1. 1
1Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
NOVEL SILIR DAKSINA
OLEH NIZAR PARMAN
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
SINOPSIS
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58
muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya.
Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid
Haiqal bertanya tentang ayahnya.
Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan
PERSOALAN
1.RAHSIA SEJARAH HIDUP YANG MENGHANTUI DIRI SEORANG ANAK
Haikal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah membaca
manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari ayahnya yang telah lama
terpisah dengannya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama:
WATAK YANG MENDOKONG TEMA DAN PESOALAN-PERSOALAN
DALAM PLOT
Watak Sampinagn
watak yang membantu watak utama bergerak dalam plot
PERWATAKAN
SIFAT DAN SIKAP WATAK
HAIKAL HAKIMI
watak utama
Abdullah Kayan dan Rafiqah
penyayang
2.Umi..
ibu kandung Haikal
2. 2
2Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Penyayang
LATAR
LATAR TEMPAT
1.RUMAH HAIKAL
Di dalam biliknya Haikal membaca manuskrip yang diterima
Haikal teringat sewaktu dia berusia enam tahaun ibunya memberitahunya
bahawa Abdul Fatah bukan ayah kandungnya.
Uminya memberitahu ayah kandungnya berada jauh daripada mereka.
LATAR MASA
1. LEWAT MALAM , 3.00 PAGI
Haikal masih tidak dapat melelapkan mata
Haikal membaca manuskirp yang diterimanya.
LATAR MASYARAKAT
1. REMAJA
Haikal seorang remaja
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KASIH SAYANG
Haikal amat menyayangi ibunya
NILAI KEMASYARAKATAN
1.HORMAT- menghormati
Haikal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya
sehingga dia tamat pengajian STPMnya
NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN
1.KETAATAN
Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya ketika
3. 3
3Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN SEPENUH
HATI.
Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya kepadanya
pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.
2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA .
Haikal tidak pernah bertanya tentang ayahnya lagi setelah ibunya memintanya
berbuat demikian sehingga dia dewasa.
3. KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA
Haikal taat akan kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang
ayahnya.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
SINOPSIS
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu
Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.
4. 4
4Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu
ibunya menguruskan perniagaan ibunya.
Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu
keputusan STPM. Mereka berkawan baik.
Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.
Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta
ayah dan ibunya..
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal.
Haikal tidak tahu.
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu
kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri
Purnama Batu Pahat Johor.
PERSOALAN
1. CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN GOLONGAN
ANAK MUADA/REMAJA
Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang diminatinya.
Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah restoran
di bandar Kuala Terengganu
2. PERSAHABATAN IKHLAS
Haiqal dan Ratna bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering
mengunjungi gerai makanan Ratna jika ada kelapangan
WATAK DAN PERWATAKAN
1. RATNA
Rakan baik Haikal
Membantu ibu mengurus gerai keropok lekor
Rakan sekelas di Tingkatan Lima
PERWATAKAN
1. Prihatin
Prihatin akan masalah yang mengganggu Haikal.
2.Bercita-cita tinggi
Ingin memiliki sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu
3.Rajin
Rajin membantu mengurus gerai ibunya di tepi pantai.
5. 5
5Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
ONG SWEE HWA
Gadis Cina yang mengirim manuskrip milik Abdullah Kayan kepada Haikal
LATAR
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
1.PETANG , HUJAN RENYAI
2.DI TEPI PANTAI BATU BURUK DAN GERAI PERNIAGAAN IBU RATNA
Ratna sibuk melayan pelangan ketika Haikal tiba di gerainya.
Haikal mengajak Ratna menemaninya bersiar-siar di tepi pantai
Haikal memberitahu Ratna bahawa dia teringat kepada ayahnya apabila berdiri di
tepi pantai itu.
Haikal teringat akan perpisahan ibu bapanya kerana berlainan budaya dan latar
hidup
Ratna bertanya Haikal punca perpisahan ibu dan bapanya,
Haikal memberitahu Ratna jawapannya hanya akan diketahui apabila dia selesai
membaca manuskrip yang baru diterimanya.
Haikal teringat hasratnya bertanya umi tetapi dibatalkan kerana tidak mahu
mengganggu emosi umi yang sudah bahagia dengan walid.
Haikal teringat yang dia telah menyimpan manuskrip itu dengan hati-hati di
dalam laci berkunci khuatir dijumpai oleh umi atau Mak Lijah , orang gaji
mereka.
Haikal memberitahu Ratna, pengirimnya bernama Ong Swee Hwa.
LATAR MASYARAKAT
Melayu dan Cina
Ratna dan Haikal berbangsa Melayu
Ong Swee Hwa berbangsa Cina
1.PENIAGA KECIL TEMPATAN
Ibu Ratna mengusaha gerai jualan makanan di tepi Pantai Batu Buruk
2.REMAJA
Haikal dan Ratna
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
6. 6
6Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
1.PRIHATIN
Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia
hidup ibu dan ayahnya yang terpisah
2.KASIH SAYANG
Ibu Haikal , ayah tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh
kasih sayang
NILAI KEMASYARAKATAN
1.AMANAH
Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan
kepada Haikal
PENGAJARAN
1. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI
KEGAGALAN.
Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang
perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna
mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya
diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.
2. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI DALAM
PERSAHABATAN
Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan
SPMnya yang tidak begitu baik.
3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN
KEBAHAGIAAN KELUARGA
Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana
khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama-
sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.
4.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB.
Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee
Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos laju.
BAB 3 ; SENASHKAH MANUSKRIP LAMA
SINOPSIS
7. 7
7Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar
tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.
Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila
teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya.
Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
dengan Tauke Lim.
Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan
menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang
dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah
berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi.
Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara
petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina
sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya.
Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok
Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak
keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup
cara orang Melayu.
Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering
membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.
Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku
menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri..
Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja
sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting
anak-nanaknya belajar dengan rajin.
Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan
memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya.
8. 8
8Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu
Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.
Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku
sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai
Ling tidak selesa.
ii
Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak
mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan
perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat
cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di
Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai
mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa
di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah
bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman.
Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya
ketika dia susah dahulu.
Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah
Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim
meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti.
Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung
amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung
menjadi popular.
iii
Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir.
Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan
Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB
Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka.
Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin
jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan
9. 9
9Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi
menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara
majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut.
Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku
( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk
sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya
kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama
tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara
15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap
satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya
membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak
dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan
mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu.
Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku
meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak.
Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas
tersebut nama Aiman di bibirnya,
V
Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut
penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada
aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku
kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak
Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira
melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih
berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu
akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad,
10. 10
10Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu
Saifulnizam seorang guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang
pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan.
Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan
memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah
bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang
menguburkan semangatnya untuk berkarya.
Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret
ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
vi
Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan
sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk
persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat
pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan
melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu.
Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku.
Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja
mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil
peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat
meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung.
Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk
mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu
kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program
budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai
mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula
meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan
D’Purnama terus hidup.
vii
Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
11. 11
11Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.
Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya
sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya
berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung
ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia
dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa
arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan
mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
viii
Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung
Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB
DUN bersetuju mendeklamsikan sasak.
Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh-
sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku
program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan
kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya .
Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka
berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan
manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-
sama bersama-sama Ai Ling.
Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan
diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.
ix
Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam
Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai
dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang
Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .
12. 12
12Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
PERSOALAN
1.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI
Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil
menyeru nama Aiman pada suatu malam.
Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai
Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.
2. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA
Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung Seri
Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung
nanti.
3. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT
Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan
sambutan program Malam Sekampung Puisi.
4.KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN
BUDAYA BANGSA SENDIRI
Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku
menyemak atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha
mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya
demi kejayaan program itu.
5. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS
Akibat perpecahan Kumpulan Zapin D’Purmana , tarian zapin jincat yang
menjadi identiti kampung Sri Purnama terkubur.
6. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN
MENGHIDUPKAN KHAZANAH BANGSA
YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri
menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya
kepada Menteri Besar nanti.
7. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN
BAKAT PELAJAR
Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling
memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.
8. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAPANAK MURID
Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan
Matematik bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.
13. 13
13Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
9.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA
Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh
abangnya yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke
bandar Parit Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.
10. KEGIGIHAN SEORANG KETUA KELUARGA MEMBINA KEHIDUPAN
KELUARGA YANG SELESA
Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga
meraih hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan.
11. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK
Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil
pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.
12. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT
Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif,
Wak Parmin dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula
Kumpulan Zapin D’Purnama sehingga anak-anak muda kampung D’Purnama
yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi berminat dengan tarian zapin.
13. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI
MASYARAKAT
Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri
Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk kampung
berlatih menari zapin.
14. PERASAAN BANGGAAKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang
goreng, keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. AKU/CIKGU AMIRULNIZAM
Guru Bahasa Melayu di Sekolah Sri Purnama
Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman
Berpisah dengan isteri dan Aiman sejak Aiman berusia setahun
Banyak memendam perasaan/perahsia
Meminati bidang sastera Melayu
14. 14
14Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
PERWATAKAN
PENYAYANG
Terlalu menyayangi Aiman dan sering menyebut-nyebut nama Aiman
BERTANGGUNGJAWAB
Membimbing Ai Ling belajar mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling berjaya
menjuarai pertandingan deklamasi pusi Tahap Satu di Sekolah Seri Purnama
SUKA MENOLONG
Aku membantu Tauke Lim membeli bateri keretanya yang rosak di pekan.
PERAHSIA
Tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang sakit yang dihidapi. Sebaliknya
hanya memakan ubat untuk sakit kepala yang menyucuk-nyucuk yang
dibekalkan oleh hospital.
TABAH
Menjalani hidup keseorangan tanpa anaknya Aiman selepas berpisah dengan
isterinya
Dia juga hidup sendiri selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia di rumah
pusaka ayahnya bersebelahan rumah Tauke Lim
Dia tidak pernah menceritakan kepedihan hatinya menanggung rindu terhadap
anaknya.
2.AI LING
Anak bongsu Tauke Lim
Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Meminati tarian zapin
Berbakat mendeklamasi sajak Melayu
Sangat rapat dengan arwah ayah aku
Sangat rapat dengan aku
PERWATAKAN
Prihatin
Prihatin akan wajah aku yang pucat dan risau aku mungkin sedang sakit lalu
menyarankannya ke hospital
Gigih
Ai Ling gigih berlatih mendeklamsi sajak dengan aku. Waktu petang dia ke
rumah aku untuk menjalani latihan.
Semasa program Malam Sekampung Puisi ,Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi
sajak ciptaan aku
15. 15
15Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Pandai mengambil hati
Memuji teh tarik yang aku sediakan
Jujur
Bertanya kepada aku tentang Aiman dengan berterus terang tanpa ada rasa
prejudis. Secara jujur Ai Ling menyatakan hasrat untuk berkawan dengan Aiman
Sabar
Sabar menunggu aku yang berbincang lama dengan Cikgu Zanariah tentang
program deklamasi puisi Tahap Satu selepas sesi persekolahan
Bijak mengurus masa
Ai Ling membaca buku semasa menunggu aku berbincang dengan Cikgu
Zanariah selepas sesi persekolahan
Taat akan ibu bapa
Tidak membuat sendiri keputusan untuk menaiki kereta aku ke sekolah
sebaliknya kebenaran daripada mama dan papanya terlebih dahulu.
3.TAUKE LIM
Bapa kepada Ai Ling Ai Ching dan Ah Chong
Suami kepada Puan Kim
Jiran aku
Penoreh getah ketika mula berhijrah ke kampung itu
Peraih hasil tanaman penduduk kampung
PERWATAKAN
i.Rajin
Rajin berkerja menoreh getah di waktu pagi dan meraih hasil tanaman penduduk
kampung pada waktu petang
ii.Bertanggungjawab
Sangat menjaga tanggungjawab perbelanjaan persekolahan anaknya sehingga
tidak mahu menukar kereta baharu sedang kereta lamanya rosak
iii.Jimat
Membeli pakaian baharu hanya semasa perayaan Tahun Baru Cina
Balik menziarahi ibu di Kuala Kangsar dengan menaiki bas sahaja.
iv.Peramah/gemar bergurau
Amat peramah dan mesra dengan orang-orang kampung walaupun berlainan
16. 16
16Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
bangsa. Berbual tanpa segan silu dengan kawan-kawan Melayu di Warung Abang
Dolah.
Aku ketawa apabila Tauke Lim mengatakan orang boleh pengsan jika melihat dia
menari zapin kerana perutnya yang buncit.
v.Pemurah
Membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah bagi meraikan
kemenangan Ai Ling dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak sekolahnya
Menaja jamuan makan tetamu sempena lawatan YB Samsuri pada malam
persembahan zapin jincat.
vi.Sentiasa mengenang jasa
Tauke Lim sentiasa ingat akan kebaikan arwah ayah aku. Arwah ayah aku sering
membantu Tauke Lim sesama dia mula-mula sampai ke kampung dahulu. Arwah
ayah aku kadang kala tidak mengambil wang bahagiannya daripada kerja
menoreh getah yang dibuat oleh Tauke Lim.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1. Kasih Sayang
Aku mencurahkan kasih sayang seorang bapa kepada Ai Ling kerana rindu akan
anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.
2. Kegigihan
Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua orang
pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi
3. Belas kasihan
Ai Ling berasa kasihan melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian ayahnya
maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.
4. Keikhlasan
Aku dengan sukarela dan ikhlas membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak
5. Kesungguhan
Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh-
sungguh berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat
persembahan di hadapan YB Samsuri .
6. Ketabahan
Aku tabah menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan
17. 17
17Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan terhadap anaknya yang sudah
bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun.
Aku tabah melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.
NILAI KEMASYARAKATAN
1. Kerjasama
Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan bergotong royong membuat
persiapan bagi Malam Sekampung Puisi.
Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan.
Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku
Tauke Lim menaja makanan tetamu
Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.
2. Keprihatinan
Tauke Lim menasihati aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku
bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga
hingga lewat malam
Ai Ling bimbang melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang kesihatan
aku ketika mereka minum petang di rumah aku
3. Kesopanan
Ai Ling memberi ucapan selamat petang kepada aku apabila sampai di hadapan
rumah aku sebelum naik ke rumah aku.
4. Tanggungjawab
Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk membimbing pelajar Tahun Enam yang
lemah dalam subjek matematik.
NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN
i. Ketaatan
Pada waktu malam aku sering melakukan solatt sunat sebelum tidur untuk
mendapatkan ketenangan daripada Allah.
Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit
(AJKKK)
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA
DENGAN PENUH DEDIKASI
18. 18
18Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun
Enam yang lemah dalam subjek Matematik.
2.KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI
Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha
memperkenalkan dan mempersembahkannya di hadapan YB Samsuri..
YB Samsuri berjanji akan mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar
untuk diwartakan sebagai sala satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.
3. KITA MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH APABILA MELAKSANAKAN
SESUATU TUGAS
Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih apabila dipilih menyertai Pertandingan
Deklamasi Sajak Tahap Satu di sekolahnya
Ai Ling membaca buku sajak ketika menunggku aku berbincang dengan Cikgu
Zanariah selepas waktu sekolah
Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak di rumah aku pada waktu petang
4. KITA MESTI MEREBUT PELUANG YANG ADA DEMI MENCAPAI CITA-
CITA DAN HASRAT/IMPIAN
Abang Bakir dan Pak Haji Jamal bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat
untuk ditunjukkan kepada YB Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk
mengembalikan zaman kegemilanganl kumpulan zapin D’Purnama yang popular
dengan zapin jincat suatu masa dahulu.
Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim membenarkan Ai Ling menumpang
keretanya ke sekolah untuk mendekati Ai Ling kerana Ai Ling banyak
mengingatkannya kepada anaknya Aiman.
Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi pembimbing kepada Ai Ling yang amat
berminat dalam bidang sajak sebagai melepaskan rindunya akan Aiman.
5. KITA MESTI MENJAGA HUBUNGAN HARMONI DALAM
MASYARAKAT BERBILANG BANGSA
Tauke Lim amat mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di
Kampung Seri Purnama. Tauke Lim menaja makanan tetamu semasa majlis
persembahan zapin di hadapan YB Samsuri.
Tauke Lim dan Ai Ling turut serta menyaksikan latihan zapin di balai raya
kampung.
6.KITA HENDAKLAH MENJADI PEMIMPIN YANG PEKA/MENGAMBIL
BERAT AKAN
KEHENDAK RAKYAT
YB Samsuri peka akan hasrat penduduk kampung Seri Prunama yang mahu
mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB Samsuri datang menyaksikan
19. 19
19Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama pegawai Yayasan
Warisan negeri untuk tujuan penyelidikan.
