SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Membaling bola logam
Oleh ADHAM SHADAN
Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling ikut cara mana yang
anda suka tetapi jangan sesekali mengangkat kaki ketika membaling bola.
Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.
MUNGKIN tidak ramai antara kita yang mengenali permainan ini. Walaupun ia sudah
mula bertapak di Malaysia seawal tahun 1990-an, namun jika ada yang menyebut
nama permainan ini sekarang, pasti ada yang menggaru kepala kerana tidak dapat
membayangkannya.
Petanque (disebut pay-tong) kedengaran aneh bunyi sebutannya. Namun, itulah
nama yang diberikan kepada permainan yang berasal dari Perancis ini.
Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam, ia mungkin mirip
beberapa permainan rakyat.
Sukan itu kini telah pun mempunyai kejohanan peringkat dunia dan turut tersenarai
sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan SEA sejak tahun 2001
lagi.
Di pentas Asia Tenggara, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos merupakan antara
negara yang terlebih dahulu menerima pengenalan permainan ini ekoran pengaruh
Perancis di kebanyakan negara itu. Permainan ini menjadi begitu popular di Thailand
dan telah dipromosi sendiri oleh Puteri Srinagarindra yang dikatakan bermain
petanque hampir setiap hari.
Negara itu sudah menikmati permainan ini sejak ratusan tahun lalu. Malaysia pula
baru diperkenalkan dengan sukan ini pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz
Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempopularkan sukan ini. Hakikatnya,
terdapat sekumpulan masyarakat kita yang semakin mula meminati permainan
balingan bola logam ini. Ada yang menjadikannya aktiviti riadah dan rekreasi selepas
penat bekerja.
Sebagai contoh, di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Hulu Klang, Selangor,
boleh dikatakan hampir setiap petang, mereka akan mengisi ruang gelanggang
petanque. Bukan sahaja mereka yang bergelar atlet negara datang bermain tetapi
juga orang awam.
Jika diamati, sukan ini ada persamaan dengan permainan guli yang popular
dimainkan kanak-kanak satu ketika dahulu. Ini kerana ia dimainkan secara
membaling dengan menetapkan arah sasaran. Strategi memperoleh matanya pula
menyerupai sukan boling padang.
Biasanya sukan ini dimainkan di atas permukaan berpasir. Namun, ia juga boleh
dimainkan di apa-apa jenis permukaan lain.
Menurut Leftenan Kolonel Ahmad Zulkifle Mohd. Zain yang merupakan jurulatih
sukan petanque bagi Sukan SEA 2007, permainan ini lazimnya melibatkan kategori
perseorangan, beregu dan bertiga. Bagi kategori perseorangan dan beregu, setiap
individu diberikan tiga biji bola atau disebut boule manakala bagi kategori bertiga,
setiap individu diberikan dua biji boule. Berat bola logam yang dibenarkan ialah dari
650 gram hingga 800 gram dengan lilitan antara 70 hingga 75 milimeter.
"Terpulang kepada pemain untuk menggunakan bola dalam berat tertentu . Ia
bergantung kepada keselesaan mereka. Apa yang penting, bola tersebut mestilah
daripada 12 jenama yang dibenarkan," ujar Ahmad Zulkifle ketika ditemui Kosmo! di
Kompleks Sukan MSN Taman Keramat baru-baru ini.
Jelasnya, petanque kebiasaannya dimainkan dengan sebuah jack dibaling terlebih
dahulu dalam gelanggang berukuran 15 meter x 4 meter. Balingan mestilah
