SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Pendahuluan
Teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggakan terdapat negara-negara
dunia yang maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan Amerika Syarikat seakan-akan saling bersaing
dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk teknologi yang tercanggih. Dari hari ke hari,
pelbagai rekaan teknologi canggih terhasil yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita. Melihat
kepada situasi ini, bidang perubatan juga tidak terlepas untuk terkena tempiasnya. Peningkatan
kemajuan teknologi secara mendadak turut memberi faedah dalam bidang perubatan, yang
semestinya menguntungkan kakitangan hospital dan juga pesakit.
Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan akan sia-sia sekiranya kekurangan
mahupun tiada individu yang memiliki kepakaran untuk mempraktikkannya. Dengan kesedaran
yang wujud, pihak atasan hospital berikhtiar dengan sedaya upaya untuk membekalkan ilmu
teknologi kepada kakitangan hospital terutamanya para doktor dan jururawat dalam rutin harian
jagaan pesakit. Pebagai program latihan dan kursus ICT diadakan untuk para jururawat yang
berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) demi memastikan
mereka benar-benar memahami tujuan serta kepentingan ICT dan penggunaan sistem C-Hets.
Oleh itu, kami menjalankan sebuah kajian untuk menilai tahap keberkesanan program
latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat PPUKM. Kajian ini juga akan megakses tahap
pengetahuan serta kemahiran para jururawat sebelum dan selepas menyertai program ICT. Di
sini, kami juga cuba untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka dan cara-cara untuk
mengatasi halangan tersebut. Pandangan daripada para jururawat semestinya perlu
dititikberatkan agar sebarang penambahbaikan serta idea-idea mereka membantu dalam
meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
Pernyataan Masalah
Sebagai pelajar kejururawatan UKM tahun 3, kami telah menjalani posting klinikal
selama 2 tahun setengah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Dalam
jangka masa ini, kami mendapati bahawa segelintir jururawat menghadapi masalah untuk
menggunakan komputer dalam kerja seharian secara cekap dan penyelenggaran komputer.
Sebilangan kecil daripada mereka hanya tahu menggunakan komputer untuk kerja seperti
memasukan maklumat dan menanda kehadiran serta menjana keputusan makmal pesakit.
Ramai daripada mereka yang boleh menggunakan komputer dengan betul tetapi tidak
memahami sistem yang digunakan. Mereka hanya menggunakan sistem tersebut seperti yang
diarahkan tanpa mengetahui konsep sebenar penggunaan teknologi tersebut. Daripada
pemantauan kami, kami mendapati bahawa kecekapan penggunaan komputer dan teknologi
dalam hospital berkait rapat dengan program latihan dan kursus ICT yang diadakan.
Justeru, kami ingin membuat kajian mengenai keberkesanan program latihan dan kursus
ICT dalam kalangan jururawat di PPUKM. Dalam kajian ini, kami ingin mengetahui sama ada
data demografik seperti umur, status perkahwinan, tahap pendidikan dan juga tahun
perkhidmatan mempengaruhi keberkesanan program ICT yang dijalankan. Di samping itu, kami
juga ingin mendapatkan maklumat tentang perbezaan pengetahuan dan kefahaman jururawat
sebelum dan selepas menjalani kursus ICT. Tambahan pula, kami ingin mengaji tentang
kebaikan menjalani kursus ICT dan masalah serta cadangan para jururawat PPUKM dalam
meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang.
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah kerana subjek GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam
Pendidikan tersenarai dalam Semester II Tahun 3 dan wajib kepada semua pelajar Ijazah Sarjana
Muda Kejururawatan Tahun 3.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan program kursus dan
latihan ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tambahan pula, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
jururawat dalam mengikuti program latihan dan kursus ICT.
Objektif Kajian
i. Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menyertai program
latihan dan kursus ICT.
ii. Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa manjalani
program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit
dalam tugasan harian seorang jururawat.
iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk
meningkatkan keberkesanan program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
Skop Kajian
i. Mengenal pasti sejauh mana tahap penglibatan dan kefahaman dalam meningkatkan
pengetahuan terhadap program dan kursus ICT dalam kalangan jururawat.
ii. Mengkaji keberkesanan program dan kursus ICT dalam meningkatkan kualiti
jagarawatan pesakit
iii. Mengetahui kaedah memperkasakan program latihan dan kursus ICT.
Persoalan Kajian
i. Apakah kepentingan menyertai program latihan dan kursus ICT bagi jururawat?
ii. Apakah yang dapat diaplikasikan oleh jururawat setelah menyertai program latihan
dan kursus ICT?
iii. Adakah program latihan dan kursus ICT ini dapat meningkatkan kualiti jagarawatan
pesakit?
iv. Bagaimanakah program latihan dan kursus ICT ini dapat membantu jururawat
menguasai ilmu dan pengetahuan dalam tugas kerja seharian?
v. Apakah masalah yang dihadapi oleh jururawat dalam meningkatkan keberkesana
program latihan dan kursus ICT?
vi. Apakah cadangan yang dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan
jururawat dalam ICT kelak?
Metodologi Kajian
i. Kaedah borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang respondan dalam
kalangan jururawat daripada berlainan wad di PPUKM.
ii. Kaedah pengumpulan data menggunakan soalan terikat (data demografik) dan tidak
terikat ( soalan berbentuk pernyataan dengan menggunakan skala likert)
Skala Pilihan Jawapan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
iii. Borang diedarkan secara rambang tanpa mengira umur, jantina, status, dan tahap
pendidikan respondan.
iv. Analisis data dibuat secara objektif dan subjektif. Terdapat 10 soalan di bahagian B,C
dan D masing-masing. Jumlah soalan pada bahagian objektif ialah 30 soalan. Pada
akhir borang soal selidik, disertakan satu soalan subjektif bagaimana cara-cara untuk
meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
Dapatan Kajian
Bahagian A : Data Demografik
i. Umur
Peringkat umur respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan
kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM).
Carta bar di atas menunjukkan terdapat empat lingkungan umur yang menyertai kajian ini yang
bekerja sebagai jururawat di PPUKM. Kebanyakan respondan kajian ini berumur antara 31 tahun
hingga 35 tahun iaitu seramai 17 orang dengan peratusan sebanyak 57% manakala yang paling
kurang peratusannya adalah dalam lingkungan umur 36 tahun sehingga 40 tahun iaitu sebanyak
10% bersamaan dengan tiga orang.
Hal ini membuatkan lingkungan umur ini berada dalam kumpulan yang minoriti. Tambahan itu,
kelihatan dua lingkungan umur yang mempunyai peratusan dan bilangan jururawat yang sama
iaitu seramai lima orang bersamaan dengan 17%. Peratusan yang sama ini melibatkan umur dari
21 tahun sehingga 25 tahun dan 26 tahun sehingga 30 tahun.
ii. Jantina
Perbezaan jantina respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan
kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM).
Carta pai di atas menunjukkan bilangan jantina respondan yang terlibat dalam kajian ini. Seramai
27 daripada 30 orang respondan adalah perempuan. Hal ini bersamaan dengan 90% daripada
keseluruhan peratusan respondan. Manakala Cuma terdapat tiga orang respondan adalah
daripada respondan yang berjantina lelaki dalam kalangan jururawat di PPUKM. Hal ini
menyumbang kepada peratusan sebanyak 10%.
Daripada hasil kajian, dapat kita lihat bahawa golongan wanita yang memonopoli sektor
kesihatan dalam bidang kejururawatan ini berbanding golongan lelaki. Selain itu, wanita lebih
cenderung dan berminat menceburkan diri mereka dalam bidang kejururawatan malah
kebanyakan lelaki merasakan bahawa kerjaya sebagai jururawat lebih sesuai dengan karakter dan
perwatakan seorang wanita.
iii. Status
Status respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT
dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Berdasarkan carta pai di atas, lebih daripada separuh respondan telah berkahwin. Terdapat 19
orang jururawat yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia daripada 30
orang respondan telah berkahwin manakala 11 orang adalah masih bujang. Hal ini sedikit
sebanyak telah memberi kesan terhadap hasil kajian kami kerana komitmen kerjaya dan keluarga
mampu menghalang seseorang itu untuk mengikuti program latihan dan kursus ICT.
Namun, kebanyakan yang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT ini penting dan
perlu dalam meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit adalah daripada golongan yang sudah
berkahwin. Status seseorang itu tidak perlu dijadikan alasan sekiranya ada kemahuan dalam
meningkatkan penguasaan ICT dengan mengikuti program latihan dan kursus ICT ini.
iv. Taraf Pendidikan
Tahap pendidikan respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan
kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM).
Carta bar di atas menunjukkan tahap pendidikan bagi respondan jururawat di PPUKM. Dapat
kita lihat di sini bahawa, tidak ada respondan yang memiliki Sijil dan Ijazah Sarjana dalam skop
kajian kami. Hal ini mungkin dapat dilaksanakan bagi menampakkan variasinya maklumat dan
info kajian kami. Terdapat 24 orang respondan mempunyai Diploma iaitu bersamaan dengan
80% manakala enam orang memiliki Ijazah Sarjanamuda bersamaan dengan 20%.
Bahagian B : Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas
menyertai program kursus dan latihan ICT.
Soalan 1 : Pengetahuan saya dalam bidang teknologi amat baik walaupun tidak menyertai
sebarang program kursus dan latihan ICT.
Seramai 19 orang daripada 30 respondan bersetuju bahawa tahap pengetahuan mereka amat baik
walaupun tidak pernah meyertai sebarang program latihan dan kursus ICT. Jumlah ini
mencatatkan sebanyak 57% dan merupakan pilihan jawapan terbanyak yang dipilih. Seramai 7
orang respondan (23%) menyatakan pendapat kurang bersetuju dengan kenyataan yang
mengatakan tahap pengetahuan mereka amat baik dengan tidak menyertai program ICT.
Manakala, respondan yang mencatatkan peratusan sebanyak 10% iaitu 3 orang mengatakan
mereka tidak setuju bahawa mereka mahir dalam bidang ICT. Hanya seorang (3%) daripada 30
orang repondan yang dipilih secara rawak mengatakan bahawa tahap penguasaan beliau amat
lemah sebelum menghadiri mana-mana program ICT.
Di sini, kita dapat simpulkan bahawa majoriti jururawat di PPUKM berpengetahuan dan mahir
dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Walaupun hanya mencatkan sebanyak
57%, ia tetap merupakan hasil kajian yang agak memuaskan mengenai tahap pengetahuan
mereka dalam bidang ICT.
Soalan 6 : Tahap pengetahuan serta kefahaman saya dalam bidang ICT meningkat setelah saya
menyertai Program Kursus dan Latihan ICT.
Seramai 2 orang respondan megakui bahawa program latihan ICT tidak berjaya dalam membantu
mereka untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam bidang teknologi. Dan keputusan
mencatatkan sebanyak 7% yang mengatakan apara jururawat sangat tidak bersetuju bahawa
tahap pengetahuan dan kefahaman mereka meningkat setelah menyertai program sedemikian.
Majoriti sebanyak 77% iaitu seramai 22 orang bersetuju mengatakan mereka telah dapat
meningkatkan kemahiran dan ilmu yang baru sepanjang program ICT. Selain itu, hanya 16%
