SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa
Setiap bangsa mempunyai hasil sastera yang boleh dikagumi dan dibanggakan. Dan sastera
setiap bangsa mempunyai kelainan sekiranya dibandingkan dengan bangsa yang lain. Hal ini dapat
dilihat dari segi penggunaan bahasa serta cara penyampaian sesuatu karya. Dengan ini, bolehlah kita
katakan bahawa sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa. Persoalannya, bagaimanakah
sesuatu sastera itu membentuk tamadun sesuatu bangsa?
Pembentukan tamadun sesuatu bangsa melalui penulisan sastera dapat dibuktikan kerana
sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa merupakan wahana dan lambang peradaban yang utama
bagi sesuatu bangsa. Hal ini kerana kelainan dan keunikan sesuatu bangsa itu bukan sahaja dapat dilihat
pada budayanya malah pada bahasa sehariannya juga. Nilai ataupun ketinggian bahasa sesuatu sastera
dan karya mampu menambahkan rasa hormat bangsa lain menyebabkan mereka menjangkakan karya
baru yang lebih bagus dan berkualiti daripada bangsa tersebut.
Selain itu, bahasa turut digunakan untuk menyampaikan pemikiran seseorang kepada pihak
yang lain sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab agama, penulisan kreatif atau
pertuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau pernyataan perasaan. Penyampaian ilmu yang
efektif dan dapat diterima umum menjadi bukti sesuatu bangsa itu bertamadun tinggi. Walau
bagaimanapun, penyampaian ilmu ini haruslah proaktif dan berterusan melalui apa-apa wadah
sekalipun. Contoh tamadun yang mengamalkan budaya ini adalah tamadun Mesir dan tamadun
Mesopotamia.
Seterusnya, bahasa digunakan untuk merekodkan riwayat dan hukum yang telah ditetapkan
oleh pemerintah di sesuatu kawasan. Contohnya, hukum Hamurabbi di Mesir dan Vagavad Gita di India.
Hal ini menunjukkan bangsa itu mempunyai peradaban dan tamadun yang besar kerana mempunyai
garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan menjalankan hukuman kepada pesalah. Sebagai
contoh, kitab suci Al-Quran menggambarkan peradaban dan tamadun Arab yang menggunakan bahasa
Arab lahiah yang tulen dan menjadi panduan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa itu dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam
bentuk prosa mahupun dalam bentuk kreatif. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan jiwa kepada
sesuatu bangsa. Nilai-nilai luhur seperti kesopanan, kesusilaan, kejujuran, kebertanggungjawaban dan
kekeluargaan yang terpancar daripada hasil karya sastera bermutu tinggi akan membentuk pemikiran,
nilai dan budaya masyarakat maju yang seimbang. Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa sastera
mampu menyuburkan nilai-nilai luhur yang menjadi tunjang dan sumber kekuatan masyarakat
bertamadun sejak zaman-berzaman.
Akhir sekali, kesusasteraan mampu memberi pengajaran dan kesedaran kepada semua lapisan
masyarakat. Umum mengetahui bahawa tiada karya kesusasteraan yang memberi impak negatif kepada
pendengar dan pembacanya. Kesusasteraan ini dapat membentuk sahsiah dan keperibadian individu
yang unggul hasil daripada mesej yang disampaikan. Bangsa yang bertamadun hanya dapat dicapai
sekiranya penduduk bangsa tersebut berkeperibadian tinggi dan mulia. Lantas, kesusasteraan boleh
dianggap sebagai cermin masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Deduksinya, bicara kesusasteraan tidak dapat lari dari kebijaksanaan sasterawan memanipulasi
bahasanya yang tersendiri. Hal ini kerana, hasil sastera memerlukan minda yang bertenaga dan
imaginatif dalam seni pengucapan bermutu. Kesannya, hasil yang berkualiti ini mampu memberi impak
yang mendalam dalam membentuk bangsa yang bertamadun sejak generasi terdahulu lagi. Justeru,
setiap masyarakat haruslah berganding bahu memartabatkan karya kesusasteraan bagi menyambung
pembangunan bangsa yang bertamadun.

