SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
KATA GANTI NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka
2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
3 “Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia
4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya
5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka
7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami
8 “Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya
9 “Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda
10 “Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11 “Nah, ambil wang _______!” kata emak sambil menghulurkan wang kepada
saya.
A itu
B ini
C sini
D situ
12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
A itu
B sini
C sana
D mana
13 “Cuaca di _______ sungguh sejuk,” kata Sabri sambil menahan kesejukan.
A mana
B sini
C situ
D ini
14 “Jangan berkelakuan _______, tidak elok,” nasihat ibu kepada Zarina.
A begitu
B begini
C itu
D ini
15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16 Duduklah di _______ yang kausuka.
A mana
B siapa
C siapa-siapa
D mana-mana
17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.
A bila-bila
B apa-apa
C siapa-siapa
D mana-mana
18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
A Bila-bila
B Apa-apa
C Mana-mana
D Siapa-siapa
19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.
A bila
B siapa
C bila-bila
D siapa-siapa
20 “_______lah ucapan daripada Guru Besar,” kata juruacara majlis.
A Ini
B Begini
C Begitu
D Demikian
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
21 “Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman
permainan,” kata Umi kepada ibunya.
A beliau
B kami
C kita
D dia
22 “Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata
Cikgu Maimun kepada saya.
A kami
B kamu
C beliau
D mereka
23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu
memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
A ia
B dia
C beliau
D mereka
24 “ Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga
titisan darah yang terakhir,” kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.
A kita
B kami
C beliau
D mereka
25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti
dan Yusni kepada Nurul.
A mereka
B engkau
C kalian
D kami
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
26 “Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah
kita?” kata Rosmaini kepada ibunya.
A mereka
B engkau
C kalian
D dia
27 “Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,”
sembah ahli nujum kepada sultan.
A tuan
B tuanku
C baginda
D tuan hamba
28 “Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu
nanti,” kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.
A mereka
B kalian
C kami
D kita
29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan
kepada putera _______.
A baginda
B tuanku
C beta
D nya
30 “_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata Puan
Balkhis kepada pelajarnya.
A Demikian
B Begitu
C Begini
D Apa
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
31 “_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak,
semalam?” tanya Maniam kepada Razif.
A Apa
B Mana
C Siapa
D Mengapa
32 Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan
itu lagi.
A begitu
B begini
C situ
D sini
33 “Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak
_______,” kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.
A encik
B puan
C tuan
D cik
34 “Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayang-
bayang akan suasana damai di sana,” kata Lokman.
A dia
B kami
C saya
D kalian
35 “Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______,” kata
Laily kepada Ahmad.
A sana
B situ
C ini
D itu
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
36 Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat
sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur.
A mereka
B beliau
C kamu
D dia
37 “Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera,” kata
Hulubalang kepada Panglima Ali.
A tuan hamba
B baginda
C patik
D beta
38 Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum
dibunyikan oleh pengadil,” kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya.
A kita
B kami
C kalian
D mereka
39 Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan
pertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagai
pengadil.
A Beliau
B Kami
C Saya
D Kita
