Si Talang dan Si Deruma pergi menemui Si Tanggang di kapalnya, tetapi Si Tanggang menyangka mereka pengemis dan mengusir mereka. Si Deruma berdoa kepada Tuhan agar Si Tanggang menyadari bahwa dia adalah ibunya. Petir berdentum dan angin kencang, lalu Si Tanggang menyadari kesalahannya tetapi terlambat karena Si Deruma dan yang lain sudah berubah menjadi batu.
2. Si Talang : Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok.
Si Deruma : Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya
sekarang.
(Pergilah Si Talang dan Si Derama menuju ke kapal Nakhoda Tanggang
dengan membawa pisang salai makanan kegemaran Si Tanggang.)
Si Tanggang : Siapakah kedua-dua orang tua ini wahai anak kapal?
Anak kapal : Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan.
Si Tanggang : Ibu bapa hamba? Oh, tidak! Hamba tidak mempunyai
ibu bapa lagi.Mereka bukan ibu bapa hamba.
Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal!
Anak kapal : Baik, tuan. Hamba akan menghalau mereka.
Si Deruma : Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan
pisang salai kegemaranmu, nak.
Si Tanggang : Pergi kau si pengemis!
3. (Si Deruma sangat bersedih hati. Apabila tiba di daratan, Si Deruma
memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan
dia berdoa)
Si Deruma : Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa
akulah ibu kandungnya.
( Angin bertiup kencang dan petir berdentum)
Si Tanggang : Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku,
Tanggang anak ibu! Ibu, tolong Tanggang!
Si Deruma : Kamu sudah terlewat, anakku!
Si Tanggang : Ibu!
( Si Tanggang, isterinya dan anak-anak kapalnya bertukar menjadi
batu)