SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
INSPIRASI: Petikan Kata

MadahPujanggasebagaiPenawar



Pengenalan
„Mom4mom‟ telah menyusun beberapa petikan kata-kata bijaksana bagi wanita-wanita yang mungkin
sedang mengharungi masa yang sukar dalam hidup. Jika anda sedang menempuh peringkat seperti,
“mengapa saya”, “tak adil”, “bagaimana orang yang berlaku salah sentiasa terlepas begitu sahaja”,
“bagaimana akan aku melalui semua ini”, kami harap anda akan menemui sedikit ketenangan
daripada nasihat dan madah berikut. Kadangkala, pengalaman pahit dalam hidup membantu kita
menjadi seorang yang lebih sempurna. Kadangkala pula, kita menjadi seorang terselamat yang
mengorak langkah menuju hari-hari esok yang lebih cerah dengan yakin dan berani, selalunya tanpa
sebarang bantuan. Tegakkan kepala dan teruslah berjuang!

1. Tidak salah untuk berasa marah dan kecewa. Tetapi jangan biarkan perasaan negatif ini
menguasai hidup anda. Salurkan tenaga anda kepada perasaan dan tindakan yang lebih
positif. Ceburkan diri anda dalam sesuatu hobi – ia tidak semestinya sesuatu yang mahal. Jika anda
gemar menulis, mulalah menulis mengenai perasaan anda. Baringlah di atas katil dan kelilingi diri
anda dengan ketenangan dan kesunyian; gambarkan diri anda berada berhampiran air terjun atau
pantai yang tenang, sambil bergelak ketawa menikmati kehidupan. Dengarlah muzik – ia boleh
menjadi penawar yang begitu mujarab. Mula melakukan senaman aerobik / berjoging – anda akan
terasa cergas kembali. Tetapi LAKUKAN sesuatu untuk mengubah fikiran negatif itu.

   Madah:         Fikiran positif (keseronokan, kegembiraan, kepuasan, pencapaian, jati
                  diri) membawa kepada kesan positif (semangat, ketenangan,
                  kesejahteraan, ketenteraman jiwa, tenaga, kasih sayang). Fikiran
                  negatif (penilaian diri, rendah diri, kecurigaan, kebencian, ketakutan)
                  menghasilkan kesan negatif (ketegangan perasaan, kebimbangan,
                  pengasingan, kemarahan, keletihan).

   Pengarang:    Peter McWilliams

   Sumber:        You Can't Afford the Luxury of a Negative Thought by Peter McWilliams

                   [Anda Tidak Mampu akan Kemewahan Fikiran Negatif oleh Peter McWilliams]

   Madah:         Manusia terlalu banyak berbincang mengenai sudut negatif, mengenai
                  perkara yang tidak kena. Mengapa tidak cuba melihat dari sudut
                  pandangan      positif,  menyentuh     perkara    tersebut     dan
                  mengembangkannya?

   Pengarang: Thich Nhat Hanh

   Sumber:       Tidak diketahui

2. Beringatlah, anda berupaya menukar destinasi perjalanan hidup anda. Ia terpulang kepada anda
dan anda seorang sahaja yang boleh membuang debu di lutut lalu bangkit. Selepas itu, anda sama
ada boleh duduk bermurung diri ataupun meneruskan hidup. Rakan-rakan dan pengirim ucap
selamat mungkin berada di sisi anda tetapi, akhirnya, semuanya di dalam tangan anda.
Madah:        Berlian anda bukannya terletak di pergunungan terpencil atau nun jauh
                 di tengah lautan; anda akan menjumpainya di perkarangan rumah anda
                 sendiri, kalaulah anda menggali untuk mendapatkannya.
   Pengarang:    Russell H. Comwell
   Sumber:        Simple Abundance: A Daybook of Comfort and Joy by Sarah Ban Breathnach
                  [Kelebihan Ringkas: Buku Harian mengenai Keselesaan dan Kegembiraan oleh
                  Sarah Ban Breathnach]

3. Yang penting sekali, jangan berputus harapan. Walaupun langit kelihatan mendung, carilah
   pelangi dan lapisan perak. Apabila anda putus asa, anda berhenti berjuang untuk mutu hidup
   yang anda inginkan. Pada penghujung hari, anda akan memberitahu diri sendiri, “Aku seorang
   yang terselamat” (dengarlah lagu nyanyian Destiny‟s Child).

