1. SET INDUKSI
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
PENUTUP
TERIMA KASIH
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-
murid berupaya:
1. Membina dan menulis lima ayat majmuk.
2. Mengenalpasti dan menyatakan kata hubung
yang digunakan di dalam ayat.
3. Menjawab soalan menggunakan TMK.
RPH
2. Set Induksi ( 7 minit)
Tayangan video “Kisah Si Tanggang”
1. Guru menayangkan slot video kepada murid.
2. Murid menghayati slot yang ditayangkan.
3. Murid bersoaljawab dengan guru berdasarkan
slot yang ditonton.
Pernahkah kamu menonton cerita ini?
Apakah hubungan antara pemuda dengan wanita tua
itu?
Apakah yang dibawa oleh wanita tua itu?
3. Langkah 1 (10 minit)
1. Guru menayangkan petikan mengenai Kisah Si
Tanggang yang dibaca oleh guru.
2. Murid mendengar dan memahami petikan
yang dibaca oleh guru.
3. Murid bersoaljawab berdasarkan petikan yang
dibaca.
4. Langkah 2 (5 minit)
1. Murid dikehendaki menilai sikap Si Tanggang
terhadap ibunya.
2. Murid mengecam ayat majmuk yang terdapat
di dalam petikan.
3. Guru menyenaraikan ayat majmuk pada slaid.
4. Murid menyatakan kata hubung yang
digunakan di dalam ayat itu.
5. Langkah 3 (20 minit)
1. Guru meminta seorang murid membaca petikan
“Kasih Ibu” yang ditayangkan secara kuat dengan
sebutan yang betul dan jelas.
2. Murid yang lain mendengar sambil menggariskan kata
hubung yang terdapat dalam petikan itu.
3. Dalam kumpulan kecil murid berbincang dengan
membina peta minda berdasarkan maklumat yang
dibaca.
4. Setiap wakil kumpulan membentangkan peta minda
yang dibina.
5. Guru menayangkan hasil peta minda yang sepatut-
nya diperolehi oleh murid.
6. Langkah 4 ( 15 minit)
Murid membuat latihan di dalam komputer.
Mengisi tempat kosong dengan kata hubung
supaya menjadi ayat majmuk.
Murid pemulihan
Menyambungkan ayat dengan kata hubung yang
diberi.
7. Penutup (3 minit)
1. Murid menyanyikan lagu Oh Ibu… Oh Ayah
bersama-sama mengikut muzik yang
diperdengarkan.
8. IPG KAMPUS IPOH
BMM 3105
PENSYARAH:
EN. MUHAMMAD TAUFIK B AHMAD
DISEDIAKAN OLEH:
ALFIAH BT ABDUL RAZAK
PPG BM3 AMBILAN FEB. 2012