SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
1
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN
PERJANJIAN ini dibuat pada ……………………….…..haribulan………………..………..
Diantara…………………………………………………….……yang beralamat di
……………………………………………………….………(selepas ini disebut sebagai “Tuan
Rumah”)sebagai satu pihak dan
……………………………………………………………………………………………………
………………….Beralamat………………………………………..……………………..No.Kad
Pengenalan………………………..Kad Pelajar……………………….(selepas ini disebut sebagai
“Penyewa” yang mana sebutan di dalam isi kandungan yang di maksudkan meliputi hak
Pentadbiran harta penyewa, waris dan orang yang mempunyai hak mentadbir harta
Pusaka Penyewa) sebagai pihak satu lagi.
BAHAWASANYA
A. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di
alamat………………………………………………………..
………………………………………………………………
B. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju
menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang Rumah di alamat……………………….
…………………………………………..(selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”)
serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.
C. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama……………….bermula pada………..…..dan
berakhir pada …………………tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam
surat Perjanjian ini.
2
D. Penyewa (Pelajar) bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan
sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………….RM:…………..sebulan
hendaklah di bayar terlebih dahulu pada……………….haribulan (tiap-tiap bulan).
E. Penyewa (Pelajar) bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani
perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia………………………………………..
( RM………………….) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (Ringgit
Malaysia…………………………(RM…………………..) bagi bayaran air dan
api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung
didalam perjanjian ini.
F. Penyewa ialah penama berdaftar dalam boring Maklumat Penghuni Rumah.
MAKA PENYEWA (PELAJAR) DISINI BERSETUJU
DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT:
1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana diTETAPKAN.
2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang
dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk
membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2).
4. Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau
sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis
perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
3
5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau
sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari
kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip
kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan
Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan
dalam surat perjanjian ini.
6. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk
dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam
Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan
rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut.
8. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan
beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah
sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan
mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut
termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah
tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau
wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
4
10. Menjaga dan mempastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang
tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan
boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain
bencana alam dikecualikan).
11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja
perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi
undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu
suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau
pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah
memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan
kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.
13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh
penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan
kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain
bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua
perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu
yang disebabkan oleh penyewa.
14. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman
kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun
ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
5
15. Memahami bahawa Tuan Rumah berhak melaporkan sebarang perlakuan
sumbang atau salah laku Penyewa (Pelajar) kepada Bahagian Hal Ehwal
pelajar untuk dikenakan tindakan tatatertib kerana menjejaskan nama baik
Universiti.
16. Membenarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau wakil yang diberi kuasa untuk
memasuki rumah tersebut bagi maksud melaksanakan siasatan terhadap
perlakuan sumbang atau salah laku Penyewa (Pelajar) berdasarkan laporan
oleh Tuan Rumah, jiran atau mana-mana pihak.
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH
1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan
yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut
yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apa-
apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan
Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja
pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.
3. Mempastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum
Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol
pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan
bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
6
4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari
penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran
boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang
tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau
kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa,
kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke
atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini
dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan
mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
5. Tuan Rumah memberi kerjasama penuh dengan pihak Universiti mempastikan
kebajikan, keselamatan, perhubungan Pelajar UiTM yang amat baik dapat dipelihara
sepanjang masa.
6. Melengkapkan borang maklumat penghuni rumah serta mengembalikan kepada
Unit Pengurusan NR bagi tujuan rekod di alamat berikut :
Unit Pengurusan
Kolej Seri Manjung
UiTM (Perak)
32610, Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
Tel 05-3742482/2607
7
PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA
1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada Penyewa selepas
penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh
kedua-dua pihak.
2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa,
adalah menjadi tanggungjawab Penyewa atau menyerahkan kunci rumah
kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan
berikutnya maka Penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang
dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah.
4. Sekiranya Penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila
tempoh sepertimana terkandung di dalam perjanjian ini tamat maka Penyewa
mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua
(2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.
5. Tuan Rumah berhak untuk tidak mempersetujui tempoh penyewaan.
6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya
berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula
Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari
Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.
8
7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak
kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa.
8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar
kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan
dalam perjanjian ini.
9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai penyewaan
rumah Tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika
penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.
………………………………… …………………………………
Tuan Rumah Penyewa/Ketua Rumah
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
………………………………… …………………………………...
Saksi: Saksi:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