iaitu 5 orang daripada jumlah keseluruhan amat bersetuju bahawa kandungan dalam program
ICT sememangnya telah meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada.
Kesimpulannya, apa yang dapat kita lihat ialah lebih separuh daripada respondan dalam kalangan
jururawat bersetuju yang program latihan ICT memang membantu mereka dari segi
penambahbaikan ilmu serta kemahiran.
0
5
10
15
20
25
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
2
23
5
Soalan 10 : Saya berkeupaya untuk mengaitkan pengetahuan ICT yang sedia ada dengan
kemahiran yang diaplikasikan dalam tugasan harian semasa jagarawatan pesakit selepas
menghadiri program kursus dan latihan ICT.
Hasil kajian mencatatkan sebanayak 3% daripada respondan yang masing-masing mengatakan
mereka sangat tidak setuju dan kurang bersetuju apabila ditanya mengenai adakah ilmu
pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam jagarawatan harian pesakit di wad.
Seramai 2 orang (7%) yang mengatakan bahawa hasil daripada program ICT yang diadakan
tidak begitu membantu mereka dalam tugasan harian sebagai jururawat.
Hasil keputusan yang memberangsangkan ialah seramai 22 orang iaitu 73% berpendapat
respondan bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka berkeupaya untuk mengaitkan
pengetahuan ICT yang sedia ada dengan kemahiran yang diaplikasikan dalam tugasan harian
semasa jagarawatan pesakit selepas menghadiri program kursus dan latihan ICT. Graf bar di atas
mencatatkan seramai 4 orang iaitu 14% respondan amat bersetuju bahawa ilmu pengetahuan
yang diperoleh sepanjang program latihan ICT sememangnya membantu mereka untuk
diaplikasikan dalam jagarawatan pesakit yang boleh meningkatkan kualiti rawatan pesakit.
Konklusinya, ramai daripada respondan yang mengatakan dan bersetuju bahawa program kursus
dan latihan ICT secara langsung dapat membantu dalam kerjaya mereka. Hasil daripada program
kursus dan latihan ICT, para jururawat dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang
diperoleh semasa memberikan perkhidmatan jagarawatan kepada pesakit. Hasil kajian yang
dianalisa amat menggembirakan kerana para jururawat sedar akan kepentingan menghadiri
program dan kursus ICT. Tahap pengetahuan serta kemahiran jururawat meningkat setelah
menyertai program sedemikian.
Bahagian C : Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa
manjalani program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti
jagarawatan pesakit dalam tugasan harian seorang jururawat.
Soalan 4 : Saya berpendapat bahawa kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah
menyertai program latihan dan kursus ICT apabila para jururawat majoritinya celik IT.
60%
23%
14%3%
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Amat setuju
Merujuk kepada rajah di atas, lebih daripada separuh jumlah respondan berpendapat bahawa
kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah para jururawat menyertai program latihan
dan kursus ICT. Sebanyak 18 daripada 30 responden, iaitu 60% respondan kajian ini bersetuju
bahawa medical errors dapat dikurangkan selepas para jururawat menyertai program latihan dan
kursus ICT. Dalam program latihan dan kursus ICT, para jururawat diajar tentang cara-cara
untuk menguasai dan menggunakan sistem-sistem komputer dan perisian komputer yang terbaru.
Selain itu, 4 daripada 30 orang respondan, iaitu 14% respondan kajian ini amat bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Manakala disebaliknya, seramai 7 daripada 30 respondan, iaitu 23%
respondan kajian ini kurang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat membantu
dalam mengurangkan medical errors. Tambahan pula, terdapat seorang daripada 30 orang
respondan, iaitu 3% respondan kajian ini juga sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Sejak menggunakan sistem C-Hets, para doktor dan pegawai farmasi tidak perlu lagi untuk
menulis preskripsi ubat secara manual. Mereka hanya perlu masukkan senarai ubat yang hendak
diberi melalui bahagian ubat dalam sistem ini. Manfaatnya, kesilapan pemberian ubat kepada
pesakit dapat dikurangkan sama ada daripada doktor mahupun jururawat. Ada sesetengah ubat
yang mempunyai nama yang hampir serupa dan boleh menimbulkan kekeliruan. Sebagai
kesimpulannya, jika seseorang jururawat itu sangat mahir dan celik dalam ICT, medical errors
dalam kerjayanya dapat dikurangkan dan kualiti kesihatan pesakit juga terjamin.
Soalan 5 : Program latihan dan kursus ICT ini memudahkan saya menjalankan tugasan harian
saya seperti pemantauan keputusan darah para pesakit saya.
Berdasarkan carta pai di atas, seramai 19 daripada 30 orang respondan, iaitu 63% respondan
kajian bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat memudahkan tugasan harian
mereka seperti dalam pemantauan keputusan darah pesakit mereka. Selain itu, 7 daripada 30
responden kajian ini, iaitu 24% responden kajian ini amat setuju dengan penyataan tersebut.
Manakala, terdapat segolongan kecil daripada respondan kajian pula kurang bersetuju bahawa
program latihan dan kursus ICT dapat memudahkan tugasan harian mereka sebagai seorang
jururawat.
Sebanyak 4 orang daripada 30 orang responden, iaitu 13% respondan kajian ini kurang bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Dalam soalan ini, tidak ada respondan (0%) yang tidak setuju atau
sangat tidak setuju dengan pernyataan bahawa program latihan dan kursus ICT ini dapat
memudahkan tugasan harian mereka seperti dalam pemantauan keadaan pesakit. Para jururawat
boleh menggunakan teknologi ICT yang sedia ada di wad-wad seperti komputer, telefon ataupun
telefon pintar mereka untuk berkomunikasi dan memantau keadaan pesakit.
Soalan 6 : Saya mengikuti program latihan dan kursus ICT ini atas sebab kehendak dan minat
yang mendalam untuk meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit.
Berdasarkan carta pai di atas, lebih daripada separuh respondan bersetuju bahawa mereka
mengikuti program latihan dan kursus ICT ini atas sebab kehendak dan minat yang mendalam
untuk meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Sebanyak 23 orang jururawat iaitu bersamaan
dengan 77% menyokong program latihan dan kursus ICT ini dilaksanakan bagi melancarkan
penggunaan teknologi baru yang diguna pakai di wad dan PPUKM. Selain itu, terdapat 10%
jururawat iaitu bersamaan dengan tiga orang amat bersetuju dengan pelaksanaan program ini.
Tiga orang respondan ini akan sentiasa berusaha menghadiri setiap program yang dianjurkan
dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat yang tinggi. Namun, terdapat empat orang
jururawat merasakan program latihan dan kursus ICT ini mengganggu waktu seharian mereka
bersama keluarga. 13% jururawat yang kurang bersetuju ini mengatakan bahawa mereka tidak
berminat dengan program yang wajib mereka hadiri ini. Tambahan pula, program dan kursus
ICT ini membebankan bagi mereka yang perlu menguruskan pengambilan anak-anak mereka
yang pulang dari sekolah. Namun, mereka berpendapat bahawa dengan mengikuti program dan
kursus ICT ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan kualiti jagarawatan para pesakit.
Soalan 7 : Saya merasakan penting dan berfaedah menguasai bidang ICT bagi meningkatkan
ilmu pengetahuan dan skill seiring dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan.
Melalui carta bar diatas, tidak ada seorang pun daripada 30 orang respondan yang tidak bersetuju
dengan pernyataan bahawa penguasaan ICT penting dan berfaedah bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran seiring dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan. Namun,
terdapat seorang jururawat yang kurang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, terdapat lima
orang respondan daripada kajian ini yang amat bersetuju bahawa ICT amat penting dalam sistem
kesihatan sekarang.
Mereka berpendapat bahawa amat rugi sekali jika seorang pengamal kesihatan seperti jururawat
khususnya tidak mampu menguasai ICT pada zaman serba canggih ini. Selain itu, terdapat 24
orang respondan bersetuju bahawa ICT banyak faedahnya dan penting. Jika tidak ada program
dan kursus ICT maka jururawat akan ketinggalan dalam kemajuan arus teknologi ini.
Soalan 9 : Saya mengaplikasikan pengetahuan saya dalam bidang ICT daripada program latihan
dan kursus ICT yang telah dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila
melakukan tugasan harian yang melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar
tidak berlaku sebarang kecuaian
Merujuk kepada graf di atas, dapat kita lihat bahawa kebanyakan respondan bersetuju bahawa
mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada program dan kursus ICT yang telah
dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila melakukan tugasan harian yang
melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar tidak berlaku sebarang kecuaian.
20 daripada 30 respondan (67%) ini mengakui bahawa besar tanggunjawab seseorang jururawat
ketika menguruskan pesakit. Manakala terdapat 8 orang respondan iaitu bersamaan dengan 27%
daripada kajian ini amat bersetuju dengan pernyataan ini. Kecuaian yang dilakukan dapat
dielakkan jika pengetahuan ICT dapat diaplikasikan dengan teliti malah sikap teliti ini mampu
menyelamatkan nyawa pesakit, seperti kesilapan memberi ubat kepada pesakit yang salah
(medication errors).
Selebihnya mereka merasakan kurang setuju dengan pernyataan ini, iaitu sebanyak dua orang
(7%) daripada seluruh respondan merasakan tidak semua kecuaian yang melibatkan ICT
dilakukan oleh jururawat. Hal ini kerana kadang-kadang terjadinya sistem ICT itu sendiri yang
bermasalah. Walaupun jururawat sudah bersikap teliti namun masalah kecuaian ini sering disalah
tafsirkan bahawa semuanya disebabkan kecuaian para jururawat.
Bahagian D : Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk
meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang.
Untuk bahagian D, kami telah membuat kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh
para jururawat sewaktu menjalani program latihan dan kursus ICT yang dianjurkan. Antara
contoh-contoh masalah yang dihadapi oleh para jururawat ialah, program ICT mengganggu
waktu istirehat, teknik pengajaran pengajar yang kurang efektif, kurang publisiti mengenai
program ICT, minat seseorang individu dan lain-lain lagi.
Soalan 3 : Teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik.
Frekuensi Peratus Peratusan sah Peratus kumulatif
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
8
6
8
8
0
26.667
20
26.667
26.667
0.0
26.667
20
26.667
26.667
0.0
26.667
46.667
73.334
100.0
100.0
Jumlah 30 100 100
Mengikut graf di atas, teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik
adalah dipersetujui oleh sebahagian respondan, manakala sebahagian tidak bersetuju dan juga
sebahagian beranggapan sangat tidak bersetuju. Ini ditunjukkan melalui pilihan yang diperolehi
dimana 8 orang respondan bersamaan 26.67 % adalah sangat tidak setuju, 6 orang respondan
beranggapan tidak setuju bersamaan 26.67 %, 8 respondan beranggapan kurang setuju
bersamaan 26.67 % dan tiada responden yang beranggapan amat setuju tentang soalan ini.
Sesetengah respondan beranggapan bahawa teknik pengajaran pengajar program kurang efektif
dan tidak menarik dan majoritinya beranggapan teknik pengajar program sangat efektif dan
menarik kerana ia bergantung kepada cara pembelajaran individu tersebut.
Soalan 4 : Saya sukar mendapat maklumat tentang program-program kursus ICT yang diadakan.
Frekuensi Peratus Peratusan sah Peratus kumulatif
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
