AYAT PASIF SONGSANG

6,113 views

Published on

SEDIKIT PENERANGAN RINGKAS TENTANG AYAT AKTIF DAN PASIF SEBELUM TAJUK AYAT PASIF SONGSANG DIBINCANGKAN

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,113
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
105
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

AYAT PASIF SONGSANG

  1. 1. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objekasal dalam Ayat Aktif sebagai unsur yang hendak diterangkan dalam ayat• Contoh:• Ayat Aktif: Zakiah menulis karangan• Ayat Pasif: Karangan ditulis oleh Zakiah• Dalam Ayat Aktif: unsur yang hendak diterangkan ialah Zakiah (subjek)• Dalam Ayat Pasif: unsur yang hendak diterangkan ialah karangan (subjek)
  2. 2. Apakah objek dalam Ayat Aktif Objek dalam ayat aktif ialah kata nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam Ayat AktifContoh: Zakiah /menulis /karangan .Karangan tergolong dalam kata namaObjek mesti terdiri daripada kata nama
  3. 3. OBJEK TEPAT DAN OBJEK SIPI dalam Ayat AktifObjek tepat ialah objek yang mengikuti katakerja transitifObjek sipi ialah objek yang mengikuti objektepatContoh:Amalina /menghadiahi /Fatin/ sebuah buku.Amalina – subjekMenghadiahi- kata kerja transitifFatin- objek tepatSebuah buku- objek sipi
  4. 4. Ayat Pasif:• Cara Mempasif Ayat :• Amalina menghadiahi/ Fatin /sebuah buku.• Hanya subjek, kata kerja transitif dan objek tepat yang terlibat semasa mempasif ayat.• Objek sipi tetap di tempat asal iaitu selepas objek tepat .• Fatin dihadiahi Amalina sebuah buku.• Fatin – subjek• Dihadiahi- kata kerja pasif• Amalina menjadi objek tepat.
  5. 5. Begitu juga jika selepas objek tepat bukan terdiri daripada kata nama TETAPI terdiri daripada frasa adjektif, frasa sendi nama atau frasa kerja.• Contoh:1. Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi menangkap bayan dengan mudah sekali. Ayat Pasif: Bayan ditangkap oleh Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi dengan mudah sekali.2. Raja Indera Bumaya menyantap nasi sambil berbual-bual dengan Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi. Ayat pasif: Nasi disantap oleh Raja Indera Bumaya sambil berbual-bual dengan Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi.3. Raja Baharom Dewa menyerang istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi kerana terlalu marah akan tuan puteri. Ayat pasif: Istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi diserang oleh Raja Baharom Dewi kerana terlalu marah akan tuan puteri.
  6. 6. Ayat Pasif Songsang ialah Ayat Pasifyang mengalami pendepanan predikat• Contoh:• ( subjek diikuti predikat)• Ayat aktif: Raja Indera Bumaya /memerangi /tentera Raja Baharom.• Subjek diikuti predikat• Ayat Pasif: Tentera Raja Baharom /diperangi oleh /Raja Indera Buyama.• Ayat pasif Songsang:• (PREDIKAT DIIKUTI SUBJEK)• Diperangi oleh Raja Indera Buyama, tentera Raja Baharom.
  7. 7. LATIHAN: Tukarkan Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif, kemudian menjadi Ayat pasif Songsang1. Tuan Puteri Madu Kesuma Dewi mencintai Raja Indera Buyama.2. Burung bayan sentiasa memuji-muji Raja Indera Buyama1. Dayang-dayang menghidangkan sedulang makanan kepada Raja Indera Buyama.2. Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi mempercayai kata-kata bayan tentang kebijaksanaan Raja Indera Buyama.3. Raja Indera Buyama segera meminta bantuan .4. Pasukan tentera mengepung istana Tuan Puteri Mandu Kesuma Dewi( sumber latihan: HIKAYAT LANG LANG BUANA-ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU)

×