YB Samsuri berjanji akan membawa seni zapin jincat ke pengetahuna Menteri
besar untuk digazetkan sebagai salah satu rentak asli zapin
7.KITA MESTI AMANAH APABILA MENDAPAT KEPERCAYAAN
Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang
ditulisnya kepada Haikal
8. KITA MESTI BERUSAHA MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN TUHAN
APABILA MENGHADAPI MASALAH
Aku melakukan solat sunat sebelum tidur untuk menenangkan diri kerana aku
berasa Allah amat hampir dengannya apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.
LATAR
LATAR MASA
1. MALAM
Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama
Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama
Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku
Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin
di hadapan YB Samsuri
Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui anaknya
itu
2. PETANG
Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk
minum petang bersama-sama aku
Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur
Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman
3. BULAN OGOS
Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan
peringkat mukim
Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos
LATAR TEMPAT
1. BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA
Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama
20. 20
20Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama
Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku
Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin
di hadapan YB Samsuri
YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana kejayaan aku kerana usahanya
mengemudi persembahan pada majlis pertunjukan zapin.
YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat anak muda dalam tarian zapin.
2. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA
Aku berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak
Tahap Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling
3. RUMAH AKU
Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak bagi menyertai pertandingan itu di
Sekolah Seri Purnama
Ai Ling bertanya tentang kesihatan aku kerana kelihatan pucat
Tauke Lim meminta bantuan aku menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki
keretanya kerana keretanya rosak
4. RESTORAN MAMAK DI PEKAN
Tauke Lim membelanja aku minum petang kerana menumpankan anak-anaknya
ke sekolah dengan kereta aku
Tauke Lim mengingat kembali kebaikan arwah ayah aku yang selalu
menolongnya ketika dia susah
Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah
5.WARUNG PAK DOLAH
Tauke Lim membelaanja semua orang kerana meraikan kemenangan Ai Ling
dalam pertandingan mendeklamasi sajak Sekolah Kebangsaan Sri Purnama
Tauke Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis
cerpen
Pak Dolah menyatakan kegembiraannya melihat aktiviti khazanah bangsa seperti
berkompang, bergurindam, berseloka dan berpuisi hidup semula di kampung Seri
Purnama dan disertai oleh anak-anak muda
Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling kepada aku iaitu aku seorang guru
yang hebat
6. PANTAI PUNGGUR
Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur
Ai Ling bertanya tentang anak aku, Aiman
Ai Ling memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat
21. 21
21Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
sayang akan aku.
Ai Ling berjanji akan sentiasa menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku
yang hidup sebatang kara
Aku teringat bahwa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang
penulisan
Aku terkenang rumahtangganya yang hancur kerana darjat dan cita-cita yang
berbeza antara aku dan bekas isterinya.
LATAR MASYARAKAT
1. Pelajar
Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM
2. Golongan Pendidik
Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu
Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam
3. Penduduk Pelbagai Kaum
Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di
Kampung Sri Purnama
Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama
Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pekan
4. Golongan Petani/Usahawan Tani
Ayah aku mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit
Tauke Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan
5. Golongan Peniaga
Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama
22. 22
22Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
BAB 4: DESAKAN HATI
SINOPSIS
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati
Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang
kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan
halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati
uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju
dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.
Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna..
Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal
berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan
Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan
muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya
Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya
mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip
itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan
antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami
minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya.
Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia
sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
PERSOALAN
23. 23
23Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
1. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN
KEPADA SEORANG ANAK
Haikal bingung dan tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal
berasa kisah dalam manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya.
Haikal keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan sama
ada mahu pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di sebalik
manuskrip yang dibacanya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Haikal
Meminati bidang sastera
Banyak memenangi pertandingan puisi cerpen peringkat daerah dan negeri
2. Ratna
Kawan baik Haikal
3. Umi
Ibu kandung Haikal
Pengusaha batik
4. walid
Ayah tiri Haikal
Pengusaha batik
5. Nurul
Adik seibu Haikal
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.Keprihatinan
Haikal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip
ayahnya,
Ratna begitu prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal dan mencadangkan
Haikal beterus terang dengan uminya tentang hasratnya hendak ke kampung
ayahnya.
24. 24
24Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
2.Kejujuran
Ratna dengan jujur memuji bakat sastera dalam diri Haikal.
Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir
dalam diri haikal.
NILAI KEMASYARAKATAN
1.SETIAKAWAN
Ratna seorang kawan yang setia dan akrab dengan Haikal. Haikal Ratna sentiasa
mendengar keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna menasihati
Haikal agar merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang diterimanya.
Ratna sentiasa member semangat kepada Haikal yang dia mampu menghadapi
semuanya.
PENGAJARAN
1.KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN MASALAH ORANG DI SEKELILING
KITA.
Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk
mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak
mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah.
2. KITA MESTILAH JUJUR DALAM PERSAHABATAN
Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya
tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya
LATAR
LATAR MASA
1. Waktu malam
Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan masalahnya tentang manuskrip ayahnya
yang baru selesai dibacanya
LATAR TEMPAT
1. RUMAH IBU HAIKAL
Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa dengan kawannya pada
malam itu.
2. GERAI RATNA DI PANTAI BATU BURUK
Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti
sejarah hidupnya sendiri.
25. 25
25Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
LATAR MASYARAKAT
1.GOLONGAN PENIAGA
Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk
Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik
2.GOLONGAN PENCINTA SASTERA
Haikal berbakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi
pertandingan menulis puisi dan cerpen di peringkat daeah dan negeri.
BAB 5: RINDU
SINOPSIS
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal
mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal
mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan
membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup
bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan
walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu
kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip
ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali
tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi
tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang
menduduki peperiksaan UPSR.
Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat
merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika
bertanya hal itu kepada umi.
PERSOALAN
1. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA
AYAH KANDUNG
Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga
membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama ,
26. 26
26Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
kampung ayahnya
2. HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA
Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang
digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan
yang diusahakan oleh uminya
Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang
langsung tidak diminatinya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Haikal
PERWATAKAN
1. MATANG
Haikal memikirkan sama ada tindakannya bertanya tentang perpisahan umi dan
ayahnya dianggap biadap oleh uminya.
2. TAAT
Haikal taat akan uminya.Haikal hanya menurut sahaja keputusan uminya apabila
berkait dengan ayahnya. Uminya tidak membenarkan Haikal menziarahi jenazah
ayahnya walaupun dirayu Haikal.
NILAI
1. NILAI KEMANUSIAAN
KASIH SAYANG
Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip
ayahnya.
Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.
KETAATAN/KEPATUHAN
Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah
ayahnya tujuh tahun yang lalu
2. NILAI KEMASYARAKATAN
27. 27
27Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
SIMPATI
Guru pengawas peperiksaan UPSR memujuk Haikal untuk mententeramkannya
kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah
ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari
kematian arwah ayahnya.
PENGAJARAN
1. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN
TERPISAH
Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua
sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.
2. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA
SENDIRI
Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya
sejak kecil
3. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH
DEWASA
Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah
untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.
LATAR
LATAR MASA
1.MALAM
Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah
yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya
Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa
terpanggil untuk ke sana
Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin
2.TUJUH TAHUN LALU
Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi
jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.
LATAR MASYARAKAT
28. 28
28Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
1.GOLONGAN PENIAGA
Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang
2.GOLONGAN PENCINTA SENI BUDAYA MELAU
Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat
seperti digambarkan dalam manuskripnya.
LATAR TEMPAT
1. DI RUMAH HAIKAL
Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke
kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang
diterimanya.
2. DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi
penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas
peperiksaan.
29. 29
29Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
BAB 6: SATU KETENTUAN
SINOPSIS
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan
nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi
walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara
dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan
Abdullah Kayan,
Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya
hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal
menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang
ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi
terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada
bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan
antara mereka.
Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung
ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji
memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti
PERSOALAN
1. KETIDAKSESUAIAN HIDUP AKIBAT CITA-CITA YANG TIDAK
SEHALUAN
Abdullah Kayan berpisah hidup dengan Rafiqah kerana Rafiqah tidak dapat
menerima sikap Abdullah Kayan yang terlalu meminati dunia sastera yang
30. 30
30Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
dianggapnya hidup dalam khayalan
WATAK DAN PERWATAKAN
1. HAIKAL
TEGAS
Haikal bertegas untuk pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai rahsia di
sebalik manuskrip ayahnya walaupun uminya keras membantah
BERANI
Haikal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti
ayahnya. Haikal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah
darah ayahnya.
2. UMI
Ibu kandung Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang
Isteri kepada walid
TEGAS
Umi seorang ibu yang tegas. Dia tidak membenarkan langsung Haikal pulang ke
kampung ayahnya.