40 “_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,” ikrar
para pemain itu kepada jurulatih mereka.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
41 Cikgu Rahman sudah sebelas tahun bertugas di sekolah _______. _______
akan bersara pada tahun hadapan.
A kita … Ia
B kami … Dia
C saya … Dia
D kami … Beliau
42 “_______, izinkan _______ ke taman memetik bunga,” kata dayang kepada
permaisuri.
A Baginda … hamba
B Tuanku … hamba
C Tuanku … patik
D Patik … beta
43 “Saya harap _______ akan datang beramai-ramai untuk meraikan tetamu
kehormat _______,” pesan Ketua Kampung Berchat kepada anak-anak
buahnya.
A awak … kita
B kalian … kita
C kamu … kamu
D mereka … kami
44 “Tipah, tolong hantarkan baju yang telah siap ini kepada Mak Cik Hendon.
_______ jangan lupa ambil upahnya,” kata ibu kepada kakak.
A Dia
B Saya
C Kamu
D Mereka
45 “Jika _______ masih lagi berdegil, _______ akan mengambil tindakan yang
lebih tegas terhadap awak,” kata pengurus itu kepada salah seorang daripada
pekerjanya.
A mereka … kami
B mereka …saya
C kalian … kami
D awak … saya
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
46 Jika timbul apa-apa masalah, hendaklah sama-sama ________ selesaikan.
Dengan cara itu barulah _______ dapat hidup dalam keadaan harmoni.
A kita … mereka
B mereka … kita
C kalian … kami
D kita …. kita
47 “_______ perlu menghantar borang peraduan itu ke alamat yang ditetapkan
selewat-lewatnya sebelum bulan Jun ini,” kata juruhebah televisyen itu.
A Anda
B Kamu
C Kalian
D Mereka
48 “Sudah lama _______ bersabar. Jika tuan tidak dapat menyelesaikan masalah
ini, _______ akan melancarkan mogok,” kata jurucakap pekerja syarikat itu
kepada majikannya.
A saya … saya
B kami … kami
C mereka … saya
D beliau … mereka
49 “Cis, _______ tidak sangka yang _______ bersikap gunting dalam lipatan!” jerit
Pak Malau kepada Dang Wangi.
A hamba … tuan hamba
B baginda … patik
C hamba … kamu
D patik … hamba
50 “Amboi, comelnya adik _______! _______ namanya?” kata Atiqah kepada Aliah.
A mereka … Manakah
B awak… Siapakah
C kami … Siapakah
D kamu … Apakah
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
51 Kami nampak pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas _______ sebaik-baik
sahaja _______ tiba di kilang itu.
A mereka … kami
B beliau … kita
C Kita … kami
D dia … dia
52 “_______ yang sedang kamu menungkan itu, Merry? _______ harap kamu
dapat berikan perhatian kepada penceramah,” kata Shanty kepada Marry.
A Mengapakah … Kami
B Siapakah … Saya
C Bilakah … Awak
D Apakah … Aku
53 Saya dan keluarga tidak pernah berkunjung ke Taman Negara. Saya berharap
_______ dapat ke _______ suatu hari nanti.
A mereka … situ
B kami … sana
C saya … situ
D kami … sini
54 “Raja, maafkan _______ kerana mengambil buku cerita ini tanpa memberitahu
_______ terlebih dahulu,” ujar Naim.
A patik … tuanku
B kami … kamu
C saya … awak
D kamu … saya
55 “Sudahkah _______ menyiapkan tugasan yang _______ beri semalam?” kata
Encik Kumar kepada keraninya.
A awak … mereka
B mereka … saya
C kalian … kami
D kamu … saya
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
56 “Jika _______ ingin keterangan lanjut tentang pertandingan itu, sila hubungi
pihak _______ di kaunter pertanyaan,” kata pengacara pertandingan itu melalui
pembesar suara.
A awak … mereka
B kalian … kami
C anda … kami
D kamu … nya
57 “Segala titah perintah _______ akan _______ laksanakan,” kata Hang Tuah
kepada baginda sultan.
A baginda … tuan hamba
B tuanku … patik
C patik … saya
D kamu … aku
58 “Ketua kelas _______ telah dimasukkan ke wad. _______ kemalangan pada
petang semalam,” ujar Hanum kepada rakan-rakan sekelasnya.
A kita … Dia
B kami … Dia
C kita … Beliau
D kalian … Beliau
59 “_______ bagi pihak rakan-rakan di sini ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik _______,” ucap Bala.
A Kalian … mereka
B Kami … kalian
C Saya … kami
D Saya … kita
60 Benar, _______ tidak nampak orang yang mengambil pen _______,” kata murid
baru itu kepada saya.
A kamu … dia
B awak … saya
C kami … awak
D saya … awak
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
Skema jawapan (Kata Ganti Nama)
1C 2D 3B 4A 5D
6C 7A 8C 9B 10D
11B 12C 13B 14A 15A
16D 17B 18D 19C 20D
21D 22D 23C 24B 25D
26A 27B 28B 29A 30C
31C 32A 33B 34C 35D
36D 37B 38A 39B 40C
41D 42C 43A 44C 45D
46D 47A 48B 49A 50B
51A 52D 53B 54C 55D
56C 57B 58A 59C 60D
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

