SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1
AMALI BIOLOGI 2
Seksyen A
Tajuk :
Memeriksa slaid tersedia Protista
Pengenalan :
Protista adalah organisma-organisma eukariot terdiri daripada satu sel tunggal atau
koloni sel-sel yang sama. Protista hidup di dalam air, habitat daratan yang lembap,
dan sebagai parasit dan simbiosis dalam hidupan multiselular eukariot (Mader,
2010).
Menurut Cambell & Reece (2007), protista dianggap sebagai eukariot kerana
mempunyai kehadiran nukleus sel yang dilindungi oleh membran nuklear.
Kebanyakan protista adalah uniselular dan mengandungi pelbagai organel seperti
mitokondria, kloroplas dan lain-lain. Sesetengah protista aktif menelan makanan ke
dalam sel mereka, sementara yang lain dapat membuat makanan mereka sendiri
melalui fotosintesis (Chen, 1992).
Tujuan :
Memerhati Protista dari segi struktur morfologi.
Bahan Dan Radas :
Slaid tersedia Protista dan mikroskop
Prosedur :
1. Beberapa slaid tersedia Protista yang dibekalkan diperhatikan di bawah
mikroskop kuasa rendah, kemudian kuasa tinggi.
2. Bentuk, struktur serta corak susunan koloninya diperhatikan bagi setiap jenis
Protista
2
3. Hasil pemerhatian dicatat dan dilukis dengan jelas, kemas dan berlabel. Satu
kaedah pengelasan yang sesuai telah dipilih untuk melaporkan pemerhatian yang
diperoleh.
Hasil pemerhatian :
Jadual 1 : Bentuk, struktur serta corak susunan koloni protista
Protista Bentuk Struktur Corak susunan
koloni
Euglena sp.
-Berbentuk
gelendung
(seperti daun)
-Bentuk badan
adalah tetap
-Mempunyai flagela
-mempunyai
nukleus
Tunggal dan
berkelompok
Paramecium sp.
Berbentuk bujur
(seperti tapak
kasut)
-Mempunyai silia
-Mempunyai
nukleus
Tunggal dan
berkelompok
Paramecium fission
Berbentuk bujur
(seperti tapak
kasut) yang
berganda
-Mempunyai silia
-Mempunyai
nukleus
Berpasangan
3
Amoeba sp.
Berbentuk tidak
teratur
-Mempunyai
pseudopodium
Tunggal
Hydra sp.
Berbentuk tetap
seperti rod
-Mempunyai tunas
atau tentikel
Tunggal
Perbincangan :
Protista merupakan organisma eukariot. Kebanyakan organisma dalam alam
ini merupakan uniselular. Sesetengah protista hidup secara berkoloni atau tunggal.
Protista banyak ditemui di kawasan berair dan lembab. Protista juga mempunyai tiga
cara untuk mendapatkan nutrisi (feeding mode) iaitu heterotrof, autotrof dan parasit.
Seterusnya menurut Biggs (2012), alam protista dikategorikan kepada dua takson
iaitu Protozoan iaitu organisma mempunyai ciri-ciri seperti haiwan (animal-like
protist) dan Algae iaitu organisma yang mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan (plant-
like protist).
Protista seperti haiwan - Protozoa
Protista yang mempunyai persamaan dengan haiwan dikenali sebagai
protozoa. Habitat protozoa adalah persekitaran yang lembap dan berair. Ciri-ciri
protozoa yang mempunyai persamaan dengan haiwan adalah keupayaannya untuk
bergerak dan ketidakupayaan mereka untuk menghasilkan makanan mereka sendiri
(heterotroph). Namun begitu, protozoa adalah berbeza dengan haiwan kerana ia
adalah uniselular manakala haiwan adalah multiselular (Chen, 1992).
4
Protozoa diklasifikasikan kepada empat filum mengikut cara mereka bergerak
iaitu filum Rhizopoda iaitu bergerak menggunakan pseudopodia, filum Euglenophyta
iaitu bergerak menggunakan flagela, filum Siliophora iaitu bergerak menggunakan
silia dan filum Apikomplexa iaitu organisma yang tidak dapat bergerak.
Protista seperti tumbuhan - Algae
Protista mempunyai persamaan dengan tumbuh-tumbuhan kerana mereka
mempunyai klorofil. Kehadiran bahan tersebut membolehkan algae membuat
makanan melalui proses fotosintesis. Algae menghasilkan dan membebaskan
oksigen sama seperti tumbuhan. Protista seperti tumbuhan ini juga adalah sumber
makanan utama dan pengeluar utama untuk organisma air.
Filum Euglenophyta - Euglena sp.
Rajah 1 : Struktur Euglena sp.
Bardasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap slaid tersedia Euglena
sp. menggunakan mikroskop cahaya didapati bahawa badannya berbentuk
gelendung dengan hujung anterior membulat dan hujung posterior meruncing. Ia
juga mempunyai bentuk badan yang tetap dan tidak mempunyai silia. Di hujung
badannya juga terdapat satu flagela yang panjang. Menurut Mader (2010), Euglena
mempunyai dua flagela iaitu salah satu daripadanya lebih panjang dan terjulur keluar
daripada badannya.
5
Euglena sp. bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan flagela
yang panjang. Stigma berwarna merah terletak di dinding mulut dan ia adalah peka
terhadap cahaya. Struktur ini akan mendorong protista ke kawasan yang bercahaya
untuk menghasilkan makanannya melalui proses fotosintesis. Hal ini kerana terdapat
banyak kloroplas berbentuk bujur atau memanjang bertaburan di dalam sitoplasma
yang membenarkan proses tersebut berlaku. Dalam setiap kloroplas mempunyai
pirenoid yang berfungsi dalam penghasilan makanan iaitu proses fotosintesis (Starr,
2007).
Euglena sp. juga adalah organisma autotrof iaitu boleh menjalankan proses
fotosintesis untuk menghasilkan makanan mereka sendiri sama seperti tumbuh-
tumbuhan. Namun, ia juga merupakan heterotrof yang boleh menangkap dan
menelan organisma lain untuk mendapatkan nutrien. Apabila bertindak sebagai
autotroph, Euglena menggunakan kloroplas untuk menghasilkan glukosa melalui
proses fotosintesis. Apabila bertindak sebagai heterotrof, Euglena akan mengelilingi
zarah makanan dan menelannya melalui proses fagositosis. Melalui penyesuaian ini,
Euglena dianggap mixotrof iaitu berperanan sebagai autotrof apabila terdapat
cahaya dan heterotof apabila tiada kehadiran cahaya (Chen, 1992). Euglena juga
bergerak dengan cara memutarkan flagelum atau mengecut dan mengendurkan
membran pelikel yang fleksibel.
Jadual 2 : Pengelasan Protista – Euglena sp.
Domain Eukaryota
Alam Protista
Filum Euglenozoa
Kelas Euglenoidea
Order Euglenales
Famili Euglenaceae
Genus Euglena
Spesies Euglena sp.
6
Filum Siliofora - Paramecium sp.