KERAS HATI
Umi seorang ibu yang keras hati. Umi tidak mahu memberi perbelanjaan kepada
Haikal jika Haikal tetap mahu pulang ke kampung ayahnya
.
PERAHSIA
Umi tidak pernah bercerita kepada Haikal tentang kisah hidupnya dengan ayah
Haikal. Umi terkejut apabila Haikal mengungkit tentang tindakan umi yang
menentang keputusan ayahnya untuk pulang ke kampungnya kerana
tanggungjawabnya sebagai anak.
3. WALID
Suami umi
Ayah tiri Haikal
Peniaga batik di Pasar Payang
BERFIKIRAN TERBUKA
Walid memahami hasrat Haikal untuk mencari kisah hidup ayah kandungnya.
Walid merestui pemergian Haikal ke Johor
BERTANGGUNGJAWAB
31. 31
31Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Berjanji membekalkan wang perbelanjaan Haikal di Johor nanti.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1. KETEGASAN
Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi
mencari memori hidup ayahnya.
Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung
ayahnya
2. KEBERANIAN
Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke
kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.
NILAI KEMASYARAKATAN
1. KETANGGUNGJAWABAN
Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan
wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya
NILAI KEAGAMAAN
1. KETAATAN
Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna
PENGAJARAN
1. KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA
MANUSIA
Umi cuba memisahkan Haikal daripada ayah kandungnya, namun Haikal
bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya.
2. KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN
MASA DEPAN
Haikal bertegas untuk menyusuri kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu
melukakan hati ibunya sehingga berlaku pertengkaran apabila Haikal mahu
pulang ke kampung ayahnya.
3. KITA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT APABILA BERHADAPAN
DENGAN PERKARA YANG KITA BENCI
Umi tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa darah seni yang mengalir
32. 32
32Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
dalam diri Haikal ialah warisan bakat seni ayah Haikal .
4. . KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI
MENCARI KEBENARAN
Haikal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun
ditentang hebat oleh uminya demi mengcungkil kisah hidup sebenar ayahnya.
LATAR
1.LATAR MASA
WAKTU PETANG
Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung arwah
ayahnya.
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Haikal dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya untuk
pulang ke kampung ayahnya di Johor
LATAR TEMPAT
1.GERAI RATNA
Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke stesen bas ekspres pada malam esok
.
Ratna mengingatkan Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di Johor
nanti.
Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh menyesuaikan diri di kampung
arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai penglipur lara.
2.RUMAH UMI/HAIKAL
Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup
ayah kandungnya.
Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir dalam
diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar.
LATAR MASYARAKAT
1.GOLONGAN PENIAGA
Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk
33. 33
33Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
SINOPSIS
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir
tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah,
hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak
kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan.
Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.
PERSOALAN
1.TEKAD DAN KESUNGGUHAN
Haikal tekad bermusafir seorang diri ke Johor demi mencari kebenaran tentang
kisah hidup ayahnya
WATAK DAN PERWATAKAN
1.UMI
Ibu kandung Haikal
PERWATAKAN
KERAS HATI
Tidak mahu melihat pemergian Haikal ke Johor. Haikal menmandang ke arah
tingkap rumah tetapi kelibat ibunya tidak kelihatan
2.WALID
Bapa tiri Hikal
PERWATAKAN
34. 34
34Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
BERTANGGUNGJAWAB/BAIK HATI
Mahu menghantar Haikal ke stesen bas untuk ke Johor tetapi ditolak oleh Haikal.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEBERANIAN
Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah
ayahnya.
2.KECEKALAN
Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya
seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung ayahnya kerana
tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di sana.
NILAI KEMASYARAKATAN
1.SETIAKAWAN
Haikal berjanji akan pulang semula ke Kuala Terengganu apabila selesai
tugasnya di Johor.
2.KESOPANAN/BERBUDI BAHASA
Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.
PENGAJARAN
1.KITA MESTI BERANI DEMI CITA-CITA
Haikal berani bermusafir seorang diri ke Johor demi menunaikan amanat
ayahnya.
Kita mesti setia dalam persahabatan
Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu
apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya di Johor.
Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri
Haikal amat menghormati walid , dia bersalam dengan walid sebelum berangkat
ke stesen bas
LATAR
LATAR MASA
1.MALAM
Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor
35. 35
35Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
LATAR TEMPAT
1.DI DALAM BAS EKSPRES
Haikal terkenang sikap umi yang begitu jengkel, marah dan mungkin benci akan
ayahnya entah sampai bila.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
SINOPSIS
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat
subuh berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal
ke sana.
Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit
Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke
kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-sama mencari
rumah ayahnya.
Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar
roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui
Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai sementara
menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki itu
memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya
sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya
dalam manuskripnya.
Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke
warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama
sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra
dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak
Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah
ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim
sehingga Haikal sampai ke kampung itu.
Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada
Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat
sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah
menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa.
36. 36
36Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil
yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih
hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang
tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping gambar di
atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima
anugerah daripada seorang sasterawan negara.
Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong.
Dia mencari-cari sesuatu.
PERSOALAN
1.KEHARMONIAN HIDUP MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
Tauke Ong begitu mesra bergelak ketawa dengan pelanggan-pelanggan lain di
warung Wak Min.
2.AMANAH DALAM PERSAHABATAN
Tauke Ong menjaga rumah pusaka arwah Cikgu Abdullah dengan kemas dan
bersih sehingga Haikal tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong menyerahkan
rumah tersebut untuk Haikal tinggal.
3.PERJUANGAN ANAK SENI YANG TERSISIH DARIPADA KELUARGA
SENDIRI
Setelah Haikal menatap sijil-sijil penghargaan atas kejayaan ayahnya dalam
dunia sastera , dia berasa sedih dan sebak mengenangkan sikap uminya yang
langsung tidak merestui aktiviti ayahnya sehingga ayahnya tidak lagi
meneruskan minatnya.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK
1.TAUKE ONG
Ayah Ong Swee Hwa
Berjiran dengan arwah Cikgu Abdullah/ayah Haikal
2.MUDAH MESRA
Berbual dengan pelanggan-pelanggan lain di warung Wak Min sambil bergelak
ketawa.
3.AMANAH
Tauke Ong menjaga rumah peninggalan Cikgu Abdullah dengan baik bersih dan
kemas sehingga Haikal tiba ke Kampung Seri Purnama.
4.ONG SWEE HWA
Anak perempuan Tauke Ong
37. 37
37Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
5. AMANAH
Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdulah dengan baik dan
mengirimkannya kepada Haikal apabila Haikal dewasa seperti permintaan Cikgu
Abdullah dua hari sebelum dia meninggal dunia.
6.PAK CIK SALLEH
Pemandu teksi di bandar Batu Pahat
Tukang rumah
Ada 5 orang anak
PERAMAH
Berbual mesra dengan Haikal . Bercerita tentang lima orang anaknya, sambil
bertanya pula tentang Haikal.
BAIK HATI
Membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama.
RAJIN
Pak cik Salleh melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga. Pemandu
teksi dan tukang rumah.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KERAJINAN
Pakcik Salleh rajin melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga.iaitu
sebagai pemandu teksi dan tukang rumah
2.KEJUJURAN
Tauke Ong menjaga rumah pusaka Cikgu Abdullah dengan baik, bersih dan
kemas sebelum diserahkan kepada Haikal.
Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdullah dengan baik sebelum
diserahkan kepada Haikal.
3.KEIKHLASAN
Pak Cik Salleh dengan rela hati dan ikhlas membantu Haikal mencari rumah
ayahnya di Kampung Seri Purnama.
NILAI KEMASYARAKATAN
38. 38
38Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
1. KEHARMONIAN
Penduduk Kampung Seri Purnama hidup harmoni. Tauke Ong amat mesra
dengan pelanggan-pelanggan di warung Wak Min. Mereka berbuakl sambil
bergelak ketawa.
NILAI KEAGAMAAN
1.KETAATAN
Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau stesen bas Batu Pahat
sebelum ke Kampung Seri Purnama.
PENGAJARAN
1.KITA HENDAKLAH JUJUR DAN AMANAH APABILA DIBERI
KEPERCAYAAN
Tauke Lim menjaga rumah arwah Cikgu Abdullah dengan baik, kemas dan
bersih seperti yang diminta oleh arwah dan segera menyerahkannya kepada
Haikal sebaik dia tiba di Kampung Seri Purnama.
Ong Swee Hwa, menyimpan manuskrip Cikgu Bdullah dengan baik dan
menyerahkannya kepada Haikal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu.
