SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
MODUL SOALAN PAST YEAR EKONOMI SEMESTER 1
BAB 1 ( PENGENALAN )
1. (a) Huraikan sumber-sumber ekonomi / faktor pengeluaran yang
digunakan dalam proses pengeluaran [8]
Sumber ekonomi terdiri daripada :
i. Tanah
- Merangkumi segala anugerah alam semula jadi yang ada di permukaan
bumi atau di dalam perut bumi seperti hasil hutan dan galian.
- Penawaran tanah adalah tetap
- Ganjaran kepada tanah ialah sewa
ii. Buruh
- Tenaga kerja yang memberi sumbangan dari segi fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran
- Mempunyai mobiliti tempat kerana mudah dipindahkan
- Ganjaran kepada buruh ialah upah
iii. Modal
- Alat fizikal ciptaan manusia seperti alat jentera
- Digunakan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam proses
pengeluaran
- Ganjaran kepada modal ialah bunga @ faedah
iv. Usahawan
- Individu yang menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Sanggup menanggung risiko ketidakpastian
- Ganjaran kepada usahawan ialah untung
(b) Bagaimanakah teknologi mempengaruhi sumber ekonomi? [2]
- Teknologi menyebabkan daya pengeluaran meningkat iaitu dengan
jumlah sumber ekonomi yang sama lebih banyak barang dapat
dihasilkan.
- Teknologi dapat mengurangkan kos pengeluaran
2. Berdasarkan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan antara :
(a) Barang percuma dengan barang ekonomi
- Barang percuma ialah barang yang penawarannya tidak terhad.
Contohnya air laut.
- Penggunaan barang percuma tidak melibatkan kos lepas dan harga.
Contoh air laut boleh diperoleh dan digunakan sebanyak mungkin tanpa
mengorbankan barang lain dan nilainya tiada sebutan harga.
- Manakala Barang ekonomi pula penawarannya terhad. Contohnya
kereta.
- Penggunaan barang ekonomi pula melibatkan kos lepas dan harga.
Contoh apabila sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan kereta
maka ia tidak dapat digunakan untuk mengeluarkan barang lain. Kereta
mempunyai harga dan perlu mengorbankan barang lain untuk
mendapatkannya.
b) barang awam dengan barang persendirian
- Barang awam ialah barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian
iaitu semua orang boleh menggunakannya. Contoh lampu jalan.
- Manakala barang persendirian mempunyai sifat kekecualian iaitu orang
yang mampu membayar sahaja yang boleh menggunakannya. Contoh
rumah.
- Barang awam disediakan secara percuma oleh kerajaan untuk
meningkatkan kebajikan masyarakat.
- Sebaliknya barang persendirian disediakan oleh firma dengan tujuan
untuk memaksimumkan keuntungan.
3. (a) Udara dan air paip merupakan dua jenis barang yang diperlukan
oleh masyarakat. Jelaskan tiga perbezaan antara dua barang tersebut.
[6]
Tiga perbezaan antara udara dengan air paip ialah:
i. Harga
- udara tidak mempunyai harga kerana udara tidak mempunyai sebarang
kos pengeluaran manakala air paip pula mempunyai harga kerana air
paip melibatkan kos pengeluaran.
ii. Jenis barang
- udara merupakan barang percuma, manakala air paip merupakan
barang ekonomi
iii. Penawaran
- penawaran udara adalah tidak terhad kerana ia anugerah Allah
manakala penawaran air paip adalah terhad kerana sumber ekonomi
yang terhad dan melibatkan kos
4. (a) Huraikan dua peranan usahawan. [4]
i . Membuat keputusan
- Contoh menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan
menentukan gabungan faktor pengeluaran tanah, buruh dan modal
untuk mengeluarkan sesuatu barang.
ii. Melibatkan diri dalam melakukan inovasi atau reka cipta baru
- Contoh membaiki teknik dan mutu pengeluaran
iii. Menanggung risiko
- iaitu ketidakpastian atau kerugian dalam pasaran
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang
percuma, barang ekonomi dan barang awam. [6]
- Barang percuma ialah barang yang diperoleh tanpa melibatkan kos
pengeluaran atau tiada kos lepas kerana ia adalah anugerah Allah.
Contoh udara
- Barang ekonomi ialah barang yang mempunyai penawaran yang terhad
atau ada kos lepas. Contoh kereta
- Barang awam ialah barang yang penggunaannya tada prinsip
pengecualian iaitu semua orang boleh menggunakannya. Contoh
taman rekreasi.
5. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak
mencukupi kerana sumber ekonomi yang terhad. Bincangkan. [10]
- Sumber ekonomi atau faktor pengeluaran adalah input bagi
pengeluaran barang dan perkhidmatan. Sumber ekonomi terdiri
daripada tanah, modal, buruh dan usahawan dan ia bersifat kekurangan
atau terhad.
- Maka wujud masalah pilihan di mana firma terpaksa memilih untuk
mengeluarkan barang yang paling menguntungkan. Maka barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan tidak dapat memenuhi semua kehendak
masyarakat.
- Masyarakat juga perlu memilih kehendak yang perlu dipenuhi terlebih
dahulu iaitu untuk kegunaan sekarang dan kemudian.
- Pilihan menyebabkan suatu barang dihasilkan dengan banyak dan
barang lain dihasilkan secara berkurangan.
- Proses pilihan in akan memaksimumkan utiliti bagi pengguna dan
memaksimumkan keuntungan bagi pengeluar.
6 (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud?
Masalah asas ekonomi wujud kerana kehendak manusia tidak terhad
manakala sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang iaitu tanah, buruh,
modal dan usahawan adalah terhad.
(b) Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sebuah negara
[8]
Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sebuah ekonomi ialah:
i. Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan
- Merujuk kepada jenis barang dan kuantiti sesuatu barang y hendak
dikeluarkan. Ini bergantung kepada permintaan dan penawaran
ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan
- Merujuk kepada pemilihan teknik pengeluaran yang paling cekap untuk
mengeluarkan sesuatu barang, iaitu sama ada menggunakan intensif
buruh atau intensif modal untuk meminimumkan kos pengeluaran atau
memaksimumkan keuntungan
iii. Untuk siapa barang dikeluarkan
- Merujuk kepada pengagihan barang atau pihak mana akan
mendapatkan sesuatu barang. la bergantung kepada agihan
pendapatan dan kuasa beli pengguna.
7. Dengan menggunakan gambar rajah berangka, terangkan bagaimana