   Madah:         Selalulah menaruh harapan. Apabila amalan menaruh harapan menjadi
                  suatu tabiat, anda boleh mencapai kegembiraan jiwa yang berkekalan.
   Pengarang:      Norman Vincent Peale
   Sumber:         Positive Thinking Everyday by Norman Vincent Peale
                   [Pemikiran Positif Setiap Hari oleh Norman Vincent Peale]

   Madah:          Anggaplah yang harapan akan kembali cerah. Anggaplah yang doa
                   anda akan terkabul dalam cara yang menakjubkan. Kemarau hidup
                   tidak berkekalan. Hujan musim bunga akan kembali.
   Pengarang:       Sarah Ban Breathnach
   Sumber:         Simple Abundance: A Daybook of Comfort and Joy by Sarah Ban Breathnach
                   [Kelebihan Ringkas: Buku Harian mengenai Keselesaan dan Kegembiraan oleh
                   Sarah Ban Breathnach]

4. Mungkin elok untuk menyertai kumpulan berdoa atau kumpulan bertafakur bagi memperoleh
ketenangan jiwa. Anda juga mungkin menemui kumpulan sokongan yang terdiri daripada mereka
yang mengalami masalah yang serupa dengan anda. Anda akan dapati diri anda meluahkan
pengalaman anda dan lama-kelamaan, pada penghujung hari, anda mungkin menyedari bahawa ada
orang lain yang berada di dalam situasi yang sama atau yang lebih teruk daripada anda. Kesedaran
sedemikian penting untuk meneruskan perjalanan.

   Madah:          Perkembangan jiwa adalah matlamat kita, dan terdapat berbagai cara
                   untuk mendorong perkembangan itu, seperti melalui kasih sayang,
                   alam semula jadi, penyembuhan luka sendiri, pemaafan dan khidmat
                   bakti. Jiwa berkembang baik apabila seseorang itu memberi dan
                   menerima kasih sayang. Saya menyuburkan jiwa saya setiap hari
                   dengan mengasihi orang lain dan bersikap peka terhadap kasih sayang
                   mereka. Sesungguhnya, kasih sayang adalah satu kata kerja,
                   perkataan tindakan, bukannya kata nama.
   Pengarang:       Joan Borysenko, Ph.D.
   Sumber:         Ensouling Ourselves by Joan Borysenko, Ph.D., Handbook for the Soul edited by
                   Benjamin Shield
                    [Memperjiwai Diri Kita oleh Joan Borysenko, Ph.D., Buku Panduan untuk Jiwa
                   disunting oleh Benjamin Shield]

5. Tumpukan sedikit masa anda ke arah sesuatu usaha murni. Lakukan kerja sukarela, sertai
   sebuah organisasi yang berjuang demi kebaikan umat manusia. Anda akan terasa seperti diberi
   kuasa dalam cara yang begitu istimewa.

   Madah:          Ketawa dengan selalu dan mengasihi dengan mendalam; dihormati
                   oleh golongan bijaksana dan dikasihi oleh kanak-kanak; memperoleh
                   persetujuan daripada pengkritik yang ikhlas; menghargai keindahan;
                   mengorbankan diri sendiri; meninggalkan dunia ini dalam keadaan
                   yang lebih baik, sama ada kerana seorang kanak-kanak sihat, sebuah
taman atau keadaan sosial yang telah pulih; bermain dan ketawa
                    dengan penuh semangat dan menyanyi dengan penuh kegirangan;
                    mengetahui yang seorang dapat hidup dengan lebih senang kerana
                    anda – itulah tanda kejayaan.
     Pengarang:      Ralph Waldo Emerson
     Sumber:        The Book of Positive Quotations
                    [Buku Petikan Kata-kata Positif]

6.   Akhir sekali, bukankah ini sungguh benar?

     Madah:         … kita terlalu kerap melihat kalendar harian sebagai hanya satu
                    lambang perjalanan masa. Kita lupa bahawa ada sebab bagi segala
                    kesakitan dan segala perjuangan. Kita lupa yang kita diletakkan di
                    dunia ini untuk mempelajari sesuatu. Jika semuanya dalam hidup ini
                    sempurna, kita tidak akan belajar sesuatu yang baru. Kita tidak akan
                    terdaya untuk membangkitkan semangat kita melalui peristiwa hidup
                    kita.
     Pengarang:      Lynn V. Andrews
     Sumber:        Walk in Balance: Meditations with Lynn Andrews by Lynn V. Andrews
                    [Berjalan dalam Keseimbangan: Bertafakur bersama Lynn Andrews oleh Lynn V.
                    Andrews]

     Madah:         Kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan
                    dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali
                    kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui
                    kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik
                    berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri
                    dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga.
     Pengarang:      Rachel Naomi Remen
     Sumber:        My Grandfather's Blessings: Stories of Strength, Refuge and Belonging
                    [Rahmat Datukku: Cerita mengenai Kekuatan, Perlindungan dan Perasaan
                    Dipunyai]