Amat Setuju
6
6
10
6
2
20
20
33.333
20
6.667
20
20
33.333
20
6.667
20
40
73.333
93.333
100.0
Jumlah 30 100 100
Merujuk kepada graf di atas, para jururawat sukar untuk mendapat maklumat tentang program-
program kursus ICT yang diadakan hanya kepada sesetengah respondan sahaja, manakala
kebanyakannya mengatakan mudah untuk mendapat informasi tentang program ICT yang
diadakan.
0
2
4
6
8
10
Category 1
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
Ini ditunjukan melalui pilihan yang diperolehi di mana 6 respondan bersamaan 20% beranggapan
sangat tidak setuju, 6 respondan bersamaan 20% beranggapan bahawa tidak setuju, 10 respondan
bersamaan 33.333% beranggapan kurang setuju, 6 respondan bersamaan 20% beranggapan
setuju dan 2 responden bersamaan 6.667% beranggapan amat setuju. Kebanyakan responden
beranggapan bahawa informasi tentang program-program ICT yang diadakan adalah senang
untuk mengetahuinya melalui papan-papan penyataan di setiap ward di PPUKM dan melalui
pesanan-pesanan ringkas di telefon pintar.
Soalan 7 : Software dan sistem yang digunakan dalam program ICT tidak sama dengan alat yang
terdapat di tempat klinikal (PPUKM).
Carta di atas menunjukkan respon jururawat terhadap satu masalah yang dihadapi semasa
program dan kursus ICT dijalankan. Sebanyak 20% daripada respondan bersetuju bahawa
software dan sistem yang digunakan dalam program ICT yang dianjurkan itu tidak sama dengan
alat yang terdapat di klinikal. Manakala seramai 10 daripada 30 orang responden kurang
bersetuju dengan penyataan ini. 30% responden berpendapat bahawa software dan sistem yang
digunakan semasa program adalah sama seperti yang terdapat di PPUKM. 5 orang daripada
mereka sangat tidak setuju dengan masalah ini.
Daripada hasil kajian ini, kami dapat mengesan masalah yang dihadapi iaitu dari segi bahan
pengajaran yang digunakan semasa kursus ICT kurang sesuai untuk meningkatkan
keberkesanannya. Untuk mencegah masalah ini, kami harus berbincang dengan pihak
penganjuran kursus dan program ICT untuk menambahbaik isi pengajaran supaya selari dengan
sistem yang terdapat di PPUKM.
Soalan 10 : Kurang penganjuran program kursus dan latihan ICT di PPUKM.
Berdasarkan carta bar di atas, seramai 11 orang daripada 30 respondan ataupun 36.67% kurang
setuju dengan masalah kurang penganjuran program kursus dan ICT di PPUKM. Akan tetapi,
23.33% responden berpendapat bahawa PPUKM kurang menganjurkan program kursus dan
latihan ICT. Di samping itu, bilangan yang amat setuju dengan penyataan ini ialah seramai 3
orang ataupun 10%. Jika dibandingkan dengan respondan yang sangat tidak setuju, respondan
yang tidak setuju melebihi respondan yang sangat tidak setuju seramai 1 orang, ataupun 3.33%.
Untuk masalah ini, 10 dari 30 orang respondan ataupun seramai 30% beranggapan bahawa
kursus dan program latihan ICT kurang dianjurkan di PPUKM. Ada yang berpendapat bahawa
kursus tersebut hanya dibuka kepada jururawat yang baru sahaja. Kami berpendapat bahawa
kursus dan program ICT ini sepatutnya dianjurkan lebih kerap agar sejajar dengan kemajuan dan
teknologi baru yang dihasilkan supaya semua jururawat dapat menambahkan pengetahuan
mereka tentang teknologi maklumat yang terdapat dalam dan luar negara. Jika program seperti
ini diperhebatkan, serta isi dan bahan adalah sepadan dengan sistem di PPUKM, maka
keberkesanan program latihan dan kursus ICT dapat ditingkatkan.
Cadangan Kajian
Antara cadangan-cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan
latihan ICT adalah mengambil penceramah yang berkualiti dan berpengalaman untuk memberi
pengisian dalam program kursus dan latihan ICT. Penceramah yang dapat menguasai ilmu
tentang ICT, sistem-sistem yang digunakan di hospital seperti sistem C-Hets amat penting dan
membantu para jururawat dalam memahami tentang sistem-sistem hospital. Selain itu, cara
penyampaian seseorang penceramah perlulah secara ringkas dan mudah difahami oleh para
jururawat. Dan teknik-teknik untuk menarik perhatian para peserta sangat diperlukan untuk
mengelakkan para peserta daripada mengantuk supaya program kursus dan latihan ICT boleh
menjadi lebih efektif.
Kedua, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT
juga memainkan peranan yang penting. Biasanya, program atau latihan untuk para jururawat di
PPUKM akan diadakan pada 2.30 atau 3 petang kerana jururawat yang bekerja syif pagi akan
tamat syif pada pukul 2 petang. Waktu ini sangat sesuai untuk mengadakan program kursus dan
latihan ICT kerana jururawat yang baru habis syifnya boleh terus menyertai program ini. Jikalau
program kursus dan latihan ICT diadakan pada pukul 4 atau 5 petang, sudah pasti ramai
jururawat tidak akan mengambil bahagian disebabkan perlu tunggu lama selepas syif atau malas
untuk datang semula ke hospital selepas pulang ke rumah.
Selain daripada itu, tempoh untuk program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya
melebihi 2 jam. Hal ini disebabkan para jururawat yang telah letih bekerja dari pukul 7 pagi
hingga 2 petang akan mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian yang baik jika jangka
masa kursus yang diambil memakan masa yang terlalu panjang. Jarak tempat untuk mengadakan
program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya terlalu jauh daripada tempat kerja para
jururawat kerana jarak yang jauh akan menyebabkan para jururawat berasa malas untuk
menyertai program tersebut. Tambahan pula, tempat untuk mengadakan program kursus dan
latihan ICT perlulah selesa dan luas supaya para jururawat tidak terganggu dengan faktor
persekitaran yang panas, sempit atau bising.
Ketiga, program kursus dan latihan ICT perlu dianjurkan dengan lebih kerap supaya para
jururawat dapat mengetahui setiap perisian terkini terutamanya apabila terdapat perubahan dalam
sistem ICT hospital atau sewaktu menukar sistem yang baru. Ini juga dipanggil sebagai ‘’
Refresher course’’ bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan para jururawat tentang
sistem atau perisian yang baru. Selain itu, program kursus dan latihan ICT juga boleh dianjurkan
secara berperingkat setiap bulan kepada para jururawat untuk memastikan kemahiran dalam
penggunaan sistem ICT di hospital tercapai. Tambahan pula, pihak penganjur boleh
memperbanyakan lagi program kursus ICT, kempen-kempen ataupun bengkel-bengkel tentang
kebaikan ICT dalam bidang jururawat untuk meningkatkan mutu kerja seseorang jururawat.
Keempat, penglibatan para jururawat dalam program kursus dan latihan ICT juga sangat
membantu dalam menjayakan program ICT. Pihak pengurusan hospital seharusnya mengalakkan
ataupun mewajibkan bahawa setiap jururawat perlu menghadiri kursus ICT sekurang-kurangnya
2 kali setahun. Bagi jururawat yang terlibat dalam program kursus dan latihan, cuti kelonggaran
sepatutnya dapat dimohonkan dan penghargaan perlu diberi kepada yang menghadir program
kursus. Setelah itu, program kursus dan latihan ICT hendaklah dijalankan secara berperingkat
mengikut wad atau klinik supaya penglibatan para jururawat dapat secara menyeluruh. Program
kursus dan latihan ICT juga perlu dimasukkan ke dalam slot orientasi jururawat baru supaya
kesilapan medikal (medical error) boleh dikurangkan terutamanya dalam kalangan jururawat
yang baru.
Akhirnya, cadangan kelima untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan
latihan ICT adalah mengkaji keberkesanan atau maklum balas tahap kemahiran dan pemahaman
jururawat terhadap sistem yang digunapakai. Ia perlu dinilai selepas menghadiri setiap program
kursus atau latihan. Sebagai contohnya, pihak Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) membuat
‘site round’ untuk mengetahui tahap kemahiran para jururawat. Ini dapat memastikan setiap
peserta program kursus atau latihan yang hadir dapat memahami kursus tersebut terutamanya
mereka yang banyak menggunakan sistem C-HETS.
Selain daripada itu, program kursus dan latihan ICT boleh disertakan dengan latihan amali atau
mengadakan sesi ‘mini test’ selepas sesi teori untuk menilai tahap kefahaman peserta. Akhirnya,
sesi soal jawab boleh diadakan untuk memberi peluang kepada para jururawat yang mempunyai
sebarang pertanyaan terhadap sistem-sistem atau perisian yang baru diperkenalkan.
Kesimpulan
Seperti yang kita sedia maklum, teknologi maklumat amat penting penggunaanya, lebih-lebih
lagi dalam bidang perubatan. Kecanggihan teknologi perlu bergerak seiring dengan kemajuan
perubatan. Pusat Perubatan UKM turut tidak ketinggalan dalam bersama-sama menyahut cabaran
globalisasi dalam mengaplikasikan sistem teknologi maklumat yang serba canggih (sistem C-
Hets) dalam jagarawatan pesakit.
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan kepada respondan yang dipilih secara rawak dalam
kalangan jururawat daripada berlainan wad, kami mendapati bahawa majoriti daripada mereka
ialah jururawat yang celik IT. Sememangnya, dapatan kajian ini menggembirakan kami kerana
kecanggihan teknologi di PPUKM diperkuatkan lagi dengan kakitangannya yang bergenersai IT.
Walaupun sebelum menyertai kursus IT, mereka mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan
idea tentang bagaimana sesebuah sistem itu berfungsi. Maka, ilmu pengetahuan dan teori itu
diperkuatkan lagi dengan menghadiri program kursus dan latihan ICT yang dianjurkan.
Setelah menyertai program latihan dan kursus ICT, para jururawat mengakui bahawa tahap
pengetahuan serta kefahaman mereka meningkat, dan mereka berupaya untuk mengaitkan teori
yang dipelajari semasa program tersebut dengan tugasan klinikal. Mereka juga bersetuju bahawa
salah satu kepentingan ICT ialah untuk mengurangkan medical errors yang dilakukan secara
tidak sengaja. Selain itu, manfaat yang lain ialah, memudahkan mereka untuk menilai serta
mengakses para pesakit dengan mudah dalam masa yang singkat. Pelbagai keputusan ujian
makmal dapat diakses hanya dengan tekan pada papan kekunci komputer.
Walau bagaimanapun, kami juga cuba dalam mengenalpasti halangan-halangan yang terpaksa
dihadapi oleh para jururawat semasa menghadiri program kursus dan latihan ICT. Antaranya
ialah, kesesuaian waktu dan tempat, teknik penyampaian pengajar, silibus program dan
sebagainya. Mungkin masalah-masalah yang timbul akan gagal menarik minat para jururawat
untuk menyertainya pada masa akan datang.
Namun, sebahagian besar daripada mereka tetap menyertainya walaupun terdapat masalah yang
timbul. Mereka menganggap cabaran-cabaran tersebut sebagai masalah yang kecil dan dapat
diatasi dengan penambahbaikan pada masa akan datang.
Rujukan
Abdul Manan, M.D., Mohd Kamil, H. Kajian tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi
maklumat di kalangan anggota jabatan kesihatan negeri Terengganu
Berner ES, Webster GD, Shugerman AA, Jackson JR, Algina J, Baker AL, Ball EV, Cobbs CG,
Dennis VW, Frenkel EP, et al. Performance of four computer-based diagnostic systems. N Engl J
Med. 1994 Jun
Elhanan G, Socratous SA, Cimino JJ. Integrating DXplain into a clinical information system
using the World Wide Web. Proc AMIA Annu Fall Symp. 1996
Rind DM, Safran C, Phillips RS, Wang Q, Calkins DR, Delbanco TL, Bleich HL, Slack WV.
Effect of computer-based alerts on the treatment and outcomes of hospitalized patients. Arch
Intern Med. 1994 Jul
Sager N, Lyman M, Bucknall C, Nhan N, Tick LJ. Natural language processing and the
representation of clinical data. J Am Med Inform Assoc. 1994
http://www.healthit.gov/providers-professionals/electronic-medical-records-emr
http://www.ptm.ukm.my/wp-content/uploads/2011/10/dasartm3a.pdf
https://www.youtube.com/watch?v=zmVKGshelcQ

