Murid akan belajar cara membaca manual, mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen kit model seperti motor, gear dan roda melalui aktiviti membina dan membuka kit model bersama guru.
1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
KELAS : 4 GADING (KUMPULAN B)
MASA : 09.45 – 10.45
TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI
MASA 60 minit
STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.1.1 Membaca dan memahami manual
2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk
memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata,
pemutar skru Philis, playar muncung tirus dan spana hujung terbuka
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor,
gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Membaca manual dengan betul
2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul
3. Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model
RINGKASAN Murid dapat membaca manual, mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan
serta komponen kit model
KEMAHIRAN 1. Membaca manual
2. Menggunakan alatan dengan betul
ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM
1. Keusahawanan (EK4) – pengetahuan teknologi
2. Kreativiti – menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti
ciri-ciri yang betul
3. Nilai murni – berkerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh
BAHAN BANTU
MENGAJAR
1. Kit model
2. Manual
3. Carta
4. Alatan tangan
AKTIVITI P&P 1. Guru memaparkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid
2. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan
3. Murid membaca dan memahami manual kit model dengan bimbingan
guru (HOTS – mentafsir)
4. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan tangan
dengan bimbingan guru
5. Murid menyatakan nama dan fungsi komponen kit model seperti
motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri dengan
bimbingan guru
PENILAIAN P&P 1. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
Murid telah mempelajari berkaitan dengan kit model dalam mata pelajaran
Dunia Sains dan Teknologi
REFLEKSI
MINGGU HARI TARIKH
5 ISNIN 02/02/2015