berjarak antara enam hingga 10 meter.
Sasaran para pemain adalah untuk menghasilkan balingan bola logam yang
mendekati jack tersebut. Jika seorang individu atau sebuah pasukan berjaya
menghasilkan bola yang paling hampir dengan jack, pasukan lawan akan terus
membaling bola yang ada dalam simpanan mereka sehingga berjaya memintas
kedudukan bola pasukan itu. Jika berjaya, pasukan yang satu lagi pula akan
berusaha memintas dan begitulah seterusnya.
Biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa yang terhampir, tetapi jika
berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan membuat ukuran. Mata akan
diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack.
Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan
kehabisan bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya
memperoleh 13 mata.
"Permainan ini boleh tamat dalam masa beberapa minit atau berlarutan sehingga
berjam-jam. Ia bergantung kepada strategi. Mahu masuk atau pukul?" terang
Ahmad Zulkifle merujuk kepada strategi permainan, sama ada mahu sekadar
membaling bola tersebut mendekati jack atau 'memukul' bola lawan agar
bergerak jauh dari jack.
Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling cara mana pun, asalkan kaki
anda tidak terangkat ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud
'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.
Sungguhpun permainan ini biasa dikaitkan dengan mereka yang berusia, namun ia
sebenarnya sesuai dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur.
"Ia bahkan sesuai dijadikan aktiviti keluarga. Semua peringkat usia boleh
memainkannya. Untuk permulaan, mereka perlu keluarkan sedikit duit untuk membeli
bola.
"Saya berharap, lebih ramai pemain pelapis daripada golongan muda ditonjolkan
dalam sukan ini memandangkan ia turut dipertandingkan dalam Sukan Malaysia
(Sukma)," katanya.
Menurutnya, permainan petanque sebenarnya lebih dikenali di negeri-negeri Pantai
Timur kerana ia mula diperkenalkan di situ.
Ahmad Zulkifle juga sempat menyuarakan hasratnya untuk mengajar orang ramai
bermain petanque.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada sesiapa yang berminat
untuk bermain permainan ini. Tidak kira mereka yang sudah berusia mahupun pelajar
sekolah, datanglah ke sini. InsyaAllah, saya boleh ditemui di sini setiap petang,"
katanya.
Dalam kunjungan Kosmo! baru-baru ini, suasana di gelanggang petanque di Kompleks
Sukan MSN Taman Keramat agak meriah. Walaupun hujan renyai-renyai, mereka
masih meneruskan permainan.
Minat mendalam mereka terhadap permainan itu membuatkan ada di antara mereka
berseloroh dengan berkata: "Kalau demam sahaja, kami tidak turun ke gelanggang."
Bagi seorang pemain yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Hajar, dia menggemari
permainan itu setelah mengalami kecederaan pada tulang belakang.
SEKIRANYA berlaku pertikaian jarak, hakim teknikal akan membuat ukuran.
" Saya memang aktif bersukan. Apabila tulang belakang cedera, saya lebih cenderung
bermain permainan ini.
"Bagi saya, permainan ini sesuai dimainkan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak
memerlukan banyak tenaga. Apa yang perlu hanya fokus dan ketajaman fikiran.
" Saya sedar permainan ini tidak begitu popular. Sehinggakan saya terpaksa
membawa bola petanque ke pejabat untuk memperkenalkannya kepada kawan-kawan,"
katanya.

