SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
PUNCA DAN RAWATAN MASALAH SOSIAL DAN DISIPLIN PELAJAR : SATU
                       PANDANGAN

                                         Oleh ;
                             Prof. Madya Ab Gani bin Jalil
                     Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
                             Universiti Teknologi Malaysia.

LATARBELAKANG
        Banyak telah diperkatakan tentang masalah sosial dan disiplin pelajar Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Antara rungutan pensyarah pelajar meniru, berdua-duaan, tidak
hormat orang yang lebih dewasa, mudahnya pelajar merasa kecewa dalam hubungan
percintaan dan kesimpulan yang sering dibuat iaitu kegagalan pendidikan Islam oleh
pensyarah Pusat Pengajian Islam.


        Rungutan-rungutan dapat diterima oleh semua pihak sebagai satu kesedaran untuk
memperbaiki generasi pelajar. Tetapi kesimpulan mudah yang dibuat dan lebih bersifat
retorik itu agak menyakitkan sebelah pihak dan bersifat tidak adil. Ia sama sahaja dengan
kecaman yang dilontarkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem
pendidikan hari ini gagal membentuk akhlak.


        Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab membentuk akhlak? KPM sahaja?
Guru-guru atau pensyarah pendidikan Islam sahaja? Guru-guru disiplin sahaja? Atau kita
semua yang terlibat dalam dunia pendidikan sahaja yang sepatutnya mengambil
tanggungjawab yang maha besar dan maha berat ini ? Ataukah untuk berlaku adil maka
semua pihak dan setiap individu dilibatkan dalam pendidikan ?


DEFINISI


       Masalah didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai “sesuatu yang memerlukan
penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan).”.
Sosial pula ditakrifkan sebagai, “1.   segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat, kemasyarakatan. 2. berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa
lapang. “




                                                                                        1
Bersosial pula bermaksud, “bercampur gaul dan bermesra (biasanya dimaksudkan
antara lelaki dengan perempuan). Disiplin menurut takrifan Kamus Dewan ialah :
   1) Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri.
   2) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.


        Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 pula
menjelaskan maksud “disiplin” sebagai, “kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain,
kesanggupan menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong
menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”


        Dari perspektif Islam, disiplin ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang
diperlukan oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup sesuai dengan apa yang
diperintahkan oleh Allah. Bermula dari kejadian manusia pertama Adam dan isterinya Hawa,
mereka hidup dengan disiplin walaupun di syurga sebenarnya tidak memerlukannya.
Kiranya disiplin inilah yang telah melatih dan menjadikan manusia mempunyai daya juang
(jihad). Tanpanya, manusia tidak mungkin boleh mempunyai kalangsungan (survivle) hidup.
Al-Quran menyebutkannya sebagai “sunnatullah” seperti firmanNya dalam surah al-Fath
ayat 23 yang bermaksud, “(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap
menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan
engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.”


        Oleh itu, disiplin dalam Islam lebih merupakan cara hidup yang tidak mungkin
seseorang itu boleh terlepas darinya. Sebagaimana contohnya yang dapat dilihat dalam
ibadah yang mempunyai rukun dan syarat serta dilaksanakan dengan tertib (Bahasa Arab
“Tartib” iaitu mengikut susunan). Kesemua ibadah di dalam Islam melatih muslim menjadi
seorang yang berdisiplin. Jika hal ini dapat difahami dengan cara yang paling mudah, maka
disiplin tidak lagi menjadi masalah dan tentulah tidak ada lagi masalah disiplin!




                                                                                       2
Bagi seorang muslim yang menghayati ibadahnya, Islam mengajarkan supaya
berjamaah dalam melaksanakan solat. Bagi mereka yang menganggapnya hanya sebagai
fardu kifayah, diwajibkan pula solat Jumaat. Ini mengajar seorang muslim itu bersosial dan
berinteraksi dengan orang lain. Bagitu juga juga dalam ibadah-ibadah puasa, zakat dan
menunaikan haji. Kesemuanya mempunyai nilai interaksi sosial dan disiplin yang tinggi.
Tetapi, manusia lebih senang memilih untuk mempelajari ilmu tanpa memikirkan untuk
menghayatinya. Kerana itulah ulama besar seperti Imam Al-Ghazali menyusun kitabnya
yang masyhur “Ihya` Ulum al-Din” (Menghidupkan ilmu-ilmu agama).


PENGHAYATAN
        Berilmu suatu yang boleh didapati melalui proses pembelajaran, tatapi menghayati
ilmu pula adalah suatu yang memerlukan kesungguhan kejiwaan dari dalaman diri individu
manusia. Oleh itu, manusia harus dilihat dari sudut elimen-elimen kejadiannya, iaitu jasad,
roh, aqal dan emosi (istilah agama disebut juga sebagai “nafsu”). Untuk menyelesaikan
masalah manusia, penyelesaian itu harus bersifat menyeluruh (wholistic) merangkumi ke
empat-empat unsur tersebut. Hal ini diakui oleh Knootz dan Weirich (1991 : 399) dalam
bukunya Management, “Kita tidak boleh bercakap tentang hakikat manusia tanpa menyentuh
keseluruhan diri manusia itu, bukan setakat ciri-ciri yang khusus dan terpisah seperti
pengetahuan, sikap, kemahiran atau sifat peribadi.