bentuk keluk kemungkinan pengeluaran dipengaruhi oleh
(a) kos lepas meningkat [5]
(b) kos lepas malar [5]
a) Kos Lepas Meningkat
- Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kos lepas meningkat
iaitu bagi setiap unit tambahan pengeluaran satu barang, kuantiti suatu
barang lain yang dilepaskan semakin banyak.
- Katakan ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit barang X . Maka, 10 unit
barang Y perlu dilepaskan yang ditunjukkan oleh peralihan titik A ke titik
B.
- Seterusnya ekonomi ingin menambah 1 unit lagi barang X iaitu ke-2
unit. Maka, ekonomi terpaksa melepaskan lebih banyak barang Y iaitu
30 unit seperti ditunjukkan oleh peralihan dari titik B ke C.
- Begitu juga penambahan barang X dari 2 unit ke 3 unit, semakin
banyak barang Y dilepaskan iaitu 60 unit.
- Kos lepas meningkat menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran
berbentuk cembung
b) Kos Lepas Mendatar
- Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kos leas malar iaitu bagi
setiap unit tambahan pengeluaran satu barang, kuantiti suatu barang
lain yang dilepaskan adalah sama/tetap
- Katakan ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit barang X. Maka, ekonomi
terpaksa melepaskan 5 unit barang Y seperti ditunjukkan oleh peralihan
dari titik A ke titik B.
- Jika ekonomi ingin menambah 1 unit lagi barang X Ke 2 unit. Maka
barang Y yang dilepaskan juga sama banyak iaitu 5 unit.
- Kos lepas malar menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran
bergaris lurus.
8. (a) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran dan nyatakan
andaian-andaian untuk menerbitkan keluk tersebut. [4]
- Keluk kemungkinan pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan jumlah
maksimum kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan
menggunakan sumber ekonomi secara cekap pada tingkat teknologi
tertentu
Andaian-andaian:
i. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
ii. Tingkat teknologi adalah tetap
iii. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
iv. Faktor pengeluaran adalah tetap
b) Dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran jelaskan
konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas [6]
- Kekurangan berlaku akibat daripada sumber ekonomi yang terhad
sedangkan kehendak tidak terhad. Ini bermaksud tidak semua barang
dapat dihasilkan dalam ekonomi
- Ekonomi hanya dapat mengeluarkan salah satu kombinasi pengeluaran
pada titik A hingga D. Masalah kekurangan ditunjukkan oleh titik di luar
keluk kemungkinan pengeluaran, contoh titik E iaitu pengeluaran yang
tidak dapat dicapai.
- Pilihan berlaku akibat masalah kekurangan. Masalah pilihan ditunjukkan
oleh titik-titik kombinasi pengeluaran di sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran iaitu titik A hingga D.
- Kos lepas wujud akibat pilihan yang dilakukan jaitu sejumlah barang
yang terpaksa dilepaskan untuk menambah pengeluaran barang lain.
Contoh untuk mengeluarkan X1X2 unit barang X maka sebanyak Y2Y1
unit barang Y dilepaskan.
9. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kewujudan
pengangguran, pertumbuhan ekonomi dan agihan barang dalam suatu
ekonomi. [10]
- Pengangguran berlaku akibat kombinasi pengeluaran yang tidak cekap.
Ia ditunjukkan oleh titik titik dibawah keluk kemungkinan pengeluaran.
Contoh pada titik E dimana kombinasi pengeluaran ialah I unit barang X
dan 6 unit barang Y. Jika pengeluar ingin mengeluarkan pada titik C
tiada barang yang perlu dikurangkan. Ini bererti sumber ekonomi belum
digunakan sepenuhnya. Ini menunjukkan berlaku pengangguran.
- Pertumbuhan ekonomi menyebabkan pengeluaran barang bertambah.
Pertambahan dalam pengeluaran kedua-dua barang ditunjukkan oleh
peralihan, keluk kemungkinan pengeluaran ke atas iaitu dan AD ke HJ.
la boleh berlaku misalnya kesan daripada kemajuan teknologi.
- Agihan barang ditunjukkan oleh titik-titik pengeluaran di atas suatu
keluk kemungkinan pengeluaran. Misalnya pada titik A hanya barang Y
yang dikeluarkan manakala pada titik B kedua-dua barang X dan Y
dikeluarkan. Agihan barang bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh
masyarakat dan sumber ekonomi yang ada.
10 (a) Terangkan tiga ciri sistem ekonomi Islam. [6]
i. Sistem membuat keputusan
- Pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan ekonomi
- Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga
- Kerajaan tidak campur tangan selagi tidak bercanggah dengan hukum
Islam
ii. Sistem insentif
- Matlamat kegiatan ekonomi ialah untuk mendapat kesejahteraan di
dunia dan akhirat, Pihak swasta dibenarkan mendapat keuntungan
tetapi mesti berlandaskan syariat Islam
iii. Sistem pemilikan
- Sumber ekonomi adalah hak milk Allah swt dan individu hanya
pemegang amanah. Individu dan pihak swasta bebas memiliki dan
menggunakan faktor pengeluaran asalkan aktiviti ekonomi tidak
bertentangan dengan hukum Islam.
(b) Terangkan dua perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas
dengan ekonomi perancangan pusat. [4]
Dua perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas (EPB) dengan ekonomi
perancangan pusat (EPP) ialah :
i. Pemilikan sumber
EPB; individu bebas memiliki sumber ekonomi tetapi dalam
EP; pihak pemerintah kerajaan yang memiliki semua sumber ekonomi
ii. Agihan barang dan perkhidmatan
EPB; Individu yang mempunyai kemampuan membayar bebas memiliki
sebanyak mana barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan, tetapi dalam
EPP; pihak kerajan akan menentukan agihan barang dan
Perkhidmatan.
11. Terangkan tiga ciri yang membezakan sistem ekonomi campuran
dengan sistem ekonomi pasaran bebas. [10]
i. Sistem pemilikan
- Dalam sistem ekonomi campuran (SEC) terdapat pemilikan
persendirian swasta dan pemilikan awam kerajaan Individu dan pihak
swasta bebas memiliki faktor pengeluaran dan harta persendirian.
Manakala ada sumber tertentu dimiliki kerajaan.
- Manakala dalam sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB) semua faktor
pengeluaran dimiliki oleh pihak persendirian. Mereka bebas memiliki
dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mencapai matlamat
