1. PANTUN DUA KERAT NASIHAT
Maksud pantun
Nasihat kepada manusia supaya sentiasa berwaspada dan bersedia dengan apa
sahaja yang dilakukan.
Rangkap Maksud
1 seseorang yang masih mengharapkan sumbangan selepas
mendapat pemberian pertama
2 orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong
3 berharap rakan membalas surat yang diterima
4 orang yang malas tidak akan mendapat apa yang dihajati
5 orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara
6 seseorang itu mesti bertanggungjawab di atas perbuatannya
7 orang terakhir perlu mengemas tempat berkenaan
8 sesiapa yang inginkan sesuatu dia perlu berusaha
mendapatkan hal itu
9 nama akan tercemar jika menipu dan mencuri
10
setelah dimarahi/didenda barulah tahu membawa diri
NILAI PERSOALAN PENGAJARAN
kejujuran keburukan sikap suka
berbohong
janganlah suka berbong
kerajinan kejayaan tidak tercapai tanpa
usaha
kita hendaklah rajin berusaha
tanggungjawab sikap tanggungjawab atas
perbuatan sendiri
kita perlu bertanggungjawab
atas perbuatan sendiri
kepandaian nama baik akan tercemar
akibat perbuatan keji
kita hendaklah menjaga nama
baik kita
2. Bentuk pantun
a. ada 10 rangkap
b. setiap rangkap ada 2 jenis ayat
c. 4-6 perkataan dalam sebaris ayat
d. 8-12 suku kata dalam sebaris ayat
e. rima akhir berbentuk ‘aa’
Gaya bahasa
GAYA BAHASA CONTOH
sinkof (kependekan kata) nak (hendak)
imej alam
ikan, keladi, siang, ayam
repetisi (pengulangan kata pada
baris yang sama
ikan siakap ikan senohong
peribahasa hati terang
Asonansi (pengulangan bunyi
vokal)
banyak bercakap banyak bohong
(vokal ‘a’)
aliterasi (pengulangan
konsonan)
kumbang jarak kumbang jagung
(konsonan ‘g’)