SlideShare a Scribd company logo
1 of 42
1
FACULTY OF MEDICINE
DEPARTMENT OF NURSING
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK : TAHAP PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN
STAFF DI PPUKM
BIL. PELAJAR NO.MATRIK
1. NUR HAZWANI BINTI MOHD MARZUKI A138650
2. NURUL AIN BINTI AHMAD A138927
3. NURUL NAZIRAH BINTI MUHAMMAD A138416
4. NUR HALIMAH BINTI MD JUSOH A138156
5. JEREMY PONG CHUN KHAI A138238
6. MUHAMMAD MUNIR BIN CHEK NASRUDIN A138041
2
KANDUNGAN
No Tajuk Bilangan Muka Surat
1. Pendahuluan 1
2. Pernyataan masalah 1
3. Tujuan kajian 1
4. Objektif Kajian 1
5. Persoalan Kajian 1
6. Metodologi Kajian 2
7. Dapatan Kajian 2 - 34
8. Perbincangan 35
9. Cadangan Kajian 36
10. Kesimpulan 36 - 39
11. Rujukan 40
3
PENDAHULUAN
Perkembangan ICT didefinisikan sebagai "proses penyampaian suatu pesan dalam bentuk
lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa idea, informasi, kepercayaan,
harapan, ingatan dan sebagainya. Ia dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, baik langsung
atau tidak langsung. Melalui media maka hasrat dan tujuan akan tercapai samada dengan tujuan
mengubah sikap, pandangan, atau perilaku seseorang".
Teknologi ICT yang wujud sekarang ini mampu membantu digunakan dalam proses
pengajaran, pembelajaran dan juga jagarawatan pesakit sekiranya digunakan sistematik dan
berkesan. Apa yang kita mampu lihat sekarang ialah penggunaan ICT telah meluas diguna pakai
di semua tempat di Malaysia dan tidak terkecuali di hospital-hospital yang ada di Malaysia.
Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), penggunaan ICT telah
dipraktikkan secara meluas seperti kemudahan mengakses data- data peribadi pesakit, proses
kemasukan dan discaj pesakit dari wad, kemudahan sistem farmasi, sistem teknologi makmal,
kemudahan x-ray, diet pesakit dan kemudahan mendapatkan maklumat berkaitan penyakit
pesakit dengan segera dan tepat. Ini dapat membantu ke semua staf di PPUKM dalam
memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, cepat dan berterusan.
Sehubungan dengan itu, satu soal selidik telah di jalankan bagi mengetahui tahap
penggunaan ICT dari sudut kemudahan, pengalaman dan kemahiran dalam kalangan staf di Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
4
PENYATAAN MASALAH
Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap penggunaan ICT dalam kalangan staf Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Tinjauan juga dilakukan untuk
mengenalpasti kemudahan dan penggunaanya bagi staf PPUKM serta mengetahui tahap
kefahaman dan penguasaan dalam penggunaan ICT. Kajian ini dilakukan di dalam Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia dan blok fakulti perubatan.
TUJUAN KAJIAN
Tujun kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan ICT dalam kalangan
staff di PPUKM melalui tiga aspek utama iaitu kemudahan, pengalaman dan kemahiran
menggunakan ICT. Kajian ini juga dilakukan bagi memenuhi salah satu tuntutan subjek kursus
universiti bagi Tahun Tiga Semester Dua iaitu subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk :
i. Mengenalpasti kemudahan dan penggunaan ICT dalam kalangan staf di PPUKM.
ii. Mengetahui tahap kefahaman ICT dalam kalangan staf di PPUKM.
iii. Mengkaji tahap penguasaan dan kemahiran ICT dalam kalangan staf di PPUKM
PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah kemudahan dan penggunaan ICT dalam kalangan staf di PPUKM?
ii. Apakah tahap kefahaman ICT dalam kalangan staf di PPUKM?
iii. Apakah tahap penguasaan dan kemahiran ICT dalam kalangan staf di PPUKM ?
5
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan pada bulan Mei 2014 menggunakan kaedah borang soal selidik.
Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang staff di PPUKM di mana
responden adalah terdiri daripada pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, kerani, pembantu
makmal dan lain-lain. Borang soal selidik mengandungi soalan berkaitan dengan kemudahan
menggunakan ICT, pengalaman menggunakan ICT dan kemahiran menggunakan ICT.
Responden hanya perlu menandakan jawapan mengikut tahap persetujuan mereka terhadap
soalan berkaitan.
Kaedah kedua yang digunakan adalah kaedah rujukan. Bagi melengkapkan dapatan kajian , kami
telah mencari dan menggunakan bahan rujukan seperti jurnal untuk mengukuhkan lagi hasil
kajian dan perbincangan kami. Bahan rujukan rata-rata diperoleh dari jurnal-jurnal dan melalui
carian di laman sesawang.
Kaedah ketiga adalah melalui perbincangan. Kami telah mengadakan perbincangan sesama ahli
kumpulan bagi menelaah hasil kajian dan meneliti setiap keputusan dari borang soal selidik.
Perbincangan bersama juga dijalankan sepanjang tempoh proses penghasilan laporan kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian A : Maklumat Demografik
Lelaki
37%
Perempuan
63%
1. Jantina
6
Kaji selidik ini melibatakan 30 responden dari PPUKM, mereka terdiri daripada 11 orang lelaki
dan 19 orang perempuan. Carta Pai di atas menunjukkan bahawa bilangan responden perempuan
lebih banyak daripada responden lelaki, responden perempuan ialah 63% dan melebihi
responden lelaki sebanyak 26%. Keputusan ini menunjukkan penjawat awam di PPUKM adalah
perempuan. Ini menunjukkan lebih ramai wanita telah mohon untuk menyertai perkhidmatan
awam
Daripada aspek umur responden, data menunjukkan responden yang paling ramai adalah
daripada golongan umur 21-30 tahun, sebanyak 15 orang. Golongan ini merupakan muda,
mereka lebih berminat dan kerap menggunakan teknologi dalam pekerjaan. Bilangan responden
39dari peringkat umur 31-45 tahun adalah sebanyak 13 orang manakala responden yang berumur
45 tahun ke atas hanya 2 orang. Tiada responden yang berumur 20 tahun dan ke bawah.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
<20 Tahun 21- 30 Tahun 31 - 45 Tahun > 45 Tahun
Bilanganresponden
Umur
2. Umur
Umur
7
Graf di atas menunjukkan tahap pendidikan responden. Dari segi tahap pendidikan, seramai 4
orang responden berpendidikan hingga tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Kaji selidik ini menunjukkan bahawa pekerjaan di PPUKM
memerlukan sekurang-kurangnya kelayakan SPM. Kebanyakan daripada mereka mengikuti
pengajian di instistusi pengajian tingggi. Dalam 30 orang responden, pemegang sijil diploma
adalah paling ramai, berjumlah 18 orang. 8 orang responden telah menyambung pelajaran
hingga tahap universiti.
0
5
10
15
20
SPM/STPM Sijil Diploma Universiti Lain-lain
BilanganResponden
Tahap Pendidikan
3. Tahap Pendidikan
Tahap Pendidikan
Doktor
17%
Pengajar
17%
Jururawat
29%
Kerani
17%
Penolong Makmal
8%
Penolong Farmasi
4%
Pakar Diet
4%
Pembantu
Perawatan
Kesihatan
4%
4. Pekerjaan
8
Carta pai di atas menunjukkan jenis pekerjaan responden dalam kaji selidik ini. Majoriti
responden berkerjaya sebagai jururawat. Hal ini kerana majoriti pekerja di hospital terdiri
daripada jururawat. Bilangan responden yang bekerja sebagai doktor, pengajar dan kerani adalah
sama, sebanyak 4 orang daripada setiap bidang. Terdapat juga 2 orang penolong makmal,
seorang pembantu perawatan kesihatan dan seorang penolong farmasi menyertai soal selidik ini.
Graf di atas menunjukkan tempoh masa responden menggunakan ICT dalam sehari. Hanya 4
responden yang menggunakan ICT kurang daripada 2 jam sehari, bilangan ini hanya sedikit
kerana masyarakat sekarang semakin bergantung kepada produk ICT seperti komputer,
telephone, internet dan sebagainya. Perkara ini terbukti dengan sebanyak 11 orang responden
yang menggunakan ICT/ produk ICT lebih daripada 7 jam dalam sehari.
Bilangan responden yang menggunakan ICT dalam tempoh 2-5 jam dan 5-7 jam adalah lebih
kurang sama. Sebanyak 8 orang responden menggunakan ICT dalam tempoh 2-5 jam manakala
bilangan responden yang menggunakan ICT dalam tempoh 5-7 jam ialah 7 orang. ICT semakin
penting kerana ICT sangat membantu dalam kerja dan menjimatkan masa.
0
2
4
6
8
10
12
Kurang dari
2 jam
2-5 jam 5-7 jam 7 jam ke atas
Bilanganresponden
Tempoh Penggunaan ICT
5. Tempoh Masa Penggunaan ICT Dalam
Sehari
Tempoh Masa Penggunaan ICT
Dalam Sehari
9
Bahagian B : Penilaian Tahap Kemudahan ICT Responden
Menurut graf di atas, secara keseluruhan ramai responden yang bersetuju bahawa mereka
menggunakan pelbagai jenis alatan ICT (computer, telefon bimbit) dalam sehari. 13 orang
responden sangat bersetuju dan 14 orang responden bersetuju dengan penyataan tersebut, hal ini
kerana semakin ramai orang memiliki telefon bimbit dan komputer sendiri. Penggunaan telefon
atau telefon bimbit dianggap sebagai perkara yang biasa dalam hospital kerana telefon bantu
menghantar mesej atau infomasi terbaru kepada staff PPUKM. Hanya 3 orang responden yang
kurang bersetuju dengan pernyataan di atas mungkin mereka hanya menggunakan telefon bimbit
setiap hari dan menggunakan komputer sekiranya perlu.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Sangat
Tidak
Bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
1. Menggunakan Pelbagai Jenis Alatan ICT
Menggunakan Pelbagai Jenis
Alatan ICT
0
5
10
15
Sangat
Tidak
Bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
2. Kewajipan Mempunyai Gajet Akses
Internet
Wajib Mempunyai Gajet Akses
Internet
10
Menurut graf di atas, ramai responden bersetuju atau sangat bersetuju untuk wajib menpunyai
gajet yang boleh mengakses internet seperti telefon pintar. Sebanyak 8 orang responden
bersetuju dan 10 orang responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut. Tetapi seramai 6
orang responden kurang bersetuju, 3 orang responden tidak setuju dan 3 orang responden sangat
tidak bersetuju dengan penyataan di atas. Hal ini kerana gajet tersebut bukannya keperluan
peribadi dan tidak wajib untuk memiliki gajet pintar.
Graf di atas menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa PPUKM menyediakan
kemudahan komputer untuk mengakses internet, 13 orang responden bersetuju dan 13 orang
responden sangat bersetuju. Sebagai contoh , doktor, jururawat dan ahli makmal memerlukan
komputer dan menggunakan sistem ICT hospital semasa kerja untuk menyemak ubat yang
dipreskripkan, menyemak keputusan makmal pesakit dan lain-lain. Namun, 3 orang responden
kurang bersetuju dengan penyataan di atas. Hal ini berkemungkinan responden-responden ini
tidak dapat melayari laman web social seperti Facebook, Twitter dan Youtube pada masa kerja.
PPUKM telah menyekat akses ke laman web tersebut supaya pekerja memberi tumpuan semasa
kerja justeru dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan di PPUKM.
0
5
10
15
Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
3. Kemudahan Akses Internet yang
Disediakan oleh PPUKM
PPUKM Menyediakan
Kemudahan Akses Internet
11
Graf di atas menunjukkan 21 orang bersetuju dan 9 orang sangat bersetuju dengan bantuan
system computer dapat menjimatkan masa. Sistem komputer di hospital adalah Health
Information System (HIS) yang penting dalam pengurusan hospital. Sistem ini menjimatkan masa
untuk merekodkan sejarah penyakit pesakit, mencatat rancangan rawatan pesakit, membuat
laporan perubatan, menyenaraikan kos rawatan dan lain-lain. Penghantaran maklumat secara atas
talian menyenangkan kerja staff PPUKM dan menjimatkan masa, mereka tidak perlu menghantar
fail dari satu tempat ke tempat lain.
Graf di atas menunjukkan bahawa bukan semua responden bersetuju untuk membeli kemudahan
internet yang paling laju dan berkualiti bagi memenuhi kehendak sendiri. 3 orang responden
tidak bersetuju dan 7 orang responden kurang bersetuju dengan penyataan tersebut.
0
5
10
15
20
25
Sangat
Tidak
Bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
4. Sistem Komputer Menjimatkan Masa
Sistem Komputer Menjimatkan
Masa
0
5
10
15
Sangat
Tidak
Bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
5. Membeli Kemudahan Internet Berkualiti
Tinggi
Membeli Kemudahan Internet
Berkualiti Tinggi
12
Berkemungkinan, bagi responden-responden yang tidak bersetuju atau kurang bersetuju, mereka
berpendapat kualiti internet tidak akan ganggu kualiti hiduo dan tidak memandang kualiti
internet sebagai kehendak.
Terdapat 12 orang bersetuju dan 8 orang sangat bersetuju dengan penyataan di atas. Zaman
sekarang, ramai orang bergantung dengan internet dalam pembelajaran, untuk pekerjaan,
mendapat informasi dari internet, bersosial, membeli belah dan sebagainya. Dengan bantuan
internet, masyarakat yang mempunyai telefon pintar boleh menggunakan applikasi seperti
Whatsapp, Line, Wechat dan sebagainya untuk menganti cara penghantaran mesej yang lama
iaitu Short Message System (SMS).
Applikasi baru ini membolehkan pengguna lebih berinteraksi dengan penerima mesej kerana
pengguna boleh menghantar rakaman suara, gambar atau video kepada penerima. Perkara ini
menyebabkan pengguna-penggina aplikasi seperti itu lebih bergantung kepada internet. Bagi
responden yang lebih kerap menggunakan webcam untuk berinteraksi dengan kawan atau
keluarga yang berada di luar negara, atau pun atas keperluan kerja. Mereka memerlukan internet
yang berkualiti tinggi supaya sesi pembualan tidak terganggu.
Merujuk graf di atas, seramai 10 orang responden yang bersetuju dan 16 orang sangat bersetuju
bahawa mereka menggunakan perkhidmatan internet untuk mendapatkan rujukan. 4 orang
responden yang kurang bersetuju dan tiada responden yang tidak bersetuju. Dengan bantuan
0
5
10
15
20
Sangat
Tidak
Bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
6. Menggunakan Internet Sebagai Sumber
Rujukan
Menggunakan Internet Sebagai
Sumber Rujukan
13
internet, kita boleh mendapatkan infomasi di hujung jari dan hal ini amat menjimatkan masa
dalam mencari maklumat atau rujukan.
Ada responden yang kurang bersetuju dengan penyataan di atas kerana bukan semua infomasi
dari internet adalah benar dan ada yang tidak sah. Sebagai contoh, laman web yang popular
seperti Wikipedia membolehkan pengguna mengubahsuai informasi dan menerbitkan fakta-fakta
yang tidak sah, ini menjadikan Wikipedia bukan sumber yang bagus untuk dijadikan material
dalam penyelidikan.
Kepada responden yang bersetuju, internet membolehkan mereka mencari artikal dan kertas
penyelidikan yang diterbitkan secara online. Hal ini membolehkan mereka mendapatkan
infomasi dari luar negara dan menyenangkan kerja mereka. Dengan bantuan internet, mereka
boleh mengadakan persidangan secara atas talian dan mendapatkan rujukan daripada pakar luar
negara terutamanya dalam proses pembedahan yang sukar dan jarang dijumpai.
Graf di atas menunjukkan jawapan responden apabila ada gajet terbaru yang di keluarkan di
pasaran. Seramai 16 orang responden daripada 30 orang responden mengatakan bahawa mereka
kurang bersetuju untuk menggunakan atau membeli segala jenis gajet terbaru yang di keluarkan
di pasaran. Daripada graf ini, kita dapat lihat responden-responden ini mungkin tidak berminat
dengan gajet-gajet terbaru yang dikeluarkan di pasaran. Malahan, mungkin di antara responden-
responden ini tidak mampu untuk mengikuti perkembangan gajet-gajet terbaru dengan keadaan
sara hidup yang semakin tinggi sekarang ini. 3 responden yang sangat bersetuju untuk
3
5
16
3 3
0
5
10
15
20
Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak Bersetuju Kurang Setuju Bersetuju Sangat Bersetuju
7. Kepastian Menggunakan Gajet Terbaru di
Pasaran
14
menggunakan gajet terbaru di pasaran ini mungkin masih bujang dan mereka ini mampu untuk
memiliki gajet-gajet baru yang acap kalinya sering keluar di pasaran.
Graf di atas adalah berkaitan dengan tahap kepuas hatian responden dengan kemudahan internet
di PPUKM. Seramai 15 orang responden berpuas hati dengan kemudahan internet yang ada di
PPUKM sekarang. Ini bermaksud responden ada menggunakan kemudahan internet yang
disediakan oleh pihak PPUKM seperti Wi-Fi. Apa yang kita dapat lihat dari graf di atas, terdapat
juga sedikit responden yang tidak bersetuju dengan tahap kemudahan internet yang di sediakan
oleh pihak PPUKM. Ini mungkin kerana mereka tidak boleh menggunakan kemudahan tersebut
atas sebab lokasi mereka berkerja.
Ada juga sesetengah tempat di kawasan PPUKM yang tidak boleh mencapai talian internet dan
menyebabkan responden-responden ini tidak mampu untuk menggunakan kemudahan internet
yang telah disediakan.
0
5
10
15
Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak Bersetuju Kurang
Bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
0
3
7
15
6
8. Berpuas Hati Dengan Kemudahan Internet
Sekarang
15
Graf di atas adalah berdasarkan penyataan yang pentingnya untuk setiap responden tahu
menggunakan komputer. 14 orang responden bersetuju yang pentingnya untuk mereka tahu
menggunakan komputer. Ini mungkin yang mereka telah menyedari bahawa zaman sekarang
ialah zaman di mana semua maklumat berada di hujung jari. Bukan sahaja maklumat, malah
kebanyakkan kemudahan-kemudahan lain juga menggunakan komputer.
Contohnya untuk memindahkan wang dari akaun sendiri ke akaun pihak ketiga. Dengan
menekan papan kekunci di papan komputer sahaja, dengan sekelip mata wang tersebut telah di
pindahkan. Selain itu, komputer juga akan memudahkan kerja-kerja staff yang bertugas di wad.
Mereka boleh mengakses maklumat pesakit dengan menggunakan komputer sahaja tanpa perlu
mencari di dalam kertas yang mempunyai maklumat pesakit.
0 0
3
14
13
0
5
10
15
Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju
9. Kepentingan Untuk Mengetahui Penggunaan
Komputer
16
Graf di atas menunjukkan keputusan yang di peroleh berkaitan dengan penyataan yang