More Related Content

What's hot

Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan AlkaliSoalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkalisaintahun5
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)wykheng
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata gandaTwin Sis
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Kak Min Min
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5nur aliaa
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerjashirleyku
 
300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh Bilangan300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh BilanganHui Siang Ong
 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasakevinyok01
 
219806877 历史笔记
219806877 历史笔记219806877 历史笔记
219806877 历史笔记WJ June
 
Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1
Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1
Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1Mohammad Bokhori
 
Latih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapanFasyah Tutor
 
Binaan ayat songsang
Binaan ayat songsangBinaan ayat songsang
Binaan ayat songsangFARIZZAN
 

What's hot (20)

Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan AlkaliSoalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Bank tatabahasa upsr (1)
Bank tatabahasa upsr (1)Bank tatabahasa upsr (1)
Bank tatabahasa upsr (1)
 
peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
40 soalan latih tubi tatabahasa kata ganda
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Latihan kata majmuk
Latihan  kata majmukLatihan  kata majmuk
Latihan kata majmuk
 
Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5Latihan tatabahasa thn 5
Latihan tatabahasa thn 5
 
Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh Bilangan300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh Bilangan
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasa
 
Petikan berita
Petikan beritaPetikan berita
Petikan berita
 
219806877 历史笔记
219806877 历史笔记219806877 历史笔记
219806877 历史笔记
 
Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1
Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1
Ujian mac-pendidikan-moral-tingkatan-1
 
Latih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata kerja-berserta-jawapan
 
Binaan ayat songsang
Binaan ayat songsangBinaan ayat songsang
Binaan ayat songsang
 

Viewers also liked

Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Namastark
 
Kata nama am , kata nama khas
Kata nama am , kata nama khasKata nama am , kata nama khas
Kata nama am , kata nama khasCikgu Zaliza
 
Kata Ganti Nama
Kata Ganti NamaKata Ganti Nama
Kata Ganti Namahidayati
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kataHAsbu Sebu
 
Powerpoint kata nama khas
Powerpoint kata nama khasPowerpoint kata nama khas
Powerpoint kata nama khasJoey Lin
 
STPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSTPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSahira Suhad
 
Kata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama KhasKata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama Khassuzella
 
Kata ganti-nama-diri-powerpoint
Kata ganti-nama-diri-powerpoint Kata ganti-nama-diri-powerpoint
Kata ganti-nama-diri-powerpoint Shirleyku Ming Choo
 

Viewers also liked (11)

Kata nama khas am
Kata nama khas amKata nama khas am
Kata nama khas am
 
Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Nama
 
Kata Nama
Kata NamaKata Nama
Kata Nama
 
Kata nama am , kata nama khas
Kata nama am , kata nama khasKata nama am , kata nama khas
Kata nama am , kata nama khas
 
Kata Ganti Nama
Kata Ganti NamaKata Ganti Nama
Kata Ganti Nama
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kata
 
Powerpoint kata nama khas
Powerpoint kata nama khasPowerpoint kata nama khas
Powerpoint kata nama khas
 
STPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSTPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata nama
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Kata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama KhasKata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama Khas
 
Kata ganti-nama-diri-powerpoint
Kata ganti-nama-diri-powerpoint Kata ganti-nama-diri-powerpoint
Kata ganti-nama-diri-powerpoint
 

Similar to Kata ganti nama

Kata ganti nama
Kata ganti namaKata ganti nama
Kata ganti namaZai Muhd
 
40 soalan latih tubi tatabahasa
40 soalan latih tubi tatabahasa40 soalan latih tubi tatabahasa
40 soalan latih tubi tatabahasanorizanmohd68
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata namaAZMIEZA
 
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuaiIsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuaiKPM
 
Latihan kata ganti nama diri
Latihan kata ganti nama diriLatihan kata ganti nama diri
Latihan kata ganti nama diriTero Wink Wink
 