More Related Content

What's hot (14)

Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam FutsalSejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
 
sepak bola
sepak bolasepak bola
sepak bola
 
Permainan bola-voli
Permainan bola-voliPermainan bola-voli
Permainan bola-voli
 
Kliping bola basket
Kliping bola basketKliping bola basket
Kliping bola basket
 
Ardiiiiiiiiiiii
ArdiiiiiiiiiiiiArdiiiiiiiiiiii
Ardiiiiiiiiiiii
 
Bola volly
Bola vollyBola volly
Bola volly
 
pengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalpengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsal
 
Sepak bola
Sepak bolaSepak bola
Sepak bola
 
Bola Sepak Soccer
Bola Sepak SoccerBola Sepak Soccer
Bola Sepak Soccer
 
Edisi khusus 2 ospek ospek ala timnas u-19
Edisi khusus 2 ospek   ospek ala timnas u-19Edisi khusus 2 ospek   ospek ala timnas u-19
Edisi khusus 2 ospek ospek ala timnas u-19
 
Sejarah Ping Pong
Sejarah Ping PongSejarah Ping Pong
Sejarah Ping Pong
 
Anak Indonesia Berhasil Memecahkan Rekor Dunia Mengingat Wajah dan Nama
Anak Indonesia Berhasil Memecahkan Rekor Dunia Mengingat Wajah dan NamaAnak Indonesia Berhasil Memecahkan Rekor Dunia Mengingat Wajah dan Nama
Anak Indonesia Berhasil Memecahkan Rekor Dunia Mengingat Wajah dan Nama
 
Muskuloskeletal
MuskuloskeletalMuskuloskeletal
Muskuloskeletal
 
kelas 7. bab 1. permainan dan olahraga bola besar
kelas 7. bab 1. permainan dan olahraga bola besarkelas 7. bab 1. permainan dan olahraga bola besar
kelas 7. bab 1. permainan dan olahraga bola besar
 

Viewers also liked

sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligamuhammad
 
Pengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluruPengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar pelurumimiey27
 
Kawad tongkat
Kawad tongkatKawad tongkat
Kawad tongkatnormyusuf
 
49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap
49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap
49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakapmalimperman
 
Soalan ujian pengakap
Soalan ujian pengakapSoalan ujian pengakap
Soalan ujian pengakapadamrohani
 
35407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-4
35407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-435407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-4
35407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-4mka2kitol
 
Kemahiran asas badminton
Kemahiran asas badmintonKemahiran asas badminton
Kemahiran asas badmintonChin Weiren
 
Taklimat khas persediaan perkhemahan
Taklimat khas persediaan perkhemahanTaklimat khas persediaan perkhemahan
Taklimat khas persediaan perkhemahanSamsudin Ahmad
 
Bahasa hukuman kawad
Bahasa hukuman kawadBahasa hukuman kawad
Bahasa hukuman kawadFH MI
 
40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda
40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda
40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-mudatransformers3441
 
Ikatan dan simpulan tali
Ikatan dan simpulan taliIkatan dan simpulan tali
Ikatan dan simpulan taliSaidin Dahalan
 
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2falissa625
 

Viewers also liked (20)

Sukan & permainan
Sukan & permainanSukan & permainan
Sukan & permainan
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Topik 2 sukan di malaysia
Topik 2  sukan di malaysiaTopik 2  sukan di malaysia
Topik 2 sukan di malaysia
 
Pengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluruPengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluru
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Bowling
BowlingBowling
Bowling
 
Sesi 1 sejarah pengakap
Sesi 1   sejarah pengakapSesi 1   sejarah pengakap
Sesi 1 sejarah pengakap
 
Kawad tongkat
Kawad tongkatKawad tongkat
Kawad tongkat
 
49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap
49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap
49368733 borang-ujian-lencana-keahlian-pengakap
 
Soalan ujian pengakap
Soalan ujian pengakapSoalan ujian pengakap
Soalan ujian pengakap
 
35407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-4
35407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-435407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-4
35407443 rancangan-tahunan-pengakap-tahun-4
 
Kemahiran asas badminton
Kemahiran asas badmintonKemahiran asas badminton
Kemahiran asas badminton
 
Taklimat khas persediaan perkhemahan
Taklimat khas persediaan perkhemahanTaklimat khas persediaan perkhemahan
Taklimat khas persediaan perkhemahan
 
Peraturan tetap perkhemahan
Peraturan tetap perkhemahanPeraturan tetap perkhemahan
Peraturan tetap perkhemahan
 
Bahasa hukuman kawad
Bahasa hukuman kawadBahasa hukuman kawad
Bahasa hukuman kawad
 
40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda
40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda
40717115 rancangan-tahunan-unit-pengakap-muda
 
nota kawad
nota kawadnota kawad
nota kawad
 
Ikatan dan simpulan tali
Ikatan dan simpulan taliIkatan dan simpulan tali
Ikatan dan simpulan tali
 
Arahan kawad kaki
Arahan kawad kakiArahan kawad kaki
Arahan kawad kaki
 
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2My 2   pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
My 2 pengenalan tali - ikatan & simpulan - t2
 