mengatakan sistem yang digunakan di PPUKM adalah mesra pengguna. 11 orang responden
bersetuju bahawa sistem yang di gunakan adalah mesra pengguna. Ini menunjukkan responden-
responden ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan sistem yang telah di
implementasikan oleh pihak PPUKM.
Mereka mungkin dapat membaiki masalah-masalah yang timbul, yang berkaitan dengan sistem
yang di aplikasikan. Bagi responden yang kurang bersetuju dengan penyataan ini, mereka
mungkin staf-staf baru di ambil berkerja di PPUKM dan masih lagi tidak biasa dengan sistem
yang diguna pakai oleh pihak PPUKM.
0
5
10
15
Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak
Bersetuju
Kurang
Bersetuju Bersetuju
Sangat
Bersetuju
0
0
9
11
10
10. Sistem yang Digunakan Adalah Mesra
Pengguna
17
Bahagian C : Penilaian Tahap Pengalaman ICT Responden
Graf di atas menunjukkan jawapan responden terhadap penyataan di mana kerjaya yang mereka
ceburi di PPUKM ini memerlukan penggunaan komputer serta ICT. 12 orang responden telah
bersetuju dan 11 orang lagi sangat bersetuju dengan penyataan ini. Berdasarkan bilangan ini,
dapatlah saya katakana yang responden-responden ini mempunyai pengalaman menggunakan
komputer untuk menyempurnakan tugasan harian mereka.
Ini kerana, ada di antara responden ini adalah dari kalangan mereka yang berkerja sebagai kerani
di klinik dan juga wad. Jadi, sudah tentu kerja mereka ini akan berkait dengan penggunaan
komputer serta ICT. Terdapat 4 orang responden yang kurang bersetuju dan 3 orang lagi tidak
bersetuju dengan penyataan di atas. Ini mungkin kerana kerjaya mereka tidak berkait rapat
dengan penggunaan komputer serta ICT.
0
10
20
Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak Bersetuju
Kurang
Bersetuju Bersetuju
Sangat
Bersetuju
0 3 4
12
11
1. Kerjaya Yang Diceburi Memerlukan
Penggunaan Komputer Serta ICT
18
Merujuk kepada graf di atas, berikut adalah jawapan responden terhadap penyataan di mana
tanpa gajet, hidup mereka akan terasa bosan. Seramai 14 orang daripada 30 orang responden
kurang bersetuju dengan penyataan ini. Dapat ditafsirkan di sini para responden mungkin tidak
bergantung sepenuhnya kepada gajet-gajet mereka sahaja untuk mengisi ruang yang bosan dalam
hidup mereka. Ini kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga atau
melakukan aktiviti riadah bersama-sama rakan-rakan untuk mengisi masa lapang mereka
sekaligus menhilangkan perasaan bosan dalam diri mereka ini.
Gajet bagi mereka mungkin sekadar bahan sampingan yang digunakan jika tiada keluarga atau
rakan-rakan di sekeliling mereka. Seramai 6 orang responden bersetuju dan 3 orang lagi sangat
bersetuju dengan penyataan di atas ini. Responden ini mungkin dari kalangan orang yang kurang
melakukan aktiviti sosial di luar kawasan rumah mereka. Mereka ini juga mungkin tergolong
dengan golongan orang yang pemalu untuk bersosial dengan orang lain. Gajet adalah perkara
penting bagi mereka kerana dengan gajet mereka boleh meluahkan perasaan mereka seperti di
Facebook atau Twitter.
0
2
4
6
8
10
12
14
Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak Bersetuju Kurang
Bersetuju
Bersetuju Sangat
Bersetuju
2
5
14
6
3
2. Tanpa Gajet, Hidup Terasa Bosan
19
Carta menunjukkan peratus responden yang bersetuju dengan pernyataan ‘sedang belajar lebih
lanjut mengenai penggunaan komputer’ . Sejumlah 66% responden atau 20 orang staf setuju
masih mendalami penggunaan komputer. Selebihnya 10 % atau 3 orang tidak bersetuju diikuti
oleh 7% iaitu 2 orang responden sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada hari ini menyebabkan teknologi yang sedia ada
tidak sempat dipelajari sedangkan teknologi yang terbaru terus-menerus diterokai.Hal ini
menunjukkankan masih ramai staf yang belum cukup pengalaman dalam menggunakan
komputer dan sehingga kini masih dalam sedang proses pembelajaran tentang penggunaaan
komputer. Hampir separuh daripada responden percaya mereka memerlukan lebih banyak
latihan untuk memenuhi keperluan ICT dalam bidang kerja dengan lebih baik (Eley, Fallon,
Soar, Buikstra & Hegney, 2008).
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
'Saya sedang belajar lebih lanjut mengenai penggunaan komputer'
3. Pembelajaran Lebih Lanjut mengenai
Penggunaan Komputer.
Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
20
Carta pai menunjukkan peratusan kekerapan respoden menggunakan peralatan ICT di PPUKM.
Sejumlah 20 orang bersetuju iaitu 66.67% responden menggunakan peralatan ICT dengan kerap
manakala 10 orang lagi iaitu 33.37% berpendapat tidak kerap atau kurang menggunakan
peralatan ICT di PPUKM.
Staf di PPUKM terdiri dari pelbagai bidang, justeru, kekerapan menggunakan peralatan ICT
bergantung kepada skop kerja masing masing. Sebagai contoh, staf perubatan seperti
doktor,jururawat dan ahli makmal menggunakan ICT dengan kerap untuk prosedur CT-scan,
mengakses keputusan darah atau makmal, dan preskripsi ubatan. Penggunaan ICT dapat
memberi impak positif terhadap hasil jagarawatan pesakit dengan pengurangan komplikasi dan
mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan keberkesanan proses klinikal (Staggers, Gassert , &
Curran, 2002).
6.67%
26.67%
46.67%
20%
4. Kekerapan Menggunakan Peralatan ICT di
PPUKM
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
21
Rajah menunjukkan peratusan staf yang bersetuju dengan pernyataan mempunyai pendedahan
awal berkaitan ICT sebelum masuk ke tempat kerja. 50 % mewakili 15 orang responden
bersetuju bahawa mereka mempunyai pendedahan awal terhadap ICT sebelum ke alam
pekerjaan, termasuk seramai 5 orang sangat bersetuju menyokong peryataan ini. Manakala 10
orang tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu 26.67 % mewakili 8 orang menyatakan kurang
bersetuju dan 6.67 % iaitu 2 orang menyatakan tidak bersetuju. Tiada responden yang sangat
tidak setuju.
Walaupun tiada garis panduan untuk dijadikan kayu ukur terhadap kemahiran ICT yang perlu
diajar di universiti (McCannon & O’Neal, 2003), namun majoriti staf di PPUKM telah biasa
dengan ICT sebelum mereka bekerja lagi. Hal ini menunjukkan bahawa staf atau responden
berpengalaman dalam penggunaan ICT dan ianya bukan dihadkan dalam konteks pekerjaan atau
pembelajaran sahaja malah penggunaan ICT itu juga diaplikasikan dalam penggunaan harian.
Antara contoh terbaik ialah melalui pemilikan telefon pintar.
6.67%
26.67%
50%
16.67%
0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6
5. Mempunyai
Pendedahan Awal
Sebelum Memasuki
atau Mendapat
Tawaran Bekerja
Sangat bersetuju
Bersetuju
Kurang bersetuju
Tidak bersetuju
sangat tidak setuju
22
Carta menunjukkan peratus responden yang bersetuju dengan pernyataan dapat mengakses
masalah pesakit daripada smart phone atau komputer peribadi. 40 % dan 6.67% iaitu seramai 12
orang dan 2 orang masing-masing memberikan jawapan positif iaitu bersetuju dan sangat
bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala sejumlah 53.33 peratus responden mewakili 16
orang responden meletakkan negatif iaitu 3 orang sangat tidak bersetuju, 6 orang tidak bersetuju,
dan 7 orang kurang bersetuju .
Hal ini menunjukkan hanya sebahagian staf di PPUKM boleh mengakses maklumat pesakit
melalui ICT menggunakan gajet peribadi yang dimiliki. Antara faktor yang boleh mengehadkan
akses adalah kurang pengetahuan terhadap cara mengakses, tuntutan skop kerja yang berbeza,
dan ciri-ciri keselamatan sistem maklumat pesakit yang tinggi.
10%
20%
23.33%
40%
6.67%
6. Dapat Mengakses Masalah Pesakit
Daripada Smart Phone Atau Komputer
Peribadi
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
23
Majoriti responden iaitu seramai 14 orang mewakili 46.67 % bersetuju dan 3 orang mewakili 10
% sangat bersetuju dengan pernyataan pernah mengendalikan ICT ( projector LCD) di dalam
bilik kuliah/ seminar. Manakala sejumlah 13 orang responden selebihnya masing-masing 26.67%
menyatakan kurang setuju diikuti oleh 13.33% tidak bersetuju dan 3.33% responden sangat tidak
setuju dengan pernyataan tersebut.
Perkara ini menunjukkan bahawa walaupun penggunaan teknologi ICT masa kini semakin pesat
namun masih ramai staf atau responden yang tidak ada pengalaman mengendalikan acara atau
majlis yang berkaitan rapat dengan penggunaan ICT. Dalam konteks penggunaan ICT di
PPUKM, antara jalan selamat yang dipilih adalah dengan menyerahkan urusan berkaitan ICT
kepada jabatan yang berkenaan seperti Jabatan Pembangunan Multimedia kerana berpendapat
ICT adalah bidang kerja mereka sepenuhnya.
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
45.00%
50.00%
7. Pernah Mengendalikan ICT ( projector LCD) di
Dalam Bilik Kuliah/Seminar.
7. Pernah Mengendalikan ICT ( Projector LCD)
Di Dalam Bilik Kuliah/Seminar
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
24
Seramai 13 orang dan tambahan 2 orang responden iaitu 43.33% bersetuju dan 6.67% sangat
bersetuju mampu masukkan data pesakit melalui sistem yang digunakan di PPUKM. Selebihnya
sejumlah 33.33% diikuti oleh 10% dan 6.67% mewakili 10 orang kurang bersetuju 3 orang tidak
bersetuju dan 2 orang sangat tidak bersetuju mampu memasukkan data pesakit melalui sistem
yang digunakan di PPUKM.Pecahan ini menunjukkan bahawa pengalaman staf memasukkan
data pesakit melalui sistem di PPUKM adalah sama rata iaitu 50% bersetuju mampu
memasukkan dan 50% tergolong dalam kurang atau tidak setuju mampu memasukkan data
pesakit melalui sistem yang digunakan di PPUKM.
6.67%
10%
33.33%
43.33%
6.67%
8. Mampu memasukkan data pesakit melalui
sistem yang digunakan di PPUKM
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
25
Sejumlah 82 % iaitu seramai 24 orang responden, 59% bersamaan 20 orang menyokong dan
23% iaitu 4 orang sangat bersetuju dengan kaedah yang digunakan di PPUKM dalam proses
pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit kerana ia memudahkan urusan staf dan pengguna.
Selebihnya 18% mewakili 6 orang responden menyatakan kurang bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Tidak ada responden yang tidak setuju atau sangat tidak setuju.
Berdasarkan maklumat di atas. Perkara ini menunjukkan pengalaman staf terhadap penggunaan
ICT dari sudut pengurusan memberi impak yang baik dan maksima terhadap kelancaran urusan
kerja. Selain itu, keberkesanan jenis sistem yang digunakan di PPUKM juga salah satu faktor
yang menyumbang kepada respon positif ini.
0
5
10
15
20
25
Sangat tidak
bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
bersetuju
Bersetuju Sangat
bersetuju
9. Kaedah yang digunakan di PPUKM dalam
pembayaran bil dan sistem pendaftaran
pesakit memudahkan urusan
Sangat tidak bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
26
Daripada keseluruhan 30 responden, majoriti daripada mereka bersetuju bahawa capaian
terhadap sistem ICT di PPUKM adalah memuaskan dan ianya mempercepatkan proses
jagarawatan. Manakala tiada langsung responden yang sangat tidak bersetuju atau tidak bersetuju
dengan kenyataan ini. Selebihnya iaitu 8 orang responden mewakili 27% sangat bersetuju
capaian pada sistem adalah memuaskan dan mempercepatkan proses kerja dan hanya 6 orang
iaitu sebanyak 20% responden menyatakan bahawa mereka kurang bersetuju dengan kenyataan
tersebut.
Perkara ini juga menjadi kayu ukur tahap pengalaman responden terhadap penggunaan ICT.
Penggunaan ICT yang efektif berpotensi untuk mempertingkatkan hasil keputusan pesakit
(Staggers et al., 2002)
0% 0%
20%
53%,
27%
10. Kebolehcapaian Terhadap Sistem Adalah
Memuaskan dan Mempercepatkan Kerja
Sangat tidak bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
sangat bersetuju
27
Bahagian D: Penilaian Tahap Kemahiran Responden Terhadap ICT
Carta bar menunjukkan peratus staf yang setuju bahawa tahu menggunakan sistem CHets tanpa
bantuan orang lain. Sejumlah 60% responden tahu menggunakan sistem CHets tanpa bantuan
manakala 10 % lagi memerlukan bantuan orang lain untuk menggunakan sistem CHets.
CHets merupakan sistem yang berkaitan dengan maklumat kesihatan pesakit dan penggunaannya
berkisar pada aspek perubatan dan dalam hospital. Profesion seperti doktor, jururawat ,pegawai
makmal atau farmasi perlu menggunakan sistem ini untuk memasukkan dan memeriksa data
pesakit . Namun kerjaya seperti kerani atau staf pustakawan yang berurusan dengan staf serta
pelajar tidak menggunakan sistem ini kerana tidak berurusan dengan pesakit.
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
45.00%
50.00%
1. Mengetahui Cara Menggunakan Sistem CHets
Tanpa Bantuan Orang Lain
1. Mengetahui Cara Menggunakan Sistem
CHets Tanpa Bantuan Orang Lain
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
28
Majoriti responden iaitu seramai 26 orang bersamaan 86.66% bersetuju mereka mengakses
internet dan menggunakan ICT hampir setiap hari. Seramai 13.33% iaitu 4 orang responden
kurang bersetuju bahawa mereka mengakses internet dan menggunakan ICT hampir setiap hari.
Konklusinya, sebahagian besar responden menggunakan aplikasi teknologi dan internet dalam
kehidupan seharian. ICT memainkan peranan penting dalam kehidupan staf-staf di PPUKM
malah meliputi segenap masyarakat. Kekerapan mengakses internet setiap hari lama-kelamaan
secara tidak langsung melatih kemahiran responden dalam menggunakan ICT. Tahap
penggunaan ICT adalah tinggi dan menjadi kemestian bagi sebahagian besar responden.
13.33%
43.33%
43.33%
2. Kerap Mengakses Internet Dan
Menggunakan ICT Hampir Setiap Hari
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
29
Sebanyak 50% responden iaitu 15 orang kurang bersetuju dengan pernyataan tahu cara-cara
untuk pulihkan, seperti biasa sekiranya ‘hang’. 2 orang responden sangat tidak setuju manakala
13 orang responden iaitu 43.33% tahu cara untuk pulihkan komputer seperti biasa sekiranya
‘hang’.Tahap kemahiran responden untuk pulihkan komputer yang ‘hang’adalah tidak sama
dimana separuh daripada responden kurang tahu. Merujuk kepada informasi di atas, dalam
konteks penyelenggaraan, responden kurang mahir untuk mengatasi masalah yang mungkin
timbul sewaktu penggunaan ICT.
0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
60.00%
3.Mengetahui Cara-Cara Memulihkan
Komputer Sekiranya ‘hang’ kepada
normal/keadaan biasa
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang bersetuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
30
Rajah di atas membuktikan separuh daripada responden merasa lebih selesa menaip atau
merekod ke dalam komputer berbanding menulis dengan tangan. Daripada 30 orang responden,
15 orang iaitu 50 % kurang setuju dengan pernyataan ‘ lebih selesa menulis dengan tangan
berbanding menaip atau merekod ke dalam komputer’, sejumlah 23.30% iaitu seramai 7 orang
mengatakan tidak setuju manakala 26.67% iaitu seramai 8 orang mengatakan lebih selesa
menulis dengan tangan berbanding menaip atau merekod ke dalam komputer.
0% 10% 20% 30% 40% 50%
4. Lebih Selesa
Menulis dengan
Tangan Berbanding
Menaip atau
Merekod ke Dalam
Komputer 10%
13.30%
50%
16.67%
10%
Sangat bersetuju
Bersetuju
Kurang bersetuju
Tidak bersetuju
Sangat Tidak Bersetuju
31
Carta di atas menunjukkan penggunaan respondan terhadap perisian setiap komputer . Majoriti
respondan kurang bersetuju dan kurang mahir dalam menggunakan setiap perisian yang terdapat
di komputer mereka. Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa respondan kebanyakannya hanya
menggunakan perisian yang penting sahaja mahupun yang perlu berkaitan dengan profession
mereka. Namun apa kita dapat lihat melalui graf di atas terdapat juga respondan yang sangat
tidak bersetuju dan sangat mahir akan penggunaan kesemua perisian komputer di mana
peratusnya adalah yang paling rendah iaitu sebanyak 6%. Ini menunjukkan masih terdapat
golongan staff PPUKM yang menggunakannya sama ada ia berkaitan dengan kerjaya profession
mereka atau sekadar suka-suka sahaja.
6%
7%
53%
27%
7%
5. Kemahiran Menggunakan Perisian Setiap
Komputer
Sangat tidak Bersetuju
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Bersetuju
Sangat Bersetuju
32
Graf di atas menunjukkan kemahiran staff PPUKM dalam menggunakan salah satu perisian
komputer iaitu Microsoft Power Point. Seramai 13 respondan bersetuju bahawa mereka mahir
dalam menggunakan Microsoft Power Point dan keputusan ini mendapat keputusan yang
tertinggi. Di sini kita dapat lihat bahawa staff PPUKM ramai yang tahu dan aplikasikan
penggunaan Microsoft Power Point dalam kerjaya dan tugas mereka. Contohnya kita tahu
kebanyakan staff di PPUKM mempunyai dua tugas dalam satu masa di mana merekalah
jururawat dan doktor dan merelah juga pensyarak kepada pelajar fakulti perubatan.
Sepertimana kita tahu, sekarang penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) banyak
menggunakan cara Power Point semasa menyampaikan kuliah mahupun persembahan kerja
kumpulan. Selain itu, staff di PPUKM juga selalu mengadakan seminar berkaitan dengan kerjaya
masing-masing mahupun isu mengenai bidang perubatan. Boleh dikatakan kebanyakan seminar
ini menggunakan Power Point sebagai saluran media dalam penyampaian mereka.
0 2 4 6 8 10 12 14
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak bersetuju
Kurang Setuju
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Chart Title
6. Kemahiran
Menggunakan
Microsoft Power
Point Secara
Interaktif
33
Merujuk kepada graf di atas, berikut merupakan jawapan respondan terhadap kemampuan untuk
mengendalikan sistem kemasukan pesakit dengan menggunakan sistem teknologi maklumat.
