SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
DRAMA BRUNEI SEBAGAI GENRE SASTERA JELAJAH PEMIKIRAN
MASYARAKAT GLOBAL

Pengenalan
Drama dan teater bukanlah bidang seni yang baru di negara ini. Ia sudah mula
dikenali sejak lama dulu lagi. Bidang drama seperti yang kita sedia maklum nampaknya
bermasalah dari segi mempopularkannya di kalangan masyarakat kita. Walaupun drama dan
teater tidak popular namun ia masih mempunyai keunikan tersendiri yang berpotensi luas
sebagai wahana perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang individu.
‘Setiap detik dalam teater adalah sesuatu yang baharu, unik dan tidak akan berlaku lagi
dan demi untuk memperolehi pemahaman yang sewajarnya para penonton perlu
mempunyai kepekaan yang baharu’1

Genre drama merupakan satu bidang yang memerlukan penelitian dan perhatian di
Negara Brunei Darussalam. Perkembangan drama dan teater di negara kita tidaklah begitu
memberangsangkan. Dunia drama dan teater sememangnya digemari ramai cuma tidak ramai
yang mengikuti perkembangannya secara serius dan mendalam membuatkan genre drama dan
teater agak terkebawah berbanding dengan genre-genre yang lain. Pementasan drama di
Brunei mengalami proses pasang surut yang tiada kepastian. Kekurangan pementasan drama
ini ada kaitannya dengan kekurangan penggiat dan kumpulan drama serta kekurangan
panggung yang khusus untuk bermain drama.2 Namun tidak dinafikan pada masa ini didapati
juga adanya segelintir kecil yang masih aktif dengan aktiviti pementasan drama.

Dalam kertas kerja ini saya akan membicarakan tentang seni lakon atau teater yang
merupakan suatu bentuk pertunjukan di atas pentas berdasarkan naskhah cerita (berlakunya
proses penilaian bersama antara penerbit dan pelakon karya yang dipentaskan dengan
penonton yang hadir untuk melihat pementasan)3 dan juga drama dalam bentuk karya skrip
atau naskhah drama. Ertinya drama itu diperluaskan dengan melibatkan segala cara penulisan
serta persembahan teater. Pandangan dan interpretasi saya bersifat independen dan terserah
kepada kebijaksanaan masing-masing menilai. Inilah pandangan peribadi daripada

1

Krishen Jit, Membesar Bersama Teater, hlm 3.
Zefri Arif, Di Balik Kertas dan Pentas, hlm 123-124.
3
Andika Aziz Hussin, 2002. Koleksi Drama Kontemporari: Terra Rossa, hlm 5
2

1
signifikasi, persepsi dan representasi kajian saya kepada seni drama dan teater tanahair. Ini
adalah sedikit kajian menyeluruh.

Sebelum berbicara lebih jauh, ada baiknya jika kita terlebih dahulu melihat sama ada
drama dan teater kita mampu atau tidak menjelajah pemikiran masyarakat lokal.
Persoalannya sekarang, berapa banyak teks atau pementasan drama Brunei yang sudah
diterbitkan dan dipentaskan mampu menjelajah atau memasuki pemikiran masyarakat lokal
seterusnya ke peringkat global?

Karya Drama Brunei (Skrip dan Pentas)
Di negara kita terlalu banyak skrip drama yang telah dihasilkan tetapi tidak
dibukukan, dan apabila sudah dipentaskan ia dilupakan begitu sahaja. Karya-karya drama
masih berselerak dan belum terkumpul. Setakat ini ada beberapa antologi drama pentas yang
telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, antaranya Dang Ayang (1990),
Drama Kanak-Kanak Tabung Pecah (1990), Antologi Drama Kiambang Bertaut (1991),
Pengiran Indera Mahkota (1991), Sasterawan Bangsa (1993) dan sebuah antologi drama
Rapat (2002) diterbitkan oleh Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam.
Kebanyakan karya drama kita yang dihimpunkan dalam bentuk teks ini mengungkapkan
masalah universal manusia yang sudah boleh diangkat setanding dengan karya-karya drama
di negara lain. Pemikiran dan persoalan sejagat menerusi isu-isu lokal dapat dilontarkan oleh
penulis-penulis drama kita dalam karya mereka. Pemikiran dan persoalan yang dipaparkan
cuba menjelajah pemikiran masyarakat dengan mengangkat tema yang dapat mempengaruhi
pemikiran masyarakat lokal. Bentuk-bentuk pemikiran dan persoalan yang diungkapkan itu
haruslah pula selari dengan falsafah negara Melayu-Islam-Beraja (MIB). Peristiwa atau
permasalahan yang digambarkan mempunyai hubungan yang erat dalam kehidupan
masyarakat kerana drama sebagai salah satu bentuk seni, “…is a reflection of actual human”4
di mana perhubungan di antara drama dengan audien itu menjadi suatu keperluan yang wajib.

Apabila memperkatakan tentang bidang drama dan teater di negara kita, kita akan
mengenali nama-nama seperti Zefri Ariff, A. Rahman Yusof, Patani, A. Mahad yang adalah
sebahagian daripada ikon drama Brunei yang mempunyai puncak persoalan dan pemikiran
yang berbeza-beza dengan pernyataan yang jelas. Corak pemikiran yang terpancar dalam
4

Pfister, The Theory and Analysis of Drama, hlm. 26

2
karya-karya mereka adalah beraneka rupa serta mengalami perubahan yang sejajar dengan
perkembangan masa. Namun persoalan bangsa dalam konteks kebudayaan Melayu tetap
menjadi persoalan dasar yang mewarnai naskhah drama mereka. Melalui drama mereka
mampu berkomunikasi dengan audien. Pemikiran dan persoalan yang disuguhkan dapat
dinikmati oleh masyarakat.

Z.A. Brunei, nama yang tidak asing dalam bidang drama dan teater di Negara Brunei
Darussalam. Penulisan dan pementasan beliau agak menyimpang daripada konvensi drama
yang disantuni oleh dramatis terdahulu. Antologi Rapat beliau mengandungi 7 buah drama
yang membicarakan pelbagai isu semasa dengan memasukkan unsur-unsur tradisional dan
kontemporari. Hampir kesemua drama yang terdapat dalam antologi ini pernah diproduksikan
kecuali drama Canang dan Kupon. Beliau sering menyelitkan unsur-unsur lucu dan humor
dalam karya beliau sehingga bila dibaca dan ditonton, audien tidak akan terasa tetapi di
dalamnya penuh dengan sindiran. Pemilihan kata-kata dan bahasa yang digunakan juga
mudah, spontan, jelas dan dapat mencengkam jiwa pembaca dan penonton.

Contoh drama Zefri Ariff berjudul Canang dalam antologi Rapat walaupun
berunsurkan tradisional dan bangsawan tetapi dialognya mengandungi unsur-unsur moden
yang spontan yang sesuai sekali dituturkan oleh wataknya, justeru itu terjalin keakraban di
antara drama dengan audiennya. Drama ini adalah drama komedi yang mencuit hati. Watakwatak seperti Permaisuri, Wazir, Menteri 1, Menteri 2, Panglima, Panglime, Panglimo, Jin,
Penyamun 1 dan sebagainya. Secara jenaka digabungkan unsur-unsur moden seperti
penggunaan bahasa asing yang dapat menguasai deria dengar dan rasa keseronokan audien
apabila membacanya.
KEBAYAN:
(BERGERAK KE DEPAN: NENEK KEBAYAN MENGGUNAKAN LOGHAT
BAHASA SETEMPAT) Ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik pacal yang
hina dina, low class, low profile ini harap diampun, ampun tuanku. Apakah gerangan
Tuanku memanggil patik ke mari?
PERMAISURI:
Bahasa apa pula ni?
KHADAM:
(SAMPUK) Bahasa Anu, Tuanku.5

5

Zefri Ariff, Rapat hlm 48

3
***
KHADAM:
Ampun Tuanku. Nenek Kebayan ni bertanyakan gerangan dia dipanggil mengadap
Tuanku.
PERMAISURI:
(KEPADA PENGLIMA) Kamu belum beritahu dia lagi?
PANGLIMA:
Miscommunication, Tuanku.6
***
PUTERI:
Tapi kamu tidak akan dapat semua itu. Cuma orang-orang berdaulat macam beta
sahaja yang dapat memukulnya dan membuat wish. Lagi pun cuma ada 3 wish sahaja
dibolehkan. Ha ha
RAMAI:
(AJUK) Ha ha
PUTERI:
Sia-sia saja kerja kamu ini. Lebih baik kamu lepaskan beta. Nanti beta boleh bagikan
hadiah.
PENYAMUN 1:
Hadiah-hadiah tak mainlah… itu rasuah 7

Bila diperhatikan semacam tidak ada apa-apa bila membaca naskhah ini namun
mengandungi sindiran yang tajam dan menghiburkan, iaitu betapa pentingnya seseorang itu
menghormati larangan dan menjaga daulat seseorang yang lain.