Kata ganti nama printed
Kata ganti nama printedKata ganti nama printed
Kata ganti nama printedsuhaimi rahim
 
Latih tubi kata_sendi
Latih tubi kata_sendiLatih tubi kata_sendi
Latih tubi kata_sendiKathleen Ong
 
Latih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapanFasyah Tutor
 
Modul Gilap.doc
Modul Gilap.docModul Gilap.doc
Modul Gilap.doccepuah
 
Soalan B.Melayu Thn 1
Soalan B.Melayu Thn 1Soalan B.Melayu Thn 1
Soalan B.Melayu Thn 1PAKLONG CIKGU
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01mohd fahmie mohd fauzi
 
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016me wahab
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4jamilinordin
 
24. kata sendi 2 sk kg sawah 1
24. kata sendi  2   sk kg sawah 124. kata sendi  2   sk kg sawah 1
24. kata sendi 2 sk kg sawah 1Rajes Kanni Raji
 

Similar to Kata ganti nama (18)

Kata ganti nama
Kata ganti namaKata ganti nama
Kata ganti nama
 
Kata ganti nama
Kata ganti namaKata ganti nama
Kata ganti nama
 
40 soalan latih tubi tatabahasa
40 soalan latih tubi tatabahasa40 soalan latih tubi tatabahasa
40 soalan latih tubi tatabahasa
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Kata Hubung
Kata Hubung Kata Hubung
Kata Hubung
 
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuaiIsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai
 
Latihan kata ganti nama diri
Latihan kata ganti nama diriLatihan kata ganti nama diri
Latihan kata ganti nama diri
 
Kata ganti nama printed
Kata ganti nama printedKata ganti nama printed
Kata ganti nama printed
 
ganti-nama-2.pdf
ganti-nama-2.pdfganti-nama-2.pdf
ganti-nama-2.pdf
 
Kata sendi
Kata sendiKata sendi
Kata sendi
 
Latih tubi kata_sendi
Latih tubi kata_sendiLatih tubi kata_sendi
Latih tubi kata_sendi
 
Latih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata sendi-nama-beserta-jawapan
 
Modul Gilap.doc
Modul Gilap.docModul Gilap.doc
Modul Gilap.doc
 
Soalan B.Melayu Thn 1
Soalan B.Melayu Thn 1Soalan B.Melayu Thn 1
Soalan B.Melayu Thn 1
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp0128443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4-131115050029-phpapp01
 
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
Pereksa akhir tahun bm pemahaman 2016
 
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-428443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
28443119 soalan-bm-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-4
 
24. kata sendi 2 sk kg sawah 1
24. kata sendi  2   sk kg sawah 124. kata sendi  2   sk kg sawah 1
24. kata sendi 2 sk kg sawah 1
 

More from Mohamad Tarmizi (20)

Sainsthn5kssr
Sainsthn5kssrSainsthn5kssr
Sainsthn5kssr
 
Struktur ayat
Struktur ayatStruktur ayat
Struktur ayat
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Pengimbuhan
PengimbuhanPengimbuhan
Pengimbuhan
 
Penggandaan
PenggandaanPenggandaan
Penggandaan
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Kata tepat
Kata tepatKata tepat
Kata tepat
 
Kata seru
Kata seruKata seru
Kata seru
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 
Kata pemeri
Kata pemeriKata pemeri
Kata pemeri
 
Kata bilangan
Kata bilanganKata bilangan
Kata bilangan
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Ayat sama maksud
Ayat sama maksudAyat sama maksud
Ayat sama maksud
 
Antonim
AntonimAntonim
Antonim
 
Agama islam agama persekutuan
Agama islam agama persekutuanAgama islam agama persekutuan
Agama islam agama persekutuan
 
Bahan nilam 2
Bahan nilam 2Bahan nilam 2
Bahan nilam 2
 
Ciri ciri pelumba haram
Ciri ciri pelumba haramCiri ciri pelumba haram
Ciri ciri pelumba haram
 
Teks ucapan perhimpunan
Teks ucapan perhimpunanTeks ucapan perhimpunan
Teks ucapan perhimpunan
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Recently uploaded (14)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