Daripada 30 respondan, jawapan kurang setuju dan setuju mendapat jumlah yang sama iaitu
seramai 12 respondan. Hal ini menunjukkan jumlah staff yang mengetahui penggunaan sistem
kemasukan pesakit dan kurang mengetahuinya adalah sama. Ini boleh berlaku kerana bidang
profession staff PPUKM.
Kebanyakan yang mengetahui sistem kemasukan ini ialah staff yang bekerja di bahagian klinik
dan wad seperti kerani, jururawat dan doktor. Mereka ini adalah orang yang selalu berjumpa
dengan pesakit dan dikehendaki memasuki maklumat mereka setiap hari. Manakala jawapan bagi
sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju pula mendapat jumlah yang sama iaitu seramai 2
orang. Respondan ini mungkin dari kalangan yang bekerja di bahagian akademik sahaja seperti
kerani di jabatan perpustakaan mahupun di jabatan fakulti mahupun pensyarah yang bertugas di
bahagian akademik sahaja dan tidak terlibat dalam kawasan klinikal.
0
2
4
6
8
10
12
Sangat
Tidak
Bersetuju
Tidak
Bersetuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Tidak
Bersetuju
7. Kemampuan
Staff untuk
Mengendalikan
Sistem Kemasukan
Pesakit dengan
Menggunakan
Sistem Teknologi
Maklumat
34
Graf di atas menunjukkan penyediaan back-up data oleh staff PPUKM sekiranya sistem
tergendala atau sistem komputer terganggu. Pernyataan kurang setuju dalam perkara ini
mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu 15 orang dari 30 respondan. Perkara ini dapat dilihat
bahawa separuh daripada staff PPUKM tidak seperti ‘sediakan payung sebelum hujan’. Hal ini
kerana mereka tidak lebih berhati hati dan tidak memastikan mereka mempunyai ‘back up’
jikalau sebarang masalah berlaku seperti masalah wifi mahupun masalah komputer itu sendiri.
Perkara ini juga mungkin disebabkan mereka percaya bahawa sistem di PPUKM tidak akan
menghadapi sebarang masalah dan ini berbeza kepada respondan yang setuju akan perkara ini
iaitu seramai 12 orang iaitu kedua tertinggi di mana mereka mungkin berpengalaman dengan
sistem di PPUKM yang kadang kala akan menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi
penyediaan ‘back up’ adalah sangat penting bagi mereka untuk menyelesaikan perkara ini jikalau
sesuatu berlaku.
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Sangat Tidak
bersetuju
Tidak
bersetuju
Kurang
Setuju
Setuju Sangat
Bersetuju
8. penyediaan
back-up data
sekiranya sistem
tergendala atau
sistem komputer
terganggu
35
Graf di atas menerangkan jawapan responden terhadap kebolehan mereka menyeleggarakan
perkakasan komputer jika terdapat kerosakan kecil. Kita dapat lihat berdasarkan carta pie di atas,
sebanyak 40% respondan kurang setuju akan perkara ini. Hanya 3% sahaja yang sangat
bersetuju dan yakin mereka boleh memperbaiki Komputer mereka jika berlaku kerosakan.
Perkara ini boleh berlaku kerana majority staff di PPUKM tidak mempunyai ilmu berkaitan
dengan elektronik dan mekanikal.
Majoritinya adalah major dan mahir dalam ilmu perubatan memandangkan respondan ini
kebanyakannya adalah staff perubatan. Bagi yang tidak bersetuju pula, jumlahnya ialah
sebanyak 17% dan kemungkinan respondan ini mengambil tahu akan perkara ini dan belajar
secara tidak formal dengan pakar mahupun dengan melayari internet sahaja.
.
10%
17%
40%
30%
3%
9. Kebolehan Menyelenggarakan Perkakasan
Komputer Jika Terdapat Kerosakan Kecil
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Kurang Setuju
Setuju
Sangat Bersetuju
36
Graf di atas menerangkan penggunaan staff PPUKM dalam peralatan ICT yang dibekalkan.
Daripada 30 responden yang, seramai 20 responden bersetuju bahawa mereka menggunakan
sepenuhnya peralatan ICT yang terdapat di PPUKM. Hal ini dapat menerangkan bahawa lebih
dari separuh warga PPUKM tidak mensia-siakan peralatan ICT yang dibekalkan.
Contohnya kebanyakan pensyarah lebih gemar menggunakan komputer yang terdapat di kelas
untuk menyampaikan kuliah dari membawa komputer riba mereka sendiri. Ini juga terjadi oleh
para doktor di klinik di mana terdapat komputer di hadapan mereka dan mereka gemar membuka
internet di situ terus daripada menggunakan telefon bimbit mereka. Selain itu, penggunaan
komputer di perpustakaan juga rajin digunakan oleh staff PPUKM yang menjadi pelajar separuh
masa.
Namun bagi 10 responden yang kurang bersetuju, kemungkinan mereka lebih gemar
menggunakan peralatan sendiri seperti telefon bimbit, tablet mahupun computer riba mereka. Hal
ini kerana kebanyakan mereka ini lebih mementingkan keselamatan dari terkena virus seperti
mana kita tahu penggunaan peralatan ICT awam ini kebanyakan mempunyai pelbagai virus di
dalamnya.
0 5 10 15 20
Sangat Tidak bersetuju
Tidak Bersetuju
Kurang Bersetuju
Setuju
Sangat Bersetuju
10. Penggunaan
sepenuhnya
peralatan ICT
yang dibekalkan
37
PERBINCANGAN
Rata-rata staf di PPUKM memiliki gajet ICT dan menggunakan telefon pintar dalam urusan
seharian. Majoriti staf menggunakan pelbagai jenis alatan ICT dan sebahagian besar
penggunaan adalah sewaktu masa bekerja. Pengalaman staf dalam penggunaan ICT agak luas
dalam konteks pengurusan seperti proses pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit.
Sebahagian besar kakitangan berpendapat penggunaan ICT memudahkan urusan kerja dan .
Responden dari PPUKM yakin bahawa dengan bantuan sistem komputer semasa bekerja dapat
menjimatkan penggunaan masa. Namun begitu terdapat beberapa limitasi terhadap penggunaan
ICT yang optimum dalam kalangan staf di PPUKM.
Pendapat saya, staf PPUKM sekurang-kurangnya perlu tahu bagaimana untuk memperbaiki
perkara-perkara asas dan kecil berkaitan dengan komputer mereka agar mereka sendiri boleh
menjimatkan masa mereka. Walaupun kita mempunyai juruteknik dan boleh memanggilnya
untuk memperbaiki komputer kita namun, kita tahu kadang-kadang banyak masa yang
diperlukan untuk juruteknik ini melayan kita jikalau pada masa itu banyak aduan kerosakan. Ya,
memang ada pepatah ‘hanya jauhari yang mengenal manikam ‘ namun sepertimana pepatah
‘masuk kandang lembu mengembek, masuk kandang harimau mengaum’ , kita harus
menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana sekeliling. Dalam konteks bekerja, kita harus
menjadi seorang individu yang serba boleh dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran yang
diperlukan agar dapat menjadi individu yang cemerlang.
Antara faktor yang menjadi limitasi ini ialah kekurangan tahap keberkesanan dan kecekapan
sistem yang ada, pengajaran kemahiran ICT yang kurang kepada staf oleh pihak pengurusan dan
faktor perbezaan dalam sektor bidang kerja. Dalam satu kajian oleh Eley et al. (2008), kemahiran
yang dikenal pasti sangat relevan dengan jururawat yang berpengalaman dan lepasan graduan
adalah pangkalan data (database) dan sistem pengurusan pesakit (patient management system).
Jururawat haruslah menguasai kemahiran ini bagi memudahkan sistem pengurusan di ward
mahupun klinik. Bagi proses mengajar dan melatih kemahiran yang diperlukan, pihak universiti
harus mempunyai kefahaman yang jelas tentang jenis kemahiran ICT yang harus para graduan
ketahui sebagai persediaan belia di alam pekerjaan nanti.(McCannon & O’Neal, 2003). Oleh itu,
adalah menjadi tanggungjawab bersama individu mahupun institut untuk melengkapkan diri para
graduan dengan kemahiran teknologi moden ini.
38
CADANGAN KAJIAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan, kami mendapati beberapa penambahbaikan perlu
dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan teknologi dalam kalangan staf di PPUKM.
Pertama, pihak pengurusan perlu memastikan setiap staf yang bertugas menjalani kursus intensif
dan kursus tersebut perlu dilaksanakan secara berkala. Justeru, pihak pengurusan perlu
mendapatkan maklum balas dan respon daripada peserta yang mengikuti kursus tersebut. Untuk
memastikan pemahaman dan penguasaan peserta/staf yang mengikuti kursus tersebut, latihan
amali atau praktikal terus ke atas sistem sebenar yang digunakan oleh hospital akan
memantapkan penguasaan staf dalam pengendalian sistem apabila bekerja kelak. Pemantauan
perlu dilaksanakan setelah kursus diberikan agar maklumat dan teknologi tersebut dilakukan
dengan betul dan selamat.
Pada zaman kini, setiap staf telah dilengkapi dengan telefon pintar/iPhone/Smart phone,
justeru, memuat naik sistem atau teknologi yang diguna pakai di hospital ini untuk memudahkan
urusan jagarawatan pesakit boleh menjimatkan masa dan urusan lebih teratur. Teknologi juga
boleh dikembangkan dengan menggalakkan staf untuk menguasai sistem baru dan boleh
aplikasikan dalam bidang pekerjaan.
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, kajian ini telah mencapai objektif kajian. Bagi objektif
pertama kajian ini iaitu mengenalpasti kemudahan dan penggunaan ICT dalam kalangan staf di
PPUKM. Seramai 13 orang responden (43%) sangat bersetuju yang mereka menggunakan
pelbagai alatan ICT di PPUKM seperti kompiter riba dan telefon bimbit. Hal ini kerana majoriti
responden iaitu seramai 10 orang responden (33%) sangat bersetuju dan 8 orang respondan
(27%) bersetuju bahawa kepintangannya mempunyai alatan ICT ini dan kewajipan gadjet untuk
mengakses internet.
Lebih dari separuh responden yang menyatakan mereka sangat bersetuju dan bersetuju bahawa
PPUKM menyediakan kemudahan akses intrenet yang bagus iaitu seramai 13 responden (43%)
menyatakan sangat bersetuju dan 13 orang responden (43%) mengatakan sangat bersetuju.
Namun begitu masih yang berkata kurang bersutuju iaitu seramai 4 respondan (13%). Hal ini
berkemungkinan mereka tidak dapat melayari laman web yang mereka ingin lewati seperti
39
facebook, Twitter dan Youtube memandangkan laman web ini dapat dilayari 12 tengah hari
ketas.
Selain itu, kesemua responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa penggunaan komputer
dapat menjimatkan masa mereka ketika melakukan kerja. Seramai 16 responden (53%) sangat
bersetuju dan 10 orang responden (33%) bersetuju bahawa mereka menggunakan internet
sebagai sumber rujukan untuk mencari maklumat. Namun begitu, seramai 4 orang responden
(13%) kurang bersetuju bahawa internet adalah sumber rujukan dalam pencarian maklumat
kerana ketidakpastian sumbernya. Lebih dari separuh responden berpuas hati dengan kemudahan
internet di PPUKM iaitu seramai 15 orang (59%) berpuas hati dan seramai 6 orang (20%) sangat
berpuas hati. Selain itu, seramai 10 respondan (33%) sangat bersetuju bahawa sistem dan
kemudahan di PPUKM ini adalah mesra pelanggan dan seramai 11 respondan (37%) bersetuju
akan kenyataan ini.
Bagi objektif kedua kajian ini ialah mengetahui tahap kefahaman ICT dalam kalangan staf di
PPUKM. Seramai 23 (77%) responden bersetuju bahawa pekerjaan mereka memerlukan
penggunaan komputer dan ICT. Hal ini kerana, ada di antara responden ini adalah dari kalangan
mereka yang berkerja sebagai kerani di klinik dan juga wad. Jadi, sudah tentu kerja mereka ini
akan berkait dengan penggunaan komputer serta ICT. Namun begitu, 14 orang responden (47%)
kurang bersetuju bahawa hidup mereka akan berasa bosan kalau tiada gajet. Ini menunjukkan
bagi mereka, gajet mungkin sekadar bahan sampingan yang digunakan jika tiada keluarga atau
rakan-rakan di sekeliling mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap
keluarga atau melakukan aktiviti riadah bersama-sama rakan-rakan untuk mengisi masa lapang
mereka sekaligus menghilangkan perasaan bosan dalam diri mereka ini.
Lebih dari separuh responden bersetuju bahawa mereka masih mendalami pembelajaran
mengenai penggunaan komputer iaitu seramai 53%. Dengan pembelajaran lebih lanjut ini,
mereka akan lebh mengetahui kefahaman terhadap ICT. Selain itu, hampir separuh daripada
responden percaya mereka memerlukan lebih banyak latihan untuk memenuhi keperluan ICT
dalam bidang kerja dengan lebih baik. Seramai 50% responden juga bersetuju bahawa mereka
mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT sebelum masuk ke tempat kerja. Hal ini
menunjukkan bahawa staf atau responden berpengalaman dalam penggunaan ICT dan ianya
40
bukan dihadkan dalam konteks pekerjaan atau pembelajaran sahaja malah penggunaan ICT itu
juga diaplikasikan dalam penggunaan harian.
16 responden menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju bahawa mereka boleh mengaksess
masalah pesakit melalui ‘smart phone’ atau komputer peribadi. Ini mungkin disebabkan faktor
kurang pengetahuan terhadap cara mengakses, tuntutan skop kerja yang berbeza, dan ciri-ciri
keselamatan sistem maklumat pesakit yang tinggi. Selain itu, jumlah respondan yang mampu
memasukkan data pesakit melalui sistem PPUKM adalah sama dimana separuh menyatakan
setuju dan separuh menyatakan tidak setuju. Hal ini kemungkinan disebabkan bidang pekerjaan
mereka yang kurang menggunakan sistem pesakit seperti bahagian pekerjaan di bahagian
akademik.
Lebih dari separuh iaitu 59% bersetuju bahawa kaedah yang digunakan di PPUKM dalam proses
pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit memudahkan urusan staff dan pengguna. Perkara
ini menunjukkan pengalaman staf terhadap penggunaan ICT dari sudut pengurusan memberi
impak yang baik dan maksima terhadap kelancaran urusan kerja. Responden juga bersetuju
bahawa kebolehcapaian terhadap sistem adalah memuaskan dan mempercepatkan kerja. Seramai
16 orang responden (53%) menyatakan mereka sangat setuju akan kenyataan ini dan 8 orang
responden (27%) sangat bersetuju. Ini menunjukkan sistem yang diaplikasikan di PPUKM senag
difahami dan digunakan oleh orang ramai.
Objektif yang terakhir yang berjaya dicapai dalam kajian ini ialah mengkaji tahap penguasaan
dan kemahiran ICT dalam kalangan staf di PPUKM. Sejumlah 60% responden tahu
menggunakan sistem CHets tanpa bantuan manakala 10 % lagi memerlukan bantuan orang lain
untuk menggunakan sistem CHets. Hal ini menunjukkan bahawa sistem CHets ini mudah
difahami oleh para pengguna dan pengguna tahu dan faham akan sistem ini. Hal ini dibuktikan
lagi apabila 26 orang responden (86.66%) menyatakan mereka meangaksess internet dan
menggunakan ICT hamper setiap hari. Walaupun mereka sering mengaksess internet hamper
setiap hari, namun seramai 17 orang responden (56.67%) kurang mengetahui cara untuk
memulihkan komputer mahupun ‘smart phone’ mereka apabila ‘hang’.
Lebih dari separuh responden (53%) kurang bersetuju bahawa mereka mahir menggunakan
perisian setiap komputer. Hal ini dapat dilihat kerana kebanyakan mereka hanya menggunakan
41
perisian yang penting untuk pekerjaan mereka seperti Microsoft Office Words dan Powerpoint
iaitu seramai 15 orang (50%) menyatakan mereka sangat bersetuju. Namun begitu, hamper
separuh juga menyatakan mereka kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office Words dan
Powerpoint ini. Seramai 14 orang responden (46.67%) bersetuju bahawa mereka mampu untuk
mengendalikan sistem kemasukan pesakit dengan menggunakan sistem teknologi maklumat.
Namun begitu lebih dari separuh iaitu seramai 16 orang responden (53.33%) menyatakan mereka
tidak mengetahui akan sistem kemasukan pesakit. Hal ini mungkin bidang kerjaya mereka yang
bekerja di bahagian akademik sahaja seperti kerani di jabatan perpustakaan mahupun di jabatan
fakulti mahupun pensyarah yang bertugas di bahagian akademik sahaja dan tidak terlibat dalam
kawasan klinikal. Seramai 18 orang (60%) responden memberikan jawapan yang negatif iaitu 15
orang responden (50%) menyatakan kurang setuju dan 2 orang responden (6.67%) menyatakan
sangat tidak bersetuju.
Hal ini menunjukkan responden mempercayai bahawa sistem di PPUKM tidak akan menghadapi
sebarang masalah dan selama ini mereka tidak pernah mengalami kegagalan di dalam sistem di
PPUKM. Seramai 20 orang responden bersetuju bahawa mereka menggunakan sepenuhnya
peralatan ICT di PPUKM. Namun bagi 10 responden yang kurang bersetuju, kemungkinan
mereka lebih gemar menggunakan peralatan sendiri seperti telefon bimbit, tablet mahupun
computer riba mereka. Hal ini kerana kebanyakan mereka ini lebih mementingkan keselamatan
dari terkena virus seperti mana kita tahu penggunaan peralatan ICT awam ini kebanyakan
mempunyai pelbagai virus di dalamnya.
42
RUJUKAN
Eley, R., Fallon, T., Soar, J., Buikstra, E. & Hegney, D. (2008). The status of training and
education in informatin and computer technology of Australian nurses: A national survey.
Journal of Clinical Nursing, 17.
Elizabeth Bembridge,Tracy Levett-Jones,Sarah Yeun-Sim Jeong (2011). The transferability of
information and communication technology skills from university to the workplace: A
qualitative descriptive study.School of Nursing & Midwifery, The University of
Newcastle.pg 34-41
Johanna Lammintakanen , Kaija Saranto, Tuula Kivinen. Use of electronic information systems
in nursing management. Department of Health and Social Management, University of
Eastern Finland (Kuopio campus), PO Box 1627, 70211 Kuopio, Finland
McCannon, M. & O’neal, P. (2003). Results of a national survey indicating information
technology skills needed by nurses at time of entry into the work force. Journal of Nursing
Education, 42(8), 337-340.
Program Pendidikan Ekonomi (2012).Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Kemahiran ICT
Dalam Kalangan PelajarSemester 5, 6 dan 7. Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti
Perniagaan Dan Ekonomi : . http://www.scribd.com/doc/19277189/Borang-Soal-Selidik
Staggers, N., Gassert, C. & Curran, C. (2002). A Delphi study to determine infomatics
competencies for nurses at four levels of practice. Nursing Research, 51(6), 383-390

