SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
FAMILYTHERAPHY
KONSEP-KONSEP
DALAMTERAPI KELUARGA
Kumpulan 2
Ridzuan bin Mahmud
TRIANGLE (SEGITIGA)
DEFINASI PERHUBUNGAN SEGITIGA.
Dari segi definisi, triangle ditakrifkan sebagai satu jenis
gabungan yang khusus di mana dua orang ahli di dalam
sesebuah keluarga bergabung untuk menentang seorang lagi.
Misalnya: ibu dan anak bergabung untuk menyerang bapa.
Gabungan akan berlaku apabila pihak yang memulakan
gabungan tadi biasanya dalam keadaan tertekan, mungkin
kerana timbul sesuatu isu dengan si suami.
Triangle juga didefinisikan sebagai “a three person system that
develops when stress between two people becomes so great
that a third person is drawn in to decrease the tension, thus
creating a triangle”.
TRIANGLE (SEGITIGA)
Apabila gabungan ini berlaku, ketegangan yang dirasai
akan berkurang, tetapi ia tidak semestinya
menyelesaikan isu yang menimbulkan ketegangan dan
yang mendorong kepada usaha untuk membentuk triangle
ini. Oleh yang demikian, walaupun keadaan ini berlaku,
terapis keluarga tidak akan membiarkan triangle ini
berterusan semata-mata untuk mengurangkan
ketegangan pihak yang membentuk gabungan ini, kerana
isu yang membawa kepada terbentuknya triangle tidak
diatasi.
Pihak ketiga yang terlibat di dalam triangle ini lambat
laun akan merasa berat dengan penglibatannya, dan
kadang-kadang boleh membawa kepada simptom, dalam
bentuk tingkahlaku ataupun diserang penyakit.
TRIANGLE (SEGITIGA)
Dalam terapi keluarga, terapis akan berusaha untuk
meleraikan triangle ini melalui proses detriangulation,
yakni memecah gabungan ini dan membimbing pasangan
suami isteri yang bergaduh tadi untuk membentuk
struktur baru, pola interaksi baru dan hirarki baru
mengikut mana yang sesuai.
Dalam teori Murray Bowen, triangle boleh melibatkan ahli
dari generasi yang lain, seperti generasi ibubapa
pasangan atau pun cucu pasangan. Triangle boleh juga
dibentuk dengan objek seperti binatang kesayangan,
hobi, diari dan sebagainya.
Merupakan
Perhubungan
Tiga
Penjuru
SUAMI ISTERI
ANAK
DAPATAN TERAPI
1. Berpunca dari orang ke -3.
-Lelaki mengadu pada kekasih baru.
-Perempuan mendapatkan sokongan
rakan – agresif.
2. Jika dibiarkan akan
menambahkan konflik.
3. Rawatan Terapi
-Penstabilan/Rasionalisasi
CONTOH
TANGGUNGJAWAB
a. Hak bersama
b. Giliran membeli baju
c. Menghantar dan mengambil
Timbul kemaharahan / kelukaan / dendam
IBUBAPA BERCERAI
Wujud perasaan masih Berprasangka
DI NEGARA KITA…
STRUKTUR KELUARGA
KELUARGA SEPERTI KUMPULAN LAIN
MEMPUNYAI PERKAITAN ANTARA SATU
SAMA LAIN, DALAM PERKEMBANGAN YANG
CEPAT, INTERAKSI SUATU KETIKA
KELIHATAN BEBAS BERBEZA MENJADI
TETAP DAN BOLEH DIRAMAL DAN APABILA
CORAK-CORAK INI MANTAP, AHLI
KELUARGA AKAN GUNAKAN SATU
BAHAGIAN KECIL JULAT PENUH TINGKAH
LAKU.
(Minuchin & Nichols 1993)
DEFINASI STRUKTUR KELUARGA
STRUKTUR KELUARGA
Struktur didefinisikan sebagai suatu penyusunan pola
interaksi. Pad peringkat awal, interaksi akan
membentuk struktur, tetapi apabila struktur atau pola
interaksi, atau peraturan yang berkaitan dengan cara
interaksi, struktur ini akan menentukan bentuk
interaksi. Misalnya: di peringkat awal pola interaksi
yang wujud agak bermacam-macam jenis, tetapi lama
kelamaan, pasangan atau keluarga itu sendiri akan
membuat pilihan tertentu yang mengurangkan struktur
yang akan digunakan di dalam interaksi. Apabila pola
interaksi ini menjadi “regular”, biasanya kita dapat
meramalkan bentuk atau pola interaksi tadi. Misalnya:
pola interaksi semasa di meja makan, mungkin berbeza
dengan pola interaksi di bilik tidur.
STRUKTUR KELUARGA
Struktur wujud di dalam berbagai-bagai subsistem yang
wujud di dalam sistem keluarga. Misalnya: pola interaksi
yang wujud dalam subsistem ibu-bapa, mungkin berbeza
dengan pola struktur yang wujud di dalam subsistem
adik-beradik. Begitu juga di dalam subsistem ibubapa-
anak. Interaksi antara subsistem ini dipengaruhi oleh
sempadan (boundary) yang wujud antara subsistem.
Sempadan ini dikatakan “invisible barriers that regulate
the amount of contact with others”
Terdapat tiga jenis sempadan yang diutarakan oleh
Salvador Minuchin di dalam terapi strukturalnya.
Sempadan-sempadan itu ialah (a) sempadan yang jelas
(clear), (b) sempadan yang menyekatan (diseengaged)
dan (c) sempadan yang kabur (enmeshed).
STRUKTUR KELUARGA
Sempadan yang jelas memudahkan interaksi antara
subsistem, kerana masing-masig tahu di mana
sempadan “boleh” dan di mana sempadan “tidak boleh”.
Dalam keadaan sebegini, interaksi atau struktur
menjadi jelas dan dengan sendirinya dapat
mengurangkan pergeseran, di samping memupuk
perkembangan berdikari.
Sempadan yang menyekat pula akan mengurangkan
interaksi, menyebabkan ahli-ahli di dalam keluarga
merasa tersendiri dan tersisih. Baiknya sempadan
begini ialah ia akan membantu dalam perkembangan
autonomi dan berdikari. Yang tak baiknya ialah
sempadan sebegini menyekat atau mengurangkan
interaksi dan hasilnya ahli-ahli akan merasa kurang
mesra dan kurang kasih sayang.
STRUKTUR KELUARGA
Sempadan yang kabur pula boleh menimbulkan
keadaan tidak teratur dan anarkis, kerana
tidak wujud batasan-batasan yang jelas,
sehingga siapa sahaja boleh masuk campur
dalam subsistem lain pada bila-bila masa
sahaja. Dalam keadaan sebegini, hirarki dalam
keluarga menjadi lintang pukang dan sukar
untuk ditentukan siapa sebenarnya yang
berkuasa. Selain dari itu, sempadan sebegini
tidak akan membantu di dalam perkembangan
autonomi dan kompetensi. Yang baiknya
sempadan ini memupuk rasa mesra dan kasih
sayang walaupun akan melumpuhkan inisiatif.
STRUKTUR KELUARGA
PENSTRUKTURAN KELUARGA
Ditentukan oleh;
a. Generasi
b. Jantina
c. Fungsi
d. Halangan-halangan luar
biasa.
Sempadan Perlindungan
-Pemisahan
-Autonomi keluarga
-Ahli-ahlinya
STRUKTUR KELUARGA
SEMPANAN PERLINDUNGAN
-Pemisahan
-Autonomi keluarga
-Ahli-ahlinya
CONTOH
1.Peraturan melarang panggilan
talefon pada waktu makan malam.
2. Sapaan perbualan ibubapa
- Sistem pemisahan akan terhakis.
3. Ibubapa yang selalu c/tangan
- Anak-anak tidak akan belajar
menyelesaikan masalah sendiri.
KANDUNGAN DAN PROSES
(PROCESS VS CONTENT)
APA KANDUNGAN DAN PROSES
Di dalam komunikasi terdapat dua elemen/unsur. Satu dikatakan
content iaitu apa yang diucapkan, dan satu lagi proses, iaitu
bagaimana dan siapa serta bila content itu diucapkan. Dengan
melihat kepada isi percakapan semata-mata tidak cukup di dalam
mengendalikan terapi keluarga, walaupun content ini
mengandungi dua perkara penting. Satu laporan
(report/informatin/maklumat)) dan satu lagi command ( arahan)
Terapis perlu melihat kepada cara atau bagaimana dan kepada
siapa cakapan itu dilakukan bagi menunjukkan struktur dan
hirarki. Misalnya: apabila kanak-kanak inginkan sesuatu daripada
ibunya, lihat sahaja bahasa yang diguna, cara ia disampaikan,
nada suara yang digunakan. Dengan memerhati proses,terapis
akan mendapat celik akal bagaimana seseorang kanak-kanak
memanipulasi ibu atau bapanya. Demikianlah halnya perbualan
antara suami dan isteri. Dalam keadaan dan suasana yang
bahagia, kata-kata yang sama diucapkan dengan gaya yang amat
berbeza daripada apa yang akan mereka gunakan dan bagaimana
mereka akan ujarkan jika kedua-duanya dalam keadaan
ketegangan lantaran pergeseran.
KANDUNGAN DAN PROSES
(PROCESS VS CONTENT)
Oleh yang demikian, dalam terapi keluarga
memang tidak cukup sekadar memberi
tumpuan kepada kata-kata yang diucapkan
atau content kerana dalam terapi keluarga
yang amat diutamakan ialah interaksi antara
ahli yang membawa kepada homeostasis
ataupun sebaliknya. Kerana itu tumpuan
hendaklah diberikan kepada proses dan bukan
kepada content semata-mata.
KANDUNGAN DAN PROSES
MENUMPUKAN PROSES KOMUNIKASI (ORANG
BERCAKAP)
KES
1.Menggalakkan mahasiswa th 1 bercakap
dengan ibubapa bayangan.
2.Menggalakkan wanita muda menyatakan
ekspressi bantahan agresif melalui kata-
kata.
3.Ibubapa yang bimbang diri dalam keadaan
kontras (pandangannya/anak)
WANITA MUDA AKHIRNYA MENYATAKAN PERASAAN BAHAWA WAKTU DI
KOLEJ ADALAH MEMBUANG MASA.
IBUBAPA MENYATAKAN BETAPA PENTINGNYA MENERUSKAN
PERSEKOLAHAN.
A
KES
KANDUNGAN DAN PROSES