More Related Content

Viewers also liked

Power point penulisan esei
Power point penulisan eseiPower point penulisan esei
Power point penulisan eseiFarid Zaine
 
Blog
BlogBlog
Blogzul55
 
MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...
MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...
MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...Farid Zaine
 
The Determining Factors of Productivity
The Determining Factors of ProductivityThe Determining Factors of Productivity
The Determining Factors of ProductivityAli Mayar
 
I PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍ
I PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍI PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍ
I PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍAyuntamiento de Alcalalí
 
Lesson 6 What Is A Clone Sow
Lesson 6 What Is A Clone SowLesson 6 What Is A Clone Sow
Lesson 6 What Is A Clone SowHenry Emuna
 
ESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIO
ESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIOESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIO
ESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIOAyuntamiento de Alcalalí
 

Viewers also liked (13)

Power point penulisan esei
Power point penulisan eseiPower point penulisan esei
Power point penulisan esei
 
Blog
BlogBlog
Blog
 
MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...
MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...
MENILAI TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS ICT DALAM KALANGAN JURU...
 
09 e00348
09 e0034809 e00348
09 e00348
 
Lscsa 2012 b-20120909-light
Lscsa 2012 b-20120909-lightLscsa 2012 b-20120909-light
Lscsa 2012 b-20120909-light
 
Programme acts (english)
Programme acts (english)Programme acts (english)
Programme acts (english)
 
Safe_Future_Methodiek
Safe_Future_MethodiekSafe_Future_Methodiek
Safe_Future_Methodiek
 
The Determining Factors of Productivity
The Determining Factors of ProductivityThe Determining Factors of Productivity
The Determining Factors of Productivity
 
I PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍ
I PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍI PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍ
I PLAN DE IGUALDAD DE HOMBRES Y MUJERES DEL MUNICIPIO DE ALCALALÍ
 
Narco trafico
Narco traficoNarco trafico
Narco trafico
 
Aula0 ei te_rev_bndes_46384
Aula0 ei te_rev_bndes_46384Aula0 ei te_rev_bndes_46384
Aula0 ei te_rev_bndes_46384
 
Lesson 6 What Is A Clone Sow
Lesson 6 What Is A Clone SowLesson 6 What Is A Clone Sow
Lesson 6 What Is A Clone Sow
 
ESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIO
ESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIOESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIO
ESTA NAVIDAD COMPRAR EN ALCALALÍ TIENE PREMIO
 

Similar to KEBERKESANAN_PROGRAM_ICT

Ggge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiGgge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiRedskaf38
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Siti Sara Kuseri
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Berry Adam
 
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...Putri Jayanti Jayanti
 
Kajiselidik esei
Kajiselidik eseiKajiselidik esei
Kajiselidik eseiaznezaaziz
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.pjj_kemenkes
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.pjj_kemenkes
 
Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150
Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150 Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150
Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150 AzhyqaRereanticaMart
 
Pembentangan esei
Pembentangan esei Pembentangan esei
Pembentangan esei aznezaaziz
 
Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...
Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...
Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...sitiholipah2
 

Similar to KEBERKESANAN_PROGRAM_ICT (20)

Ggge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiGgge2123 teknologi
Ggge2123 teknologi
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan
 
Presentation untuk esei
Presentation untuk eseiPresentation untuk esei
Presentation untuk esei
 
Tugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan eseiTugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan esei
 
Presentation untuk esei
Presentation untuk eseiPresentation untuk esei
Presentation untuk esei
 
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
Kajiselidik esei
Kajiselidik eseiKajiselidik esei
Kajiselidik esei
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
 
Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150
Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150 Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150
Quiz Pertemuan 8 SIM - Azhyqa Rereantica Martkliana - 43217120150
 
Pembentangan esei
Pembentangan esei Pembentangan esei
Pembentangan esei
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...
Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...
Sim 1, siti Holipah, Hapzi, Prof. Dr.MM, analisis penerapan sistem informasi ...
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 

