SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
HUBUNGAN ETNIK SADN 1043
SOALAN: PERLEMBAGAAN
MALAYSIA SEBAGAI TIANG
NEGARA . BINCANGKAN.
1.0 Pengenalan
• Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi dalam negara.
• Mengandungi 183 perkara yang dibahagikan
kepada 15 bahagian.
• Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Setiap rakyat bebas melakukan aktiviti selagi tidak
bertentangan dengan Perlembagaan
2.0 Makna dan kedudukan perlembagaan
• Perlembagaan menjadi panduan dalam
pentadbiran dan pemerintahan negara
• Mempunyai prinsip-prinsip negara seperti
pemerintahan, perundangan, dan kehakiman.
• Perlembagaan juga berfungsi melindungi
rakyat
• mempunyai tanggungjawab warganegara
kepada pemerintah dan negara
3.0 Konsep Perlembagaan
• Dokumen yang mengandungi semua susunan
peraturan dan undang-undang
• Perlembagaan negara menyentuh pelbagai
aspek seperti kebebasan asasi, kuasa dan
tanggungjawab YDPA, kewarganegaraan dan
agama.
• Sebarang institusi tidak boleh mengatasi
ketinggian perlembagaan
3.1 Keperluan dan tujuan
• Menjamin kestabilan politik dan sistem
pentadbiran yang berkesan dan cekap
• Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
• Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan
seperti hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak
• Memudahkan perpaduan dan pembangunan
negara
4.0 Ciri-ciri perlembagaan Malaysia
• Mengakui ketua negara ialah YDPA dan ketua
bagi bidang eksekutif atau pentadbiran iaitu
Perdana Menteri.
• Agama Islam agama rasmi negara dan
jaminan kebebasan agama kepada yang lain.
• Terdapatnya pengasingan kuasa tiga badan
negara dan tidak pihak berkuasa autokratik.
4.1 Islam dalam perlembagaan
• Agama Islam dibawa oleh Nabi Muhammad dan
telah menjadikan piagam Madinah sebagai
panduan dalam melahirkan negara Islam yang
pertama.
• Dalam perkara 3 jelas mengakui Islam agama
rasmi persekutuan
• Namun, agama lain tetap boleh diamalkan
dengan aman dan damai.
• Tidak boleh menyebarkan agama lain kepada
orang Islam
4.2 Unsur tradisi dalam
perlembagaan
• Unsur tradisi ini telah dipersetujui semasa penggubalan
perlembagaan.
• Antara unsur tradisi iaitu:
 pemerintahan beraja
 Bahasa Melayu dan agama Islam
 Kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak
• Unsur ini penting melambangkan sistem dan nilai asal
negara dam memupuk persefahaman antara kaum
5.0 Kandungan perlembagaan
• Mengandungi senarai kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan
Negeri.
• Bentuk dan tugas YDPA, parlimen dan kabinet.
• Dasar-dasar lain seperti kewarganegaraan, agama, pilihan
raya, dan perkhidmatan awam.
• Terdapatnya senarai Persekutuan seperti perdagangan,
keselamatan, dan kesihatan.
• Senarai Negeri seperti undang-undang Islam dan istiadat,
kerajaan tempatan dan tanah.
• Senarai Bersama seperti kebajikan sosial, biasiswa,
kesihatan awam dan perancangan bandar dan desa,
6.0 Peruntukan utama dalam
perlembagaan
• Membincangkan perkara yang menyentuh
hubungan etnik dalam memupuk perpaduan dan
unsur-unsur tradisi.
• Contohnya bahasa Melayu, agama Islam dan
kewarganegaraan.
• Hal ini penting merealisasikan cita-cita untuk
mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan
adil kepada semua.
6.1 Orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak
• Perkara 160(2) mentakrif orang Melayu sebagai menganuti
agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan
adat istiadat Melayu.
• Perkara 161A mentakrifkan anak negeri Sarawak seperti
Penan, Dusun, Melanau dan Dayak Darat(Bidayuh).
• Sabah pula, seseorang keturunan asli Sabah serta
dilahirkan di Sabah atau bapanya pada masa kelahiran
domisil di Sabah.
• Hak-hak bumiputera seperti tanah rizab, kuota dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan dan lesen
perniagaan.
6.2 Kebebasan hak asasi
• Perkara 5-13 memperuntukkan kebebasan hak asasi
seseorang.
• Kebebasan terdiri 2 kategori seperti kebebasan mutlak dan
kebebasan terhad
• Antara kebebasan tersebut
 Keabdian dan kerja paksa
 Kebebasan diri
 Kebebasan bercakap dan bersuara
 Pemilikan harta
 Pembuangan negeri dan kebebasan bergerak
 Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuat
kuasa dan kesalahan yang sama.
7.0 Kesimpulan
• Perlembagaan tiang negara dan rakyat perlu
memahaminya mendalam agar dapat
mewujudkan perpaduan dan kedamaian.
• Perlembagaan Malaysia mencerminkan
negara kita sebagai negara yang aman dan
makmur
Sekian, terima kasih
Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia

More Related Content

What's hot

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysiaross
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Tesalonita Paul
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKaren Kayny
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaDORAEMONLINA
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiafaizah12
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanNormurni Mohamad
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraanwk_aiman
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanSyaza Yasmin
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia NoorEfendi Ril
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Peranan, hak dan tanggungjawab
Peranan, hak dan tanggungjawabPeranan, hak dan tanggungjawab
Peranan, hak dan tanggungjawabMaimun Jusoh
 

What's hot (20)

Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysia
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
Keluhuran perlembagaan
Keluhuran perlembagaanKeluhuran perlembagaan
Keluhuran perlembagaan
 
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
 
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanUnsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
 
Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUANSEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
 
Peranan, hak dan tanggungjawab
Peranan, hak dan tanggungjawabPeranan, hak dan tanggungjawab
Peranan, hak dan tanggungjawab
 

Similar to Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...NursKitchen
 
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxBAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxsowbhakkiya13
 
MPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptMPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptIzzat2603991
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanDAYANGNORAYUNI1
 
P.am 1
P.am 1P.am 1
P.am 1suntar
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatMohd Muzlimi Junoh
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
Perlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysiaPerlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysiasyaza amira
 
Perlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysiaPerlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysiasyaza amira
 

Similar to Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia (20)

Bab 3 a
Bab 3 aBab 3 a
Bab 3 a
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
Topik 6 - Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integrasi, wahan etika dan p...
 
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptxBAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
BAB 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK.pptx
 
MPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptMPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.ppt
 
BAB 4.pptx
BAB 4.pptxBAB 4.pptx
BAB 4.pptx
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
Bab 3 b
Bab 3 bBab 3 b
Bab 3 b
 
peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuan
 
P.am 1
P.am 1P.am 1
P.am 1
 
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langatCadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
Cadangan skrip-jawapan-open-book-test-kertas-3-sejarah-spm-2014-ppd-kuala-langat
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
1. NEGARA BERDAULAT.ppt
1. NEGARA BERDAULAT.ppt1. NEGARA BERDAULAT.ppt
1. NEGARA BERDAULAT.ppt
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
Ideologi
IdeologiIdeologi
Ideologi
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
Rukunnegara
RukunnegaraRukunnegara
Rukunnegara
 
Perlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysiaPerlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysia
 
Perlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysiaPerlembagaan dalam malaysia
Perlembagaan dalam malaysia
 

Recently uploaded

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (14)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Hubungan Etnik-Perlembagaan Malaysia