More Related Content

What's hot

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianzuridah wahab
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaNur Suhadah
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahLiLy Putih
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalTharani Kanappan
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 

What's hot (20)

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajian
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerjaFormat kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
Format kertas cadangan/ proposal/kertas kerja
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Borang soal selidik fyp
Borang soal selidik fypBorang soal selidik fyp
Borang soal selidik fyp
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian Ilmiah
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 

Viewers also liked

Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Nur Dalila Zamri
 
Kajiselidik esei
Kajiselidik eseiKajiselidik esei
Kajiselidik eseiaznezaaziz
 
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmGgge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmSiti Sara Kuseri
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2amir hebat
 
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0cik_orked
 
Laporan praktikum3
Laporan praktikum3Laporan praktikum3
Laporan praktikum3rizqitohopi
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meirosfariza
 
Laporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guru
Laporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guruLaporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guru
Laporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guruSMK NARINANG
 
Laporan pelaksanaan ujian segak
Laporan pelaksanaan ujian segakLaporan pelaksanaan ujian segak
Laporan pelaksanaan ujian segakAreef Bakar
 
Keputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segakKeputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segakKaren Kayny
 
Sop makmal komputer 1
Sop makmal komputer 1Sop makmal komputer 1
Sop makmal komputer 1Kamal Salam
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIAFazHani Faz
 
Pengiraan skor pajsk
Pengiraan skor pajsk Pengiraan skor pajsk
Pengiraan skor pajsk PAKLONG CIKGU
 

Viewers also liked (20)

Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajiselidik esei
Kajiselidik eseiKajiselidik esei
Kajiselidik esei
 
Profil pinbuk lengka pok
Profil pinbuk lengka pokProfil pinbuk lengka pok
Profil pinbuk lengka pok
 