More Related Content

What's hot

Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarahWildan Insan Fauzi
 
Ilmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar Sejarah
Ilmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar SejarahIlmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar Sejarah
Ilmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar SejarahIka
 
sejarah tradisi lisan
sejarah tradisi lisan sejarah tradisi lisan
sejarah tradisi lisan dlli_ah
 
Teks Cerita (Novel) Sejarah
Teks Cerita (Novel) SejarahTeks Cerita (Novel) Sejarah
Teks Cerita (Novel) SejarahRissaTriandini1
 
ANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIA
ANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIAANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIA
ANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIAGhina Siti Ramadhanty
 
Kegunaan Sejarah
Kegunaan SejarahKegunaan Sejarah
Kegunaan SejarahNafiah RR
 
Nilai, Kegunaan dan Fungsi Sejarah
Nilai, Kegunaan dan Fungsi SejarahNilai, Kegunaan dan Fungsi Sejarah
Nilai, Kegunaan dan Fungsi SejarahLinda Falasifah
 
Tutorial 3
Tutorial 3Tutorial 3
Tutorial 3firo HAR
 
modul 1 = pengertian sejarah
modul 1 = pengertian sejarah modul 1 = pengertian sejarah
modul 1 = pengertian sejarah Rosdianah Rasit
 
6. Ilmu bantu sejarah
6. Ilmu bantu sejarah6. Ilmu bantu sejarah
6. Ilmu bantu sejarahaswansetiawan
 
Periode, Kronologis dan Manfaat Belajar Sejarah
Periode, Kronologis dan Manfaat Belajar SejarahPeriode, Kronologis dan Manfaat Belajar Sejarah
Periode, Kronologis dan Manfaat Belajar SejarahChristina Dwi Rahayu
 
Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1jenniferho0830
 
Mengubah teks eksplanasi menjadi eksposisi
Mengubah teks eksplanasi menjadi eksposisiMengubah teks eksplanasi menjadi eksposisi
Mengubah teks eksplanasi menjadi eksposisiSiti Risa Komala
 

What's hot (20)

Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah1. sastra dalam pembelajaran sejarah
1. sastra dalam pembelajaran sejarah
 
Ilmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar Sejarah
Ilmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar SejarahIlmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar Sejarah
Ilmu Bantu Sejarah dan Manfaat Belajar Sejarah
 
sejarah tradisi lisan
sejarah tradisi lisan sejarah tradisi lisan
sejarah tradisi lisan
 
Teks Cerita (Novel) Sejarah
Teks Cerita (Novel) SejarahTeks Cerita (Novel) Sejarah
Teks Cerita (Novel) Sejarah
 
ANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIA
ANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIAANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIA
ANTROPOLOGI: TRADISI LISAN di INDONESIA
 
Kegunaan Sejarah
Kegunaan SejarahKegunaan Sejarah
Kegunaan Sejarah
 
Nilai, Kegunaan dan Fungsi Sejarah
Nilai, Kegunaan dan Fungsi SejarahNilai, Kegunaan dan Fungsi Sejarah
Nilai, Kegunaan dan Fungsi Sejarah
 
Tutorial 3
Tutorial 3Tutorial 3
Tutorial 3
 
Ppt msi
Ppt msiPpt msi
Ppt msi
 
Ppt msi
Ppt msiPpt msi
Ppt msi
 
modul 1 = pengertian sejarah
modul 1 = pengertian sejarah modul 1 = pengertian sejarah
modul 1 = pengertian sejarah
 
Manusia dan sejarah
Manusia dan sejarahManusia dan sejarah
Manusia dan sejarah
 
6. Ilmu bantu sejarah
6. Ilmu bantu sejarah6. Ilmu bantu sejarah
6. Ilmu bantu sejarah
 
Periode, Kronologis dan Manfaat Belajar Sejarah
Periode, Kronologis dan Manfaat Belajar SejarahPeriode, Kronologis dan Manfaat Belajar Sejarah
Periode, Kronologis dan Manfaat Belajar Sejarah
 
Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1Sejarah tingkatan 1 bab 1
Sejarah tingkatan 1 bab 1
 