        Setiap orang memiliki semua ciri ini pada kadar yang berbeza. Selain itu, ciri-ciri ini
bertindak balas di antara satu sama lain dan penonjolannya dalam situasi tertentu berubah
dengan pantas dan tanpa diduga.


        “Manusia adalah peribadi lengkap yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
Manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada kesan pengaruh ini dalam pekerjaan
mereka.”


        Drucker (1989: 38) juga bersetuju tentang perlu adanya nilai dalam diri manusia, “….
Precisely, because the object of management is a human community held together by the
work bond for common purpose, management always deals with the nature of man and with
good and evil as well.




                                                                                             3
“That means there has to be values, commitment, conviction in management even
passion. Without them, there will be no perfomance and no result. Indeed since management
deals with people and with things, management without values, commintments, convions can
only do harm.”


        Untuk menyelesaikan masalah, usaha perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah
sebenar.   Untuk mengubat, seorang doktor perlu mendiagnos pesakit. Hanya setelah
mengenalpasti penyakit, barulah dapat diberikan ubat sebenar. Untuk menjadikan manusia
boleh menyelesaikan masalah “menghayati ilmu”, ia perlu kepada pendididikan dalam istilah
Islam “Tarbiyyah”.    Pendidikan berlaku bermula dari rumah kemudian ke sekolah dan
seterusnya ke mana-mana sahaja asalkan manusia sanggup berfikir dan menjadikannya
iktibar. Tanda soal yang paling besar ialah “Adakah setiap individu telah melaksanakan
peranan “mendidik” itu? Di rumah, adakah ketuanya (bapa) telah mendidik? Di sekolah,
adakah guru telah mendidik atau hanya mengajar untuk menghabiskan silibus? Apatah lagi
di universiti, adakah setiap individu pensyarah telah mendidik atau hanya sekadar memberi
latihan teknikal untuk mengeluarkan product sama seperti operator pengeluaran di kilang-
kilang industri? Di dalam masyarakat, adakah masyarakat berperanan mendidik atau hanya
melihat tanpa menegur kerana bimbang akan mengundang risiko?


        Dalam Islam, proses mendapatkan ilmu hendaklah disertai dengan akhlak terpuji.
Imam al-Ghazali menegaskan, “ …… ibadat hati dan mengisi batin dengan ilmu tidak pula
sah tanpa lebih dahulu membersihkan hati daripada najis akhlak dan sifat-sifat kotor.”.


        Dr. Muhammad “Atiyyah al-Abrasyi (1970: 108) menjelaskan tujuan utama
pendidikan sebagai, “pembentukan akhlak dan budipekerti yang sanggup menghasilkan
orang-orang yang bermoral, lelaki maupun wanita, jiwa yang bersih, kemahuan yang keras,
cita-cita yang benar dan akhlak     yang tinggi, tahu erti kewajiban dan pelaksanaannya,
menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan buruk baik dan mengingatkan Tuhan
dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.”


        Ilmu berkait rapat dengan Yang Memberi ilmu, Yang Maha Mengetahui iaitu Allah
s.w.t. Ilmu pengetahuan yang terjauh daripada Penciptanya akan menjadi ilmu sekular yang
tidak dapat membentuk keperibadian apatah lagi akhlak yang mulia. Sebagai contoh, para



                                                                                          4
jurutera yang boleh membina kapalterbang, bila dihubungkan dengan Allah, akan
menggunakan hasil ciptaan mereka untuk manfaat manusia sejagat.          Tetapi jika tidak
dikaitkan dengan Allah, akan menggunakan hasil ciptaan mereka untuk membunuh ribuan
nyawa yang tidak berdosa atas berbagai nama dan alasan yang mewajarkan tindakan mereka.


       Profesor Harold H. Titus (1953: 420-421) menjelaskan, “Pendidikan telah
memisahkan dirinya daripada warisan rohaniah dari zaman silam, tetapi gagal menyediakan
satu penggantian yang memuaskan.         Akibatnya, orang-orang terpelajar sendiri turut
kehilangan pendirian dan keyakinan atau nilai di samping tidak mempunyai satu pandangan
duniawi yang menyeluruh.”.


       Matlamat akhir mempelajari ilmu ialah mendapat kesenangan dan keselesaan. Dalam
hal ini Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Sesiapa yang
menghendakki kesenangan dunia, wajiblah menuntut ilmu. Sesiapa yang menghendakki
kesenangan akhirat, juga wajib menuntut ilmu. Sesiapa yang menghendakki kesenangan
kedua-duanya sekali wajib menuntut ilmu.” Kesimpulannya, manusia yang menuntut ilmu
terbahagi kepada tiga kelompok.
   1. Kelompok yang mementingkan dunia semata-mata.
   2. Kelompok yang mementingkan akhirat sahaja.
   3. Kelompok yang memerlukan kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat.