2.KITA HENDAKLAH MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN
PERTOLONGAN
Pak Cik Salleh membawa Haikal ke Kampung Seri Purnama dan membantunya
mencari rumah arwah ayahnya.
3. KITA JANGAN MENGABAIKAN SURUHAN AGAMA DI MANA-MANA
SAHAJA
Haikal tetap bersolat subuh berjemaah sebaik tiba di Batu Pahat sebelum
bergerak mencari rumah arwah ayahnya.
4. KITA HENDAKLAH RAJIN BERUSAHA UNTUK KESELESAAN
KELUARGA
Pak Cik Salleh melakukan dua jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan
anak-anaknya yang masih belajar. Dia memandu teksi dan menukang rumah.
LATAR
LATAR TEMPAT
1. STESEN BAS BATU PAHAT
Haikal tiba di sstesen Batu Pahat
39. 39
39Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau di tingkat atas stesen bas.
Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi yang dipandu Pak Cik Salleh.
2. DI DALAM TEKSI PAK CIK BAKAR
Pak Cik Bakar berbual-bual dengan Haikal tentang diri dan keluarganya. Dia
seorang tukang rumah juga. Ada lima orang anak.
Haikal memberitahu Pak Cik Salleh dia sedang menunggu keputusan STPM
Haikal memberitahu Pak Cik Bakar dia mahu ke Kampung Seri Purnama tetapi
tidak tahu untuk ke sana kerana tidak pernah sampai ke situ.
Pak Cik Bakar menerangkan beberapa pembangunan yang berlaku di Batu Pahat
seperti kawasan perindustrian.
Pak Cik Salleh dengan ikhlas membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya
3.WARUNG WAK MIN
Haikal bertanya penebar roti canai tentang rumah Cikgu Abdullah Kayan.
Haikal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min
Wak Min meminta Haikal makan roti cnai dahulu sementara menunggu Tauke
Ong datang untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya.
Beberapa orang pelanggan yang masuk ke Warung Wak Min memandang Haikal
dan berbisik-bisik sesama sendiri.
Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haikal dan berjanji akan
membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya.
3. RUMAH ABDULLAH KAYAN / ARWAH AYAH HAIKAL
Gambaran fizikal
Rumah papan separuh batu
Ada tujuh jendela
Bertangga darpada papan yang tebal
Halaman yang bersih
Ada sebuah meja kayu dan empat buah kerusi
Tauke Ong bertanya sama ada Haikal kenal akan Swee Hwa anaknya.
Haikal memberitahu Tauke Ong dia tidak mengenali Swee Hwa tetapi
memberitahu Tauke Ong, Swee Hwalah yang menghantar manuskrip kepadanya.
Tauke Ong memberitahu Haikal manuskrip itu diserahkan kepada Swee Hwa
oleh arwah ayahnya dua hari sebelum dia meninggal dunia.
Tauke Ong memberitahu Haikal Swe Hwa amat sayang akan menuskrip itu dan
terlalu berat hati untuk melepaskannya.
Haikal melihat beberapa keping sijil yang dibingkaikan, Haikal mendapati arwah
ayahnya telah mencipta nama yang besar dalam dunia sastera dan kebudayaan.
Haikal sebak apabila terkenang sikap uminya yang sanggup mematahkan
perjuangan ayah dan cita-cita arwah ayahnya.
Haikal memandang ke arah rumah batu sederhana besar berbumbng biru milik
40. 40
40Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Tauke Ong, matanya melilau mencari sesuatu.
LATAR MASA
1. WAKTU PAGI
Haikal sampai di stesen bas Batu Pahat
Haikal bersolat subuh berjemaah di tingkat atas stesen bas.
Haikal mengambil teksi untuk ke Kampung Seri Purnama
Haikal masuk ke warung Wak Min untuk bertanya arah ke rumah arwah ayahnya
Haikal memperkenalkan dirinya sebagai anak Cikgu Abdullah Kayan
Haikal diperkenalkan kepada Tauke Ong
Tauke Ong membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya
Haikal melihat-lihat sijil-sijil penghargaan yang diterima oleh ayahnya
Haikal mendapati ayahnya seorang yang hebat dalam dunia sastera dan
kebudayaan
Haikal sebak mengenangkan sikap ibunya yang tidak menghargai cita-cita dan
perjuangan ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
1. GOLONGAN PENIAGA
Wak Min dan isterinya Menah mengusahakan warung makanan di Kampung Seri
Purnama
2. GOLONGAN PETANI
Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berpakaian untuk berkebun.
3.MASYARAKAT YANG RAJIN BERKERJA
Pak Cik Salleh menjalankan dua kerja bagi menambah perbelanjaan keluarga
tanggungannya. Dia berkerja membawa teksi dan menukang rumah.
3. MASYARAKAT BERBILANG KAUM YANG AKRAB/HARMONI/MESRA
Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berjabat tangan sebelum
memesan makanan
Tauke Ong sampai di warng Wak Min kelihatan amat mesra dengan pelanggan-
pelanggan yang lain. Tauke Ong ketawa terbaha-bahak apabila diusik oleh
seorang rakannya.
4. MASYARAKAT YANG AMANAH
Tauke Ong sangat amanah menjaga rumah arwah ayah Haikal sehingga Haikal
datang ke Kampung seri Purnama.
Dua hari sekali Swee Hwa mengemas rumah arwah ayah Haikal dengan
kakaknya.
41. 41
41Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Swee Hwa memegang amanah arwah ayah Haikal untuk menjaga manuskripnya
dan menyerahkannya kepada Haikal.
BAB 9: PERTEMUAN
SINOPSIS
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah
hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah
Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan,
Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan menyerahkan semua urusan
berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh Tauke Lim bahawa
sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan
tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong
juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa
tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee
Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak.
Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak
pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita
Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji
kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih
berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang
masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan
dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah
ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai
kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak
menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta
oleh ayahnya dalam manuskrip itu.
Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka
meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan
minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra
dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member
gambaran tentang Swee Hwa.
Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang
kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat
42. 42
42Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu
akan keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.
PERSOALAN
1.PENGORBANAN SEORANG ANAK DEMI MENCARI KEBENARAN
TENTANG ORANG YANG DISAYANGI
Haikal berkorban meninggalkan adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarganya
dan kembali ke Kampung Seri Purnama untuk mengesan kisah hidup ayahnya,
Cikgu Abdullah.
2. PERSOLAN TENTANG AMANAH DAN KEPERCAYAAN
Tauke Ong menjaga baruh, kelapa sawit kebun getah dan akaun buku bank arwah
Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah malah telah bersedia menyerahkannya
kepada Haikal sebaik sahaja Haikal sampai di Kampung Seri Purnama.
3.ASIMILASI BUDAYA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Swee Hwa gemar makan kari kepala ikan yang pedas, yang dijual di kedai
mamak di pekan
Swee Hwa gemar ikan haruan masak cili api yang dimasak Cikgu Abdullah
Swee Hwa fasih berbahasa Melayu
Swee Hwa meminati penulisan sasterawan negara seperti Shahnon Ahmad.
Swee Hwa berbual dengan Rahman pembantu restoran dengan ramah seperti
sahabat yang baik.
Tauke Ong membahasakan dirinya pak cik semasa berbual-bual dengan Haikal
4.PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KEAKRABAN
SESAMA SAUDARA
Haikal kembali merindui adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarga yang
ditinggalkan di Kuala Terengganu.
WATAK DAN PERWATAKAN
1.TAUKE ONG
Ayah Swee Hwa
Penjaga tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah, rumah dan buku bank arwah
Cikgu Abdullah.
JUJUR DAN AMANAH
Sejak Cikgu Abdullah meninggal dunia, Tauke Ong menjaga tanah di baruh, kelapa
43. 43
43Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
sawit, kebun getah, rumah dan buku akaun bank dengan amanah dan segera mahu
menyerahkannya kepada Haikal sebaik Haikal sampai ke Kampung Seri Purnama
2.SWEE HWA
Anak perempuan Tauke Ong
Fasih berbahasa Melayu
Minat novel Melayu dan Shakespeare
Gemar masakan Melayu dan mamak
Berlesung pipit
1.PERAMAH
Swee Hwa perbualan dengan Haikal tanpa rasa kekok walaupun baru kenal akan
Haikal. Dia rancak bercerita tentang keenakan kari kepala ikan dan kepandaian
Cikgu Abdullah memasak ikan haruan masak cili api.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEJUJURAN/AMANAH
Tauke Ong dengan amanah dan jujur menjaga harta peninggalan arwah Cikgu
Abdullah selepas kematian Cikgu Abdullah.