More Related Content

What's hot

Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang Suhaimi Said
 
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman
Contoh perjanjian sewa rumah kediamanContoh perjanjian sewa rumah kediaman
Contoh perjanjian sewa rumah kediamanvijayAN27
 
Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaIszwan Shah
 
CONTOH Surat jemputan gotong royong
CONTOH Surat jemputan gotong royongCONTOH Surat jemputan gotong royong
CONTOH Surat jemputan gotong royongZee Fauzi
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldkCekGu Safwan
 
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41Nadzari Baharom
 
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfhada45
 
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerTeks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerAnna Mujahadah
 
Kertas kerja-qiamullail
Kertas kerja-qiamullailKertas kerja-qiamullail
Kertas kerja-qiamullailFirus Abadi
 
Kertas kerja iftar jamaie
Kertas kerja iftar jamaie Kertas kerja iftar jamaie
Kertas kerja iftar jamaie Farhana Fuzi
 
Borang pinjaman barang
Borang pinjaman barangBorang pinjaman barang
Borang pinjaman barangazlidpsm
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awamsyed ruslan
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Abu Hasyim
 
Contoh surat jemputan penceramah
Contoh surat jemputan penceramahContoh surat jemputan penceramah
Contoh surat jemputan penceramahRosell Roseliana Rusli
 
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...Fieza Azniff
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxElyzaElyzai
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongEiza Alias
 
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetuaLampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetuaYatimah Salleh
 

What's hot (20)

Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
 
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman
Contoh perjanjian sewa rumah kediamanContoh perjanjian sewa rumah kediaman
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman
 
Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut Harga
 
CONTOH Surat jemputan gotong royong
CONTOH Surat jemputan gotong royongCONTOH Surat jemputan gotong royong
CONTOH Surat jemputan gotong royong
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
 
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
 
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual DinnerTeks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner
 
Kertas kerja-qiamullail
Kertas kerja-qiamullailKertas kerja-qiamullail
Kertas kerja-qiamullail
 
khuluk
khulukkhuluk
khuluk
 
Kertas kerja iftar jamaie
Kertas kerja iftar jamaie Kertas kerja iftar jamaie
Kertas kerja iftar jamaie
 
Borang pinjaman barang
Borang pinjaman barangBorang pinjaman barang
Borang pinjaman barang
 
Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)Jaminan (Kafalah)
Jaminan (Kafalah)
 
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
155 tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Contoh surat jemputan penceramah
Contoh surat jemputan penceramahContoh surat jemputan penceramah
Contoh surat jemputan penceramah
 
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royong
 
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetuaLampiran 11    contoh surat penurunan kuasa pengetua
Lampiran 11 contoh surat penurunan kuasa pengetua
 

Similar to Borang perjanjian sewarumah

Perjanjian sewa rumah contoh
Perjanjian sewa rumah   contohPerjanjian sewa rumah   contoh
Perjanjian sewa rumah contohwaklu65
 
Perjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumahPerjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumahalisa1109
 
Perjanjian sewaan
Perjanjian sewaanPerjanjian sewaan
Perjanjian sewaanpak Lan
 
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)cikgunorj
 
surat contoh tenancy document.docx
surat contoh tenancy document.docxsurat contoh tenancy document.docx
surat contoh tenancy document.docxlieya3
 
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara PemilikContoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilikhamzah559149
 
Surat perjanjian-kontrak-rumah
Surat perjanjian-kontrak-rumahSurat perjanjian-kontrak-rumah
Surat perjanjian-kontrak-rumahSis Wanto
 