       Implikasi dari tiga sikap tersebut amat berbeza. Kelompok pertama apabila berjaya
akan hanya mementingkan diri sendiri. Bagi mereka hidup ini ialah belajar, ijazah, jawatan,
gaji lumayan dan akhirnya kemewahan. Bagaimana mendapatkannya tidak penting asalkan
matlamat tercapai.


       Kelompok kedua pula amat bertentangan dengan yang pertama. Mereka dilihat
merupakan kelompok tidak berjaya. Cara hidup dan pemikiran mereka amat mudah.
Dibimbangi dari mereka muncul generasi yang lemah dan tidak berdaya memberikan
sumbangan untuk masyarakat apatah lagi umat.


       Kelompok ketiga inilah yang merupakan kumpulan seimbang dalam maksud tidak
mengabaikan keperluan hidup dunia dan akhirat. Inilah generasi yang dibentuk oleh Islam



                                                                                         5
sehingga dapat mencapai zaman gemilang pada suatu masa dahulu. Mereka menegakkan
negara dan umat yang berdaulat dan berwibawa hingga menjadi qiblat bangsa-bangsa lain
dari seluruh dunia.


GENERASI SEIMBANG PENYELESAIAN MASALAH
        Keseimbangan merupakan kata kunci bagi permasalahan yang dihadapi oleh umat
manusia. Bila dapat difahami bahawa manusia dicipta oleh Allah dari unsur-unsur jasad dan
roh serta di masa yang sama, diberi akal dan emosi, ertinya penyelesaian masalah mestilah
mengambilkira kesemua elimen tersebut.


        Masalah jasadiah (nisbah kepada jasad atau fizikal) paling mudah diselesaikan. Ia
memerlukan segala bahan yang diperlukan oleh jasad. Makan minum, kerihatan, memuaskan
nafsu (mengikut yang dibenarkan oleh agama), keseronokan dan segala yang indah.


        Masalah rohiyyah (nisbah kepada roh atau spiritual) agak sukar diselesaikan. Bagai
manapun, penyelesaiannya akan menyelesaikan juga masalah emosi dan memandu akal ke
jalan yang benar dan diridhai oleh Pencipta. Pertama ia memerlukan ilmu, ilmu pula
memerlukan amal kerana dengannya ilmu akan hidup dan memandu manusia. Ilmu juga
akan memandu akal. Dengan akal manusia dapat mengimbangi emosinya.


        Pengajian dan aktiviti di universiti perlu merangkumi kegiatan yang meliputi
keempat-empat unsur tersebut. Aktiviti yang berkaitan dengan akal dalam bentuk pengajaran
dan pembelajaran merupakan tugas utama universiti. Sementara aktiviti kerohanian yang
berkaitan dengan roh hanya merupakan aktiviti sampingan dalam bentuk solat jamaah, solat
Jumaat, kuliah-kuliah maghrib dan subuh serta majlis-majlis bacaan yasin mingguan, solat
hajat menjelang peperiksaan dan qiamullail. Bagai manapun, aktiviti kerohanian ini tidak
mendapat tempat di hati pelajar universiti kerana tidak mempunyai nilai kredit. Kebiasaan
dunia kampus yang memberi nilai kepada segala aktiviti dengan nilai kredit atau kenaikan
pangkat (bagi para pensyarah) sedikit sebanyak menyumbang kepada fenomena ini.


        Ilmu juga memerlukan satu aktiviti pengukuhan.       Ia boleh dilakukan dengan
mengajarkan kemahiran berfikir. Minda pelajar sudah terlalu banyak diasak dengan ilmu,
lebih tepat lagi maklumat. Kesempatan untuk berfikir tidak banyak diberi kepada pelajar



                                                                                        6
sejak di bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Masa bilakah mereka sempat
berfikir. Yang mereka dengar sentiasa ialah ingat formula demi formula dengan segala
macam teori dan pendapat. Oleh itu, program-program yang menggalakkan setiap individu
berfikir harus disusun. Kaedah pengajaran yang memberikan kemahiran berfikir juga perlu
dikembangkan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Berfikir seketika lebih baik
ibadah (sunat) selama setahun.”.


       Suasana persekitaran yang santai harus diwujudkan. Jika dibimbangi pelajar tidak
tahu menggunakan suasana itu, berikan kemahiran. Minta pandangan, saranan dan cadangan
dari para pensyarah yang pernah belajar di luar negara bagaimana suasana yang harmoni
boleh diwujudkan dengan syarat ia tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana
percanggahan akan menyebabkan hilang berkat ilmu. Kehilangan berkat ilmu akan
mengakibatkan kemeranaan akhlak dan kerosakannya seterusnya kerosakan yang timbul akan
menyebabkan kemerosotan disiplin dan seterusnya berlaku masalah sosial.


       Tenaga pengajar di universiti juga harus berperanan melahirkan generasi seimbang
ini. Tugas mereka bukan setakat mengajar di kelas-kelas perdana dan SPACE. Mereka harus
mempunyai kesedaran bahawa kebahagiaan bagi seorang “guru” bukanlah setakat mencapai
kemewahan metrial, tetapi juga kepuasan bekerja (bagi bukan muslim) dan “bonus pahala
yang kekal” dari Maha Pencipta (bagi mereka yang punya keyakinan “faith”.). Tidak ada
saat yang paling membahagiakan seorang guru melainkan melihat pelajarnya berjaya di
samping berakhlak dengan akhlak yang mulia!


       Mungkin masih ada lagi kalangan yang beranggapan “adalah terlalu ideal menjadi
seorang “guru” yang berakhlak seperti di zaman para sahabat. Itu hanya boleh dilakukan
oleh orang-orang luar biasa. Di dalam Islam tiada istilah “manusia luar biasa”. Yang ada
ialah istilah muslim atau mukmin. Apapun istilah yang diberikan, adalah wajar bagi setiap
individu pensyarah terjun dalam gerakan besar-besaran memperbaiki suasana sosial yang
berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan sebagai muslim didasari oleh aqidah.


       Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya, “Bila seorang anak Adam itu mati,
putuslah segala amalnya kecuali tiga (yang masih berjalan pahalanya) iaitulah sedekah jariah,
ilmu yang memberi manfaat dan anak saleh yang mendoakan baginya.”. Di rumah ibu bapa



                                                                                           7
berperanan sebagai pendidik dan di insititusi pengajian, orang yang paling hampir kepada
pelajar ialah pensyarahnya.


PENUTUP
Begitulah pentingnya berilmu, berfikir dan beramal. Keguruan sama ada gelarannya cikgu,
ustaz, pensyarah, profesor atau jurulatih, merupakan amanah yang harus dilaksanakan sebaik-
baiknya. Hanya dengan cara itu pendidikan dapat berjalan dengan sempurna. Rasulullah
s.a.w. mengingatkan semua pendidik dengan sabdanya yang bermaksud, “Kiranya Allah
memberikan hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik daripada dunia dan
isinya.”.


RUJUKAN:


Al-Quran al-Karim.


Abdullah Basmeih, 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan
      Perdana Menteri.


Al-Ghazali. Ihya’ Ulum al-Din. Jld.1. (1973) terj. Maisir Thaib, A. Thaher Hamidy, H.A. Hanifah Z. Medan:
      Pustaka Indonesia.


Al-Abrasyi, Muhammad ‘Atiyyah. 1970. Al-Tarbiyyat al-Islamiyyah. (Dasar-dasar pokok pendidikan Islam).
      Terj. H. Bustani A. Gani dan Djohar Bahry. Jakarta: Bulan Bintang.


Drucker, Peter F. 1989. World Executive Digest, July 1989.


Harold Koonts & Heinz Weihrich, 1991. Management, terj. Mohd Salmi Mohd. Sohod dan Siti Nadzrah
      Sheikh Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Titus, Harold H. 1953. Living Issues in Philosophy. New York: ________


Ulwan, Abdullah Nasih. 1981. Tarbiyat al-aulad fi al-Islam. Jil. 1. (Ulang cetak sejak 1976). Beirut: Dar al-
      Salam.




                                                                                                           8

More Related Content

What's hot

Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaanWan Azmanan Wan Yusoff
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaanWan Azmanan Wan Yusoff
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2Saif Anan
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
makalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikanmakalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikanfuji dea delpani
 
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02Wan Azmanan Wan Yusoff
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidupBoss
 
Perspektif Tokoh Pendidikan Islam Indonesia
Perspektif Tokoh Pendidikan Islam IndonesiaPerspektif Tokoh Pendidikan Islam Indonesia
Perspektif Tokoh Pendidikan Islam IndonesiaMuhamad Fatih Rusydi
 
Pendidikan Karakter dalam Islam
Pendidikan Karakter dalam IslamPendidikan Karakter dalam Islam
Pendidikan Karakter dalam IslamRasyeda Aufa
 
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa IndonesiaPancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesiabellamiaariella3
 

What's hot (20)

Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Makalah karakter
Makalah karakterMakalah karakter
Makalah karakter
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
 
Makalah Karakter - Kelompok 1
Makalah Karakter - Kelompok 1Makalah Karakter - Kelompok 1
Makalah Karakter - Kelompok 1
 
Isbd
IsbdIsbd
Isbd
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
arif PAI ICP.TI
arif PAI ICP.TIarif PAI ICP.TI
arif PAI ICP.TI
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
 
Minggu 3 perkembangan keguruan
Minggu 3   perkembangan keguruanMinggu 3   perkembangan keguruan
Minggu 3 perkembangan keguruan
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
makalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikanmakalah hakikat pendidikan
makalah hakikat pendidikan
 
Integritas moral siswa
Integritas moral siswaIntegritas moral siswa
Integritas moral siswa
 
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
 
Perspektif Tokoh Pendidikan Islam Indonesia
Perspektif Tokoh Pendidikan Islam IndonesiaPerspektif Tokoh Pendidikan Islam Indonesia
Perspektif Tokoh Pendidikan Islam Indonesia
 
Pendidikan Karakter dalam Islam
Pendidikan Karakter dalam IslamPendidikan Karakter dalam Islam
Pendidikan Karakter dalam Islam
 