Recently uploaded

Hidrodinamika1111111111111111111111.pptx
Hidrodinamika1111111111111111111111.pptxHidrodinamika1111111111111111111111.pptx
Hidrodinamika1111111111111111111111.pptxJasaketikku
 
oscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung functionoscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung functionolivia371624
 
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilanpresentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilancahyadewi17
 
HUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESI
HUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESIHUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESI
HUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESINeliHusniawati2
 
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikobat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikSyarifahNurulMaulida1
 
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxKDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxawaldarmawan3
 
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiBIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiAviyudaPrabowo1
 
SNI pelayanan kesehatan hewan, klinik hewan
SNI pelayanan  kesehatan hewan, klinik hewanSNI pelayanan  kesehatan hewan, klinik hewan
SNI pelayanan kesehatan hewan, klinik hewanintan588925
 
Obat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdf
Obat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdfObat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdf
Obat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdfAdistriSafiraRosman
 
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxRENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxrobert531746
 
konsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptx
konsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptxkonsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptx
konsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptxrittafarmaraflesia
 
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare pptMateri Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppticha582186
 
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptGizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptAyuMustika17
 
Laporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptx
Laporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptxLaporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptx
Laporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptxkaiba5
 
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxKeperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxnadiasariamd
 
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptxHIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptxgastroupdate
 
Toksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.ppt
Toksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.pptToksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.ppt
Toksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.pptRoniAlfaqih2
 
SEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATAN
SEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATANSEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATAN
SEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATANYayahKodariyah
 
Stabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptx
Stabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptxStabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptx
Stabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptxdrrheinz
 
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosisAbses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosisRachmandiarRaras
 

Recently uploaded (20)

Hidrodinamika1111111111111111111111.pptx
Hidrodinamika1111111111111111111111.pptxHidrodinamika1111111111111111111111.pptx
Hidrodinamika1111111111111111111111.pptx
 
oscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung functionoscillometry for assessing lung function
oscillometry for assessing lung function
 
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilanpresentasi mola hidatidosa pada kehamilan
presentasi mola hidatidosa pada kehamilan
 
HUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESI
HUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESIHUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESI
HUBUNGAN KEPERAWATAN PROFESIONAL ANTAR PROFESI
 
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretikobat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
obat sistem saraf pusat analgesik antipiretik
 
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptxKDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
KDM NUTRISI, AKTUALISASI, REWARD DAN PUNISHMENT.pptx
 
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologiBIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
BIOLOGI RADIAsi, biologi radiasi, biologi
 
SNI pelayanan kesehatan hewan, klinik hewan
SNI pelayanan  kesehatan hewan, klinik hewanSNI pelayanan  kesehatan hewan, klinik hewan
SNI pelayanan kesehatan hewan, klinik hewan
 
Obat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdf
Obat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdfObat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdf
Obat-Obat Toksikologi Farmakologi II .pdf
 
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptxRENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
RENCANA PEMASARAN untuk bidang rumah sakit.pptx
 
konsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptx
konsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptxkonsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptx
konsep nutrisi pada pasien dengan gangguan kardiovaskuler.pptx
 
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare pptMateri Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
Materi Layanan Kesehatan Berbasis Homecare ppt
 
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.pptGizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
Gizi-dalam-Daur-Kehidupan-Pertemuan-3.ppt
 
Laporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptx
Laporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptxLaporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptx
Laporan Kasus - Tonsilitis Kronik Eksaserbasi Akut.pptx
 
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptxKeperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
Keperawatan dasar KEBUTUHAN SUHU TUBUH MANUSIA.pptx
 
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptxHIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
HIV/ AIDS PENYULUHAN untuk awam [1].pptx
 
Toksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.ppt
Toksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.pptToksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.ppt
Toksikologi obat dan macam-macam obat yang toksik dan berbahaya.ppt
 
SEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATAN
SEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATANSEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATAN
SEDIAAN EMULSI : DEFINISI, TIPE EMULSI, JENIS EMULGATOR DAN CARA PEMBUATAN
 
Stabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptx
Stabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptxStabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptx
Stabilisasi dan Transfer Pasien Rumah Sakit.pptx
 
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosisAbses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
Abses paru - Diagnosis, tatalaksana, prognosis
 