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmGgge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2Laporan ar (repaired)2
Laporan ar (repaired)2
 
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
 
Laporan praktikum3
Laporan praktikum3Laporan praktikum3
Laporan praktikum3
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah mei
 
Laporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guru
Laporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guruLaporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guru
Laporan soal selidik tahap kesedaran dan pengetahuan ICT guru
 
Laporan pelaksanaan ujian segak
Laporan pelaksanaan ujian segakLaporan pelaksanaan ujian segak
Laporan pelaksanaan ujian segak
 
Carta pai
Carta paiCarta pai
Carta pai
 
Keputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segakKeputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segak
 
Projek inovasi
Projek inovasiProjek inovasi
Projek inovasi
 
Sop makmal komputer 1
Sop makmal komputer 1Sop makmal komputer 1
Sop makmal komputer 1
 
Graf bar
Graf barGraf bar
Graf bar
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
 
Pengiraan skor pajsk
Pengiraan skor pajsk Pengiraan skor pajsk
Pengiraan skor pajsk
 

Similar to ICT TAHAP

Overall combined final edited
Overall combined final editedOverall combined final edited
Overall combined final editedFarid Zaine
 
Ggge2123 esei
Ggge2123 eseiGgge2123 esei
Ggge2123 eseiamyza79
 
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikanGgge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikandshasyaz
 
Ggge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiGgge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiRedskaf38
 
Ggge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiGgge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiRedskaf38
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Siti Sara Kuseri
 
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmGgge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmSiti Sara Kuseri
 
Tugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanTugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanNoor Afiza
 
Overall combined
Overall combinedOverall combined
Overall combinedFarid Zaine
 
Pembentangan esei
Pembentangan esei Pembentangan esei
Pembentangan esei aznezaaziz
 
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Siti Sara Kuseri
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauannijalbahari
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.pjj_kemenkes
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.pjj_kemenkes
 

Similar to ICT TAHAP (20)

Overall combined final edited
Overall combined final editedOverall combined final edited
Overall combined final edited
 
Ggge2123 esei
Ggge2123 eseiGgge2123 esei
Ggge2123 esei
 
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikanGgge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
Ggge2123 teknologi & inovasi dalam pendidikan
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
Ggge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiGgge2123 teknologi
Ggge2123 teknologi
 
Ggge2123 teknologi
Ggge2123 teknologiGgge2123 teknologi
Ggge2123 teknologi
 
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
Esei tahap penguasaan teknologi maklumat dan inovasi dalam kalangan jururawat...
 
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmGgge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
Tugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei BerkumpulanTugasan Esei Berkumpulan
Tugasan Esei Berkumpulan
 
Overall combined
Overall combinedOverall combined
Overall combined
 
Tugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan eseiTugasan kumpulan esei
Tugasan kumpulan esei
 
Pembentangan esei
Pembentangan esei Pembentangan esei
Pembentangan esei
 
Presentation untuk esei
Presentation untuk eseiPresentation untuk esei
Presentation untuk esei
 
Presentation untuk esei
Presentation untuk eseiPresentation untuk esei
Presentation untuk esei
 
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 

ICT TAHAP

  • 1. 1 FACULTY OF MEDICINE DEPARTMENT OF NURSING UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GGGE 2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN TAJUK : TAHAP PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN STAFF DI PPUKM BIL. PELAJAR NO.MATRIK 1. NUR HAZWANI BINTI MOHD MARZUKI A138650 2. NURUL AIN BINTI AHMAD A138927 3. NURUL NAZIRAH BINTI MUHAMMAD A138416 4. NUR HALIMAH BINTI MD JUSOH A138156 5. JEREMY PONG CHUN KHAI A138238 6. MUHAMMAD MUNIR BIN CHEK NASRUDIN A138041
  • 2. 2 KANDUNGAN No Tajuk Bilangan Muka Surat 1. Pendahuluan 1 2. Pernyataan masalah 1 3. Tujuan kajian 1 4. Objektif Kajian 1 5. Persoalan Kajian 1 6. Metodologi Kajian 2 7. Dapatan Kajian 2 - 34 8. Perbincangan 35 9. Cadangan Kajian 36 10. Kesimpulan 36 - 39 11. Rujukan 40
  • 3. 3 PENDAHULUAN Perkembangan ICT didefinisikan sebagai "proses penyampaian suatu pesan dalam bentuk lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa idea, informasi, kepercayaan, harapan, ingatan dan sebagainya. Ia dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, baik langsung atau tidak langsung. Melalui media maka hasrat dan tujuan akan tercapai samada dengan tujuan mengubah sikap, pandangan, atau perilaku seseorang". Teknologi ICT yang wujud sekarang ini mampu membantu digunakan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan juga jagarawatan pesakit sekiranya digunakan sistematik dan berkesan. Apa yang kita mampu lihat sekarang ialah penggunaan ICT telah meluas diguna pakai di semua tempat di Malaysia dan tidak terkecuali di hospital-hospital yang ada di Malaysia. Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), penggunaan ICT telah dipraktikkan secara meluas seperti kemudahan mengakses data- data peribadi pesakit, proses kemasukan dan discaj pesakit dari wad, kemudahan sistem farmasi, sistem teknologi makmal, kemudahan x-ray, diet pesakit dan kemudahan mendapatkan maklumat berkaitan penyakit pesakit dengan segera dan tepat. Ini dapat membantu ke semua staf di PPUKM dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, cepat dan berterusan. Sehubungan dengan itu, satu soal selidik telah di jalankan bagi mengetahui tahap penggunaan ICT dari sudut kemudahan, pengalaman dan kemahiran dalam kalangan staf di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 4. 4 PENYATAAN MASALAH Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap penggunaan ICT dalam kalangan staf Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Tinjauan juga dilakukan untuk mengenalpasti kemudahan dan penggunaanya bagi staf PPUKM serta mengetahui tahap kefahaman dan penguasaan dalam penggunaan ICT. Kajian ini dilakukan di dalam Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan blok fakulti perubatan. TUJUAN KAJIAN Tujun kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan ICT dalam kalangan staff di PPUKM melalui tiga aspek utama iaitu kemudahan, pengalaman dan kemahiran menggunakan ICT. Kajian ini juga dilakukan bagi memenuhi salah satu tuntutan subjek kursus universiti bagi Tahun Tiga Semester Dua iaitu subjek Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk : i. Mengenalpasti kemudahan dan penggunaan ICT dalam kalangan staf di PPUKM. ii. Mengetahui tahap kefahaman ICT dalam kalangan staf di PPUKM. iii. Mengkaji tahap penguasaan dan kemahiran ICT dalam kalangan staf di PPUKM PERSOALAN KAJIAN i. Apakah kemudahan dan penggunaan ICT dalam kalangan staf di PPUKM? ii. Apakah tahap kefahaman ICT dalam kalangan staf di PPUKM? iii. Apakah tahap penguasaan dan kemahiran ICT dalam kalangan staf di PPUKM ?
  • 5. 5 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah dijalankan pada bulan Mei 2014 menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang staff di PPUKM di mana responden adalah terdiri daripada pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, kerani, pembantu makmal dan lain-lain. Borang soal selidik mengandungi soalan berkaitan dengan kemudahan menggunakan ICT, pengalaman menggunakan ICT dan kemahiran menggunakan ICT. Responden hanya perlu menandakan jawapan mengikut tahap persetujuan mereka terhadap soalan berkaitan. Kaedah kedua yang digunakan adalah kaedah rujukan. Bagi melengkapkan dapatan kajian , kami telah mencari dan menggunakan bahan rujukan seperti jurnal untuk mengukuhkan lagi hasil kajian dan perbincangan kami. Bahan rujukan rata-rata diperoleh dari jurnal-jurnal dan melalui carian di laman sesawang. Kaedah ketiga adalah melalui perbincangan. Kami telah mengadakan perbincangan sesama ahli kumpulan bagi menelaah hasil kajian dan meneliti setiap keputusan dari borang soal selidik. Perbincangan bersama juga dijalankan sepanjang tempoh proses penghasilan laporan kajian ini. DAPATAN KAJIAN Bahagian A : Maklumat Demografik Lelaki 37% Perempuan 63% 1. Jantina
  • 6. 6 Kaji selidik ini melibatakan 30 responden dari PPUKM, mereka terdiri daripada 11 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Carta Pai di atas menunjukkan bahawa bilangan responden perempuan lebih banyak daripada responden lelaki, responden perempuan ialah 63% dan melebihi responden lelaki sebanyak 26%. Keputusan ini menunjukkan penjawat awam di PPUKM adalah perempuan. Ini menunjukkan lebih ramai wanita telah mohon untuk menyertai perkhidmatan awam Daripada aspek umur responden, data menunjukkan responden yang paling ramai adalah daripada golongan umur 21-30 tahun, sebanyak 15 orang. Golongan ini merupakan muda, mereka lebih berminat dan kerap menggunakan teknologi dalam pekerjaan. Bilangan responden 39dari peringkat umur 31-45 tahun adalah sebanyak 13 orang manakala responden yang berumur 45 tahun ke atas hanya 2 orang. Tiada responden yang berumur 20 tahun dan ke bawah. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 <20 Tahun 21- 30 Tahun 31 - 45 Tahun > 45 Tahun Bilanganresponden Umur 2. Umur Umur
  • 7. 7 Graf di atas menunjukkan tahap pendidikan responden. Dari segi tahap pendidikan, seramai 4 orang responden berpendidikan hingga tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kaji selidik ini menunjukkan bahawa pekerjaan di PPUKM memerlukan sekurang-kurangnya kelayakan SPM. Kebanyakan daripada mereka mengikuti pengajian di instistusi pengajian tingggi. Dalam 30 orang responden, pemegang sijil diploma adalah paling ramai, berjumlah 18 orang. 8 orang responden telah menyambung pelajaran hingga tahap universiti. 0 5 10 15 20 SPM/STPM Sijil Diploma Universiti Lain-lain BilanganResponden Tahap Pendidikan 3. Tahap Pendidikan Tahap Pendidikan Doktor 17% Pengajar 17% Jururawat 29% Kerani 17% Penolong Makmal 8% Penolong Farmasi 4% Pakar Diet 4% Pembantu Perawatan Kesihatan 4% 4. Pekerjaan
  • 8. 8 Carta pai di atas menunjukkan jenis pekerjaan responden dalam kaji selidik ini. Majoriti responden berkerjaya sebagai jururawat. Hal ini kerana majoriti pekerja di hospital terdiri daripada jururawat. Bilangan responden yang bekerja sebagai doktor, pengajar dan kerani adalah sama, sebanyak 4 orang daripada setiap bidang. Terdapat juga 2 orang penolong makmal, seorang pembantu perawatan kesihatan dan seorang penolong farmasi menyertai soal selidik ini. Graf di atas menunjukkan tempoh masa responden menggunakan ICT dalam sehari. Hanya 4 responden yang menggunakan ICT kurang daripada 2 jam sehari, bilangan ini hanya sedikit kerana masyarakat sekarang semakin bergantung kepada produk ICT seperti komputer, telephone, internet dan sebagainya. Perkara ini terbukti dengan sebanyak 11 orang responden yang menggunakan ICT/ produk ICT lebih daripada 7 jam dalam sehari. Bilangan responden yang menggunakan ICT dalam tempoh 2-5 jam dan 5-7 jam adalah lebih kurang sama. Sebanyak 8 orang responden menggunakan ICT dalam tempoh 2-5 jam manakala bilangan responden yang menggunakan ICT dalam tempoh 5-7 jam ialah 7 orang. ICT semakin penting kerana ICT sangat membantu dalam kerja dan menjimatkan masa. 0 2 4 6 8 10 12 Kurang dari 2 jam 2-5 jam 5-7 jam 7 jam ke atas Bilanganresponden Tempoh Penggunaan ICT 5. Tempoh Masa Penggunaan ICT Dalam Sehari Tempoh Masa Penggunaan ICT Dalam Sehari
  • 9. 9 Bahagian B : Penilaian Tahap Kemudahan ICT Responden Menurut graf di atas, secara keseluruhan ramai responden yang bersetuju bahawa mereka menggunakan pelbagai jenis alatan ICT (computer, telefon bimbit) dalam sehari. 13 orang responden sangat bersetuju dan 14 orang responden bersetuju dengan penyataan tersebut, hal ini kerana semakin ramai orang memiliki telefon bimbit dan komputer sendiri. Penggunaan telefon atau telefon bimbit dianggap sebagai perkara yang biasa dalam hospital kerana telefon bantu menghantar mesej atau infomasi terbaru kepada staff PPUKM. Hanya 3 orang responden yang kurang bersetuju dengan pernyataan di atas mungkin mereka hanya menggunakan telefon bimbit setiap hari dan menggunakan komputer sekiranya perlu. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 1. Menggunakan Pelbagai Jenis Alatan ICT Menggunakan Pelbagai Jenis Alatan ICT 0 5 10 15 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 2. Kewajipan Mempunyai Gajet Akses Internet Wajib Mempunyai Gajet Akses Internet
  • 10. 10 Menurut graf di atas, ramai responden bersetuju atau sangat bersetuju untuk wajib menpunyai gajet yang boleh mengakses internet seperti telefon pintar. Sebanyak 8 orang responden bersetuju dan 10 orang responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut. Tetapi seramai 6 orang responden kurang bersetuju, 3 orang responden tidak setuju dan 3 orang responden sangat tidak bersetuju dengan penyataan di atas. Hal ini kerana gajet tersebut bukannya keperluan peribadi dan tidak wajib untuk memiliki gajet pintar. Graf di atas menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa PPUKM menyediakan kemudahan komputer untuk mengakses internet, 13 orang responden bersetuju dan 13 orang responden sangat bersetuju. Sebagai contoh , doktor, jururawat dan ahli makmal memerlukan komputer dan menggunakan sistem ICT hospital semasa kerja untuk menyemak ubat yang dipreskripkan, menyemak keputusan makmal pesakit dan lain-lain. Namun, 3 orang responden kurang bersetuju dengan penyataan di atas. Hal ini berkemungkinan responden-responden ini tidak dapat melayari laman web social seperti Facebook, Twitter dan Youtube pada masa kerja. PPUKM telah menyekat akses ke laman web tersebut supaya pekerja memberi tumpuan semasa kerja justeru dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan di PPUKM. 0 5 10 15 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 3. Kemudahan Akses Internet yang Disediakan oleh PPUKM PPUKM Menyediakan Kemudahan Akses Internet
  • 11. 11 Graf di atas menunjukkan 21 orang bersetuju dan 9 orang sangat bersetuju dengan bantuan system computer dapat menjimatkan masa. Sistem komputer di hospital adalah Health Information System (HIS) yang penting dalam pengurusan hospital. Sistem ini menjimatkan masa untuk merekodkan sejarah penyakit pesakit, mencatat rancangan rawatan pesakit, membuat laporan perubatan, menyenaraikan kos rawatan dan lain-lain. Penghantaran maklumat secara atas talian menyenangkan kerja staff PPUKM dan menjimatkan masa, mereka tidak perlu menghantar fail dari satu tempat ke tempat lain. Graf di atas menunjukkan bahawa bukan semua responden bersetuju untuk membeli kemudahan internet yang paling laju dan berkualiti bagi memenuhi kehendak sendiri. 3 orang responden tidak bersetuju dan 7 orang responden kurang bersetuju dengan penyataan tersebut. 0 5 10 15 20 25 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 4. Sistem Komputer Menjimatkan Masa Sistem Komputer Menjimatkan Masa 0 5 10 15 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 5. Membeli Kemudahan Internet Berkualiti Tinggi Membeli Kemudahan Internet Berkualiti Tinggi
  • 12. 12 Berkemungkinan, bagi responden-responden yang tidak bersetuju atau kurang bersetuju, mereka berpendapat kualiti internet tidak akan ganggu kualiti hiduo dan tidak memandang kualiti internet sebagai kehendak. Terdapat 12 orang bersetuju dan 8 orang sangat bersetuju dengan penyataan di atas. Zaman sekarang, ramai orang bergantung dengan internet dalam pembelajaran, untuk pekerjaan, mendapat informasi dari internet, bersosial, membeli belah dan sebagainya. Dengan bantuan internet, masyarakat yang mempunyai telefon pintar boleh menggunakan applikasi seperti Whatsapp, Line, Wechat dan sebagainya untuk menganti cara penghantaran mesej yang lama iaitu Short Message System (SMS). Applikasi baru ini membolehkan pengguna lebih berinteraksi dengan penerima mesej kerana pengguna boleh menghantar rakaman suara, gambar atau video kepada penerima. Perkara ini menyebabkan pengguna-penggina aplikasi seperti itu lebih bergantung kepada internet. Bagi responden yang lebih kerap menggunakan webcam untuk berinteraksi dengan kawan atau keluarga yang berada di luar negara, atau pun atas keperluan kerja. Mereka memerlukan internet yang berkualiti tinggi supaya sesi pembualan tidak terganggu. Merujuk graf di atas, seramai 10 orang responden yang bersetuju dan 16 orang sangat bersetuju bahawa mereka menggunakan perkhidmatan internet untuk mendapatkan rujukan. 4 orang responden yang kurang bersetuju dan tiada responden yang tidak bersetuju. Dengan bantuan 0 5 10 15 20 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 6. Menggunakan Internet Sebagai Sumber Rujukan Menggunakan Internet Sebagai Sumber Rujukan
  • 13. 13 internet, kita boleh mendapatkan infomasi di hujung jari dan hal ini amat menjimatkan masa dalam mencari maklumat atau rujukan. Ada responden yang kurang bersetuju dengan penyataan di atas kerana bukan semua infomasi dari internet adalah benar dan ada yang tidak sah. Sebagai contoh, laman web yang popular seperti Wikipedia membolehkan pengguna mengubahsuai informasi dan menerbitkan fakta-fakta yang tidak sah, ini menjadikan Wikipedia bukan sumber yang bagus untuk dijadikan material dalam penyelidikan. Kepada responden yang bersetuju, internet membolehkan mereka mencari artikal dan kertas penyelidikan yang diterbitkan secara online. Hal ini membolehkan mereka mendapatkan infomasi dari luar negara dan menyenangkan kerja mereka. Dengan bantuan internet, mereka boleh mengadakan persidangan secara atas talian dan mendapatkan rujukan daripada pakar luar negara terutamanya dalam proses pembedahan yang sukar dan jarang dijumpai. Graf di atas menunjukkan jawapan responden apabila ada gajet terbaru yang di keluarkan di pasaran. Seramai 16 orang responden daripada 30 orang responden mengatakan bahawa mereka kurang bersetuju untuk menggunakan atau membeli segala jenis gajet terbaru yang di keluarkan di pasaran. Daripada graf ini, kita dapat lihat responden-responden ini mungkin tidak berminat dengan gajet-gajet terbaru yang dikeluarkan di pasaran. Malahan, mungkin di antara responden- responden ini tidak mampu untuk mengikuti perkembangan gajet-gajet terbaru dengan keadaan sara hidup yang semakin tinggi sekarang ini. 3 responden yang sangat bersetuju untuk 3 5 16 3 3 0 5 10 15 20 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Setuju Bersetuju Sangat Bersetuju 7. Kepastian Menggunakan Gajet Terbaru di Pasaran
  • 14. 14 menggunakan gajet terbaru di pasaran ini mungkin masih bujang dan mereka ini mampu untuk memiliki gajet-gajet baru yang acap kalinya sering keluar di pasaran. Graf di atas adalah berkaitan dengan tahap kepuas hatian responden dengan kemudahan internet di PPUKM. Seramai 15 orang responden berpuas hati dengan kemudahan internet yang ada di PPUKM sekarang. Ini bermaksud responden ada menggunakan kemudahan internet yang disediakan oleh pihak PPUKM seperti Wi-Fi. Apa yang kita dapat lihat dari graf di atas, terdapat juga sedikit responden yang tidak bersetuju dengan tahap kemudahan internet yang di sediakan oleh pihak PPUKM. Ini mungkin kerana mereka tidak boleh menggunakan kemudahan tersebut atas sebab lokasi mereka berkerja. Ada juga sesetengah tempat di kawasan PPUKM yang tidak boleh mencapai talian internet dan menyebabkan responden-responden ini tidak mampu untuk menggunakan kemudahan internet yang telah disediakan. 0 5 10 15 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 0 3 7 15 6 8. Berpuas Hati Dengan Kemudahan Internet Sekarang
  • 15. 15 Graf di atas adalah berdasarkan penyataan yang pentingnya untuk setiap responden tahu menggunakan komputer. 14 orang responden bersetuju yang pentingnya untuk mereka tahu menggunakan komputer. Ini mungkin yang mereka telah menyedari bahawa zaman sekarang ialah zaman di mana semua maklumat berada di hujung jari. Bukan sahaja maklumat, malah kebanyakkan kemudahan-kemudahan lain juga menggunakan komputer. Contohnya untuk memindahkan wang dari akaun sendiri ke akaun pihak ketiga. Dengan menekan papan kekunci di papan komputer sahaja, dengan sekelip mata wang tersebut telah di pindahkan. Selain itu, komputer juga akan memudahkan kerja-kerja staff yang bertugas di wad. Mereka boleh mengakses maklumat pesakit dengan menggunakan komputer sahaja tanpa perlu mencari di dalam kertas yang mempunyai maklumat pesakit. 0 0 3 14 13 0 5 10 15 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 9. Kepentingan Untuk Mengetahui Penggunaan Komputer
  • 16. 16 Graf di atas menunjukkan keputusan yang di peroleh berkaitan dengan penyataan yang mengatakan sistem yang digunakan di PPUKM adalah mesra pengguna. 11 orang responden bersetuju bahawa sistem yang di gunakan adalah mesra pengguna. Ini menunjukkan responden- responden ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan sistem yang telah di implementasikan oleh pihak PPUKM. Mereka mungkin dapat membaiki masalah-masalah yang timbul, yang berkaitan dengan sistem yang di aplikasikan. Bagi responden yang kurang bersetuju dengan penyataan ini, mereka mungkin staf-staf baru di ambil berkerja di PPUKM dan masih lagi tidak biasa dengan sistem yang diguna pakai oleh pihak PPUKM. 0 5 10 15 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 0 0 9 11 10 10. Sistem yang Digunakan Adalah Mesra Pengguna
  • 17. 17 Bahagian C : Penilaian Tahap Pengalaman ICT Responden Graf di atas menunjukkan jawapan responden terhadap penyataan di mana kerjaya yang mereka ceburi di PPUKM ini memerlukan penggunaan komputer serta ICT. 12 orang responden telah bersetuju dan 11 orang lagi sangat bersetuju dengan penyataan ini. Berdasarkan bilangan ini, dapatlah saya katakana yang responden-responden ini mempunyai pengalaman menggunakan komputer untuk menyempurnakan tugasan harian mereka. Ini kerana, ada di antara responden ini adalah dari kalangan mereka yang berkerja sebagai kerani di klinik dan juga wad. Jadi, sudah tentu kerja mereka ini akan berkait dengan penggunaan komputer serta ICT. Terdapat 4 orang responden yang kurang bersetuju dan 3 orang lagi tidak bersetuju dengan penyataan di atas. Ini mungkin kerana kerjaya mereka tidak berkait rapat dengan penggunaan komputer serta ICT. 0 10 20 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 0 3 4 12 11 1. Kerjaya Yang Diceburi Memerlukan Penggunaan Komputer Serta ICT
  • 18. 18 Merujuk kepada graf di atas, berikut adalah jawapan responden terhadap penyataan di mana tanpa gajet, hidup mereka akan terasa bosan. Seramai 14 orang daripada 30 orang responden kurang bersetuju dengan penyataan ini. Dapat ditafsirkan di sini para responden mungkin tidak bergantung sepenuhnya kepada gajet-gajet mereka sahaja untuk mengisi ruang yang bosan dalam hidup mereka. Ini kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga atau melakukan aktiviti riadah bersama-sama rakan-rakan untuk mengisi masa lapang mereka sekaligus menhilangkan perasaan bosan dalam diri mereka ini. Gajet bagi mereka mungkin sekadar bahan sampingan yang digunakan jika tiada keluarga atau rakan-rakan di sekeliling mereka. Seramai 6 orang responden bersetuju dan 3 orang lagi sangat bersetuju dengan penyataan di atas ini. Responden ini mungkin dari kalangan orang yang kurang melakukan aktiviti sosial di luar kawasan rumah mereka. Mereka ini juga mungkin tergolong dengan golongan orang yang pemalu untuk bersosial dengan orang lain. Gajet adalah perkara penting bagi mereka kerana dengan gajet mereka boleh meluahkan perasaan mereka seperti di Facebook atau Twitter. 0 2 4 6 8 10 12 14 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Bersetuju Sangat Bersetuju 2 5 14 6 3 2. Tanpa Gajet, Hidup Terasa Bosan
  • 19. 19 Carta menunjukkan peratus responden yang bersetuju dengan pernyataan ‘sedang belajar lebih lanjut mengenai penggunaan komputer’ . Sejumlah 66% responden atau 20 orang staf setuju masih mendalami penggunaan komputer. Selebihnya 10 % atau 3 orang tidak bersetuju diikuti oleh 7% iaitu 2 orang responden sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada hari ini menyebabkan teknologi yang sedia ada tidak sempat dipelajari sedangkan teknologi yang terbaru terus-menerus diterokai.Hal ini menunjukkankan masih ramai staf yang belum cukup pengalaman dalam menggunakan komputer dan sehingga kini masih dalam sedang proses pembelajaran tentang penggunaaan komputer. Hampir separuh daripada responden percaya mereka memerlukan lebih banyak latihan untuk memenuhi keperluan ICT dalam bidang kerja dengan lebih baik (Eley, Fallon, Soar, Buikstra & Hegney, 2008). 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 'Saya sedang belajar lebih lanjut mengenai penggunaan komputer' 3. Pembelajaran Lebih Lanjut mengenai Penggunaan Komputer. Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 20. 20 Carta pai menunjukkan peratusan kekerapan respoden menggunakan peralatan ICT di PPUKM. Sejumlah 20 orang bersetuju iaitu 66.67% responden menggunakan peralatan ICT dengan kerap manakala 10 orang lagi iaitu 33.37% berpendapat tidak kerap atau kurang menggunakan peralatan ICT di PPUKM. Staf di PPUKM terdiri dari pelbagai bidang, justeru, kekerapan menggunakan peralatan ICT bergantung kepada skop kerja masing masing. Sebagai contoh, staf perubatan seperti doktor,jururawat dan ahli makmal menggunakan ICT dengan kerap untuk prosedur CT-scan, mengakses keputusan darah atau makmal, dan preskripsi ubatan. Penggunaan ICT dapat memberi impak positif terhadap hasil jagarawatan pesakit dengan pengurangan komplikasi dan mempertingkatkan kualiti, keselamatan dan keberkesanan proses klinikal (Staggers, Gassert , & Curran, 2002). 6.67% 26.67% 46.67% 20% 4. Kekerapan Menggunakan Peralatan ICT di PPUKM Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 21. 21 Rajah menunjukkan peratusan staf yang bersetuju dengan pernyataan mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT sebelum masuk ke tempat kerja. 50 % mewakili 15 orang responden bersetuju bahawa mereka mempunyai pendedahan awal terhadap ICT sebelum ke alam pekerjaan, termasuk seramai 5 orang sangat bersetuju menyokong peryataan ini. Manakala 10 orang tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu 26.67 % mewakili 8 orang menyatakan kurang bersetuju dan 6.67 % iaitu 2 orang menyatakan tidak bersetuju. Tiada responden yang sangat tidak setuju. Walaupun tiada garis panduan untuk dijadikan kayu ukur terhadap kemahiran ICT yang perlu diajar di universiti (McCannon & O’Neal, 2003), namun majoriti staf di PPUKM telah biasa dengan ICT sebelum mereka bekerja lagi. Hal ini menunjukkan bahawa staf atau responden berpengalaman dalam penggunaan ICT dan ianya bukan dihadkan dalam konteks pekerjaan atau pembelajaran sahaja malah penggunaan ICT itu juga diaplikasikan dalam penggunaan harian. Antara contoh terbaik ialah melalui pemilikan telefon pintar. 6.67% 26.67% 50% 16.67% 0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 5. Mempunyai Pendedahan Awal Sebelum Memasuki atau Mendapat Tawaran Bekerja Sangat bersetuju Bersetuju Kurang bersetuju Tidak bersetuju sangat tidak setuju
  • 22. 22 Carta menunjukkan peratus responden yang bersetuju dengan pernyataan dapat mengakses masalah pesakit daripada smart phone atau komputer peribadi. 40 % dan 6.67% iaitu seramai 12 orang dan 2 orang masing-masing memberikan jawapan positif iaitu bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala sejumlah 53.33 peratus responden mewakili 16 orang responden meletakkan negatif iaitu 3 orang sangat tidak bersetuju, 6 orang tidak bersetuju, dan 7 orang kurang bersetuju . Hal ini menunjukkan hanya sebahagian staf di PPUKM boleh mengakses maklumat pesakit melalui ICT menggunakan gajet peribadi yang dimiliki. Antara faktor yang boleh mengehadkan akses adalah kurang pengetahuan terhadap cara mengakses, tuntutan skop kerja yang berbeza, dan ciri-ciri keselamatan sistem maklumat pesakit yang tinggi. 10% 20% 23.33% 40% 6.67% 6. Dapat Mengakses Masalah Pesakit Daripada Smart Phone Atau Komputer Peribadi Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 23. 23 Majoriti responden iaitu seramai 14 orang mewakili 46.67 % bersetuju dan 3 orang mewakili 10 % sangat bersetuju dengan pernyataan pernah mengendalikan ICT ( projector LCD) di dalam bilik kuliah/ seminar. Manakala sejumlah 13 orang responden selebihnya masing-masing 26.67% menyatakan kurang setuju diikuti oleh 13.33% tidak bersetuju dan 3.33% responden sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa walaupun penggunaan teknologi ICT masa kini semakin pesat namun masih ramai staf atau responden yang tidak ada pengalaman mengendalikan acara atau majlis yang berkaitan rapat dengan penggunaan ICT. Dalam konteks penggunaan ICT di PPUKM, antara jalan selamat yang dipilih adalah dengan menyerahkan urusan berkaitan ICT kepada jabatan yang berkenaan seperti Jabatan Pembangunan Multimedia kerana berpendapat ICT adalah bidang kerja mereka sepenuhnya. 0.00% 5.00% 10.00% 15.00% 20.00% 25.00% 30.00% 35.00% 40.00% 45.00% 50.00% 7. Pernah Mengendalikan ICT ( projector LCD) di Dalam Bilik Kuliah/Seminar. 7. Pernah Mengendalikan ICT ( Projector LCD) Di Dalam Bilik Kuliah/Seminar Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 24. 24 Seramai 13 orang dan tambahan 2 orang responden iaitu 43.33% bersetuju dan 6.67% sangat bersetuju mampu masukkan data pesakit melalui sistem yang digunakan di PPUKM. Selebihnya sejumlah 33.33% diikuti oleh 10% dan 6.67% mewakili 10 orang kurang bersetuju 3 orang tidak bersetuju dan 2 orang sangat tidak bersetuju mampu memasukkan data pesakit melalui sistem yang digunakan di PPUKM.Pecahan ini menunjukkan bahawa pengalaman staf memasukkan data pesakit melalui sistem di PPUKM adalah sama rata iaitu 50% bersetuju mampu memasukkan dan 50% tergolong dalam kurang atau tidak setuju mampu memasukkan data pesakit melalui sistem yang digunakan di PPUKM. 6.67% 10% 33.33% 43.33% 6.67% 8. Mampu memasukkan data pesakit melalui sistem yang digunakan di PPUKM Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 25. 25 Sejumlah 82 % iaitu seramai 24 orang responden, 59% bersamaan 20 orang menyokong dan 23% iaitu 4 orang sangat bersetuju dengan kaedah yang digunakan di PPUKM dalam proses pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit kerana ia memudahkan urusan staf dan pengguna. Selebihnya 18% mewakili 6 orang responden menyatakan kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Tidak ada responden yang tidak setuju atau sangat tidak setuju. Berdasarkan maklumat di atas. Perkara ini menunjukkan pengalaman staf terhadap penggunaan ICT dari sudut pengurusan memberi impak yang baik dan maksima terhadap kelancaran urusan kerja. Selain itu, keberkesanan jenis sistem yang digunakan di PPUKM juga salah satu faktor yang menyumbang kepada respon positif ini. 0 5 10 15 20 25 Sangat tidak bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju 9. Kaedah yang digunakan di PPUKM dalam pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit memudahkan urusan Sangat tidak bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 26. 26 Daripada keseluruhan 30 responden, majoriti daripada mereka bersetuju bahawa capaian terhadap sistem ICT di PPUKM adalah memuaskan dan ianya mempercepatkan proses jagarawatan. Manakala tiada langsung responden yang sangat tidak bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Selebihnya iaitu 8 orang responden mewakili 27% sangat bersetuju capaian pada sistem adalah memuaskan dan mempercepatkan proses kerja dan hanya 6 orang iaitu sebanyak 20% responden menyatakan bahawa mereka kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Perkara ini juga menjadi kayu ukur tahap pengalaman responden terhadap penggunaan ICT. Penggunaan ICT yang efektif berpotensi untuk mempertingkatkan hasil keputusan pesakit (Staggers et al., 2002) 0% 0% 20% 53%, 27% 10. Kebolehcapaian Terhadap Sistem Adalah Memuaskan dan Mempercepatkan Kerja Sangat tidak bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju sangat bersetuju
  • 27. 27 Bahagian D: Penilaian Tahap Kemahiran Responden Terhadap ICT Carta bar menunjukkan peratus staf yang setuju bahawa tahu menggunakan sistem CHets tanpa bantuan orang lain. Sejumlah 60% responden tahu menggunakan sistem CHets tanpa bantuan manakala 10 % lagi memerlukan bantuan orang lain untuk menggunakan sistem CHets. CHets merupakan sistem yang berkaitan dengan maklumat kesihatan pesakit dan penggunaannya berkisar pada aspek perubatan dan dalam hospital. Profesion seperti doktor, jururawat ,pegawai makmal atau farmasi perlu menggunakan sistem ini untuk memasukkan dan memeriksa data pesakit . Namun kerjaya seperti kerani atau staf pustakawan yang berurusan dengan staf serta pelajar tidak menggunakan sistem ini kerana tidak berurusan dengan pesakit. 0.00% 5.00% 10.00% 15.00% 20.00% 25.00% 30.00% 35.00% 40.00% 45.00% 50.00% 1. Mengetahui Cara Menggunakan Sistem CHets Tanpa Bantuan Orang Lain 1. Mengetahui Cara Menggunakan Sistem CHets Tanpa Bantuan Orang Lain Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 28. 28 Majoriti responden iaitu seramai 26 orang bersamaan 86.66% bersetuju mereka mengakses internet dan menggunakan ICT hampir setiap hari. Seramai 13.33% iaitu 4 orang responden kurang bersetuju bahawa mereka mengakses internet dan menggunakan ICT hampir setiap hari. Konklusinya, sebahagian besar responden menggunakan aplikasi teknologi dan internet dalam kehidupan seharian. ICT memainkan peranan penting dalam kehidupan staf-staf di PPUKM malah meliputi segenap masyarakat. Kekerapan mengakses internet setiap hari lama-kelamaan secara tidak langsung melatih kemahiran responden dalam menggunakan ICT. Tahap penggunaan ICT adalah tinggi dan menjadi kemestian bagi sebahagian besar responden. 13.33% 43.33% 43.33% 2. Kerap Mengakses Internet Dan Menggunakan ICT Hampir Setiap Hari Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 29. 29 Sebanyak 50% responden iaitu 15 orang kurang bersetuju dengan pernyataan tahu cara-cara untuk pulihkan, seperti biasa sekiranya ‘hang’. 2 orang responden sangat tidak setuju manakala 13 orang responden iaitu 43.33% tahu cara untuk pulihkan komputer seperti biasa sekiranya ‘hang’.Tahap kemahiran responden untuk pulihkan komputer yang ‘hang’adalah tidak sama dimana separuh daripada responden kurang tahu. Merujuk kepada informasi di atas, dalam konteks penyelenggaraan, responden kurang mahir untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul sewaktu penggunaan ICT. 0.00% 10.00% 20.00% 30.00% 40.00% 50.00% 60.00% 3.Mengetahui Cara-Cara Memulihkan Komputer Sekiranya ‘hang’ kepada normal/keadaan biasa Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang bersetuju Bersetuju Sangat bersetuju
  • 30. 30 Rajah di atas membuktikan separuh daripada responden merasa lebih selesa menaip atau merekod ke dalam komputer berbanding menulis dengan tangan. Daripada 30 orang responden, 15 orang iaitu 50 % kurang setuju dengan pernyataan ‘ lebih selesa menulis dengan tangan berbanding menaip atau merekod ke dalam komputer’, sejumlah 23.30% iaitu seramai 7 orang mengatakan tidak setuju manakala 26.67% iaitu seramai 8 orang mengatakan lebih selesa menulis dengan tangan berbanding menaip atau merekod ke dalam komputer. 0% 10% 20% 30% 40% 50% 4. Lebih Selesa Menulis dengan Tangan Berbanding Menaip atau Merekod ke Dalam Komputer 10% 13.30% 50% 16.67% 10% Sangat bersetuju Bersetuju Kurang bersetuju Tidak bersetuju Sangat Tidak Bersetuju
  • 31. 31 Carta di atas menunjukkan penggunaan respondan terhadap perisian setiap komputer . Majoriti respondan kurang bersetuju dan kurang mahir dalam menggunakan setiap perisian yang terdapat di komputer mereka. Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa respondan kebanyakannya hanya menggunakan perisian yang penting sahaja mahupun yang perlu berkaitan dengan profession mereka. Namun apa kita dapat lihat melalui graf di atas terdapat juga respondan yang sangat tidak bersetuju dan sangat mahir akan penggunaan kesemua perisian komputer di mana peratusnya adalah yang paling rendah iaitu sebanyak 6%. Ini menunjukkan masih terdapat golongan staff PPUKM yang menggunakannya sama ada ia berkaitan dengan kerjaya profession mereka atau sekadar suka-suka sahaja. 6% 7% 53% 27% 7% 5. Kemahiran Menggunakan Perisian Setiap Komputer Sangat tidak Bersetuju Tidak Setuju Kurang Setuju Bersetuju Sangat Bersetuju
  • 32. 32 Graf di atas menunjukkan kemahiran staff PPUKM dalam menggunakan salah satu perisian komputer iaitu Microsoft Power Point. Seramai 13 respondan bersetuju bahawa mereka mahir dalam menggunakan Microsoft Power Point dan keputusan ini mendapat keputusan yang tertinggi. Di sini kita dapat lihat bahawa staff PPUKM ramai yang tahu dan aplikasikan penggunaan Microsoft Power Point dalam kerjaya dan tugas mereka. Contohnya kita tahu kebanyakan staff di PPUKM mempunyai dua tugas dalam satu masa di mana merekalah jururawat dan doktor dan merelah juga pensyarak kepada pelajar fakulti perubatan. Sepertimana kita tahu, sekarang penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) banyak menggunakan cara Power Point semasa menyampaikan kuliah mahupun persembahan kerja kumpulan. Selain itu, staff di PPUKM juga selalu mengadakan seminar berkaitan dengan kerjaya masing-masing mahupun isu mengenai bidang perubatan. Boleh dikatakan kebanyakan seminar ini menggunakan Power Point sebagai saluran media dalam penyampaian mereka. 0 2 4 6 8 10 12 14 Sangat Tidak Bersetuju Tidak bersetuju Kurang Setuju Bersetuju Sangat Bersetuju Chart Title 6. Kemahiran Menggunakan Microsoft Power Point Secara Interaktif