BEBERAPA LAGI KATA-KATA BIJAKSANA

     Madah:       Keraguan paling kerap menjadi sumber kurang keupayaan kita. Meragui
                  bererti tidak yakin, tanpa harapan atau kepercayaan. Apabila kita ragu,
                  perbualan diri kita berbunyi seperti ini: “Saya tak jangka yang saya
                  boleh. Saya tak fikir yang saya akan”. Meragui adalah perasaan yakin
                  terhadap berlakunya akibat yang terburuk mungkin. Ia bererti
                  mempercayai akan kekejian dunia, bahawa walaupun saya melakukan
                  sesuatu dengan baik, sesuatu yang tidak saya duga akan menjadi
                  penghalang, mensabotaj saya, atau menewaskan saya akhirnya.
     Pengarang:   Blaine Lee
     Sumber:       The Power Principle: Influence with Honor by Blaine Lee
                    [Prinsip Kuasa: Mempengaruhi dengan Kehormatan oleh Blaine Lee]

     Madah:         Sambutlah semua orang yang anda temui dengan senyuman
                    mesra. Biarpun betapa sibuk diri anda, jangan bergegas apabila
                    bertemu dengan rakan-rakan sekerja, keluarga dan kawan-
                    kawan. Bercakaplah    dengan    perlahan. Dengar  dengan   penuh
                    perhatian. Aturlah laku seolah-olah setiap perbualan anda adalah
                    perkara terpenting bagi anda hari ini. Pandang anak dan pasangan
                    anda tepat pada mata apabila mereka bercakap dengan anda. Usaplah
                    kucing dan belailah anjing. Limpahkan kasih sayang ke atas setiap
                    benda hidup yang anda temui. Lihatlah bagaimana lainnya perasaan
                    anda pada penghujung hari.
Pengarang:   Sarah Ban Breathnach
Sumber:      Simple Abundance: A Daybook of Comfort and Joy by Sarah Ban Breathnach
             [Kelebihan Ringkas: Buku Harian mengenai Keselesaan dan Kegembiraan oleh
             Sarah Ban Breathnach]

Madah:       Cukup mudah untuk bersikap riang, apabila kehidupan bergerak lancar
             seperti sebuah lagu. Tetapi seorang yang mulia itu adalah orang yang
             akan tersenyum apabila semuanya tidak menjadi.
Pengarang:    Ella Wheeler Cox
Sumber:      Treasury of Women's Quotations compiled and edited by Caroline Warner
             [Khazanah Madah Wanita, disusun dan disunting oleh Caroline Warner]

Madah:       Tiada perbezaan sama ada apa yang anda hadapi adalah sesuatu yang
             mempengaruhi kerja anda, hubungan peribadi anda, perasaan selamat
             pada diri anda, penilaian jati diri anda, atau penampilan anda – cara
             anda berfikirmengenai keadaan anda itulah yang menjadi penentu
             utama sama ada anda akan melakukan sesuatu mengenainya dan apa
             yang akan anda lakukan.
Pengarang:    Dr. Arthur Freeman dan Rose DeWolf
Sumber:       The 10 Dumbest Mistakes Smart People Make and How to Avoid Them: Simple
             and Sure Techniques for Gaining Greater Control of Your Life by Arthur Freeman.
             [10 Kesilapan Terbodoh Yang Dilakukan oleh Mereka Yang Pintar dan Cara
             Untuk Mengelakkannya: Teknik Yang Senang Lagi Berhasil Untuk Mengawal
             Hidup Anda Dengan Lebih Baik oleh Arthur Freeman]

Madah:       Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan tenaga yang
             terpendam. Tenaga yang boleh kita bebaskan untuk bertanding dalam
             perlumbaan hidup. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan
             keberanian yang terpendam. Keberanian yang memberi kita kekuatan
             untuk menghadapi sebarang cabaran. Di dalam diri setiap daripada
             kita tersimpan keazaman yang terpendam. Keazaman untuk kekal
             dalam perlumbaan meskipun segalanya kelihatan buntu.
Pengarang:    Roger Dawson
Sumber:      The 13 Secrets of Power Performance by Roger Dawson
             [13 Rahsia Prestasi Berkuasa oleh Roger Dawson]

Madah:       Apabila saya berdiri menghadap Tuhan pada akhir hayat saya, saya
             berharap agar saya tidak mempunyai saki-baki bakat yang tinggal dan
             saya dapat berkata, “Aku telah menggunakan segala yang Engkau
             berikan kepadaku”.
Pengarang:    Erma Bombeck
Sumber:      Treasury of Women's Quotations compiled and edited by Caroline Warner
             [Khazanah Madah Wanita, disusun dan disunting oleh Caroline Warner]