  • 1. HUBUNGAN ETNIK SADN 1043 SOALAN: PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEBAGAI TIANG NEGARA . BINCANGKAN.
  • 2. 1.0 Pengenalan • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara. • Mengandungi 183 perkara yang dibahagikan kepada 15 bahagian. • Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Setiap rakyat bebas melakukan aktiviti selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan
  • 3. 2.0 Makna dan kedudukan perlembagaan • Perlembagaan menjadi panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan negara • Mempunyai prinsip-prinsip negara seperti pemerintahan, perundangan, dan kehakiman. • Perlembagaan juga berfungsi melindungi rakyat • mempunyai tanggungjawab warganegara kepada pemerintah dan negara
  • 4. 3.0 Konsep Perlembagaan • Dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang • Perlembagaan negara menyentuh pelbagai aspek seperti kebebasan asasi, kuasa dan tanggungjawab YDPA, kewarganegaraan dan agama. • Sebarang institusi tidak boleh mengatasi ketinggian perlembagaan
  • 5. 3.1 Keperluan dan tujuan • Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang berkesan dan cekap • Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. • Menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak • Memudahkan perpaduan dan pembangunan negara
  • 6. 4.0 Ciri-ciri perlembagaan Malaysia • Mengakui ketua negara ialah YDPA dan ketua bagi bidang eksekutif atau pentadbiran iaitu Perdana Menteri. • Agama Islam agama rasmi negara dan jaminan kebebasan agama kepada yang lain. • Terdapatnya pengasingan kuasa tiga badan negara dan tidak pihak berkuasa autokratik.
  • 7. 4.1 Islam dalam perlembagaan • Agama Islam dibawa oleh Nabi Muhammad dan telah menjadikan piagam Madinah sebagai panduan dalam melahirkan negara Islam yang pertama. • Dalam perkara 3 jelas mengakui Islam agama rasmi persekutuan • Namun, agama lain tetap boleh diamalkan dengan aman dan damai. • Tidak boleh menyebarkan agama lain kepada orang Islam
  • 8. 4.2 Unsur tradisi dalam perlembagaan • Unsur tradisi ini telah dipersetujui semasa penggubalan perlembagaan. • Antara unsur tradisi iaitu:  pemerintahan beraja  Bahasa Melayu dan agama Islam  Kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak • Unsur ini penting melambangkan sistem dan nilai asal negara dam memupuk persefahaman antara kaum
  • 9. 5.0 Kandungan perlembagaan • Mengandungi senarai kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. • Bentuk dan tugas YDPA, parlimen dan kabinet. • Dasar-dasar lain seperti kewarganegaraan, agama, pilihan raya, dan perkhidmatan awam. • Terdapatnya senarai Persekutuan seperti perdagangan, keselamatan, dan kesihatan. • Senarai Negeri seperti undang-undang Islam dan istiadat, kerajaan tempatan dan tanah. • Senarai Bersama seperti kebajikan sosial, biasiswa, kesihatan awam dan perancangan bandar dan desa,
  • 10. 6.0 Peruntukan utama dalam perlembagaan • Membincangkan perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk perpaduan dan unsur-unsur tradisi. • Contohnya bahasa Melayu, agama Islam dan kewarganegaraan. • Hal ini penting merealisasikan cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil kepada semua.
  • 11. 6.1 Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak • Perkara 160(2) mentakrif orang Melayu sebagai menganuti agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. • Perkara 161A mentakrifkan anak negeri Sarawak seperti Penan, Dusun, Melanau dan Dayak Darat(Bidayuh). • Sabah pula, seseorang keturunan asli Sabah serta dilahirkan di Sabah atau bapanya pada masa kelahiran domisil di Sabah. • Hak-hak bumiputera seperti tanah rizab, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan dan lesen perniagaan.
  • 12. 6.2 Kebebasan hak asasi • Perkara 5-13 memperuntukkan kebebasan hak asasi seseorang. • Kebebasan terdiri 2 kategori seperti kebebasan mutlak dan kebebasan terhad • Antara kebebasan tersebut  Keabdian dan kerja paksa  Kebebasan diri  Kebebasan bercakap dan bersuara  Pemilikan harta  Pembuangan negeri dan kebebasan bergerak  Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuat kuasa dan kesalahan yang sama.
  • 13. 7.0 Kesimpulan • Perlembagaan tiang negara dan rakyat perlu memahaminya mendalam agar dapat mewujudkan perpaduan dan kedamaian. • Perlembagaan Malaysia mencerminkan negara kita sebagai negara yang aman dan makmur

