5. Kami sedikit berdebar apabila
pihak air asia melaporkan bahawa
cuaca kurang elok pada hari
tersebut.
Berlaku beberapa gegaran yang
mendebarkan kami.
Namun ia mengajarkan kami
supaya sentiasa mengingati mati.
Walau dimanapun kami berada,
allah adalah keutamaan di hati
kami.
Moga kita meninggalkan dunia
dalam iman dan islam.
6. Selama ini kami hanya dedahkan
tentang khasiat madu lebah. Buat
pertama kalinya, kami didedahkan
secara terperinci tentang khasiat lebah.
Kami juga dimaklumkan tentang
kebaikan sengatan lebah yang nyata
sangat baik untuk kesihatan.
Antara penyakit yang dapat diatasi
adalah migrain, asma, diabetes, paru-
paru, lemah tanaga zahir dan batin,
kesuburan , kanser dan lain-lain.
Kami juga diberi peluang untuk pegang
lebah, rawatan sengatan lebah dan
makan madu asli.
7. Nyata, kehidupan di Indonesia
tidak lari dengan muzik dan tarian.
Kedatangan kami di sambut
dengan tarian kebudayaan
Indonesia oleh pelajar jurusan
pendidikan islam yang merupakan
pembantu kami sepanjang disana.
Tarian kebudayaan itu disertakan
dengan pentomen yang sangat
mencuit hati kami. Gelak tawa
tidak lepas dari bibir kami
sepanjang melihat tarian tersebut
8. SYUKUR,, ALHAMDULILLAH dilahirkan di
Malayisa.. Itulah kalimah yang tidak lari dari
bibir kami apabila melihat suasana
kehidupan di Bandung.
Mereka sangat berjuang demi mencari
sesuap nasi. Contohnya, mereka sanggup
membahayakan diri dengan menjual
makanan, menyanyi dan lain-lain di tengah
jalan raya yang sangat sesak.
Kesesakan jalan raya di sana sangat
menguji kami dan menginsafkan kami
sebagai rakyat Malaysia . Kesesakan yang
sangat melampau.
Namun, apa yang “ajaib” adalah mereka
sangat berhemah ( semua mempunyai
peluang untuk sampai ke destinasi dengan
selamat ) .Tidak ada suara hon yang selalu
membingiti telinga kita apabila di Malaysia.
9. Budaya cinta ilmu yang diwujudkan di
sana nyata memberi tamparan hebat dan
kekaguman kami kepada mereka.
Suasana di perpustakaan yang dipenuhi
oleh pelajar dan bilangan buku yang telah
dibaca oleh pelajar sangat menakjubkan,
Disamping itu, kawasan universiti di
penuhi oleh pelajar yang sedang
mengulang kaji sama ada di kaki lima, di
anjung surau dan lain-lain.
Keterbukaan mereka terhadap cabang-
cabang ilmu turut memberi pelajaran dan
pengajaran kepada kami
10. 4) PENGALAMAN DI BANDUNG YANG BOLEH
DIMANFAATKAN DALAM KONTEKS TEKNOLOGI
PENDIDIKAN ISLAM
Kami didedahkan dengan teknologi baru (bagi kami) yang
digunakan ketika “micro teaching” iaitu terdapat cctv di
dalam kelas tersebut.
Ia sangat membantu guru dalam menganalisi secara tepat
dan berkesan.
Di samping itu, ia juga tidak menggangu jadual pelajar
apabila guru tidak dapat hadir atas sebeb-sebab tertentu.
Bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain ,
kaedah yang digunakan tidak jauh beza dengan kaedah
yang berada di Malaysia.