Kata ganti nama

  • 1. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak KATA GANTI NAMA Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 “Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya. A kita B kami C saya D mereka 2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung. A Dia B Kita C Kami D Mereka 3 “Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya. A mereka B kamu C kami D dia 4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR. A Dia B Kami C Awak D Saya 5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______. A dia B kami C kamu D beliau
  • 2. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka 7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami 8 “Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu. A kamu B awak C kami D saya 9 “Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 10 “Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya. A dia B awak C beliau D kalian
  • 3. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11 “Nah, ambil wang _______!” kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya. A itu B ini C sini D situ 12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______. A itu B sini C sana D mana 13 “Cuaca di _______ sungguh sejuk,” kata Sabri sambil menahan kesejukan. A mana B sini C situ D ini 14 “Jangan berkelakuan _______, tidak elok,” nasihat ibu kepada Zarina. A begitu B begini C itu D ini 15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi. A apa-apa B bila-bila C mana-mana D siapa-siapa
  • 4. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 16 Duduklah di _______ yang kausuka. A mana B siapa C siapa-siapa D mana-mana 17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu. A bila-bila B apa-apa C siapa-siapa D mana-mana 18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan. A Bila-bila B Apa-apa C Mana-mana D Siapa-siapa 19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang. A bila B siapa C bila-bila D siapa-siapa 20 “_______lah ucapan daripada Guru Besar,” kata juruacara majlis. A Ini B Begini C Begitu D Demikian
  • 5. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 21 “Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan,” kata Umi kepada ibunya. A beliau B kami C kita D dia 22 “Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata Cikgu Maimun kepada saya. A kami B kamu C beliau D mereka 23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______ A ia B dia C beliau D mereka 24 “ Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir,” kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka 25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul. A mereka B engkau C kalian D kami
  • 6. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 26 “Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?” kata Rosmaini kepada ibunya. A mereka B engkau C kalian D dia 27 “Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,” sembah ahli nujum kepada sultan. A tuan B tuanku C baginda D tuan hamba 28 “Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu nanti,” kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya. A mereka B kalian C kami D kita 29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______. A baginda B tuanku C beta D nya 30 “_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata Puan Balkhis kepada pelajarnya. A Demikian B Begitu C Begini D Apa
  • 7. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 31 “_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak, semalam?” tanya Maniam kepada Razif. A Apa B Mana C Siapa D Mengapa 32 Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan itu lagi. A begitu B begini C situ D sini 33 “Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak _______,” kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling. A encik B puan C tuan D cik 34 “Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayang- bayang akan suasana damai di sana,” kata Lokman. A dia B kami C saya D kalian 35 “Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______,” kata Laily kepada Ahmad. A sana B situ C ini D itu
  • 8. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 36 Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur. A mereka B beliau C kamu D dia 37 “Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera,” kata Hulubalang kepada Panglima Ali. A tuan hamba B baginda C patik D beta 38 Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum dibunyikan oleh pengadil,” kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya. A kita B kami C kalian D mereka 39 Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil. A Beliau B Kami C Saya D Kita 40 “_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,” ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka. A Dia B Kita C Kami D Mereka