Antara Pendidikan Barat & Islam
Antara Pendidikan Barat & IslamAntara Pendidikan Barat & Islam
Antara Pendidikan Barat & Islam
 
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa IndonesiaPancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
Pancasila sebagai Pembangun, Pembentukan Karakter Bangsa Indonesia
 

Similar to Laporan kajian

Bab i proposal
Bab i  proposalBab i  proposal
Bab i proposalAbie Tomy
 
Pemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikan
Pemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikanPemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikan
Pemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikanwt_19_88
 
AKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docx
AKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docxAKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docx
AKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docxyandra helira
 
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAMSEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAMSUPRIYO S.Pd.I, M.Pd
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan IslamRahmad Alfianto
 
peran lmbg pnddkn.docx
peran lmbg pnddkn.docxperan lmbg pnddkn.docx
peran lmbg pnddkn.docxMunifah ifa
 
PPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYA
PPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYAPPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYA
PPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYABagirAlkaff2
 
FUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptx
FUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptxFUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptx
FUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptxAhmadAlfahrizi
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Chon Seong Hoo
 
falsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdffalsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdfmarwanmarzuki
 
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)Hadi Pramana
 
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxZukét Printing
 
880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf
880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf
880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdfAyuPuspitasari54
 
Pendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnya
Pendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnyaPendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnya
Pendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnyaYanuar Hadi Saputro
 
PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARANPENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARANsuprapto
 

Similar to Laporan kajian (20)

Bab i proposal
Bab i  proposalBab i  proposal
Bab i proposal
 
Pemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikan
Pemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikanPemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikan
Pemikiran ki hajar dewantara tentang pendidikan
 
AKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docx
AKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docxAKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docx
AKIDAH AKHLAK ANALISA BAHAN AJAR KB 2.docx
 
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAMSEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan Islam
 
peran lmbg pnddkn.docx
peran lmbg pnddkn.docxperan lmbg pnddkn.docx
peran lmbg pnddkn.docx
 
PPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYA
PPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYAPPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYA
PPT TENTANG FUNGSI FUNGSI PENDIDIKAN ISLAM SEKALIGUS METODE NYA
 
FUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptx
FUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptxFUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptx
FUNGSI DAN METODE ILMU PENDIDIKAN ISLAM (AHMAD ALFAHRIZI PAI 2A).pptx
 
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam 48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
48 peranan guru pendidikan islam menerusi falsafah pendidikan islam
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Makalah pendidikan karakter
Makalah pendidikan karakterMakalah pendidikan karakter
Makalah pendidikan karakter
 
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
Buletin Integriti Siri 3 Tahun 2018
 
Pendidikan moral
Pendidikan moralPendidikan moral
Pendidikan moral
 
falsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdffalsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdf
 
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
Pendidikan karakter (iseng jangan dibaca)
 
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Sumber Ajaran Ahlak Dan Etika UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
 
880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf
880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf
880-Article Text-2655-1-10-20220809.pdf
 
Makalah pembentukan karakter
Makalah pembentukan karakterMakalah pembentukan karakter
Makalah pembentukan karakter
 
Pendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnya
Pendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnyaPendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnya
Pendidikan moral upaya mendidik generasi seutuhnya
 
PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARANPENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Laporan kajian

