1. Tahap kecergasan semasa saya berada pada tahap yang baik. Melalui kaedah sains
eksesais, saya dapat meningkatkan tahap kecergasan ke tahap yang sangat baik.
Perkara yang perlu difokuskan ialah komponen kecergasan fizikal. Contohnya,
komponen daya tahan kardiovaskular. Senaman secara tetap akan meningkatkan kecekapan
sistem peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam
pada setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam otot rangka terlatih, yang
membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja. Tahap kecergasan akan meningkat apabila
keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti
penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan senaman.
Selain itu, pengambilan cecair sebelum, semasa dan selepas aktiviti fizikal akan
memberi impak kepada tahap kecergasan. Kekurangan cecair dalam badan akan menyebabkan
berlakunya dehidrasi. Pengambilan minuman isotonik (semasa dan selepas aktiviti fizikal)
menggalakkan penghidratan semula berlaku pada kadar yang segera. Minuman isotonik ini
mengandungi ion-ion seperti natrium,kalium,magnesium dan klorida. Kemerosotan ion-ion ini
dalam otot kerana perpeluhan akan menyebabkan otot kehilangan keupayaan untuk
mengembang dan menguncup dan menyumbang kepada kekejangan otot. Oleh itu,
pengambilan cecair sebelum, semasa dan selepas aktiviti fizikal dapat meningkatkan tahap
kecergasan.
Kaedah sains eksesais melalui latihan bebanan dapat meningkatkan tahap kecergasan.
Latihan bebanan dapat meningkatkan kekuatan, daya tahan otot dan meningkatkan
kepantasan. Melalui prinsip intensiti, bahagian otot yang dikehendaki akan diberikan
penekanan daya lebih daripada biasa. Semasa penekanan daya diberi, proses adaptasi fisiologi
akan berlaku untuk menghasilkan tindakabalas yang sesuai dan menghasilkan kecergasan.
Oleh sebab itu, menggunakan kaedah sains eksesais dapat meningkatkan tahap kecergasan.