masing-masing.
ii. Sistem membuat keputusan
a. Peruntukan sumber
- Dalam SEC pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat
keputusan ekonomi. Keputusan ekonomi pihak swasta ditentukan oleh
mekanisme harga yang akan menentukan corak peruntukan sumber.
Kerajaan akan mengawal melalui undang-undang. Dalam SEPB,
peruntukan sumber ditentukan sepenuhnya oleh mekanisme harga.
b. Agihan pendapatan
- Dalam SEC, agihan pendapatan lebih setara. Contohnya cukai
dikenakan oleh golongan kaya.
- Dalam SEPB agihan pendapatan tidak setara kerana ditentukan oleh
jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki. Semakin banyak faktor
pengeluar semakin banyak pendapatan.
iii. Sistem insentif
- Dalam SEC pihak swasta dibenarkan mencari dan menggunakan
kekayaan untuk mencapai matlamat masing-masing. Terdapat unsur
insentif yang mendorong mereka. Kerajaan juga didorong untuk
memaksimumkan kebajikan masyarakat.
- Dalam SEPB, terdapat pelbagai insentif yang mendorong individu dan
firma berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat
masing-masing kerana mereka mempunyai kebebasan sepenuhnya.
12. Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas
menyelesaikan masalah:
(a) penggunaan sumber
- Menggunakan gumber yang sedikit tetapi menghasilkan keluaran yang
banyak
- Menggunakan sumber dengan cekap
- Menggunakan sumber dengan kos yang paling rendah
(b) pengeluaran barang
- Apa barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga.
- Barang yang permintaannya tinggi akan dikeluarkan.
- Penawaran ditentukan oleh kos pengeluaran. Barang yang kos
pengeluarannya minimum akan dikeluarkan dengan lebih banyak.
- Kombinasi kedua-dua keadaan di atas akan menentukan berapa banyak
barang hendak dikeluarkan.
(c) pengagihan barang kepada masyarakat
- Bergantung kepadá kuasa beli pengguna.
- Kuasa beli bergantung pada pendapatan yang diperoleh
- Lebih tinggi pendapatan lebih banyak barang yang dimiliki,
13. (a) Terangkan dua kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas.[4]
i. Mementingkan kebajikan individu.
Setiap individu bebas membuat keputusan ekonomi untuk memaksimumkan
kepuasan masing-masing.
ii. Menggalakkan perkembangan teknologi dan rekacipta baru
Persaingan menggalakkan perkembangan teknologi dan penciptaan barang
baru di pasaran. Daya pengeluaran meningkat dan menyumbang kepada
kemajuan ekonomi negara.
(b) Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan
masalah asas ekonomi. [6]
i. Apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan
- Ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di
pasaran. Pengguna menentukan
apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan melalui
permintaannya. Barang yang permintaannya tinggi akan dikeluarkan dengan
lebih banyak oleh firma.
ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan
Pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran untuk mengeluarkan barang.
Pengeluar akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos
pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.
iii. Untuk siapa barang dikeluarkan
- Diselesaikan melalui agihan pendapatan dan kuasa beli.
- Kuasa beli bergantung pada pendapatan yang diperoleh
- Lebih tinggi pendapatan seseorang maka lebih banyak barang yang dimiliki
14. Jelaskan lima alasan/sebab/faktor campur tangan kerajaan dalam
pasaran.
Lima alasan campur tangan kerajaan dalam pasaran:
i) Menyediakan barang awam
- Sistem pasaran gagal menyediakan barang awam kerana tidak
menguntungkan
- Kerajaan dapat meningkatkan kebajikan masyarakat dengan menyediakan
barang awam
ii) Mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi
- Kegiatan ekonomi dirancang dengan rapi. Contoh melalui dasar fiskal dan
dasar kewangan untuk elak masalah inflasi dan kemelesetan
iii) Memastikan agihan pendapatan yang lebih adil
- Mengurangkan pendapatan golongan kaya dengan mengenakan cukai yang
lebih tinggi dan mengagihkan hasil kerajaan melalui subsidi dan bantuan
kebajikan kepada golongan miskin
iv) Mengawal eksternaliti negatif
- Melalui peraturan dan undang-undang tertentu kerajaan mengawal aktiviti
firma yang boleh memudaratkan masyarakat seperti pencemaran alam
sekitar.
v) Mengawal wujudnya monopoli
- Monopoli menyebabkan berlakunya kenaikan harga dan keluaran berkurang
di pasaran.
- Melalui kawalan kerajaan kebajikan masyarakat dapat dipertingkatkan.
15. Terangkan lima alasan mengapa sistem ekonomi pasaran bebas
(SEPB) tidak diamalkan sepenuhnya oleh kebanyakan negara .
(keburukan/kelemahan SEPB)
a) Tiada pengeluaran barang awam
Firma bermatlamat kan keuntungan, sedangkan barang awam tidak
menguntungkan
b) Wujud ketidakstabilan ekonomi
Ekonomi sering meleset atau melambung
c) Agihan pendapatan yang tidak adil
Kerajaan tidak campur tangan menyebabkan jurang pendapatan yang luas
d) Mewujudkan monopoli
Persaingan bebas boleh mewujudkan monopoli yang mendatangkan banyak
keburukan seperti harga barang tinggi
e) Kesan eksternaliti negatif
Firma utamakan keuntungan dan mengabaikan kesan luaran yang negatif
16. Huraikan lima bentuk kawalan langsung kerajaan @ campur tangan
kerajaan untuk mempengaruhi harga dan kuantiti keluaran sesuatu
barang
i. Dasar harga maksimum
- Penetapan tingkat harga yang lebih rendah dari harga pasaran
- Tujuannya untuk mengawal kenaikan harga barang bagi menjamin kebajikan
pengguna.
- Harga lebih rendah dan kuantiti keluaran berkurang
ii. Dasar harga minimum
- Penetapan tingkat harga yang lebih tinggi dari harga pasaran
- Tujuannya untuk menjamin pendapatan pengeluar yang lebih stabil
- Keluaran di pasaran bertambah.
iii. Subsidi
- Bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar untuk mengurangkan kos
pengeluaran
- Penawaran barang meningkat dan harga turun
iv. Cukai
- Dikenakan ke atas keluaran firma. Tujuannya untuk mengurangkan
penggunaan sesuatu barang dan memberi hasil kepada kerajaan
- Penawaran barang berkurang dan harga meningkat
v. Kuota
- Kuantiti maksimum pengeluaran/penawaran sesuatu barang.
- Bertujuan untuk menghadkan kuantiti sesuatu barang di pasaran
- Harga akan meningkat, kuantiti berkurang

More Related Content

What's hot

Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Dr. Vignes Gopal
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiamieyaz
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaarharynna
 
Geografi Ting 6 Penggal 1- TENAGA
Geografi Ting 6 Penggal 1- TENAGAGeografi Ting 6 Penggal 1- TENAGA
Geografi Ting 6 Penggal 1- TENAGAAdilah Hrn
 
1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)
1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)
1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)Harry P
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Khairuddin Nisa
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiChuah Chye
 
Pengajian am presentation
Pengajian am presentationPengajian am presentation
Pengajian am presentationfazrul
 
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTATModul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAThasnirusli
 
Pasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoliPasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoliram charan
 
Pasaran Barang Dan Harga - sem 1
Pasaran Barang Dan Harga - sem 1Pasaran Barang Dan Harga - sem 1
Pasaran Barang Dan Harga - sem 1frays default
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)
Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)
Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)Mohd Yusri Ibrahim
 
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIKHamizah Mohamad Chabar
 
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMigrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMimiey Rahman
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungaiHilmi Ahmad
 
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baikazam_hazel
 

What's hot (20)

Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
 
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusiakejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
kejadian musim dan pengaruhnya terhadap persekitaran fizikal dan manusia
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 
Geografi Ting 6 Penggal 1- TENAGA
Geografi Ting 6 Penggal 1- TENAGAGeografi Ting 6 Penggal 1- TENAGA
Geografi Ting 6 Penggal 1- TENAGA
 
1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)
1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)
1.3 kehendak manusia (Ekonomi Stpm penggal 1)
 
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
Geografi Manusia Bab 1 (Ting. 6)
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
 
Pengajian am presentation
Pengajian am presentationPengajian am presentation
Pengajian am presentation
 
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTATModul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
Modul mikroekonomi ( penggal 1 ) edit by cikgu HASNI KOLEJ TING 6 SMKTAT
 
SEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIANSEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIAN
 
Pasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoliPasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoli
 
Pasaran Barang Dan Harga - sem 1
Pasaran Barang Dan Harga - sem 1Pasaran Barang Dan Harga - sem 1
Pasaran Barang Dan Harga - sem 1
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
makroekonomi kdnk
makroekonomi kdnkmakroekonomi kdnk
makroekonomi kdnk
 
Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)
Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)
Ahmad muaz bin mohammad maliki(pengajian am)
 
Kemarau
KemarauKemarau
Kemarau
 
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
 
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modularMigrasi antarabangsa stpm sistem modular
Migrasi antarabangsa stpm sistem modular
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
 
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
 

Similar to pengenalan ekonomi ( sem 1 )

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptx
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptxBAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptx
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptxNurfarahinShukran1
 
ECN 2013 - pengenalan kepada ekonomi
ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomiECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi
ECN 2013 - pengenalan kepada ekonomiSukhairi Husain
 
Metode Penghitungan Pendapatan Nasional
Metode Penghitungan Pendapatan NasionalMetode Penghitungan Pendapatan Nasional
Metode Penghitungan Pendapatan Nasionalramafajar6969
 
Bab 6 teori produksi
Bab 6 teori produksiBab 6 teori produksi
Bab 6 teori produksiTossan Ihsan
 
BAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.ppt
BAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.pptBAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.ppt
BAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.pptSabrinaDeRozario
 
LOG 1 SOALAN PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docx
LOG 1 SOALAN  PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docxLOG 1 SOALAN  PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docx
LOG 1 SOALAN PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docxeita_lita
 
Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)
Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)
Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)Gondo Madden
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithNur Az
 
Microekonomi bab 1 bab 6
Microekonomi bab 1 bab 6Microekonomi bab 1 bab 6
Microekonomi bab 1 bab 6tips 2u
 
Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi.ppt
Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi.pptBab 1 Pengenalan Mikroekonomi.ppt
Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi.pptAlyaaSyahirah4
 
SIKLUS PENDAPATAN NASIONAL
SIKLUS PENDAPATAN NASIONALSIKLUS PENDAPATAN NASIONAL
SIKLUS PENDAPATAN NASIONALilhampradita
 
TEORI PRODUKSI.ppt
TEORI PRODUKSI.pptTEORI PRODUKSI.ppt
TEORI PRODUKSI.pptWan Na
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)Izzuddin Norrahman
 
4 absolut dan comparativ, ho
4 absolut dan comparativ, ho4 absolut dan comparativ, ho
4 absolut dan comparativ, hoJuni Effendi
 

Similar to pengenalan ekonomi ( sem 1 ) (20)

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptx
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptxBAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptx
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI DPE4013.pptx
 
ECN 2013 - pengenalan kepada ekonomi
ECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomiECN 2013 -   pengenalan kepada ekonomi
ECN 2013 - pengenalan kepada ekonomi
 
Teori perdagangan internasional modern
Teori perdagangan internasional modernTeori perdagangan internasional modern
Teori perdagangan internasional modern
 
Metode Penghitungan Pendapatan Nasional
Metode Penghitungan Pendapatan NasionalMetode Penghitungan Pendapatan Nasional
Metode Penghitungan Pendapatan Nasional
 
Bab 6 teori produksi
Bab 6 teori produksiBab 6 teori produksi
Bab 6 teori produksi
 
BAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.ppt
BAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.pptBAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.ppt
BAB 2 TEORI-TEORI PEMBANGUNAN EKONOMI.ppt
 
LOG 1 SOALAN PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docx
LOG 1 SOALAN  PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docxLOG 1 SOALAN  PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docx
LOG 1 SOALAN PENGENALAN KEPADA EKONOMI 2021.docx
 
Slide 9 (pe)
Slide 9 (pe)Slide 9 (pe)
Slide 9 (pe)
 
Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)
Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)
Pengertian pasar faktor produksi (pasar input)
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
 
Microekonomi bab 1 bab 6
Microekonomi bab 1 bab 6Microekonomi bab 1 bab 6
Microekonomi bab 1 bab 6
 
Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi.ppt
Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi.pptBab 1 Pengenalan Mikroekonomi.ppt
Bab 1 Pengenalan Mikroekonomi.ppt
 
Pertemuan ii diagram sirkulasi dan ppf
Pertemuan ii diagram sirkulasi dan ppfPertemuan ii diagram sirkulasi dan ppf
Pertemuan ii diagram sirkulasi dan ppf
 
SIKLUS PENDAPATAN NASIONAL
SIKLUS PENDAPATAN NASIONALSIKLUS PENDAPATAN NASIONAL
SIKLUS PENDAPATAN NASIONAL
 
TEORI PRODUKSI.ppt
TEORI PRODUKSI.pptTEORI PRODUKSI.ppt
TEORI PRODUKSI.ppt
 
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)
Sijil Tinggi Muamalat 2 - Prinsip Asas Ekonomi : Dr.Hakimi (UKM)
 
DBF1163 Mikroekonomi NK01
DBF1163   Mikroekonomi NK01DBF1163   Mikroekonomi NK01
DBF1163 Mikroekonomi NK01
 
Maya ajar 2015
Maya ajar 2015Maya ajar 2015
Maya ajar 2015
 
Ekonomi bta
Ekonomi btaEkonomi bta
Ekonomi bta
 
4 absolut dan comparativ, ho
4 absolut dan comparativ, ho4 absolut dan comparativ, ho
4 absolut dan comparativ, ho
 

More from frays default

undang-undang kontrak
undang-undang kontrakundang-undang kontrak
undang-undang kontrakfrays default
 
Fakta Penting Perundangan Perniagaan
Fakta Penting Perundangan PerniagaanFakta Penting Perundangan Perniagaan
Fakta Penting Perundangan Perniagaanfrays default
 
STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUTSTRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUTfrays default
 
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )frays default
 

More from frays default (6)

undang-undang kontrak
undang-undang kontrakundang-undang kontrak
undang-undang kontrak
 
morfologi
morfologimorfologi
morfologi
 
kata tugas
kata tugaskata tugas
kata tugas
 
Fakta Penting Perundangan Perniagaan
Fakta Penting Perundangan PerniagaanFakta Penting Perundangan Perniagaan
Fakta Penting Perundangan Perniagaan
 
STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUTSTRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
 
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN ( sem 1 )
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 

pengenalan ekonomi ( sem 1 )

  • 1. MODUL SOALAN PAST YEAR EKONOMI SEMESTER 1 BAB 1 ( PENGENALAN ) 1. (a) Huraikan sumber-sumber ekonomi / faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran [8] Sumber ekonomi terdiri daripada : i. Tanah - Merangkumi segala anugerah alam semula jadi yang ada di permukaan bumi atau di dalam perut bumi seperti hasil hutan dan galian. - Penawaran tanah adalah tetap - Ganjaran kepada tanah ialah sewa ii. Buruh - Tenaga kerja yang memberi sumbangan dari segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran - Mempunyai mobiliti tempat kerana mudah dipindahkan - Ganjaran kepada buruh ialah upah iii. Modal - Alat fizikal ciptaan manusia seperti alat jentera - Digunakan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam proses pengeluaran - Ganjaran kepada modal ialah bunga @ faedah iv. Usahawan - Individu yang menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan - Sanggup menanggung risiko ketidakpastian - Ganjaran kepada usahawan ialah untung (b) Bagaimanakah teknologi mempengaruhi sumber ekonomi? [2] - Teknologi menyebabkan daya pengeluaran meningkat iaitu dengan jumlah sumber ekonomi yang sama lebih banyak barang dapat dihasilkan. - Teknologi dapat mengurangkan kos pengeluaran
  • 2. 2. Berdasarkan contoh yang sesuai, huraikan perbezaan antara : (a) Barang percuma dengan barang ekonomi - Barang percuma ialah barang yang penawarannya tidak terhad. Contohnya air laut. - Penggunaan barang percuma tidak melibatkan kos lepas dan harga. Contoh air laut boleh diperoleh dan digunakan sebanyak mungkin tanpa mengorbankan barang lain dan nilainya tiada sebutan harga. - Manakala Barang ekonomi pula penawarannya terhad. Contohnya kereta. - Penggunaan barang ekonomi pula melibatkan kos lepas dan harga. Contoh apabila sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan kereta maka ia tidak dapat digunakan untuk mengeluarkan barang lain. Kereta mempunyai harga dan perlu mengorbankan barang lain untuk mendapatkannya. b) barang awam dengan barang persendirian - Barang awam ialah barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian iaitu semua orang boleh menggunakannya. Contoh lampu jalan. - Manakala barang persendirian mempunyai sifat kekecualian iaitu orang yang mampu membayar sahaja yang boleh menggunakannya. Contoh rumah. - Barang awam disediakan secara percuma oleh kerajaan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat. - Sebaliknya barang persendirian disediakan oleh firma dengan tujuan untuk memaksimumkan keuntungan.
  • 3. 3. (a) Udara dan air paip merupakan dua jenis barang yang diperlukan oleh masyarakat. Jelaskan tiga perbezaan antara dua barang tersebut. [6] Tiga perbezaan antara udara dengan air paip ialah: i. Harga - udara tidak mempunyai harga kerana udara tidak mempunyai sebarang kos pengeluaran manakala air paip pula mempunyai harga kerana air paip melibatkan kos pengeluaran. ii. Jenis barang - udara merupakan barang percuma, manakala air paip merupakan barang ekonomi iii. Penawaran - penawaran udara adalah tidak terhad kerana ia anugerah Allah manakala penawaran air paip adalah terhad kerana sumber ekonomi yang terhad dan melibatkan kos 4. (a) Huraikan dua peranan usahawan. [4] i . Membuat keputusan - Contoh menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan menentukan gabungan faktor pengeluaran tanah, buruh dan modal untuk mengeluarkan sesuatu barang. ii. Melibatkan diri dalam melakukan inovasi atau reka cipta baru - Contoh membaiki teknik dan mutu pengeluaran iii. Menanggung risiko - iaitu ketidakpastian atau kerugian dalam pasaran
  • 4. (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan maksud barang percuma, barang ekonomi dan barang awam. [6] - Barang percuma ialah barang yang diperoleh tanpa melibatkan kos pengeluaran atau tiada kos lepas kerana ia adalah anugerah Allah. Contoh udara - Barang ekonomi ialah barang yang mempunyai penawaran yang terhad atau ada kos lepas. Contoh kereta - Barang awam ialah barang yang penggunaannya tada prinsip pengecualian iaitu semua orang boleh menggunakannya. Contoh taman rekreasi. 5. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak mencukupi kerana sumber ekonomi yang terhad. Bincangkan. [10] - Sumber ekonomi atau faktor pengeluaran adalah input bagi pengeluaran barang dan perkhidmatan. Sumber ekonomi terdiri daripada tanah, modal, buruh dan usahawan dan ia bersifat kekurangan atau terhad. - Maka wujud masalah pilihan di mana firma terpaksa memilih untuk mengeluarkan barang yang paling menguntungkan. Maka barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan tidak dapat memenuhi semua kehendak masyarakat. - Masyarakat juga perlu memilih kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu untuk kegunaan sekarang dan kemudian. - Pilihan menyebabkan suatu barang dihasilkan dengan banyak dan barang lain dihasilkan secara berkurangan. - Proses pilihan in akan memaksimumkan utiliti bagi pengguna dan memaksimumkan keuntungan bagi pengeluar.
  • 5. 6 (a) Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? Masalah asas ekonomi wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan adalah terhad. (b) Terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sebuah negara [8] Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh sebuah ekonomi ialah: i. Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan - Merujuk kepada jenis barang dan kuantiti sesuatu barang y hendak dikeluarkan. Ini bergantung kepada permintaan dan penawaran ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan - Merujuk kepada pemilihan teknik pengeluaran yang paling cekap untuk mengeluarkan sesuatu barang, iaitu sama ada menggunakan intensif buruh atau intensif modal untuk meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan keuntungan iii. Untuk siapa barang dikeluarkan - Merujuk kepada pengagihan barang atau pihak mana akan mendapatkan sesuatu barang. la bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli pengguna.
  • 6. 7. Dengan menggunakan gambar rajah berangka, terangkan bagaimana bentuk keluk kemungkinan pengeluaran dipengaruhi oleh (a) kos lepas meningkat [5] (b) kos lepas malar [5] a) Kos Lepas Meningkat - Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kos lepas meningkat iaitu bagi setiap unit tambahan pengeluaran satu barang, kuantiti suatu barang lain yang dilepaskan semakin banyak. - Katakan ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit barang X . Maka, 10 unit barang Y perlu dilepaskan yang ditunjukkan oleh peralihan titik A ke titik B. - Seterusnya ekonomi ingin menambah 1 unit lagi barang X iaitu ke-2 unit. Maka, ekonomi terpaksa melepaskan lebih banyak barang Y iaitu 30 unit seperti ditunjukkan oleh peralihan dari titik B ke C. - Begitu juga penambahan barang X dari 2 unit ke 3 unit, semakin banyak barang Y dilepaskan iaitu 60 unit. - Kos lepas meningkat menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung
  • 7. b) Kos Lepas Mendatar - Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kos leas malar iaitu bagi setiap unit tambahan pengeluaran satu barang, kuantiti suatu barang lain yang dilepaskan adalah sama/tetap - Katakan ekonomi ingin mengeluarkan 1 unit barang X. Maka, ekonomi terpaksa melepaskan 5 unit barang Y seperti ditunjukkan oleh peralihan dari titik A ke titik B. - Jika ekonomi ingin menambah 1 unit lagi barang X Ke 2 unit. Maka barang Y yang dilepaskan juga sama banyak iaitu 5 unit. - Kos lepas malar menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran bergaris lurus. 8. (a) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran dan nyatakan andaian-andaian untuk menerbitkan keluk tersebut. [4] - Keluk kemungkinan pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan jumlah maksimum kombinasi dua barang yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi secara cekap pada tingkat teknologi tertentu Andaian-andaian: i. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang ii. Tingkat teknologi adalah tetap iii. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh iv. Faktor pengeluaran adalah tetap
  • 8. b) Dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran jelaskan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas [6] - Kekurangan berlaku akibat daripada sumber ekonomi yang terhad sedangkan kehendak tidak terhad. Ini bermaksud tidak semua barang dapat dihasilkan dalam ekonomi - Ekonomi hanya dapat mengeluarkan salah satu kombinasi pengeluaran pada titik A hingga D. Masalah kekurangan ditunjukkan oleh titik di luar keluk kemungkinan pengeluaran, contoh titik E iaitu pengeluaran yang tidak dapat dicapai. - Pilihan berlaku akibat masalah kekurangan. Masalah pilihan ditunjukkan oleh titik-titik kombinasi pengeluaran di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran iaitu titik A hingga D. - Kos lepas wujud akibat pilihan yang dilakukan jaitu sejumlah barang yang terpaksa dilepaskan untuk menambah pengeluaran barang lain. Contoh untuk mengeluarkan X1X2 unit barang X maka sebanyak Y2Y1 unit barang Y dilepaskan.
  • 9. 9. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kewujudan pengangguran, pertumbuhan ekonomi dan agihan barang dalam suatu ekonomi. [10] - Pengangguran berlaku akibat kombinasi pengeluaran yang tidak cekap. Ia ditunjukkan oleh titik titik dibawah keluk kemungkinan pengeluaran. Contoh pada titik E dimana kombinasi pengeluaran ialah I unit barang X dan 6 unit barang Y. Jika pengeluar ingin mengeluarkan pada titik C tiada barang yang perlu dikurangkan. Ini bererti sumber ekonomi belum digunakan sepenuhnya. Ini menunjukkan berlaku pengangguran. - Pertumbuhan ekonomi menyebabkan pengeluaran barang bertambah. Pertambahan dalam pengeluaran kedua-dua barang ditunjukkan oleh peralihan, keluk kemungkinan pengeluaran ke atas iaitu dan AD ke HJ. la boleh berlaku misalnya kesan daripada kemajuan teknologi. - Agihan barang ditunjukkan oleh titik-titik pengeluaran di atas suatu keluk kemungkinan pengeluaran. Misalnya pada titik A hanya barang Y yang dikeluarkan manakala pada titik B kedua-dua barang X dan Y dikeluarkan. Agihan barang bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh masyarakat dan sumber ekonomi yang ada.
  • 10. 10 (a) Terangkan tiga ciri sistem ekonomi Islam. [6] i. Sistem membuat keputusan - Pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan ekonomi - Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga - Kerajaan tidak campur tangan selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam ii. Sistem insentif - Matlamat kegiatan ekonomi ialah untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat, Pihak swasta dibenarkan mendapat keuntungan tetapi mesti berlandaskan syariat Islam iii. Sistem pemilikan - Sumber ekonomi adalah hak milk Allah swt dan individu hanya pemegang amanah. Individu dan pihak swasta bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran asalkan aktiviti ekonomi tidak bertentangan dengan hukum Islam. (b) Terangkan dua perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan ekonomi perancangan pusat. [4] Dua perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas (EPB) dengan ekonomi perancangan pusat (EPP) ialah : i. Pemilikan sumber EPB; individu bebas memiliki sumber ekonomi tetapi dalam EP; pihak pemerintah kerajaan yang memiliki semua sumber ekonomi ii. Agihan barang dan perkhidmatan EPB; Individu yang mempunyai kemampuan membayar bebas memiliki sebanyak mana barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan, tetapi dalam EPP; pihak kerajan akan menentukan agihan barang dan Perkhidmatan.