Similar to Membaling bola logam (19)

Sepak raga
Sepak ragaSepak raga
Sepak raga
 
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdfANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
ANYFLIP SEJARAH SUKAN PETANQUE.pdf
 
91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar
 
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptxPERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA.pptx
 
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESARMODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
MODIFIKASI PERMAINAN BOLA BESAR
 
Bahan proposal sem 7
Bahan proposal sem 7Bahan proposal sem 7
Bahan proposal sem 7
 
bola-tampar
bola-tamparbola-tampar
bola-tampar
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2Makalah sepak takwor2
Makalah sepak takwor2
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak raga
 
Makalah sepak takwor
Makalah sepak takworMakalah sepak takwor
Makalah sepak takwor
 
Permainan kecil11
Permainan kecil11Permainan kecil11
Permainan kecil11
 
Makalah sepak takwor
Makalah sepak takworMakalah sepak takwor
Makalah sepak takwor
 
Makalah bola takrow
Makalah bola takrowMakalah bola takrow
Makalah bola takrow
 
Makalah bola takrow
Makalah bola takrowMakalah bola takrow
Makalah bola takrow
 
Makalah bola takrow
Makalah bola takrowMakalah bola takrow
Makalah bola takrow
 
Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6Permainan Tradisional Kelompok 6
Permainan Tradisional Kelompok 6
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 

Recently uploaded (20)