RAWATAN KELUARGA BERFOKUS
KES (TIDAK PUASHATI)
1.Isteri mengambil minuman keras bagi mengurangkan
kebimbangan terhadap suami .
Ahli Terapi a. Fokus ekslusif kepada kandungan
bagaimana meningkatkan proses
membuat keputusan mereka.
KES TEMPATAN….
1. Apa yang perlu dibuat…
2. Pendekatan bagaimana kita perlu lakukan…
MAKNA DAN GEJALA
(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)
Mengikut Vogel dan Bell, apabila terapis mendapati
sesuatu simptom pada seseorang klien yang dikenalpasti
terapis akan mendapati yang simptom ini mempunyai
fungsi menstabilkan keadaan di dalam keluarga atau yang
membantu di dalam mengembalikan homeostasis di dalam
keluarga yang sedang dilanda pergeseran atau
pertelagahan terutama di antara kedua ibubapa. Simptom
boleh mengambil bentuk tingkah laku yang merisaukan
ibubapa, ataupun bentuk penyakit yang tiba-tiba menyerang
kanak-kanak tadi. Lantaran itu, kata Vogel dan Bell apabila
berlaku keadaan sebegini seringkali simptom tadi adalah
suatu petanda bahawa keluarga itu sedang dilanda
masalah, khususnya antara kedua ibubapa. Apa yang
berlaku, apabila simptom ini muncul, kedua ibubapa akan
memberi tumpuan kepada simptom pada diri kanak-kanak,
dan pergeseran antara mereka akan menjadi reda buat
seketika. Sekali gus kestabilan atau homeostasis akan
kembali.
MAKNA DAN GEJALA
(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)
Oleh yang demikian, jika terapis berusaha untuk
memulihkan simptom ini, usaha itu hanyalah untuk
seketika. Apabila ibubapa kembali bergaduh, maka
simptom ini akan timbul semula
Hari ini berdasarkan konsep dan kefahaman ini, iaitu
simptom adalah tanda sesuatu masalah sedang melanda
sesebuah keluarga, maka terapis tidak lagi memberi
perhatian kepada usaha memulihkan simptom pada diri
kanak-kanak tadi. Sebaliknya, apabila timbul simptom,
usaha terapis keluarga ialah menjalinkan semula
hubungan antara ahli di dalam keluarga itu, dan tidak
memberi tumpuan kepada simptom di kalangan anak-
anak.
MAKNA DAN GEJALA
(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)
AHLI TERAPI MENGETAHUI BAHAWA SALAH
SATU CARA MENGENAL PASTI GEJALA/TANDA
IALAH PESAKIT SERING MEMPUNYAI SATU
PEGARUH PENSTABIL KE ATAS KELUARGA DI
MANA MEREKA BERCAKAP DALAM
MEMPENGARUHI KELUARGA HOMEOSTATIK
SEBAGAI SATU FUNGSI SIMPTOM
(Jackson 1957)
MAKNA DAN GEJALA
(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)
PENYELESAIAN KONFLIK
Ahli-ahli Terapi perlu waspada
i. Aduan yang „terpendam‟
ii. Penyesuaian ibubapa
iii. Bagaimana hadapi anak
iv. Konflik ibubapa masalah anak.
„Scapegoat‟/kambing hitam adalah sesuatu istilah berat
Sebelah dan bersifat „menghakim‟.
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
MAKSUD
Kitaran Hayat keluarga adalah rantaian kehidupan
sesebuah keluarga yang berkaitan dengan sesebuah
keluarga tersebut. Bila kita fikir kitaran hayat (hidup),
kita cenderung berfikir dimana individu-individu
menyentuh melalui penggunaan masa, menguasai
cabaran dalam suatu tempoh, dan bergerak untuk ke
tahap seterusnya. Kita mencapai kemajuan mengikut
peringkat-peringkat dan halangan-halangan
perkembangan mengikut perubahan permintaan.
Tempoh-tempoh pertumbuhan perkembangan dan
perubahan diikuti oleh tempoh-tempoh kestabilan relatif
ketika perubahan dapat disatukan (dijalan).
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
Apabila kita berbicara tentang kitaran hidup, biasanya
kita akan membayangkan tentang pergerakan,
perkembangan dan pertumbuhan individu dari satu
peringkat ke peringkat yang seterusnya. Biasanya juga,
kita akan teringat kepada beberapa nama seperti
Havighurst yang mengkaji tentang “developmental
tasks”, Piaget yang mengkaji tentang “cognitive
development”, Eric Erikson yang mengutarakan teori
perkembangan psikososial yang merangkumi lapan tahap
perkembangan dari peringkat bayi hinggalah peringkat
lewat dewasa, serta Kohlberg yang mengkaji
perkembangan moral.
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
Apa yang disebutkan di atas adalah penting bagi pelajar
psikologi dan kaunseling, tetapi bagi terapis keluarga,
kitaran hidup keluarga amatlah penting, kerana kitaran
hidup keluarga menambah sekurang-kurangnya dua lagi
komponen penting.
Pertama, keluarga perlu menyusun semula untuk
mengakomodasi sebarang perubahan dan pertambahan
di dalam keluarga. Maksunya, sistem struktur, sistem
hirarki dan sistem interaksi perlu diubahsuai apabila
wujud pertambahan atau kekurangan di dalam sesebuah
keluarga itu. Ia tidak boleh beroperasi dengan
menggunakan struktur, hirarki dan interaksi yang sama
pada semua masa dalam semua keadaan.
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
Kedua, perkembangan yang berlaku kepada mana-mana generasi
keluarga, sama ada yang lebih tua, atau yang lebih muda, akan
memberi kesan kepada ahli keluarga itu, sama ada melibatkan seorang
dua atau semua ahli.
Sebagai contoh: apabila anak dihantar ke tadika, banyak perubahan
dan penyesuaian yang perlu dibuat oleh keluarga. Jadual bangun tidur,
jadual membasuh pakaian, jadual menyiapkan sarapan dan lain,
sehingga termasuklah sistem penghantaran anak ke tadika.
Bagitu juga halnya apabila berlaku perubahan pada generasi yang lebih
tua. Jika salah seorang ibu atau bapa meninggal, maka kebajikan yang
ditinggalkan itu perlu diberi perhatian. Bukan semua cara boleh
digunakan, kerana setiap individu itu berbeza dan harus dilayan dengan
cara yang berbeza.
Lantaran wujudnya keadaan sebeginilah, maka terapis keluarga merasa
yang kitaran hidup keluarga itu sebagai satu konsep perlu difahami dan
diambil kira dalam memberikan kaunseling atau terapi keluarga.
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut
kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu
cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati.
Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada
keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik
dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini
adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi.
Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga
ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada
struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa
yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa
sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang
lebih”functional”.
Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut
kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu
cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati.
Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada
keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik
dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini
adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi.
Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga
ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada
struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa
yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa
sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang
lebih”functional”.
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
ADALAH BERKAITAN FIKIRAN DIMANA
INDIVIDU
i. Menyentuh melalui penggunaan masa.
ii. Menguasai cabaran dalam satu tempoh.
iii. Bergerak ke tahap seterusnya.
iv. Mencapai peringkat-peringkat tertentu
setelah melalui halangan mengikut
perubahan permintaan.
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
TIADA KETETAPAN/ VERSI TAHAP STANDARD
1. Ibubapa tunggal.
2. Pasangan seks sejenis.
3. Keluarga angkat.
4. Kepelbagaian agama / kebudayaan.
5. Kepelbagaian etnik.
NILAI KLINIKAL SEBENAR KITARAN HAYAT
LEBIH BERTUMPU KEPADA
KETIDAKUPAYAAN ATAU MEMBUAT
PERALIHAN
KITARAN HAYAT KELUARGA
(FAMILY LIFE CYCLE)
MASALAH KITARAN HAYAT.
1. Bertemu cabaran alam semula jadi/
perkembangan (tidak mampu menampung
strukturnya untuk mengubah keadaan)
2. Bukan tanda „keluarga tidak berfungsi‟
tetapi suatu yang gagal untuk menyesuaikan
pada satu titik perubahan hidup.
RESISTANCE (RINTANGAN)
DEFINASI
Di peringkat awal terapi keluarga, resistance yang
disalahtafsirkan oleh terapis ketika itu sebagai