Tauke Ong memberitahu Haikal ,Cikgu Abdullah memberi kepercayaan
kepadanya untuk mengurus menjaga dan mengurus harta pusakanya selepas dia
meninggal dunia
2.KASIH SAYANG
Haikal amat mengasihi adiknya Nurul Aisyah. Dia amat nerindui Nurul Aisyah
dan terkenang-kenang akan kemanjaan keletah adiknya.
NILAI KEMASYARAKATAN
1.SEMANGAT KEMASYARAKATAN/ KEJIRANAN YANG ERAT
Haikal melihat Seee Hwa begitu akrab dengan Rahman , pelayan di restoran
mamak itu. Swee Hwa ketawa apabila diusik olrh Rahman sambil tersenyum
2.BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA
Rahman mengalu-alu kedatangan Haikal ke negeri Darul Takzim.
Rahman berharap Haikal sentiasa gembira di negeri darul takzim
NILAI KEAGAMAAN
1.KETAATAN
Haikal turun ke bilik air untuk berwuduk bagi menunaikan solat asar pada petang
44. 44
44Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
itu..
2.KESYUKURAN/MENGENANG BUDI
Haikal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga harta
pusaka ayahnya dengan baik.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MENJAGA HUBUNGAN KELUARGA DAN
SAHABAT AGAR TIDAK PUTUS
Nurul Aisyah menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada abangnya
Haikal untuk bertanya khabar Haikal di Johor. Haikal membalas pesanan adiknya
dan dia mulai rasa rindu akan keluarganya di Terengganu.
2.KITA HENDKLAH MEMIKUL AMANAH DENGAN JUJUR APABILA
DIBERI KEPERCAYAAN
Tauke Ong mengurus kelapa sawit, kebun getah, tanah, di baruh, rumah dan
akaun bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah demi kepercayaan
yang dberi oleh arwah Cikgu Abdullah sebelum dia meninggal dunia
3. KITA HENDAKLAH MENERIMA KEDATANGAN TETAMU DENGAN
BAIK DAN MESRA
Rahman mengucapkan selamat datang kepada Haikal sebaik sahaja Swee Hwa
mengenalkan diri Haikal kepadanya.
Swee Hwa membawa Haikal makan kari kepala ikan di restoraan mamak di
pekan dan membawanya membeli novel di sebuah kedai buku.
LATAR
LATAR MASA
1.11.30 PAGI
Tauke Ong menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan bersama-sama Swee
Hwa.
2. 5.00 PETANG
Haikal membacaSMSyang dihantar Nurul Aisyah adiknya, lantas terbayang
kesedihan adiknya.
Haikal terkenang kemanjaan adiknya, Nurul Aisyah akan mengadu kepadanya
jika ada masalah. Haikal merindui adiknya
Haikal ke bilik air untuk berwuduk dan mendirikan solat asar.
LATAR TEMPAT
45. 45
45Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
1. DI DALAM KERETA TAUKE ONG
Tauke Ong memberitahu Haikal mereka akan makan nasi daun pisang di pekan.
Haikal memberitahu Tauke Ong yang dia akan berada di Kampung Seri Purnama
sehingga keputusan STPM diumumkan.
Tauke Ong memberitahu Haikal dia akan menyerahkan harta arwah ayahnya
kepada Haikal setelah diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga kebun kelapa
sawit, kebun getah ,rumah dan akaun bank
Tauke Ong memberitahu Haikal ayahnya telah mengamanahkan harta-harta itu
untuk dijaga selepas kematiannya.
2. RESTORAN MAMAK
Swee Hwa memesan kari kepala ikan merah untuk makan tengah hari mereka
berdua
Swee Hwa memperkenal Haikal kepada Rahman, pelayan restoran mamakitu.
Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak ikan
haruan masak cili api
Haikal berasa Swee Hwa beruntung dapat mengisi kekosongan jiwa ayahnya.
Haikal ingin terus merapati Swee Hwa kerana yakin Swee Hwa banyak
menyimpan rahsia hidup arwah ayahnya.
3. KEDAI BUKU
Haikal mebeli beberapa buah majalah sastera dan bahasa.
Haikal memberitahu Swee Hwa mereka meminati penulis yang sama iaitu
Abdullah Hussain, Sahnon Ahmad dan A.Samad Said.
Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa Haikal mewarisi bakat arwah ayahnya.
Haikal berasa seolah-olah dia mengenali Swee Hwa mungkin kerana manuskrip
yang dibacanya.
4. RUMAH HAIKAL
Haikal membaca SMS kiriman adiknya Nurul Aisyah yang menyatakan
kerinduan kepadanya.
Haikal teringat kemanjaan adiknya.
LATAR MASYARAKAT
1. MASYARAKAT YANG AMANAH
Tauke Ong seorang yang amanah kerana menjaga harta pusaka arwah ayah
Haikal sehingga Haikal pulang ke kampung itu
2.MASYARAKAT PELBAGAI KAUM YANG PRIHATIN
Tauke Ong amat mengambil berat tentang keselesaan Haikal di Kampung Seri
Purnama. Tauke Ong memastikan makan minum Haikal terurus sebaik sahaja
Haikal tinggal di rumah arwah ayahnya. Dia membawa Haikal makan di restoran
46. 46
46Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
mamak di pekan
3. GOLONGAN MUDA YANG MEMINATI SASTERA TANAH AIR.
Swee Hwa dan Haikal meminati karya karyawan sastera negara seperti Abdullah
Hussain, A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.
BAB 10: PUSARA
SINOPSIS
Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal
untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang
lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus
menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang
tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas
senyuman Swee Hwa.
Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar
seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di
sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama
Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan
ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus
menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal
bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman..
Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya
bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi.
Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari
pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan
remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang
lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik
Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung.
Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang
berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik
begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat
dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara
kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila
melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang
wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana
banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar.
Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung untuk berkenal-
kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak Min.
Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang
47. 47
47Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada
Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak
kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding
semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada
anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah
arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya.
Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang
bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke
kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah
lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu
Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai
rasa bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan
ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.
Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah
masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau
senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin
kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak
meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti
yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji
Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu
kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang
demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya.
Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung
rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal
untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah
ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau 3
pagi.
Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya
Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi
tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal
mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah
penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak
Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah ayah Haikal
Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang
ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee
Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum.
Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee
Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat
48. 48
48Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya
dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda
bersetuju.
Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat
gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah
keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal
bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala
urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan STPMnya.
Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di Kampung Seri
Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa.
Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang
kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya
jika ada kelapangan.
PERSOALAN
1.KERINDUAN ANAK TERHADAP KASIH SAYANG SEORANG AYAH
Haikal terlalu sayu, rindu dan sebak apabila menziarahi pusara ayahnya. Air mata
mengalir ketika membaca Yassin. Haikal berasa terlalu berat untuk
meninggalkan pusara ayahnya yang tidak pernah ditemui.
2. BUDAYA BANGSA YANG SEMAKIN DILUPAKAN
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa tarian zapin jincat yang popular di
Kampung Seri Purnama semakin dilupakan oleh generasi muda. Apabila ramai
ahli kumpulan zapin itu meninggal dunia enam atau tujuh tahun yang lalu
kumpulan zapin itu mulai sepi.Yang tinggal hanya ahli kumpulan yang terlalu tua
seperti Wak Arif dan Haji Salim.
3. SIKAP BERFOYA-FOYA GENERASI MUDA
Mak Menah risau melihat anak-anak muda Kampung Seri Purnama membazir
masa berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang
hingga larut malam tanpa matlamat.
4. TRADISI BUDAYA YANG MASIH UTUH .
SEMANGAT KEMASYARAKATAN DALAM MASYARAKAT YANG SUDAH
MEMBANGUN
Haikal mendapati Kampung Seri Purnama sudah mengalami pembangunan.
Jalan raya sudah berturap, lampu jalan di sepanjang jalan. Lengkap dengan
sekolah, sebuah klinik, balai raya dan pusat komoditi pertanian. Tetapi hubungan
akrab dan mesra antara golongan muda dan tua masih kelihatan. Anak -anak
49. 49
49Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
muda yang masuk ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak Cik Bakar, Wak
Arif dan semua orang di dalam warung itu. Mereka kelihatan mesra.
5. PENDERITAAN JIWA/KERINDUAN SEORANG AYAH YANG
KEHILANGAN KASIH ZURIAT SENDIRI
Pak Cik Bakar menceritakan penderitaan arwah ayah Haikal kerana tidak dapat
hidup bersama-samanya. Arwah ayahnya membayangkan Haikal di dalam diri
Swee Hwa bagi mengubat kedukaan yang ditanggung.