KEBERKESANAN_PROGRAM_ICT

  • 1. Pendahuluan Teknologi berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggakan terdapat negara-negara dunia yang maju seperti Jepun, Korea, Jerman dan Amerika Syarikat seakan-akan saling bersaing dan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk teknologi yang tercanggih. Dari hari ke hari, pelbagai rekaan teknologi canggih terhasil yang tidak terjangkau dek akal fikiran kita. Melihat kepada situasi ini, bidang perubatan juga tidak terlepas untuk terkena tempiasnya. Peningkatan kemajuan teknologi secara mendadak turut memberi faedah dalam bidang perubatan, yang semestinya menguntungkan kakitangan hospital dan juga pesakit. Namun, kemajuan teknologi dalam bidang perubatan akan sia-sia sekiranya kekurangan mahupun tiada individu yang memiliki kepakaran untuk mempraktikkannya. Dengan kesedaran yang wujud, pihak atasan hospital berikhtiar dengan sedaya upaya untuk membekalkan ilmu teknologi kepada kakitangan hospital terutamanya para doktor dan jururawat dalam rutin harian jagaan pesakit. Pebagai program latihan dan kursus ICT diadakan untuk para jururawat yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) demi memastikan mereka benar-benar memahami tujuan serta kepentingan ICT dan penggunaan sistem C-Hets. Oleh itu, kami menjalankan sebuah kajian untuk menilai tahap keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat PPUKM. Kajian ini juga akan megakses tahap pengetahuan serta kemahiran para jururawat sebelum dan selepas menyertai program ICT. Di sini, kami juga cuba untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka dan cara-cara untuk mengatasi halangan tersebut. Pandangan daripada para jururawat semestinya perlu dititikberatkan agar sebarang penambahbaikan serta idea-idea mereka membantu dalam meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
  • 2. Pernyataan Masalah Sebagai pelajar kejururawatan UKM tahun 3, kami telah menjalani posting klinikal selama 2 tahun setengah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Dalam jangka masa ini, kami mendapati bahawa segelintir jururawat menghadapi masalah untuk menggunakan komputer dalam kerja seharian secara cekap dan penyelenggaran komputer. Sebilangan kecil daripada mereka hanya tahu menggunakan komputer untuk kerja seperti memasukan maklumat dan menanda kehadiran serta menjana keputusan makmal pesakit. Ramai daripada mereka yang boleh menggunakan komputer dengan betul tetapi tidak memahami sistem yang digunakan. Mereka hanya menggunakan sistem tersebut seperti yang diarahkan tanpa mengetahui konsep sebenar penggunaan teknologi tersebut. Daripada pemantauan kami, kami mendapati bahawa kecekapan penggunaan komputer dan teknologi dalam hospital berkait rapat dengan program latihan dan kursus ICT yang diadakan. Justeru, kami ingin membuat kajian mengenai keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di PPUKM. Dalam kajian ini, kami ingin mengetahui sama ada data demografik seperti umur, status perkahwinan, tahap pendidikan dan juga tahun perkhidmatan mempengaruhi keberkesanan program ICT yang dijalankan. Di samping itu, kami juga ingin mendapatkan maklumat tentang perbezaan pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menjalani kursus ICT. Tambahan pula, kami ingin mengaji tentang kebaikan menjalani kursus ICT dan masalah serta cadangan para jururawat PPUKM dalam meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang.
  • 3. Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan adalah kerana subjek GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan tersenarai dalam Semester II Tahun 3 dan wajib kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 3. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan program kursus dan latihan ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tambahan pula, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh jururawat dalam mengikuti program latihan dan kursus ICT. Objektif Kajian i. Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menyertai program latihan dan kursus ICT. ii. Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa manjalani program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit dalam tugasan harian seorang jururawat. iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
  • 4. Skop Kajian i. Mengenal pasti sejauh mana tahap penglibatan dan kefahaman dalam meningkatkan pengetahuan terhadap program dan kursus ICT dalam kalangan jururawat. ii. Mengkaji keberkesanan program dan kursus ICT dalam meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit iii. Mengetahui kaedah memperkasakan program latihan dan kursus ICT. Persoalan Kajian i. Apakah kepentingan menyertai program latihan dan kursus ICT bagi jururawat? ii. Apakah yang dapat diaplikasikan oleh jururawat setelah menyertai program latihan dan kursus ICT? iii. Adakah program latihan dan kursus ICT ini dapat meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit? iv. Bagaimanakah program latihan dan kursus ICT ini dapat membantu jururawat menguasai ilmu dan pengetahuan dalam tugas kerja seharian? v. Apakah masalah yang dihadapi oleh jururawat dalam meningkatkan keberkesana program latihan dan kursus ICT? vi. Apakah cadangan yang dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan jururawat dalam ICT kelak?
  • 5. Metodologi Kajian i. Kaedah borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang respondan dalam kalangan jururawat daripada berlainan wad di PPUKM. ii. Kaedah pengumpulan data menggunakan soalan terikat (data demografik) dan tidak terikat ( soalan berbentuk pernyataan dengan menggunakan skala likert) Skala Pilihan Jawapan 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Kurang Pasti 4 Setuju 5 Sangat Setuju iii. Borang diedarkan secara rambang tanpa mengira umur, jantina, status, dan tahap pendidikan respondan. iv. Analisis data dibuat secara objektif dan subjektif. Terdapat 10 soalan di bahagian B,C dan D masing-masing. Jumlah soalan pada bahagian objektif ialah 30 soalan. Pada akhir borang soal selidik, disertakan satu soalan subjektif bagaimana cara-cara untuk meningkatkan kualiti program latihan dan kursus ICT pada masa akan datang.
  • 6. Dapatan Kajian Bahagian A : Data Demografik i. Umur Peringkat umur respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Carta bar di atas menunjukkan terdapat empat lingkungan umur yang menyertai kajian ini yang bekerja sebagai jururawat di PPUKM. Kebanyakan respondan kajian ini berumur antara 31 tahun hingga 35 tahun iaitu seramai 17 orang dengan peratusan sebanyak 57% manakala yang paling kurang peratusannya adalah dalam lingkungan umur 36 tahun sehingga 40 tahun iaitu sebanyak 10% bersamaan dengan tiga orang. Hal ini membuatkan lingkungan umur ini berada dalam kumpulan yang minoriti. Tambahan itu, kelihatan dua lingkungan umur yang mempunyai peratusan dan bilangan jururawat yang sama
  • 7. iaitu seramai lima orang bersamaan dengan 17%. Peratusan yang sama ini melibatkan umur dari 21 tahun sehingga 25 tahun dan 26 tahun sehingga 30 tahun. ii. Jantina Perbezaan jantina respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Carta pai di atas menunjukkan bilangan jantina respondan yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 27 daripada 30 orang respondan adalah perempuan. Hal ini bersamaan dengan 90% daripada keseluruhan peratusan respondan. Manakala Cuma terdapat tiga orang respondan adalah daripada respondan yang berjantina lelaki dalam kalangan jururawat di PPUKM. Hal ini menyumbang kepada peratusan sebanyak 10%.
  • 8. Daripada hasil kajian, dapat kita lihat bahawa golongan wanita yang memonopoli sektor kesihatan dalam bidang kejururawatan ini berbanding golongan lelaki. Selain itu, wanita lebih cenderung dan berminat menceburkan diri mereka dalam bidang kejururawatan malah kebanyakan lelaki merasakan bahawa kerjaya sebagai jururawat lebih sesuai dengan karakter dan perwatakan seorang wanita. iii. Status Status respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Berdasarkan carta pai di atas, lebih daripada separuh respondan telah berkahwin. Terdapat 19 orang jururawat yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia daripada 30 orang respondan telah berkahwin manakala 11 orang adalah masih bujang. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap hasil kajian kami kerana komitmen kerjaya dan keluarga mampu menghalang seseorang itu untuk mengikuti program latihan dan kursus ICT.
  • 9. Namun, kebanyakan yang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT ini penting dan perlu dalam meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit adalah daripada golongan yang sudah berkahwin. Status seseorang itu tidak perlu dijadikan alasan sekiranya ada kemahuan dalam meningkatkan penguasaan ICT dengan mengikuti program latihan dan kursus ICT ini. iv. Taraf Pendidikan Tahap pendidikan respondan yang terlibat dalam kajian keberkesanan program latihan dan kursus ICT dalam kalangan jururawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Carta bar di atas menunjukkan tahap pendidikan bagi respondan jururawat di PPUKM. Dapat kita lihat di sini bahawa, tidak ada respondan yang memiliki Sijil dan Ijazah Sarjana dalam skop kajian kami. Hal ini mungkin dapat dilaksanakan bagi menampakkan variasinya maklumat dan info kajian kami. Terdapat 24 orang respondan mempunyai Diploma iaitu bersamaan dengan 80% manakala enam orang memiliki Ijazah Sarjanamuda bersamaan dengan 20%.
  • 10. Bahagian B : Menilai pengetahuan dan kefahaman jururawat sebelum dan selepas menyertai program kursus dan latihan ICT. Soalan 1 : Pengetahuan saya dalam bidang teknologi amat baik walaupun tidak menyertai sebarang program kursus dan latihan ICT. Seramai 19 orang daripada 30 respondan bersetuju bahawa tahap pengetahuan mereka amat baik walaupun tidak pernah meyertai sebarang program latihan dan kursus ICT. Jumlah ini mencatatkan sebanyak 57% dan merupakan pilihan jawapan terbanyak yang dipilih. Seramai 7 orang respondan (23%) menyatakan pendapat kurang bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan tahap pengetahuan mereka amat baik dengan tidak menyertai program ICT. Manakala, respondan yang mencatatkan peratusan sebanyak 10% iaitu 3 orang mengatakan mereka tidak setuju bahawa mereka mahir dalam bidang ICT. Hanya seorang (3%) daripada 30 orang repondan yang dipilih secara rawak mengatakan bahawa tahap penguasaan beliau amat lemah sebelum menghadiri mana-mana program ICT. Di sini, kita dapat simpulkan bahawa majoriti jururawat di PPUKM berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Walaupun hanya mencatkan sebanyak
  • 11. 57%, ia tetap merupakan hasil kajian yang agak memuaskan mengenai tahap pengetahuan mereka dalam bidang ICT. Soalan 6 : Tahap pengetahuan serta kefahaman saya dalam bidang ICT meningkat setelah saya menyertai Program Kursus dan Latihan ICT. Seramai 2 orang respondan megakui bahawa program latihan ICT tidak berjaya dalam membantu mereka untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam bidang teknologi. Dan keputusan mencatatkan sebanyak 7% yang mengatakan apara jururawat sangat tidak bersetuju bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman mereka meningkat setelah menyertai program sedemikian. Majoriti sebanyak 77% iaitu seramai 22 orang bersetuju mengatakan mereka telah dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu yang baru sepanjang program ICT. Selain itu, hanya 16% iaitu 5 orang daripada jumlah keseluruhan amat bersetuju bahawa kandungan dalam program ICT sememangnya telah meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada. Kesimpulannya, apa yang dapat kita lihat ialah lebih separuh daripada respondan dalam kalangan jururawat bersetuju yang program latihan ICT memang membantu mereka dari segi penambahbaikan ilmu serta kemahiran. 0 5 10 15 20 25 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 2 23 5