Madah:       Apabila Syurga hendak menganugerahkan tanggungjawab yang berat
             ke atas seorang insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan
             mindanya dengan mengenakan penderitaan, membebankan otot dan
             tulangnya dengan tugas-tugas yang menjerihkan, membiarkannya
             kelaparan, menghalangnya daripada memiliki sebarang harta benda,
             dan menghancurkan segala yang dibinanya. Dengan cara ini, Syurga
             merangsang mindanya, mengawal kemarahannya dan memperbaiki
             kelemahannya.
Pengarang:    Mencius
Sumber:      Book VI of 'Mencius' Thoughts': Gao Zi Part 2
             [Buku VI daripada „Pendapat Mencius‟: Gao Zi Bahagian 2]

More Related Content

What's hot

Berpikir dan Berjiwa Besar 2
Berpikir dan Berjiwa Besar 2Berpikir dan Berjiwa Besar 2
Berpikir dan Berjiwa Besar 2Mas Tri Sragen
 
Berpikir dan Berjiwa Besar
Berpikir dan Berjiwa BesarBerpikir dan Berjiwa Besar
Berpikir dan Berjiwa BesarMas Tri Sragen
 
Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin
Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin
Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin Robert Bellarmine
 
05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan
05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan
05 waktu untuk penyembuhan -pengampunanDavid Syahputra
 
Kiat Untuk Bangkit Setelah Gagal
Kiat Untuk Bangkit Setelah GagalKiat Untuk Bangkit Setelah Gagal
Kiat Untuk Bangkit Setelah GagalYohanes Ratu Eda
 
Dark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap Kepribadian
Dark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap KepribadianDark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap Kepribadian
Dark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap KepribadianJohan Setiawan
 
Emotionally Healthy Church: Menerima Karunia Keterbatasan
Emotionally Healthy Church: Menerima Karunia KeterbatasanEmotionally Healthy Church: Menerima Karunia Keterbatasan
Emotionally Healthy Church: Menerima Karunia KeterbatasanJohan Setiawan
 
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)Firman Pratama
 
Berpikir dan berjiwa besar
Berpikir dan berjiwa besarBerpikir dan berjiwa besar
Berpikir dan berjiwa besarSyamsul Noor
 

What's hot (10)

Berpikir dan Berjiwa Besar 2
Berpikir dan Berjiwa Besar 2Berpikir dan Berjiwa Besar 2
Berpikir dan Berjiwa Besar 2
 
Berpikir dan Berjiwa Besar
Berpikir dan Berjiwa BesarBerpikir dan Berjiwa Besar
Berpikir dan Berjiwa Besar
 
Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin
Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin
Cara-cara untukPenyembuhan Luka Batin
 
05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan
05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan
05 waktu untuk penyembuhan -pengampunan
 
Kiat Untuk Bangkit Setelah Gagal
Kiat Untuk Bangkit Setelah GagalKiat Untuk Bangkit Setelah Gagal
Kiat Untuk Bangkit Setelah Gagal
 
Dark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap Kepribadian
Dark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap KepribadianDark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap Kepribadian
Dark Side 1 Mengatasi Sisi Gelap Kepribadian
 
Emotionally Healthy Church: Menerima Karunia Keterbatasan
Emotionally Healthy Church: Menerima Karunia KeterbatasanEmotionally Healthy Church: Menerima Karunia Keterbatasan
Emotionally Healthy Church: Menerima Karunia Keterbatasan
 
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
Download GRATIS Majalah Kekuatan Sugesti Edisi 46 (April 2018)
 
Berpikir dan berjiwa besar
Berpikir dan berjiwa besarBerpikir dan berjiwa besar
Berpikir dan berjiwa besar
 
Enam deskripsi doa
Enam deskripsi doaEnam deskripsi doa
Enam deskripsi doa
 

Viewers also liked

Viewers also liked (14)

ATS Content Rules Deck [compatibility mode][1]
ATS   Content Rules Deck [compatibility mode][1]ATS   Content Rules Deck [compatibility mode][1]
ATS Content Rules Deck [compatibility mode][1]
 
ASA Legislative Conference 2011 slide show
ASA Legislative Conference 2011   slide showASA Legislative Conference 2011   slide show
ASA Legislative Conference 2011 slide show
 
Did you know_
Did you know_Did you know_
Did you know_
 
Nasi arab kabsa kambing
Nasi arab   kabsa kambingNasi arab   kabsa kambing
Nasi arab kabsa kambing
 