Rajah 2 : Struktur Paramecium sp.
Hasil pemerhatian terhadap slaid tersedia Paramecium sp. di bawah
mikroskop cahaya, didapati bahawa hujung anterior membulat dan hujung posterior
meruncing. Bentuknya adalah bujur yang kelihatan seperti tapak kasut. Seluruh
permukaan Paramecium diliputi oleh silium. Paramecium sp. hidup secara tunggal
dan berkelompok. Menurut Mader (2010), Paramecium mempunyai dua nukleus iaitu
makronukleus dan mikronukleus. Makronukleus berfungsi mengawal metabolisma
normal sel manakala mikronukleus berperanan dalam proses pembiakan sel.
Paramecium bergerak dengan menggerakkan silium yang meliputi seluruh
permukaannya. Pukulan silium yang beritma dari anterior ke posterior
menggerakkan protozoa ke hadapan. Paramecium bergerak secara berputar dan
pada masa yang sama berputar mengelilingi paksinya. Menurut Mader dan
Windelspecht (2015), silia bukan sahaja berfungsi untuk membantu organisma
bergerak malah ia dapat menyapu makanan masuk ke dalam mulut melalui alur
makanan. Apabila terdapat cukup makanan di dalam alur mulut, ia akan pecah lalu
membentuk vakuol makanan. Vakuol makanan akan bergerak di dalam sel. Semasa
bergerak, enzim daripada sitoplasma masuk ke dalam vakuol lalu mencernakan
makanan. Makanan yang tercerna masuk ke dalam sitoplasma dan vakuol menjadi
semakin mengecut. Makanan yang tidak tercerna dikumuhkan melalui liang dubur.
Paramecium sp. mendapatkan nutrien dengan memakan bakteria, yis, alga dan juga
beberapa bahan tidak hidup seperti susu tepung, kanji dan serbuk arang.
7
Pemerhatian terhadap slaid tersedia Paramecium fission di bawah mikroskop
cahaya menunjukkan bahawa pembiakan aseksual iaitu pembelahan dedua (binary
fission) sedang berlaku. Semasa pembelahan dedua, satu sel Paramecium akan
dibahagikan kepada dua sel dengan kandungan genetik yang sama (Solomon, Berg,
& Martin, 2008). Paramecium membiak secara aseks dan seks. Paramecium
membiak secara aseks melalui belahan dedua, apabila keadaan adalah sesuai.
Misalnya, apabila organisma mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Protista
ini juga akan membiak secara seks melalui konjugasi apabila keadaan menjadi tidak
sesuai.
Jadual 2 : Pengelasan Protista – Paramecium sp.
Domain Eukaryota
Alam Protista
Filum Protozoa
Kelas Ciliate
Order Holotrica
Famili Parameciidae
Genus Paramecium
Spesies Paramecium sp.
8
Filum Rhizopoda - Amoeba sp.
Rajah 3 : Struktur Amoeba sp.
Pemerhatian terhadap slaid tersedia Amoeba sp. di bawah mikroskop cahaya
pula menunjukkan bahawa ia mempunyai bentuk badan yang tidak tetap. Ia
merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh menbran plasma. Berdasarkan
pemerhatian, terdapat juga pseudopodium yang terjulur keluar daripada badan
Amoeba yang kelihatan seperti jejari. Organisma ini didapati tidak mempunyai silia.
Menurut Mader (2010), sitoplasmanya terdiri daripada ektoplasma iaitu
lapisan luar yang jernih dan endoplasma iaitu lapisan dalam yang bergranul. Vakuol
makanan organisma ini mengandungi partikel makanan. Vakuol mengecut adalah
satu struktur jernih yang besar dan berbentuk sfera berfungsi untuk mengawal
jumlah air di dalam ameba.
Menurut Mader (2005), Amoeba sp. bergerak menggunakan pseudopodia.
Struktur ini berfungsi apabila sitoplasma menggenggam permukaan dan mendorong
dirinya ke hadapan. Pengecutan pseudopodia akan mendorong sitoplasma ke
hadapan dan pada masa yang sama bahagian sitoplasma pada belakang sel akan
turut tertarik ke hadapan untuk memenuhi pseudopodia hadapan yang berkembang.
Selain digunakan untuk bergerak, pseudopodium juga digunakan mendapatkan
makanan. Amoeba menjalankan pemakanan holozoic dan memakan organisma
mikroskopik seperti bakteria, diatom dan siliata. Hal ini kerana Amoeba tidak
mempunyai klorofil dan tidak menjalankan proses fotosintesis. Amoeba akan
menghulurkan pseudopodiumnya untuk memerangkap partikel makan secara
fagositosis. Partikel makanan akan terperangkap bersama air membentuk vakuol
9
makanan (pengingesan). Kemudian, lisosom akan bergabung dengan vakuol
makanan dengan merembeskan enzim hidrolitik (pencernaan). Makanan yang telah
dicerna diserap ke dalam sitoplasma yang mengelilingi vakuol dan diasimilasikan.
Amoeba bergerak meninggalkan makanan yang tidak tercerna di dalam air
(pengegesian). Penelanan dan peluahan berlaku di sebarang tempat pada
permukaan sel Amoeba (rujuk Rajah 4).
Rajah 4 : Pemakanan Amoeba sp.
Amoeba membiak secara aseks melalui belahan dedua (rujuk Rajah 5).
Nukleus akan membahagai secara mitosis kepada dua nukleus dan diikuti oleh
pembahagian sitoplasma untuk membentuk dua sel anak (Cambell & Reece, 2007).
Dalam keadaan yang tidak sesuai, spora yang dilindungi oleh dinding sista yang
tebal dihasilkan. Apabila keadaan adalah sesuai, dinding sista akan pecah dan satu
atau lebih sel anak akan dihasilkan.
Rajah 5 : Belahan dedua Amoeba sp.
10
Jadual 3 : Pengelasan Protista – Amoeba sp.
Domain Eukaryota
Alam Protista
Filum Amoebozoa
Kelas Tubulinea
Order Tubulinida
Famili Amoebidae
Genus Amoeba
Spesies Amoeba sp.
Hydra sp.
Rajah 6 : Struktur Hydra sp.
Hydra merupakan genus haiwan air tawar invertebrata dalam kelas Hydrozoa
(phylum Cnidaria). Menurut Mader (2010), dinding tubuh organisma ini terdiri
daripada dua lapisan sel yang dipisahkan oleh lapisan nipis dan tidak berstruktur. Ia
mempunyai ciri-ciri seperti Protista. Namun begitu, berdasarkan kajian yang
dijalankan, Hydra bukan tergolong dalam alam Protista tetapi tergolong dalam alam
Animalia.
11
Jadual 4 : Pengelasan Hydra sp.
Domain Eukaryota
Alam Animalia
Filum Cnidarian
Kelas Hydrozoan
Order Anthomedusae
Famili Hydridae
Genus Hydra
Spesies Hydra sp.
Kesimpulan :
Setiap Protista mempunyai bentuk, struktur serta corak susunan koloni yang
berbeza. Protista juga boleh dikategorikan kepada 4 filum utama berdasarkan cara
ia bergerak iaitu filum Rhizopoda iaitu bergerak menggunakan pseudopodia seperti
Amoeba sp., filum Euglenophyta iaitu bergerak menggunakan flagela misalnya
Euglena sp., filum Siliophora iaitu bergerak menggunakan silia seperti Paramecium
sp. dan filum Apikomplexa iaitu organisma yang tidak dapat bergerak seperti
Plasmodium sp.
12
Soalan Perbincangan:
1. Dengan bantuan gambarajah berlabel yang jelas, tunjukkan struktur-struktur
umum pada Protista dan nyatakan kepentingan setiap struktur tersebut.
Rajah 7 : Struktur Euglena sp.
Terdapat pelbagai struktur penting pada Protista yang mempunyai fungsinya
tertentu. Antaranya ialah flagelum iaitu sebuah filamen yang digunakan untuk sel
bergerak dalam persekitarannya. Selain itu, nukleus merupakan organel utama
yang mengandungi DNA (bahan genetik) dan berfungsi untuk mengawal aktiviti sel.
Vakuol mengecut pula berfungsi untuk mengeluarkan air yang berlebihan ke dalam
takungan untuk menggelakkan sel pecah. Selain itu, kloroplas merupakan organel
yang membolehkan organisma menjalankan fotosintesis. Pelikel adalah membran
kaku yang diperbuat daripada protein dan agak fleksibel. Ia juga berfungsi untuk
membantu pergerakan organisma dengan cara mengecut dan mengendur.
Seterusnya, bintik mata (Stigma) merupakan bahagian sensitif cahaya yang
membolehkan Euglena mengesan cahaya supaya ia boleh bergerak ke arahnya
untuk menjalankan proses fotosintesis. Takungan (Reservoir) pula adalah
bahagian yang digunakan untuk penyimpanan nutrien. Sementara itu, paramilon
berfungsi untuk menyimpan lebihan makanan dalam bentuk polisakarida
(karbohidrat). Struktur dalam kloroplas yang berfungsi dalam penghasilan makanan
13
(fotosintesis) adalah pirenoid. Mitokondria pula adalah organel yang menjana
tenaga untuk sel.
2. Bezakan struktur ameba dan paramesium.
Ameba Paramesium
Berbentuk tidak teratur Berbentuk bujur (seperti tapak kasut)
Bergerak dengan membentuk
pseudopodia
Bergerak dengan mengunakan silia
Kebiasaannya mempunyai satu nukleus Mempunyai satu atau lebih nukleus iaitu
makronukeus dan mikronukleus.
Membiak secara aseksual melalui
mitosis iaitu belahan dedua
Membiak secara seksual melalui
konjugasi atau aseksual iaitu belahan
dedua.
Heterotroph yang menjalankan
fagositosis untuk menelan zarah
makanan
Heterotroph yang menggunakan alur
mulut, vakuol makanan dan pori dubur
untuk mendapatkan nutrien
3. Dalam Alam yang manakah Protista digolongkan? Beri sebab bagi jawapan
anda.
Protist digolongkan dibawah alam Protista. Organisma dibawah alam ini tidak
dikelaskan dalam alam Archaebakteria atau Eubakteria kerana protista adalah sel
yang lebih kompleks berbanding dengan bakteria yang merupakan sel yang lebih
ringkas. Kebanyakan protista adalah uniselular. Protista merangkumi semua
organisma mikroskopik yang bukan bakteria, bukan haiwan, bukan tumbuhan dan
bukan kulat.
14
4. Apakah perbezaan utama antara Protista dan bakteria.
Protista Bakteria
Diklasifikasi bawah alam Protista Diklasifikasi bawah alam Monera
Merupakan sel eukaryotik kerana
mempunyai kehadiran membran nukleus
Merupakan sel prokaryotik kerana tidak
mempunyai membran nukleus
Mempunyai DNA dikaitkan dengan
protein histone
Tidak mempunyai DNA yang dikaitkan
dengan protein histone
Mempunyai mitokondria Tidak mempunyai mitokondria
Mempunyai sitoskeleton Tidak mempunyai sitoskeleton
5. Berikan empat kepentingan Protista kepada manusia.
Alga seperti rumpai laut merupakan protista yang menjalankan proses
fotosintesis untuk menghasilkan makanan, menyerap karbon dioksida dari atmosfera
dan membebaskan oksigen. Habitat protista ini adalah di lautan dan air tawar. Ia
memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap oksigen bumi. Malah, alga
menghasilkan kira-kira separuh daripada oksigen yang dihasilkan oleh organisma
fotosintesis. Di darat, protozoa yang mempunyai habitat di tanah membantu
pertumbuhan tumbuhan dengan memakan bakteria dan melepaskan nutrien mereka
dalam bentuk yang mudah diserap oleh akar (Mader, 2010).
Rumpai laut merupakan salah satu Protista dan terdapat pelbagai jenis
rumpai laut yang boleh dimakan. Ia merupakan sumber makanan yang penting di
beberapa kawasan serta ditanam secara meluas di beberapa negara, seperti
Indonesia dan Filipina. Organisma ini berkhasiat untuk dimakan dan dapat
melegakan keradangan kerana alga mengandungi sebatian anti-inflamasi seperti
asid lemak omega-3 dan klorofil. Selain itu, terdapat bahan-bahan berguna yang
boleh diekstrak daripadanya. Antaranya ialah carrageenan yang diekstrak daripada
alga merah. Bahan tersebut berfungsi untuk memejalkan puding dan ais krim.
Protozoa juga memainkan peranan penting dalam proses rawatan air
kumbahan. Bakteria protozoa digunakan untuk memakan sejumlah besar bahan
15
organik dalam air bagi membersihkan air dan menjadikannya air tersebut selamat
untuk dilepaskan ke sungai atau laut. Kumbahan dan sisi air yang lainnya boleh
menimbulkan ancaman yang serius kepada kesihatan manusia dan menyebabkan
kemusnahan terhadap ekosistem. Oleh itu, air kumbahan perlu disalurkan ke loji
rawatan untuk memusnahkan bakteria berbahaya dan bau busuk .
Kebanyakan protista juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai
contoh, ubat-ubatan yang diperbuat daripada protista digunakan untuk merawat
penyakit tekanan darah tinggi, masalah penghadaman, ulser, dan arthritis.
16
Rujukan :
Cambell, N.A. & Reece, J.B. (2007). Biology (8th Ed.). Pearson : The Benjamin
Cummings Publishing Company, Inc.
Gan W.Y. (2012). Eksplorasi biologi. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd
Mader, S.S. & Windelspecht, M (2015). Essentials of Biology (4th Ed). New York :
McGraw
Hill Education.
Mader, S.S. (2005). Biology (9th Ed). New York : McGraw Hill Education
Nuffield Foundation (2011). Testing Leaves for starch: the technique. Diakses pada
10
September, 2017 daripada http://www.nuffieldfoundation.org/practical-
biology/testing
leaves-starch-technique
Solomon , E.P., Berg, L.R. & Martin, D.W. (2008). Biology (8th Ed.). US : Brooks
Cole/Thompson.

More Related Content

What's hot

Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan mierul8
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Isu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraIsu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraAnyu 1996
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 

What's hot (20)

6.1 jenis jenis nutrisi
6.1 jenis jenis nutrisi6.1 jenis jenis nutrisi
6.1 jenis jenis nutrisi
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Respirasi sel
Respirasi selRespirasi sel
Respirasi sel
 
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
 
Ciri kepimpinan pelajar
Ciri kepimpinan pelajarCiri kepimpinan pelajar
Ciri kepimpinan pelajar
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Panduan mengisi buku log
Panduan mengisi buku logPanduan mengisi buku log
Panduan mengisi buku log
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
 
Esei diraja
Esei dirajaEsei diraja
Esei diraja
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Program pengayaan
Program pengayaanProgram pengayaan
Program pengayaan
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Isu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negaraIsu-isu falsafah pendidikan negara
Isu-isu falsafah pendidikan negara
 
Amali fizik 33
Amali fizik 33Amali fizik 33
Amali fizik 33
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Sistem barter
Sistem barterSistem barter
Sistem barter
 

Similar to Amali 2 protista

Struktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selStruktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selHalimah Zailan
 
New microsoft office power point presentation (3)
New microsoft office power point presentation (3)New microsoft office power point presentation (3)
New microsoft office power point presentation (3)Muthupandi Pandi
 
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatPenyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatAtifah Ruzana Abd Wahab
 
109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan
109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan
109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupanrajes1982
 
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)nortex
 
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel TumbuhanLaporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel TumbuhanAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Siti Nafisah
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsiHajar Len
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi selHalf Heart
 
NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdf
NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdfNOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdf
NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdfnavinramu2501
 
Sel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupanSel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupansharmili amy
 
sel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.pptsel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.pptSYAKIRAMURNIBINTIJOH
 
Unit pelajaran 7 alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.
Unit pelajaran 7  alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.Unit pelajaran 7  alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.
Unit pelajaran 7 alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.Aminah Rahmat
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)queenfalin
 

Similar to Amali 2 protista (20)

Struktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selStruktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
 
New microsoft office power point presentation (3)
New microsoft office power point presentation (3)New microsoft office power point presentation (3)
New microsoft office power point presentation (3)
 
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatPenyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
 
109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan
109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan
109788691 bah-2-sel-sbg-unit-asas-hidupan
 
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
Presentation biologi (sel haiwan dan tumbuhan)
 
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel TumbuhanLaporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Laporan Amali Biologi: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi sel
 
NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdf
NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdfNOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdf
NOTA RINGKAS SAINS TINGKATAN 5.pdf
 
Sel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupanSel sebagai unit asas hidupan
Sel sebagai unit asas hidupan
 
sel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.pptsel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.ppt
 
Biokepelbagaian
BiokepelbagaianBiokepelbagaian
Biokepelbagaian
 
Bio praktikal-3
Bio praktikal-3Bio praktikal-3
Bio praktikal-3
 
Unit pelajaran 7 alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.
Unit pelajaran 7  alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.Unit pelajaran 7  alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.
Unit pelajaran 7 alam tumbuhan tidak berbiji dan adaptasi ii.
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
 
Tingkatan 1 (bab 2) : sel sebagai unit asas hidupan
Tingkatan 1 (bab 2) : sel sebagai unit asas hidupanTingkatan 1 (bab 2) : sel sebagai unit asas hidupan
Tingkatan 1 (bab 2) : sel sebagai unit asas hidupan
 
Biologi f4 bab 2.2
Biologi f4 bab 2.2Biologi f4 bab 2.2
Biologi f4 bab 2.2
 
Amali 1 moon morphs
Amali 1 moon morphsAmali 1 moon morphs
Amali 1 moon morphs
 
Topik 4 biodiversiti
Topik 4 biodiversitiTopik 4 biodiversiti
Topik 4 biodiversiti
 

More from irna zuzy

EKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docx
EKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docxEKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docx
EKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docxirna zuzy
 
Tugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriTugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriirna zuzy
 
Grafik pengurusan bilik darjah
Grafik pengurusan bilik darjah   Grafik pengurusan bilik darjah
Grafik pengurusan bilik darjah irna zuzy
 
Amali 3 fungi
Amali 3 fungiAmali 3 fungi
Amali 3 fungiirna zuzy
 
Amali 1 bakteria
Amali 1 bakteriaAmali 1 bakteria
Amali 1 bakteriairna zuzy
 
Kerja kursus Amali bulan
Kerja kursus Amali bulanKerja kursus Amali bulan
Kerja kursus Amali bulanirna zuzy
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
Script forum bi
Script forum biScript forum bi
Script forum biirna zuzy
 

More from irna zuzy (9)

EKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docx
EKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docxEKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docx
EKSPERIMEN SAINS TAHAP 1.docx
 
Tugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriTugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teori
 
Grafik pengurusan bilik darjah
Grafik pengurusan bilik darjah   Grafik pengurusan bilik darjah
Grafik pengurusan bilik darjah
 
Amali 3 fungi
Amali 3 fungiAmali 3 fungi
Amali 3 fungi
 
Amali 1 bakteria
Amali 1 bakteriaAmali 1 bakteria
Amali 1 bakteria
 
Kerja kursus Amali bulan
Kerja kursus Amali bulanKerja kursus Amali bulan
Kerja kursus Amali bulan
 
ESEI KIMIA
ESEI KIMIAESEI KIMIA
ESEI KIMIA
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Script forum bi
Script forum biScript forum bi
Script forum bi
 