Fajri legal kontrak
Fajri legal kontrakFajri legal kontrak
Fajri legal kontrakfajri apriyadi
 
Perjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumahPerjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumahAbraza Ppg
 
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...GLC
 
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docxSURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docxmuhammadzulpannihida
 
Surat perjanjian sewa menyewa rumah
Surat perjanjian sewa menyewa rumahSurat perjanjian sewa menyewa rumah
Surat perjanjian sewa menyewa rumahKusmayadi Uula
 
Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))
Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))
Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))GLC
 
Surat perjanjian sewa rumah
Surat perjanjian sewa rumahSurat perjanjian sewa rumah
Surat perjanjian sewa rumahSurahman Dp
 
112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan
112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan
112905339 surat-perjanjian-sewa-ruanganAgus Melas Agues
 
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...GLC
 
contoh Surat perjanjian kontrak rumah
contoh Surat perjanjian kontrak rumahcontoh Surat perjanjian kontrak rumah
contoh Surat perjanjian kontrak rumahRohan Sieroh
 
Perjanjian sewa menyewa
Perjanjian sewa menyewaPerjanjian sewa menyewa
Perjanjian sewa menyewaLukman Setiawan
 

Similar to Borang perjanjian sewarumah (20)

Perjanjian sewa rumah contoh
Perjanjian sewa rumah   contohPerjanjian sewa rumah   contoh
Perjanjian sewa rumah contoh
 
Perjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumahPerjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumah
 
Perjanjian sewaan
Perjanjian sewaanPerjanjian sewaan
Perjanjian sewaan
 
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
Contoh perjanjian sewa rumah kediaman (6)
 
surat contoh tenancy document.docx
surat contoh tenancy document.docxsurat contoh tenancy document.docx
surat contoh tenancy document.docx
 
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara PemilikContoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
Contoh Perjanjian Sewa Rumah Antara Pemilik
 
Surat perjanjian-kontrak-rumah
Surat perjanjian-kontrak-rumahSurat perjanjian-kontrak-rumah
Surat perjanjian-kontrak-rumah
 
Fajri legal kontrak
Fajri legal kontrakFajri legal kontrak
Fajri legal kontrak
 
Legal kontrak
Legal kontrakLegal kontrak
Legal kontrak
 
Perjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumahPerjanjian sewa rumah
Perjanjian sewa rumah
 
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
Contoh Perjanjian Sewa Menyewa Rumah Terbaru (Beli Perjanjian, Hub: 081188872...
 
Form mkt11 (peraturan tunduk lingkungan)
Form mkt11 (peraturan tunduk lingkungan)Form mkt11 (peraturan tunduk lingkungan)
Form mkt11 (peraturan tunduk lingkungan)
 
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docxSURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
SURAT-PERJANJIAN-SEWA-MENYEWA-RUKO.docx
 
Surat perjanjian sewa menyewa rumah
Surat perjanjian sewa menyewa rumahSurat perjanjian sewa menyewa rumah
Surat perjanjian sewa menyewa rumah
 
Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))
Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))
Perjanjian Sewa / Lease Agreement (Beli Perjanjian, Hub: 08118887270 (WA))
 
Surat perjanjian sewa rumah
Surat perjanjian sewa rumahSurat perjanjian sewa rumah
Surat perjanjian sewa rumah
 
112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan
112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan
112905339 surat-perjanjian-sewa-ruangan
 
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
CONTOH PERJANJIAN SEWA MENYEWA RUANGAN KANTOR (Beli Perjanjian, Hub: 08118887...
 
contoh Surat perjanjian kontrak rumah
contoh Surat perjanjian kontrak rumahcontoh Surat perjanjian kontrak rumah
contoh Surat perjanjian kontrak rumah
 
Perjanjian sewa menyewa
Perjanjian sewa menyewaPerjanjian sewa menyewa
Perjanjian sewa menyewa
 

More from fahimhaziq1

BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdfBAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdffahimhaziq1
 
KERTAS PRA SPM T4🥀.pdf
KERTAS PRA SPM T4🥀.pdfKERTAS PRA SPM T4🥀.pdf
KERTAS PRA SPM T4🥀.pdffahimhaziq1
 
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdfMODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdffahimhaziq1
 
Alias presentation.pptx
Alias presentation.pptxAlias presentation.pptx
Alias presentation.pptxfahimhaziq1
 
logo 5.docx
logo 5.docxlogo 5.docx
logo 5.docxfahimhaziq1
 
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)fahimhaziq1
 

More from fahimhaziq1 (12)

BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdfBAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA.pdf
 
KERTAS PRA SPM T4🥀.pdf
KERTAS PRA SPM T4🥀.pdfKERTAS PRA SPM T4🥀.pdf
KERTAS PRA SPM T4🥀.pdf
 
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdfMODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
MODUL JAGUH T5 JPNS.pdf
 
Alias presentation.pptx
Alias presentation.pptxAlias presentation.pptx
Alias presentation.pptx
 
logo 5.docx
logo 5.docxlogo 5.docx
logo 5.docx
 
kosong
kosongkosong
kosong
 
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
 
No 4 ppt
No 4 pptNo 4 ppt
No 4 ppt
 
No 2ppt
No 2pptNo 2ppt
No 2ppt
 
No 1 ppt
No 1 pptNo 1 ppt
No 1 ppt
 
No 1 ppt
No 1 pptNo 1 ppt
No 1 ppt
 
Aqabah
AqabahAqabah
Aqabah
 

Recently uploaded

aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niagaaspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niagaastrinovianti699
 
materi hukum perbankan di Indonesia untuk perguruan tinggi
materi hukum perbankan di Indonesia  untuk perguruan tinggimateri hukum perbankan di Indonesia  untuk perguruan tinggi
materi hukum perbankan di Indonesia untuk perguruan tinggissuser8b8170
 
interpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxinterpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxekahariansyah96
 
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forumpilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forumekahariansyah96
 
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapanPotensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapanDIVISIPENCEGAHAN
 
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfUU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfSumardi Arahbani
 
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahamateri hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahayunitahatmayantihafi
 
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBDPermendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBDSumardi Arahbani
 
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptxPPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptxmuhammadrezza14
 

Recently uploaded (9)

aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niagaaspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
 
materi hukum perbankan di Indonesia untuk perguruan tinggi
materi hukum perbankan di Indonesia  untuk perguruan tinggimateri hukum perbankan di Indonesia  untuk perguruan tinggi
materi hukum perbankan di Indonesia untuk perguruan tinggi
 
interpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxinterpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptx
 
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forumpilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
 
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapanPotensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
 
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfUU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
 
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahamateri hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
 
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBDPermendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
 
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptxPPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
 