  • 12. Soalan 10 : Saya berkeupaya untuk mengaitkan pengetahuan ICT yang sedia ada dengan kemahiran yang diaplikasikan dalam tugasan harian semasa jagarawatan pesakit selepas menghadiri program kursus dan latihan ICT. Hasil kajian mencatatkan sebanayak 3% daripada respondan yang masing-masing mengatakan mereka sangat tidak setuju dan kurang bersetuju apabila ditanya mengenai adakah ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam jagarawatan harian pesakit di wad. Seramai 2 orang (7%) yang mengatakan bahawa hasil daripada program ICT yang diadakan tidak begitu membantu mereka dalam tugasan harian sebagai jururawat. Hasil keputusan yang memberangsangkan ialah seramai 22 orang iaitu 73% berpendapat respondan bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka berkeupaya untuk mengaitkan pengetahuan ICT yang sedia ada dengan kemahiran yang diaplikasikan dalam tugasan harian semasa jagarawatan pesakit selepas menghadiri program kursus dan latihan ICT. Graf bar di atas mencatatkan seramai 4 orang iaitu 14% respondan amat bersetuju bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang program latihan ICT sememangnya membantu mereka untuk diaplikasikan dalam jagarawatan pesakit yang boleh meningkatkan kualiti rawatan pesakit.
  • 13. Konklusinya, ramai daripada respondan yang mengatakan dan bersetuju bahawa program kursus dan latihan ICT secara langsung dapat membantu dalam kerjaya mereka. Hasil daripada program kursus dan latihan ICT, para jururawat dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa memberikan perkhidmatan jagarawatan kepada pesakit. Hasil kajian yang dianalisa amat menggembirakan kerana para jururawat sedar akan kepentingan menghadiri program dan kursus ICT. Tahap pengetahuan serta kemahiran jururawat meningkat setelah menyertai program sedemikian. Bahagian C : Mengenal pasti dan mengetahui tahap pengetahuan yang diperoleh semasa manjalani program latihan dan kursus ICT dapat diaplikasi dan meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit dalam tugasan harian seorang jururawat. Soalan 4 : Saya berpendapat bahawa kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah menyertai program latihan dan kursus ICT apabila para jururawat majoritinya celik IT. 60% 23% 14%3% Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Amat setuju
  • 14. Merujuk kepada rajah di atas, lebih daripada separuh jumlah respondan berpendapat bahawa kecuaian (medical errors) boleh dikurangkan setelah para jururawat menyertai program latihan dan kursus ICT. Sebanyak 18 daripada 30 responden, iaitu 60% respondan kajian ini bersetuju bahawa medical errors dapat dikurangkan selepas para jururawat menyertai program latihan dan kursus ICT. Dalam program latihan dan kursus ICT, para jururawat diajar tentang cara-cara untuk menguasai dan menggunakan sistem-sistem komputer dan perisian komputer yang terbaru. Selain itu, 4 daripada 30 orang respondan, iaitu 14% respondan kajian ini amat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala disebaliknya, seramai 7 daripada 30 respondan, iaitu 23% respondan kajian ini kurang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat membantu dalam mengurangkan medical errors. Tambahan pula, terdapat seorang daripada 30 orang respondan, iaitu 3% respondan kajian ini juga sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Sejak menggunakan sistem C-Hets, para doktor dan pegawai farmasi tidak perlu lagi untuk menulis preskripsi ubat secara manual. Mereka hanya perlu masukkan senarai ubat yang hendak diberi melalui bahagian ubat dalam sistem ini. Manfaatnya, kesilapan pemberian ubat kepada pesakit dapat dikurangkan sama ada daripada doktor mahupun jururawat. Ada sesetengah ubat yang mempunyai nama yang hampir serupa dan boleh menimbulkan kekeliruan. Sebagai kesimpulannya, jika seseorang jururawat itu sangat mahir dan celik dalam ICT, medical errors dalam kerjayanya dapat dikurangkan dan kualiti kesihatan pesakit juga terjamin. Soalan 5 : Program latihan dan kursus ICT ini memudahkan saya menjalankan tugasan harian saya seperti pemantauan keputusan darah para pesakit saya.
  • 15. Berdasarkan carta pai di atas, seramai 19 daripada 30 orang respondan, iaitu 63% respondan kajian bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat memudahkan tugasan harian mereka seperti dalam pemantauan keputusan darah pesakit mereka. Selain itu, 7 daripada 30 responden kajian ini, iaitu 24% responden kajian ini amat setuju dengan penyataan tersebut. Manakala, terdapat segolongan kecil daripada respondan kajian pula kurang bersetuju bahawa program latihan dan kursus ICT dapat memudahkan tugasan harian mereka sebagai seorang jururawat. Sebanyak 4 orang daripada 30 orang responden, iaitu 13% respondan kajian ini kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dalam soalan ini, tidak ada respondan (0%) yang tidak setuju atau sangat tidak setuju dengan pernyataan bahawa program latihan dan kursus ICT ini dapat memudahkan tugasan harian mereka seperti dalam pemantauan keadaan pesakit. Para jururawat boleh menggunakan teknologi ICT yang sedia ada di wad-wad seperti komputer, telefon ataupun telefon pintar mereka untuk berkomunikasi dan memantau keadaan pesakit.
  • 16. Soalan 6 : Saya mengikuti program latihan dan kursus ICT ini atas sebab kehendak dan minat yang mendalam untuk meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Berdasarkan carta pai di atas, lebih daripada separuh respondan bersetuju bahawa mereka mengikuti program latihan dan kursus ICT ini atas sebab kehendak dan minat yang mendalam untuk meningkatkan kualiti jagarawatan pesakit. Sebanyak 23 orang jururawat iaitu bersamaan dengan 77% menyokong program latihan dan kursus ICT ini dilaksanakan bagi melancarkan penggunaan teknologi baru yang diguna pakai di wad dan PPUKM. Selain itu, terdapat 10% jururawat iaitu bersamaan dengan tiga orang amat bersetuju dengan pelaksanaan program ini. Tiga orang respondan ini akan sentiasa berusaha menghadiri setiap program yang dianjurkan dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat yang tinggi. Namun, terdapat empat orang jururawat merasakan program latihan dan kursus ICT ini mengganggu waktu seharian mereka bersama keluarga. 13% jururawat yang kurang bersetuju ini mengatakan bahawa mereka tidak berminat dengan program yang wajib mereka hadiri ini. Tambahan pula, program dan kursus ICT ini membebankan bagi mereka yang perlu menguruskan pengambilan anak-anak mereka yang pulang dari sekolah. Namun, mereka berpendapat bahawa dengan mengikuti program dan kursus ICT ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan kualiti jagarawatan para pesakit.
  • 17. Soalan 7 : Saya merasakan penting dan berfaedah menguasai bidang ICT bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan skill seiring dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan. Melalui carta bar diatas, tidak ada seorang pun daripada 30 orang respondan yang tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa penguasaan ICT penting dan berfaedah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran seiring dengan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan. Namun, terdapat seorang jururawat yang kurang setuju dengan pernyataan ini. Manakala, terdapat lima orang respondan daripada kajian ini yang amat bersetuju bahawa ICT amat penting dalam sistem kesihatan sekarang. Mereka berpendapat bahawa amat rugi sekali jika seorang pengamal kesihatan seperti jururawat khususnya tidak mampu menguasai ICT pada zaman serba canggih ini. Selain itu, terdapat 24 orang respondan bersetuju bahawa ICT banyak faedahnya dan penting. Jika tidak ada program dan kursus ICT maka jururawat akan ketinggalan dalam kemajuan arus teknologi ini.
  • 18. Soalan 9 : Saya mengaplikasikan pengetahuan saya dalam bidang ICT daripada program latihan dan kursus ICT yang telah dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila melakukan tugasan harian yang melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar tidak berlaku sebarang kecuaian Merujuk kepada graf di atas, dapat kita lihat bahawa kebanyakan respondan bersetuju bahawa mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada program dan kursus ICT yang telah dihadiri dengan bersikap lebih berhati-hati dan teliti apabila melakukan tugasan harian yang melibatkan ICT seperti ‘key-in’ data dalam sistem C-Hets agar tidak berlaku sebarang kecuaian. 20 daripada 30 respondan (67%) ini mengakui bahawa besar tanggunjawab seseorang jururawat ketika menguruskan pesakit. Manakala terdapat 8 orang respondan iaitu bersamaan dengan 27% daripada kajian ini amat bersetuju dengan pernyataan ini. Kecuaian yang dilakukan dapat dielakkan jika pengetahuan ICT dapat diaplikasikan dengan teliti malah sikap teliti ini mampu menyelamatkan nyawa pesakit, seperti kesilapan memberi ubat kepada pesakit yang salah (medication errors). Selebihnya mereka merasakan kurang setuju dengan pernyataan ini, iaitu sebanyak dua orang (7%) daripada seluruh respondan merasakan tidak semua kecuaian yang melibatkan ICT
  • 19. dilakukan oleh jururawat. Hal ini kerana kadang-kadang terjadinya sistem ICT itu sendiri yang bermasalah. Walaupun jururawat sudah bersikap teliti namun masalah kecuaian ini sering disalah tafsirkan bahawa semuanya disebabkan kecuaian para jururawat. Bahagian D : Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh jururawat serta cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT pada masa akan datang. Untuk bahagian D, kami telah membuat kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh para jururawat sewaktu menjalani program latihan dan kursus ICT yang dianjurkan. Antara contoh-contoh masalah yang dihadapi oleh para jururawat ialah, program ICT mengganggu waktu istirehat, teknik pengajaran pengajar yang kurang efektif, kurang publisiti mengenai program ICT, minat seseorang individu dan lain-lain lagi. Soalan 3 : Teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik. Frekuensi Peratus Peratusan sah Peratus kumulatif Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 8 6 8 8 0 26.667 20 26.667 26.667 0.0 26.667 20 26.667 26.667 0.0 26.667 46.667 73.334 100.0 100.0 Jumlah 30 100 100
  • 20. Mengikut graf di atas, teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik adalah dipersetujui oleh sebahagian respondan, manakala sebahagian tidak bersetuju dan juga sebahagian beranggapan sangat tidak bersetuju. Ini ditunjukkan melalui pilihan yang diperolehi dimana 8 orang respondan bersamaan 26.67 % adalah sangat tidak setuju, 6 orang respondan beranggapan tidak setuju bersamaan 26.67 %, 8 respondan beranggapan kurang setuju bersamaan 26.67 % dan tiada responden yang beranggapan amat setuju tentang soalan ini. Sesetengah respondan beranggapan bahawa teknik pengajaran pengajar program kurang efektif dan tidak menarik dan majoritinya beranggapan teknik pengajar program sangat efektif dan menarik kerana ia bergantung kepada cara pembelajaran individu tersebut.