Bibliotecas de lujo_en_europa
Bibliotecas de lujo_en_europaBibliotecas de lujo_en_europa
Bibliotecas de lujo_en_europa
 
FILM TREATMENT
FILM TREATMENT FILM TREATMENT
FILM TREATMENT
 
Slide show
Slide showSlide show
Slide show
 
Lydia opening sequence
Lydia opening sequenceLydia opening sequence
Lydia opening sequence
 
1 تطوير المهارات البشرية
1 تطوير المهارات البشرية1 تطوير المهارات البشرية
1 تطوير المهارات البشرية
 
Disneyland paris 20° anniversary
Disneyland paris 20° anniversaryDisneyland paris 20° anniversary
Disneyland paris 20° anniversary
 
1أدارة المشاريع
 1أدارة المشاريع 1أدارة المشاريع
1أدارة المشاريع
 
Did you know_
Did you know_Did you know_
Did you know_
 
PayPal CEO on The future of transactions, everywhere
PayPal CEO on The future of transactions, everywherePayPal CEO on The future of transactions, everywhere
PayPal CEO on The future of transactions, everywhere
 
Denso presentation
Denso presentationDenso presentation
Denso presentation
 

Similar to Inspiration

Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)
Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)
Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)Putu Yudiantara
 
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
7 kebiasaan orang-orang yang bahagiaIdham Idham
 
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014Firman Pratama
 
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diri
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diriBagaimana meningkatkan rasa percaya diri
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diriNur Agustinus
 
PPT presentasi materi tentang dunia pendidikan
PPT presentasi materi tentang dunia pendidikanPPT presentasi materi tentang dunia pendidikan
PPT presentasi materi tentang dunia pendidikansejatiningurip1
 
born_to_win.ppt
born_to_win.pptborn_to_win.ppt
born_to_win.pptpadatimu
 
MOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.ppt
MOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.pptMOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.ppt
MOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.pptBasuki Rachmad
 
7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik
7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik
7 Seni Memaksimalkan Daya TarikAmat Bejo
 
Born to win
Born to winBorn to win
Born to winMas Mito
 
Testimoni buku energy never dies
Testimoni buku energy never diesTestimoni buku energy never dies
Testimoni buku energy never diesIndra Maulani
 
Shawabi yusril9I
Shawabi yusril9IShawabi yusril9I
Shawabi yusril9IYusrilF
 
02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan
02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan
02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapanDavid Syahputra
 
Surat Cinta Anne Ahira 02
Surat Cinta Anne Ahira 02Surat Cinta Anne Ahira 02
Surat Cinta Anne Ahira 02Amat Bejo
 

Similar to Inspiration (20)

Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)
Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)
Memasuki rumah cahaya by putu yudiantara (ebook gratis)
 
Tik pp
Tik ppTik pp
Tik pp
 
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
 
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
7 kebiasaan orang-orang yang bahagia
 
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
Majalah Kekuatan Sugesti, Maret 2014
 
POSITIVE MINDSET
POSITIVE MINDSETPOSITIVE MINDSET
POSITIVE MINDSET
 
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diri
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diriBagaimana meningkatkan rasa percaya diri
Bagaimana meningkatkan rasa percaya diri
 
Tes eq
Tes eqTes eq
Tes eq
 
Total Forgiveness
Total ForgivenessTotal Forgiveness
Total Forgiveness
 
PPT presentasi materi tentang dunia pendidikan
PPT presentasi materi tentang dunia pendidikanPPT presentasi materi tentang dunia pendidikan
PPT presentasi materi tentang dunia pendidikan
 
born_to_win.ppt
born_to_win.pptborn_to_win.ppt
born_to_win.ppt
 
MOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.ppt
MOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.pptMOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.ppt
MOTIVASI BERPRESTASIbelajarsecaramandiri.ppt
 
7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik
7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik
7 Seni Memaksimalkan Daya Tarik
 
A
AA
A
 
Born to win
Born to winBorn to win
Born to win
 
Testimoni buku energy never dies
Testimoni buku energy never diesTestimoni buku energy never dies
Testimoni buku energy never dies
 
Shawabi yusril9I
Shawabi yusril9IShawabi yusril9I
Shawabi yusril9I
 
02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan
02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan
02 harapan di dalam dunia yang tidak berpengharapan -pengharapan
 
Surat Cinta Anne Ahira 02
Surat Cinta Anne Ahira 02Surat Cinta Anne Ahira 02
Surat Cinta Anne Ahira 02
 