Editor's Notes

  1.  
  2. Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang berdaulat sudah tentu mempunyai perlembagaan sendiri yang digubal sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. Oleh demikian, perlembagaan yang digubal berperanan menentukan bidang kuasa pemerintah, bentuk sebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.Dalam perlembagaan, terdapatnya prinsip-prinsip yang mengandungi bentuk institusi-institusi negara seperti pemerintahan, perundangan dan kehakiman. Setiap perkara tersebut dinyatakan kuasa dan peranannya yang tersendiri dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Perlembagaan juga digubal sebagai garis panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara. Selain itu, dalam masa yang sama, perlembagaan juga memberi perlindungan kepada rakyat. Tambahan pula, di dalam perlembagaan dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.Perlembagaan dibahagikan kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan satu bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen manakala perlembagaan yang tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti(a) Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. (b) Sebagai negara raja berperlembagaan (c) Sebagai negara demokrasi berparlimen. (d) Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi. (e) Memperuntukkan ketinggian perlembagaan (f) Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Justeru, perlembagaan adalah merupakan suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan bagaimana sesebuah kerajaan itu memerintah dan menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang diperintah. Ia mengandungi satu set hak,kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti dan prosedur awam dalam sesebuah negara dan autoriti awam dengan rakyat. 
  3. 3.0 KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya. Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep perlembagaan antaranya ialah:1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary. Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. 3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.    4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.  Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah:Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting .Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat .Perlembagaan juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman .  
  4. 3.1 KEPERLUAN DAN TUJUAN Perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka  bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di antara kaum.Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran. Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.Semua rakyat telah diingatkan secara langsung atau tidak langsung mengenai  matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri mereka. Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Di samping itu, para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara.Dalam sistem ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang berfungsi sebagai badan penasihat.Impak penjajahan British ke atas negara adalah pengurangan kuasa raja.Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat Residen British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama Islam menyebabkan orang Melayu menentang British.Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.anan yang di-pertuanagong dalam menjaga hak istimewa serta kedudukan orang melayu dan bumiputera di Sarawak dan sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau bagaimana pun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.  Akhir sekali, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.Walaubagaimanapun perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.     Antara keperluan dan tujuan utama perlembagaan Malaysia ialah Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara. Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara dan mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan pengajaran dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat.      
  5. 4.0 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid telah menggubal Perlembagaan Persekutuan 1957. Perlembagaan Persekutuan ini telah dibahaskn oleh parti-parti utama negar dan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957. Pada 31 Ogos 1957 perlembagaan ini telah dikuatkuasakan atas dasar konsensus iaitu apabila rakyat berbangsa Melayu bersetuju untuk memberikan kerakyatan secara jus soli kepada semua penduduk yang bukan berbangsa Melayu di Tanah Melayu. Antara cirri-ciri Perlembagaan Persekutuan ialah:Mempunyai ketua negara (Raja Berpelembagaan) yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah sultan, raja atau Yang di-Pertua Negeri.Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri.Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan memberi jaminan kebebasan agama kepada kaum lain di Tanah Melayu.Perlembagaan memperuntukkan ketertinggian perlembagaan iaitu undang-undang dan tindakan tidak melampaui perlembagaan dan mesti selaras dengan peruntukan yang ditetapkan.Pengasingan kuasa ketiga-tiga badan kerajaan iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.Badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan eksekutif.   
  6. 4.1 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan adalah perkara yang penting dalam islam. Perlembagaan ialah proses di mana manusia yang hendak mentadbir alam ini memerlukan peraturan dan undang-undang yang boleh menjadai garis panduan kepada mereka. Perlembagaan menjadi dasar utama bagi sesebuah negara yang hendak di tadbirkan. Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadikan perlembagaan sebagai asas yang penting dalam pentadbiran baginda semenjak permulaan islam lagi. Sahifah Madinah adalah perlembagaan pertama yang digubal bagi melicinkan pentadbiran negara Islam Madinah. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan kerajaan Islam Madinah, baginda telah membina masjid sebagai tempat untuk melaksanakan pemerintahan. Di dalam masjid tersebut terdapat satu perlembagaan bertulis yang menjadi panduan dan tunggak utama untuk menyatupadukan masyarakat yang pelbagai kaum dan etnik di dalam kerajaan Islam Madinah. Baginda telah menggubal perlembagaan untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian negara dan toleransi dalam kalangan kaum di Madinah yang terdiri daripada 47 fasal yang mengandungi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah. Menurut al-Maududi, Perlembagaan Islam ini mempunyai empat unsur utama sebagai rujukan iaitu Al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa’ al-Rasyidin dan juga pendapat golongan para mujtahid. Kewujudan Perlembagaan ini telah menjadi asas dan panduan kepada pemerintah negara lain untuk membentuk perlembagaan negara mereka sendiri bagi memenuhi kehendak dan keperluan negara mereka. Sebagai contoh negara China telah memperkenalkan sistem pemeriksaan awam (SPA) yang telah dijadikan asas dan panduan kepada negara lain di dunia sebagai kaedah untuk melantik penjawat awam dalam negara masing-masing.    
  7. 4.2 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan ini sangat penting untuk difahami dalam usaha untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman pelbagai kaum di Tanah Melayu ke arah perpaduan. Unsur-unsur tradisi ini juga adalah satu “kontrak sosial” yang telah disepakati dan dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan. Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur ini telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957 dan berperanan untuk menstabilkan negara. Unsur-unsur tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Selain itu, unsur-unsur ini juga penting untuk melambangkan bahawa sistem dan nilai-nilai asal negara dikekalkan dan memupuk persefahaman antara kaum ke arah perpaduan di Tanah Melayu. Unsur-unsur yang berkaitan dengan kontrak sosial. Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial danperjanjian perdamaian. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-raja untuk menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan raja-raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama islam, adat istiadat Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bangsa mereka.Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.         
  8. 6.0 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA  PENGENALANPerlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan dan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hakasasi, kewarganegaraan, keistimewaan orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita untuk mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semuaBAHASABahasa Malaysia(Melayu) adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara ini. Sejak tahun 1957semua pemimpin telah bersetuju bahawa Bahasa Melayu itu adalah bahasa Malaysia. Namun kepentingan bahasa-bahasa lain tetap dilindungi dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang atau ditegah daripada menggunakan bahasa-bahasa lain,selain bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa bahasa Malaysia digunakan untuk tujuan rasmi.Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman jajahan British, bahasa melayu mula merosot memandangkan bahasa Inggeris pula diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu .Kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahasa melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Sebagai tambahan, melalui Akta Bahasa Kebangsaan,1963/67, seksyen 9, tulisan rumi telah diperuntukkan sebagai bahasa Kebangsaan.AGAMAPerkara 3 (1) dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan di Malaysia.Yang Di-PertuanAgong ialah ketua agama islam di negeri baginda sendiri,Melaka,PulauPinang,WilayahPersekutuan,Sabah,Sarawak,Undang-undang Negeri dan Wilayah Persekutuan ada memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa agama dan kepercayaan lain dalam kalangan orang yang beragama Islam. Walaubagaimanapun,kebebasan yang diberikan bagi kerja-kerja mubaligh untuk menyebarkan agama dalam kalangan orang bukan Islam. Ada perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah :Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluargaAdat istiadat melayuWakafFitrahBaitulmalMasjidMahkamah syariah KEWARGANEGARAANIndividu yang cukup syarat dan mencapai taraf kerakyatan negara akan diterima sebagai warganegara Malaysia. Setiap warganegara diberihak keistimewaan yang tertentu seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan. Sehubungan dengan itu setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan yang tertentu yang perlu dilaksanakan terhadap bangsa dan Negara.Tanggungjawab seorang warganegara adalah menjunjung dan mempertahankan perlembagaan. Setiap warganegara perlu tunjukkan rasa taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Negara,contohnya mengundi semasa pilihanraya jika telah memenuhi syarat sebagai seorang pengundi, mematuhi undang-undang Negara, membayar cukai yang ditetapkan untuk faedah bersama, dan mempertahankan Negara jika diancam musuh.Sebagai warganegara setiap individu dilindungi undang-undang atau diberikan hak-hak tertentu.Antaranya termasuklah perlindungan keselamatan diri dan harta benda, kemudahan pendidikan dan kesihatan, serta kebebasan beragama, bercakap dan berkumpul seperti yang dijamin oleh perlembagaan.  
  9. 6.1 ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAKPerkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan Yang di Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk menjamin kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.Tugas ini dijalankan mengikut nasihat Jemaah menteri. Perkara 160(2) menakrifkan orang Melayu sebagai seorang yang :(a) Menganut agama islam(b) Bertutur dalam bahasa Melayu(c) Mengamalkan adat istiadat Melayu(a) Lahir sebelum hari Merdeka di Persekutuan(b) Lahir sebelum Merdeka di Singapura(c) Ibu atau bapanya lahir di Persekutuan(d) Ibu atau bapanya lahir di Singapura(a) Berdomisil (menetap) di Persekutuan pada hari Merdeka(b) Berdomisil di SingapuraBerketurunan daripada yang disebutkan.Sementara itu Perkara 161A menakrifkan anak negeri Sarawak seperti berikut :BisayahDayak daratLugatMelayuPenanKalabitTagalKenyahBukitanDayak lautMelanauMurutKadayanSianKayanTabun dan ukitDusunKajangLisumAtau dia adalah keturunan campuran yang berasal dari kaum-kaum tersebut. Seseorang yang berketurunan kaum asli Sabah serta dilahirkan di Sabah atau bapanya pada masa kelahiran adalah berdomisil di Sabah, dia di anggap sebagai bumiputera.
  10. Perlembagaan merupakan tiang negara, oleh itu setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu membudayakan perpaduan dan saling memahami hak masing-masing yang telah dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki atau sifat-sifat yang boleh memecah belahkan kaum di negara ini. Kita harus akur bahawa masyarakat yang pelbagai latar belakang itu adalah satu anugerah Allah. Setiap undang-undang yang digubal adalah untuk kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum. Dengan ketinggian perlembagaan dan kedaulatan undang-undang telah mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat di mana rakyatnya hidup bersatu padu, aman dan makmur.