kedegilan/keengganan atau penentangan, yakni tidak
mahu memberikan kerjasama yang sepatutnya atau
tidak mahu berubah, adalah lebih baik dilihat sebagai
satu bentuk kebimbangan atau ketakutan (fear) di
kalangan ahli keluarga untuk menyatakan sesuatu
secara terbuka kerana bimbang tindakan sedemikian
mungkin akan membawa padah dan kerosakan ke dalam
keluarga yang sedang dirawat.
RESISTANCE (RINTANGAN)
Hari ini, terapis-terapis telah sedar bahawa memang
fitrah manusia untuk merasa berat untuk berubah jika
perubahan itu dijangka boleh membawa risiko kepada
keluarga mereka. Dalam konteks sebegini, keluarga
memang seharusnya menentang perubahan selagi
natijah kepada perubahan itu tidak dirasakan selamat,
dan selagi terapis tidak dilihat sebagai seorang yang
boleh dipercayai. Dalam konteks ini, tindakan yang
diambil oleh ahli keluarga ini adalah suatu tindakan
berhati-hati yang baik, dan bukan sesuatu kedegilan yang
membuta tuli.
RESISTANCE (RINTANGAN)
Jika terapis sedia menerima hakikat ini, maka tugas
terapis ialah membina keyakinan dan kepercayaan
terhadap dirinya dan tindakannya, supaya ahli-ahli
keluarga yang menghadiri sesi tidak merasa diintip atau
untuk dihentam. Terapis hendaklah berusaha keras bagi
mewujudkan iklim dan persekitaran yang mesra yang
diyakini. Mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan
ahli-ahli keluarga yang secara kolaboratif mereka akan
dapat mengatasi apa jua isu yang sedang dihadapi.
RESISTANCE (RINTANGAN)
Dalam usaha terapis untuk meyakinkan ahli-ahli keluarga yang
mereka selamat untuk meluahkan isi hati mereka, terapis tidak
akan terlepas daripada merasa bimbang yang keadaan mungkin
menjadi buruk, wujud serang menyerang, sehingga beliau
sendiri tidak berupaya untuk mengawalnya. Kebimbangan
sebegini adalah real. Namun, terapis hendaklah berusaha
sedikit demi sedikit untuk mewujudkan suasana mesra, dan
meyakinkan ahli-ahli keluarga yang sesuatu isu itu masih boleh
diselesaikan melalui suasana hormat menghormati dan penuh
rasa kasih sayang tanpa konfrontasi atau serang menyerang.
Untuk mencapai hasrat ini, terapis hendaklah bersikap
optimistik dan yakin bahawa setiap individu mempunyai potensi
dan sumbangan positif di dalam isu yang sedang dibincangkan.
Melalui optimisma, pemikiran positif, dan hormat serta yakin
akan kebolehan ahli-ahli keluarga, terapis telah meletakkan
ahli-ahli keluarga di satu tahap yang boleh memberi kesan
psikologi kepada mereka.
RESISTANCE (RINTANGAN)
Seandainya, usaha kolaboratif seperti ini masih tidak
berupaya untuk mencapai hasrat yang diinginkan,
terapis terpaksalah bertindak sebagai “expert” yang
akan menasihati dan membimbing keluarga ke arah
menyelesaikan isu yang dibawa ke dalam terapi.
RESISTANCE (RINTANGAN)
Resistance adalah salah satu peradoxes Terapi keluarga yang luar
biasa yang pergi lebih jauh untuk mendapatkan profesional
bagaimana untuk menguruskan kesukaran mereka tetapi sering
tidak mengikut nasihat therepuetic terbaik) yang akan
membantu mereka untuk menyelesaikan masalah mereka.
Dalam contoh yang boleh dilihat dimana, rintangan boleh
dielakkan jika terapi dijalankan untuk klien bersedia untuk berubah.
(Alan Carr,2009)
Perkara rintangan ini boleh dilihat dalam pelbagai cara;
i. Tidak melengkapi borang biodata
ii. Tidak menghadir temujanji
iii. Menolak untuk memberhenti proses terapi
iv. Tidak bekerja sama dalam sesi kaunseling.
RESISTANCE (RINTANGAN)
CADANGAN DALAM PENYELESAIAN
i.Menerangkan percanggahan antara apa yang klien bersetuju
lakukan dan apa yang sebenarnya tidak
ii. Tanya tentang perbezaan antara keadaan di mana
pelanggan berjaya membuat susulan. Seseorang
boleh bersetuju tindakan dan ada orang yang mana tidak
iii. Minta apa yang mereka percayakan perkar yang disekat dari
membuat kemajuan
iv. Tanya jika halangan-halangan ini boleh diatasi
v.Tanya mengenai strategi untuk mengatasi halangan
vi.Tanya pro dan kontra tindakan tindakan yang diambil ini
vii.Bingkai dilema terapeutik yang menggariskan kos mengekalkan
status quo.
Kajian kes
Emily merupakan seorang ibu tunggal dalam percubaan mendisplinkan anak lelakinya
yang diganggu dengan perlindungan oleh neneknya sendiri. Emily mengelakkan
bersama ibunya kerana beliau tidak percaya ibunya akan melakukan sesuatu yang
baik untuknya. Dia takut bahawa jika dicabar, ibunya akan menjadi lebih kritikal dan
membuatnya berasa lebih tertekan. Mereka risau tidak kelihatan realistik. Pada masa
lalu apabila Emily melakukan sesuatu yang kritikal, ibunya akan hanya mengabaikan
apa yang telah berlaku. Mempertahankan orang lain dilihat faktor yang tidak
manasabah kerana tidak boleh melihat/merasai kenangan mereka.
Bagi membina keyakinan, dia mencuba lagi untuk memberitahu ibunya akan (mengenai)
perasan dirinya. Ahli terapi perlu membina amanahnya untuk bekerja dengan ibunya
dan perkara-perkara penting bersama ibunya. Untuk mencapai kredibiliti ini ahli terapi
terpaksa menghormati langkah Emily dan mengenali masalahnya daripada
menghadapi atau memanipulasi rintangannya. Pertemuan ahli terapi kelihatan kurang
mesra.
Salah satu Rintangan ialah apabila mereka menyesuaikan keluarga mereka sebagai
rakan/sahabat, mencuba untuk membantu mereka mengenal pasti apa yang
diperlukan atau memaksa mereka berkaitan cara yang mereka mahu dan daripada
seorang pakar yang memberi yang memberi nasihat daripada menunjukkan
kecacatan/kelemahan mereka.
Seperti apa yang anda bayangkan, ahli terapi keluarga mungkin melihat betapa hebatnya
(baiknya) diri anda. Menghormati ahli terapi di mana anda boleh menyimpan
kemarahan kepada ahli keluarga daripada menjerit diantara satu sama lain atau
dengan menonjol dan menyerbu.
JADUAL 4.1
PERINGKAT-PERINGKAT
KITARAN HAYAT KELUARGA
PROSES EMOSIONAL PERALIHAN:
PRINSIP UTAMA
PERINGKAT KEDUA MENGUBAH DALAM
STRUKTUR KELUARGA
MEMERLUKAN UNTUK
MENERUSKAN PEMBANGUNAN
Meninggalkan rumah: Anak
muda tunggal
Menerima
tanggungjawab kewangan dan em
osional untuk diri
a. Pembezaan diri dalam
keluarga hubungan asal.
b.Pembinaan perhubungan-
perhubungan rakan sebaya peribadi.
c.Establishment kerja maruah diri
dan kebebasan kewangan.
Percampuran keluarga-
keluarga melalui
perkahwinan: baru pasangan
Komitmen untuk sistem baru a.Pembentukan sistem perkahwinan
b. Penyesuaian semula perhubungan
dengan keluarga lanjutan dan rakan-
rakan petunjuk pasangan.
Keluarga dengan anak-anak
yang masih kecil.
Penerimaan ahli baru dalam
organisasi (keluarga)
a. Menyesuaikan sistem perkahwinan
bagi member ianak lebih peluang.
b. Menyertai pendidikan diri anak-anak,
Pengurusan kewangan dan barangan
rumah tangga.
c. Penyesuaian semula hubungan
dengan keluarga
besar termasuk ibu bapa dan
peranan keibubapaan secara meluas.
TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE
JADUAL 4.1
TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE
Keluarga dengan anak-
anak remaja
Menambahkan kestabilan dalam
sempadan keluarga,mengiktiraf
kebebasan anak-anak dan
Kelebihan keluarga nenek.
a.Peralihan ibu bapa - hubungan kanak-
kanak untuk membenarkan remaja untukbergerak ke
dalam dan keluar daripada sistem
b. Tumpuan kepada isu-
isu pertengahan kehidupan perkahwinan dan kerjaya.
c. Bermula peralihan ke arah menjaga generasi tua.
Pelancaran kanak-kanak
dan bergerak
Menerima pelbagai jalan keluar
dari dan penyertaan ke dalam
sistem keluarga
a.Rundingan semula sistem perkahwinan pasangan.
b. Pembangunan dewasa - untuk hubungan dewasa.
c. Penyesuaian semula hubungan termasuk dalam
undang-undang dan cucu
d. Berurusan dengan kurang upaya
dan ibu bapa menangani (datuk nenek)
Keluarga di kemudian
hari
Menerima peranan peralihan gene
rasi.
a.Mengekalkan fungsi dengan sendiri dan /
atau pasangan dan kepentingan
penurunan muka fisiologi: cari
gali peranan keluarga dan sosial yang baru pilihanaang
lebih penting generasi pertengahan
d.Membuat penetapan sistem bagi kebijaksanaan dan p
engalaman warga tua yang
menyokong generasi yang lebih tua untuk
keluar lebih berfungsi ke atas mereka
d. Berurusan dengan kehilangan suami atau
isteri, adik-beradik, dan lain-lain rakan-rakan
sebaya dan membuat persediaan untuk mati