Who Am I.pptx
Who Am I.pptxWho Am I.pptx
Who Am I.pptx
 

Inspiration

  • 1. INSPIRASI: Petikan Kata MadahPujanggasebagaiPenawar Pengenalan „Mom4mom‟ telah menyusun beberapa petikan kata-kata bijaksana bagi wanita-wanita yang mungkin sedang mengharungi masa yang sukar dalam hidup. Jika anda sedang menempuh peringkat seperti, “mengapa saya”, “tak adil”, “bagaimana orang yang berlaku salah sentiasa terlepas begitu sahaja”, “bagaimana akan aku melalui semua ini”, kami harap anda akan menemui sedikit ketenangan daripada nasihat dan madah berikut. Kadangkala, pengalaman pahit dalam hidup membantu kita menjadi seorang yang lebih sempurna. Kadangkala pula, kita menjadi seorang terselamat yang mengorak langkah menuju hari-hari esok yang lebih cerah dengan yakin dan berani, selalunya tanpa sebarang bantuan. Tegakkan kepala dan teruslah berjuang! 1. Tidak salah untuk berasa marah dan kecewa. Tetapi jangan biarkan perasaan negatif ini menguasai hidup anda. Salurkan tenaga anda kepada perasaan dan tindakan yang lebih positif. Ceburkan diri anda dalam sesuatu hobi – ia tidak semestinya sesuatu yang mahal. Jika anda gemar menulis, mulalah menulis mengenai perasaan anda. Baringlah di atas katil dan kelilingi diri anda dengan ketenangan dan kesunyian; gambarkan diri anda berada berhampiran air terjun atau pantai yang tenang, sambil bergelak ketawa menikmati kehidupan. Dengarlah muzik – ia boleh menjadi penawar yang begitu mujarab. Mula melakukan senaman aerobik / berjoging – anda akan terasa cergas kembali. Tetapi LAKUKAN sesuatu untuk mengubah fikiran negatif itu. Madah: Fikiran positif (keseronokan, kegembiraan, kepuasan, pencapaian, jati diri) membawa kepada kesan positif (semangat, ketenangan, kesejahteraan, ketenteraman jiwa, tenaga, kasih sayang). Fikiran negatif (penilaian diri, rendah diri, kecurigaan, kebencian, ketakutan) menghasilkan kesan negatif (ketegangan perasaan, kebimbangan, pengasingan, kemarahan, keletihan). Pengarang: Peter McWilliams Sumber: You Can't Afford the Luxury of a Negative Thought by Peter McWilliams [Anda Tidak Mampu akan Kemewahan Fikiran Negatif oleh Peter McWilliams] Madah: Manusia terlalu banyak berbincang mengenai sudut negatif, mengenai perkara yang tidak kena. Mengapa tidak cuba melihat dari sudut pandangan positif, menyentuh perkara tersebut dan mengembangkannya? Pengarang: Thich Nhat Hanh Sumber: Tidak diketahui 2. Beringatlah, anda berupaya menukar destinasi perjalanan hidup anda. Ia terpulang kepada anda dan anda seorang sahaja yang boleh membuang debu di lutut lalu bangkit. Selepas itu, anda sama ada boleh duduk bermurung diri ataupun meneruskan hidup. Rakan-rakan dan pengirim ucap selamat mungkin berada di sisi anda tetapi, akhirnya, semuanya di dalam tangan anda.
  • 2. Madah: Berlian anda bukannya terletak di pergunungan terpencil atau nun jauh di tengah lautan; anda akan menjumpainya di perkarangan rumah anda sendiri, kalaulah anda menggali untuk mendapatkannya. Pengarang: Russell H. Comwell Sumber: Simple Abundance: A Daybook of Comfort and Joy by Sarah Ban Breathnach [Kelebihan Ringkas: Buku Harian mengenai Keselesaan dan Kegembiraan oleh Sarah Ban Breathnach] 3. Yang penting sekali, jangan berputus harapan. Walaupun langit kelihatan mendung, carilah pelangi dan lapisan perak. Apabila anda putus asa, anda berhenti berjuang untuk mutu hidup yang anda inginkan. Pada penghujung hari, anda akan memberitahu diri sendiri, “Aku seorang yang terselamat” (dengarlah lagu nyanyian Destiny‟s Child). Madah: Selalulah menaruh harapan. Apabila amalan menaruh harapan menjadi suatu tabiat, anda boleh mencapai kegembiraan jiwa yang berkekalan. Pengarang: Norman Vincent Peale Sumber: Positive Thinking Everyday by Norman Vincent Peale [Pemikiran Positif Setiap Hari oleh Norman Vincent Peale] Madah: Anggaplah yang harapan akan kembali cerah. Anggaplah yang doa anda akan terkabul dalam cara yang menakjubkan. Kemarau hidup