Amali 2 protista

  • 1. 1 AMALI BIOLOGI 2 Seksyen A Tajuk : Memeriksa slaid tersedia Protista Pengenalan : Protista adalah organisma-organisma eukariot terdiri daripada satu sel tunggal atau koloni sel-sel yang sama. Protista hidup di dalam air, habitat daratan yang lembap, dan sebagai parasit dan simbiosis dalam hidupan multiselular eukariot (Mader, 2010). Menurut Cambell & Reece (2007), protista dianggap sebagai eukariot kerana mempunyai kehadiran nukleus sel yang dilindungi oleh membran nuklear. Kebanyakan protista adalah uniselular dan mengandungi pelbagai organel seperti mitokondria, kloroplas dan lain-lain. Sesetengah protista aktif menelan makanan ke dalam sel mereka, sementara yang lain dapat membuat makanan mereka sendiri melalui fotosintesis (Chen, 1992). Tujuan : Memerhati Protista dari segi struktur morfologi. Bahan Dan Radas : Slaid tersedia Protista dan mikroskop Prosedur : 1. Beberapa slaid tersedia Protista yang dibekalkan diperhatikan di bawah mikroskop kuasa rendah, kemudian kuasa tinggi. 2. Bentuk, struktur serta corak susunan koloninya diperhatikan bagi setiap jenis Protista
  • 2. 2 3. Hasil pemerhatian dicatat dan dilukis dengan jelas, kemas dan berlabel. Satu kaedah pengelasan yang sesuai telah dipilih untuk melaporkan pemerhatian yang diperoleh. Hasil pemerhatian : Jadual 1 : Bentuk, struktur serta corak susunan koloni protista Protista Bentuk Struktur Corak susunan koloni Euglena sp. -Berbentuk gelendung (seperti daun) -Bentuk badan adalah tetap -Mempunyai flagela -mempunyai nukleus Tunggal dan berkelompok Paramecium sp. Berbentuk bujur (seperti tapak kasut) -Mempunyai silia -Mempunyai nukleus Tunggal dan berkelompok Paramecium fission Berbentuk bujur (seperti tapak kasut) yang berganda -Mempunyai silia -Mempunyai nukleus Berpasangan
  • 3. 3 Amoeba sp. Berbentuk tidak teratur -Mempunyai pseudopodium Tunggal Hydra sp. Berbentuk tetap seperti rod -Mempunyai tunas atau tentikel Tunggal Perbincangan : Protista merupakan organisma eukariot. Kebanyakan organisma dalam alam ini merupakan uniselular. Sesetengah protista hidup secara berkoloni atau tunggal. Protista banyak ditemui di kawasan berair dan lembab. Protista juga mempunyai tiga cara untuk mendapatkan nutrisi (feeding mode) iaitu heterotrof, autotrof dan parasit. Seterusnya menurut Biggs (2012), alam protista dikategorikan kepada dua takson iaitu Protozoan iaitu organisma mempunyai ciri-ciri seperti haiwan (animal-like protist) dan Algae iaitu organisma yang mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan (plant- like protist). Protista seperti haiwan - Protozoa Protista yang mempunyai persamaan dengan haiwan dikenali sebagai protozoa. Habitat protozoa adalah persekitaran yang lembap dan berair. Ciri-ciri protozoa yang mempunyai persamaan dengan haiwan adalah keupayaannya untuk bergerak dan ketidakupayaan mereka untuk menghasilkan makanan mereka sendiri (heterotroph). Namun begitu, protozoa adalah berbeza dengan haiwan kerana ia adalah uniselular manakala haiwan adalah multiselular (Chen, 1992).
  • 4. 4 Protozoa diklasifikasikan kepada empat filum mengikut cara mereka bergerak iaitu filum Rhizopoda iaitu bergerak menggunakan pseudopodia, filum Euglenophyta iaitu bergerak menggunakan flagela, filum Siliophora iaitu bergerak menggunakan silia dan filum Apikomplexa iaitu organisma yang tidak dapat bergerak. Protista seperti tumbuhan - Algae Protista mempunyai persamaan dengan tumbuh-tumbuhan kerana mereka mempunyai klorofil. Kehadiran bahan tersebut membolehkan algae membuat makanan melalui proses fotosintesis. Algae menghasilkan dan membebaskan oksigen sama seperti tumbuhan. Protista seperti tumbuhan ini juga adalah sumber makanan utama dan pengeluar utama untuk organisma air. Filum Euglenophyta - Euglena sp. Rajah 1 : Struktur Euglena sp. Bardasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap slaid tersedia Euglena sp. menggunakan mikroskop cahaya didapati bahawa badannya berbentuk gelendung dengan hujung anterior membulat dan hujung posterior meruncing. Ia juga mempunyai bentuk badan yang tetap dan tidak mempunyai silia. Di hujung badannya juga terdapat satu flagela yang panjang. Menurut Mader (2010), Euglena mempunyai dua flagela iaitu salah satu daripadanya lebih panjang dan terjulur keluar daripada badannya.
  • 5. 5 Euglena sp. bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan flagela yang panjang. Stigma berwarna merah terletak di dinding mulut dan ia adalah peka terhadap cahaya. Struktur ini akan mendorong protista ke kawasan yang bercahaya untuk menghasilkan makanannya melalui proses fotosintesis. Hal ini kerana terdapat banyak kloroplas berbentuk bujur atau memanjang bertaburan di dalam sitoplasma yang membenarkan proses tersebut berlaku. Dalam setiap kloroplas mempunyai pirenoid yang berfungsi dalam penghasilan makanan iaitu proses fotosintesis (Starr, 2007). Euglena sp. juga adalah organisma autotrof iaitu boleh menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan mereka sendiri sama seperti tumbuh- tumbuhan. Namun, ia juga merupakan heterotrof yang boleh menangkap dan menelan organisma lain untuk mendapatkan nutrien. Apabila bertindak sebagai autotroph, Euglena menggunakan kloroplas untuk menghasilkan glukosa melalui proses fotosintesis. Apabila bertindak sebagai heterotrof, Euglena akan mengelilingi zarah makanan dan menelannya melalui proses fagositosis. Melalui penyesuaian ini, Euglena dianggap mixotrof iaitu berperanan sebagai autotrof apabila terdapat cahaya dan heterotof apabila tiada kehadiran cahaya (Chen, 1992). Euglena juga bergerak dengan cara memutarkan flagelum atau mengecut dan mengendurkan membran pelikel yang fleksibel. Jadual 2 : Pengelasan Protista – Euglena sp. Domain Eukaryota Alam Protista Filum Euglenozoa Kelas Euglenoidea Order Euglenales Famili Euglenaceae Genus Euglena Spesies Euglena sp.