More Related Content

What's hot

Terapi cara kerja
Terapi cara kerjaTerapi cara kerja
Terapi cara kerjaLee View
 
Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Merah Jambu
 
terapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihanterapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihanfariezzaim
 
EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...
EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...
EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...Ratih Aini
 
power point"teknik konseling behavior"
power point"teknik konseling behavior"power point"teknik konseling behavior"
power point"teknik konseling behavior"khomisah
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seniadeq1012
 
Pendekatan Konseling "Family Therapy"
Pendekatan Konseling "Family Therapy"Pendekatan Konseling "Family Therapy"
Pendekatan Konseling "Family Therapy"Siti Sabilah Salmah
 
Konseling behavioral
Konseling behavioralKonseling behavioral
Konseling behavioralRosalina S
 
Pendekatan konseling realitas
Pendekatan konseling realitasPendekatan konseling realitas
Pendekatan konseling realitasIFTITAH INDRIANI
 
Pendekatan Konseling Behavioristik
Pendekatan Konseling BehavioristikPendekatan Konseling Behavioristik
Pendekatan Konseling BehavioristikLanggeng Prayogo
 
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BKTABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BKrina_nurjanah96
 
Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002Shamil Damai
 
Pendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioralPendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioralmisbakhulfirdaus
 

What's hot (20)

Terapi cara kerja
Terapi cara kerjaTerapi cara kerja
Terapi cara kerja
 
Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)Guru panas baran (teori realiti)
Guru panas baran (teori realiti)
 
terapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihanterapi-dalam-pendidikan-pemulihan
terapi-dalam-pendidikan-pemulihan
 
Teori pendekatan gestalt
Teori pendekatan gestaltTeori pendekatan gestalt
Teori pendekatan gestalt
 
EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...
EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...
EFEKTIVITAS KONSELING BEHAVIORAL TEKNIK ASSERTIVE TRAINING UNTUK MEMINIMALISA...
 
power point"teknik konseling behavior"
power point"teknik konseling behavior"power point"teknik konseling behavior"
power point"teknik konseling behavior"
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni
 
Pendekatan Konseling "Family Therapy"
Pendekatan Konseling "Family Therapy"Pendekatan Konseling "Family Therapy"
Pendekatan Konseling "Family Therapy"
 
Konseling behavioral
Konseling behavioralKonseling behavioral
Konseling behavioral
 
59327532 nota-pku-3109
59327532 nota-pku-310959327532 nota-pku-3109
59327532 nota-pku-3109
 
PENDEKATAN TEORI REALITA
PENDEKATAN TEORI REALITAPENDEKATAN TEORI REALITA
PENDEKATAN TEORI REALITA
 
Pendekatan konseling realitas
Pendekatan konseling realitasPendekatan konseling realitas
Pendekatan konseling realitas
 
Pendekatan Konseling Behavioristik
Pendekatan Konseling BehavioristikPendekatan Konseling Behavioristik
Pendekatan Konseling Behavioristik
 
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BKTABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
TABEL TEORI PENDEKATAN KONSELING DALAM BK
 
Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002Teori tingkah laku shamil 2002
Teori tingkah laku shamil 2002
 
Pendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioralPendekatan konseling behavioral
Pendekatan konseling behavioral
 
Terapi behavioral
Terapi behavioralTerapi behavioral
Terapi behavioral
 
Pendekatan Konseling Gestalt
Pendekatan Konseling GestaltPendekatan Konseling Gestalt
Pendekatan Konseling Gestalt
 
Pendekatan konseling behavioristik
Pendekatan konseling behavioristikPendekatan konseling behavioristik
Pendekatan konseling behavioristik
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 

Similar to Familyconsept2 120406081439-phpapp02[1]

teori komunikasippt
teori komunikasipptteori komunikasippt
teori komunikasipptalparslan37
 
LAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docx
LAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docxLAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docx
LAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docxSiskasamlan
 
224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt
224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt
224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.pptNurulFaizahK
 