tidak berkekalan. Hujan musim bunga akan kembali. Pengarang: Sarah Ban Breathnach Sumber: Simple Abundance: A Daybook of Comfort and Joy by Sarah Ban Breathnach [Kelebihan Ringkas: Buku Harian mengenai Keselesaan dan Kegembiraan oleh Sarah Ban Breathnach] 4. Mungkin elok untuk menyertai kumpulan berdoa atau kumpulan bertafakur bagi memperoleh ketenangan jiwa. Anda juga mungkin menemui kumpulan sokongan yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah yang serupa dengan anda. Anda akan dapati diri anda meluahkan pengalaman anda dan lama-kelamaan, pada penghujung hari, anda mungkin menyedari bahawa ada orang lain yang berada di dalam situasi yang sama atau yang lebih teruk daripada anda. Kesedaran sedemikian penting untuk meneruskan perjalanan. Madah: Perkembangan jiwa adalah matlamat kita, dan terdapat berbagai cara untuk mendorong perkembangan itu, seperti melalui kasih sayang, alam semula jadi, penyembuhan luka sendiri, pemaafan dan khidmat bakti. Jiwa berkembang baik apabila seseorang itu memberi dan menerima kasih sayang. Saya menyuburkan jiwa saya setiap hari dengan mengasihi orang lain dan bersikap peka terhadap kasih sayang mereka. Sesungguhnya, kasih sayang adalah satu kata kerja, perkataan tindakan, bukannya kata nama. Pengarang: Joan Borysenko, Ph.D. Sumber: Ensouling Ourselves by Joan Borysenko, Ph.D., Handbook for the Soul edited by Benjamin Shield [Memperjiwai Diri Kita oleh Joan Borysenko, Ph.D., Buku Panduan untuk Jiwa disunting oleh Benjamin Shield] 5. Tumpukan sedikit masa anda ke arah sesuatu usaha murni. Lakukan kerja sukarela, sertai sebuah organisasi yang berjuang demi kebaikan umat manusia. Anda akan terasa seperti diberi kuasa dalam cara yang begitu istimewa. Madah: Ketawa dengan selalu dan mengasihi dengan mendalam; dihormati oleh golongan bijaksana dan dikasihi oleh kanak-kanak; memperoleh persetujuan daripada pengkritik yang ikhlas; menghargai keindahan; mengorbankan diri sendiri; meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang lebih baik, sama ada kerana seorang kanak-kanak sihat, sebuah
  • 3. taman atau keadaan sosial yang telah pulih; bermain dan ketawa dengan penuh semangat dan menyanyi dengan penuh kegirangan; mengetahui yang seorang dapat hidup dengan lebih senang kerana anda – itulah tanda kejayaan. Pengarang: Ralph Waldo Emerson Sumber: The Book of Positive Quotations [Buku Petikan Kata-kata Positif] 6. Akhir sekali, bukankah ini sungguh benar? Madah: … kita terlalu kerap melihat kalendar harian sebagai hanya satu lambang perjalanan masa. Kita lupa bahawa ada sebab bagi segala kesakitan dan segala perjuangan. Kita lupa yang kita diletakkan di dunia ini untuk mempelajari sesuatu. Jika semuanya dalam hidup ini sempurna, kita tidak akan belajar sesuatu yang baru. Kita tidak akan terdaya untuk membangkitkan semangat kita melalui peristiwa hidup kita. Pengarang: Lynn V. Andrews Sumber: Walk in Balance: Meditations with Lynn Andrews by Lynn V. Andrews [Berjalan dalam Keseimbangan: Bertafakur bersama Lynn Andrews oleh Lynn V. Andrews] Madah: Kadangkala luka itu merupakan tempat di mana kita berhadapan dengan kehidupan buat pertama kali, di mana kita mula mengenali kuasanya dan selok-beloknya. Apabila terluka, kita mungkin menemui kebijaksanaan yang akan membolehkan kita hidup dengan lebih baik berbanding mana-mana pengetahuan dan mengimbas gambaran diri dan kehidupan yang nyata mahupun yang tidak terduga. Pengarang: Rachel Naomi Remen Sumber: My Grandfather's Blessings: Stories of Strength, Refuge and Belonging [Rahmat Datukku: Cerita mengenai Kekuatan, Perlindungan dan Perasaan Dipunyai] BEBERAPA LAGI KATA-KATA BIJAKSANA Madah: Keraguan paling kerap menjadi sumber kurang keupayaan kita. Meragui bererti tidak yakin, tanpa harapan atau kepercayaan. Apabila kita ragu, perbualan diri kita berbunyi seperti ini: “Saya tak jangka yang saya boleh. Saya tak fikir yang saya akan”. Meragui adalah