  • 6. 6 Filum Siliofora - Paramecium sp. Rajah 2 : Struktur Paramecium sp. Hasil pemerhatian terhadap slaid tersedia Paramecium sp. di bawah mikroskop cahaya, didapati bahawa hujung anterior membulat dan hujung posterior meruncing. Bentuknya adalah bujur yang kelihatan seperti tapak kasut. Seluruh permukaan Paramecium diliputi oleh silium. Paramecium sp. hidup secara tunggal dan berkelompok. Menurut Mader (2010), Paramecium mempunyai dua nukleus iaitu makronukleus dan mikronukleus. Makronukleus berfungsi mengawal metabolisma normal sel manakala mikronukleus berperanan dalam proses pembiakan sel. Paramecium bergerak dengan menggerakkan silium yang meliputi seluruh permukaannya. Pukulan silium yang beritma dari anterior ke posterior menggerakkan protozoa ke hadapan. Paramecium bergerak secara berputar dan pada masa yang sama berputar mengelilingi paksinya. Menurut Mader dan Windelspecht (2015), silia bukan sahaja berfungsi untuk membantu organisma bergerak malah ia dapat menyapu makanan masuk ke dalam mulut melalui alur makanan. Apabila terdapat cukup makanan di dalam alur mulut, ia akan pecah lalu membentuk vakuol makanan. Vakuol makanan akan bergerak di dalam sel. Semasa bergerak, enzim daripada sitoplasma masuk ke dalam vakuol lalu mencernakan makanan. Makanan yang tercerna masuk ke dalam sitoplasma dan vakuol menjadi semakin mengecut. Makanan yang tidak tercerna dikumuhkan melalui liang dubur. Paramecium sp. mendapatkan nutrien dengan memakan bakteria, yis, alga dan juga beberapa bahan tidak hidup seperti susu tepung, kanji dan serbuk arang.
  • 7. 7 Pemerhatian terhadap slaid tersedia Paramecium fission di bawah mikroskop cahaya menunjukkan bahawa pembiakan aseksual iaitu pembelahan dedua (binary fission) sedang berlaku. Semasa pembelahan dedua, satu sel Paramecium akan dibahagikan kepada dua sel dengan kandungan genetik yang sama (Solomon, Berg, & Martin, 2008). Paramecium membiak secara aseks dan seks. Paramecium membiak secara aseks melalui belahan dedua, apabila keadaan adalah sesuai. Misalnya, apabila organisma mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Protista ini juga akan membiak secara seks melalui konjugasi apabila keadaan menjadi tidak sesuai. Jadual 2 : Pengelasan Protista – Paramecium sp. Domain Eukaryota Alam Protista Filum Protozoa Kelas Ciliate Order Holotrica Famili Parameciidae Genus Paramecium Spesies Paramecium sp.
  • 8. 8 Filum Rhizopoda - Amoeba sp. Rajah 3 : Struktur Amoeba sp. Pemerhatian terhadap slaid tersedia Amoeba sp. di bawah mikroskop cahaya pula menunjukkan bahawa ia mempunyai bentuk badan yang tidak tetap. Ia merupakan sel tunggal yang dikelilingi oleh menbran plasma. Berdasarkan pemerhatian, terdapat juga pseudopodium yang terjulur keluar daripada badan Amoeba yang kelihatan seperti jejari. Organisma ini didapati tidak mempunyai silia. Menurut Mader (2010), sitoplasmanya terdiri daripada ektoplasma iaitu lapisan luar yang jernih dan endoplasma iaitu lapisan dalam yang bergranul. Vakuol makanan organisma ini mengandungi partikel makanan. Vakuol mengecut adalah satu struktur jernih yang besar dan berbentuk sfera berfungsi untuk mengawal jumlah air di dalam ameba. Menurut Mader (2005), Amoeba sp. bergerak menggunakan pseudopodia. Struktur ini berfungsi apabila sitoplasma menggenggam permukaan dan mendorong dirinya ke hadapan. Pengecutan pseudopodia akan mendorong sitoplasma ke hadapan dan pada masa yang sama bahagian sitoplasma pada belakang sel akan turut tertarik ke hadapan untuk memenuhi pseudopodia hadapan yang berkembang. Selain digunakan untuk bergerak, pseudopodium juga digunakan mendapatkan makanan. Amoeba menjalankan pemakanan holozoic dan memakan organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan siliata. Hal ini kerana Amoeba tidak mempunyai klorofil dan tidak menjalankan proses fotosintesis. Amoeba akan menghulurkan pseudopodiumnya untuk memerangkap partikel makan secara fagositosis. Partikel makanan akan terperangkap bersama air membentuk vakuol
  • 9. 9 makanan (pengingesan). Kemudian, lisosom akan bergabung dengan vakuol makanan dengan merembeskan enzim hidrolitik (pencernaan). Makanan yang telah dicerna diserap ke dalam sitoplasma yang mengelilingi vakuol dan diasimilasikan. Amoeba bergerak meninggalkan makanan yang tidak tercerna di dalam air (pengegesian). Penelanan dan peluahan berlaku di sebarang tempat pada permukaan sel Amoeba (rujuk Rajah 4). Rajah 4 : Pemakanan Amoeba sp. Amoeba membiak secara aseks melalui belahan dedua (rujuk Rajah 5). Nukleus akan membahagai secara mitosis kepada dua nukleus dan diikuti oleh pembahagian sitoplasma untuk membentuk dua sel anak (Cambell & Reece, 2007). Dalam keadaan yang tidak sesuai, spora yang dilindungi oleh dinding sista yang tebal dihasilkan. Apabila keadaan adalah sesuai, dinding sista akan pecah dan satu atau lebih sel anak akan dihasilkan. Rajah 5 : Belahan dedua Amoeba sp.
  • 10. 10 Jadual 3 : Pengelasan Protista – Amoeba sp. Domain Eukaryota Alam Protista Filum Amoebozoa Kelas Tubulinea Order Tubulinida Famili Amoebidae Genus Amoeba Spesies Amoeba sp. Hydra sp. Rajah 6 : Struktur Hydra sp. Hydra merupakan genus haiwan air tawar invertebrata dalam kelas Hydrozoa (phylum Cnidaria). Menurut Mader (2010), dinding tubuh organisma ini terdiri daripada dua lapisan sel yang dipisahkan oleh lapisan nipis dan tidak berstruktur. Ia mempunyai ciri-ciri seperti Protista. Namun begitu, berdasarkan kajian yang dijalankan, Hydra bukan tergolong dalam alam Protista tetapi tergolong dalam alam Animalia.
  • 11. 11 Jadual 4 : Pengelasan Hydra sp. Domain Eukaryota Alam Animalia Filum Cnidarian Kelas Hydrozoan Order Anthomedusae Famili Hydridae Genus Hydra Spesies Hydra sp. Kesimpulan : Setiap Protista mempunyai bentuk, struktur serta corak susunan koloni yang berbeza. Protista juga boleh dikategorikan kepada 4 filum utama berdasarkan cara ia bergerak iaitu filum Rhizopoda iaitu bergerak menggunakan pseudopodia seperti Amoeba sp., filum Euglenophyta iaitu bergerak menggunakan flagela misalnya Euglena sp., filum Siliophora iaitu bergerak menggunakan silia seperti Paramecium sp. dan filum Apikomplexa iaitu organisma yang tidak dapat bergerak seperti Plasmodium sp.