The Family In Therapy.pptx
The Family In Therapy.pptxThe Family In Therapy.pptx
The Family In Therapy.pptxttotalitas23
 
adaptasi-psikologis-masa-nifas.ppt
adaptasi-psikologis-masa-nifas.pptadaptasi-psikologis-masa-nifas.ppt
adaptasi-psikologis-masa-nifas.pptdalma60
 
Teori pendekatan gestalt
Teori pendekatan gestaltTeori pendekatan gestalt
Teori pendekatan gestaltumaryanto86
 
Tahap tahap terapi keluarga
Tahap tahap terapi keluargaTahap tahap terapi keluarga
Tahap tahap terapi keluargaCherly Samosir
 
RESUME JURNAL kel,, (1).docx
RESUME JURNAL kel,, (1).docxRESUME JURNAL kel,, (1).docx
RESUME JURNAL kel,, (1).docxResinuryana10
 
Maintaining family ties
Maintaining family tiesMaintaining family ties
Maintaining family tiesRatih Aini
 
Pendekatan konseling keluarga pada pengguna napza
Pendekatan konseling keluarga pada pengguna napzaPendekatan konseling keluarga pada pengguna napza
Pendekatan konseling keluarga pada pengguna napzaPersonal
 
Adaptasi psikologis masa nifas atau pasca bersalin
Adaptasi psikologis masa nifas  atau pasca bersalinAdaptasi psikologis masa nifas  atau pasca bersalin
Adaptasi psikologis masa nifas atau pasca bersalinRizkyAndrianiBakara2
 
Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi. tran...
Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi.  tran...Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi.  tran...
Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi. tran...harietrinancy1
 
Artikel kesehatan jiwa
Artikel kesehatan jiwaArtikel kesehatan jiwa
Artikel kesehatan jiwaNdy Adlai
 
Landasan teoritis keperawatan keluarga
Landasan teoritis keperawatan keluargaLandasan teoritis keperawatan keluarga
Landasan teoritis keperawatan keluargaindrayani2002
 
Psikologi Klinis: working with children
Psikologi Klinis:  working with childrenPsikologi Klinis:  working with children
Psikologi Klinis: working with childrenMasroni Siagian
 
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptxTerapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptxSugarPlum34
 

Similar to Familyconsept2 120406081439-phpapp02[1] (20)

teori komunikasippt
teori komunikasipptteori komunikasippt
teori komunikasippt
 
TEORI_HUBUNGAN_P_10.pptx
TEORI_HUBUNGAN_P_10.pptxTEORI_HUBUNGAN_P_10.pptx
TEORI_HUBUNGAN_P_10.pptx
 
LAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docx
LAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docxLAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docx
LAPORAN TUTORIAL KELOMPOK 5B JIWA.docx
 
224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt
224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt
224073594-Pp-Terapi-Keluarga-Fix.ppt
 
The Family In Therapy.pptx
The Family In Therapy.pptxThe Family In Therapy.pptx
The Family In Therapy.pptx
 
adaptasi-psikologis-masa-nifas.ppt
adaptasi-psikologis-masa-nifas.pptadaptasi-psikologis-masa-nifas.ppt
adaptasi-psikologis-masa-nifas.ppt
 
Teori pendekatan gestalt
Teori pendekatan gestaltTeori pendekatan gestalt
Teori pendekatan gestalt
 
Tahap tahap terapi keluarga
Tahap tahap terapi keluargaTahap tahap terapi keluarga
Tahap tahap terapi keluarga
 
RESUME JURNAL kel,, (1).docx
RESUME JURNAL kel,, (1).docxRESUME JURNAL kel,, (1).docx
RESUME JURNAL kel,, (1).docx
 
Maintaining family ties
Maintaining family tiesMaintaining family ties
Maintaining family ties
 
Pendekatan konseling keluarga pada pengguna napza
Pendekatan konseling keluarga pada pengguna napzaPendekatan konseling keluarga pada pengguna napza
Pendekatan konseling keluarga pada pengguna napza
 
Adaptasi psikologis masa nifas atau pasca bersalin
Adaptasi psikologis masa nifas  atau pasca bersalinAdaptasi psikologis masa nifas  atau pasca bersalin
Adaptasi psikologis masa nifas atau pasca bersalin
 
Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi. tran...
Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi.  tran...Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi.  tran...
Peran Penggunaan Terapi Diri di Aplikasi Nonpharmacological Intervensi. tran...
 
Artikel kesehatan jiwa
Artikel kesehatan jiwaArtikel kesehatan jiwa
Artikel kesehatan jiwa
 
Landasan teoritis keperawatan keluarga
Landasan teoritis keperawatan keluargaLandasan teoritis keperawatan keluarga
Landasan teoritis keperawatan keluarga
 
Psikologi keluarga
Psikologi keluargaPsikologi keluarga
Psikologi keluarga
 
Psikologi Klinis: working with children
Psikologi Klinis:  working with childrenPsikologi Klinis:  working with children
Psikologi Klinis: working with children
 
Pengertian psikologi
Pengertian psikologiPengertian psikologi
Pengertian psikologi
 
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptxTerapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
Terapi Modalitas Kep Jiwa.pptx
 
referat-depresi-docx
referat-depresi-docxreferat-depresi-docx
referat-depresi-docx
 

Familyconsept2 120406081439-phpapp02[1]

  • 2. TRIANGLE (SEGITIGA) DEFINASI PERHUBUNGAN SEGITIGA. Dari segi definisi, triangle ditakrifkan sebagai satu jenis gabungan yang khusus di mana dua orang ahli di dalam sesebuah keluarga bergabung untuk menentang seorang lagi. Misalnya: ibu dan anak bergabung untuk menyerang bapa. Gabungan akan berlaku apabila pihak yang memulakan gabungan tadi biasanya dalam keadaan tertekan, mungkin kerana timbul sesuatu isu dengan si suami. Triangle juga didefinisikan sebagai “a three person system that develops when stress between two people becomes so great that a third person is drawn in to decrease the tension, thus creating a triangle”.
  • 3. TRIANGLE (SEGITIGA) Apabila gabungan ini berlaku, ketegangan yang dirasai akan berkurang, tetapi ia tidak semestinya menyelesaikan isu yang menimbulkan ketegangan dan yang mendorong kepada usaha untuk membentuk triangle ini. Oleh yang demikian, walaupun keadaan ini berlaku, terapis keluarga tidak akan membiarkan triangle ini berterusan semata-mata untuk mengurangkan ketegangan pihak yang membentuk gabungan ini, kerana isu yang membawa kepada terbentuknya triangle tidak diatasi. Pihak ketiga yang terlibat di dalam triangle ini lambat laun akan merasa berat dengan penglibatannya, dan kadang-kadang boleh membawa kepada simptom, dalam bentuk tingkahlaku ataupun diserang penyakit.
  • 4. TRIANGLE (SEGITIGA) Dalam terapi keluarga, terapis akan berusaha untuk meleraikan triangle ini melalui proses detriangulation, yakni memecah gabungan ini dan membimbing pasangan suami isteri yang bergaduh tadi untuk membentuk struktur baru, pola interaksi baru dan hirarki baru mengikut mana yang sesuai. Dalam teori Murray Bowen, triangle boleh melibatkan ahli dari generasi yang lain, seperti generasi ibubapa pasangan atau pun cucu pasangan. Triangle boleh juga dibentuk dengan objek seperti binatang kesayangan, hobi, diari dan sebagainya.
  • 6. DAPATAN TERAPI 1. Berpunca dari orang ke -3. -Lelaki mengadu pada kekasih baru. -Perempuan mendapatkan sokongan rakan – agresif. 2. Jika dibiarkan akan menambahkan konflik. 3. Rawatan Terapi -Penstabilan/Rasionalisasi
  • 7. CONTOH TANGGUNGJAWAB a. Hak bersama b. Giliran membeli baju c. Menghantar dan mengambil Timbul kemaharahan / kelukaan / dendam IBUBAPA BERCERAI Wujud perasaan masih Berprasangka DI NEGARA KITA…
  • 8. STRUKTUR KELUARGA KELUARGA SEPERTI KUMPULAN LAIN MEMPUNYAI PERKAITAN ANTARA SATU SAMA LAIN, DALAM PERKEMBANGAN YANG CEPAT, INTERAKSI SUATU KETIKA KELIHATAN BEBAS BERBEZA MENJADI TETAP DAN BOLEH DIRAMAL DAN APABILA CORAK-CORAK INI MANTAP, AHLI KELUARGA AKAN GUNAKAN SATU BAHAGIAN KECIL JULAT PENUH TINGKAH LAKU. (Minuchin & Nichols 1993) DEFINASI STRUKTUR KELUARGA
  • 9. STRUKTUR KELUARGA Struktur didefinisikan sebagai suatu penyusunan pola interaksi. Pad peringkat awal, interaksi akan membentuk struktur, tetapi apabila struktur atau pola interaksi, atau peraturan yang berkaitan dengan cara interaksi, struktur ini akan menentukan bentuk interaksi. Misalnya: di peringkat awal pola interaksi yang wujud agak bermacam-macam jenis, tetapi lama kelamaan, pasangan atau keluarga itu sendiri akan membuat pilihan tertentu yang mengurangkan struktur yang akan digunakan di dalam interaksi. Apabila pola interaksi ini menjadi “regular”, biasanya kita dapat meramalkan bentuk atau pola interaksi tadi. Misalnya: pola interaksi semasa di meja makan, mungkin berbeza dengan pola interaksi di bilik tidur.
  • 10. STRUKTUR KELUARGA Struktur wujud di dalam berbagai-bagai subsistem yang wujud di dalam sistem keluarga. Misalnya: pola interaksi yang wujud dalam subsistem ibu-bapa, mungkin berbeza dengan pola struktur yang wujud di dalam subsistem adik-beradik. Begitu juga di dalam subsistem ibubapa- anak. Interaksi antara subsistem ini dipengaruhi oleh sempadan (boundary) yang wujud antara subsistem. Sempadan ini dikatakan “invisible barriers that regulate the amount of contact with others” Terdapat tiga jenis sempadan yang diutarakan oleh Salvador Minuchin di dalam terapi strukturalnya. Sempadan-sempadan itu ialah (a) sempadan yang jelas (clear), (b) sempadan yang menyekatan (diseengaged) dan (c) sempadan yang kabur (enmeshed).
  • 11. STRUKTUR KELUARGA Sempadan yang jelas memudahkan interaksi antara subsistem, kerana masing-masig tahu di mana sempadan “boleh” dan di mana sempadan “tidak boleh”. Dalam keadaan sebegini, interaksi atau struktur menjadi jelas dan dengan sendirinya dapat mengurangkan pergeseran, di samping memupuk perkembangan berdikari. Sempadan yang menyekat pula akan mengurangkan interaksi, menyebabkan ahli-ahli di dalam keluarga merasa tersendiri dan tersisih. Baiknya sempadan begini ialah ia akan membantu dalam perkembangan autonomi dan berdikari. Yang tak baiknya ialah sempadan sebegini menyekat atau mengurangkan interaksi dan hasilnya ahli-ahli akan merasa kurang mesra dan kurang kasih sayang.
  • 12. STRUKTUR KELUARGA Sempadan yang kabur pula boleh menimbulkan keadaan tidak teratur dan anarkis, kerana tidak wujud batasan-batasan yang jelas, sehingga siapa sahaja boleh masuk campur dalam subsistem lain pada bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan sebegini, hirarki dalam keluarga menjadi lintang pukang dan sukar untuk ditentukan siapa sebenarnya yang berkuasa. Selain dari itu, sempadan sebegini tidak akan membantu di dalam perkembangan autonomi dan kompetensi. Yang baiknya sempadan ini memupuk rasa mesra dan kasih sayang walaupun akan melumpuhkan inisiatif.
  • 13. STRUKTUR KELUARGA PENSTRUKTURAN KELUARGA Ditentukan oleh; a. Generasi b. Jantina c. Fungsi d. Halangan-halangan luar biasa. Sempadan Perlindungan -Pemisahan -Autonomi keluarga -Ahli-ahlinya
  • 14. STRUKTUR KELUARGA SEMPANAN PERLINDUNGAN -Pemisahan -Autonomi keluarga -Ahli-ahlinya CONTOH 1.Peraturan melarang panggilan talefon pada waktu makan malam. 2. Sapaan perbualan ibubapa - Sistem pemisahan akan terhakis. 3. Ibubapa yang selalu c/tangan - Anak-anak tidak akan belajar menyelesaikan masalah sendiri.
  • 15. KANDUNGAN DAN PROSES (PROCESS VS CONTENT) APA KANDUNGAN DAN PROSES Di dalam komunikasi terdapat dua elemen/unsur. Satu dikatakan content iaitu apa yang diucapkan, dan satu lagi proses, iaitu bagaimana dan siapa serta bila content itu diucapkan. Dengan melihat kepada isi percakapan semata-mata tidak cukup di dalam mengendalikan terapi keluarga, walaupun content ini mengandungi dua perkara penting. Satu laporan (report/informatin/maklumat)) dan satu lagi command ( arahan) Terapis perlu melihat kepada cara atau bagaimana dan kepada siapa cakapan itu dilakukan bagi menunjukkan struktur dan hirarki. Misalnya: apabila kanak-kanak inginkan sesuatu daripada ibunya, lihat sahaja bahasa yang diguna, cara ia disampaikan, nada suara yang digunakan. Dengan memerhati proses,terapis akan mendapat celik akal bagaimana seseorang kanak-kanak memanipulasi ibu atau bapanya. Demikianlah halnya perbualan antara suami dan isteri. Dalam keadaan dan suasana yang bahagia, kata-kata yang sama diucapkan dengan gaya yang amat berbeza daripada apa yang akan mereka gunakan dan bagaimana mereka akan ujarkan jika kedua-duanya dalam keadaan ketegangan lantaran pergeseran.
  • 16. KANDUNGAN DAN PROSES (PROCESS VS CONTENT) Oleh yang demikian, dalam terapi keluarga memang tidak cukup sekadar memberi tumpuan kepada kata-kata yang diucapkan atau content kerana dalam terapi keluarga yang amat diutamakan ialah interaksi antara ahli yang membawa kepada homeostasis ataupun sebaliknya. Kerana itu tumpuan hendaklah diberikan kepada proses dan bukan kepada content semata-mata.
  • 17. KANDUNGAN DAN PROSES MENUMPUKAN PROSES KOMUNIKASI (ORANG BERCAKAP) KES 1.Menggalakkan mahasiswa th 1 bercakap dengan ibubapa bayangan. 2.Menggalakkan wanita muda menyatakan ekspressi bantahan agresif melalui kata- kata. 3.Ibubapa yang bimbang diri dalam keadaan kontras (pandangannya/anak) WANITA MUDA AKHIRNYA MENYATAKAN PERASAAN BAHAWA WAKTU DI KOLEJ ADALAH MEMBUANG MASA. IBUBAPA MENYATAKAN BETAPA PENTINGNYA MENERUSKAN PERSEKOLAHAN. A KES
  • 18. KANDUNGAN DAN PROSES RAWATAN KELUARGA BERFOKUS KES (TIDAK PUASHATI) 1.Isteri mengambil minuman keras bagi mengurangkan kebimbangan terhadap suami . Ahli Terapi a. Fokus ekslusif kepada kandungan bagaimana meningkatkan proses membuat keputusan mereka. KES TEMPATAN…. 1. Apa yang perlu dibuat… 2. Pendekatan bagaimana kita perlu lakukan…
  • 19. MAKNA DAN GEJALA (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) Mengikut Vogel dan Bell, apabila terapis mendapati sesuatu simptom pada seseorang klien yang dikenalpasti terapis akan mendapati yang simptom ini mempunyai fungsi menstabilkan keadaan di dalam keluarga atau yang membantu di dalam mengembalikan homeostasis di dalam keluarga yang sedang dilanda pergeseran atau pertelagahan terutama di antara kedua ibubapa. Simptom boleh mengambil bentuk tingkah laku yang merisaukan ibubapa, ataupun bentuk penyakit yang tiba-tiba menyerang kanak-kanak tadi. Lantaran itu, kata Vogel dan Bell apabila berlaku keadaan sebegini seringkali simptom tadi adalah suatu petanda bahawa keluarga itu sedang dilanda masalah, khususnya antara kedua ibubapa. Apa yang berlaku, apabila simptom ini muncul, kedua ibubapa akan memberi tumpuan kepada simptom pada diri kanak-kanak, dan pergeseran antara mereka akan menjadi reda buat seketika. Sekali gus kestabilan atau homeostasis akan kembali.
  • 20. MAKNA DAN GEJALA (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) Oleh yang demikian, jika terapis berusaha untuk memulihkan simptom ini, usaha itu hanyalah untuk seketika. Apabila ibubapa kembali bergaduh, maka simptom ini akan timbul semula Hari ini berdasarkan konsep dan kefahaman ini, iaitu simptom adalah tanda sesuatu masalah sedang melanda sesebuah keluarga, maka terapis tidak lagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan simptom pada diri kanak-kanak tadi. Sebaliknya, apabila timbul simptom, usaha terapis keluarga ialah menjalinkan semula hubungan antara ahli di dalam keluarga itu, dan tidak memberi tumpuan kepada simptom di kalangan anak- anak.
  • 21. MAKNA DAN GEJALA (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) AHLI TERAPI MENGETAHUI BAHAWA SALAH SATU CARA MENGENAL PASTI GEJALA/TANDA IALAH PESAKIT SERING MEMPUNYAI SATU PEGARUH PENSTABIL KE ATAS KELUARGA DI MANA MEREKA BERCAKAP DALAM MEMPENGARUHI KELUARGA HOMEOSTATIK SEBAGAI SATU FUNGSI SIMPTOM (Jackson 1957)
  • 22. MAKNA DAN GEJALA (THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM) PENYELESAIAN KONFLIK Ahli-ahli Terapi perlu waspada i. Aduan yang „terpendam‟ ii. Penyesuaian ibubapa iii. Bagaimana hadapi anak iv. Konflik ibubapa masalah anak. „Scapegoat‟/kambing hitam adalah sesuatu istilah berat Sebelah dan bersifat „menghakim‟.
  • 23. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) MAKSUD Kitaran Hayat keluarga adalah rantaian kehidupan sesebuah keluarga yang berkaitan dengan sesebuah keluarga tersebut. Bila kita fikir kitaran hayat (hidup), kita cenderung berfikir dimana individu-individu menyentuh melalui penggunaan masa, menguasai cabaran dalam suatu tempoh, dan bergerak untuk ke tahap seterusnya. Kita mencapai kemajuan mengikut peringkat-peringkat dan halangan-halangan perkembangan mengikut perubahan permintaan. Tempoh-tempoh pertumbuhan perkembangan dan perubahan diikuti oleh tempoh-tempoh kestabilan relatif ketika perubahan dapat disatukan (dijalan).
  • 24. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) Apabila kita berbicara tentang kitaran hidup, biasanya kita akan membayangkan tentang pergerakan, perkembangan dan pertumbuhan individu dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Biasanya juga, kita akan teringat kepada beberapa nama seperti Havighurst yang mengkaji tentang “developmental tasks”, Piaget yang mengkaji tentang “cognitive development”, Eric Erikson yang mengutarakan teori perkembangan psikososial yang merangkumi lapan tahap perkembangan dari peringkat bayi hinggalah peringkat lewat dewasa, serta Kohlberg yang mengkaji perkembangan moral.
  • 25. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) Apa yang disebutkan di atas adalah penting bagi pelajar psikologi dan kaunseling, tetapi bagi terapis keluarga, kitaran hidup keluarga amatlah penting, kerana kitaran hidup keluarga menambah sekurang-kurangnya dua lagi komponen penting. Pertama, keluarga perlu menyusun semula untuk mengakomodasi sebarang perubahan dan pertambahan di dalam keluarga. Maksunya, sistem struktur, sistem hirarki dan sistem interaksi perlu diubahsuai apabila wujud pertambahan atau kekurangan di dalam sesebuah keluarga itu. Ia tidak boleh beroperasi dengan menggunakan struktur, hirarki dan interaksi yang sama pada semua masa dalam semua keadaan.
  • 26. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) Kedua, perkembangan yang berlaku kepada mana-mana generasi keluarga, sama ada yang lebih tua, atau yang lebih muda, akan memberi kesan kepada ahli keluarga itu, sama ada melibatkan seorang dua atau semua ahli. Sebagai contoh: apabila anak dihantar ke tadika, banyak perubahan dan penyesuaian yang perlu dibuat oleh keluarga. Jadual bangun tidur, jadual membasuh pakaian, jadual menyiapkan sarapan dan lain, sehingga termasuklah sistem penghantaran anak ke tadika. Bagitu juga halnya apabila berlaku perubahan pada generasi yang lebih tua. Jika salah seorang ibu atau bapa meninggal, maka kebajikan yang ditinggalkan itu perlu diberi perhatian. Bukan semua cara boleh digunakan, kerana setiap individu itu berbeza dan harus dilayan dengan cara yang berbeza. Lantaran wujudnya keadaan sebeginilah, maka terapis keluarga merasa yang kitaran hidup keluarga itu sebagai satu konsep perlu difahami dan diambil kira dalam memberikan kaunseling atau terapi keluarga.
  • 27. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati. Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi. Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang lebih”functional”. Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati. Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi. Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang lebih”functional”.
  • 28. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) ADALAH BERKAITAN FIKIRAN DIMANA INDIVIDU i. Menyentuh melalui penggunaan masa. ii. Menguasai cabaran dalam satu tempoh. iii. Bergerak ke tahap seterusnya. iv. Mencapai peringkat-peringkat tertentu setelah melalui halangan mengikut perubahan permintaan.
  • 29. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) TIADA KETETAPAN/ VERSI TAHAP STANDARD 1. Ibubapa tunggal. 2. Pasangan seks sejenis. 3. Keluarga angkat. 4. Kepelbagaian agama / kebudayaan. 5. Kepelbagaian etnik. NILAI KLINIKAL SEBENAR KITARAN HAYAT LEBIH BERTUMPU KEPADA KETIDAKUPAYAAN ATAU MEMBUAT PERALIHAN
  • 30. KITARAN HAYAT KELUARGA (FAMILY LIFE CYCLE) MASALAH KITARAN HAYAT. 1. Bertemu cabaran alam semula jadi/ perkembangan (tidak mampu menampung strukturnya untuk mengubah keadaan) 2. Bukan tanda „keluarga tidak berfungsi‟ tetapi suatu yang gagal untuk menyesuaikan pada satu titik perubahan hidup.
  • 31. RESISTANCE (RINTANGAN) DEFINASI Di peringkat awal terapi keluarga, resistance yang disalahtafsirkan oleh terapis ketika itu sebagai kedegilan/keengganan atau penentangan, yakni tidak mahu memberikan kerjasama yang sepatutnya atau tidak mahu berubah, adalah lebih baik dilihat sebagai satu bentuk kebimbangan atau ketakutan (fear) di kalangan ahli keluarga untuk menyatakan sesuatu secara terbuka kerana bimbang tindakan sedemikian mungkin akan membawa padah dan kerosakan ke dalam keluarga yang sedang dirawat.
