Si Tanggang berasal dari keluarga miskin bersama ibunya Si Talang dan ayahnya Si Deruma. Dia bekerja di kapal lalu menjadi nakhoda kaya dan terkenal. Suatu hari ibunya mengunjungi kapalnya tetapi Si Tanggang malu dan menghalau mereka. Akibatnya, ribut besar datang dan menenggelamkan kapalnya.
2. Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang
anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan
mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang
selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah
kapal besar berlabuh di muara sungai yang
berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang
pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan
meminta untuk dijadikan anak kapalnya.
Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah
melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan
bekerja.
3. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang
diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka
dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si
Tanggang pun diambil sebagai anak angkat.
Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si
Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia
dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya
menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh
Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si
Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si
Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak
tempat di merata negeri.
4. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di
muara sungai kampung asal-usulnya. Orang
kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si
Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada
orang tuanya.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh
sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si
Deruma membawa makanan kegemaran Si
Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal,
seorang anak kapal melarang mereka naik.
Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan
isterinya.
5. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua
itu ibubapanya. Kesusahan dan kemiskinan
membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu
uzur dan daif sekali. Lalu,Si Tanggang menghalau
ibu bapanya itu.Si Talang dan Si Deruma berasa
terlalu sedih dan kecewa.
Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka
Telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke
langit. Dia berdoa supaya Si Tanggang diberi
petunjuk bahawa dialah ibunya.
6. Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup
kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang
ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia
sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia
akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat.Gelombang
yang kuat memecahkan kapalnya.Apabila ribut reda,
kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal
jugabertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya
turut menjadi batu.