  • 12. 12 Soalan Perbincangan: 1. Dengan bantuan gambarajah berlabel yang jelas, tunjukkan struktur-struktur umum pada Protista dan nyatakan kepentingan setiap struktur tersebut. Rajah 7 : Struktur Euglena sp. Terdapat pelbagai struktur penting pada Protista yang mempunyai fungsinya tertentu. Antaranya ialah flagelum iaitu sebuah filamen yang digunakan untuk sel bergerak dalam persekitarannya. Selain itu, nukleus merupakan organel utama yang mengandungi DNA (bahan genetik) dan berfungsi untuk mengawal aktiviti sel. Vakuol mengecut pula berfungsi untuk mengeluarkan air yang berlebihan ke dalam takungan untuk menggelakkan sel pecah. Selain itu, kloroplas merupakan organel yang membolehkan organisma menjalankan fotosintesis. Pelikel adalah membran kaku yang diperbuat daripada protein dan agak fleksibel. Ia juga berfungsi untuk membantu pergerakan organisma dengan cara mengecut dan mengendur. Seterusnya, bintik mata (Stigma) merupakan bahagian sensitif cahaya yang membolehkan Euglena mengesan cahaya supaya ia boleh bergerak ke arahnya untuk menjalankan proses fotosintesis. Takungan (Reservoir) pula adalah bahagian yang digunakan untuk penyimpanan nutrien. Sementara itu, paramilon berfungsi untuk menyimpan lebihan makanan dalam bentuk polisakarida (karbohidrat). Struktur dalam kloroplas yang berfungsi dalam penghasilan makanan
  • 13. 13 (fotosintesis) adalah pirenoid. Mitokondria pula adalah organel yang menjana tenaga untuk sel. 2. Bezakan struktur ameba dan paramesium. Ameba Paramesium Berbentuk tidak teratur Berbentuk bujur (seperti tapak kasut) Bergerak dengan membentuk pseudopodia Bergerak dengan mengunakan silia Kebiasaannya mempunyai satu nukleus Mempunyai satu atau lebih nukleus iaitu makronukeus dan mikronukleus. Membiak secara aseksual melalui mitosis iaitu belahan dedua Membiak secara seksual melalui konjugasi atau aseksual iaitu belahan dedua. Heterotroph yang menjalankan fagositosis untuk menelan zarah makanan Heterotroph yang menggunakan alur mulut, vakuol makanan dan pori dubur untuk mendapatkan nutrien 3. Dalam Alam yang manakah Protista digolongkan? Beri sebab bagi jawapan anda. Protist digolongkan dibawah alam Protista. Organisma dibawah alam ini tidak dikelaskan dalam alam Archaebakteria atau Eubakteria kerana protista adalah sel yang lebih kompleks berbanding dengan bakteria yang merupakan sel yang lebih ringkas. Kebanyakan protista adalah uniselular. Protista merangkumi semua organisma mikroskopik yang bukan bakteria, bukan haiwan, bukan tumbuhan dan bukan kulat.
  • 14. 14 4. Apakah perbezaan utama antara Protista dan bakteria. Protista Bakteria Diklasifikasi bawah alam Protista Diklasifikasi bawah alam Monera Merupakan sel eukaryotik kerana mempunyai kehadiran membran nukleus Merupakan sel prokaryotik kerana tidak mempunyai membran nukleus Mempunyai DNA dikaitkan dengan protein histone Tidak mempunyai DNA yang dikaitkan dengan protein histone Mempunyai mitokondria Tidak mempunyai mitokondria Mempunyai sitoskeleton Tidak mempunyai sitoskeleton 5. Berikan empat kepentingan Protista kepada manusia. Alga seperti rumpai laut merupakan protista yang menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan, menyerap karbon dioksida dari atmosfera dan membebaskan oksigen. Habitat protista ini adalah di lautan dan air tawar. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap oksigen bumi. Malah, alga menghasilkan kira-kira separuh daripada oksigen yang dihasilkan oleh organisma fotosintesis. Di darat, protozoa yang mempunyai habitat di tanah membantu pertumbuhan tumbuhan dengan memakan bakteria dan melepaskan nutrien mereka dalam bentuk yang mudah diserap oleh akar (Mader, 2010). Rumpai laut merupakan salah satu Protista dan terdapat pelbagai jenis rumpai laut yang boleh dimakan. Ia merupakan sumber makanan yang penting di beberapa kawasan serta ditanam secara meluas di beberapa negara, seperti Indonesia dan Filipina. Organisma ini berkhasiat untuk dimakan dan dapat melegakan keradangan kerana alga mengandungi sebatian anti-inflamasi seperti asid lemak omega-3 dan klorofil. Selain itu, terdapat bahan-bahan berguna yang boleh diekstrak daripadanya. Antaranya ialah carrageenan yang diekstrak daripada alga merah. Bahan tersebut berfungsi untuk memejalkan puding dan ais krim. Protozoa juga memainkan peranan penting dalam proses rawatan air kumbahan. Bakteria protozoa digunakan untuk memakan sejumlah besar bahan
  • 15. 15 organik dalam air bagi membersihkan air dan menjadikannya air tersebut selamat untuk dilepaskan ke sungai atau laut. Kumbahan dan sisi air yang lainnya boleh menimbulkan ancaman yang serius kepada kesihatan manusia dan menyebabkan kemusnahan terhadap ekosistem. Oleh itu, air kumbahan perlu disalurkan ke loji rawatan untuk memusnahkan bakteria berbahaya dan bau busuk . Kebanyakan protista juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, ubat-ubatan yang diperbuat daripada protista digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi, masalah penghadaman, ulser, dan arthritis.
  • 16. 16 Rujukan : Cambell, N.A. & Reece, J.B. (2007). Biology (8th Ed.). Pearson : The Benjamin Cummings Publishing Company, Inc. Gan W.Y. (2012). Eksplorasi biologi. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd Mader, S.S. & Windelspecht, M (2015). Essentials of Biology (4th Ed). New York : McGraw Hill Education. Mader, S.S. (2005). Biology (9th Ed). New York : McGraw Hill Education Nuffield Foundation (2011). Testing Leaves for starch: the technique. Diakses pada 10 September, 2017 daripada http://www.nuffieldfoundation.org/practical- biology/testing leaves-starch-technique Solomon , E.P., Berg, L.R. & Martin, D.W. (2008). Biology (8th Ed.). US : Brooks Cole/Thompson.