perasaan yakin terhadap berlakunya akibat yang terburuk mungkin. Ia bererti mempercayai akan kekejian dunia, bahawa walaupun saya melakukan sesuatu dengan baik, sesuatu yang tidak saya duga akan menjadi penghalang, mensabotaj saya, atau menewaskan saya akhirnya. Pengarang: Blaine Lee Sumber: The Power Principle: Influence with Honor by Blaine Lee [Prinsip Kuasa: Mempengaruhi dengan Kehormatan oleh Blaine Lee] Madah: Sambutlah semua orang yang anda temui dengan senyuman mesra. Biarpun betapa sibuk diri anda, jangan bergegas apabila bertemu dengan rakan-rakan sekerja, keluarga dan kawan- kawan. Bercakaplah dengan perlahan. Dengar dengan penuh perhatian. Aturlah laku seolah-olah setiap perbualan anda adalah perkara terpenting bagi anda hari ini. Pandang anak dan pasangan anda tepat pada mata apabila mereka bercakap dengan anda. Usaplah kucing dan belailah anjing. Limpahkan kasih sayang ke atas setiap benda hidup yang anda temui. Lihatlah bagaimana lainnya perasaan anda pada penghujung hari.
  • 4. Pengarang: Sarah Ban Breathnach Sumber: Simple Abundance: A Daybook of Comfort and Joy by Sarah Ban Breathnach [Kelebihan Ringkas: Buku Harian mengenai Keselesaan dan Kegembiraan oleh Sarah Ban Breathnach] Madah: Cukup mudah untuk bersikap riang, apabila kehidupan bergerak lancar seperti sebuah lagu. Tetapi seorang yang mulia itu adalah orang yang akan tersenyum apabila semuanya tidak menjadi. Pengarang: Ella Wheeler Cox Sumber: Treasury of Women's Quotations compiled and edited by Caroline Warner [Khazanah Madah Wanita, disusun dan disunting oleh Caroline Warner] Madah: Tiada perbezaan sama ada apa yang anda hadapi adalah sesuatu yang mempengaruhi kerja anda, hubungan peribadi anda, perasaan selamat pada diri anda, penilaian jati diri anda, atau penampilan anda – cara anda berfikirmengenai keadaan anda itulah yang menjadi penentu utama sama ada anda akan melakukan sesuatu mengenainya dan apa yang akan anda lakukan. Pengarang: Dr. Arthur Freeman dan Rose DeWolf Sumber: The 10 Dumbest Mistakes Smart People Make and How to Avoid Them: Simple and Sure Techniques for Gaining Greater Control of Your Life by Arthur Freeman. [10 Kesilapan Terbodoh Yang Dilakukan oleh Mereka Yang Pintar dan Cara Untuk Mengelakkannya: Teknik Yang Senang Lagi Berhasil Untuk Mengawal Hidup Anda Dengan Lebih Baik oleh Arthur Freeman] Madah: Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan tenaga yang terpendam. Tenaga yang boleh kita bebaskan untuk bertanding dalam perlumbaan hidup. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan keberanian yang terpendam. Keberanian yang memberi kita kekuatan untuk menghadapi sebarang cabaran. Di dalam diri setiap daripada kita tersimpan keazaman yang terpendam. Keazaman untuk kekal dalam perlumbaan meskipun segalanya kelihatan buntu. Pengarang: Roger Dawson Sumber: The 13 Secrets of Power Performance by Roger Dawson [13 Rahsia Prestasi Berkuasa oleh Roger Dawson] Madah: Apabila saya berdiri menghadap Tuhan pada akhir hayat saya, saya berharap agar saya tidak mempunyai saki-baki bakat yang tinggal dan saya dapat berkata, “Aku telah menggunakan segala yang Engkau berikan kepadaku”. Pengarang: Erma Bombeck Sumber: Treasury of Women's Quotations compiled and edited by Caroline Warner [Khazanah Madah Wanita, disusun dan disunting oleh Caroline Warner] Madah: Apabila Syurga hendak menganugerahkan tanggungjawab yang berat ke atas seorang insan, pertama sekali, ia akan menguji kekuatan mindanya dengan mengenakan penderitaan, membebankan otot dan tulangnya dengan tugas-tugas yang menjerihkan, membiarkannya kelaparan, menghalangnya daripada memiliki sebarang harta benda, dan menghancurkan segala yang dibinanya. Dengan cara ini, Syurga merangsang mindanya, mengawal kemarahannya dan memperbaiki kelemahannya. Pengarang: Mencius Sumber: Book VI of 'Mencius' Thoughts': Gao Zi Part 2 [Buku VI daripada „Pendapat Mencius‟: Gao Zi Bahagian 2]