  • 1. PUNCA DAN RAWATAN MASALAH SOSIAL DAN DISIPLIN PELAJAR : SATU PANDANGAN Oleh ; Prof. Madya Ab Gani bin Jalil Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia. LATARBELAKANG Banyak telah diperkatakan tentang masalah sosial dan disiplin pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Antara rungutan pensyarah pelajar meniru, berdua-duaan, tidak hormat orang yang lebih dewasa, mudahnya pelajar merasa kecewa dalam hubungan percintaan dan kesimpulan yang sering dibuat iaitu kegagalan pendidikan Islam oleh pensyarah Pusat Pengajian Islam. Rungutan-rungutan dapat diterima oleh semua pihak sebagai satu kesedaran untuk memperbaiki generasi pelajar. Tetapi kesimpulan mudah yang dibuat dan lebih bersifat retorik itu agak menyakitkan sebelah pihak dan bersifat tidak adil. Ia sama sahaja dengan kecaman yang dilontarkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem pendidikan hari ini gagal membentuk akhlak. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab membentuk akhlak? KPM sahaja? Guru-guru atau pensyarah pendidikan Islam sahaja? Guru-guru disiplin sahaja? Atau kita semua yang terlibat dalam dunia pendidikan sahaja yang sepatutnya mengambil tanggungjawab yang maha besar dan maha berat ini ? Ataukah untuk berlaku adil maka semua pihak dan setiap individu dilibatkan dalam pendidikan ? DEFINISI Masalah didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai “sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan).”. Sosial pula ditakrifkan sebagai, “1. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. 2. berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. “ 1
  • 2. Bersosial pula bermaksud, “bercampur gaul dan bermesra (biasanya dimaksudkan antara lelaki dengan perempuan). Disiplin menurut takrifan Kamus Dewan ialah : 1) Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. 2) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 pula menjelaskan maksud “disiplin” sebagai, “kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.” Dari perspektif Islam, disiplin ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang diperlukan oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah. Bermula dari kejadian manusia pertama Adam dan isterinya Hawa, mereka hidup dengan disiplin walaupun di syurga sebenarnya tidak memerlukannya. Kiranya disiplin inilah yang telah melatih dan menjadikan manusia mempunyai daya juang (jihad). Tanpanya, manusia tidak mungkin boleh mempunyai kalangsungan (survivle) hidup. Al-Quran menyebutkannya sebagai “sunnatullah” seperti firmanNya dalam surah al-Fath ayat 23 yang bermaksud, “(Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” Oleh itu, disiplin dalam Islam lebih merupakan cara hidup yang tidak mungkin seseorang itu boleh terlepas darinya. Sebagaimana contohnya yang dapat dilihat dalam ibadah yang mempunyai rukun dan syarat serta dilaksanakan dengan tertib (Bahasa Arab “Tartib” iaitu mengikut susunan). Kesemua ibadah di dalam Islam melatih muslim menjadi seorang yang berdisiplin. Jika hal ini dapat difahami dengan cara yang paling mudah, maka disiplin tidak lagi menjadi masalah dan tentulah tidak ada lagi masalah disiplin! 2
  • 3. Bagi seorang muslim yang menghayati ibadahnya, Islam mengajarkan supaya berjamaah dalam melaksanakan solat. Bagi mereka yang menganggapnya hanya sebagai fardu kifayah, diwajibkan pula solat Jumaat. Ini mengajar seorang muslim itu bersosial dan berinteraksi dengan orang lain. Bagitu juga juga dalam ibadah-ibadah puasa, zakat dan menunaikan haji. Kesemuanya mempunyai nilai interaksi sosial dan disiplin yang tinggi. Tetapi, manusia lebih senang memilih untuk mempelajari ilmu tanpa memikirkan untuk menghayatinya. Kerana itulah ulama besar seperti Imam Al-Ghazali menyusun kitabnya yang masyhur “Ihya` Ulum al-Din” (Menghidupkan ilmu-ilmu agama). PENGHAYATAN Berilmu suatu yang boleh didapati melalui proses pembelajaran, tatapi menghayati ilmu pula adalah suatu yang memerlukan kesungguhan kejiwaan dari dalaman diri individu manusia. Oleh itu, manusia harus dilihat dari sudut elimen-elimen kejadiannya, iaitu jasad, roh, aqal dan emosi (istilah agama disebut juga sebagai “nafsu”). Untuk menyelesaikan masalah manusia, penyelesaian itu harus bersifat menyeluruh (wholistic) merangkumi ke empat-empat unsur tersebut. Hal ini diakui oleh Knootz dan Weirich (1991 : 399) dalam bukunya Management, “Kita tidak boleh bercakap tentang hakikat manusia tanpa menyentuh keseluruhan diri manusia itu, bukan setakat ciri-ciri yang khusus dan terpisah seperti pengetahuan, sikap, kemahiran atau sifat peribadi. Setiap orang memiliki semua ciri ini pada kadar yang berbeza. Selain itu, ciri-ciri ini bertindak balas di antara satu sama lain dan penonjolannya dalam situasi tertentu berubah dengan pantas dan tanpa diduga. “Manusia adalah peribadi lengkap yang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada kesan pengaruh ini dalam pekerjaan mereka.” Drucker (1989: 38) juga bersetuju tentang perlu adanya nilai dalam diri manusia, “…. Precisely, because the object of management is a human community held together by the work bond for common purpose, management always deals with the nature of man and with good and evil as well. 3