6. KASIH SAYANG YANG ABADI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN
SEHINGGAAKHIR HAYAT
Pak Cik Bakar terlalu menyayangi arwah ayah Haikal. Dia menganggap ayah
Haikal seperti saudara kandungnya sendiri..
Pak Cik Haikal tidak dapat melupakan wajah arwah ayah Haikal walaupun sudah
enam atau tujuh tahun meninggal dunia.
Pak Cik Haikal berasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat
Haikal di warung Wak Nin.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK
1.HAIKAL
BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA
Memberi salam kepada Pak Cik Bakar ketika bertemu di tepi parit tempat Pak
Cik Bakar memancing.
Haikal membalas lambaian anak-anak muda yang sedang memancing ikan di tepi
parit dengan senyuman.
BIJAK
Haikal bijak menyesuaikan diri di kampung. Haikal menunaikan solat maghrib
dan isyak di masjid kampung untuk berkenal-kenalan dengan penduduk
kampung.
GIGIH/BERSUNGGUH-SUNGGUH
Haikal bersungguh-sungguh mencari maklumat tentang ayahnya daripada Pak
Cik Bakar. Mereka berbual sehingga lewat 2.00 pagi di anjung rumah Pak Cik
Bakar. Daripada Pak Cik Bakar, Haikal mengetahui tentang penderitaan ayahnya,
sikap tenang , dan sabar ayahnya dan punca hubungan erat antara Swee Hwa
50. 50
50Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
dengan arwah ayahnya ada kaitan dengan kerinduannya terhadap Haikal.
2.PAK CIK BAKAR
Sahabat yang sangat akrab dengan arwah ayah Haikal
Banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal
Berusia dalam lingkungan 40-an
BERBUDI BAHASA
Menjemput Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual tentang arwah ayah Haikal.
MAK MENAH
Isteri Wak Nin
Berniaga makanan di warung suaminya Wak Nin
RINGAN TULANG/RAJIN
Mak Menah mengurus warung Wak Nin ketika Wak Nin bersolat jemaah di
masjid.
PERAMAH
Mak Menah dengan ramah bercerita kepada Haikal tentang anak-anak muda
yang lebih suka berfoya-foya menaiki motosikal di kampung .
Mak Menah sambil ketawa mengusik Pak Cik Bakar yang jarang-jarang makan
pada waktu malam kerana menjaga perut.
NILAI
NILAI KEMASYARAKATAN
1.BERHEMAH TINGGI
Haikal membalas lambaian tangan anak-anak muda kampung yang sedang
mengail ikan di tepi parit debngan senyuman.
Haikal terlebih dahulu menyapa dengan memberi salam kepada Pak Cik Bakar
yang sedang mengail ikan di parit
NILAI KEMANUSIAAN
1.KEBIJAKSANAAN
Haikal bijak menyesuaikan diri apabila berada di Kampung Seri Purnama.
Haikal menunaikan solat Maghrib berjemaah dan Isyak di masjid kampung..
Haikal menggunakan keakraban arwah ayahnya dengan Pak Cik Bakar untuk
menggali kisah hidup arwah ayahnya dan Swee Hwa.
2.KERAJINAN
Mak Menah rajin membantu suaminya Wak Nin mengurus warung ketika Wak
Min solat berjemaah di masjid
51. 51
51Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
3. KEGIGIHAN/KESUNGGUHAN
Haikal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar sehingga 2.00 pagi bagi mendapatkan
maklumat tentang arwah ayahnya.
4.KASIH SAYANG
Arwah ayah Haikal terlalu sayang akan Haikal sehingga menjadikan Swee Hwa
sebagai bayangan Haikal untuk melepaskan kekecewaannya tidak dapat hidup
bersama-sama Haikal.
PENGAJARAN
1. KITA PERLU MENGEKALKAN TRADISI BANGSA WALAUPUN SUDAH
MAJU
Anak-anak muda kampung yang datang ke warung Wak Min bersalaman dengan
Pak Cik Bakar, Wak Arif , Hahi Salim , Haikal dan semua pelanggan yang ada di
dalam warung Wak Min.
2. KITA HENDAKLAH BIJAK MENYESUAIKAN DIRI APABILA BERADA
DALAM PERSEKITARAN BARU
Haikal mengambil keputusan untuk bersolat jemaah di masjid kampung untuk
berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.
3.KITA BIJAK HENDAKLAH MEREBUT PELUANG YANG ADA UNTUK
KEJAYAAN MATLAMAT YANG DIIMPIKAN
Haikal menggunakan hubungan akrab arwah ayahnya dengan Pak Cik Haikal
untuk mengorek rahsia hidup ayahnya yang penuh rahsia, terutama hubungan
ayahnya dengan Swee Hwa.
Haikal berjaya mendapat tahu bahawa ayahnya meletakkan dirinya di dalam diri
Swee Hwa untuk mengubat luka hatinya daripada Pak Cik Bakar.
4. GOLONGAN MUDA PERLU MENGHORMATI GOLONGAN TUA DEMI
KEHARMONIAN MASYARAKAT.
Anak-anak muda kampung Seri Purnama amat menghormati golongan tua di
kampung itu. Mereka bersalaman dengan Wak Arif, Pik Cik Bakar dan Haji
Salim ketika masuk ke warung Wak Min. Mereka begitu mesra antara satu sama
lain.
5. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI DARAH DAGING KITA SENDIRI
WALAUPUN TTERPISAH JAUH
Haikal berasa amat menyayangi arwah ayahnya. Haikal menangis dan sebak
52. 52
52Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Haikal berdoa agar Tuhan meletakkan
arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.
LATAR
LATAR MASA
1.PETANG
Tauke Ong meminjamkan motosikal untuk kegunaan Haikal semasa di Kampung
Seri Purnama.
Haikal menziarahi pusara ayahnya
Haikal bertemu Pak Cik Bakar sedang memancing ikan di tepi parit di sepanjang
jalan
Pak Cik Bakar memberitahu Haikak arwah ayahnya seorang yang berjiwa
besar,disukai masyarakat dan banyak jasanya.
Pak Cik Bakar mempelawa Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual.
Haikal meberitahu Pk Cik Bakar dia mahu bertanya banyak perkara tentang
arwah ayahnya dan berjanji akan ke rumahnya.
2.MAGHRIB
Haikal bersolat maghrib di masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk
Kampung Seri Purnama.
LATAR TEMPAT
1.WARUNG WAK MIN
Mak Menah menyatakan kerisauannya kepada Haikal kerana melihat anak-anak
muda kampung berpoya-poya seperti tiada matlamat hidup.
Haikal mendapat tahu daripada Mak Menah, semasa arwah ayahnya masih
hidup,sukar untuk melihat anak-anak muda berpeleseran kerana ayahnya sering
mengadakan aktiviti kemasyarakatan, berkompang dan berzapin.
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa dia tidak menyangka Haikal akan
datang ke Kampung Seri Purnama
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal terasa seolah-olah melihat arwah ayah
Haikal apabila melihat Haikal.
Pak Cik Bakar memperkenal Haji Salim kepada Haikal sebagai pemain gambus
dan Wak Arif sebagai penari zapin bagi kumpulan zapin kampung itu dahulu.
Haji Salim meluahkan keluhannya tentang anak-anak muda yang tidak lagi
menggemari tarian zapin.
Haji Salim memberitahu Haikal,Pak Cik Bakar dan Tauke Ong sangat tahu akan
kisah hidup arwah ayahnya.
Anak-anak muda kampung mula memenuhi warung, mereka bersalam dengan
53. 53
53Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
semua pelanggan yang ada di situ
2.RUMAH PAKCIK BAKAR
Di anjung rumah Pak Cik Bakar , AHaikal berbual-bual dengan Haikal tentang
arwah ayahnya
Haikal memberitahu punca dia ke kampung itu untuk mencari kisah hidup
ayahnya
Pak Cik Bakar menggambarkan arwah ayahnya seorang yang sabar dan tabah
Pak Cik Bakar menasihati Haikal agar mendekati Swee Hwa agar jika mahu tahu
tentang arwah ayahnya kerana mereka sangat akrab.
Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, dia tidak mengetahui penyakit arwah
ayahnya kerana ayahnya seorang perahsia.
Pak Cik Bakar amat mengalu-alukan kepulangan Haikal ke Kampung Seri
Purnama dan berasa arwah ayah Haikal menanti-nanti saat itu.