Zefri Ariff mampu mengangkat kepelbagaian isu dalam drama beliau dalam pelbagai
bentuk dan corak. Drama beliau ditulis dengan menyediakan ungkapan-ungkapan yang indah
dan tajam maknanya. Drama Gala juga menggabungkan unsur tradisional dan moden iaitu
penggunaan gaya bahasa berirama, berentak dan berima seperti pantun, syair, diangdangan.
Drama ini mengandungi pesan yang berkesan dan kehalusan serta ketajaman ungkapan.

PEMUISI 1:
Seni ialah sesuatu yang halus. Sesuatu yang halus yang mempunyai nilai keindahan.
Seni adalah keindahan. Setiap yang indah adalah seni.

6
7

Ibid, hlm 48-49
Ibid, hlm 52

4
PEMUISI 2:
Indah bagi kita, tidak bagi mereka.
PENGACAU 1 DAN 2 MASUK MENDENGAR PERBUALAN MEREKA.
PEMUISI 1:
Ya, betul, mereka telah mempergunakan seni untuk kepentingan peribadi. Seni
digunakan untuk mencari wang. Tapi… kalau tak ada wang kita pun tak boleh hidup.
Kalau kita tak hidup, seni kita pun tak hidup.
PENGACAU 1:
Kau tahu tak, ada pun orang yang banyak berkata-kata itu bisu.
PENGACAU 2;
Kita pun pandai berkata-kata…berfalsafah. Bukan orang seni saja pandai
berfalsafah…berkata-kata tapi tak tahu apa yang dikata.
…………………….
PENGACAU 2 :
(MENYANYI) Dialah datang…..dia datang bersama gendang. Bersama gendang…
bersama gendang suara tak sedap. (PENDIANG MEMUKUL DOMBAK DENGAN
KUAT) Hai, nak lawan kita ya ?
PENDIANG:
Hai tersebutlah kisah
Dangankan bercerita
Bercerita hai kisah cerita kita
Manatah yang mengangkat
Manatah yang menjunjung
Manatah yang menjulang;
Hai sukarlah sikar sangatlah sukar
Yang bodoh mengaku pandai
Yang pandai mendabik dada
Melayunya melayu
Hai layunya si bunga bangsa.8

Keistimewaan drama ini terletak pada dialog dan bahasa yang digunakan untuk
menyampaikan persoalan dan fikiran penulisnya. Zefri Ariff mempunyai gaya dan memiliki
keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri dalam setiap karyanya. Pemikiran dan persoalan
yang dilontarkan tidak lari daripada hal-hal kehidupan masyarakat yang merupakan satu
peniruan kembali diolah dalam bentuk dan corak tersendiri. Karya Zefri Ariff sudah boleh
dikatakan setara dengan karya–karya drama di peringkat global.

Selain itu, terdapat juga teks drama yang diterbitkan di dalam majalah Bahana yang
juga. Malah ada
8

yang berani bereksperimen dengan melakukan penyimpangan-

Ibid, hlm 101-102

5
penyimpangan dari konvensi-konvensi, yang membolehkan mereka menyalurkan pengucapan
pemikiran dengan lebih bebas, indah dan meyakinkan. Teknik penulisan dan juga
penyampaian menampakkan perubahan yang amat ketara yang sudah setentunya
memperlihatkan karya drama kita setanding dengan karya drama di arena antarabangsa. Ini
dapat dilihat dalam drama Zefri Ariff iaitu “Organ” dalam antologi Rapat. Organ-organ
manusia berbicara dan berkerjasama dalam mempertahankan hak mereka.

OTAK:
(BERFIKIR SEKETIKA) Baik, oleh sebab kita berpandukan pilihan demokrasi
terpimpin… suara ramai… maka dengan ini diisytiharkan bahawa makanan itu boleh
dimakan. (MEREKA SEMUA GEMBIRA) Tapi sebelum itu, kita mesti periksa
makanan itu sama ada beracun atau tidak maklumah di kawasan makmal ini terdapat
bermacam-macam bahan asid yang boleh mengancam nyawa kita. Hidung, cuba
periksa. Tukar.
HIDUNG:
Okay, Boss. (MENGHIDU DAN BISIK KECIL) Alamah… sudah basi… lain macam
baunya.
OTAK:
Kenapa hidung? Tukar
HIDUNG:
Boleh makan, Otak. (KECIL) Bukan aku yang makan. (KERAS) Ya, makanan itu
boleh dimakan memandangkan baunya yang harum, bersih, wangi, segar. Kerja
selesai, Otak. Tukar.
MULUT:
Nanti dulu, nanti dulu. Makanan itu keras atau tidak? Almaklumlah gigi aku ni dah
banyak hilang… macam terowong. Pakai gigi palsu pun bukan boleh percaya sangat.
Kalau liat dank eras… bahaya oiii. Tukar.
OTAK:
Tangan, cuba periksa. Tukar.
TANGAN:
Aaaa otak… minta kebenaran bagi menggunakan khidmat kaki… kalau tidak macam
mana aku boleh ke sana. Tukar.
OTAK:
Kebenaran dibenarkan. Kaki, Bantu tangan memerisa makanan. Tukar.
KAKI:
Perintah diterima. Tukar.
TANGAN DAN KAKI BERGERAK MENUJU KE TEMPAT MAKANAN
DILETAKKAN.

6
TANGAN:
(MERASA MAKANAN) Hmmm… tak lembut, tak keras… sederhana. Errr… aaaa
boleh makan, Otak. Tukar.9
***
OTAK:
Hmmmm kalaulah begini tentu jadi problem besar… sekarang kita smeua diceraiceraikan tapi sebenarnya kita semua tidak boleh dicerai-ceraikan. Apa tidak… kita
semua sudah biasa hidup tolong menolong, bantu membantu… maca adik-beradik satu
keluarga tinggal bawah satu bumbung. Memang manusia… professor tu dha jadi orang
pandai bodoh… ad ake patut kita semua dicerai-ceraikan? Ada ke patut? Tukar.
RAMAI:
Tak patut-patuttt…!10

Drama Zefri Arif bentuk eksperimen ini telah berhasil membentuk pemikiran
masyarakat penonton. Masyarakat pembaca telah didedahkan kepada persoalan dan
pemikiran permasalahan-permasalahan yang dapat mengajak mereka berfikir dan lebih dekat
dengan pembangunan akaliah. Ini merupakan satu usaha dan petanda yang cukup menarik
dan baik dalam peningkatan dan memperkembang mutu seni drama dan teater negara kita.

Sekarang menjawab persoalan saya di awal tadi, sejauhmana teks drama Brunei yang
sudah diterbitkan mampu menjelajah atau memasuki pemikiran masyarakat global? Apakah
karya drama dan teater kita sudah boleh ditempatkan di arena antarabangsa?

Karya-karya teks drama yang dihasilkan oleh penulis-penulis drama tempatan sudah
boleh diangkat setara dengan karya-karya drama di negara lain dari segi pemikiran dan
persoalan yang dikemukakan. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat sering menjadi fokus
perbincangan dalam karya teks drama. Para dramatis cuba menjelajah pemikiran masyarakat
tempatan dengan menghidangkan persoalan-persoalan universal berbentuk global.