ISBD
ISBDISBD
ISBD
 
Bab 2 objektiviti sejarah
Bab 2 objektiviti sejarah Bab 2 objektiviti sejarah
Bab 2 objektiviti sejarah
 
Karya agung komplete
Karya agung kompleteKarya agung komplete
Karya agung komplete
 
Mengubah teks eksplanasi menjadi eksposisi
Mengubah teks eksplanasi menjadi eksposisiMengubah teks eksplanasi menjadi eksposisi
Mengubah teks eksplanasi menjadi eksposisi
 

Similar to Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanAin Ainnia
 
PERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAH
PERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAHPERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAH
PERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAHGuru Online
 
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdfMandiriTour
 
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdfSuriskaDestriyanti
 
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN AmbonJurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN AmbonSyarifudin Amq
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
20151007101052pengenalan karya agung
20151007101052pengenalan karya agung20151007101052pengenalan karya agung
20151007101052pengenalan karya agungJayanthi Naren
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Muhamad Sufian
 
TUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 seluma
TUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 selumaTUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 seluma
TUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 selumaSiswantoRaehan2
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newNancy Rothstein
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file httpSyawiril Syawiril
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanSasqiaNababan
 
Paradigma Alquran
Paradigma AlquranParadigma Alquran
Paradigma AlquranNevandraFp1
 
Al qur'an di era modern
Al qur'an di era modernAl qur'an di era modern
Al qur'an di era modernRahimantoSSosI
 

Similar to Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa (20)

Sastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikanSastera melayu sebagai pendidikan
Sastera melayu sebagai pendidikan
 
PERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAH
PERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAHPERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAH
PERAN BAHASA IBU DALAM MEMBANGUN KEBUDAYAAN DERAH
 
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
02__MASYARAKAT_ARAB_DAN_BUDAYA_ISLAM.pdf
 
Sastera
SasteraSastera
Sastera
 
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
53. Isi dan Sampul Menyeruit Yuk.pdf
 
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN AmbonJurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
Jurnal Studi Islam Pascasarjana IAIN Ambon
 
Penerapan nilai
Penerapan nilaiPenerapan nilai
Penerapan nilai
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
20151007101052pengenalan karya agung
20151007101052pengenalan karya agung20151007101052pengenalan karya agung
20151007101052pengenalan karya agung
 
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)Modul lengkap krb3063 170913 (1)
Modul lengkap krb3063 170913 (1)
 
TUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 seluma
TUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 selumaTUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 seluma
TUGAS CGP KELOMPOK A OK (1).pdf cgp 10 seluma
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
KESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYUKESUSATERAAN MELAYU
KESUSATERAAN MELAYU
 
Kajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta newKajian maut dan cinta new
Kajian maut dan cinta new
 
This is the html version of the file http
This is the html version of the file httpThis is the html version of the file http
This is the html version of the file http
 
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraanKonsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
Konsepsi ilmu budaya dasar dalam kesusastraan
 
Paradigma Alquran
Paradigma AlquranParadigma Alquran
Paradigma Alquran
 
LITERASI MELAYU KELOMPOK 1.pptx
LITERASI MELAYU KELOMPOK 1.pptxLITERASI MELAYU KELOMPOK 1.pptx
LITERASI MELAYU KELOMPOK 1.pptx
 
Al qur'an di era modern
Al qur'an di era modernAl qur'an di era modern
Al qur'an di era modern
 
Nota1
Nota1Nota1
Nota1
 

More from Nabila Syuhada

Measuring distances of astronomical objects
Measuring distances of astronomical objectsMeasuring distances of astronomical objects
Measuring distances of astronomical objectsNabila Syuhada
 
Additional mathematics project 2014
Additional mathematics project 2014Additional mathematics project 2014
Additional mathematics project 2014Nabila Syuhada
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatNabila Syuhada
 

More from Nabila Syuhada (6)

Measuring distances of astronomical objects
Measuring distances of astronomical objectsMeasuring distances of astronomical objects
Measuring distances of astronomical objects
 