  • 32. RESISTANCE (RINTANGAN) Hari ini, terapis-terapis telah sedar bahawa memang fitrah manusia untuk merasa berat untuk berubah jika perubahan itu dijangka boleh membawa risiko kepada keluarga mereka. Dalam konteks sebegini, keluarga memang seharusnya menentang perubahan selagi natijah kepada perubahan itu tidak dirasakan selamat, dan selagi terapis tidak dilihat sebagai seorang yang boleh dipercayai. Dalam konteks ini, tindakan yang diambil oleh ahli keluarga ini adalah suatu tindakan berhati-hati yang baik, dan bukan sesuatu kedegilan yang membuta tuli.
  • 33. RESISTANCE (RINTANGAN) Jika terapis sedia menerima hakikat ini, maka tugas terapis ialah membina keyakinan dan kepercayaan terhadap dirinya dan tindakannya, supaya ahli-ahli keluarga yang menghadiri sesi tidak merasa diintip atau untuk dihentam. Terapis hendaklah berusaha keras bagi mewujudkan iklim dan persekitaran yang mesra yang diyakini. Mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan ahli-ahli keluarga yang secara kolaboratif mereka akan dapat mengatasi apa jua isu yang sedang dihadapi.
  • 34. RESISTANCE (RINTANGAN) Dalam usaha terapis untuk meyakinkan ahli-ahli keluarga yang mereka selamat untuk meluahkan isi hati mereka, terapis tidak akan terlepas daripada merasa bimbang yang keadaan mungkin menjadi buruk, wujud serang menyerang, sehingga beliau sendiri tidak berupaya untuk mengawalnya. Kebimbangan sebegini adalah real. Namun, terapis hendaklah berusaha sedikit demi sedikit untuk mewujudkan suasana mesra, dan meyakinkan ahli-ahli keluarga yang sesuatu isu itu masih boleh diselesaikan melalui suasana hormat menghormati dan penuh rasa kasih sayang tanpa konfrontasi atau serang menyerang. Untuk mencapai hasrat ini, terapis hendaklah bersikap optimistik dan yakin bahawa setiap individu mempunyai potensi dan sumbangan positif di dalam isu yang sedang dibincangkan. Melalui optimisma, pemikiran positif, dan hormat serta yakin akan kebolehan ahli-ahli keluarga, terapis telah meletakkan ahli-ahli keluarga di satu tahap yang boleh memberi kesan psikologi kepada mereka.
  • 35. RESISTANCE (RINTANGAN) Seandainya, usaha kolaboratif seperti ini masih tidak berupaya untuk mencapai hasrat yang diinginkan, terapis terpaksalah bertindak sebagai “expert” yang akan menasihati dan membimbing keluarga ke arah menyelesaikan isu yang dibawa ke dalam terapi.
  • 36. RESISTANCE (RINTANGAN) Resistance adalah salah satu peradoxes Terapi keluarga yang luar biasa yang pergi lebih jauh untuk mendapatkan profesional bagaimana untuk menguruskan kesukaran mereka tetapi sering tidak mengikut nasihat therepuetic terbaik) yang akan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah mereka. Dalam contoh yang boleh dilihat dimana, rintangan boleh dielakkan jika terapi dijalankan untuk klien bersedia untuk berubah. (Alan Carr,2009) Perkara rintangan ini boleh dilihat dalam pelbagai cara; i. Tidak melengkapi borang biodata ii. Tidak menghadir temujanji iii. Menolak untuk memberhenti proses terapi iv. Tidak bekerja sama dalam sesi kaunseling.
  • 37. RESISTANCE (RINTANGAN) CADANGAN DALAM PENYELESAIAN i.Menerangkan percanggahan antara apa yang klien bersetuju lakukan dan apa yang sebenarnya tidak ii. Tanya tentang perbezaan antara keadaan di mana pelanggan berjaya membuat susulan. Seseorang boleh bersetuju tindakan dan ada orang yang mana tidak iii. Minta apa yang mereka percayakan perkar yang disekat dari membuat kemajuan iv. Tanya jika halangan-halangan ini boleh diatasi v.Tanya mengenai strategi untuk mengatasi halangan vi.Tanya pro dan kontra tindakan tindakan yang diambil ini vii.Bingkai dilema terapeutik yang menggariskan kos mengekalkan status quo.
  • 38. Kajian kes Emily merupakan seorang ibu tunggal dalam percubaan mendisplinkan anak lelakinya yang diganggu dengan perlindungan oleh neneknya sendiri. Emily mengelakkan bersama ibunya kerana beliau tidak percaya ibunya akan melakukan sesuatu yang baik untuknya. Dia takut bahawa jika dicabar, ibunya akan menjadi lebih kritikal dan membuatnya berasa lebih tertekan. Mereka risau tidak kelihatan realistik. Pada masa lalu apabila Emily melakukan sesuatu yang kritikal, ibunya akan hanya mengabaikan apa yang telah berlaku. Mempertahankan orang lain dilihat faktor yang tidak manasabah kerana tidak boleh melihat/merasai kenangan mereka. Bagi membina keyakinan, dia mencuba lagi untuk memberitahu ibunya akan (mengenai) perasan dirinya. Ahli terapi perlu membina amanahnya untuk bekerja dengan ibunya dan perkara-perkara penting bersama ibunya. Untuk mencapai kredibiliti ini ahli terapi terpaksa menghormati langkah Emily dan mengenali masalahnya daripada menghadapi atau memanipulasi rintangannya. Pertemuan ahli terapi kelihatan kurang mesra. Salah satu Rintangan ialah apabila mereka menyesuaikan keluarga mereka sebagai rakan/sahabat, mencuba untuk membantu mereka mengenal pasti apa yang diperlukan atau memaksa mereka berkaitan cara yang mereka mahu dan daripada seorang pakar yang memberi yang memberi nasihat daripada menunjukkan kecacatan/kelemahan mereka. Seperti apa yang anda bayangkan, ahli terapi keluarga mungkin melihat betapa hebatnya (baiknya) diri anda. Menghormati ahli terapi di mana anda boleh menyimpan kemarahan kepada ahli keluarga daripada menjerit diantara satu sama lain atau dengan menonjol dan menyerbu.
  • 39. JADUAL 4.1 PERINGKAT-PERINGKAT KITARAN HAYAT KELUARGA PROSES EMOSIONAL PERALIHAN: PRINSIP UTAMA PERINGKAT KEDUA MENGUBAH DALAM STRUKTUR KELUARGA MEMERLUKAN UNTUK MENERUSKAN PEMBANGUNAN Meninggalkan rumah: Anak muda tunggal Menerima tanggungjawab kewangan dan em osional untuk diri a. Pembezaan diri dalam keluarga hubungan asal. b.Pembinaan perhubungan- perhubungan rakan sebaya peribadi. c.Establishment kerja maruah diri dan kebebasan kewangan. Percampuran keluarga- keluarga melalui perkahwinan: baru pasangan Komitmen untuk sistem baru a.Pembentukan sistem perkahwinan b. Penyesuaian semula perhubungan dengan keluarga lanjutan dan rakan- rakan petunjuk pasangan. Keluarga dengan anak-anak yang masih kecil. Penerimaan ahli baru dalam organisasi (keluarga) a. Menyesuaikan sistem perkahwinan bagi member ianak lebih peluang. b. Menyertai pendidikan diri anak-anak, Pengurusan kewangan dan barangan rumah tangga. c. Penyesuaian semula hubungan dengan keluarga besar termasuk ibu bapa dan peranan keibubapaan secara meluas. TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE
  • 40. JADUAL 4.1 TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE Keluarga dengan anak- anak remaja Menambahkan kestabilan dalam sempadan keluarga,mengiktiraf kebebasan anak-anak dan Kelebihan keluarga nenek. a.Peralihan ibu bapa - hubungan kanak- kanak untuk membenarkan remaja untukbergerak ke dalam dan keluar daripada sistem b. Tumpuan kepada isu- isu pertengahan kehidupan perkahwinan dan kerjaya. c. Bermula peralihan ke arah menjaga generasi tua. Pelancaran kanak-kanak dan bergerak Menerima pelbagai jalan keluar dari dan penyertaan ke dalam sistem keluarga a.Rundingan semula sistem perkahwinan pasangan. b. Pembangunan dewasa - untuk hubungan dewasa. c. Penyesuaian semula hubungan termasuk dalam undang-undang dan cucu d. Berurusan dengan kurang upaya dan ibu bapa menangani (datuk nenek) Keluarga di kemudian hari Menerima peranan peralihan gene rasi. a.Mengekalkan fungsi dengan sendiri dan / atau pasangan dan kepentingan penurunan muka fisiologi: cari gali peranan keluarga dan sosial yang baru pilihanaang lebih penting generasi pertengahan d.Membuat penetapan sistem bagi kebijaksanaan dan p engalaman warga tua yang menyokong generasi yang lebih tua untuk keluar lebih berfungsi ke atas mereka d. Berurusan dengan kehilangan suami atau isteri, adik-beradik, dan lain-lain rakan-rakan sebaya dan membuat persediaan untuk mati