  • 33. 33 Merujuk kepada graf di atas, berikut merupakan jawapan respondan terhadap kemampuan untuk mengendalikan sistem kemasukan pesakit dengan menggunakan sistem teknologi maklumat. Daripada 30 respondan, jawapan kurang setuju dan setuju mendapat jumlah yang sama iaitu seramai 12 respondan. Hal ini menunjukkan jumlah staff yang mengetahui penggunaan sistem kemasukan pesakit dan kurang mengetahuinya adalah sama. Ini boleh berlaku kerana bidang profession staff PPUKM. Kebanyakan yang mengetahui sistem kemasukan ini ialah staff yang bekerja di bahagian klinik dan wad seperti kerani, jururawat dan doktor. Mereka ini adalah orang yang selalu berjumpa dengan pesakit dan dikehendaki memasuki maklumat mereka setiap hari. Manakala jawapan bagi sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju pula mendapat jumlah yang sama iaitu seramai 2 orang. Respondan ini mungkin dari kalangan yang bekerja di bahagian akademik sahaja seperti kerani di jabatan perpustakaan mahupun di jabatan fakulti mahupun pensyarah yang bertugas di bahagian akademik sahaja dan tidak terlibat dalam kawasan klinikal. 0 2 4 6 8 10 12 Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Setuju Setuju Sangat Tidak Bersetuju 7. Kemampuan Staff untuk Mengendalikan Sistem Kemasukan Pesakit dengan Menggunakan Sistem Teknologi Maklumat
  • 34. 34 Graf di atas menunjukkan penyediaan back-up data oleh staff PPUKM sekiranya sistem tergendala atau sistem komputer terganggu. Pernyataan kurang setuju dalam perkara ini mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu 15 orang dari 30 respondan. Perkara ini dapat dilihat bahawa separuh daripada staff PPUKM tidak seperti ‘sediakan payung sebelum hujan’. Hal ini kerana mereka tidak lebih berhati hati dan tidak memastikan mereka mempunyai ‘back up’ jikalau sebarang masalah berlaku seperti masalah wifi mahupun masalah komputer itu sendiri. Perkara ini juga mungkin disebabkan mereka percaya bahawa sistem di PPUKM tidak akan menghadapi sebarang masalah dan ini berbeza kepada respondan yang setuju akan perkara ini iaitu seramai 12 orang iaitu kedua tertinggi di mana mereka mungkin berpengalaman dengan sistem di PPUKM yang kadang kala akan menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi penyediaan ‘back up’ adalah sangat penting bagi mereka untuk menyelesaikan perkara ini jikalau sesuatu berlaku. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 Sangat Tidak bersetuju Tidak bersetuju Kurang Setuju Setuju Sangat Bersetuju 8. penyediaan back-up data sekiranya sistem tergendala atau sistem komputer terganggu
  • 35. 35 Graf di atas menerangkan jawapan responden terhadap kebolehan mereka menyeleggarakan perkakasan komputer jika terdapat kerosakan kecil. Kita dapat lihat berdasarkan carta pie di atas, sebanyak 40% respondan kurang setuju akan perkara ini. Hanya 3% sahaja yang sangat bersetuju dan yakin mereka boleh memperbaiki Komputer mereka jika berlaku kerosakan. Perkara ini boleh berlaku kerana majority staff di PPUKM tidak mempunyai ilmu berkaitan dengan elektronik dan mekanikal. Majoritinya adalah major dan mahir dalam ilmu perubatan memandangkan respondan ini kebanyakannya adalah staff perubatan. Bagi yang tidak bersetuju pula, jumlahnya ialah sebanyak 17% dan kemungkinan respondan ini mengambil tahu akan perkara ini dan belajar secara tidak formal dengan pakar mahupun dengan melayari internet sahaja. . 10% 17% 40% 30% 3% 9. Kebolehan Menyelenggarakan Perkakasan Komputer Jika Terdapat Kerosakan Kecil Sangat Tidak Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Setuju Setuju Sangat Bersetuju
  • 36. 36 Graf di atas menerangkan penggunaan staff PPUKM dalam peralatan ICT yang dibekalkan. Daripada 30 responden yang, seramai 20 responden bersetuju bahawa mereka menggunakan sepenuhnya peralatan ICT yang terdapat di PPUKM. Hal ini dapat menerangkan bahawa lebih dari separuh warga PPUKM tidak mensia-siakan peralatan ICT yang dibekalkan. Contohnya kebanyakan pensyarah lebih gemar menggunakan komputer yang terdapat di kelas untuk menyampaikan kuliah dari membawa komputer riba mereka sendiri. Ini juga terjadi oleh para doktor di klinik di mana terdapat komputer di hadapan mereka dan mereka gemar membuka internet di situ terus daripada menggunakan telefon bimbit mereka. Selain itu, penggunaan komputer di perpustakaan juga rajin digunakan oleh staff PPUKM yang menjadi pelajar separuh masa. Namun bagi 10 responden yang kurang bersetuju, kemungkinan mereka lebih gemar menggunakan peralatan sendiri seperti telefon bimbit, tablet mahupun computer riba mereka. Hal ini kerana kebanyakan mereka ini lebih mementingkan keselamatan dari terkena virus seperti mana kita tahu penggunaan peralatan ICT awam ini kebanyakan mempunyai pelbagai virus di dalamnya. 0 5 10 15 20 Sangat Tidak bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Setuju Sangat Bersetuju 10. Penggunaan sepenuhnya peralatan ICT yang dibekalkan
  • 37. 37 PERBINCANGAN Rata-rata staf di PPUKM memiliki gajet ICT dan menggunakan telefon pintar dalam urusan seharian. Majoriti staf menggunakan pelbagai jenis alatan ICT dan sebahagian besar penggunaan adalah sewaktu masa bekerja. Pengalaman staf dalam penggunaan ICT agak luas dalam konteks pengurusan seperti proses pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit. Sebahagian besar kakitangan berpendapat penggunaan ICT memudahkan urusan kerja dan . Responden dari PPUKM yakin bahawa dengan bantuan sistem komputer semasa bekerja dapat menjimatkan penggunaan masa. Namun begitu terdapat beberapa limitasi terhadap penggunaan ICT yang optimum dalam kalangan staf di PPUKM. Pendapat saya, staf PPUKM sekurang-kurangnya perlu tahu bagaimana untuk memperbaiki perkara-perkara asas dan kecil berkaitan dengan komputer mereka agar mereka sendiri boleh menjimatkan masa mereka. Walaupun kita mempunyai juruteknik dan boleh memanggilnya untuk memperbaiki komputer kita namun, kita tahu kadang-kadang banyak masa yang diperlukan untuk juruteknik ini melayan kita jikalau pada masa itu banyak aduan kerosakan. Ya, memang ada pepatah ‘hanya jauhari yang mengenal manikam ‘ namun sepertimana pepatah ‘masuk kandang lembu mengembek, masuk kandang harimau mengaum’ , kita harus menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana sekeliling. Dalam konteks bekerja, kita harus menjadi seorang individu yang serba boleh dan memperlengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan agar dapat menjadi individu yang cemerlang. Antara faktor yang menjadi limitasi ini ialah kekurangan tahap keberkesanan dan kecekapan sistem yang ada, pengajaran kemahiran ICT yang kurang kepada staf oleh pihak pengurusan dan faktor perbezaan dalam sektor bidang kerja. Dalam satu kajian oleh Eley et al. (2008), kemahiran yang dikenal pasti sangat relevan dengan jururawat yang berpengalaman dan lepasan graduan adalah pangkalan data (database) dan sistem pengurusan pesakit (patient management system). Jururawat haruslah menguasai kemahiran ini bagi memudahkan sistem pengurusan di ward mahupun klinik. Bagi proses mengajar dan melatih kemahiran yang diperlukan, pihak universiti harus mempunyai kefahaman yang jelas tentang jenis kemahiran ICT yang harus para graduan ketahui sebagai persediaan belia di alam pekerjaan nanti.(McCannon & O’Neal, 2003). Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama individu mahupun institut untuk melengkapkan diri para graduan dengan kemahiran teknologi moden ini.
  • 38. 38 CADANGAN KAJIAN Hasil daripada kajian yang dijalankan, kami mendapati beberapa penambahbaikan perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan teknologi dalam kalangan staf di PPUKM. Pertama, pihak pengurusan perlu memastikan setiap staf yang bertugas menjalani kursus intensif dan kursus tersebut perlu dilaksanakan secara berkala. Justeru, pihak pengurusan perlu mendapatkan maklum balas dan respon daripada peserta yang mengikuti kursus tersebut. Untuk memastikan pemahaman dan penguasaan peserta/staf yang mengikuti kursus tersebut, latihan amali atau praktikal terus ke atas sistem sebenar yang digunakan oleh hospital akan memantapkan penguasaan staf dalam pengendalian sistem apabila bekerja kelak. Pemantauan perlu dilaksanakan setelah kursus diberikan agar maklumat dan teknologi tersebut dilakukan dengan betul dan selamat. Pada zaman kini, setiap staf telah dilengkapi dengan telefon pintar/iPhone/Smart phone, justeru, memuat naik sistem atau teknologi yang diguna pakai di hospital ini untuk memudahkan urusan jagarawatan pesakit boleh menjimatkan masa dan urusan lebih teratur. Teknologi juga boleh dikembangkan dengan menggalakkan staf untuk menguasai sistem baru dan boleh aplikasikan dalam bidang pekerjaan. KESIMPULAN Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, kajian ini telah mencapai objektif kajian. Bagi objektif pertama kajian ini iaitu mengenalpasti kemudahan dan penggunaan ICT dalam kalangan staf di PPUKM. Seramai 13 orang responden (43%) sangat bersetuju yang mereka menggunakan pelbagai alatan ICT di PPUKM seperti kompiter riba dan telefon bimbit. Hal ini kerana majoriti responden iaitu seramai 10 orang responden (33%) sangat bersetuju dan 8 orang respondan (27%) bersetuju bahawa kepintangannya mempunyai alatan ICT ini dan kewajipan gadjet untuk mengakses internet. Lebih dari separuh responden yang menyatakan mereka sangat bersetuju dan bersetuju bahawa PPUKM menyediakan kemudahan akses intrenet yang bagus iaitu seramai 13 responden (43%) menyatakan sangat bersetuju dan 13 orang responden (43%) mengatakan sangat bersetuju. Namun begitu masih yang berkata kurang bersutuju iaitu seramai 4 respondan (13%). Hal ini berkemungkinan mereka tidak dapat melayari laman web yang mereka ingin lewati seperti
  • 39. 39 facebook, Twitter dan Youtube memandangkan laman web ini dapat dilayari 12 tengah hari ketas. Selain itu, kesemua responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa penggunaan komputer dapat menjimatkan masa mereka ketika melakukan kerja. Seramai 16 responden (53%) sangat bersetuju dan 10 orang responden (33%) bersetuju bahawa mereka menggunakan internet sebagai sumber rujukan untuk mencari maklumat. Namun begitu, seramai 4 orang responden (13%) kurang bersetuju bahawa internet adalah sumber rujukan dalam pencarian maklumat kerana ketidakpastian sumbernya. Lebih dari separuh responden berpuas hati dengan kemudahan internet di PPUKM iaitu seramai 15 orang (59%) berpuas hati dan seramai 6 orang (20%) sangat berpuas hati. Selain itu, seramai 10 respondan (33%) sangat bersetuju bahawa sistem dan kemudahan di PPUKM ini adalah mesra pelanggan dan seramai 11 respondan (37%) bersetuju akan kenyataan ini. Bagi objektif kedua kajian ini ialah mengetahui tahap kefahaman ICT dalam kalangan staf di PPUKM. Seramai 23 (77%) responden bersetuju bahawa pekerjaan mereka memerlukan penggunaan komputer dan ICT. Hal ini kerana, ada di antara responden ini adalah dari kalangan mereka yang berkerja sebagai kerani di klinik dan juga wad. Jadi, sudah tentu kerja mereka ini akan berkait dengan penggunaan komputer serta ICT. Namun begitu, 14 orang responden (47%) kurang bersetuju bahawa hidup mereka akan berasa bosan kalau tiada gajet. Ini menunjukkan bagi mereka, gajet mungkin sekadar bahan sampingan yang digunakan jika tiada keluarga atau rakan-rakan di sekeliling mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga atau melakukan aktiviti riadah bersama-sama rakan-rakan untuk mengisi masa lapang mereka sekaligus menghilangkan perasaan bosan dalam diri mereka ini. Lebih dari separuh responden bersetuju bahawa mereka masih mendalami pembelajaran mengenai penggunaan komputer iaitu seramai 53%. Dengan pembelajaran lebih lanjut ini, mereka akan lebh mengetahui kefahaman terhadap ICT. Selain itu, hampir separuh daripada responden percaya mereka memerlukan lebih banyak latihan untuk memenuhi keperluan ICT dalam bidang kerja dengan lebih baik. Seramai 50% responden juga bersetuju bahawa mereka mempunyai pendedahan awal berkaitan ICT sebelum masuk ke tempat kerja. Hal ini menunjukkan bahawa staf atau responden berpengalaman dalam penggunaan ICT dan ianya
  • 40. 40 bukan dihadkan dalam konteks pekerjaan atau pembelajaran sahaja malah penggunaan ICT itu juga diaplikasikan dalam penggunaan harian. 16 responden menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju bahawa mereka boleh mengaksess masalah pesakit melalui ‘smart phone’ atau komputer peribadi. Ini mungkin disebabkan faktor kurang pengetahuan terhadap cara mengakses, tuntutan skop kerja yang berbeza, dan ciri-ciri keselamatan sistem maklumat pesakit yang tinggi. Selain itu, jumlah respondan yang mampu memasukkan data pesakit melalui sistem PPUKM adalah sama dimana separuh menyatakan setuju dan separuh menyatakan tidak setuju. Hal ini kemungkinan disebabkan bidang pekerjaan mereka yang kurang menggunakan sistem pesakit seperti bahagian pekerjaan di bahagian akademik. Lebih dari separuh iaitu 59% bersetuju bahawa kaedah yang digunakan di PPUKM dalam proses pembayaran bil dan sistem pendaftaran pesakit memudahkan urusan staff dan pengguna. Perkara ini menunjukkan pengalaman staf terhadap penggunaan ICT dari sudut pengurusan memberi impak yang baik dan maksima terhadap kelancaran urusan kerja. Responden juga bersetuju bahawa kebolehcapaian terhadap sistem adalah memuaskan dan mempercepatkan kerja. Seramai 16 orang responden (53%) menyatakan mereka sangat setuju akan kenyataan ini dan 8 orang responden (27%) sangat bersetuju. Ini menunjukkan sistem yang diaplikasikan di PPUKM senag difahami dan digunakan oleh orang ramai. Objektif yang terakhir yang berjaya dicapai dalam kajian ini ialah mengkaji tahap penguasaan dan kemahiran ICT dalam kalangan staf di PPUKM. Sejumlah 60% responden tahu menggunakan sistem CHets tanpa bantuan manakala 10 % lagi memerlukan bantuan orang lain untuk menggunakan sistem CHets. Hal ini menunjukkan bahawa sistem CHets ini mudah difahami oleh para pengguna dan pengguna tahu dan faham akan sistem ini. Hal ini dibuktikan lagi apabila 26 orang responden (86.66%) menyatakan mereka meangaksess internet dan menggunakan ICT hamper setiap hari. Walaupun mereka sering mengaksess internet hamper setiap hari, namun seramai 17 orang responden (56.67%) kurang mengetahui cara untuk memulihkan komputer mahupun ‘smart phone’ mereka apabila ‘hang’. Lebih dari separuh responden (53%) kurang bersetuju bahawa mereka mahir menggunakan perisian setiap komputer. Hal ini dapat dilihat kerana kebanyakan mereka hanya menggunakan
  • 41. 41 perisian yang penting untuk pekerjaan mereka seperti Microsoft Office Words dan Powerpoint iaitu seramai 15 orang (50%) menyatakan mereka sangat bersetuju. Namun begitu, hamper separuh juga menyatakan mereka kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office Words dan Powerpoint ini. Seramai 14 orang responden (46.67%) bersetuju bahawa mereka mampu untuk mengendalikan sistem kemasukan pesakit dengan menggunakan sistem teknologi maklumat. Namun begitu lebih dari separuh iaitu seramai 16 orang responden (53.33%) menyatakan mereka tidak mengetahui akan sistem kemasukan pesakit. Hal ini mungkin bidang kerjaya mereka yang bekerja di bahagian akademik sahaja seperti kerani di jabatan perpustakaan mahupun di jabatan fakulti mahupun pensyarah yang bertugas di bahagian akademik sahaja dan tidak terlibat dalam kawasan klinikal. Seramai 18 orang (60%) responden memberikan jawapan yang negatif iaitu 15 orang responden (50%) menyatakan kurang setuju dan 2 orang responden (6.67%) menyatakan sangat tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan responden mempercayai bahawa sistem di PPUKM tidak akan menghadapi sebarang masalah dan selama ini mereka tidak pernah mengalami kegagalan di dalam sistem di PPUKM. Seramai 20 orang responden bersetuju bahawa mereka menggunakan sepenuhnya peralatan ICT di PPUKM. Namun bagi 10 responden yang kurang bersetuju, kemungkinan mereka lebih gemar menggunakan peralatan sendiri seperti telefon bimbit, tablet mahupun computer riba mereka. Hal ini kerana kebanyakan mereka ini lebih mementingkan keselamatan dari terkena virus seperti mana kita tahu penggunaan peralatan ICT awam ini kebanyakan mempunyai pelbagai virus di dalamnya.
  • 42. 42 RUJUKAN Eley, R., Fallon, T., Soar, J., Buikstra, E. & Hegney, D. (2008). The status of training and education in informatin and computer technology of Australian nurses: A national survey. Journal of Clinical Nursing, 17. Elizabeth Bembridge,Tracy Levett-Jones,Sarah Yeun-Sim Jeong (2011). The transferability of information and communication technology skills from university to the workplace: A qualitative descriptive study.School of Nursing & Midwifery, The University of Newcastle.pg 34-41 Johanna Lammintakanen , Kaija Saranto, Tuula Kivinen. Use of electronic information systems in nursing management. Department of Health and Social Management, University of Eastern Finland (Kuopio campus), PO Box 1627, 70211 Kuopio, Finland McCannon, M. & O’neal, P. (2003). Results of a national survey indicating information technology skills needed by nurses at time of entry into the work force. Journal of Nursing Education, 42(8), 337-340. Program Pendidikan Ekonomi (2012).Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Kemahiran ICT Dalam Kalangan PelajarSemester 5, 6 dan 7. Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Perniagaan Dan Ekonomi : . http://www.scribd.com/doc/19277189/Borang-Soal-Selidik Staggers, N., Gassert, C. & Curran, C. (2002). A Delphi study to determine infomatics competencies for nurses at four levels of practice. Nursing Research, 51(6), 383-390