Smoke silent killer
Smoke silent killerSmoke silent killer
Smoke silent killer
 
Heartbeats
HeartbeatsHeartbeats
Heartbeats
 
Additional mathematics project 2014
Additional mathematics project 2014Additional mathematics project 2014
Additional mathematics project 2014
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 

Recently uploaded

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 

Recently uploaded (20)

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 

Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa

  • 1. Bagaimana sastera membentuk tamadun sesuatu bangsa Setiap bangsa mempunyai hasil sastera yang boleh dikagumi dan dibanggakan. Dan sastera setiap bangsa mempunyai kelainan sekiranya dibandingkan dengan bangsa yang lain. Hal ini dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa serta cara penyampaian sesuatu karya. Dengan ini, bolehlah kita katakan bahawa sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa. Persoalannya, bagaimanakah sesuatu sastera itu membentuk tamadun sesuatu bangsa? Pembentukan tamadun sesuatu bangsa melalui penulisan sastera dapat dibuktikan kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa merupakan wahana dan lambang peradaban yang utama bagi sesuatu bangsa. Hal ini kerana kelainan dan keunikan sesuatu bangsa itu bukan sahaja dapat dilihat pada budayanya malah pada bahasa sehariannya juga. Nilai ataupun ketinggian bahasa sesuatu sastera dan karya mampu menambahkan rasa hormat bangsa lain menyebabkan mereka menjangkakan karya baru yang lebih bagus dan berkualiti daripada bangsa tersebut. Selain itu, bahasa turut digunakan untuk menyampaikan pemikiran seseorang kepada pihak yang lain sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab agama, penulisan kreatif atau pertuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau pernyataan perasaan. Penyampaian ilmu yang efektif dan dapat diterima umum menjadi bukti sesuatu bangsa itu bertamadun tinggi. Walau bagaimanapun, penyampaian ilmu ini haruslah proaktif dan berterusan melalui apa-apa wadah sekalipun. Contoh tamadun yang mengamalkan budaya ini adalah tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia. Seterusnya, bahasa digunakan untuk merekodkan riwayat dan hukum yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu kawasan. Contohnya, hukum Hamurabbi di Mesir dan Vagavad Gita di India. Hal ini menunjukkan bangsa itu mempunyai peradaban dan tamadun yang besar kerana mempunyai garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan menjalankan hukuman kepada pesalah. Sebagai contoh, kitab suci Al-Quran menggambarkan peradaban dan tamadun Arab yang menggunakan bahasa Arab lahiah yang tulen dan menjadi panduan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa itu dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa mahupun dalam bentuk kreatif. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan jiwa kepada sesuatu bangsa. Nilai-nilai luhur seperti kesopanan, kesusilaan, kejujuran, kebertanggungjawaban dan kekeluargaan yang terpancar daripada hasil karya sastera bermutu tinggi akan membentuk pemikiran, nilai dan budaya masyarakat maju yang seimbang. Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa sastera mampu menyuburkan nilai-nilai luhur yang menjadi tunjang dan sumber kekuatan masyarakat bertamadun sejak zaman-berzaman. Akhir sekali, kesusasteraan mampu memberi pengajaran dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa tiada karya kesusasteraan yang memberi impak negatif kepada pendengar dan pembacanya. Kesusasteraan ini dapat membentuk sahsiah dan keperibadian individu yang unggul hasil daripada mesej yang disampaikan. Bangsa yang bertamadun hanya dapat dicapai sekiranya penduduk bangsa tersebut berkeperibadian tinggi dan mulia. Lantas, kesusasteraan boleh dianggap sebagai cermin masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  • 2. Deduksinya, bicara kesusasteraan tidak dapat lari dari kebijaksanaan sasterawan memanipulasi bahasanya yang tersendiri. Hal ini kerana, hasil sastera memerlukan minda yang bertenaga dan imaginatif dalam seni pengucapan bermutu. Kesannya, hasil yang berkualiti ini mampu memberi impak yang mendalam dalam membentuk bangsa yang bertamadun sejak generasi terdahulu lagi. Justeru, setiap masyarakat haruslah berganding bahu memartabatkan karya kesusasteraan bagi menyambung pembangunan bangsa yang bertamadun.