SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
Misi visi-a-budaya-abim
1. Misi, Visi & Budaya ABIM
ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (knowledge-based) dan memilih untuk
mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti masyarakat setempat
di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal
dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia
sentiasa bersikap non-partisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan
mana-mana parti-parti politik.
Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah'
Misi ABIM: 'Gerakan Islam Yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'
Budaya ABIM:
(a) Menghayati Budaya Ilmu,
(b) Menghayati Amalan Kerohanian,
(c) Menghayati Amal Shura dan Amal Jama’iyy,
(d) Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan
(e) Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.
1/2