3.PUSARAABDULLAH KAYAN
Haikal membaca yassin untuk arwah ayahnya
Haikal menangis sebak kerana terlalu merindui arwah ayahnya
Haikal menyapu batu nisan dan mencabut rumput di atas pusara ayahnya
Haikal berdoa agar tuhan meletakkan roh arwah ayhnya di sisi orang beriman
4.TEPI PARIT SEPAJANG JALAN
Haikal berkenalan dengan Pak Cik Bakar yang sedang memancing ikan.
Haikal dan Pak Cik Bakar tentang arwah ayah Haikal
5.MASJID KAMPUNG SERI PURNAMA
Haikal menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.
LATAR MASYARAKAT
1.MASYARAKAT VETERAN YANG TERLIBAT DENGAN KEBUDAYAAN
Pak Cik Bakar , Haji Salim dan Wak Arif ialah ahli kumpulan zapin kampung itu.
2. MASYARAKAT PENIAGA
Mak Menah dan Wak Min berniaga di warung makanan di Kampung Seri
Purnama
3.MASYARAKAT YANG KAYA DENGAN ADAT SUSILA
Anak-anak muda bersalaman dengan semua pelanggan yang ada di warung Wak
Min sebelum duduk dan memesan makanan.
4. MASYARAKAT REMAJA YANG TIDAK BIJAK MENGURUS MASA
54. 54
54Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Mak Menah bimbang akan anak-anak muda yang tidak pandai mengurus masa
dengan berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan
bersembang-sembang hingga larut malam.
BAB 11: SUASANA BAHARU
SINPOSIS
Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan
ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal
memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut harta
peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya itu bagi
melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan
sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah.
Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada
pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta
Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita
tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang
bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke
Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal
menyambungkan pengajiannya nanti.
Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min setelah
diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun
kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan
dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik
Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja
mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal.
Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja
di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima kehadiran Haikal di
situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu petang. Lazim
anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM
menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu
Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti.
Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit
poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu
Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip
novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta
peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru.
Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu
melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah
55. 55
55Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia
bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang
pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual.
Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual-
bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal
menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang
kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa
kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa
Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu
Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan
memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah
ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa
membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan
faham ibu bapanya .
Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal
menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja
tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke
Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi
goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di
rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam
balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya
Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ
keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan
ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati
Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya
yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi
menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama.
Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan
Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di
sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa
terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi
semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan
hasratnya.
Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan
tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee
Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Akhirnya,
perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh.
Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila
Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah
pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa
56. 56
56Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk
bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang
arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan
berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat
arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak
layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud
kerana ayahnya pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan
terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga
akhir hayatnya.
PERSOALAN
1. GOLONGAN MUDA YANG BIJAK MERANCANG WAKTU DAN MASA
DEPAN
Lazim menghabiskan masa lapangnya semasa menunggu keputusan peperiksaan
STPM dengan mengail ikan di parit dan menjualnya untuk menambah duit poket
Lazim menghabiskan waktu malam dengan berbual-bual dengan Haikal di rumah
Haikal tentang arwah ayah Haikal daripada melepak di beteng.
2. TANGGUNGJAWAB ANAK MENUNAIKAN AMANAH IBU DAN BAPA
Haikal terus berjumpa Abang Bidin dan Abang Salleh bagi mempelajari cara-
cara mengurus kebun kelapa sawit setelah Tauke Ong menyerahkan kebun
tersebut kepadanya kerana itulah pesanan arwah ayahnya kepada Tauke Ong.
3. PENYESUAIAN DIRI DALAM SUASANA DAN BUDAYA KEHIDUPAN DI
TEMPAT BARU
Dalam masa seminggu Haikal sudah dapat berkenalan dengan beberapa orang
remaja kampung dan paling rapat dengan Lazim.
Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu di tepi parit.
Haikal terpukau dengan suasana pagi kampung yang riuh dengan kicauan
beburung murai yang riang dan nyaring.
WATAK DAN PERWATAKAN
1.HAIKAL
Mudah mesra
Dalam masa seminggu di Kampung Seri Purnama, Haikal diajak memancing
oleh bererapa orang remaja kampung. Mereka bersedia meminjamkan pancing
kepada Haikal
Haikal berkawan rapat dengan Lazim dan mereka bermalam bersama-sama di
rumah Haikal.
BERHEMAH TINGGI
Mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana sanggup membahagiakan
57. 57
57Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
arwah ayahnya dengan membenarkan ayahnya mencurahkan kasih sayang
kepada Swee Hwa kerana perpisahannya dengan Haikal.
BERTANGGUNGJAWAB
Haikal seorang anak yang bertanggungjawab. Sebaik sahaja Tauke Ong
menyerahkan kebun kelapa sawit kepadanya, Haikal terus berjumpa dengan dua
orang pekerja kebun itu , Abang Salleh dan Abang Bidin untuk meninjau dan
belajar cara mengurus kebun kelapa sawit.
2.LAZIM
Anak Haji Salim
Sebaya dengan Haikal
Sedang menunggu keputusan STPM
Hobi mengail ikan puyu
Pandai menari zapin
Anak murid kepada arwah ayah Haikal
Berkawan rapat dengan Haikal
RAJIN
Lazim rajin mengail ikan puyu pada masa lapang untuk menambah duit
poketnya.
SUKA MEMBANTU
Lazim berjanji untuk membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama
bagi mencari lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.
3.ABANG SALLEH DAN ABANG BIDIN
Pekerja yang mengambil upah menjaga kebun kelapa sawit Haikal
Askar pencen
BERDISPLIN
Menurut Tauke Ong, kedua-duanya sangat sistematik semasa menjaga kebun
kelapa sawit. Mereka menjaga kebun dengan baik sekali. Kebun di baruh sangat
bersih dan kemas. Pelepah-pelepah dipotong dan disusun dengan kemas dan
elok.
NILAI
NILAI KEMANUSIAAN
1.KERAJINAN
Lazim rajin mencari duit poket dengan menjual ikan puyu yang dikail di parit
kampung itu.
58. 58
58Analisis NOVELSILIR DAKSINA
Normarjana Ibrahim
Zaleha Masiman jANUARI 2016
2.KETANGGUNGJAWABAN
Haikal terus berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin sebaik sahaja menerima
tanggungjawab mengurus kebun kelapa sawit arwah ayahnya daripada Tauke
Ong. Haikal terus bertanya tentang upah dan bercadang untuk mengikut mereka
menyabit buah kelapa sawit.
Abang Sakleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haikal
dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan
menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MUDAH MENERIMA NASIHAT DARIPADA
ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN AGAR SEGALA TUGAS
MENJADI MUDAH
Haikal menerima nasihat Tauke Ong agar belajar mengurus sendiri kebun kelapa
sawit ayahnya lalu terus sahaja berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin untuk
mendapat ilmu cara-cara mengurus kebun kelapa sawit.
2. KITA HENDAKLAH PANDAI MENGGUNAKAN MASA LAPANG AGAR
TIDAK MENYUSAHKAN IBU BAPA
Lazim menggunakan masa lapangnya menunggu keputusan STPM dengan
mengail ikan puyu dan dijual dengan harga RM10.00 sekilogram bagi mengisi
duit poket kerana tidak mahu meminta-minta daripada ibu bapanya.
3. SEBAGAI ORANG BARU KITA MESTILAH PANDAI MENYESUAIKAN
DIRI AGAR DISENANGI OLEH MASYARAKAT SEKELILING
Dalam masa seminggu Haikal sudah boleh bergaul rapat dengan beberapa orang
remaja kampung dan dia paling rapat dengan Lazim yang sebaya dengannya.
Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu pada waktu petang.
4. KITA MESTI BIJAK MEREBUT PELUANG AGAR MUDAH UNTUK
MENCAPAI MATLAMAT
Haikal dengan senang hati menerima permintaan Lazim untuk bermalam di
rumahnya kerana dia yakin ada sesuatu yang Lazim mahu diceritakan oleh Lazim
kepadanya.
Pada malam itu Lazim bercerita rahsia balai raya kampung yang perlu Haikal
tahu jika mahu tahu tentang arwah ayahnya.
Lazim juga menasihati Haikal agar berkawan rapat dengan Swee Hwa kerana
Swee Hwa amat rapat dengan arwah ayahnya. Lazim yakin Swee Hwa banyak
menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal.
Haikal menggunakan peluang masa bersarapan dengan Swee Hwa di pekan
untuk bertanya tentang hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya. Swee Hwa