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 

Membaling bola logam

  • 1. Membaling bola logam Oleh ADHAM SHADAN Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling ikut cara mana yang anda suka tetapi jangan sesekali mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'. MUNGKIN tidak ramai antara kita yang mengenali permainan ini. Walaupun ia sudah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 1990-an, namun jika ada yang menyebut nama permainan ini sekarang, pasti ada yang menggaru kepala kerana tidak dapat membayangkannya. Petanque (disebut pay-tong) kedengaran aneh bunyi sebutannya. Namun, itulah nama yang diberikan kepada permainan yang berasal dari Perancis ini. Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam, ia mungkin mirip beberapa permainan rakyat. Sukan itu kini telah pun mempunyai kejohanan peringkat dunia dan turut tersenarai sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan SEA sejak tahun 2001 lagi. Di pentas Asia Tenggara, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos merupakan antara negara yang terlebih dahulu menerima pengenalan permainan ini ekoran pengaruh Perancis di kebanyakan negara itu. Permainan ini menjadi begitu popular di Thailand dan telah dipromosi sendiri oleh Puteri Srinagarindra yang dikatakan bermain
  • 2. petanque hampir setiap hari. Negara itu sudah menikmati permainan ini sejak ratusan tahun lalu. Malaysia pula baru diperkenalkan dengan sukan ini pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempopularkan sukan ini. Hakikatnya, terdapat sekumpulan masyarakat kita yang semakin mula meminati permainan balingan bola logam ini. Ada yang menjadikannya aktiviti riadah dan rekreasi selepas penat bekerja. Sebagai contoh, di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Hulu Klang, Selangor, boleh dikatakan hampir setiap petang, mereka akan mengisi ruang gelanggang petanque. Bukan sahaja mereka yang bergelar atlet negara datang bermain tetapi juga orang awam. Jika diamati, sukan ini ada persamaan dengan permainan guli yang popular dimainkan kanak-kanak satu ketika dahulu. Ini kerana ia dimainkan secara membaling dengan menetapkan arah sasaran. Strategi memperoleh matanya pula menyerupai sukan boling padang. Biasanya sukan ini dimainkan di atas permukaan berpasir. Namun, ia juga boleh dimainkan di apa-apa jenis permukaan lain. Menurut Leftenan Kolonel Ahmad Zulkifle Mohd. Zain yang merupakan jurulatih sukan petanque bagi Sukan SEA 2007, permainan ini lazimnya melibatkan kategori perseorangan, beregu dan bertiga. Bagi kategori perseorangan dan beregu, setiap individu diberikan tiga biji bola atau disebut boule manakala bagi kategori bertiga, setiap individu diberikan dua biji boule. Berat bola logam yang dibenarkan ialah dari 650 gram hingga 800 gram dengan lilitan antara 70 hingga 75 milimeter. "Terpulang kepada pemain untuk menggunakan bola dalam berat tertentu . Ia bergantung kepada keselesaan mereka. Apa yang penting, bola tersebut mestilah
  • 3. daripada 12 jenama yang dibenarkan," ujar Ahmad Zulkifle ketika ditemui Kosmo! di Kompleks Sukan MSN Taman Keramat baru-baru ini. Jelasnya, petanque kebiasaannya dimainkan dengan sebuah jack dibaling terlebih dahulu dalam gelanggang berukuran 15 meter x 4 meter. Balingan mestilah berjarak antara enam hingga 10 meter. Sasaran para pemain adalah untuk menghasilkan balingan bola logam yang mendekati jack tersebut. Jika seorang individu atau sebuah pasukan berjaya menghasilkan bola yang paling hampir dengan jack, pasukan lawan akan terus membaling bola yang ada dalam simpanan mereka sehingga berjaya memintas kedudukan bola pasukan itu. Jika berjaya, pasukan yang satu lagi pula akan berusaha memintas dan begitulah seterusnya. Biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa yang terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan membuat ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack. Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan kehabisan bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya memperoleh 13 mata. "Permainan ini boleh tamat dalam masa beberapa minit atau berlarutan sehingga berjam-jam. Ia bergantung kepada strategi. Mahu masuk atau pukul?" terang Ahmad Zulkifle merujuk kepada strategi permainan, sama ada mahu sekadar membaling bola tersebut mendekati jack atau 'memukul' bola lawan agar bergerak jauh dari jack. Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling cara mana pun, asalkan kaki anda tidak terangkat ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'. Sungguhpun permainan ini biasa dikaitkan dengan mereka yang berusia, namun ia sebenarnya sesuai dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur. "Ia bahkan sesuai dijadikan aktiviti keluarga. Semua peringkat usia boleh memainkannya. Untuk permulaan, mereka perlu keluarkan sedikit duit untuk membeli bola. "Saya berharap, lebih ramai pemain pelapis daripada golongan muda ditonjolkan
  • 4. dalam sukan ini memandangkan ia turut dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma)," katanya. Menurutnya, permainan petanque sebenarnya lebih dikenali di negeri-negeri Pantai Timur kerana ia mula diperkenalkan di situ. Ahmad Zulkifle juga sempat menyuarakan hasratnya untuk mengajar orang ramai bermain petanque. "Saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk bermain permainan ini. Tidak kira mereka yang sudah berusia mahupun pelajar sekolah, datanglah ke sini. InsyaAllah, saya boleh ditemui di sini setiap petang," katanya. Dalam kunjungan Kosmo! baru-baru ini, suasana di gelanggang petanque di Kompleks Sukan MSN Taman Keramat agak meriah. Walaupun hujan renyai-renyai, mereka masih meneruskan permainan. Minat mendalam mereka terhadap permainan itu membuatkan ada di antara mereka berseloroh dengan berkata: "Kalau demam sahaja, kami tidak turun ke gelanggang." Bagi seorang pemain yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Hajar, dia menggemari permainan itu setelah mengalami kecederaan pada tulang belakang. SEKIRANYA berlaku pertikaian jarak, hakim teknikal akan membuat ukuran. " Saya memang aktif bersukan. Apabila tulang belakang cedera, saya lebih cenderung bermain permainan ini.
  • 5. "Bagi saya, permainan ini sesuai dimainkan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan banyak tenaga. Apa yang perlu hanya fokus dan ketajaman fikiran. " Saya sedar permainan ini tidak begitu popular. Sehinggakan saya terpaksa membawa bola petanque ke pejabat untuk memperkenalkannya kepada kawan-kawan," katanya.