Borang perjanjian sewarumah

  • 1. 1 PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN PERJANJIAN ini dibuat pada ……………………….…..haribulan………………..……….. Diantara…………………………………………………….……yang beralamat di ……………………………………………………….………(selepas ini disebut sebagai “Tuan Rumah”)sebagai satu pihak dan …………………………………………………………………………………………………… ………………….Beralamat………………………………………..……………………..No.Kad Pengenalan………………………..Kad Pelajar……………………….(selepas ini disebut sebagai “Penyewa” yang mana sebutan di dalam isi kandungan yang di maksudkan meliputi hak Pentadbiran harta penyewa, waris dan orang yang mempunyai hak mentadbir harta Pusaka Penyewa) sebagai pihak satu lagi. BAHAWASANYA A. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat……………………………………………………….. ……………………………………………………………… B. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah untuk seluruh ruang Rumah di alamat………………………. …………………………………………..(selepas itu disebut sebagai “Rumah tersebut”) serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan. C. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama……………….bermula pada………..…..dan berakhir pada …………………tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini.
  • 2. 2 D. Penyewa (Pelajar) bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………….RM:…………..sebulan hendaklah di bayar terlebih dahulu pada……………….haribulan (tiap-tiap bulan). E. Penyewa (Pelajar) bersetuju membayar sejurus selepas menandatangani perjanjian ini sebanyak (Ringgit Malaysia……………………………………….. ( RM………………….) sebagai bayaran cagaran dan sebanyak (Ringgit Malaysia…………………………(RM…………………..) bagi bayaran air dan api sebagai pendahuluan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian ini. F. Penyewa ialah penama berdaftar dalam boring Maklumat Penghuni Rumah. MAKA PENYEWA (PELAJAR) DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT: 1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana diTETAPKAN. 2. Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan. 3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan / atau bersama untuk membayar bayaran sewa dan bayaran perenggan (2). 4. Tidak mengunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau sebahagian daripada Rumah tersebut digunakan untuk apapun jenis perniagaan atau urusan perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
  • 3. 3 5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat perjanjian ini. 6. Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah Tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah. 7. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasan rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah Tersebut. 8. Tidak akan meletak dan/atau menyimpan didalam Rumah Tersebut apa jua bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah sangat terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah. 9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah Tersebut termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling Rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
  • 4. 4 10. Menjaga dan mempastikan keadaan didalam Rumah Tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa dan kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan). 11. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah Tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut. 12. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah Tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembiakan kepada Rumah Tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak. 13. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa. 14. Menyerahkan kembali Rumah Tersebut dengan keadaan baik, bersih dan aman kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
  • 5. 5 15. Memahami bahawa Tuan Rumah berhak melaporkan sebarang perlakuan sumbang atau salah laku Penyewa (Pelajar) kepada Bahagian Hal Ehwal pelajar untuk dikenakan tindakan tatatertib kerana menjejaskan nama baik Universiti. 16. Membenarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau wakil yang diberi kuasa untuk memasuki rumah tersebut bagi maksud melaksanakan siasatan terhadap perlakuan sumbang atau salah laku Penyewa (Pelajar) berdasarkan laporan oleh Tuan Rumah, jiran atau mana-mana pihak. TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH 1. Akan membayar Cukai Pintu,Cukai Tanah, Indah Water, Bil penyelenggaraan yang dikenakan ke atas Rumah Tersebut. 2. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah Tersebut yang mana ianya bukan di sebabkan oleh kelalaian dan juga membaiki apa- apa kerosakan biasa yang disebabkan oleh “Fair Wear dan Tear” dan Tuan Rumah bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke atas Rumah Tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini. 3. Mempastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum Penyewa mendiami Rumah seperti pemasangan grill pintu dan tingkap, tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
  • 6. 6 4. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani. 5. Tuan Rumah memberi kerjasama penuh dengan pihak Universiti mempastikan kebajikan, keselamatan, perhubungan Pelajar UiTM yang amat baik dapat dipelihara sepanjang masa. 6. Melengkapkan borang maklumat penghuni rumah serta mengembalikan kepada Unit Pengurusan NR bagi tujuan rekod di alamat berikut : Unit Pengurusan Kolej Seri Manjung UiTM (Perak) 32610, Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan Tel 05-3742482/2607
  • 7. 7 PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA 1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada Penyewa selepas penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. 2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggungjawab Penyewa atau menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera. 3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka Penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. 4. Sekiranya Penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila tempoh sepertimana terkandung di dalam perjanjian ini tamat maka Penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang dua (2) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut. 5. Tuan Rumah berhak untuk tidak mempersetujui tempoh penyewaan. 6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari Satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.
  • 8. 8 7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan member notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan bertulis kepada Penyewa. 8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini. 9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai penyewaan rumah Tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara. ………………………………… ………………………………… Tuan Rumah Penyewa/Ketua Rumah Nama: Nama: Tarikh: Tarikh: ………………………………… …………………………………... Saksi: Saksi: Nama: Nama: Tarikh: Tarikh: