Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah

6,602 views

Published on

0 Comments
13 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,602
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
640
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
13
Embeds 0
No embeds

No notes for slide
  • Siapakah yang berperanan untuk merubah budaya sekolah? Di sekolah yang mengamalkan kepimpinan autokratik akan memimpin secara berpusat. Nilai dan norma yang ujud bukanlah nilai dan norma institusi tetapi lebih kepada nilai dan kepercayaan individu pemimpin tersebut. Untuk itu pemimpin sekolah iaitu pengetua haruslah menggerakkan penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia, guru cemerlang dan guru-guru senior yang ada di sekolah dengan memberikan kepercayaan untuk membuat keputusan dan mengambil tanggungjawab berkaitan dengan bidang tugas masing-masing. Sekiranya setiap lapisan kepimpinan di sekolah dapat berfungsi dan berperanan dengan baik budaya dan etos sekolah akan diterjemahkan kepada nilai dan norma yang turut diamalkan oleh para pelajar.
  • Oleh yang demikian, merubah sesuatu budaya sekolah bukanlah kerja yang mudah memakan satu atau dua hari. Ianya adalah merupakan satu proses yang panjang dan berterusan. Pemimpin sekolah perlu memastikan keperluan semua guru dan aspek kesediaan di ambil perhatian. Untuk membentuk budaya sekolah gaya kepimpinan juga perlu berubah dari autokratik kepada distributif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan akan melihat keupayaan, kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya kerja profesional dan prestasi tinggi.
  • Walau bagaimanapun penulis berpendapat cadangan amalan-amalan teras kepimpinan berkesan oleh Leithwood & Riehl (2005), dan Lewis dan rakan-rakan (2008) dapat merumuskan intipati implikasi isu-isu sekitar kepimpinan sekolah. Amalanamalan ini dikemukakan sebagai "asas-asas" kepimpinan yang berjaya. Sudah tentu asas-asas yang dinyatakan tidak mencukupi untuk memenuhi hasrat meningkatkan pembelajaran pelajar dengan ketara, tetapi tanpa asas-asas tersebut sudah pasti harapan yang diingini tidak kesampaian. 7 ! Mereka mencadangkan lima set amalan yang membentuk teras asas amalanamalan kepimpinan yang berjaya iaitu menetapkan hala tuju, membangunkan keupayaan manusia, merekabentuk semula organisasi, mengurus program pembelajaran, dan perilaku kepimpinan. ! Pertama, menetapkan hala tuju organisasi di mana pemimpin yang menetapkan hala tuju yang jelas akan memberikan impak kepimpinan yang besar. Manusia didorong oleh matlamat yang mereka rasakan menarik, mencabar dan boleh dicapai. Matlamat sedemikian memberikan sebab untuk bekerja dan membentuk identiti diri dalam konteks kerja mereka. Amalan menetapkan hala tuju seringkali dikaitkan dengan amalan kepimpinan dalam mengenal pasti dan mengongsi visi; menggalakkan penerimaan dan perkongsian matlamat kumpulan atau organisasi; menentukan jangkaan prestasi yang tinggi; dan memantau prestasi organisasi di samping mendorong komunikasi yang berkesan di semua peringkat organisasi. ! Kedua, membangunkan keupayaan ahli organisasi di mana hala tuju organisasi bukanlah satu-satunya syarat yang memberikan motivasi kepada ahli organisasi atau keupayaan yang diperlukan oleh ahli agar bertindak secara produktif. Sebenarnya keupayaan dan motivasi ahli organisasi dipengaruhi oleh pengalaman langsung mereka bekerja dalam organisasi dan bekerja bersama pemimpin. Dalam konteks ini, amalan membangunkan keupayaan dan kapasiti manusia penting. Set amalan yang yang dimaksudkan ialah menyediakan sokongan dan pertimbangan personal yang khusus; 8 kefahaman dan sokongan emosi; rangsangan intelektual; dan menyediakan modelmodel amalan dan kepercayaan terbaik yang bersesuaian. ! Ketiga merekabentuk organisasi di mana sumbangan sekolah kepada pelajar sudah tentu bergantung kepada motivasi dan keupayaan guru-guru dan warga sekolah yang lain, secara individu atau kolektif. Walau bagaimanapun, budaya sekolah ada kalanya boleh mematikan semangat guru untuk menggunakan amalan pengajaranpembelajaran berkesan. Oleh itu pemimpin yang berjaya, membangunkan sekolah berkesan dengan menyediakan sokongan dan mengekalkan prestasi guru-guru, para pelajar dan warga sekolah yang lain. Amalan-amalan khusus yang dikaitkan merekabentuk organisasi termasuklah mengukuhkan organisasi sekolah dan budayanya; membina budaya kolaboratif; menstrukturkan semula organisasi untuk melancarkan kerja; membangunkan hubungan yang produktif dengan keluarga dan komuniti; menghubungkan sekolah dengan dunia persekitaran yang lebih luas. ! Empat, mengurus program pembelajaran di mana kajian menunjukkan sekolah berprestasi tinggi dan yang meningkat dengan pantas, mempunyai pemimpin berpusatkan-pembelajaran ( learning-centred leaders). Pemimpin sedemikian memberikan fokus kepada mempengaruhi apa yang berlaku dalam bilik darjah dan meningkatkan kualiti pengajaran serta pembelajaran pelajar. Oleh kerana itu pemimpin tersebut menjadi suri teladan kepada guru-gurunya. Antara amalan-amalan lain yang dikaitkan dengan mengurus program pembelajaran termasuklah menyediakan guru dan staf sokongan untuk melaksanakan kehendak kurikulum; memantau kemajuan prestasi 9 pelajar dan strategi-strategi penambahbaikan sekolah; melindungi staf daripada tuntutan tidak produktif dari luar yang menyebabkan mereka tergelincir daripada kerjabuat teras mereka; dan menyediakan suasana kerja yang produktif untuk staf dan pelajar. ! Lima, perilaku kepimpinan - Keempat-empat set amalan yang dibincang di atas sebenarnya memerlukan kualiti kepimpinan tertentu iaitu perilaku kepimpinan yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan mereka. Antaranya ialah bersikap terbuka dan bersedia belajar daripada orang lain; fleksibel, tidak dogmatik apabila berfikir dalam kerangka sistem nilai-nilai teras: tangkas, bijaksana, optimis dan mempunyai kekuatan moral untuk berkhidmat. Kualiti ini penting kerana pemimpin adalah sumber motivasi, dan inspirasi bagi pengikut untuk melaksanakan tindakan yang dirancang.
  • Melalui peranan2 tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan elemen budaya spt nilai, norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dll. Apabila sifat budaya yang diterapkan oleh guu menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina budaya sekolah
  • Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah

    1. 1. KEPIMPINAN SEKOLAH
    2. 2. KEPIMPINAN SEKOLAHMenurut porth (2000), Budaya sesebuah sekolah banyakdipengaruhi oleh sikap pemimpinnya. Pemimpin yang akanmenentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut. Pemimpinyang bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepadastaf, murid, ibubapa dan masyarakat , sedar tanggungjawabkepada bangsa dan masyarakat sudah tentu akan memainkanperanan untuk membentuk budaya kerja yang cekap danseterusnya budaya sekolah yang cemerlang.
    3. 3.  Hussein Mamood ( 1993) mengatakan kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia banyak bergantung kepada pihak sekolah iaitu guru besar, guru-guru tetapi kepimpinan guru besar adalah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah. Sekolah yang diklasifikasikan sebagai berjaya mempunyai pemimpin sekolah yang kompeten dan sebaliknya sekolah yang tidak berjaya, tidak mempunyai pemimpin sedemikian (Huber, 2004).
    4. 4. Lewis dan rakan-rakan (2008) Mereka mencadangkan lima setamalan yang membentuk teras asas amalan kepimpinan yangberjaya iaitu:
    5. 5. KEPIMPINAN GURU MEMBENTUK BUDAYA SEKOLAHMenurut Bath(2001) guru adalah pemimpin ygberperanan sbg agen perubahan. Guru melakukanperubahan ke atas sekolah dan bilik darjah.Menurut Stolp (1995), kepimpinan guru dapatmempengaruhi pelajar ke arah situasipembelajaran yang menggalakkan sertamembentuk cara budaya pelajar yang sesuai danidea yang bervisi

    ×