  • 11. 11. Terangkan tiga ciri yang membezakan sistem ekonomi campuran dengan sistem ekonomi pasaran bebas. [10] i. Sistem pemilikan - Dalam sistem ekonomi campuran (SEC) terdapat pemilikan persendirian swasta dan pemilikan awam kerajaan Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran dan harta persendirian. Manakala ada sumber tertentu dimiliki kerajaan. - Manakala dalam sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB) semua faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak persendirian. Mereka bebas memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mencapai matlamat masing-masing. ii. Sistem membuat keputusan a. Peruntukan sumber - Dalam SEC pihak swasta dan kerajaan sama-sama membuat keputusan ekonomi. Keputusan ekonomi pihak swasta ditentukan oleh mekanisme harga yang akan menentukan corak peruntukan sumber. Kerajaan akan mengawal melalui undang-undang. Dalam SEPB, peruntukan sumber ditentukan sepenuhnya oleh mekanisme harga. b. Agihan pendapatan - Dalam SEC, agihan pendapatan lebih setara. Contohnya cukai dikenakan oleh golongan kaya. - Dalam SEPB agihan pendapatan tidak setara kerana ditentukan oleh jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki. Semakin banyak faktor pengeluar semakin banyak pendapatan. iii. Sistem insentif - Dalam SEC pihak swasta dibenarkan mencari dan menggunakan kekayaan untuk mencapai matlamat masing-masing. Terdapat unsur insentif yang mendorong mereka. Kerajaan juga didorong untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat. - Dalam SEPB, terdapat pelbagai insentif yang mendorong individu dan firma berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat masing-masing kerana mereka mempunyai kebebasan sepenuhnya.
  • 12. 12. Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah: (a) penggunaan sumber - Menggunakan gumber yang sedikit tetapi menghasilkan keluaran yang banyak - Menggunakan sumber dengan cekap - Menggunakan sumber dengan kos yang paling rendah (b) pengeluaran barang - Apa barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme harga. - Barang yang permintaannya tinggi akan dikeluarkan. - Penawaran ditentukan oleh kos pengeluaran. Barang yang kos pengeluarannya minimum akan dikeluarkan dengan lebih banyak. - Kombinasi kedua-dua keadaan di atas akan menentukan berapa banyak barang hendak dikeluarkan. (c) pengagihan barang kepada masyarakat - Bergantung kepadá kuasa beli pengguna. - Kuasa beli bergantung pada pendapatan yang diperoleh - Lebih tinggi pendapatan lebih banyak barang yang dimiliki, 13. (a) Terangkan dua kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas.[4] i. Mementingkan kebajikan individu. Setiap individu bebas membuat keputusan ekonomi untuk memaksimumkan kepuasan masing-masing. ii. Menggalakkan perkembangan teknologi dan rekacipta baru Persaingan menggalakkan perkembangan teknologi dan penciptaan barang baru di pasaran. Daya pengeluaran meningkat dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
  • 13. (b) Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi. [6] i. Apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan - Ditentukan oleh mekanisme harga iaitu kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. Pengguna menentukan apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan melalui permintaannya. Barang yang permintaannya tinggi akan dikeluarkan dengan lebih banyak oleh firma. ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan Pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran untuk mengeluarkan barang. Pengeluar akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. iii. Untuk siapa barang dikeluarkan - Diselesaikan melalui agihan pendapatan dan kuasa beli. - Kuasa beli bergantung pada pendapatan yang diperoleh - Lebih tinggi pendapatan seseorang maka lebih banyak barang yang dimiliki
  • 14. 14. Jelaskan lima alasan/sebab/faktor campur tangan kerajaan dalam pasaran. Lima alasan campur tangan kerajaan dalam pasaran: i) Menyediakan barang awam - Sistem pasaran gagal menyediakan barang awam kerana tidak menguntungkan - Kerajaan dapat meningkatkan kebajikan masyarakat dengan menyediakan barang awam ii) Mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi - Kegiatan ekonomi dirancang dengan rapi. Contoh melalui dasar fiskal dan dasar kewangan untuk elak masalah inflasi dan kemelesetan iii) Memastikan agihan pendapatan yang lebih adil - Mengurangkan pendapatan golongan kaya dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi dan mengagihkan hasil kerajaan melalui subsidi dan bantuan kebajikan kepada golongan miskin iv) Mengawal eksternaliti negatif - Melalui peraturan dan undang-undang tertentu kerajaan mengawal aktiviti firma yang boleh memudaratkan masyarakat seperti pencemaran alam sekitar. v) Mengawal wujudnya monopoli - Monopoli menyebabkan berlakunya kenaikan harga dan keluaran berkurang di pasaran. - Melalui kawalan kerajaan kebajikan masyarakat dapat dipertingkatkan.
  • 15. 15. Terangkan lima alasan mengapa sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB) tidak diamalkan sepenuhnya oleh kebanyakan negara . (keburukan/kelemahan SEPB) a) Tiada pengeluaran barang awam Firma bermatlamat kan keuntungan, sedangkan barang awam tidak menguntungkan b) Wujud ketidakstabilan ekonomi Ekonomi sering meleset atau melambung c) Agihan pendapatan yang tidak adil Kerajaan tidak campur tangan menyebabkan jurang pendapatan yang luas d) Mewujudkan monopoli Persaingan bebas boleh mewujudkan monopoli yang mendatangkan banyak keburukan seperti harga barang tinggi e) Kesan eksternaliti negatif Firma utamakan keuntungan dan mengabaikan kesan luaran yang negatif
  • 16. 16. Huraikan lima bentuk kawalan langsung kerajaan @ campur tangan kerajaan untuk mempengaruhi harga dan kuantiti keluaran sesuatu barang i. Dasar harga maksimum - Penetapan tingkat harga yang lebih rendah dari harga pasaran - Tujuannya untuk mengawal kenaikan harga barang bagi menjamin kebajikan pengguna. - Harga lebih rendah dan kuantiti keluaran berkurang ii. Dasar harga minimum - Penetapan tingkat harga yang lebih tinggi dari harga pasaran - Tujuannya untuk menjamin pendapatan pengeluar yang lebih stabil - Keluaran di pasaran bertambah. iii. Subsidi - Bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar untuk mengurangkan kos pengeluaran - Penawaran barang meningkat dan harga turun iv. Cukai - Dikenakan ke atas keluaran firma. Tujuannya untuk mengurangkan penggunaan sesuatu barang dan memberi hasil kepada kerajaan - Penawaran barang berkurang dan harga meningkat v. Kuota - Kuantiti maksimum pengeluaran/penawaran sesuatu barang. - Bertujuan untuk menghadkan kuantiti sesuatu barang di pasaran - Harga akan meningkat, kuantiti berkurang