  • 4. “That means there has to be values, commitment, conviction in management even passion. Without them, there will be no perfomance and no result. Indeed since management deals with people and with things, management without values, commintments, convions can only do harm.” Untuk menyelesaikan masalah, usaha perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah sebenar. Untuk mengubat, seorang doktor perlu mendiagnos pesakit. Hanya setelah mengenalpasti penyakit, barulah dapat diberikan ubat sebenar. Untuk menjadikan manusia boleh menyelesaikan masalah “menghayati ilmu”, ia perlu kepada pendididikan dalam istilah Islam “Tarbiyyah”. Pendidikan berlaku bermula dari rumah kemudian ke sekolah dan seterusnya ke mana-mana sahaja asalkan manusia sanggup berfikir dan menjadikannya iktibar. Tanda soal yang paling besar ialah “Adakah setiap individu telah melaksanakan peranan “mendidik” itu? Di rumah, adakah ketuanya (bapa) telah mendidik? Di sekolah, adakah guru telah mendidik atau hanya mengajar untuk menghabiskan silibus? Apatah lagi di universiti, adakah setiap individu pensyarah telah mendidik atau hanya sekadar memberi latihan teknikal untuk mengeluarkan product sama seperti operator pengeluaran di kilang- kilang industri? Di dalam masyarakat, adakah masyarakat berperanan mendidik atau hanya melihat tanpa menegur kerana bimbang akan mengundang risiko? Dalam Islam, proses mendapatkan ilmu hendaklah disertai dengan akhlak terpuji. Imam al-Ghazali menegaskan, “ …… ibadat hati dan mengisi batin dengan ilmu tidak pula sah tanpa lebih dahulu membersihkan hati daripada najis akhlak dan sifat-sifat kotor.”. Dr. Muhammad “Atiyyah al-Abrasyi (1970: 108) menjelaskan tujuan utama pendidikan sebagai, “pembentukan akhlak dan budipekerti yang sanggup menghasilkan orang-orang yang bermoral, lelaki maupun wanita, jiwa yang bersih, kemahuan yang keras, cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajiban dan pelaksanaannya, menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan buruk baik dan mengingatkan Tuhan dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.” Ilmu berkait rapat dengan Yang Memberi ilmu, Yang Maha Mengetahui iaitu Allah s.w.t. Ilmu pengetahuan yang terjauh daripada Penciptanya akan menjadi ilmu sekular yang tidak dapat membentuk keperibadian apatah lagi akhlak yang mulia. Sebagai contoh, para 4
  • 5. jurutera yang boleh membina kapalterbang, bila dihubungkan dengan Allah, akan menggunakan hasil ciptaan mereka untuk manfaat manusia sejagat. Tetapi jika tidak dikaitkan dengan Allah, akan menggunakan hasil ciptaan mereka untuk membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa atas berbagai nama dan alasan yang mewajarkan tindakan mereka. Profesor Harold H. Titus (1953: 420-421) menjelaskan, “Pendidikan telah memisahkan dirinya daripada warisan rohaniah dari zaman silam, tetapi gagal menyediakan satu penggantian yang memuaskan. Akibatnya, orang-orang terpelajar sendiri turut kehilangan pendirian dan keyakinan atau nilai di samping tidak mempunyai satu pandangan duniawi yang menyeluruh.”. Matlamat akhir mempelajari ilmu ialah mendapat kesenangan dan keselesaan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Sesiapa yang menghendakki kesenangan dunia, wajiblah menuntut ilmu. Sesiapa yang menghendakki kesenangan akhirat, juga wajib menuntut ilmu. Sesiapa yang menghendakki kesenangan kedua-duanya sekali wajib menuntut ilmu.” Kesimpulannya, manusia yang menuntut ilmu terbahagi kepada tiga kelompok. 1. Kelompok yang mementingkan dunia semata-mata. 2. Kelompok yang mementingkan akhirat sahaja. 3. Kelompok yang memerlukan kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Implikasi dari tiga sikap tersebut amat berbeza. Kelompok pertama apabila berjaya akan hanya mementingkan diri sendiri. Bagi mereka hidup ini ialah belajar, ijazah, jawatan, gaji lumayan dan akhirnya kemewahan. Bagaimana mendapatkannya tidak penting asalkan matlamat tercapai. Kelompok kedua pula amat bertentangan dengan yang pertama. Mereka dilihat merupakan kelompok tidak berjaya. Cara hidup dan pemikiran mereka amat mudah. Dibimbangi dari mereka muncul generasi yang lemah dan tidak berdaya memberikan sumbangan untuk masyarakat apatah lagi umat. Kelompok ketiga inilah yang merupakan kumpulan seimbang dalam maksud tidak mengabaikan keperluan hidup dunia dan akhirat. Inilah generasi yang dibentuk oleh Islam 5
  • 6. sehingga dapat mencapai zaman gemilang pada suatu masa dahulu. Mereka menegakkan negara dan umat yang berdaulat dan berwibawa hingga menjadi qiblat bangsa-bangsa lain dari seluruh dunia. GENERASI SEIMBANG PENYELESAIAN MASALAH Keseimbangan merupakan kata kunci bagi permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Bila dapat difahami bahawa manusia dicipta oleh Allah dari unsur-unsur jasad dan roh serta di masa yang sama, diberi akal dan emosi, ertinya penyelesaian masalah mestilah mengambilkira kesemua elimen tersebut. Masalah jasadiah (nisbah kepada jasad atau fizikal) paling mudah diselesaikan. Ia memerlukan segala bahan yang diperlukan oleh jasad. Makan minum, kerihatan, memuaskan nafsu (mengikut yang dibenarkan oleh agama), keseronokan dan segala yang indah. Masalah rohiyyah (nisbah kepada roh atau spiritual) agak sukar diselesaikan. Bagai manapun, penyelesaiannya akan menyelesaikan juga masalah emosi dan memandu akal ke jalan yang benar dan diridhai oleh Pencipta. Pertama ia memerlukan ilmu, ilmu pula memerlukan amal kerana dengannya ilmu akan hidup dan memandu manusia. Ilmu juga akan memandu akal. Dengan akal manusia dapat mengimbangi emosinya. Pengajian dan aktiviti di universiti perlu merangkumi kegiatan yang meliputi keempat-empat unsur tersebut. Aktiviti yang berkaitan dengan akal dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran merupakan tugas utama universiti. Sementara aktiviti kerohanian yang berkaitan dengan roh hanya merupakan aktiviti sampingan dalam bentuk solat jamaah, solat Jumaat, kuliah-kuliah maghrib dan subuh serta majlis-majlis bacaan yasin mingguan, solat hajat menjelang peperiksaan dan qiamullail. Bagai manapun, aktiviti kerohanian ini tidak mendapat tempat di hati pelajar universiti kerana tidak mempunyai nilai kredit. Kebiasaan dunia kampus yang memberi nilai kepada segala aktiviti dengan nilai kredit atau kenaikan pangkat (bagi para pensyarah) sedikit sebanyak menyumbang kepada fenomena ini. Ilmu juga memerlukan satu aktiviti pengukuhan. Ia boleh dilakukan dengan mengajarkan kemahiran berfikir. Minda pelajar sudah terlalu banyak diasak dengan ilmu, lebih tepat lagi maklumat. Kesempatan untuk berfikir tidak banyak diberi kepada pelajar 6
  • 7. sejak di bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Masa bilakah mereka sempat berfikir. Yang mereka dengar sentiasa ialah ingat formula demi formula dengan segala macam teori dan pendapat. Oleh itu, program-program yang menggalakkan setiap individu berfikir harus disusun. Kaedah pengajaran yang memberikan kemahiran berfikir juga perlu dikembangkan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Berfikir seketika lebih baik ibadah (sunat) selama setahun.”. Suasana persekitaran yang santai harus diwujudkan. Jika dibimbangi pelajar tidak tahu menggunakan suasana itu, berikan kemahiran. Minta pandangan, saranan dan cadangan dari para pensyarah yang pernah belajar di luar negara bagaimana suasana yang harmoni boleh diwujudkan dengan syarat ia tidak bercanggah dengan hukum syarak kerana percanggahan akan menyebabkan hilang berkat ilmu. Kehilangan berkat ilmu akan mengakibatkan kemeranaan akhlak dan kerosakannya seterusnya kerosakan yang timbul akan menyebabkan kemerosotan disiplin dan seterusnya berlaku masalah sosial. Tenaga pengajar di universiti juga harus berperanan melahirkan generasi seimbang ini. Tugas mereka bukan setakat mengajar di kelas-kelas perdana dan SPACE. Mereka harus mempunyai kesedaran bahawa kebahagiaan bagi seorang “guru” bukanlah setakat mencapai kemewahan metrial, tetapi juga kepuasan bekerja (bagi bukan muslim) dan “bonus pahala yang kekal” dari Maha Pencipta (bagi mereka yang punya keyakinan “faith”.). Tidak ada saat yang paling membahagiakan seorang guru melainkan melihat pelajarnya berjaya di samping berakhlak dengan akhlak yang mulia! Mungkin masih ada lagi kalangan yang beranggapan “adalah terlalu ideal menjadi seorang “guru” yang berakhlak seperti di zaman para sahabat. Itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang luar biasa. Di dalam Islam tiada istilah “manusia luar biasa”. Yang ada ialah istilah muslim atau mukmin. Apapun istilah yang diberikan, adalah wajar bagi setiap individu pensyarah terjun dalam gerakan besar-besaran memperbaiki suasana sosial yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan sebagai muslim didasari oleh aqidah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya, “Bila seorang anak Adam itu mati, putuslah segala amalnya kecuali tiga (yang masih berjalan pahalanya) iaitulah sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak saleh yang mendoakan baginya.”. Di rumah ibu bapa 7
  • 8. berperanan sebagai pendidik dan di insititusi pengajian, orang yang paling hampir kepada pelajar ialah pensyarahnya. PENUTUP Begitulah pentingnya berilmu, berfikir dan beramal. Keguruan sama ada gelarannya cikgu, ustaz, pensyarah, profesor atau jurulatih, merupakan amanah yang harus dilaksanakan sebaik- baiknya. Hanya dengan cara itu pendidikan dapat berjalan dengan sempurna. Rasulullah s.a.w. mengingatkan semua pendidik dengan sabdanya yang bermaksud, “Kiranya Allah memberikan hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik daripada dunia dan isinya.”. RUJUKAN: Al-Quran al-Karim. Abdullah Basmeih, 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Al-Ghazali. Ihya’ Ulum al-Din. Jld.1. (1973) terj. Maisir Thaib, A. Thaher Hamidy, H.A. Hanifah Z. Medan: Pustaka Indonesia. Al-Abrasyi, Muhammad ‘Atiyyah. 1970. Al-Tarbiyyat al-Islamiyyah. (Dasar-dasar pokok pendidikan Islam). Terj. H. Bustani A. Gani dan Djohar Bahry. Jakarta: Bulan Bintang. Drucker, Peter F. 1989. World Executive Digest, July 1989. Harold Koonts & Heinz Weihrich, 1991. Management, terj. Mohd Salmi Mohd. Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Titus, Harold H. 1953. Living Issues in Philosophy. New York: ________ Ulwan, Abdullah Nasih. 1981. Tarbiyat al-aulad fi al-Islam. Jil. 1. (Ulang cetak sejak 1976). Beirut: Dar al- Salam. 8