Karya drama kita sudah boleh ditempatkan di arena antarabangsa dengan terbitnya
buku antologi terbaru iaitu Antologi Drama ASEAN Brunei yang diterbitkan pada tahun ini
merupakan suatu peningkatan, yang secara tidak langsung dapat melahirkan pula golongan
audien yang dapat menikmati seni drama tanahair kita. Drama di dalamnya mengupas tema
yang dibauri dengan isu-isu sejarah dan pergolakan sosial yang bergolak dalam masyarakat.

9

Zefri Arif, Rapat, hlm. 72
Ibid hlm. 78

10

7
Antologi ini diusahakan untuk mengetengahkan karya dramatis ASEAN yang mapan dan
terkemuka dengan harapan karya mereka dapat dibaca dan dinilai secara bandingan.
Disamping itu untuk membolehkan khalayak drama melihat tahap perkembangan drama kita
sebanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain11 seterusnya ke peringkat
antarabangsa.

Dengan terhasilnya buku antologi drama iaitu Modern ASEAN Plays yang dihasilkan
oleh tokoh dramatis dari enam buah negara ASEAN (Negara Brunei Darussalam, Indonesia,
Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand) berjaya mengangkat drama kita ke peringkat
antarabangsa dengan nilai-nilai yang tinggi, memaparkan kepelbagaian isu yang berlaku
terhadap milieu masyarakat di negara masing-masing. Antologi ini telah dapat
memperkenalkan seni drama dan teater Negara Brunei Darussalam untuk dinilai dan
dinikmati oleh masyarakat luar antarabangsa.

Usaha menterjemahkan karya drama ASEAN ke Bahasa Inggeris harus diberi
sanjungan yang tinggi kerana ia telah menyediakan ruang yang cukup luas agar drama di
negara-negara ASEAN dapat dinikmati oleh masyarakat seluruh dunia, baik dari segi hasil
penulisannya mahupun dari segi hasil produksinya. Usaha pembukuan dan terjemahan ke
Bahasa Inggeris ini mempunyai hasrat untuk memberi gambaran dan pengenalan yang jelas
terhadap drama dan teater yang berlaku di negara-negara ASEAN agar drama dan teater kita
dapat diangkat dan dibaca oleh para dramatis, sarjana dan audien seluruh dunia.
“….to project the achievements of ASEAN theatre, this anthology now offers a few,
representative modern plays in English translation to audiences within and outside
the region, thereby providing material not only for the study of this theatre but also
for the production of these plays in ASEAN countries. In staging these plays, ASEAN
artists will hopefully translate them into their native languages, or even better to feel
and understand the commonalities and differences between ASEAN societies.”12

Secara tidak langsung ini telah menyediakan kepada kita satu wadah yang
membolehkan masyarakat luar menganalisis dan mengamati mutu drama dan teater di negara
kita. Bukan itu saja, malah ia juga boleh dipentaskan di mana-mana mengikut bahasa masingmasing kerana persoalannya relevan, tersirat dan bahasanya mudah difahami dan menarik.

11
12

Prof. Dr Solehah Ishak dalam Antologi Drama ASEAN Brunei.
Petikan kata pengantar dalam buku Modern ASEAN Plays.

8
Antologi drama Modern ASEAN Plays: Brunei Darussalam yang diterjemahkan ke
Bahasa Inggeris mengandungi enam buah drama hasil karya enam orang dramatis tempatan
iaitu “Guest” karya Haji Masri Haji Akip, “The Chaffed Sky The Cracked Earth” oleh Haji
Mahmud Haji Bakyr, “The National Poet” dihasilkan oleh Haji Abdul Latif Chuchu, “Ray of
Hope” karya Pengiran Haji Aji Pengiran Haji Tahir, “Seri Begawan 1” oleh Shukri Zain dan
“Eye” oleh A. Rahman Yusof.

Hasil drama ini tidak akan sempurna sehingga ia dipentaskan. Melalui pementasan
segala yang tersirat boleh dipaparkan dan disuratkan untuk mendapat gambaran yang lebih
jelas lagi. Maka dengan adanya antologi ini, membolehkan masyarakat ASEAN dan
masyarakat luar mengenali mutu seni drama dan teater di negara-negara ASEAN untuk
tatapan khalayak yang juga pelbagai di seluruh dunia.
“Plays are not written to be read, but to be watched.”13 Bagaimana pula dengan
pementasan drama kita? Apakah ia juga mampu dikatakan setara dengan pementasan drama
yang ada di peringkat antarabangsa? Apakah pementasan drama kita mampu merentas
pemikiran masyarakat antarabangsa?

Apabila memperkatakan mutu seni pementasan di negara kita tidak harus dipandang
ringan dan tidak berkualiti. Aktiviti drama atau lakonan walaupun agak kurang di negara kita
namun sebarang kegiatan lakonan pentas boleh saja mempengaruhi khalayak dalam masa
yang singkat kerana seni drama sudah terlazim dijadikan institusi pendidikan yang
menitikberatkan nilai moral, baik dan buruk dalam kehidupan manusia. Di samping itu
daerah pengalaman yang diharungi khalayak secara sedar memang terbentuk di dalam dunia
lakonan.

Kebanyakan pementasan teater di negara kita berjaya menghidangkan masyarakat
lokal dengan pelbagai bentuk dan corak persembahan sesuai dengan peredaran zaman dari
bentuk tradisional hinggalah kepada bentuk kontemporari. Dengan kepesatan revolusi
teknologi tinggi, teknik persembahan drama pentas di negara kita juga mengalami perubahan
yang boleh dibanggakan sebagai tarikan kepada khalayak. Perkembangan teknologi ini telah
sedikit sebanyak mengembangkan dan memantapkan lagi mutu seni teater di negara ini. Zefri

13

Clarke, The Growth and Nature of Drama, hlm. 8.

9
Ariff sering mencipta gaya baru dalam persembahannya. Penggunaan media televisyen dan
video camera dalam teater beliau berjudul Protes yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei pada tahun 1985.

Kumpulan Putra Seni dan RUSILA merupakan dua buah kumpulan yang masih
mewarnai kegiatan teater di negara kita. Dua kumpulan ini mampu mencipta lakuan-lakuan
teater dalam pelbagai rupa dan bentuk. Kita sering menemui adanya percubaan dalam
mempersembahkan gaya baru dalam persembahan mereka. Kumpulan Putra Seni sering
melakukan pembaharuan dan mencipta teknik yang baru dalam pementasan mereka seperti
drama absurd dan bentuk eksperimen walaupun agak baru dan sukar untuk difahami oleh
segelintir masyarakat namun ia mampu menjelajah pemikiran masyarakat tempatan kerana
pemikiran dan persoalan yang diungkapkan tidak lari dari mengemukakan aspek moral,
politik, budaya, bangsa, ekonomi, sejarah dan hal-hal kemanusiaan. Drama Aduh dan Organ
karya Zefri Ariff merupakan drama bentuk eksperimentasi-improvisasi yang pernah
dipentaskan bersama Kumpulan Putra Seni dalam bentuk teater keliling pada tahun 1986 –
1989.

Suatu hal yang harus dibanggakan, pemikiran yang dikemukakan dalam drama absurd
atau eksperimen ini memiliki intelektual yang tinggi dan tanpa disedari telah berhasil
melahirkan segolongan audien yang meminati karya-karya berisi unsur-unsur baru ini.
Drama pentas kita berupaya memasuki pemikiran masyarakat luar melalui Festival
Teater ASEAN yang diadakan sebelum ini di keenam-enam negara ASEAN. Festival Teater
ASEAN yang pertama berlangsung di Filipina pada tahun 1988. Kali kedua berlangsung di
Singapura pada tahun 1990 dan Negara Brunei Darussalam telah mempersembahkan Pancir
Kesatria Tongkat Negara karya HAR dalam festival tersebut. Satu pertandingan iaitu
Pertandingan Teater telah diadakan untuk mewakili negara ke festival ini yang dianjurkan
oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1990. Para peserta diberi
kebebasan membuat improvisasi dan tafsiran terhadap teks drama yang dipilih iaitu Pancir
Kesatria Tongkat Negara. Antara kumpulan drama yang terlibat ialah Kumpulan Putra Seni,
RUSILA dan KASTEA. Persembahan yang dipentaskan menunjukkan adanya usaha
memecahkan tradisi pementasan teater walaupun sebilangan khalayak dan hakim

10
pertandingan belum mahu menerima perubahan tersebut. Unsur-unsur teknik pementasan
teater tradisional dan kontemporari telah digabungkan14.
Dalam Festival Teater ASEAN yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada tahun
1993, drama Gendang Arik telah dipilih untuk mewakili Brunei. Drama satu jam lebih ini
telah berjaya menambat hati penonton dan berjaya membawa penonton ke alam nyata dan
alam khayalan. Ini adalah bukti kepada bentuk dan perkembangan teater kontemporari Brunei
yang sezaman dengan teater-teater kontemporari di negara-negara ASEAN15. Kali ketiga pula
Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah untuk Festival Teater ASEAN pada tahun
1995, dengan mempersembahkan sebuah drama berjudul Sakrah karya Sheikh Haji Abd
Kadir bin Sheikh Haji Umar. Sekurang-kurangnya ini sudah dapat dijadikan titik tolak untuk
meningkatkan dan memperkembangkan mutu seni drama dan teater di negara kita ke
peringkat antarabangsa kerana pemikiran dan persoalan yang sering dibincangkan tidak lari
dari isu-isu universal disamping melihat isu-isu global menerusi masalah local.

Drama absurd dan eksperimen juga mendapat sambutan yang hangat daripada negara
ASEAN. Ini boleh kita jadikan satu bentuk drama bandingan. Apakah perbezaan drama
absurd di negara ASEAN dengan negara kita? Melalui Festival Teater ASEAN ini dapat
memberi laluan kepada teater di negara kita untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa.
Adanya festival seumpama ini menggalakkan perkembangan teater serta membentuk
persembahan yang mampu menaikkan seni lakon negara kita.

Festival Teater ASEAN bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk ASEAN
tentang perkembangan, kemajuan, isi dan kerjasama dalam kerja-kerja teater di antara
negara-negara ASEAN serta mewujudkan dan mencari perbezaan dan persamaan di dalam
teater. Para dramatis, pengarah, aktor dan koreografer teater negara-negara ASEAN akan
berkumpul untuk mencapai kesepakatan sambil bertukar fikiran mengenai perkembangan,
teknik dan corak persembahan. Ini sudah dapat membuktikan bahawa teater negara kita sudah
mampu menjelajah pemikiran masyarakat antarabangsa.

14
15

Zefri Arif Brunei, Di Balik Kertas dan Pentas
Ibid.

11
Perkembangan seni teater di negara kita kian diminati dan menunjukkan peningkatan
walaupun tidak secara meluas. Oleh itu, semua pihak perlu menyedari dengan fikiran kritis
dan terbuka tentang betapa pentingnya genre drama dan teater diberi perhatian berat yang
sebelum ia semakin tenggelam dan luput dari genre kesusasteraan Melayu. Tokoh-tokoh
agung drama perlu diketengahkan supaya sumbangan mereka dapat dihayati di atas prasarana
teater sekaligus mengangkat drama Brunei agar terus mendapat tempat yang penting dalam
sejarah perkembangan drama di negara kita ini. Kelahiran karya-karya dengan menggunakan
aneka teori telah menyerlahkan kepelbagaian teks untuk menjadikan kepelbagaian teater
daripada aneka ragam skrip supaya kita boleh menghayati bukan sahaja oposisi binari, tetapi
juga mengupas struktur yang lebih dalam (deep structure) di atas pentas (Amilah Ab.
Rahman, 2007). Hal inilah yang jelas terpancar pada penulis-penulis dan penggiat-penggiat
drama di negara kita. Oleh itu, perlunya kita menikmati juadah drama kita yang setiap
satunya mencerminkan, memantul dan membiaskan konteks masyarakat yang melahirkan
dramatis dan drama rekaan mereka. Melalui proses yang terus menerus, seni teater
membentuk para pelakunya menjadi manusia yang bijak memandang segala permasalahan
yang dihadapi.
“Hargailah pendapat orang lain. Kerana orang yang datang melihat pertunjukan anda telah
membuang masa dan perhatian kepada anda. Jagalah selamanya hubungan baik antara pekerja
teater, penonton dan pengkritik/wartawan, kerana kalau salah satu di antaranya tidak ada maka
kehidupan teater yang sebenarnya belumlah berjalan dengan sempurna. Menerima kritikan
merupakan pintu maju untuk seniman.” (Drs Darwis Harahap, 1982:92)

12
Rujukan
Amilah Ab. Rahman (penyelenggara), 2007, Antologi Drama ASEAN Brunei. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andika Aziz Hussin, 2002, Koleksi Drama Kontemporari: Terra Rossa, Malaysia : Universiti
Malaysia Sabah.
Clarke, R.F., 1965, The Growth and Nature of Drama, London: Cambridge University Press.
Drs Darwis Harahap, 1982, Asas-asas Cerita Rekaan dan Seni Lakon, Singapura: Eastern Universities
Press.

Haji Abdul Hakim Haji Mohd Yassin, 1994, Modern ASEAN Plays Brunei Darussalam.
Brunei: ASEAN Committee on Culture and Information.
Krishen Jit, 1986, Membesar Bersama Teater, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Abd Latif, 1980, Suatu Pengenalan Sejarah Kesusasteraan Melayu Brunei,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.
Pfister, Manfred. The Theory and Analysis of Drama. Cambridge: Cambridge University
Press, 1988.
Zefri Ariff, 2002, Rapat, Brunei: Universiti Brunei Darussalam
Zefri Ariff, 2003, Di Balik Kertas dan Pentas, Brunei: Universiti Brunei Darussalam.
Zefri Ariff Brunei, 1996, “Teater Kontemporari Brunei: Perbauran Unsur-unsur Sejarah dan
Teater Tradisional”dlm. Kertas Kerja Seminar Jabatan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Brunei: Universiti
Brunei Darussalam.

13

More Related Content

What's hot

Satire sosial teks drama gerr
Satire sosial teks drama gerrSatire sosial teks drama gerr
Satire sosial teks drama gerrrofikmakshum
 
Analisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum Bachri
Analisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum BachriAnalisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum Bachri
Analisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum BachriMuhammad Yossi
 
Jenis Puisi dan contohnya
Jenis Puisi dan contohnyaJenis Puisi dan contohnya
Jenis Puisi dan contohnyamuhammad afung
 
5 puisi kontemporer 2
5 puisi kontemporer 25 puisi kontemporer 2
5 puisi kontemporer 2buwarnisutopo
 
Parade di negeri gelap
Parade di negeri gelapParade di negeri gelap
Parade di negeri gelapIggo Making
 
ppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraan
ppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraanppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraan
ppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraanCha-cha Taulanys
 

What's hot (12)

Satire sosial teks drama gerr
Satire sosial teks drama gerrSatire sosial teks drama gerr
Satire sosial teks drama gerr
 
Analisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum Bachri
Analisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum BachriAnalisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum Bachri
Analisis Puisi “O” karya Sutardji Calzoum Bachri
 
Puisi kontemporer
Puisi kontemporerPuisi kontemporer
Puisi kontemporer
 
Jenis Puisi dan contohnya
Jenis Puisi dan contohnyaJenis Puisi dan contohnya
Jenis Puisi dan contohnya
 
5 puisi kontemporer 2
5 puisi kontemporer 25 puisi kontemporer 2
5 puisi kontemporer 2
 
Kumpulan puisi kacamata
Kumpulan puisi kacamataKumpulan puisi kacamata
Kumpulan puisi kacamata
 
Kumpulan puisi
Kumpulan puisiKumpulan puisi
Kumpulan puisi
 
Percakapan Dengan David Tobing
Percakapan Dengan David TobingPercakapan Dengan David Tobing
Percakapan Dengan David Tobing
 
Parade di negeri gelap
Parade di negeri gelapParade di negeri gelap
Parade di negeri gelap
 
Makalah drama1
Makalah drama1Makalah drama1
Makalah drama1
 
ppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraan
ppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraanppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraan
ppt Dasar dasar akting dan teknik penyutradaraan
 
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
Seorang ibu menunggu (an. ismanto)
 

Similar to DRAMA BRUNEI JELAJAH PEMIKIRAN GLOBAL

MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERIMATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERIdesi239631
 
MODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
MODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORERMODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
MODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORERppghybrid4
 
MODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKA
MODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKAMODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKA
MODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKAppghybrid4
 
Materi teater-kelas-xii-semester-2
Materi teater-kelas-xii-semester-2Materi teater-kelas-xii-semester-2
Materi teater-kelas-xii-semester-2HasanNz HasanNz
 
DRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptxDRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptxLety605892
 
DRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptxDRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptxLety776059
 
k3drama2-120601091337-phpapp01.pptx
k3drama2-120601091337-phpapp01.pptxk3drama2-120601091337-phpapp01.pptx
k3drama2-120601091337-phpapp01.pptxtiara dian
 
PPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
PPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORERPPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
PPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORERppghybrid4
 
Pertunjukan drama di MI.pptx.pptx
Pertunjukan drama di MI.pptx.pptxPertunjukan drama di MI.pptx.pptx
Pertunjukan drama di MI.pptx.pptxNaswaHans
 

Similar to DRAMA BRUNEI JELAJAH PEMIKIRAN GLOBAL (20)

Drama Indonesia
Drama IndonesiaDrama Indonesia
Drama Indonesia
 
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERIMATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
MATERI SEJARAH TEATER DI INDONESIA MATERI
 
MODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
MODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORERMODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
MODUL IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
 
MODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKA
MODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKAMODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKA
MODUL IV SENI BUDAYA KB 1: KONSEP SENI TEATER: UNSUR, JENIS, DAN ESTETIKA
 
Materi teater-kelas-xii-semester-2
Materi teater-kelas-xii-semester-2Materi teater-kelas-xii-semester-2
Materi teater-kelas-xii-semester-2
 
Bab 8 Kelas X Seni Budaya
Bab 8 Kelas X Seni BudayaBab 8 Kelas X Seni Budaya
Bab 8 Kelas X Seni Budaya
 
drama.pdf
drama.pdfdrama.pdf
drama.pdf
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Ppt seni budaya
Ppt seni budayaPpt seni budaya
Ppt seni budaya
 
Ppt hakikat teater
Ppt hakikat teaterPpt hakikat teater
Ppt hakikat teater
 
Seni teater kelas x
Seni teater kelas xSeni teater kelas x
Seni teater kelas x
 
DRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptxDRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptx
 
DRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptxDRAMA letti.pptx
DRAMA letti.pptx
 
k3drama2-120601091337-phpapp01.pptx
k3drama2-120601091337-phpapp01.pptxk3drama2-120601091337-phpapp01.pptx
k3drama2-120601091337-phpapp01.pptx
 
Bab VIII Kelas XI Seni Budaya
Bab VIII Kelas XI Seni BudayaBab VIII Kelas XI Seni Budaya
Bab VIII Kelas XI Seni Budaya
 
PPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
PPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORERPPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
PPT IV SENI BUDAYA KB 2: TEATER TRADISIONAL, MODERN, DAN KONTEMPORER
 
Teater
Teater Teater
Teater
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Pertunjukan drama di MI.pptx.pptx
Pertunjukan drama di MI.pptx.pptxPertunjukan drama di MI.pptx.pptx
Pertunjukan drama di MI.pptx.pptx
 
DRAMA
DRAMADRAMA
DRAMA
 

Recently uploaded

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 

Recently uploaded (20)