  • 21. Soalan 4 : Saya sukar mendapat maklumat tentang program-program kursus ICT yang diadakan. Frekuensi Peratus Peratusan sah Peratus kumulatif Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju 6 6 10 6 2 20 20 33.333 20 6.667 20 20 33.333 20 6.667 20 40 73.333 93.333 100.0 Jumlah 30 100 100 Merujuk kepada graf di atas, para jururawat sukar untuk mendapat maklumat tentang program- program kursus ICT yang diadakan hanya kepada sesetengah respondan sahaja, manakala kebanyakannya mengatakan mudah untuk mendapat informasi tentang program ICT yang diadakan. 0 2 4 6 8 10 Category 1 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju
  • 22. Ini ditunjukan melalui pilihan yang diperolehi di mana 6 respondan bersamaan 20% beranggapan sangat tidak setuju, 6 respondan bersamaan 20% beranggapan bahawa tidak setuju, 10 respondan bersamaan 33.333% beranggapan kurang setuju, 6 respondan bersamaan 20% beranggapan setuju dan 2 responden bersamaan 6.667% beranggapan amat setuju. Kebanyakan responden beranggapan bahawa informasi tentang program-program ICT yang diadakan adalah senang untuk mengetahuinya melalui papan-papan penyataan di setiap ward di PPUKM dan melalui pesanan-pesanan ringkas di telefon pintar. Soalan 7 : Software dan sistem yang digunakan dalam program ICT tidak sama dengan alat yang terdapat di tempat klinikal (PPUKM). Carta di atas menunjukkan respon jururawat terhadap satu masalah yang dihadapi semasa program dan kursus ICT dijalankan. Sebanyak 20% daripada respondan bersetuju bahawa software dan sistem yang digunakan dalam program ICT yang dianjurkan itu tidak sama dengan alat yang terdapat di klinikal. Manakala seramai 10 daripada 30 orang responden kurang bersetuju dengan penyataan ini. 30% responden berpendapat bahawa software dan sistem yang digunakan semasa program adalah sama seperti yang terdapat di PPUKM. 5 orang daripada mereka sangat tidak setuju dengan masalah ini.
  • 23. Daripada hasil kajian ini, kami dapat mengesan masalah yang dihadapi iaitu dari segi bahan pengajaran yang digunakan semasa kursus ICT kurang sesuai untuk meningkatkan keberkesanannya. Untuk mencegah masalah ini, kami harus berbincang dengan pihak penganjuran kursus dan program ICT untuk menambahbaik isi pengajaran supaya selari dengan sistem yang terdapat di PPUKM. Soalan 10 : Kurang penganjuran program kursus dan latihan ICT di PPUKM. Berdasarkan carta bar di atas, seramai 11 orang daripada 30 respondan ataupun 36.67% kurang setuju dengan masalah kurang penganjuran program kursus dan ICT di PPUKM. Akan tetapi, 23.33% responden berpendapat bahawa PPUKM kurang menganjurkan program kursus dan latihan ICT. Di samping itu, bilangan yang amat setuju dengan penyataan ini ialah seramai 3 orang ataupun 10%. Jika dibandingkan dengan respondan yang sangat tidak setuju, respondan yang tidak setuju melebihi respondan yang sangat tidak setuju seramai 1 orang, ataupun 3.33%.
  • 24. Untuk masalah ini, 10 dari 30 orang respondan ataupun seramai 30% beranggapan bahawa kursus dan program latihan ICT kurang dianjurkan di PPUKM. Ada yang berpendapat bahawa kursus tersebut hanya dibuka kepada jururawat yang baru sahaja. Kami berpendapat bahawa kursus dan program ICT ini sepatutnya dianjurkan lebih kerap agar sejajar dengan kemajuan dan teknologi baru yang dihasilkan supaya semua jururawat dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang teknologi maklumat yang terdapat dalam dan luar negara. Jika program seperti ini diperhebatkan, serta isi dan bahan adalah sepadan dengan sistem di PPUKM, maka keberkesanan program latihan dan kursus ICT dapat ditingkatkan. Cadangan Kajian Antara cadangan-cadangan untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT adalah mengambil penceramah yang berkualiti dan berpengalaman untuk memberi pengisian dalam program kursus dan latihan ICT. Penceramah yang dapat menguasai ilmu tentang ICT, sistem-sistem yang digunakan di hospital seperti sistem C-Hets amat penting dan membantu para jururawat dalam memahami tentang sistem-sistem hospital. Selain itu, cara penyampaian seseorang penceramah perlulah secara ringkas dan mudah difahami oleh para jururawat. Dan teknik-teknik untuk menarik perhatian para peserta sangat diperlukan untuk mengelakkan para peserta daripada mengantuk supaya program kursus dan latihan ICT boleh menjadi lebih efektif. Kedua, masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT juga memainkan peranan yang penting. Biasanya, program atau latihan untuk para jururawat di PPUKM akan diadakan pada 2.30 atau 3 petang kerana jururawat yang bekerja syif pagi akan tamat syif pada pukul 2 petang. Waktu ini sangat sesuai untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT kerana jururawat yang baru habis syifnya boleh terus menyertai program ini. Jikalau program kursus dan latihan ICT diadakan pada pukul 4 atau 5 petang, sudah pasti ramai jururawat tidak akan mengambil bahagian disebabkan perlu tunggu lama selepas syif atau malas untuk datang semula ke hospital selepas pulang ke rumah.
  • 25. Selain daripada itu, tempoh untuk program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya melebihi 2 jam. Hal ini disebabkan para jururawat yang telah letih bekerja dari pukul 7 pagi hingga 2 petang akan mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian yang baik jika jangka masa kursus yang diambil memakan masa yang terlalu panjang. Jarak tempat untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT tidak sepatutnya terlalu jauh daripada tempat kerja para jururawat kerana jarak yang jauh akan menyebabkan para jururawat berasa malas untuk menyertai program tersebut. Tambahan pula, tempat untuk mengadakan program kursus dan latihan ICT perlulah selesa dan luas supaya para jururawat tidak terganggu dengan faktor persekitaran yang panas, sempit atau bising. Ketiga, program kursus dan latihan ICT perlu dianjurkan dengan lebih kerap supaya para jururawat dapat mengetahui setiap perisian terkini terutamanya apabila terdapat perubahan dalam sistem ICT hospital atau sewaktu menukar sistem yang baru. Ini juga dipanggil sebagai ‘’ Refresher course’’ bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan para jururawat tentang sistem atau perisian yang baru. Selain itu, program kursus dan latihan ICT juga boleh dianjurkan secara berperingkat setiap bulan kepada para jururawat untuk memastikan kemahiran dalam penggunaan sistem ICT di hospital tercapai. Tambahan pula, pihak penganjur boleh memperbanyakan lagi program kursus ICT, kempen-kempen ataupun bengkel-bengkel tentang kebaikan ICT dalam bidang jururawat untuk meningkatkan mutu kerja seseorang jururawat. Keempat, penglibatan para jururawat dalam program kursus dan latihan ICT juga sangat membantu dalam menjayakan program ICT. Pihak pengurusan hospital seharusnya mengalakkan ataupun mewajibkan bahawa setiap jururawat perlu menghadiri kursus ICT sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Bagi jururawat yang terlibat dalam program kursus dan latihan, cuti kelonggaran sepatutnya dapat dimohonkan dan penghargaan perlu diberi kepada yang menghadir program kursus. Setelah itu, program kursus dan latihan ICT hendaklah dijalankan secara berperingkat mengikut wad atau klinik supaya penglibatan para jururawat dapat secara menyeluruh. Program kursus dan latihan ICT juga perlu dimasukkan ke dalam slot orientasi jururawat baru supaya kesilapan medikal (medical error) boleh dikurangkan terutamanya dalam kalangan jururawat yang baru.
  • 26. Akhirnya, cadangan kelima untuk meningkatkan keberkesanan program kursus dan latihan ICT adalah mengkaji keberkesanan atau maklum balas tahap kemahiran dan pemahaman jururawat terhadap sistem yang digunapakai. Ia perlu dinilai selepas menghadiri setiap program kursus atau latihan. Sebagai contohnya, pihak Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) membuat ‘site round’ untuk mengetahui tahap kemahiran para jururawat. Ini dapat memastikan setiap peserta program kursus atau latihan yang hadir dapat memahami kursus tersebut terutamanya mereka yang banyak menggunakan sistem C-HETS. Selain daripada itu, program kursus dan latihan ICT boleh disertakan dengan latihan amali atau mengadakan sesi ‘mini test’ selepas sesi teori untuk menilai tahap kefahaman peserta. Akhirnya, sesi soal jawab boleh diadakan untuk memberi peluang kepada para jururawat yang mempunyai sebarang pertanyaan terhadap sistem-sistem atau perisian yang baru diperkenalkan.
  • 27. Kesimpulan Seperti yang kita sedia maklum, teknologi maklumat amat penting penggunaanya, lebih-lebih lagi dalam bidang perubatan. Kecanggihan teknologi perlu bergerak seiring dengan kemajuan perubatan. Pusat Perubatan UKM turut tidak ketinggalan dalam bersama-sama menyahut cabaran globalisasi dalam mengaplikasikan sistem teknologi maklumat yang serba canggih (sistem C- Hets) dalam jagarawatan pesakit. Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan kepada respondan yang dipilih secara rawak dalam kalangan jururawat daripada berlainan wad, kami mendapati bahawa majoriti daripada mereka ialah jururawat yang celik IT. Sememangnya, dapatan kajian ini menggembirakan kami kerana kecanggihan teknologi di PPUKM diperkuatkan lagi dengan kakitangannya yang bergenersai IT. Walaupun sebelum menyertai kursus IT, mereka mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan idea tentang bagaimana sesebuah sistem itu berfungsi. Maka, ilmu pengetahuan dan teori itu diperkuatkan lagi dengan menghadiri program kursus dan latihan ICT yang dianjurkan. Setelah menyertai program latihan dan kursus ICT, para jururawat mengakui bahawa tahap pengetahuan serta kefahaman mereka meningkat, dan mereka berupaya untuk mengaitkan teori yang dipelajari semasa program tersebut dengan tugasan klinikal. Mereka juga bersetuju bahawa salah satu kepentingan ICT ialah untuk mengurangkan medical errors yang dilakukan secara tidak sengaja. Selain itu, manfaat yang lain ialah, memudahkan mereka untuk menilai serta mengakses para pesakit dengan mudah dalam masa yang singkat. Pelbagai keputusan ujian makmal dapat diakses hanya dengan tekan pada papan kekunci komputer. Walau bagaimanapun, kami juga cuba dalam mengenalpasti halangan-halangan yang terpaksa dihadapi oleh para jururawat semasa menghadiri program kursus dan latihan ICT. Antaranya ialah, kesesuaian waktu dan tempat, teknik penyampaian pengajar, silibus program dan sebagainya. Mungkin masalah-masalah yang timbul akan gagal menarik minat para jururawat untuk menyertainya pada masa akan datang.
  • 28. Namun, sebahagian besar daripada mereka tetap menyertainya walaupun terdapat masalah yang timbul. Mereka menganggap cabaran-cabaran tersebut sebagai masalah yang kecil dan dapat diatasi dengan penambahbaikan pada masa akan datang. Rujukan Abdul Manan, M.D., Mohd Kamil, H. Kajian tahap pengetahuan dan penggunaan teknologi maklumat di kalangan anggota jabatan kesihatan negeri Terengganu Berner ES, Webster GD, Shugerman AA, Jackson JR, Algina J, Baker AL, Ball EV, Cobbs CG, Dennis VW, Frenkel EP, et al. Performance of four computer-based diagnostic systems. N Engl J Med. 1994 Jun Elhanan G, Socratous SA, Cimino JJ. Integrating DXplain into a clinical information system using the World Wide Web. Proc AMIA Annu Fall Symp. 1996 Rind DM, Safran C, Phillips RS, Wang Q, Calkins DR, Delbanco TL, Bleich HL, Slack WV. Effect of computer-based alerts on the treatment and outcomes of hospitalized patients. Arch Intern Med. 1994 Jul Sager N, Lyman M, Bucknall C, Nhan N, Tick LJ. Natural language processing and the representation of clinical data. J Am Med Inform Assoc. 1994 http://www.healthit.gov/providers-professionals/electronic-medical-records-emr http://www.ptm.ukm.my/wp-content/uploads/2011/10/dasartm3a.pdf https://www.youtube.com/watch?v=zmVKGshelcQ