kami hari ini direstui dan dipermudahkan. Kami bermula dengan rentak larian sederhana. Kami maklum bahawa jarak ini bukan dekat. Untuk menguasainya, ia perlu diberi penghormatan selayaknya. Kegagalan kami mengatur strategi tidak mustahil akan menyebabkan kami tersungkur di pertengahan jalan. Kami berhenti menunaikan solat Subuh di masjid terapung di pinggir tasik buatan tatkala fajar terbit di kaki langit. Kami juga mengambil kesempatan itu untuk membasahkan tekak. Ketika itu kami telah berlari sekitar dua jam, dengan jarak 15 kilometer. Ada antara kami yang mula memakan bekal gel tenaga untuk mengganti kalori yang telah digunakan. Kami meneruskan perjuangan setelah memenuhkan semula botol-botol air yang kami selitkan antara tali pinggang khusus. Tidak ada sebarang hentian minuman atau tandas mudah alih yang menanti kami di setiap sela dua, tiga, atau empat kilometer sekali. Tiada juga marsyal atau ambulan pasukan pertolongan cemas mengekori kami. Kami harus bersedia dengan sebarang kemungkinan, dan membantu sendiri-sendiri. Separuh perjalanan berjaya kami lalui tanpa sebarang masalah besar, melainkan lepuh-lepuh kecil pada jari dan tapak kaki serta lenguh-lenguh otot. Maka, sebaik-baik melepasi jarak 21 kilometer, ada dalam kalangan kami yang mencadangkan agar kelajuan dipertingkatkan. Sebahagian daripada kami tidak bersetuju, kerana ketika itu matahari mula mempamerkan kegarangannya. Langit juga cerah tanpa awan. Bukannya kami tidak tahu, daripada ramalan cuaca yang kami pantau semenjak seminggu lalu bahawa suhu pada hari itu akan mencecah lebih 30 darjah Celsius. Tambah pula, prestasi separuh perjalanan bukanlah kayu ukur kepada keseluruhan perjuangan kami. Kami tidak tegar untuk dehidrasi, kejang atau juga hit the wall kerana kekontangan glikogen. Atas peringatan itu, kami kekal sebagai satu kumpulan. Beberapa orang antara kami mula menunjukkan tanda-tanda keletihan. Mujur kami memilih formasi yang diolah daripada disiplin kejar-mengejar acara trek berbasikal; untuk setiap dua kilometer, seorang daripada kami membimbing larian dengan rentaknya sendiri. Setiap daripada kami di belakangnya harus berusaha untuk mengikut rentak berkenaan. Jika ketua
  • 31. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 30 perlahan, kami tidak boleh memotongnya. Manakala jika ketua lebih laju, kami tidak boleh mengalah atau ditinggalkan. Jarak sesudah 30 kilometer mula mendera mental kami. Melainkan desah nafas lelah, serta derap tapak kaki kami yang tidak gelincah lagi, kami hanya disapa desir angin panas sekali-sekali. Kami merasakan perjalanan yang telah melebihi jarak larian lazim kami itu amat sunyi, sedangkan penghujungnya masih terlalu jauh daripada jangkauan kami. Justeru, kami tidak bersedia dengan kejutan yang menunggu sebaik-baik kami membelok untuk meneruskan larian pada kilometer ke-35. Di bahu kiri jalan, beberapa orang berdiri melaungkan sokongan dan kata-kata semangat. Mereka menghulurkan minuman isotonik sejuk di dalam gelas kecil kepada kami. Apabila kami berjeda sebentar, mereka menghulurkan lebihan ketulan ais untuk kami letakkan di atas kepala dan sekitar tengkuk. Mereka juga menyediakan buah pisang, hirisan tembikai dan gula-gula berkafein selain turut menyembur cecair mampat yang melegakan lenguh serta perit pada otot keting kami. Kami tidak kenal mereka, dan kami pasti mereka juga tidak mengenali kami. Namun, kehadiran mereka membuktikan bahawa mereka mempunyai kepercayaan terhadap perlakuan gila kami ini. Mereka adalah sebahagian daripada kami. Langkah kami yang letai seperti ditiupkan keyakinan baru. Kami melepasi jarak 40 kilometer dengan bertenaga. Tenaga yang menyulur dalam tubuh kami disambut dengan sorakan di kiri dan kanan jalan oleh khalayak yang berlaksa-laksa ramainya. Saudara-mara dan sahabat-handai kami itu berdiri di kiri dan kanan bahu jalan di bawah bayang-bayang bangunan agam yang menempatkan perbendaharaan kampung kami menjalar sehingga istana utuh tempat yang arif dalam kalangan kami menegakkan undang-undang. Ada yang mengangkat sepanduk buatan sendiri, manakala yang lainnya bertepuk dan menjeritkan perangsang demi perangsang yang merindingkan roma kami. Sewaktu kami merancang dan memulakan perjalanan ini, kami tahu bahawa matlamat kami jelas. Kami yakin bahawa kami bermula di titik yang benar, dan kami akan berakhir di titik yang telah ditentukan. Kami insaf dan reda bahawa perjalanan ini akan disulami pelbagai kesukaran, namun kami telah menanamkan azam untuk menghadapi kesemuanya dengan kesabaran. Oleh itu, tatkala kami mencecah garis penamat tahun itu, kami bertekad untuk kami mengulanginya lagi, pada pagi ulang tahun kebebasan kampung kami tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Namun, kami juga tidak boleh berpuas hati dengan jarak statik 42 kilometer. Perjuangan kami meski jelas, tetapi masih jauh. Justeru kami akan menambah jarak: satu kilometer untuk setiap ulang tahun. Tahun ini, sebahagian besar daripada kami yang merintis ritual bermakna ini tidak lagi mempunyai kudrat fizikal untuk menyamai rentak larian anak-anak muda kami. Lalu, dengan rela hati kami melepaskan sepenuhnya legasi ini untuk diteruskan oleh para pewaris yang menyanggupi tugas meneruskan kelangsungan tradisi. Seperti khalayak yang menyambut kejayaan kami tidak berapa lama dulu itu, kami akan menunggu mereka di jarak 55 kilometer, kerana kami tahu, dua kilometer akhir itu ialah jarak
  • 32. BML3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU November 24, 2014 31 paling menduga. Tahun hadapan, jika kami masih dipinjamkan hayat, kami akan menunggu lagi, dengan pertambahan jarak satu kilometer, tentunya. Kongsi Konten di :