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 

DRAMA BRUNEI JELAJAH PEMIKIRAN GLOBAL

  • 1. DRAMA BRUNEI SEBAGAI GENRE SASTERA JELAJAH PEMIKIRAN MASYARAKAT GLOBAL Pengenalan Drama dan teater bukanlah bidang seni yang baru di negara ini. Ia sudah mula dikenali sejak lama dulu lagi. Bidang drama seperti yang kita sedia maklum nampaknya bermasalah dari segi mempopularkannya di kalangan masyarakat kita. Walaupun drama dan teater tidak popular namun ia masih mempunyai keunikan tersendiri yang berpotensi luas sebagai wahana perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang individu. ‘Setiap detik dalam teater adalah sesuatu yang baharu, unik dan tidak akan berlaku lagi dan demi untuk memperolehi pemahaman yang sewajarnya para penonton perlu mempunyai kepekaan yang baharu’1 Genre drama merupakan satu bidang yang memerlukan penelitian dan perhatian di Negara Brunei Darussalam. Perkembangan drama dan teater di negara kita tidaklah begitu memberangsangkan. Dunia drama dan teater sememangnya digemari ramai cuma tidak ramai yang mengikuti perkembangannya secara serius dan mendalam membuatkan genre drama dan teater agak terkebawah berbanding dengan genre-genre yang lain. Pementasan drama di Brunei mengalami proses pasang surut yang tiada kepastian. Kekurangan pementasan drama ini ada kaitannya dengan kekurangan penggiat dan kumpulan drama serta kekurangan panggung yang khusus untuk bermain drama.2 Namun tidak dinafikan pada masa ini didapati juga adanya segelintir kecil yang masih aktif dengan aktiviti pementasan drama. Dalam kertas kerja ini saya akan membicarakan tentang seni lakon atau teater yang merupakan suatu bentuk pertunjukan di atas pentas berdasarkan naskhah cerita (berlakunya proses penilaian bersama antara penerbit dan pelakon karya yang dipentaskan dengan penonton yang hadir untuk melihat pementasan)3 dan juga drama dalam bentuk karya skrip atau naskhah drama. Ertinya drama itu diperluaskan dengan melibatkan segala cara penulisan serta persembahan teater. Pandangan dan interpretasi saya bersifat independen dan terserah kepada kebijaksanaan masing-masing menilai. Inilah pandangan peribadi daripada 1 Krishen Jit, Membesar Bersama Teater, hlm 3. Zefri Arif, Di Balik Kertas dan Pentas, hlm 123-124. 3 Andika Aziz Hussin, 2002. Koleksi Drama Kontemporari: Terra Rossa, hlm 5 2 1
  • 2. signifikasi, persepsi dan representasi kajian saya kepada seni drama dan teater tanahair. Ini adalah sedikit kajian menyeluruh. Sebelum berbicara lebih jauh, ada baiknya jika kita terlebih dahulu melihat sama ada drama dan teater kita mampu atau tidak menjelajah pemikiran masyarakat lokal. Persoalannya sekarang, berapa banyak teks atau pementasan drama Brunei yang sudah diterbitkan dan dipentaskan mampu menjelajah atau memasuki pemikiran masyarakat lokal seterusnya ke peringkat global? Karya Drama Brunei (Skrip dan Pentas) Di negara kita terlalu banyak skrip drama yang telah dihasilkan tetapi tidak dibukukan, dan apabila sudah dipentaskan ia dilupakan begitu sahaja. Karya-karya drama masih berselerak dan belum terkumpul. Setakat ini ada beberapa antologi drama pentas yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, antaranya Dang Ayang (1990), Drama Kanak-Kanak Tabung Pecah (1990), Antologi Drama Kiambang Bertaut (1991), Pengiran Indera Mahkota (1991), Sasterawan Bangsa (1993) dan sebuah antologi drama Rapat (2002) diterbitkan oleh Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam. Kebanyakan karya drama kita yang dihimpunkan dalam bentuk teks ini mengungkapkan masalah universal manusia yang sudah boleh diangkat setanding dengan karya-karya drama di negara lain. Pemikiran dan persoalan sejagat menerusi isu-isu lokal dapat dilontarkan oleh penulis-penulis drama kita dalam karya mereka. Pemikiran dan persoalan yang dipaparkan cuba menjelajah pemikiran masyarakat dengan mengangkat tema yang dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat lokal. Bentuk-bentuk pemikiran dan persoalan yang diungkapkan itu haruslah pula selari dengan falsafah negara Melayu-Islam-Beraja (MIB). Peristiwa atau permasalahan yang digambarkan mempunyai hubungan yang erat dalam kehidupan masyarakat kerana drama sebagai salah satu bentuk seni, “…is a reflection of actual human”4 di mana perhubungan di antara drama dengan audien itu menjadi suatu keperluan yang wajib. Apabila memperkatakan tentang bidang drama dan teater di negara kita, kita akan mengenali nama-nama seperti Zefri Ariff, A. Rahman Yusof, Patani, A. Mahad yang adalah sebahagian daripada ikon drama Brunei yang mempunyai puncak persoalan dan pemikiran yang berbeza-beza dengan pernyataan yang jelas. Corak pemikiran yang terpancar dalam 4 Pfister, The Theory and Analysis of Drama, hlm. 26 2
  • 3. karya-karya mereka adalah beraneka rupa serta mengalami perubahan yang sejajar dengan perkembangan masa. Namun persoalan bangsa dalam konteks kebudayaan Melayu tetap menjadi persoalan dasar yang mewarnai naskhah drama mereka. Melalui drama mereka mampu berkomunikasi dengan audien. Pemikiran dan persoalan yang disuguhkan dapat dinikmati oleh masyarakat. Z.A. Brunei, nama yang tidak asing dalam bidang drama dan teater di Negara Brunei Darussalam. Penulisan dan pementasan beliau agak menyimpang daripada konvensi drama yang disantuni oleh dramatis terdahulu. Antologi Rapat beliau mengandungi 7 buah drama yang membicarakan pelbagai isu semasa dengan memasukkan unsur-unsur tradisional dan kontemporari. Hampir kesemua drama yang terdapat dalam antologi ini pernah diproduksikan kecuali drama Canang dan Kupon. Beliau sering menyelitkan unsur-unsur lucu dan humor dalam karya beliau sehingga bila dibaca dan ditonton, audien tidak akan terasa tetapi di dalamnya penuh dengan sindiran. Pemilihan kata-kata dan bahasa yang digunakan juga mudah, spontan, jelas dan dapat mencengkam jiwa pembaca dan penonton. Contoh drama Zefri Ariff berjudul Canang dalam antologi Rapat walaupun berunsurkan tradisional dan bangsawan tetapi dialognya mengandungi unsur-unsur moden yang spontan yang sesuai sekali dituturkan oleh wataknya, justeru itu terjalin keakraban di antara drama dengan audiennya. Drama ini adalah drama komedi yang mencuit hati. Watakwatak seperti Permaisuri, Wazir, Menteri 1, Menteri 2, Panglima, Panglime, Panglimo, Jin, Penyamun 1 dan sebagainya. Secara jenaka digabungkan unsur-unsur moden seperti penggunaan bahasa asing yang dapat menguasai deria dengar dan rasa keseronokan audien apabila membacanya. KEBAYAN: (BERGERAK KE DEPAN: NENEK KEBAYAN MENGGUNAKAN LOGHAT BAHASA SETEMPAT) Ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik pacal yang hina dina, low class, low profile ini harap diampun, ampun tuanku. Apakah gerangan Tuanku memanggil patik ke mari? PERMAISURI: Bahasa apa pula ni? KHADAM: (SAMPUK) Bahasa Anu, Tuanku.5 5 Zefri Ariff, Rapat hlm 48 3
  • 4. *** KHADAM: Ampun Tuanku. Nenek Kebayan ni bertanyakan gerangan dia dipanggil mengadap Tuanku. PERMAISURI: (KEPADA PENGLIMA) Kamu belum beritahu dia lagi? PANGLIMA: Miscommunication, Tuanku.6 *** PUTERI: Tapi kamu tidak akan dapat semua itu. Cuma orang-orang berdaulat macam beta sahaja yang dapat memukulnya dan membuat wish. Lagi pun cuma ada 3 wish sahaja dibolehkan. Ha ha RAMAI: (AJUK) Ha ha PUTERI: Sia-sia saja kerja kamu ini. Lebih baik kamu lepaskan beta. Nanti beta boleh bagikan hadiah. PENYAMUN 1: Hadiah-hadiah tak mainlah… itu rasuah 7 Bila diperhatikan semacam tidak ada apa-apa bila membaca naskhah ini namun mengandungi sindiran yang tajam dan menghiburkan, iaitu betapa pentingnya seseorang itu menghormati larangan dan menjaga daulat seseorang yang lain. Zefri Ariff mampu mengangkat kepelbagaian isu dalam drama beliau dalam pelbagai bentuk dan corak. Drama beliau ditulis dengan menyediakan ungkapan-ungkapan yang indah dan tajam maknanya. Drama Gala juga menggabungkan unsur tradisional dan moden iaitu penggunaan gaya bahasa berirama, berentak dan berima seperti pantun, syair, diangdangan. Drama ini mengandungi pesan yang berkesan dan kehalusan serta ketajaman ungkapan. PEMUISI 1: Seni ialah sesuatu yang halus. Sesuatu yang halus yang mempunyai nilai keindahan. Seni adalah keindahan. Setiap yang indah adalah seni. 6 7 Ibid, hlm 48-49 Ibid, hlm 52 4
  • 5. PEMUISI 2: Indah bagi kita, tidak bagi mereka. PENGACAU 1 DAN 2 MASUK MENDENGAR PERBUALAN MEREKA. PEMUISI 1: Ya, betul, mereka telah mempergunakan seni untuk kepentingan peribadi. Seni digunakan untuk mencari wang. Tapi… kalau tak ada wang kita pun tak boleh hidup. Kalau kita tak hidup, seni kita pun tak hidup. PENGACAU 1: Kau tahu tak, ada pun orang yang banyak berkata-kata itu bisu. PENGACAU 2; Kita pun pandai berkata-kata…berfalsafah. Bukan orang seni saja pandai berfalsafah…berkata-kata tapi tak tahu apa yang dikata. ……………………. PENGACAU 2 : (MENYANYI) Dialah datang…..dia datang bersama gendang. Bersama gendang… bersama gendang suara tak sedap. (PENDIANG MEMUKUL DOMBAK DENGAN KUAT) Hai, nak lawan kita ya ? PENDIANG: Hai tersebutlah kisah Dangankan bercerita Bercerita hai kisah cerita kita Manatah yang mengangkat Manatah yang menjunjung Manatah yang menjulang; Hai sukarlah sikar sangatlah sukar Yang bodoh mengaku pandai Yang pandai mendabik dada Melayunya melayu Hai layunya si bunga bangsa.8 Keistimewaan drama ini terletak pada dialog dan bahasa yang digunakan untuk menyampaikan persoalan dan fikiran penulisnya. Zefri Ariff mempunyai gaya dan memiliki keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri dalam setiap karyanya. Pemikiran dan persoalan yang dilontarkan tidak lari daripada hal-hal kehidupan masyarakat yang merupakan satu peniruan kembali diolah dalam bentuk dan corak tersendiri. Karya Zefri Ariff sudah boleh dikatakan setara dengan karya–karya drama di peringkat global. Selain itu, terdapat juga teks drama yang diterbitkan di dalam majalah Bahana yang juga. Malah ada 8 yang berani bereksperimen dengan melakukan penyimpangan- Ibid, hlm 101-102 5
  • 6. penyimpangan dari konvensi-konvensi, yang membolehkan mereka menyalurkan pengucapan pemikiran dengan lebih bebas, indah dan meyakinkan. Teknik penulisan dan juga penyampaian menampakkan perubahan yang amat ketara yang sudah setentunya memperlihatkan karya drama kita setanding dengan karya drama di arena antarabangsa. Ini dapat dilihat dalam drama Zefri Ariff iaitu “Organ” dalam antologi Rapat. Organ-organ manusia berbicara dan berkerjasama dalam mempertahankan hak mereka. OTAK: (BERFIKIR SEKETIKA) Baik, oleh sebab kita berpandukan pilihan demokrasi terpimpin… suara ramai… maka dengan ini diisytiharkan bahawa makanan itu boleh dimakan. (MEREKA SEMUA GEMBIRA) Tapi sebelum itu, kita mesti periksa makanan itu sama ada beracun atau tidak maklumah di kawasan makmal ini terdapat bermacam-macam bahan asid yang boleh mengancam nyawa kita. Hidung, cuba periksa. Tukar. HIDUNG: Okay, Boss. (MENGHIDU DAN BISIK KECIL) Alamah… sudah basi… lain macam baunya. OTAK: Kenapa hidung? Tukar HIDUNG: Boleh makan, Otak. (KECIL) Bukan aku yang makan. (KERAS) Ya, makanan itu boleh dimakan memandangkan baunya yang harum, bersih, wangi, segar. Kerja selesai, Otak. Tukar. MULUT: Nanti dulu, nanti dulu. Makanan itu keras atau tidak? Almaklumlah gigi aku ni dah banyak hilang… macam terowong. Pakai gigi palsu pun bukan boleh percaya sangat. Kalau liat dank eras… bahaya oiii. Tukar. OTAK: Tangan, cuba periksa. Tukar. TANGAN: Aaaa otak… minta kebenaran bagi menggunakan khidmat kaki… kalau tidak macam mana aku boleh ke sana. Tukar. OTAK: Kebenaran dibenarkan. Kaki, Bantu tangan memerisa makanan. Tukar. KAKI: Perintah diterima. Tukar. TANGAN DAN KAKI BERGERAK MENUJU KE TEMPAT MAKANAN DILETAKKAN. 6
  • 7. TANGAN: (MERASA MAKANAN) Hmmm… tak lembut, tak keras… sederhana. Errr… aaaa boleh makan, Otak. Tukar.9 *** OTAK: Hmmmm kalaulah begini tentu jadi problem besar… sekarang kita smeua diceraiceraikan tapi sebenarnya kita semua tidak boleh dicerai-ceraikan. Apa tidak… kita semua sudah biasa hidup tolong menolong, bantu membantu… maca adik-beradik satu keluarga tinggal bawah satu bumbung. Memang manusia… professor tu dha jadi orang pandai bodoh… ad ake patut kita semua dicerai-ceraikan? Ada ke patut? Tukar. RAMAI: Tak patut-patuttt…!10 Drama Zefri Arif bentuk eksperimen ini telah berhasil membentuk pemikiran masyarakat penonton. Masyarakat pembaca telah didedahkan kepada persoalan dan pemikiran permasalahan-permasalahan yang dapat mengajak mereka berfikir dan lebih dekat dengan pembangunan akaliah. Ini merupakan satu usaha dan petanda yang cukup menarik dan baik dalam peningkatan dan memperkembang mutu seni drama dan teater negara kita. Sekarang menjawab persoalan saya di awal tadi, sejauhmana teks drama Brunei yang sudah diterbitkan mampu menjelajah atau memasuki pemikiran masyarakat global? Apakah karya drama dan teater kita sudah boleh ditempatkan di arena antarabangsa? Karya-karya teks drama yang dihasilkan oleh penulis-penulis drama tempatan sudah boleh diangkat setara dengan karya-karya drama di negara lain dari segi pemikiran dan persoalan yang dikemukakan. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat sering menjadi fokus perbincangan dalam karya teks drama. Para dramatis cuba menjelajah pemikiran masyarakat tempatan dengan menghidangkan persoalan-persoalan universal berbentuk global. Karya drama kita sudah boleh ditempatkan di arena antarabangsa dengan terbitnya buku antologi terbaru iaitu Antologi Drama ASEAN Brunei yang diterbitkan pada tahun ini merupakan suatu peningkatan, yang secara tidak langsung dapat melahirkan pula golongan audien yang dapat menikmati seni drama tanahair kita. Drama di dalamnya mengupas tema yang dibauri dengan isu-isu sejarah dan pergolakan sosial yang bergolak dalam masyarakat. 9 Zefri Arif, Rapat, hlm. 72 Ibid hlm. 78 10 7
  • 8. Antologi ini diusahakan untuk mengetengahkan karya dramatis ASEAN yang mapan dan terkemuka dengan harapan karya mereka dapat dibaca dan dinilai secara bandingan. Disamping itu untuk membolehkan khalayak drama melihat tahap perkembangan drama kita sebanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain11 seterusnya ke peringkat antarabangsa. Dengan terhasilnya buku antologi drama iaitu Modern ASEAN Plays yang dihasilkan oleh tokoh dramatis dari enam buah negara ASEAN (Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand) berjaya mengangkat drama kita ke peringkat antarabangsa dengan nilai-nilai yang tinggi, memaparkan kepelbagaian isu yang berlaku terhadap milieu masyarakat di negara masing-masing. Antologi ini telah dapat memperkenalkan seni drama dan teater Negara Brunei Darussalam untuk dinilai dan dinikmati oleh masyarakat luar antarabangsa. Usaha menterjemahkan karya drama ASEAN ke Bahasa Inggeris harus diberi sanjungan yang tinggi kerana ia telah menyediakan ruang yang cukup luas agar drama di negara-negara ASEAN dapat dinikmati oleh masyarakat seluruh dunia, baik dari segi hasil penulisannya mahupun dari segi hasil produksinya. Usaha pembukuan dan terjemahan ke Bahasa Inggeris ini mempunyai hasrat untuk memberi gambaran dan pengenalan yang jelas terhadap drama dan teater yang berlaku di negara-negara ASEAN agar drama dan teater kita dapat diangkat dan dibaca oleh para dramatis, sarjana dan audien seluruh dunia. “….to project the achievements of ASEAN theatre, this anthology now offers a few, representative modern plays in English translation to audiences within and outside the region, thereby providing material not only for the study of this theatre but also for the production of these plays in ASEAN countries. In staging these plays, ASEAN artists will hopefully translate them into their native languages, or even better to feel and understand the commonalities and differences between ASEAN societies.”12 Secara tidak langsung ini telah menyediakan kepada kita satu wadah yang membolehkan masyarakat luar menganalisis dan mengamati mutu drama dan teater di negara kita. Bukan itu saja, malah ia juga boleh dipentaskan di mana-mana mengikut bahasa masingmasing kerana persoalannya relevan, tersirat dan bahasanya mudah difahami dan menarik. 11 12 Prof. Dr Solehah Ishak dalam Antologi Drama ASEAN Brunei. Petikan kata pengantar dalam buku Modern ASEAN Plays. 8
  • 9. Antologi drama Modern ASEAN Plays: Brunei Darussalam yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris mengandungi enam buah drama hasil karya enam orang dramatis tempatan iaitu “Guest” karya Haji Masri Haji Akip, “The Chaffed Sky The Cracked Earth” oleh Haji Mahmud Haji Bakyr, “The National Poet” dihasilkan oleh Haji Abdul Latif Chuchu, “Ray of Hope” karya Pengiran Haji Aji Pengiran Haji Tahir, “Seri Begawan 1” oleh Shukri Zain dan “Eye” oleh A. Rahman Yusof. Hasil drama ini tidak akan sempurna sehingga ia dipentaskan. Melalui pementasan segala yang tersirat boleh dipaparkan dan disuratkan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas lagi. Maka dengan adanya antologi ini, membolehkan masyarakat ASEAN dan masyarakat luar mengenali mutu seni drama dan teater di negara-negara ASEAN untuk tatapan khalayak yang juga pelbagai di seluruh dunia. “Plays are not written to be read, but to be watched.”13 Bagaimana pula dengan pementasan drama kita? Apakah ia juga mampu dikatakan setara dengan pementasan drama yang ada di peringkat antarabangsa? Apakah pementasan drama kita mampu merentas pemikiran masyarakat antarabangsa? Apabila memperkatakan mutu seni pementasan di negara kita tidak harus dipandang ringan dan tidak berkualiti. Aktiviti drama atau lakonan walaupun agak kurang di negara kita namun sebarang kegiatan lakonan pentas boleh saja mempengaruhi khalayak dalam masa yang singkat kerana seni drama sudah terlazim dijadikan institusi pendidikan yang menitikberatkan nilai moral, baik dan buruk dalam kehidupan manusia. Di samping itu daerah pengalaman yang diharungi khalayak secara sedar memang terbentuk di dalam dunia lakonan. Kebanyakan pementasan teater di negara kita berjaya menghidangkan masyarakat lokal dengan pelbagai bentuk dan corak persembahan sesuai dengan peredaran zaman dari bentuk tradisional hinggalah kepada bentuk kontemporari. Dengan kepesatan revolusi teknologi tinggi, teknik persembahan drama pentas di negara kita juga mengalami perubahan yang boleh dibanggakan sebagai tarikan kepada khalayak. Perkembangan teknologi ini telah sedikit sebanyak mengembangkan dan memantapkan lagi mutu seni teater di negara ini. Zefri 13 Clarke, The Growth and Nature of Drama, hlm. 8. 9
  • 10. Ariff sering mencipta gaya baru dalam persembahannya. Penggunaan media televisyen dan video camera dalam teater beliau berjudul Protes yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada tahun 1985. Kumpulan Putra Seni dan RUSILA merupakan dua buah kumpulan yang masih mewarnai kegiatan teater di negara kita. Dua kumpulan ini mampu mencipta lakuan-lakuan teater dalam pelbagai rupa dan bentuk. Kita sering menemui adanya percubaan dalam mempersembahkan gaya baru dalam persembahan mereka. Kumpulan Putra Seni sering melakukan pembaharuan dan mencipta teknik yang baru dalam pementasan mereka seperti drama absurd dan bentuk eksperimen walaupun agak baru dan sukar untuk difahami oleh segelintir masyarakat namun ia mampu menjelajah pemikiran masyarakat tempatan kerana pemikiran dan persoalan yang diungkapkan tidak lari dari mengemukakan aspek moral, politik, budaya, bangsa, ekonomi, sejarah dan hal-hal kemanusiaan. Drama Aduh dan Organ karya Zefri Ariff merupakan drama bentuk eksperimentasi-improvisasi yang pernah dipentaskan bersama Kumpulan Putra Seni dalam bentuk teater keliling pada tahun 1986 – 1989. Suatu hal yang harus dibanggakan, pemikiran yang dikemukakan dalam drama absurd atau eksperimen ini memiliki intelektual yang tinggi dan tanpa disedari telah berhasil melahirkan segolongan audien yang meminati karya-karya berisi unsur-unsur baru ini. Drama pentas kita berupaya memasuki pemikiran masyarakat luar melalui Festival Teater ASEAN yang diadakan sebelum ini di keenam-enam negara ASEAN. Festival Teater ASEAN yang pertama berlangsung di Filipina pada tahun 1988. Kali kedua berlangsung di Singapura pada tahun 1990 dan Negara Brunei Darussalam telah mempersembahkan Pancir Kesatria Tongkat Negara karya HAR dalam festival tersebut. Satu pertandingan iaitu Pertandingan Teater telah diadakan untuk mewakili negara ke festival ini yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1990. Para peserta diberi kebebasan membuat improvisasi dan tafsiran terhadap teks drama yang dipilih iaitu Pancir Kesatria Tongkat Negara. Antara kumpulan drama yang terlibat ialah Kumpulan Putra Seni, RUSILA dan KASTEA. Persembahan yang dipentaskan menunjukkan adanya usaha memecahkan tradisi pementasan teater walaupun sebilangan khalayak dan hakim 10
  • 11. pertandingan belum mahu menerima perubahan tersebut. Unsur-unsur teknik pementasan teater tradisional dan kontemporari telah digabungkan14. Dalam Festival Teater ASEAN yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada tahun 1993, drama Gendang Arik telah dipilih untuk mewakili Brunei. Drama satu jam lebih ini telah berjaya menambat hati penonton dan berjaya membawa penonton ke alam nyata dan alam khayalan. Ini adalah bukti kepada bentuk dan perkembangan teater kontemporari Brunei yang sezaman dengan teater-teater kontemporari di negara-negara ASEAN15. Kali ketiga pula Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah untuk Festival Teater ASEAN pada tahun 1995, dengan mempersembahkan sebuah drama berjudul Sakrah karya Sheikh Haji Abd Kadir bin Sheikh Haji Umar. Sekurang-kurangnya ini sudah dapat dijadikan titik tolak untuk meningkatkan dan memperkembangkan mutu seni drama dan teater di negara kita ke peringkat antarabangsa kerana pemikiran dan persoalan yang sering dibincangkan tidak lari dari isu-isu universal disamping melihat isu-isu global menerusi masalah local. Drama absurd dan eksperimen juga mendapat sambutan yang hangat daripada negara ASEAN. Ini boleh kita jadikan satu bentuk drama bandingan. Apakah perbezaan drama absurd di negara ASEAN dengan negara kita? Melalui Festival Teater ASEAN ini dapat memberi laluan kepada teater di negara kita untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Adanya festival seumpama ini menggalakkan perkembangan teater serta membentuk persembahan yang mampu menaikkan seni lakon negara kita. Festival Teater ASEAN bertujuan untuk meningkatkan kesedaran penduduk ASEAN tentang perkembangan, kemajuan, isi dan kerjasama dalam kerja-kerja teater di antara negara-negara ASEAN serta mewujudkan dan mencari perbezaan dan persamaan di dalam teater. Para dramatis, pengarah, aktor dan koreografer teater negara-negara ASEAN akan berkumpul untuk mencapai kesepakatan sambil bertukar fikiran mengenai perkembangan, teknik dan corak persembahan. Ini sudah dapat membuktikan bahawa teater negara kita sudah mampu menjelajah pemikiran masyarakat antarabangsa. 14 15 Zefri Arif Brunei, Di Balik Kertas dan Pentas Ibid. 11
  • 12. Perkembangan seni teater di negara kita kian diminati dan menunjukkan peningkatan walaupun tidak secara meluas. Oleh itu, semua pihak perlu menyedari dengan fikiran kritis dan terbuka tentang betapa pentingnya genre drama dan teater diberi perhatian berat yang sebelum ia semakin tenggelam dan luput dari genre kesusasteraan Melayu. Tokoh-tokoh agung drama perlu diketengahkan supaya sumbangan mereka dapat dihayati di atas prasarana teater sekaligus mengangkat drama Brunei agar terus mendapat tempat yang penting dalam sejarah perkembangan drama di negara kita ini. Kelahiran karya-karya dengan menggunakan aneka teori telah menyerlahkan kepelbagaian teks untuk menjadikan kepelbagaian teater daripada aneka ragam skrip supaya kita boleh menghayati bukan sahaja oposisi binari, tetapi juga mengupas struktur yang lebih dalam (deep structure) di atas pentas (Amilah Ab. Rahman, 2007). Hal inilah yang jelas terpancar pada penulis-penulis dan penggiat-penggiat drama di negara kita. Oleh itu, perlunya kita menikmati juadah drama kita yang setiap satunya mencerminkan, memantul dan membiaskan konteks masyarakat yang melahirkan dramatis dan drama rekaan mereka. Melalui proses yang terus menerus, seni teater membentuk para pelakunya menjadi manusia yang bijak memandang segala permasalahan yang dihadapi. “Hargailah pendapat orang lain. Kerana orang yang datang melihat pertunjukan anda telah membuang masa dan perhatian kepada anda. Jagalah selamanya hubungan baik antara pekerja teater, penonton dan pengkritik/wartawan, kerana kalau salah satu di antaranya tidak ada maka kehidupan teater yang sebenarnya belumlah berjalan dengan sempurna. Menerima kritikan merupakan pintu maju untuk seniman.” (Drs Darwis Harahap, 1982:92) 12
  • 13. Rujukan Amilah Ab. Rahman (penyelenggara), 2007, Antologi Drama ASEAN Brunei. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Andika Aziz Hussin, 2002, Koleksi Drama Kontemporari: Terra Rossa, Malaysia : Universiti Malaysia Sabah. Clarke, R.F., 1965, The Growth and Nature of Drama, London: Cambridge University Press. Drs Darwis Harahap, 1982, Asas-asas Cerita Rekaan dan Seni Lakon, Singapura: Eastern Universities Press. Haji Abdul Hakim Haji Mohd Yassin, 1994, Modern ASEAN Plays Brunei Darussalam. Brunei: ASEAN Committee on Culture and Information. Krishen Jit, 1986, Membesar Bersama Teater, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Abd Latif, 1980, Suatu Pengenalan Sejarah Kesusasteraan Melayu Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Pfister, Manfred. The Theory and Analysis of Drama. Cambridge: Cambridge University Press, 1988. Zefri Ariff, 2002, Rapat, Brunei: Universiti Brunei Darussalam Zefri Ariff, 2003, Di Balik Kertas dan Pentas, Brunei: Universiti Brunei Darussalam. Zefri Ariff Brunei, 1996, “Teater Kontemporari Brunei: Perbauran Unsur-unsur Sejarah dan Teater Tradisional”dlm. Kertas Kerja Seminar Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Brunei: Universiti Brunei Darussalam. 13