  • 9. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 41 Cikgu Rahman sudah sebelas tahun bertugas di sekolah _______. _______ akan bersara pada tahun hadapan. A kita … Ia B kami … Dia C saya … Dia D kami … Beliau 42 “_______, izinkan _______ ke taman memetik bunga,” kata dayang kepada permaisuri. A Baginda … hamba B Tuanku … hamba C Tuanku … patik D Patik … beta 43 “Saya harap _______ akan datang beramai-ramai untuk meraikan tetamu kehormat _______,” pesan Ketua Kampung Berchat kepada anak-anak buahnya. A awak … kita B kalian … kita C kamu … kamu D mereka … kami 44 “Tipah, tolong hantarkan baju yang telah siap ini kepada Mak Cik Hendon. _______ jangan lupa ambil upahnya,” kata ibu kepada kakak. A Dia B Saya C Kamu D Mereka 45 “Jika _______ masih lagi berdegil, _______ akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap awak,” kata pengurus itu kepada salah seorang daripada pekerjanya. A mereka … kami B mereka …saya C kalian … kami D awak … saya
  • 10. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 46 Jika timbul apa-apa masalah, hendaklah sama-sama ________ selesaikan. Dengan cara itu barulah _______ dapat hidup dalam keadaan harmoni. A kita … mereka B mereka … kita C kalian … kami D kita …. kita 47 “_______ perlu menghantar borang peraduan itu ke alamat yang ditetapkan selewat-lewatnya sebelum bulan Jun ini,” kata juruhebah televisyen itu. A Anda B Kamu C Kalian D Mereka 48 “Sudah lama _______ bersabar. Jika tuan tidak dapat menyelesaikan masalah ini, _______ akan melancarkan mogok,” kata jurucakap pekerja syarikat itu kepada majikannya. A saya … saya B kami … kami C mereka … saya D beliau … mereka 49 “Cis, _______ tidak sangka yang _______ bersikap gunting dalam lipatan!” jerit Pak Malau kepada Dang Wangi. A hamba … tuan hamba B baginda … patik C hamba … kamu D patik … hamba 50 “Amboi, comelnya adik _______! _______ namanya?” kata Atiqah kepada Aliah. A mereka … Manakah B awak… Siapakah C kami … Siapakah D kamu … Apakah
  • 11. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 51 Kami nampak pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas _______ sebaik-baik sahaja _______ tiba di kilang itu. A mereka … kami B beliau … kita C Kita … kami D dia … dia 52 “_______ yang sedang kamu menungkan itu, Merry? _______ harap kamu dapat berikan perhatian kepada penceramah,” kata Shanty kepada Marry. A Mengapakah … Kami B Siapakah … Saya C Bilakah … Awak D Apakah … Aku 53 Saya dan keluarga tidak pernah berkunjung ke Taman Negara. Saya berharap _______ dapat ke _______ suatu hari nanti. A mereka … situ B kami … sana C saya … situ D kami … sini 54 “Raja, maafkan _______ kerana mengambil buku cerita ini tanpa memberitahu _______ terlebih dahulu,” ujar Naim. A patik … tuanku B kami … kamu C saya … awak D kamu … saya 55 “Sudahkah _______ menyiapkan tugasan yang _______ beri semalam?” kata Encik Kumar kepada keraninya. A awak … mereka B mereka … saya C kalian … kami D kamu … saya
  • 12. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 56 “Jika _______ ingin keterangan lanjut tentang pertandingan itu, sila hubungi pihak _______ di kaunter pertanyaan,” kata pengacara pertandingan itu melalui pembesar suara. A awak … mereka B kalian … kami C anda … kami D kamu … nya 57 “Segala titah perintah _______ akan _______ laksanakan,” kata Hang Tuah kepada baginda sultan. A baginda … tuan hamba B tuanku … patik C patik … saya D kamu … aku 58 “Ketua kelas _______ telah dimasukkan ke wad. _______ kemalangan pada petang semalam,” ujar Hanum kepada rakan-rakan sekelasnya. A kita … Dia B kami … Dia C kita … Beliau D kalian … Beliau 59 “_______ bagi pihak rakan-rakan di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik _______,” ucap Bala. A Kalian … mereka B Kami … kalian C Saya … kami D Saya … kita 60 Benar, _______ tidak nampak orang yang mengambil pen _______,” kata murid baru itu kepada saya. A kamu … dia B awak … saya C kami … awak D saya … awak
  • 13. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak Skema jawapan (Kata Ganti Nama) 1C 2D 3B 4A 5D 6C 7A 8C 9B 10D 11B 12C 13B 14A 15A 16D 17B 18D 19C 20D 21D 22D 23C 24B 25D 26A 27B 28B 29A 30C 31C 32A 33B 34C 35D 36D 37B 38A 39B 40C 41D 42C 43A 44C 45D 46D 47A 48B 49A 50B 51A 52D 53B 54C 55D 56C 57B 58A 59C 60D
  • 14. LATIH TUBI TATABAHASA : KATA GANTI NAMA Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak